4. Borobudur tinggalan Nabi Sulaiman? - Ratu Boko adalah Ratu Balqis?
Saya dapati, ya, benar. Memang lokasi Borobudur dan duduk letak objek-objek yang ada amatlah istimewa. Sebab itu juga saya membuat artikel Borobudur tinggalan Nabi Sulaiman? - Sejauh mana ia terkait dengan Hajar Aswad? beberapa hari lalu... untuk menunjukkan memang benar Borobudur boleh disambungkan ke titik tengah Kaabah dengan garisan lurus melalui sudut Hajar Aswad. Tetapi adakah ini bermakna ia tinggalan Nabi Sulaiman? Kenapa pula tidak boleh dibuat oleh orang lain yang mendapat panduan daripada kitab? Untuk ini biar diteliti beberapa relif pilihan...
Pada saya kalau benar ini menunjukkan kapal Nabi Nuh maka harus ada sekali bentuk atau kelibat beberapa ekor binatang. Bukankah kapal atau bahtera Nabi Nuh itu digunakan untuk menyelamatkan baka-baka binatang lalu dinaikkan setiap sejenis binatang sepasang? Bagaimana elemen begitu penting dalam penceritaan tidak digambarkan jika benar ia merujuk kepada bahtera Nabi Nuh?


5. Relif-relif itu 'mencatatkan' kembali isi kitab Zabur yang diterima ayahanda Nabi Sulaiman iaitu Nabi Daud agar dapat ditatap generasi selepas itu hinggalah sekarang.
Perkara 1 telah saya persetujui sejak awal. Perkara 2 pula baru sahaja disanggah sebentar tadi apabila saya dapat menunjukkan bahawa stupa di Ratu Boko dan stupa di Borobudur sebenarnya berlainan. Namun saya tidak menolak kemungkinan tinggalan istana itu pernah diduduki Ratu Balqis. Ini akan dipanjangkan kemudian. Sekarang biar kita pergi pada dakwaan 3 dan 4 sekaligus kerana ia saling berkait. Untuk itu biar ditunjukkan relif yang dilihat pada satu bangunan purba lain iaitu Candi Mendut (gambar atas dan bawah). Lihat artikel Candi (Temple of) Mendut di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)

Ketika duduk itulah beliau mendakwa bahawa pintu gerbang yang kelihatan meniru bentuk bangunan serupa dalam syurga. Katanya Nabi Idris melihat ini di syurga lalu apabila kembali ke bumi, baginda membina model yang sama sebagai kenangan. Fahmi memanggilnya Sidron Qolil, mengambil petikan daripada ayat Quran yang saya tak ingat mana. Beliau mendakwa Nabi Idris lah yang membina istana di bukit ini sebelum diwarisi Ratu Balqis. Cukup buat masa ini.
Sebagai peringatan rombongan saya adalah ke-42 dalam program yang dipanggil Jelajah Negeri Saba' (JNS). Kami semua diminta duduk bersandar saling menghadap pada dinding pintu gerbang pertama Keraton Ratu Boko seperti kelihatan dalam gambar. Kami duduk melepaskan penat lelah sehari suntuk asyik berjalan sambil melihat juga pintu gerbang kedua yang merupakan pintu utama . Ia membentuk formasi 1-3-1 (3 pintu tengah diapit 1 pintu kiri 1 pintu kanan) seperti di bawah.

Dengan itu kuat hati saya mengatakan bahawa Keraton Ratu Boko itu boleh diterima sebagai Istana Ratu Balqis atau salah satu istana yang dimiliki baginda. Cuma pada zaman-zaman kemudian ia ditambah benda-benda yang kelihatan seperti legasi agama Buddha, misalnya stupa. Tentang apakah Ratu Boko itu sendiri Ratu Balqis, saya tak pasti. Boleh jadi Ratu Boko salah satu keturunan atau saudara-mara baginda. Yang saya rasa pasti istana pernah didiami Ratu Balqis. Dan sekali lagi stupa di Ratu Boko tidak sama dengan stupa di Candi Borobudur, Maka bahagian atas Borobodur bukanlah bangunan atau arasy Ratu Balqis yang dipindahkan menurut cerita di dalam Al-Quran. Sekian... :]































