Meneruskan gerak penulisan berkenaan daripada artikel Majlis Maulidur Rasul yang membawa pada pembelian pedang dan sekitarnya.
Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...
Daripada artikel Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah
Daripada artikel Makam Syiah Kuala... dan makam Maharajalela Abdul Rahim...
Daripada artikel Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch
-------------------------
-------------------------
Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...
Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.
Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh
-------------------------
Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.
Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...
Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-
Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.
Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...
Rabu, Februari 02, 2022
Al-kisah pedang dan perjalanan menyusuri Sungai Langat
Majlis Maulidur Rasul yang membawa pada pembelian pedang dan sekitarnya
Salam semua. Adapun petang semalam Selasa 1 Februari 2022 saya dan keluarga selamat kembali dari satu perjalanan di Raub. Sejumlah perkara menarik telah berlaku selain mengambil beberapa laluan yang tidak pernah diambil sebelum ini. Sayangnya timbul pula masalah pada kamera menyebabkan saya tidak dapat mengambil sebanyak gambar yang suka. Melihat pada keadaan kamera berusia hampir 4 tahun yang nampaknya tidak dapat diselamatkan lagi timbul rasa elok dikongsikan beberapa cerita yang sebelum ini malas hendak dikongsikan. Ini adalah berdasarkan gambar-gambar yang telah diambil dengan kamera tersebut bermula dengan ini.
Sabtu, Januari 29, 2022
Dari nasi beringin ke ISTAC ke impromptu reunion A Level
Salam semua. Setelah lebih 2 minggu mempersembahkan artikel Semangat pedang bagi tahun 2022 baru timbul rasa untuk berkongsi cerita lagi. Dalam tempoh tersebut bukan tiada perkara mahupun aktiviti yang boleh mengisi ruangan di blogspot. Cuma tak rasa mahu kongsi selain malas menulis. Sekarang baru datang mood.
Beberapa hari lalu terlihat di Facebook seorang kawan lama semasa zaman bertugas sebagai wartawan akhbar The New Straits Times di bangunan Balai Berita, Jalan Riong, Bangsar, Kuala Lumpur berkongsi gambar makan nasi beringin di medan selera sebelah pejabat. Timbul rasa mahu menikmati hidangan yang merupakan salah satu kegemaran semasa masih di sana 1996-2001. Saya pun berkira-kira mahu ke kedai berkenaan hari Jumaat.
Maka bertolaklah ke sana dari rumah sebelum tengah hari semalam 28 Januari. Sampai sekitar jam 12.30, kira ngam-ngam ketika nasi beringin sudah sedia untuk dijual. Alhamdulillah lepaslah satu hajat. Kali terakhir menikmatinya adalah pada lebih 2 tahun lalu, sebelum berlaku kes penyebaran virus Covid-19 yang bermula penghujung tahun 2019 diikuti PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang menyebabkan banyak perniagaan ditutup dan orang tidak boleh keluar berjalan.
Biasanya kalau bertandang saya akan mengambil peluang untuk masuk Balai Berita melihat tempat lama bekerja. Boleh berjumpa kawan-kawan lama sambil mengimbas kembali nostalgia zaman berkenaan. Lihat artikel Kenangan liputan sukan berkuda di Perancis tahun 2000 - Berapa perjalanan sebagai wartawan akhbar The New Straits Times juga Analisis corak dan tren perjalanan - Zaman wartawan di New Straits Times 1996 - 2001. Namun kali ini saya tidak masuk langsung ke pejabat lama. Ini kerana mahu berkejar ke tempat belajar iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku bagi menunaikan solat Jumaat.
Ia adalah kali pertama saya bersolat Jumaat di masjid ISTAC bagi tahun 2022. Ia juga kali pertama bertandang ke tempat belajar bagi tahun baru ini. Gambar atas diambil di air pancut utama yang menghadap pejabat ISTAC. Sebetulnya nak buat tanjak kelihatan di tengah. Tapi jadi ke tepi pula kerana tak berapa nampak ketika mengambil gambar akibat silau matahari.
Ternyata masih belum diadakan kelas fizikal sejak PKP memaksa kuliah dibuat secara on-line atau atas talian bermula sekitar bulan Mac 2020. Yang ada di ISTAC juga pekerja pejabat dan sedikit yang berkenaan. Selepas solat Jumaat yang dihadiri sekitar 80 orang bangunan kelihatan kosong. Suka hati hendak merayau tanpa perlu menghiraukan orang.
Apapun saya tidak perlu menghadiri apa-apa lagi kelas kerana sudah mencukupkan jumlah yang perlu ketika semester pertama pada separuh kedua tahun 2019. Yang tinggal cuma hendak menyiapkan tesis (yang sampai sekarang tak siap-siap. Alahai... :]). Sesungguhnya bab tesis tak siap-siap inilah antara sebab utama saya hilang mood untuk menulis juga berkongsi apa-apa cerita. Bahan semua ada tapi bila nak menulis sahaja asyik tersangkut. Fikiran jadi terganggu, susah hendak memberikan tumpuan.
Selain itu saya juga hilang mood kerana kecewa dengan sikap orang. Terasa ramai sangat kaki "sailang", suka ambil kesempatan, tak tahu mengenang budi, berebut untuk menonjolkan diri sebagai orang paling ke hadapan dalam "perjuangan". Mereka yang sudah lama mengenali saya dan/atau sudah lama mengikuti blogspot ini mungkin boleh faham apa yang dimaksudkan. Ini melibatkan dunia penulisan, pengkajian sejarah Melayu dan Islam juga aktiviti-aktivi NGO dalam mengangkat jati diri bangsa yang tersayang.
Alhamdulillah berada secara fizikal di ISTAC membuat saya lupa hal negatif. Ia mengingatkan kembali betapa saya amat cintakan ilmu dan betapa tempat ini memberikan inspirasi untuk terus berjuang. Saya berlegar-legar di kampus juga menyambung bacaan untuk persiapan tesis di perpustakaan buat berapa lama. Sekitar jam 5.30 baru keluar untuk ke rumah seorang kawan lama zaman kolej peringkat A Levels tahun 1988-1990 di Sri Hartamas.
Malam itu kami ke restoran mamak di Bukit Damansara untuk bertemu beberapa orang lagi kawan lama sekolej dan sama batch.
Asalnya sebab ada seorang yang menetap dan bertugas di Johor Bahru ingin bertemu kawan yang duduk di Sri Hartamas. Alang-alang begitu terus dijadikan satu macam reunion secara impromptu iaitu tanpa dirancang.
Ramai antara kami sudah jadi orang besar, para peneraju syarikat korporat bagai juga pegawai tinggi kerajaan. Selepas kolej kami menyambung pengajian peringkat universiti di United Kingdom lalu kembali sekitar pertengahan tahun 90an untuk mengambil tempat dalam kerancakan ekonomi Malaysia yang sedang berkembang. Alhamdulillah kami masih lagi selesa bertemu di kedai mamak tanpa memandang pangkat dan kedudukan.
Sayangnya kedai mamak tutup jam 10. Cuma dapat "extend" dalam 15 minit gitu. Ingatkan boleh lepak sampai tengah malam. Gambar beramai sebelum kena "halau". Ada seorang lagi tiada dalam gambar kerana harus bergerak lebih awal untuk mengambil anak. Ada seorang pula asalnya mahu datang dengan isteri tetapi tak jadi kerana muncul suatu tugasan.
Sambung pula sembang di rumah kawan di Sri Hartamas. Kebetulan kawan tersebut sedang duduk berseorangan. Terasa seperti kembali ke zaman bujang duduk asrama di kolej. Macam-macam cerita lama keluar...
Lebih best lagi apabila keluar cerita zaman-zaman dah ada keinsafan. Ketika gambar atas ini diambil saya sedang menceritakan apakah kelebihan capal Nabi Muhammad SAW sehingga ia dipakai sebagai lambang pada kopiah sesetengah orang. Keluarlah cerita Isra' dan Mikhraj, pertemuan Nabi dengan Allah SWT selepas melepasi Sidratul Muntaha juga kelebihan selawat.
Keadaan santai, jujur tanpa bermuka-muka sebeginilah yang menaikkan kembali semangat dalam perjuangan demi memartabatkan agama, bangsa dan tanah air. Alhamdulillah saya kembali ke rumah selepas tengah malam dengan perasaan gembira dan puas walaupun penat. Walaupun kemudian susah hendak melelapkan mata, jam 3.30 gitu baru dapat tidur saya bangun jam 5.30 dalam keadaan agak bertenaga. Semangat untuk kembali menulis itu kuat. Selepas menyelesaikan beberapa perkara artikel ini pun dibuat. Sekian perkongsian... :]
Khamis, Januari 13, 2022
Semangat pedang bagi tahun 2022
Salam hari Khamis malam Jumaat 13 Januari 2022 yang tarikh Islamnya sudah jatuh pada 11 Jamadil Akhir 1443 Hijriah. Adapun dengan selesainya cerita-cerita perjalanan ke Pantai Timur 18-25 Disember lalu terbitlah artikel Kompilasi cerita perjalanan Pantai Timur penghujung 2021 pada 2 hari lalu barulah saya betul-betul boleh beralih pada tahun baru 2022 yang sudah masuk hampir 2 minggu. Walaupun ada membuat beberapa perjalanan kecil sebelum masuk tahun baru termasuk melihat kesan kemusnahan akibat banjir di Selangor tidak ada keperluan untuk memanjangkan cerita. Cukuplah ia menjadi nota kecil dalam artikel ini supaya tidak lupa. Sekarang beralih pada cerita baru yang boleh dikatakan mewakili semangat saya bagi tahun 2022.
Selasa, Januari 11, 2022
Kompilasi cerita perjalanan Pantai Timur penghujung 2021
Salam. Seperti biasa, bagi perjalanan yang memakan masa lebih 5 hari saya akan membuat kompilasi bagi mengumpulkan pautan untuk artikel-artikel yang menceritakan perjalanan dari hari ke hari. Sekarang biar dibuat satu bagi perjalanan Pantai Timur baru ini.
Perjalanan Pantai Timur penghujung 2021 ini bermula petang Sabtu 18 Disember apabila saya dan keluarga keluar ke Kuala Kubu Bahru kemudian ke Tanjung Malim untuk satu majlis. Lewat malam kami ke rumah kawan di Bukit Tinggi. Dari situ baru betul-betul menghala ke Pantai Timur. Namun hujan lebat yang berpanjangan tanpa henti Jumaat dan Sabtu menyebabkan banjir dan tanah runtuh di banyak tempat. Akibatnya banyak laluan ditutup lalu kami harus menginap satu malam lagi di Bukit Tinggi. Esoknya bergerak ke arah Bentong diikuti Karak dengan niat mahu singgah di Temerloh. Namun beberapa laluan masih digenangi air memaksa kami mengambil jalan jauh ke Negeri Sembilan... sedangkan masa semakin suntuk. Sehingga hampir-hampir mahu membatalkan perjalanan lalu kembali ke Rawang.
Apapun ditakdirkan kami dapat juga sampai ke Pantai Timur lalu mendapati cuaca begitu cantik sepanjang 4 hari 4 malam di sana. Padahal ketika itu musim tengkujuh. Selepas sampai ke Kota Bahru kami menukar arah laluan kembali ke rumah. Asalnya mahu ke Gua Musang sebelum bermalam di Raub tapi ini ditukar dengan mengambil laluan Jeli ke Gerik lalu bermalam di Temong. Dengan itu satu hajat tertunda anak-anak berjaya ditunaikan. Perjalanan pula memakan jarak keseluruhan sekitar 1,656 km.
1. Pantai Timur penghujung 2021 - Membuka secara tradisi di Sarang Art Hub
2. Fine views from Bukit Tinggi after heavy rain
3. Masjid (Mosque of) Berjaya Hills Resort, Bukit Tinggi
4. Pantai Timur penghujung 2021 - Cabaran akibat hujan lebat luar biasa
5. Aftermath of flood around Lebu
38. Wooden bridge across Perak river in Lenggong
39. Masjid (Mosque of) Ar-Rahmaniah, Kampung Chepor, Lenggong
Ahad, Januari 09, 2022
Pantai Timur penghujung 2021 - Lakaran laluan dari hari ke hari
Salam semua. Bagi melengkapkan siri "Pantai Timur penghujung 2021" biar dikongsikan lakaran laluan dari hari ke hari yang dibuat menggunakan Google Map. Dengan cara ini dapat dilihat dan dikira jarak perjalanan dengan jelas.
1. Sabtu 18 Disember 2021 - Sungai Buaya-Tanjung Malim-Bukit Tinggi











