OK. Satu perkongsian bagi hari ini, hari terakhir tahun 1445 Hijriah. Selepas ini saya akan memulakan satu perjalanan baru ke Perak. Niatnya, masuk sahaja tarikh 1 Muharram 1446 Hijriah sudah berada dalam negeri kelahiran ayah saya itu.
Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...
Daripada artikel Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah
Daripada artikel Makam Syiah Kuala... dan makam Maharajalela Abdul Rahim...
Daripada artikel Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch
-------------------------
-------------------------
Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...
Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.
Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh
-------------------------
Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.
Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...
Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-
Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.
Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...
Sabtu, Julai 06, 2024
Ismail al Faruqi - Relevan untuk kajian kontemporari
Isnin, Julai 01, 2024
Di manakah daku pada 1 Muharram sejak CATATAN SI MERAH SILU dimulakan
Salam. Satu perkongsian sempena tarikh 1 Julai 2024 (walaupun dah penghujung hari). Sedangkan kurang seminggu sahaja lagi iaitu pada hari Ahad 7 Julai akan masuk tahun baru Islam 1446 Hijriah.
Menyusuri Sungai Perak di sekitar Batak Rabit, Teluk Intan pada 1 Muharram 1440 Hijrah...
Kira-kira 2 minggu lalu saya mendapat poster pemberitahuan daripada ibu saudara di Batak Rabit, Teluk Intan mengundang datang ke majlis perkahwinan seorang anaknya di rumah. Tarikh majlis Ahad 7 Julai 2024 dinyatakan sebagai bersamaan 1 Muharram 1446 Hijriah dan ini boleh disemak dalam kalendar. Kebetulan pada Selasa 9 Julai saya harus berada di Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh untuk mendengar keputusan kes hak faraid terhadap harta Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin. Harap-harap betul-betullah selesai. Dahulu katanya hendak diputuskan pada bulan Februari (ke Mac? Dah lupa tarikh), kemudian tunda ke Isnin 15 April. Yang ini saya sekeluarga ada datang ke Ipoh. Tetapi bila sudah menunggu beberapa lama dalam mahkamah tengok-tengok ditunda pula ke Selasa 25 Jun. Lihat Dugaan perjalanan raya 1445 Hijriah.
Hampir sampai tarikh 25 Jun, ketika sudah merancang laluan mana hendak diambil di Perak sebelum dan selepas ke mahkamah dapat makluman baru ia ditunda ke 9 Julai. Jadi apabila kemudian mendapat undangan untuk ke majlis perkahwinan di Batak Rabit 7 Julai maka dirancanglah agar ke Teluk Intan dahulu kemudian baru ke Ipoh sekali jalan. Dan ada rancangan perjalanan unik kali ini yang akan diceritakan selepas jadi nanti. Alang-alang 7 Julai itu adalah bersamaan 1 Muharram elok juga datang awal pada malamnya untuk beriktikaf di masjid warisan keluarga di Batak Rabit.
Hal ini mengingatkan bagaimana saya pernah beriktikaf bersama isteri dan anak-anak di masjid itu pada 1 malam Muharram beberapa tahun yang lalu. Timbul rasa untuk mengesan di manakah saya berada pada 1 Muharram setiap tahun Hijriah sejak CATATAN SI MERAH SILU dimulakan penghujung tahun 2006.
Adapun artikel pertama CATATAN SI MERAH SILU iaitu Apa-apa aje le... ditulis dan dipersembahkan pada 12 November 2006. Ini harus bersamaan (atau sekitar) 21 Syawal 1427 Hijrah. 1 Muharram berikutnya iaitu bagi tahun 1428 Hijrah harus bersamaan (atau sekitar) 20 Januari 2007. Saya cuba kesan di manakah berada pada 1 Muharram itu dan berikutnya berdasarkan artikel-artikel dalam CATATAN yang ditulis pada atau sekitar waktu itu.
a. 1 Muharram 1428 Hijrah @ 20 Januari 2007 atau sekitar
Artikel Gambar-gambar di Muar yang ditulis 15 Januari menyatakan ketika itu saya sudah lebih seminggu mengembara di utara tanah air sedangkan artikel Chaakkk!!! yang ditulis Februari 3 (Sabtu) menyatakan pengembaraan itu selesai Isnin sebelum itu (29 Januari). Turut dinyatakan pengembaraan mengambil masa hampir sebulan. Berdasarkan cerita dalam Chaakkk!!! (walau tidak dinyatakan tarikh) besar kemungkinan saya sedang berada di sekitar Lembah Bujang pada 1 Muharram.
b. 1 Muharram 1429 Hijrah @ 10 Januari 2008 atau sekitar
Artikel Mencari Muzium Bugis di Pontian... yang ditulis hari Sabtu 12 Januari menyatakan sejak hari Rabu (9 Januari) saya berehat seorang diri di Kajang. Ini adalah akibat kepenatan semenjak kembali daripada di Johor kemudian singgah di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan hari Selasa. Maka pada 1 Muharram saya harus berada di Kajang.
c. 1 Muharram 1430 Hijrah @ 29 Disember 2008
Artikel Salam tahun baru, baik Hijriah mahupun Gregorian (tahun mat saleh le...) yang ditulis hari Rabu 31 Disember menyatakan ketika itu isteri sedang menunggu untuk memulakan satu perjalanan ke Pantai Timur. Turut dinyatakan hujung minggu sebelum itu kami baru sahaja kembali dari satu perjalanan di selatan. Ahad hujung minggu adalah 28 Disember sedangkan 29 Disember hari Isnin. Ada dinyatakan dalam artikel bahawa 2 hari sebelum 31 Disember (29 Disember lah itu) masuk Ma'al Hijrah. Ertinya ketika itu kami sedang berehat di rumah di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Ketika itu kami baru 2 minggu lebih berumah tangga. Lihat Nombor 131 dan makna satu pernikahan...
.
d. 1 Muharram 1431 Hijrah @ 18 Disember 2009
Pada tarikh tersebut saya telah menulis artikel bertajuk Selamat menyambut masuk tahun Hijriah 1431 dan sedikit tentang kaitan Aceh-Bugis.... Ini nampaknya dibuat di rumah di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Artikel ada menyebut sepatutnya saya berada di Tawau, Sabah. Dalam tempoh masa berdekatan nampaknya tidak berjalan jauh Cuma ada pergi ke beberapa majlis di sekitar Lembah Klang. Untuk pengetahuan ketika itu anak pertama saya bersama isteri (kami masing-masing sudah ada anak daripada perkahwinan terdahulu) sudah berumur lebih 2 bulan.
e. 1 Muharram 1432 Hijrah @ 6 Disember 2010
Saya telah membuat dan mempersembahkan artikel Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1432!. Nampaknya sedang berada di rumah. Sebelum itu telah membuat beberapa perjalanan jauh lalu seminggu dua kebelakangan lebih banyak menghabiskan masa untuk menulis dan berehat.
f. 1 Muharram 1433 Hijrah @ 26 Disember 2011
Mempersembahkan artikel Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Dari Berastagi ke Danau Toba lalu ada menyatakan ketika itu sudah Ma'al Hijrah, sementara tarikh Gregorian atau Barat 26 Disember adalah hari ulang tahun kelahiran saya yang ke-41. Harus sedang berada di rumah. Telah membuat beberapa perjalanan lalu sedang banyak menulis dan berehat. Perjalanan yang diceritakan pula berlaku ketika meliputi beberapa tempat dari Sumatera Utara ke Aceh 2-13 November. Lihat Koleksi "Jejak 'Berpetualang ke Aceh'". Selepas itu iaitu pada 10-18 November pergi pusing Johor membawa ke Singapura dan Pulau Bentan. Lihat Koleksi Kembara Johor-Riau. Ketika itu isteri sedang sarat mengandungkan anak kedua kami.
g. 1 Muharram 1434 Hijrah @ 16 November 2012
Mempersembahkan artikel Explorasi bermotosikal besar Pantai Timur bersama rakan - Complete yang merupakan kompilasi bagi cerita perjalanan berkenaan yang berlaku 27 September - 1 Oktober. Ada dinyatakan hari itu adalah awal Muharram. Harus sedang berada di rumah.
h. 1 Muharram 1435 Hijrah @ 4 November 2013
Artikel Bersendirian Maal Hijrah di Hulu Selangor yang ditulis 7 November menyatakan bahawa ketika Ma'al Hijrah hari Isnin saya sedang mengembara seorang diri menunggang motosikal besar kesayangan berjalan-jalan pusing di Hulu Selangor. Ini adalah kali pertama berjalan dengan motosikal, setelah mengalami kecederaan agak teruk patah kaki awal tahun tahun. Di celah-celah itu ada mengembara ke Tanah Bugis di Sulawesi Selatan sehingga menyebabkan tulang kaki patah tumbuh kembali tidak sekata lalu perlu dipatahkan balik sebelum dimasukkan besi. Selepas beberapa hari duduk di hospital pergi pula ke Pantai Timur untuk menjayakan satu acara. Lihat artikel-artikel berikut :-
i. 1 Muharram 1436 Hijrah @ 25 Oktober 2014
Artikel Borobudur tinggalan Nabi Sulaiman? - Mencari kebenaran di sebalik dakwaan yang melampau yang dipersembahkan pagi Jumaat 24 Oktober menyatakan ketika itu hari terakhir tahun 1435 Hijrah. Maka 25 Oktober memang sudah masuk 1 Muharram. Artikel selepas itu Peri Nama, Asal Usul dan Identiti Melayu : Ke Arah Pencerahan yang Dinantikan... yang ditulis Selasa 28 Oktober pula menyatakan bahawa pada hari sebelumnya (27 Oktober) saya pergi ke majlis berkenaan. Berdasarkan ada sejumlah artikel dilepaskan penulisan, besar kemungkinan pada 1 Muharram saya sedang berada di rumah. Tetapi bukan lagi di Bandar Tasik Puteri. Sebaliknya sejak awal tahun 2014 kami telah berpindah ke Bandar Sungai Buaya, Rawang.
j. 1 Muharram 1437 Hijrah @ 14 Oktober 2015
Artikel Reunion kecil Sains Johor sambil meraikan buku baru "Mencari Diri dan Erti" yang ditulis 13 Oktober Selasa malam Rabu menyatakan ketika itu iaitu sejak selepas Maghrib sudah masuk Ma'al Hijrah. Siang sebelumnya anak sulung saya bersama isteri kini, Muhammad Al-Aminul Rasyid genap umur 6 tahun (menurut kiraan Barat). Nampaknya malam itu dan siang seterusnya 14 Oktober kami berada di rumah.
k. 1 Muharram 1438 Hijrah @ 2 Oktober 2016
Sabtu 1 Oktober malam Ahad sudah masuk 1 Muharram dan ini ada disebut dalam artikel Forum di KUIM dan persekitaran Kuala Sungai Baru. Beberapa hari sebelum itu ada berjalan dari Kuala Kangsar hingga ke Melaka belah Linggi sana melakukan pelbagai aktiviti termasuk memberikan syarahan ilmu. Lihat Dari Bukit Chandan ke Kuala Linggi - Menurut gerak untuk penghujung 1437 Hijriah. Maka pada 1 Muharram dan sekitar masa dihabiskan di rumah untuk berehat juga menulis cerita.
l. 1 Muharram 1439 Hijrah @ 22 September 2017
Artikel Google Street View dan perubahan rumahku yang ditulis hari itu petang Jumaat jelas mengatakan hari itu adalah 1 Muharram dan saya berada di rumah. Cuma ada keluar untuk bersolat Jumaat.
m. 1 Muharram 1440 Hijrah @ 11 September 2018
Artikel Kira-kira Penyelarasan Masa Antara Sains dengan Kitab dan Perjalanan Darah Keturunan yang ditulis 10 September menyatakan beberapa hal yang berlaku pada hari sebelumnya 9 September. Artikel seterusnya, Menyambung/memperbarui wasilah keluarga di Teluk Intan sempena Ma'al Hijrah tahun 1440 ditulis 11 hari kemudian iaitu pada 21 September. Namun ia jelas menyatakan saya dan keluarga bergerak ke Batak Rabit di Teluk Intan pada petang Isnin 10 September supaya dapat beriktikaf malam itu masuk 1 Muharram di masjid warisan keluarga. Inilah kali pertama seingat saya pernah beriktikaf pada tarikh begitu cantik di sana. Siangnya 11 September, siang Selasa 1 Muharram kami dibawa berjalan menaiki bot di Sungai Perak menyusuri kesan-kesan sejarah yang ada kena mengena dengan keluarga kami, keluarga Laksamana Raja Mahkota. Maka secara rata kami berada di Batak Rabit waktu itu.
n. 1 Muharram 1441 Hijrah @ 1 September 2019
Artikel Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Mencari jejak Awalun Islam di Barus ketika Malaysia menyambut Hari Merdeka yang ditulis 27 September menunjukkan bahawa ketika masuk malam awal 1 Muharram kami masih dalam perjalanan dari Barus di pantai barat Sumatera untuk ke Geudong di pantai timur pulau, dalam wilayah Aceh. Pada siang 1 Muharram bersamaan 1 September kami mengadakan satu majlis di makam Sultan Malikus Saleh. Lihat Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Berkejar 1 Muharram untuk menunaikan acara ke-21 HIKMAH di tapak pusat kerajaan Samudera-Pasai. Boleh juga lihat keseluruhan cerita pengembaraan agak epik ini dalam Kompilasi artikel perjalanan pusing Aceh dan utara....
o. 1 Muharram 1442 Hijrah @ 20 Ogos 2020
Telah menulis dan mempersembahkan artikel Dari Kuala Muar ke Kuala Pahang - Menjejak sejarah dan makan-makan dari Bandar Maharani ke Bukit Kepong membawa ke Negeri Sembilan pada tarikh tersebut. Dinyatakan dalam artikel bahawa memang 20 Ogos itu bersamaan 1 Muharram. Nampaknya saya sedang berada di rumah selepas penat membuat perjalanan berkenaan (lihat juga Dari Kuala Muar ke Kuala Pahang - Mukadimah perjalanan malam) lalu sekadar ingin berehar dan menulis.
p. 1 Muharram 1443 Hijrah @ 9 Ogos 2021 atau sekitar
Selepas menulis artikel bertajuk Penyusunan dan pengurusan ilmu di universiti : Sudut pandang Islam pada pagi Jumaar 25 Jun 2021 yang dinyatakan bersamaan 14 Zulkaedah 1442 Hijriah saya tidak menulis apa-apa di CATATAN SI MERAH SILU... sehinggalah keluar artikel Aku, ISTAC, pandemik Covid-19 dan Jumaat yang berkat pada petang Jumaat 8 September bersamaan 1 Rabiulawal 1443 Hijriah. Ada dinyatakan dalam artikel bahawa sudah lebih 3 bulan saya tidak menulis di blogspot akibat hilang mood untuk menulis juga untuk mengikuti mana-mana majlis ilmu. Cuma hari itu baru datang kembali mood baik. Sebabnya, buat pertama kali sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) diperkenalkan 18 Mac 2020 bagi membendung masalah penularan virus Covid-19 iaitu pada lebih 18 sebelum itu saya dapat masuk ke dalam kawasan dan bangunan kampus ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku. Hal ini membayangkan bahawa saya tidak dapat berjalan jauh akibat PKP. Jadi besar kemungkinan pada 1 Muharram sekadar berehat di rumah.
q. 1 Muharram 1444 Hijrah @ 30 Julai 2022
Menulis dan mempersembahkan artikel Hari Peradaban Bangsa Melayu dan misi keluarga Laksamana pada tarikh tersebut lalu ada dinyatakan 30 Julai itu bersamaan 1 Muharram. Selepas menulis artikel di rumah pergi menghadiri majlis berkenaan di Taman Melati di Kuala Lumpur. Lihat Permulaan Hari Peradaban Bangsa Melayu pada setiap 1 Muharram?
r. 1 Muharram 1445 Hijrah @ 19 Julai 2023
Artikel Maklum balas pembaca tentang buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad jelas menyatakan ia dipersembahkan pada tarikh tersebut di rumah dan memang hari itu 1 Muharram. Cuma ia dipersembahkan pada jam 3.23 petang walaupun isinya sudah disediakan 2 hari lebih awal. Ini kerana pagi dan malam sebelum itu berada di rumah kakap ipar di Jelai, Negeri Sembilan. Isyarat Internet kurang baik di situ lalu artikel tidak dapat dipersembahkan lebih awal.
Kesimpulan :
Setelah mengatur perkara tahun demi tahun Hijriah baru dapat dikesan di manakah saya berada pada 1 Muharram sejak 18 tahun kebelakangan iaitu sejak CATATAN SI MERAH SILU ini dimulakan penghujung tahun 2006, sejurus selepas itu masuk tahun 1428 Hijirah. Didapati secara rata saya berada di rumah kecuali untuk tahun-tahun berikut :-
a. 1428 Hijriah @ 2007 Gregorian di Lembah Bujang.
b. 1429 @ 2007 di Kajang
c. 1435 @ 2013 di Hulu Selangor
d. 1440 @ 2018 di Batak Rabit
e. 1441 @ 2019 di makam Sultan Malikus Saleh, Aceh menganjurkan acara ke-19 HIKMAH.
f. 1444 @ 2022di Taman Melati, Kuala Lumpur menyertai Hari Peradaban Bangsa Melayu.
g. 1445 @ 2023 di Jelai, Negeri Sembilan
Begitulah al-kisah. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,515 di CATATAN SI MERAH SILU.
Ahad, Jun 30, 2024
Kenapa ciptaan adalah wahyu : Mengimbau teori dua kitab
Lagi sekali cerita melibatkan ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Memang 2-3 bulan kebelakangan ini saya rajin ke sana.
Khamis, Jun 27, 2024
Dari majlis Takrim/Alumni Homecoming ISTAC ke Books Kinokuniya
Salam semua. Merujuk pada rasa kegelisahan akibat perkara-perkara tertentu yang diutarakan dalam artikel Salah ke kajian saya diakui seorang pemikir tersohor Melayu? Selasa malam Rabu 25 Jun. Ini ada cerita yang boleh dikatakan adalah susulan...
Bergambar selepas majlis bersama sejumlah alumni atau bekas pelajar, bersama 'guru besar' ISTAC, pemegang Kursi Al-Ghazali, Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar. Beliau adalah penyelia tesis saya di ISTAC, tesis yang diperbaiki isinya untuk menjadi buku ke-15 saya "Adam (a.s.) and the Origin of Man". Beliau juga adalah pemberi kata-kata aluan buku.
Dalam dunia yang penuh dengan kemungkaran
Keadaan mengundang kepincangan
Pentingnya ilmu mengukuhkan pendirian
Pentingnya ilmu mendewasakan akal fikiran
Agar tidak terbenam dalam jurang kehancuran
Agar tidak terus hanyut dibawa arus kepalsuan
Pentingnya ilmu memperbaik perwatakan
Tahu membezakan kejahatan dan kemuliaan
Ilmu dipelajari dengan penuh keikhlasan
Buku mengandungi pelbagai maklumat
Yang tersirat mahupun yang tersurat
Dalamilah kandungan sehingga tamat
Yang seharusnya diamalkan sepanjang hayat
Demi menjalani kehidupan yang lebih bermanfaat
Pentingnya ilmu mengizinkan pembaharuan
Demi mengharungi dugaan dunia yang kian mengerikan
Demi memperoleh kejayaan sebenar dalam kehidupan.
CETUSAN KARYA:
Sajak ini adalah sentuhan ilham Hilmi Zuraimi dari
Maktab Rendah Tampines Meridian
Selasa, Jun 25, 2024
Salah ke kajian saya diakui seorang pemikir tersohor Melayu?
Sekadar mengisi kelompongan dalam perkongsian cerita. Melepaskan beban rasa sebenarnya...
Adapun gambar atas ini diambil selepas mengikuti satu majlis ilmu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) pada petang Jumaat 31 Jun 2024. Lihat artikel Musafir ilmu dan buku - Antara ISTAC dan PBAKL. Selepas majlis saya telah menyerahkan senaskah buku terbaru merangkap buku ke-15 saya "Adam (a.s.) and the Origin of Man" kepada guru saya di ISTAC Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar. Ini kerana beliau adalah penyelia bagi tesis Sarjana saya di ISTAC yang isinya diperbaiki untuk menjadi buku. Dan beliau adalah penulis kata-kata aluan bagi buku.
Selepas menerima buku beliau ada menyarankan kepada hadirin bahawa adalah elok jika persatuan pelajar ISTAC iaitu ISTACSS (ISTAC Student Society) dapat mengadakan satu wacana atau diskusi tentang buku. Tentunya saya amat bersetuju kerana buku terbit daripada tesis sedangkan tesis pula terbit akibat saya pernah diminta ISTACSS agar berkongsi kajian saya yang berkenaan pada April 2018. Lihat Syarahan "Prophet Adam and the Malays 60,000 Years Ago - Aligment of Time, Revealed Knowledge and Science" di ISTAC. Namun hal menyerahkan buku juga saranan tidak diceritakan dalam Musafir ilmu dan buku - Antara ISTAC dan PBAKL mahupun apa-apa artikel di CATATAN SI MERAH SILU. Yang ada diceritakan adalah tentang wawancara yang dibuat bersama Osman tentang buku. Itu ada dikongsikan rakaman videonya.
Dengan pengenalan ini baru boleh pergi ke hal yang lebih recent ataupun baru...
Adapun kali terakhir saya mengemaskinikan CATATAN SI MERAH SILU adalah ketika mempersembahkan artikel Ringkasan cerita sekitar Aidil Adha 1445 Hijriah pada Selasa malam Rabu 18 Jun jam 10.55 malam iaitu tepat seminggu campur sejam lalu. Biar dinyatakan, sebelum itu iaitu pada petang Selasa sekitar jam 4 petang saya ada berkongsikan rakaman video atas berserta teks berikut di Facebook dan WhatsApp...
--------
----------
Maklum balas yang didapati daripada para pembaca dan kenalan, tidak ada pun apa-apa perkara dalam rakaman video yang menyebabkan ia layak diganggu sebegitu rupa. Tidak ada isu perkauman, politik mahupun agama. Tidak ada serangan terhadap Israel, Zionis mahupun sokongan terhadap Palestin atau sebagainya. Yang ada adalah tentang buku, kajian dan ilmu. Selain itu, apa yang boleh menyebabkan ia diganggugugat lalu ada yang mengadu sehingga dihilangkan suara dalam Tiktok nampaknya rasa tidak puas hati.
Kenapa tak puas hati? Ada pembaca berkongsi sama dengan telahan saya bahawa ada pihak tidak suka kajian saya mendapat kata-kata pujian oleh seorang pemikir tersohor Melayu Islam seperti Osman Bakar, seorang pemikir peringkat dunia. Orang nak kata perasan pun perasanlah. Tetapi saya ada sebab untuk ber'buruk sangka' bahawa ada pihak tidak mahu hal kajian dan pemikiran saya diakui ini sampai kepada Sultan sebuah negeri, pihak yang tidak mahu saya mendapat tempat di istana mengambil kembali satu jawatan orang besar yang layak dipegang atas faktor kekananan dalam susur galur keturunan, kekananan yang harus lebih kuat lagi apabila disedari tahap keintelektuan yang dimiliki.
Namun ada juga mengatakan, ada kemungkinan yang membuat aduan adalah orang daripada ISTAC lama iaitu ISTAC sebelum diterajui Osman Bakar. Ada kemungkinan juga orang dalam ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia). Ini boleh jadi kerana saya ada menyentuh tentang pengasas ISTAC, Tan Sri Profesor Syed Naquib al-Attas dalam wawancara juga kedudukan Osman sebagai antara orang yang mengasaskan ABIM. Mungkin kerana saya ada menyebut Osman lebih senang untuk ditemui (more accesible) berbanding Syed Naquib walaupun beliau juga orang yang sangat sibuk, sering dicari untuk mendapatkan nasihat juga menyampaikan ilmu. Saya sebut ini dalam konteks kerja-kerja perjuangan aktivis. Kerana saya seorang aktivis kedaulatan Melayu dan Islam. Sedangkan Osman telah lebih awal terlibat dalam dunia aktivis memperjuangkan Islam, antaranya melalui ABIM.
Sebetulnya ada perkara besar mahu diperjuangkan melalui penulisan tesis di ISTAC yang kemudian dijadikan buku. Tetapi saya harus bersedia dengan kemungkinan ada pihak, atau beberapa pihak, mahu menghalang daripada ia mendapat perhatian yang sewajarnya. Gangguan terhadap rakaman video yang isteri letak di Tiktok seperti mengesahkan 'buruk sangka' ini. Dan memang realiti kehidupan... kalau dalam dunia politik kita tak hairan. Tetapi dalam dunia akademik pun sebenarnya ramai yang suka bermain politik lalu sanggup menenggelamkan usaha baik orang lain walaupun ia sebenarnya berfaedah bagi mengangkat maruah dan kedaulatan ummah. Mereka bercakap tentang ilmu, tentang "loss of adab" dan sebagainya. Tetapi tujuan utama cuma hendak mengangkat diri dan kelompok sendiri sahaja, selain hendak mengaut peluang membuat duit dengan menjual ilmu.
Berbalik pada artikel Ringkasan cerita sekitar Aidil Adha 1445 Hijriah yang ditulis 18 April. Ada disebut pada permulaannya bahawa fikiran saya sedang terganggu (ketika itu) kerana belum menyiapkan lagi satu penulisan ilmiah yang diharapkan dapat dihantar kepada pihak berkenaan selewatnya pada 25 Jun. Pada penghujung artikel pula disebut, apabila sampai kembali ke rumah dekat jam 5 pagi Selasa 18 Jun iaitu selepas selesai membuat perjalanan berkenaan didapati saya telah memandu sejauh 573 km. Ini adalah kurang 100 km berbanding perjalanan yang dilakukan seminggu lebih sebelum itu. Rujuk kembali artikel kompilasi Musafir ilmu dan buku. Selepas itu (dijangka) kena memandu beratus kilometer lagi dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Apa yang tidak diberitahu adalah, sepatutnya pada pagi 25 Jun tadi saya berada di Ipoh untuk mendengar keputusan kes faraid harta Laksamana Muhammad Amin di Mahkamah Tinggi Syariah. Tetapi Khamis lalu 20 Jun diberitahu bahawa keputusan ditunda ke 9 Julai iaitu tepat 2 minggu lagi. Pun begitu saya masih perlu memandu beratus kilometer dalam beberapa hari berikutnya (selepas mempersembahkan Ringkasan cerita sekitar Aidil Adha 1445 Hijriah pada18 Jun). Pada Rabu hingga Jumaat 19-21 Jun ada beberapa urusan di Lembah Klang membawa ke Janda Baik di mana saya beriktikaf di surau sebelum mengambil anak lalu telah memandu sejauh 328.9 km. Sabtu hingga Ahad 22-23 Jun ke kampung isteri di Tanjung Sepat kerana ada majlis perkahwinan anak buah lalu memandu lagi 269 km. Tadi pula ke Lembah Klang lagi kerana ada bapa saudara meninggal dunia waktu pagi lalu dikebumikan selepas jam 3 petang. Dah memandu lagi 125.4 km. Jumlahkan jadilah 723.3 km. Tetap jauh juga walau tak pergi Perak. Kalau pergi harus melebihi 1,000 km.
Tentang penulisan ilmiah yang diharapkan dapat dihantar kepada pihak berkenaan selewatnya pada 25 Jun pula nampaknya tak dapat. Sepatutnya hari ini digunakan sepenuhnya untuk menyiapkan kerja. Tetapi apabila berlaku lagi kematian dalam keluarga, yang ketiga dalam tempoh 2-3 bulan kebelakangan memang tidak dapat memberikan tumpuan. Untuk makluman ada seorang bapa saudara meninggal dunia awal bulan Ramadhan. Saya terlibat membasuhkan jenazah dan merupakan seorang sahaja ahli keluarga yang menemani dalam van jenazah dari rumah kakaknya, adik ibu saya, di Bukit Damansara ke masjid sana kemudian ke tanah perkuburan di Kajang.
Ini mengingatkan bagaimana saya adalah satu-satunya ahli keluarga yang menemani dalam van ketika membawa jenazah ibu kepada ibu, orang yang banyak membesarkan saya lalu dipanggil Mak (saya panggil ibu sendiri Mami), dari Petaling Jaya ke Muar. Selepas itu sayalah satu-satunya orang yang menemani ibu kepada ayah dalam van dari hospital Raub ke rumah. Ketika itu beliau yang saya panggil sebagai Nenek sedang nazak. Nenek meninggal dunia dalam perjalanan. Hal bapa saudara meninggal dunia bulan Ramadhan ini tidak ada dikongsikan dalam CATATAN SI MERAH SILU mahupun di mana-mana media sosial. Namun untuk bapa saudara seorang lagi, adik kepada beliau yang meninggal dunia ketika bulan Syawal ada disebut sedikit dalam artikel Dari tanah perkuburan ke ISTAC ke PBAKL 2024 hampir sebulan lalu.
Bapa saudara yang baru meninggal dunia pagi tadi pula sebenarnya adalah suami kepada adik ibu saya. Isterinya telah beberapa tahun meninggal lebih awal. Saya pernah menumpang lama di rumah mereka di Ampang, ketika zaman pertengahan mencari makna diri dan erti 2005-2008. Lalu di rumah merekalah dapat menulis sehingga menerbitkan sendiri siri trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" tahun 2006-2007. Saya cuma berpindah keluar setelah kembali berumahtangga penghujung 2008, setelah lama menduda sejak awal tahun 2002.
Fikirkan. Bagaimana dapat menyiapkan penulisan ilmiah buat masa ini? Namun saya perlu menyiapkan ia juga walau lewat beberapa hari. Itulah antara sebab menulis artikel ini. Untuk melepaskan beban rasa, supaya dapat kembali lancar melakukan kerja. Sekian selamat malam.










