Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Mei 19, 2016

Seminar Patriotisme di Kuala Lipis - Meningkatkan Patriotisme Melalui Pengalaman Sejarah

Merujuk pada artikel 'Menimbang' air Sungai Pahang - Permulaan asbab perjalanan yang dipersembahkan 2 hari lalu. Ada disebut dalam artikel bahawa pada asasnya, perjalanan ke/di Pahang itu dibuat kerana saya menerima undangan untuk menghadiri satu seminar di Kuala Lipis yang dijadualkan berlangsung pagi Khamis 12 Mei. Hari ini, Khamis 19 Mei setelah tepat seminggu acara berlangsung, bolehlah diceritakan tentang acara...


Merujuk pada artikel 'Menimbang' air Sungai Pahang - Antara Sungai Lipis dengan Sungai Jelai yang dikongsikan semalam. Selepas puas bermalam di masjid lama Kuala Lipis saya pun bergegas ke Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, sekitar 7 km dari pusat bandar Lipis.





Seminar yang mahu dihadiri diadakan di dewan ini. Ia dijadualkan bermula jam 8.30 pagi.



Ketika saya masuk ke dewan jam 8.40 acara belum bermula. Ini kerana beberapa tetamu penting termasuk pembentang utama belum lagi sampai. Saya yang sudah sedia tahu kedudukan institut, pernah menghabiskan masa menjual buku di sini 8 tahun lalu pun menghadapi masalah mencari lokasi tepat majlis kerana tidak terdapat apa-apa papan arah tanda atau sebagainya dari pintu masuk institut. Kalau begitu apatah lagi pembentang utama yang datang dari Kuala Lumpur, baru pertama kali menjejakkan kaki di Kuala Lipis. Lihat artikel lama A visit to the Tengku Ampuan Afzan teaching institute in Kuala Lipis di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Turut diundang adalah sejumlah aktivis persilatan dan budaya dari sekitar Pahang. Mereka dan saya adalah satu-satunya kumpulan yang datang berbusana penuh tradisional Melayu, bersampin, bertanjak dan berkeris.


Setelah beberapa lama majlis pun dimulakan.


Kata-kata aluan diberikan oleh pengerusi majlis. Kalau tak salah nama beliau adalah Dr Muhammad Ali bin Haniffa daripada Universiti Utara Malaysia.



Nama majlis adalah Seminar Patriotisme Bersama Pemimpin Masyarakat Daerah Lipis 2016. Ia dianjurkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) kawasan Lipis juga PSM cawangan Pahang dengan kerjasama beberapa buah badan.


Tempat duduk di hadapan kosong kerana semua orang termasuk para VIP lebih selesa duduk menghadap pentas.


Saya difahamkan inilah kali pertama majlis seperti ini diadakan di Kuala Lipis dan kawasan sekitarnya. Semasa menerima undangan seminggu lebih awal, saya diberitahu ia adalah seminar "Meningkatkan Patriotisme Melalui Pengalaman Sejarah".


Pembentang utama iaitu Profesor Dato' Dr Abdullah Zakaria Ghazali dari Universiti Malaya kemudian mengambil tempat. Walaupun saya sudah sedia maklum beliau secara rasmi bukan lagi bergelar profesor kerana tidak lagi menduduki kerusi akademiki universiti yang memberikan gelaran itu, saya dan ramai pihak yang mengenali tetap memanggil beliau sebagai profesor. Bagi kami beliau adalah mahaguru dalam bidang sejarah yang sepatutnya sudah lama diberikan gelaran Profesor Emeritus, satu-satunya gelaran yang memberikan seseorang hak rasmi untuk terus dipanggil sebagai profesor walaupun sudah keluar daripada menara gading. 

Secara peribadi pula, saya mengganggap beliau sebagai seorng guru utama saya dalam bidang sejarah. Disebabkan kehadiran Abdullah di majlis ini (yang mana beliau memaklumkan inilah kali pertama beliau menjejakkan kaki ke Kuala Lipis, selama ini setakat lalu dalam perjalanan ke Kelantan) maka saya sendiri bersetuju menerima undangan lalu terjadilah perjalanan pusing Pahang menyusur aliran sungai 10-13 Mei baru ini.


OK. Seperti biasa saya bercerita terus berdasarkan ingatan tanpa mengambil apa-apa catatan. Beberapa hari lepas ingatan saya lebih segar. Bila dah masuk beberapa hal lain sejak itu saya dah lupa bagaimanakah aturan. Saya cuba aje le apa yang ingat ya. Aturannya mungkin dah lari, mana disebut dahulu mana disebut kemudian.

Kalau tak salah ingatan, Abdullah membuka minat dengan menceritakan satu pengalaman beliau menaiki bot jauh ke Pulau Siantan yang terletak dalam wilayah Indonesia, di perairan Laut Cina Selatan antara Johor dengan Sarawak. Saya tahu Abdullah sudah banyak keluar mengembara ke merata tempat menjejak kesan sejarah... kami selalu juga berkongsi cerita apabila bertemu di majlis-majlis ilmu terutama di UM. Kali ini beliau menceritakan pengalaman menjejak apa yang disebut ramai orang sebagai makam Opu Daeng Rilaga, bapa kepada 5 Opu Daeng bersaudara yang sangat terkenal dalam sejarah Tanah Melayu terutama di Empayar Johor-Riau-Lingga iaitu Opu Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambon, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi. Cuma beliau memberitahu bahawa ada pula orang menegur beliau tetapi dengan gaya seperti sembunyi-sembunyi : "Itu bukan makam Daeng Rilaga pak". Apa yang hendak ditekankan adalah kajian sejarah itu sentiasa hidup, ada yang kita anggap betul pada suatu waktu boleh dinyatakan salah apabila timbul bukti yang menyokong kenyataan lain pada suatu masa hadapan.

Lalu Abdullah pun menyorot sejarah kemerdekaan negara kita Malaysia yang dinyatakan berlaku pada 31 Ogos 1957. Bagaimana ia sebenarnya satu rentetan daripada proses yang panjang melibatkan cabaran ke atas kedaulatan raja-raja Melayu terutama apabila gagasan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British tahun 1946 mahu dilaksanakan tetapi kemudian dibantah orang Melayu di luar lingkungan istana. Seringkali yang kita dengar adalah jasa-jasa mereka yang dianggap sebagai golongan kanan, juga golongan arus perdana, Kita lupa apa yang dianggap sebagai golongan kiri, malah setengah daripada mereka yang dilonggokkan oleh British sebagai Komunis tetapi sebenarnya bukan juga tetap berjasa membawa kepada kemerdekaan.


Hmm. Saya sudah lupa apakah yang diperkatakan selepas itu. Apapun tak perlulah dipanjangkan sangat ya, Masuk sesi soal jawab, beberapa orang hadirin/peserta mengambil peluang untuk mengemukakan kemusykilan.


Biasanya saya sendiri adalah orang paling awal mengemukakan persoalan kalau tidak pun berkongsi sedikit pandangan. Tetapi kali ini saya langsung tidak bersuara. 


Saya rasa berilah peluang pada orang-orang Pahang bersoal jawab atau berkongsi apa-apa pengalaman. Saya dah biasa dengan Prof, insyaallah bila ada kelapangan bila-bila masa boleh jumpa di KL. Oh, bila dilihat kembali dengan teliti kertas atur cara majlis rupa-rupanya "Meningkatkan Patriotisme Melalui Pengalaman Sejarah" itu adalah tajuk kertas kerja/pembentangan Abdullah. Tapi memang, tajuk itulah yang dikemukakan kepada saya ketika mula-mula menerima undangan iaitu melalui Whatsapp. Bila kehadiran saya sudah dipastikan, undangan rasmi pun dinyatakan melalui e-mail. Baru disebut tajuk tepat majlis adalah Seminar Patriotisme Bersama Pemimpin Masyarakat Daerah Lipis 2016.


Selesai sesi soal jawab bersama Abdullah, Dr Zabidi Dato' Zainal Rashid (dari  UUM kalau tak salah) memberikan sedikit kata-kata sebagai moderator untuk pembentang seterusnya.


Pembentang tersebut adalah Dr Mohd bin Samsudin daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau membawa tajuk "Di Sebalik Warisan Kolonial British di Kuala Lipis".


Selesai itu baru beberapa pemimpin tempatan mengambil tempat di hadapan.


Kelihatan Drs Wan Aminuddin bin Wan Ahmad daripada PSM Lipis, orang yang mengundang saya ke majlis memberikan sedikit kata-kata tentang majlis.


Seterusnya Dato' Mohd Hadi bin Shrin daripada PSM Pahang memberikan kata-kata aluan.


Saya lupa nama orang ini. Beliau adalah ketua Pemuda UMNO Kuala Lipis kalau tak salah. Datangnya adalah mewakili ahli parlimen Lipis, Dato' Abdul Rahman bin Muhammad yang sepatutnya menyempurnakan majlis tetapi tidak dapat datang kerana harus berada di KL.


Majlis ditutup sekitar jam 12.15 gitu. Kelihatan saya bergambar bersama beberapa ahli kehormat majlis...


Tiada ulasan: