Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Mei 26, 2009

Umrah 2005 - Pertolongan Nur dan percubaan berhenti merokok

Laluan menghala ke pintu Babussalam di Masjid Nabawi, Medinah.

OK. Adapun siri cerita An-Nur dibuat kerana saya rasa perlu meluahkannya sehabis boleh sebelum dapat membuat satu siri cerita tentang pengalaman pertama kali saya sampai ke tanah suci Mekah dan Madinah untuk menunaikan ibadah umrah pertengahan 2005. Cerita umrah ini sudah lama dijanjikan kepada pembaca. Kini siri cerita An-Nur sudah selesai, maka eloklah saya memulakan langkah.

Dalam buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti" yang diterbitkan Jun 2006 saya ada menyebut... hmm... elok juga saya copy and paste sekali dua-tiga ayat sebelumnya. Bila dilihat kembali text dalam simpanan, ternyata ia sangat relevan dengan keadaan semasa dan keadaan saya ketika itu. Tak sia-sia saya menamatkan siri cerita An-Nur dengan bahagian yang tak disangka rupa-rupanya ada kena-mengena malah boleh menjalin kesinambungan cerita. Ini isi dari buku itu, mukasurat 294, bab bertajuk "Penutup: Sampai bila berpetualang?"

Hampir setahun kemudian ada pula pihak lain tertarik dengan buku itu lalu merancang untuk melancarkannya secara besar-besaran September 2005. Katanya, akan melibatkan kerabat diraja terdekat beberapa buah negeri! Tetapi manusia yang bertindak sebagai orang tengah yang mengenalkan pemuda itu dengan pihak yang memiliki syarikat penerbitan buku di Perak ini pula tidak puas hati kerana si penerbit telah menunjukkan minat yang lebih mendalam terhadap buku pemuda itu daripada bukunya sendiri. Akibatnya Rasyid juga yang merana, duduk termangu-mangu tidak nampak lagi hala mana yang patut dituju. Begitu banyak rintangan hidup yang terpaksa dilalui sehingga dia hampir putus asa lagi lalu bermunajat berhari-hari di hadapan Kaabah akhir Jun hingga awal Julai lalu.

Itupun nasib baik dia dapat ke sana... Anak muda ini memang sudah tidak memiliki apa-apa kemampuan, sudah tidak ada duit lagi. Segala wang simpanannya sudah kering lebih dua tahun lalu kecuali duit KWSP yang cuma boleh dikeluarkan setelah berumur 55 tahun. Alhamdulillah, seorang hamba Allah tiba-tiba menawarkan untuk membawanya ke sana dengan niat supaya pemuda ini dapat menyambung wasilah ke makam Rasulullah SAW. Mungkin ini berkatnya sering menziarahi makam para wali?

OK. Apa yang disebut dalam perenggan satu sedutan di atas ini sebenarnya telah dihuraikan sedikit sebanyak dalam artikel terakhir cerita An-Nur iaitu Cerita An-Nur - Akhirnya terpisah kerana fitnah siapa agaknya ya? yang baru dibuat tadi. Sekarang biarlah saya berterus-terang. Hamba Allah yang dimaksudkan dalam perenggan kedua sedutan tidak lain, adalah Nur sendiri!

Asalnya Nur mahu kami bersama pergi ke pulau Cyprus di perairan Mediterranean di Eropah untuk bertemu khalifah tariqat Naqsyabandiah Haqqani iaitu Sheikh Nazim. Tetapi keadaan tidak memungkinkan kami pergi bersama. Ini kerana dia sendiri pernah sekali ke sana dibawa dan dibelanja oleh seorang politikus muda yang kemudian menjadi suaminya. Sememangnya Nur sudah lama ada keinginan untuk ke sana kerana sesekali ada mengikuti sesi zikir yang dipimpin orang kanan Sheikh Nazim iaitu Sheikh Raja Ashman ibni Sultan Azlan Shah Perak di Bukit Damansara sejak saya ada membawanya ke sana. Saya sendiri memang sesekali suka berzikir di situ kerana selain ramai kawan juga kenalan dari zaman belajar di UK dahulu, saya cukup suka maulud Nabi yang diadakan boleh kata setiap kali tamat sesi zikir.

Hmm... nampaknya saya harus meluahkan rasa ini keluar dari dada juga. Selepas bercerai dengan suami lama, Nur sering bertandang malah tidur di rumah seorang kakak, biar kita panggil dia Murai ya... jangan ketawa, hehe! Adapun Murai ini orangnya bertudung dan boleh tahan pengetahuan agamanya, tetapi seperti kebanyakan orang yang ingin mengejar harta, nama dan kedudukan terutama dalam dunia politik, rasanya agama yang ada itu cuma setakat barang atau modal untuk berjual-beli mencari pengaruh sahaja. Tetapi Nur yang ketika itu mahu keluar daripada dunia kebiasaan berpoya-poya alam wayang orang glamour tidak mengenali ramai orang yang boleh dijadikan tempat berteduh. Lalu kepada si Murai juga le dia mengadu, dan di rumah si Murai ini dia makan minum, tidur dan rupa-rupanya akan dibrainwash secara halus.

Saya difahamkan ada seorang peminat artis-artis tanahair, biar kita panggil dia Datuk Kengkang juga ada berminat dengan si Nur terutama selepas dia bercerai. Dia sering terlibat dengan aktiviti artis maka mereka sudah lama kenal. Datuk Kengkang pula baik dengan politikus muda yang bakal menjadi suami si Nur, kita panggil dia Param le senang. Oleh kerana Param mempunyai laluan politik yang boleh menolong perniagaan Datuk Kengkang, dan kebetulan Datuk Kengkang juga sedang merancang untuk menakluki seorang artis yang lebih terkenal, maka Param yang saya percaya sudah lama meminati Nur diberikan laluan. Mereka mula sering datang ke rumah Murai dan Datuk Kengkang membuka jalan untuk Param berbaik-baik dengan Nur, disokong oleh Murai.

Lama kemudian baru saya tahu belanjawan bulanan keluarga Murai pernah ditaja oleh Param buat beberapa lama terutama setelah suami Murai dipecat dari pekerjaan tetapi itu cerita lain. Rasanya cukuplah agar dapat difahami apakah peranan Murai dalam semua ini, Murai yang sering membisikkan Param "dihantar oleh Allah" untuk membimbing Nur dan dialah lelaki terbaik, saya pula cuma seorang penganggur yang tidak memiliki apa-apa.

Ketika itu saya dan Nur dalam keadaan separuh renggang tetapi masih sentiasa berhubung. Nur memberitahu bahawa memandangkan dia mahu kembali kepada kehidupan yang lebih beragama, kedua-dua Datuk Kengkang dan si Param mahu menjadi penggalak. Malah mereka sudi membelanja Nur untuk pergi umrah, umrah kedua baginya setelah umrah pertama dibuat dengan perancangan sendiri membawa kepada perkenalan dengan Murai yang sejak itu sentiasa "memainkan peranan". Tentunya Nur mahu kerana dia suka pergi ke tanah suci. Sampai waktu pergi umrah, tiba-tiba Datuk Kengkang menarik diri. Maka Param sahajalah yang menjadi wali bagi si Nur. Faham-faham aje le keadaan apabila peluang sudah terbuka luas.

Masuk bulan November atau Disember 2004, Nur memberitahu saya bahawa Param ingin membawanya ke Cyprus bertemu Sheikh Nazim. Dia turut membawa beberapa orang kawan sekali, sekurang-kurangnya 2 orang lelaki lain bersama. Saya mengeruk kepala. Sejak bila pula orang seperti Param mahu ambil tahu pasal Sheikh Nazim? Walaupun ramai tertipu dengan bicara petahnya boleh bercakap tentang agama dalam bahasa Arab dan sebagainya, dari pertemuan saya sendiri dengannya saya rasa saya cukup kenal bagaimanakah karakter sebenar musang yang sesekali berbulu ayam ini. Malah Nur memberitahu bahawa Param tidak tahu langsung dan tidak cuba mencari pun di manakah Sheikh Nazim tinggal. Pergi begitu jauh takkan takda langsung persediaan?

Seterusnya saya mendapat tahu bahawa mereka akan berlepas ke Cyprus pada malam betul-betul Nur tamat edah. Ait? Biar betul! Saksi cukup nampaknya. Saya membuat telahan bahawa Param cuba memenangi hati Nur sebelum cuba mengahwininya. Rasanya sangat logik. Kalau dia cuba mengajak Nur berjalan ke mana-mana luar negara (kecuali ke Mekah, itupun katanya Datuk Kengkang ikut serta) tentu sedikit susah tetapi kalau pergi kerana 'agama', kerana mahu bertemu Sheikh Nazim dan sebagainya tentu boleh. Tetapi percaya ke anda kalau seorang politikus muda yang diketahui suka merancang setiap perbuatannya sehingga ke butiran paling kecil sanggup pergi ke Cyprus kononnya untuk bertemu Sheikh Nazim sahaja tanpa cuba mencari alamat tempat tinggalnya atau menelefonnya terlebih dahulu?

Saya memberitahu Nur ini satu usaha untuk sweep her off her feet. Nur akan dibawa berjalan-jalan ke tempat-tempat cantik sehingga dia betul-betul terpesona dengan keadaan dan pada ketika itulah si Param dengan penuh manis elok molek budi bahasa akan memujuknya menjadi isteri, isteri kedua sebenarnya. Saksi 2 orang pun dah sedia menunggu. Tetapi Nur kemudian bertanya kepada Param, apakah betul ini? Kalau betul pun takkan dia nak mengaku ya tak?

Dipendekkan cerita, dengan kuasa Allah, Nur mendapat gerak hati sampai bertemu Sheikh Nazim dengan selamat. Entah bagaimana sebaik sahaja masuk teksi, dia pula boleh menyuruh pemandunya mengambil laluan itu dan ini sampailah dia bertemu Sheikh Nazim di rumah ibadatnya yang rupanya agak terkenal di sana. Maka tidaklah dia dapat dibawa ke tempat lain. Si Param pula yang kena cover line dengan menyebut dia pun nak ikut gerak hati seperti Nur, sebab itu dia kononnnya tidak cuba mencari alamat atau menghubungi Sheikh Nazim terlebih dahulu.

Pernah tengok tak orang yang amat teliti merancang perjalanan, beberapa lama memerhatikan laluan biasa seorang wanita di tempat kerja dan sebagainya, satu hari tiba-tiba sahaja 'terlanggar' perempuan itu. Lalu terjadilah satu perkenalan. Bila bercerita, tengok-tengok mereka 'sama' minat. Kata si lelaki yang pandai mengatur perangkap, semua ini tidak disangka, cuma rancangan Tuhan belaka. Takdirlah katakan... maka mereka pun memang ditakdirkan untuk bersama. Siapa pula yang tahu berapa lama dia telah menghendap merancang acara, bertanya pada semua orang apakah kesukaan wanita itu, menabur wang yang banyak bila perlu. Tahu-tahu sahaja sudah pandai bercerita pasal Hang Tuah dan Hang Jebat sedangkan selama ini dia apa peduli akan sejarah Melayu!

OK. Cukuplah luahan bab ini. Disebabkan pertemuannya dengan Sheikh Nazim amat menyenangkanlah maka Nur ingin membawa saya ke Cyprus tetapi sudah tidak boleh. Dan saya pula tidak mahu pergi keseorangan. Maka tidak hairanlah jika satu hari tiba-tiba dia mendapat ilham baru: "Awak, saya nak awak pergi menyambung wasilah kat makam Rasulullah di Madinah."

Ya, itulah yang terpacul di hatinya, Asalnya bukan untuk umrah tetapi untuk ke saya pergi ke makam Rasulullah SAW. Tapi kalau dah ke sana takkan le tak boleh buat umrah sekali ya tak? Lagipun cuma pakej umrah sahaja yang membenarkan ini berlaku. Dan Nur memang sudah menyediakan sejumlah wang hasil lakonannya dalam drama sebelum aktiviti kegemarannya itu mula disekat dan dihentikan selepas dia berkahwin.

Hmm... asalnya saya cuma mahu memulakan cerita umrah 2005 ini dengan kisah mengenai betapa susahnya saya cuba berhenti merokok ketika itu dan akibatnya yang membuat saya selalu rasa marah-marah hendak bergaduh ketika di tanah suci. Tapi cerita-cerita yang keluar secara spontan apabila mengingatkan rentetan peristiwa yang membawa kepada berlakunya umrah ini pula terasa sudah cukup panjang. Jadi biar kita berhenti di sini dahulu ya... namun saya tetap maintain tajuk "percubaan berhenti merokok" di atas... :]

Cerita An-Nur - Akhirnya terpisah kerana fitnah siapa agaknya ya?

Tak tahu kenapa, terasa nak pakai gambar yang ditemui di Internet ini...

Saya terasa mahu menamatkan terus cerita-cerita An-Nur yang termasuk artikel ini sudah masuk 11 bahagian. Fed-up dah tapi itulah saya, harus melepaskan rasa menurut turutan yang sepatutnya agar hilang sedikit sekatan di dada sebelum dapat meneruskan kerja lain dan mendapat aliran ilham terbaru. Cuma cara melepaskannya sahaja (dan keadaan semasa juga sebenarnya) yang boleh menentukan lambat atau cepat selesainya sesuatu cerita. Ada bahagian yang perlu diceritakan panjang-lebar, ada pula yang boleh dilompat-lompat...

Setelah beberapa hari An-Nur mesra berehat di rumah Nur, sampailah masanya untuk dia dan keluarga kembali ke Segamat. Saya pun mengikut ibu bapanya mengambil An-Nur di rumah Nur. Kemudian kami ke bengkel kereta di sekitar Pandan untuk mengambil kereta An-Nur yang rosak dalam seminggu dua sebelum itu, kereta yang sepatutnya digunakan untuk mengambil saya di Janda Baik lalu ke Segamat. Sila lihat ceritanya di Cerita An-Nur - ke Segamat bersama jodoh baru? Dan lisan agama dan keturunan yang keluar daripadanya...

Selepas siap keretanya, saya memandu membawa An-Nur untuk menyelesaikan beberapa perkara di ibukota. Ibu bapanya pula kembali untuk bersiap-siap membungkus segala barangan di rumah sewa. Tujuan kami adalah membuat persiapan akhir sebelum berpindah terus ke Segamat. Saya yang dah dianggap sebagai bakal menantu diajak menetap bersama dan disarankan membuat kerja bersama keluarga.

Malam itu, setelah mengambil segala barangan saya yang ada ditinggalkan di pejabat Pak Habib, An-Nur meminta saya singgah di Kampung Baru. Dia kemudian meminta saya menunggu di kereta sebelum dia masuk ke dalam rumah kampung. Entah apa yang ingin dibuatnya, saya tak tahu. Saya cuma bersangka baik dengan menganggap dia ingin berjumpa kawan-kawan buat kali terakhir (sekurang-kurangnya dalam masa terdekat) sebelum berpindah balik ke Segamat. Tetapi setelah menunggu di luar sekitar setengah jam, saya hilang sabar. Saya masuk ke dalam rumah dan kelihatan 2-3 orang lelaki yang kelihatan sedikit lalok. Saya rasa saya tahu apa yang sudah berlaku tetapi tidak bercakap banyak. Saya cuma meminta An-Nur supaya cepat bersiap kerana ibu bapanya sedang menunggu di rumah.

An-Nur keluar sekitar 10 minit kemudian dengan ditemani seorang laki-laki, lelaki yang dahulu ada bersama An-Nur ketika saya pertama kali terserempak dengannya di Janda Baik. Cuma ketika itu lelaki tersebut datang bersama wanita lain dan mereka hilang entah ke mana di belakang taman, entah di hutan semasa saya berkenalan dengan An-Nur. Kali ini kelihatan sungguh yang dia menyimpan hati terhadap An-Nur tapi apa boleh buat, ibu bapa An-Nur telah menganggap saya sebagai bakal menantu dan sudah menjadi tanggungjawab saya menjaganya pula.

OK. Ini ada bahagian cerita yang saya tak ingat bilakah ia berlaku. Apakah pada hari-hari ketika kami bersiap untuk kembali ke Segamat atau awal sedikit ketika An-Nur masih menginap di rumah Nur. Atau ia berlaku selepas kami kembali ke Segamat atau memang sekali di Kuala Lumpur kemudian sekali lagi di Segamat. Yang pasti ia berlaku selepas kami kembali dari Perak (lihat Cerita An-Nur - Ke Perak untuk berbincang hal buku )

Apa yang berlaku ialah penerbit buku di Perak telah menelefon kami dan kelihatannya dia lebih berminat untuk menerbitkan buku saya daripada menerbitkan buku bapa An-Nur. Apapun mereka sekeluarga amat teruja dengan perkembangan ini. Cuma yang tak sedapnya apabila ibu An-Nur meminta agar namanya turut dimasukkan sebagai penulis buku, selepas itu bapa An-Nur pun turut menyelit sama. Saya cuma tersenyum hambar sahaja. Mana boleh diletakkan nama mereka sedangkan buku itu 100 peratus hasil tulisan penat-lelah "pecah kepala" saya dan berdasarkan pengalaman sebenar hidup serta pencarian hidup diri sendiri. Tidak saya sangka rupa-rupanya keengganan saya itu nanti bakal merenggangkan hubungan kami. Sekurang-kurangnya itu yang saya nampak nanti...

Sampai satu hari kami pun bersiap untuk ke Segamat. Sebuah lori membawa segala barangan An-Nur mula bergerak meninggalkan kondominum yang mengandungi rumah sewanya dan kemudian kami pun berlepas dengan dua buah kereta. Ah... saya sudah lupa bahagian ini. Apakah saya dan An-Nur membawa satu kereta dan ibu bapanya kereta lain atau kami naik satu kereta bersama. Rasanya memang dua kereta...

Dipendekkan cerita kami pun sampai ke Segamat. Adapun bapa An-Nur pernah cuba menjadi penerbit buku tetapi kurang berjaya. Kalau tak salah ingatan dia sempat menerbitkan 2 atau 3 buku tulisan orang lain sedangkan dia sendiri belum ada buku tulisan sendiri yang sudah diterbitkan di mana-mana. Mendengar cerita An-Nur dan ceritanya sendiri, boleh kelihatan betapa tinggi hasratnya untuk bergelar sebagai seorang penulis buku. Ini nampak nyata apabila pemandu lori dan pembantunya hendak berlepas kembali selepas menurunkan barangan An-Nur di Segamat, bapa An-Nur telah menghadiahkan mereka 2-3 buku lalu menandatangani setiap buku tanpa dipinta walaupun tidak satu buku pun adalah hasil penulisannya.. Ya, dia menerbitkan buku-buku itu, ini memang betul tapi mana ada orang pernah minta penerbit menandatangani buku kecuali si penerbit adalah penulis buku itu sendiri?

Ah... baru saya ingat! Sepanjang beberapa hari duduk di Segamat, penerbit di Perak ada sekali dua lagi menghubungi kami tetapi tetap nampak lebih berminat untuk menerbitkan buku saya. Saya ingat ini kerana selepas itu saya ada mengposkan sebuah CD yang mengandungi tulisan buku ke Perak (semasa di Perak dahulu saya cuma memberi sebahagian sahaja dari satu bab sebagai contoh). Ibu An-Nur ada bertanya lagi jika namanya boleh dimasukkan sebagai salah seorang penulis buku. Saya bukan pembohong, tetapi saya juga segan menolak terang-terangan. Jadi saya cuma tersenyum hambar...

Walaupun ketika itu saya sudah tidak bekerja selama beberapa tahun, mereka tahu kelulusan dan pengalaman yang saya ada. Saya dibawa ke Segamat dengan harapan akan menolong ibu An-Nur menghidupkan sebuah pusat tuisyen baru di Segamat dengan saya sendiri sebagai seorang tenaga pengajar Matematik. Selain itu saya diharapkan dapat menolong bapa An-Nur memperbaiki buku tulisannya yang belum lagi diterbitkan, buku yang sudah diusahakan sejak lebih 2 tahun sebelum itu untuk dibawa ke tahap yang lebih tinggi. Lagipun saya memang pernah berbuat begitu bersama penulis politik Pak Habib @ S.H. Alatas dan memang pun saya bekas wartawan. Lalu saya diberi sebuah bilik sebagai tempat tinggal baru di Segamat sedangkan An-Nur pula sedang merancang untuk menyambung pelajaran ke sebuah universiti di Lembah Kelang... kiranya baru nak apply le...

Saya sanggup memberikan sekitar 20 mukasurat satu siri gitu tulisan saya yang terbengkalai dalam tahun 2002 untuk ditambah jadi bahan tulisan bapa An-Nur. Isi tulisan itu ada diletakkan di blogspot ini dalam artikel-artikel bertajuk :-

Asalnya dahulu saya memang mahu menyiapkan sebuah buku tentang rancangan Yahudi menakluki dunia, melalui perspektif seseorang yang dahulu amat keBaratan, pernah duduk 4 tahun di England di mana mekarnya cara kehidupan liberal yang didalangi Zionis dan kemudian dapat melihat permainan dunia politik sebalik tabir apabila menjadi wartawan akhbar utama negara berbahasa Inggeris. Tetapi apa yang berlaku kemudian termasuk perjalanan ke Aceh awal 2004 membuat saya mula menulis buku awal "Berpetualang ke Aceh" yang dahulunya berbentuk lebih sebagai buku sejarah, bukannya novel. Maka itu saya tiada masalah menyerahkan manuskrip saya terus kepada bapa An-Nur.

Pada suatu hari, dia meminta saya mengemas barang untuk bersiap-siap membawa saya ke Muar. Memang saya ada menyatakan hasrat untuk kembali ke sana bertemu ibu bapa sebelum menetap terus di Segamat. Kata bapa An-Nur, oleh kerana saya telah merapatkan kembali dia dengan An-Nur, maka dia akan tolong memperbaiki hubungan saya dengan bapa. Dengan itu kami pun ke Muar di mana bapa An-Nur ada bersembang lama dengan bapa saya. Isinya sedikit menceritakan perkenalan saya dengan keluarganya. Kemudian dia cuma meminta agar bapa saya menerima dan memaafkan saya tak kira betapa buruk pun keadaan atau kesalahan saya, sebelum dia kembali ke Segamat meninggalkan saya di Muar.

Beberapa hari itu saya dan An-Nur cuma berhubung melalui telefon untuk melepaskan rindu. Walaupun tidak bersua muka, kami tetap intim dan sering membincangkan rancangan masa hadapan bersama. Yang peliknya, dalam seminggu atau dua minggu kemudian dia menghantar message yang berbunyi lebih kurang begini: "An-Nur tahu apa yang Abang dah buat pada An-Nur. Pulangkan balik barang An-Nur. Kalau tidak terimalah akibatnya!"

Saya tergamam sebentar. Apa ini? Gayanya seperti saya telah membuat sihir kepadanya. Saya menilik di dalam hati sendiri. Nampaknya dia telah menganggap saya mengguna-gunakannya selama ini. Sebab itu dia boleh terus jatuh cinta dan ingin menjadi isteri saya.

Tentang barang pula, bila masa saya ada mengambil apa-apa barangnya? Kalau dia ambil barang saya ada le... bukan saya tak tahu An-Nur yang ambil satu-satunya gambar anak perempuan saya yang ada pada tangan saya, gambar ketika anak itu berumur sekitar 6 bulan gitu (lihat artikel Cerita An-Nur - penerimaan yang memberangsangkan keluarga di Segamat). Dan An-Nur juga telah beberapa kali menyelongkar barangan saya terutama apabila dalam keadaan gilanya. Ada ketikanya dia akan menyelitkan buku-buku dan barangannya sendiri dan adakalanya barangan milik keluarga di rumahnya di Segamat masuk ke dalam beg-beg saya.

Saya terus meneliti balik barangan saya yang dibawa pulang dari Segamat. Tiada pun barangan An-Nur atau keluarganya kerana seingat saya apa sahaja barang yang diselitnya ke dalam beg-beg saya telah saya keluarkan semula. Saya cuba menelefon An-Nur. Tiada jawaban. Saya pun menelefon bapa An-Nur lalu meminta penjelasan. Diakui suara saya ketika itu agak marah, maklumlah saya dituduh menyihirkan orang, tuduhan berat yang datang daripada orang yang saya pernah cuba selamatkan. Jawab bapanya sabar, sabar... katanya mungkin ada silap faham.

Beberapa hari selepas itu saya tidak mendengar apa-apa cerita. Akhirnya saya membuat keputusan untuk pergi sendiri ke rumah mereka di Segamat, dengan menaiki bas kemudian berjalan kaki berbatu-batu. Sampai di rumah, tiada pula orang. Setelah menunggu beberapa lama, baru kelihatan ibu An-Nur yang mungkin baru kembali dari kerja lalu setakat memberitahu An-Nur telah pergi ke Kuala Lumpur bersama bapanya. Dan kali ini dia kurang mengendahkan saya, jauh berbeza keadaannya ketika saya dianggap bakal menjadi suami An-Nur.

Saya menerima ini sebagai petanda dari Allah bahawa saya kini tidak diterima mereka, bahawa hubungan saya dengan An-Nur dalam sebulan kebelakangan itu cuma satu fasa kehidupan untuk membawa kepada satu peringkat yang baru. Dengan itu saya terus melupakan An-Nur. Dalam sedar tak sedar saya kembali baik dengan Nur tetapi dalam keadaan yang lebih terbatas.

Sebulan dua kemudian baru saya dapat tahu sedikit apa yang berlaku. Nur terlibat dalam satu penggambaran drama antara dua negara di Jakarta lalu harus berada di sana, sekali pergi hampir dua minggu. Pada suatu hari suaminya si politikus muda tiba-tiba muncul membawa An-Nur bersama. Rupa-rupanya dia ingin membuat kejutan... dibawanya An-Nur lalu ditinggalkan di sana untuk menemani Nur sepanjang penggambaran di Jakarta.

Daripada Nur saya dapat tahu bahawa sesekali An-Nur akan buat perangai malah mengamuk-ngamuk sehingga memanjat-manjat tingkap hotel. Bertahun kemudian baru Nur dapat tahu An-Nur ada masalah lain yang menyebabkannya sering jadi gila. Tak perlulah saya sebut apakah masalah itu dan Nur pun kesian, tak nak bagitahu keluarganya.

Awal tahun 2005, tak ingat bulan berapa Nur pernah lari dari rumah untuk meminta cerai. Sebenarnya dia menyorok di rumah orang yang ada kena-mengena dengan peguamnya kerana tidak mahu suaminya membuat sesuatu, begitu juga ibu dan ayahnya yang sampai sanggup berjalan jauh mencari bomoh setiap kali Nur bergaduh dengan si politikus muda yang kaya-raya. Nur ada memberitahu tentang rancangannya. Saya cuma mendiamkan sahaja.

Malam itu saya mendapat panggilan telefon dari seorang Sayyid yang berkecimpung dalam dunia nyanyian dan muzik. Saya kenal dia dan dia ada juga kaitan dengan keluarga Nur juga dengan sejumlah Sayyid dan Sharifah yang saya kenali. Dia mengajak saya makan di luar untuk bercerita. Saya pula semasa itu sangat bersemangat mahu bercerita tentang peranan dan perjuangan Ahlul Bait. Walaupun saya baru sahaja kembali dari satu perjalanan dan amat penat, saya bersetuju keluar berjumpa dengannya kerana mahu bercerita tentang Ahlul Bait.

Dalam bercerita itu, baru dia membuat pengakuan. Katanya dia sebenarnya disuruh oleh si politikus muda agar menarik saya keluar kerana menganggap saya telah membawa lari Nur. Dipendekkan cerita malam itu saya dicari lalu dikelilingi sekitar 20 orang, kemudian diserang seorang dari mereka sebelum diserang yang lain. Saya tidak melawan kerana yang menyerang saya itu semuanya saudara mara Nur, beberapa orang daripada mereka sudah lama saya kenali. Sambil mereka memukul saya yang setakat sesekali sahaja menepis tumbukan apabila tidak dapat menahan rasa sakit dan cuma mengelit kelangkang ke tepi kiri dan kanan apabila cuba diterajang di tempat sulit, mereka menuduh saya mengamalkan ilmu batin dan suka membuat guna-guna. Di situlah baru saya terdengar fitnah yang entah ditanam oleh siapa, bahawa saya pernah menggunakan-gunakan dua orang sepupu Nur dan saya juga kononnya menggunakan ilmu sebegitu sehingga Nur jatuh cinta dengan saya.

Diakui memang saya nyaris menjalinkan hubungan dengan seorang sepupu Nur. Perkara ini berlaku sekitar tahun 2002 atau 2003, setelah bercerai dengan isteri pertama. Semasa itu saya harus memilih antara dua adik-beradik. Setelah mengenali salasilah keluarga yang cuma disedari ketika melepasi umur 31 tahun, saya merasakan bahawa saya harus berkahwin dengan seorang Sharifah jika mahu betul-betul mengecapi kebahagian rumah-tangga dan menjalani kehidupan yang lebih bermakna.

Ketika itulah si Nur mencadangkan agar saya mengambil sepupunya. Saya begitu jujur dalam hal ini sehingga pernah mengajak Pak Habib agar menemani saya ke rumah sepupu itu. Ketika itu si sepupu ada di rumah bersama adik-beradik dan ibunya. Mereka telah diberitahu oleh Nur yang saya berniat memperisterikan sepupu yang dimaksudkan dengan Pak Habib sebagai ayah angkat sudi menjamin saya yang tidak memiliki kerja tetap kecuali menolongnya menulis buku.

Sekembali dari pertemuan itu saya terasa lebih elok jika memperisterikan si kakak kepada sepupu. Si adik yang baru tamat sekolah kelihatan kurang matang sedangkan si kakak pula lebih lembut air mukanya dan nampak lebih keibuan. Apabila saya telah membuat keputusan lalu memberitahu Nur, baru mukanya berubah. Saya faham apa yang berlaku lalu tidak jadi meneruskan rancangan. Sebaliknya saya mula menjalinkan hubungan baru dengan Nur.

Apapun, tidak pernah sekali pun saya menggunakan apa-apa ilmu batin untuk mendapatkan mana-mana wanita. Kalau keyakinan diri yang tinggi serta tutur kata lancar berserta renungan mata yang tajam tu ade le... tapi ini bukan ilmu sihir. Jadi kenapa kata saya guna-gunakan orang? Bukan guna-guna seorang malah dikatakan beberapa orang! Kenapa kedatangan saya melihat dua sepupu adik-beradik itu dikaitkan dengan penggunaan guna-guna? Kemudian diulang-ulang berkali-kali kuat-kuat agar segala yang hadir dapat dipengaruhi yang saya kononnya memang seorang lelaki yang telah menyihir ramai ahli keluarga mereka.

Masyaalah! Apakah yang perlu saya buat dalam keadaan ini? Kalau saya melawan memang saya dituduh salah. Menang kalah lain cerita. Sedangkan saya sebenarnya sangat buntu dengan segala fitnah yang melanda dan apa yang sudah berlaku. Kemudian baru saya dapat tahu di sebalik semua ini, si politikus muda merancang segala perkara dan memerhatikan sahaja dari jauh. Mengapa dia sendiri tidak datang menyerang saya? Mengapa gunakan saudara-mara Nur, orang-orang yang saya panggil sebagai Ami ataupun pakcik?

Bab ini tamat apabila keesokannya si politikus menikus dihubungi peguam Nur. Tahulah mereka bahawa kehilangan Nur bukan disebabkan saya tetapi disebabkan Nur sendiri benci dengan hidup penuh pura-pura. Tetapi pernahkah mereka meminta maaf? Tidak! Laporan polis yang dibuat awal pagi atas saranan seorang rakan juga nampaknya tidak diendahkan. Saya tahu si politikus muda telah menyediakan seseorang untuk menanganinya jika perkara ini sampai pada polis. Dan terdapat ramai ahli keluarga Nur yang mengharapkan sesuatu dari jaringan kuasa si politikus muda.

Itulah masalahnya apabila para Sayyid dan Sharifah tidak beramanah dengan hakikat sebenar mereka sebagai keturunan Nabi. Sepatutnya mereka tidak hairan dengan dunia tetapi kini boleh dicucuk hidung akibat keinginan nafsu nafsi, boleh dijual-beli oleh manusia penipu yang tidak berbangsa tinggi.

Apapun, saya anggap semua ini ujian Allah belaka. Walaupun saya terus difitnah mengguna-gunakan Nur, walaupun saya pernah sanggup kahwin dengan An-Nur yang cantik tapi gila (dan sebenarnya penagih sesuatu) lalu cuba menyelamatkannya tetapi sebaliknya dituduh menyihirkannya pula, saya terima segalanya. Sejak itu, Nur pula telah beberapa kali lari rumah sambil berurusan dengan peguam untuk mendapatkan perceraian. Malah dia pernah menukar peguam apabila ternyata peguam sebelumnya telah dikaotim oleh si politikus muda.

Malangnya semuanya tidak berjaya kerana si politikus pandai mengatur acara, apalagi apabila disokong ibu bapa Nur sendiri yang sanggup terbang jauh hingga ke Jawa untuk mencari bomoh demi menggagalkan apa-apa usahanya memisahkan diri dari kehidupan penuh kepura-puraan itu. Apabila melihat segala turutan peristiwa yang berlaku (dan saya dapat tahu si politikus muda ada berbaik-baik dengan keluarga An-Nur) selepas kembali ke Muar, agaknya siapakah yang membawa fitnah sehingga saya terpisah dengan Nur kemudian An-Nur ya? Sekian luahan yang mahu dibuat melalui cerita An-Nur. Tamat siri cerita ini...

p/s:
Penghujung tahun 2007 atau awal 2008 gitu, buat pertama kali setelah itu saya ada bertandang ke rumah An-Nur di Segamat lalu berjumpa bapa An-Nur. Semasa itu saya dalam pusingan akhir satu pengembaraan mengelilingi Johor. Lihat artikel
Dari Segamat kembali ke Muar... Berakhirlah satu episod pengembaraan... Kami berbual sebentar dan saya ada menghadiahkan satu atau dua naskah buku "Berpetualang ke Aceh". Dia pun menunjukkan bukunya yang sekian lama mahu diterbitkan, akhirnya sudah pun diterbitkan baru-baru itu oleh sebuah koperasi tempatan. Tertera gambar bapa An-Nur di belakang dengan sedikit biodata. Tetapi buku saiz lebih kurang seperti "Berpetualang ke Aceh" itu cuma ada sekitar 140 mukasurat dengan tiga nama penulis. Jadilah, asalkan ada buku sendiri...

Mari kita bantu baik pulih Dewan Tok Kenali sampai siap! Amacam?



Assalamualaikum para pembaca, saudara dan saudari yang dimuliakan sekalian. Ini ada satu cerita dan pengumuman. Dalam artikel Salam daripada Kota Bahru, Kelantan! Salam Tok Kenali? yang dibuat lebih setahun lepas, saya ada menulis:

Ketika bermalam seorang diri di Masjid Tok Kenali, baru saya sedar betapa masjid itu memerlukan dana untuk memperbaikinya. Malam itu hujan sangat lebat dan ternyata bumbung masjid bocor di beberapa tempat.

Di sini, ingin saya ambil kesempatan membuat pengumuman... Kepada mana-mana insan mulia yang ingin memberikan sumbangan demi memastikan kesinambungan sebuah warisan peninggalan ulamak Melayu bertaraf wali, boleh hubungi Ayah Man @ Haji Lokman bin Ahmad bin Muhammad Yusuf (nama sebenar Tok Kenali) di talian 012-9540237 dan 09-7654666. Boleh juga datang sendiri mencarinya dan ahli keluarga di Dewan Tok Kenali, Pondok Tok Kenali, Lorong Tok Kenali, Jalan Tok Kenali, 16150 Kota Bahru, Kelantan. Sila! :]

Lebih kurang 2 minggu lepas, ada orang meninggalkan pesan dalam ruangan chatbox di blog dwi-bahasa saya SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Katanya dia baru sahaja kembali dari menziarahi makam Tok Kenali di Kelantan dan ada berjumpa dengan cucu Haji Lokman @ Ayah Man. Katanya Ayah Man meminta agar saya dapat menghubunginya. Saya tidak tahu untuk apa tetapi saya kemudian menjawab insyaallah akan berbuat begitu.

Hari demi hari berganti dan saya sibuk dengan pelbagai hal lain hingga terlupa langsung tentang itu. Tetapi sebagai seorang Islam, saya harus mengotakan kata lalu sehari dua ini cuba menghubungi Ayah Man melalui nombor telefon bimbitnya yang ada disimpan di dalam telefon bimbit saya. Malangnya yang kedengaran cuma nada dering seperti telefon dalam silent mood gitu diikuti pesanan peti suara. Saya cuba lagi hingga beberapa kali dan itu juga yang berlaku. Akhirnya saya pun melupakan hasrat mahu menghubungi Ayah Man.

Pagi tadi sebelum masuk kerja tiba-tiba isteri saya menelefon seseorang dari rumah. Kedengaran dia menyebut nama Haji Lokman dan saya yang ketika itu sedang terbaring letih terus dapat merasakan isteri saya dapat menghubungi Ayah Man! Rupa-rupanya dia teringat tentang kertas bertulis nombor telefon cucu Tok Kenali itu yang turut mengandungi nombor telefon rumahnya lalu mencarinya di sebuah bilik atas yang dijadikan stor sedikit barangan. Itulah kertas yang gambarnya dipaparkan di atas. Anda boleh membesarkannya untuk melihat apa yang tertera termasuk sebuah doa panjang-lebar yang katanya diamalkan Tok Kenali setiap kali selepas solat lima waktu.

Kedengaran isteri saya memperkenalkan diri lalu menyebut nama saya dan pesanan yang ditinggalkan orang di chatbox SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) agar saya menghubunginya. Alhamdulillah, Ayah Man terus ingat apabila disebut saya seorang penulis berasal dari Muar yang pernah beberapa kali pergi ke makam dan masjid Tok Kenali, kedua-duanya di Kubang Kerian, Kota Bahru, Kelantan. Rupa-rupanya telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi kerana katanya selalu ditutup apabila dia berada di rumah. Ayah Man terus meminta nombor telefon bimbit saya. Tidak lama kemudian telefon itupun berdering...

Melihat nombor 09 yang tertera di paparan, saya terus menyebut nama Ayah Man sebaik sahaja kedengaran suara di telefon. Terus kami berbual lalu dia menceritakan bahawa baru-baru ini telah datang seorang pengunjung dari Muar ke tempatnya lalu memberi sumbangan dana peribadi yang agak besar, kalau tak salah ingatan sekitar RM70,000 gitu! Kata Ayah Man, orang itu ialah seorang ahli korporat. Dia mendapat tahu yang pihak anak cucu Tok Kenali memerlukan bantuan untuk memperbaiki Dewan Tok Kenali setelah terbaca mengenainya di dalam blogspot saya.

Ayah Man lalu mengucapkan terimakasih kepada saya. Saya pula bertanya apakah sumbangan itu sudah cukup untuk membuat kerja baik-pulih yang diperlukan. Jawabnya masih belum cukup, masih memerlukan lagi RM280,000 lagi kerana belanjawan penuh yang perlu dipakai untuk segala kerja baik-pulih adalah RM350,000. Itu yang membuat saya mahu membuat satu cerita baru dalam blogspot ini, untuk memaparkan keperluan itu agar ada sesiapa sudi lagi meringankan beban samada dengan sumbangan wang atau apa-apa sumbangan lain yang dapat membantu. Moga-moga diberkati Allah, apalagi dengan berkat dan karamah Tok Kenali yang cukup terkenal kewaliannya di Tanah Melayu.

Dengan itu saya berharaplah para pembaca yang berkemampuan sudi-sudi menghulurkan bantuan untuk pihak mereka. Saya ulangi sekali lagi pengumuman yang pernah dibuat dalam artikel Salam daripada Kota Bahru, Kelantan! Salam Tok Kenali? Kepada mana-mana insan mulia yang ingin memberikan sumbangan demi memastikan kesinambungan sebuah warisan peninggalan ulamak Melayu bertaraf wali, boleh hubungi Ayah Man @ Haji Lokman bin Ahmad bin Muhammad Yusuf (nama sebenar Tok Kenali) di talian 012-9540237 dan 09-7654666. Boleh juga datang sendiri mencarinya dan ahli keluarga di Dewan Tok Kenali, Pondok Tok Kenali, Lorong Tok Kenali, Jalan Tok Kenali, 16150 Kota Bahru, Kelantan.

Biar ditambah di sini, jika anda tidak mampu menghulurkan wang, maka tolonglah dengan sekurang-kurangnya menyampaikan hal ini kepada sesiapa sahaja yang anda kenali. Kalau anda tak tahu bagaimana mahu memulakan bicara tentang ini, maka copy dan sampaikan sahaja artikel ini. Semoga dengan itu ia dapat sampai kepada orang-orang yang memiliki kemampuan lalu bersedia untuk menghulurkan tangan.

Sebenarnya saya bercadang untuk meletakkan pengumuman ini sebagai tambahan bagi sebuah artikel baru yang ingin ditulis nanti, berkenaan satu majlis mengenai peranan Ahlul Bait yang dihadiri hujung minggu lalu. Tetapi biasalah saya, saya cuma akan dapat menulis sesuatu apabila telah menyelesaikan suatu turutan kerja. Untuk saya dapat menulis itu, saya harus memulakan dahulu satu kerja sukarela penterjemahan artikel yang telah dijanjikan atas permintaan seorang pendakwah yang baru dikenali semasa majlis itu. Dan saya juga harus melepaskan dahulu satu lagi artikel berkenaan An-Nur yang mahu ditamatkan terus kalau boleh hari ini juga.

Masalahnya kerja membuat artikel-artikel ini memakan masa selain saya ada kerja penting lain yang seminggu dua ini sungguh membuat saya amat keletihan dan sakit-sakit kepala. Oleh itu elok dilepaskan dahulu cerita mengenai Ayah Man dan permintaan bantuan dana untuk membaik pulih Dewan Tok Kenali ini. Nanti bila saya dah buat artikel lain lalu artikel ini 'terturun' ke bawah, akan saya letak bahagian pengumumannya di bawah slide sebelah chatbox agar dapat dilihat pengunjung sampai selama mana yang perlu, insyaallah. Untuk memberi sedikit mood, elok juga diletakkan links untuk beberapa artikel lama yang ada melibatkan nama Tok Kenali di sini.

Hmm... baru teringat. Buku terbaru saya "Rumah Azan" yang baru diterbitkan sebulan ini oleh syarikat Karnadya dengan sokongan Dewan Bahasa dan Pustaka turut memaparkan sebuah cerita bergambar tentang Masjid Tok Kenali, ada gambar makam juga madrasah beliau sekali. Sila lihat artikel Buku "Rumah Azan" dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC . Ia boleh didapati di kedai-kedai buku terpilih MPH, Popular Bookstore, Books Kinokuniya dan satu dua rangkaian kedai lain, jika ada stok le. Sekarang baru saya boleh makan pagi. Sekian buat masa ini! Sila le jenguk-jenguk cerita lama di bawah...

p/s:
Baru sekejap tadi terfikir, dalam parti PAS kini sibuk mahu memilih pemimpin-pemimpin baru, apa kata calon-calon pemimpin tertinggi turun padang membuat sumbangan membaiki Dewan Tok Kenali? Dari sibuk-sibuk bercerita tentang politik wang, elok juga wang itu 'dipolitikkan' untuk membela sebuah institusi lama agama yang pernah menaikkan nama Kelantan ke seluruh Nusantara. Sekurang-kurangnya ada le juga berkat... kecuali duit yang dimiliki datang dari sumber haram. Tentu Tok Kenali tak mahu terima wooiii! :]

Jumaat, Mei 22, 2009

Perjalananan terbaru ke Muar dan Ledang... ada kena-mengena ke dengan Ahlul Bait?

Ini adalah gambar Gunung Ledang diambil dari pekan Sagil pada waktu senja.


Gambar yang lebih dekat...

Ini pula gambar suasana langit merah dalam perjalanan menghala ke bandar Muar. Untuk pengetahuan, baik Sagil mahupun Gunung Ledang dahulunya terletak di dalam daerah Muar. Tetapi baru beberapa tahun ini daerah Muar dipecah dua dengan bahagian utara dari Sungai Muar dijadikan daerah baru dipanggil Ledang.

Adapun gambar-gambar in diambil pada petang Jumaat lepas masuk malam Sabtu. Inilah pertama kali saya kembali ke Muar tahun ini. Sudah enam bulan saya tidak kembali ke kampung ibu, daerah kelahiran saya dan kali terakhir saya ke Muar adalah pada Disember tahun lepas sejurus selepas kembali berumah-tangga.

Dalam tempoh enam bulan ini, saya dan isteri cuma bertemu ibu dan ayah di sekitar Kuala Lumpur apabila mereka bertandang ke sini, sekali di Pahang kemudian bersama pergi ke Perak. Kami kembali kali ini untuk memenuhi permintaan mereka agar dapat menghantar mereka pagi Isnin dari Muar ke lapangan terbang KLIA untuk menunaikan umrah di tanah suci Mekah. Kalau tak salah ingatan, ini adalah kali ke 6 atau 7 mereka ke sana. Isteri saya sanggup mengambil cuti kerja agar dapat bersama menghantar hari Isnin.

Oleh kerana saya dan isteri sudah lama tidak ke Muar, saya rasa elok juga kalau kami tidur di sana 3 malam. Untuk itu, kami perlu berlepas petang Jumaat sebaik sahaja isteri tamat waktu kerja lalu sempat sampai ke kawasan tol Tangkak sejurus sebelum waktu senja. Itu yang timbul rasa untuk bertandang ke Gunung Ledang sebentar, kali pertama saya pergi bersama isteri.

Cukuplah setakat dapat bermain-main air di bahagian bawah gunung kerana kami sampai ke sana waktu senja. Lagipun kali terakhir saya ke Gunung Ledang adalah lebih setahun lalu iaitu pada awal tahun lepas. Teringat pula artikel Sedikit lagi tentang Muar. Jalan Junid, Bukit Mor dan beberapa kenangan lama...

Ada orang bertanya kenapa sudah lebih seminggu saya tidak membuat apa-apa posting baru. Jawabnya saya sibuk dengan beberapa perkara. Selepas selesai menghantar ayah dan ibu ke lapangan terbang saya dan isteri berehat di Kajang 2 malam dan langsung tidak menghadap Internet.

Saya juga ada satu kerja penting yang perlu diselesaikan kalau boleh sebelum tengah bulan Jun. Nantilah, satu masa yang sesuai baru saya cerita. Di sini saya ingin meletakkan satu pengumuman yang diterima melalui e-mail. Insyaallah esok akan saya cuba hadiri acara yang disebut dalam e-mail itu, anda semua turut dijemput sama. Untuk makluman, ini adalah artikel ke 505 di sini. Selamat malam! :]

AHLULBAIT: PERANAN DAN TANGGUNG JAWAB

Salam semua,para jemaah dan ahli forum semua dijemput menghadiri sesi ceramah serta menimba ilmu di Program Anjuran Persatuan Keluarga Jamalullail Perak Malaysia. butiran adalah seperti berikut:

program: Majlis Ilmu

tajuk: AHLULBAIT: PERANAN DAN TANGGUNG JAWAB

tempat: Masjid UKM Bangi

tarikh: 23 hb Mei 2009

masa: pukul 2 petang

penceramah: Yang Mulia Ust. Syed Hassan Al Attas (Habeb Hassan Aceh)

no untuk dihubungi: 016 244 3539 (Abdullah Jamalullail) 019 337 3743 (Abu Hassan Jamalullail)


Cerita An-Nur - Pertemuan dengan keluarga Nur...

Entah kenapa, terasa hendak meletakkan gambar ini pula...


Setelah lebih seminggu tidak bercerita di mana-mana blogspots saya, baru tadi saya membuat sebuah artikel Mini Malaysia: Rumah tradisional Kedah (traditional house of Kedah) bertajuk di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) . Kini biar kita menyambung cerita tentang An-Nur ya, bersambung terus daripada Cerita An-Nur - Berubat menggunakan air kelapa gading di Janda Baik?

Maka Nur pun membawa An-Nur kembali ke rumahnya sementara saya kembali ke rumah sewa An-Nur di sebuah kondominium di pinggir pusat bandaraya Kuala Lumpur. Alhamdulillah, ibu bapa An-Nur terus menjemput saya berehat ke dalam bilik. Memang penat setelah siang tadi terkejar-kejar menyelesaikan hal dari Hospital Besar KL ke Janda Baik di Pahang.

Setelah solat Isyak gitu saya mendapat panggilan telefon dari Nur. Katanya An-Nur sedang berehat elok dalam biliknya di rumah. Malam itu kami beberapa kali saling berhubung. Sambil dia memaklumkan keadaan semasa An-Nur, kami bertukar-tukar berita akan apa yang berlaku sejak beberapa bulan kebelakangan.

Masuk tengah malam baru saya melelapkan mata. Tiba-tiba saya mendapat panggilan lagi. Daaaa... dah masuk jam 3 pagi daaa. Rupa-rupanya An-Nur sudah buat hal. Dia masuk bilik air kemudian menguncinya dari dalam lalu duduk seorang diri sudah lebih setengah jam, lebih kurang sama keadaanya semasa di rumah Pak Ali malam sebelumnya. Saya harus memberi buah fikiran untuk menangani keadaan. Dipendekkan cerita Nur berjaya memujuk An-Nur keluar, baru saya dapat tidur kembali.

Masuk tengahari Nur menalifon lagi. Kali ini suaranya kedengaran lebih ceria. Katanya dia dan An-Nur sudah jadi baik seperti kawan lama. Dalam melayan perangai gila An-Nur, dia dapat membawa gadis itu agar turut berkongsi aktiviti bersama. Dari menyanyi melalak bagai membuat karaoke gila hingga ke membaca maulud malah membuat senaman pagi dan macam-macam perkara lagi. Rupa-rupanya itulah yang dibuat mereka sejak jam 3 pagi tadi, setelah berjaya memujuk An-Nur keluar dari bilik air. Masyaallah.

Tengahari sedikit saya tidak mendengar apa-apa berita. Rasanya kedua-duanya penat lalu masuk tidur. Masuk Maghrib, baru saya mendapat panggilan baru, kali ini suara Nur kedengaran sedih...

"Suami saya tak kasi An-Nur duduk lama lagi di sini," katanya hampa. "Dia suruh beritahu mak bapak An-Nur ambil balik dia malam ini juga!"

Aduh! Ingatkan dah elok-elok situasi dapat ditangani. Tapi apa boleh buat? Saya pun memberitahu ibu bapa An-Nur. Mereka akur. Selepas solat Isyak kami pun pergi ke rumah Nur.

Dalam perjalanan saya mendapat panggilan lagi. Kata Nur, suaminya tidak mahu saya datang ke rumah. Ait? Bagaimana ini? Saya sahaja yang tahu di manakah letaknya rumah Nur, yang dimaksudkan di sini sebenarnya rumah keluarganya. Rumah sendiri Nur terletak tidak jauh dari situ, rumah yang baru dibeli sejak berkahwin dengan politikus muda sekitar sebulan sebelum itu. Tetapi disebabkan ketika itu si politikus mahu menyorokkan perkahwinan mereka dari pandangan masyarakat (kerana Nur berjaya dijadikan isteri keduanya tanpa pengetahuan isteri pertama) , Nur dibiarkan duduk terus bersama ibu bapanya sementara si politikus pandai-pandai mengatur giliran.

Saya teringat kata si politikus muda ketika kami bersemuka di rumah Pak Habib di Janda Baik, setelah mendapat tahu mereka baru sahaja 3 atau 4 hari bernikah. "Datanglah ke rumah kami bila-bila. Kedatangan saudara amat dialu-alukan" sebelum kami berpeluk dan dia membawa Nur pergi. Ah... itulah kata-kata seorang ahli politik. Sanggup berkata apa sahaja ketika mahu mendapatkan sesuatu. Bila dah selesai, pi mampus...

Apapun, saya harus menunjukkan jalan. Saya ke rumah Nur bukan untuk merampas atau cuba menggodanya kembali. Saya bukan seperti politikus muda yang pandai mencipta pelbagai cerita dan senario untuk mendapatkan sesuatu. Saya cuma mahu An-Nur bakal isteri saya selamat sejahtera waras kembali.

Sampai di rumah, saya duduk menyorok di dalam kereta. Ibu dan bapa An-Nur masuk ke dalam. Kelihatan si politikus muda berdiri tegak di halaman rumah dengan muka masam. Gayanya seperti sedia hendak bertikam jika kelihatan kelibat saya berdekatan. Di luar halaman rumah kelihatan kereta rasminya dan saya pasti pemandu kereta merangkap pengawal peribadi yang merupakan bekas samada ahli Unit Tindakan Khas atau komando tentera menunggu di dalam.

Ibu bapa An-Nur dan suami Nur pun masuk ke dalam sementara saya membuat keputusan untuk terus sahaja tidur berbaring di kerusi belakang. Lebih kurang sejam kemudian baru ibu bapa An-Nur muncul kembali tetapi tanpa An-Nur bersama. Sebaliknya mereka kelihatan tersenyum riang lalu berlepas pergi kembali ke rumah sewa An-Nur.

Rupa-rupanya sudah berlaku semacam satu "reunion" di rumah An-Nur. Dari perbualan yang berlaku antara keluarga, baru mereka dapat tahu bahawa bapa An-Nur sebenarnya adalah saudara yang sangat dekat dengan bapa Nur. Pangkat sepupu dua pupu begitu. Masyaallah! Lalu suami Nur menukar keputusan membenarkan An-Nur duduk berehat mengembalikan kewarasan berapa lama yang perlu di rumah Nur. Lagipun Nur memang perlukan kawan, apalagi kawan yang dimaksudkan memang seorang saudara dekat yang dapat juga melayan cerita-cerita gilanya tentang peranan Ahlul Bait dan perkara berkaitan.

Alhamdulillah, senang hati saya. Sekurang-kurangnya selain dapat merapatkan kembali An-Nur dengan ibu bapanya, saya dapat juga merapatkan mereka dengan ahli keluarga dekat yang selama ini tidak mereka kenali kecuali melalui cerita saudara-mara. Tapi siapa sangka perkenalan keluarga ini akan digunakan untuk si politikus muda memburuk-burukkan lagi saya lalu merenggangkan saya terus dari keluarga An-Nur. Tapi itu cerita lain. Nanti ya... sekian! :]

Khamis, Mei 14, 2009

Cerita An-Nur - Berubat menggunakan air kelapa gading di Janda Baik?



Ini adalah gambar satu kawasan bersebelahan sungai di Janda Baik, Pahang diambil dari artikel Perjalanan hujung minggu lalu - Bukit Fraser, Janda Baik, Raub dan Kuala Lipis yang ditulis 3 bulan lalu. Pokok kelapa gading yang kelihatan membuat saya teringat sesuatu. Lalu dalam artikel itu saya menulis:

Kelihatan dalam gambar adalah pokok kelapa gading di bahagian itu yang ada cerita tersendiri... salah satunya kisah melibatkan seorang gadis dipanggil An-Nur yang dikenali sekitar Februari atau Mac 2005... baru kenal dalam tempoh seminggu tetapi hampir-hampir menjadi isteri saya dengan persetujuan malah galakan ibu-bapanya sendiri!


Ceritanya panjang... dari satu perkenalan biasa bercerita sedikit tentang puisi sampai An-Nur yang agak ranggi orangnya tiba-tiba muncul memakai tudung membawa saya bertemu keluarga. Ternyata dia rupa-rupanya saudara dekat dengan Nur yang sudah saya kenali lebih lama. Cerita jadi lebih kalut apabila An-Nur mengalami gangguan jiwa yang mungkin melibatkan mahkluk halus lalu saya harus meminta pertolongan Nur agar mengamankan sedikit keadaan. An-Nur ada masalah keluarga... hampir-hampir sahaja ibunya sendiri menghantarnya ke rumah sakit jiwa jika tidak kerana pujukan Nur.

Melihat pokok in kembali setelah agak lama tidak ke situlah yang membuat saya teringat kembali apa yang berlaku dengan An-Nur. Lalu saya berazam mahu melepaskan cerita apa yang berlaku dan kini siri "Cerita An-Nur" sudah agak lanjut. Biar saya copy and paste kan link-link nya dari mula.











Sekarang sampailah kita ke bahagian cerita yang mungkin paling kritikal. Bersambung terus dari Cerita An-Nur - Apabila si gadis cantik naik gila...

Ibu An-Nur sudah tidak sabar lagi melihat anak gadisnya meraung-raung meracau-racau begitu. Kelihatan dia begitu beriya-iya mahukan An-Nur cepat-cepat disumbat ke dalam wad pesakit jiwa. Allah! Mengapa begitu? Apakah tiada rasa simpati untuk anaknya sendiri? Atau dia sekadar tidak tahu lagi cara lebih baik untuk menangani masalah ini. Tetapi melihat pada air mukanya, saya merasakan ibu An-Nur sebenarnya malu dengan keadaan anaknya. Mungkin ini menjejaskan nama baik atau reputasinya di mana-mana. Saya tahu dia memiliki kerjaya akademik yang agak mementingkan reputasi dan nama. Atau mungkin juga saya silap menilainya?

Yang pasti ibu An-Nur sudah tidak sabar lagi untuk membawa An-Nur masuk ke wad pesakit jiwa di Hospital Besar Kuala Lumpur sehingga tidak dapat lagi menunggu walau seminit pun lagi jika Nur dapat datang. Ayah gadis itu tidak membantah. Saya pun terpaksa ikut masuk dalam kereta menuju ke hospital. Saya terpaksa menelefon Nur agar mencari kami di hospital dan Nur pun setuju.

Kami sampai ke hospital. Bab ni saya dah lupa. Kakitangan hospital dipanggil untuk menangani An-Nur yang masih tak henti meracau-racau. Saya lupa samada An-Nur diletakkan atas katil beroda atau kerusi yang beroda. Yang pasti An-Nur dibawa masuk ke bilik menunggu bahagian psikiatrik atau sakit jiwa dengan pertolongan kakitangan hospital, kemudian dibawa masuk ke dalam bilik lain berjumpa doktor dengan ditemani ibu dan bapanya.

Saya setakat boleh menunggu di luar. Dalam pada itu saya berdoa agar Nur cepat sampai. Saya pasti jika tidak, An-Nur akan tersangkut lama dalam wad sakit jiwa. Jika itu berlaku, saya tak pasti dia akan pulih kerana satu, pada pandangannya dia telah diabaikan oleh ibu bapa sendiri yang lebih sudi dia cepat-cepat masuk wad. Kedua, menurut pandangan saya, wad sakit jiwa memang banyak jin hantu yang mengganggu. Tentu mereka-mereka ini akan mengganggu An-Nur dengan lebih teruk lebih-lebih lagi gadis itu baru sahaja diingatkan akan erti dilahirkan sebagai seorang Sharifah yang memiliki darah Ahlul Bait keturunan Nabi.

Seketika kemudian saya mendapat panggilan. Ah, Nur telah sampai dan berada di luar bangunan. Saya keluar mencarinya di hadapan. Kelihatan sebuah kereta Proton Perdana dengan plet single-digit bertulisan satu jawatan penting kerajaan bersama pemandunya menunggu di ruang yang kalau orang biasa tentu tidak dibenarkan menunggu apalagi meninggalkan kereta.

Saya terus membawa Nur masuk ke dalam. Kalau ikutkan, banyak benar perkara yang ingin dikongsi kerana itulah kali pertama kami bertemu sejak mendapat tahu Nur telah 'terjebak' berkahwin dengan seorang politikus muda. Sampai di luar bilik doktor, saya mengetuk pintu untuk memberitahu Nur sudah sampai. Kami disuruh menunggu dahulu.

Ketika menunggu itulah Nur sempat mengadu. "Dia dah tak bagi saya berlakun lagi awak! Sedangkan dahulu dia berjanji akan biarkan saya buat apa saja yang saya minat." Saya mengangguk-angguk sahaja... sudah mengagak ini akan berlaku. Kemudian baru saya tahu, politikus itu juga berjanji sedia melepaskan Nur dari perkahwinan pada bila-bila masa sahaja dia terasa tidak lagi bahagia. Ternyata segala janji-janji itu sekadar untuk memerangkap. Bila dah dapat, takkan mahu dilepaskan lagi walaupun Nur nanti akan beberapa kali lari dari rumah akibat tidak bahagia dengan keadaannya tapi itu cerita lain.

Tidak lama kemudian ada panggilan dari bilik doktor. Nur diminta masuk ke dalam dan saya terus menunggu di luar. Saya tak tahu apa yang berlaku di dalam tetapi tidak lama kemudian, An-Nur dan ayah ibunya berserta Nur keluar bersama. Rupa-rupanya Nur dapat memujuk doktor agar tidak memasukkan An-Nur ke dalam wad. Alhamdulillah! Kemudian dia berjaya memujuk ibu dan ayah Nur agar membenarkan An-Nur dibawa ke mana sahaja dia inginkan dan gadis itu mahu ke Janda Baik.

Saya dan Nur bergegas membawa An-Nur ke dalam kereta kerajaan milik suami Nur. Ibu dan ayahnya sedia melepaskan tangan. Saya duduk di hadapan bersama pemandu, Nur di belakang memeluk An-Nur dengan gaya penuh kasih-sayang seperti seorang kakak memeluk adiknya lalu kami berlepas ke Janda Baik.
Saya tidak pasti kenapa An-Nur mahu ke Janda Baik. Apakah disebabkan segala perkara pelik yang melandanya kebelakangan itu mula tercetus melalui pertemuan dengan saya lebih 2 minggu sebelum itu? Yang pasti saya lebih rela An-Nur pergi ke mana jua asalkan bukan disumbat ke dalam wad sakit jiwa.

Kami sampai ke Janda Baik sekitar setengah jam kemudian. Lalu sahaja di hadapan sebuah kedai makan di tepian sungai kelihatan rakan baik saya yang pernah menolong mengubat An-Nur malam sebelum itu. Ah... macam sudah dijanji pula. Dan memang pun saya bercadang mahu mencarinya padahal malam sebelum itu dia berada di Kuala Lumpur.

Saya pun menceritakan apa yang berlaku. Dia dapat melihat keadaan An-Nur dalam kereta, sempat juga tersenyum pada Nur yang memang dikenali kerana pernah beberapa kali datang ke Janda Baik berjalan-jalan dengan saya. Rakan itu meminta saya mencari segenggam garam kasar kalau tak salah ingatan kemudian dicampur dengan air dari 2 biji kelapa gading. Sementara itu saya menyuruh Nur membawa An-Nur masuk ke kawasan rumah Pak Habib dan pergi ke taman belakang di tepian sungai.

Saya terus meminjam motosikal rakan lain untuk mencari garam kasar di kedai runcit sebelum pergi ke satu kawasan lebih pendalaman di mana terdapat sekurang-kurangnya sebatang pokok kelapa gading tanpa tuan... sekurang-kurangnya tanpa tuan yang nyata le... yang mana faham, faham le. Kawasan yang dimaksudkan kelihatan dalam gambar di atas. Ketika itu, awal 2005 belum ada bangunan rumah yang kelihatan. Ternampak pula sebatang buluh berdekatan pangkal pokok. Saya pun mengambilnya lalu mula menjolok-jolok buah.

Lebih 10 minit saya menjolok baru jatuh satu. Buah itu terus berguling jatuh sebelum terperosok ke satu bahagian tepian sungai. Satu cuba menjolok lagi satu. Beberapa kali dicuba tak jatuh-jatuh juga. Akhirnya saya membuat keputusan untuk mengambil dahulu buah yang sudah jatuh.

Ketika itu baru saya tersedar... adapun buah kelapa gading tadi jatuh lalu terguling menghala ke sungai sebelum masuk ke kawasan sedikit melekuk di tepian sungai. Yang cantiknya, buah itu boleh berhenti berguling lalu 'parking' di sebelah 2 biji buah kelapa gading yang sudah sedia ada. Allah! Rupa-rupanya dah ada pun 2 biji sedia menunggu, campur yang saya petik jadi le 3. Saya tak ingat apakah saya mengambil kesemuanya tapi yang pasti ada cukup buah untuk dibawa ke hadapan rakan saya di kedai makan lalu airnya dimasukkan ke dalam baldi, dicampur garam kasar sebelum kawan itu membancuh seraya membacakan sesuatu.

Dia menyuruh saya menggunakan air itu untuk memandikan An-Nur. Saya mengajaknya ikut masuk ke rumah Pak Habib. Dia menolak. Nampak pernah berlaku sesuatu atau ada sebab tertentu menyebabkannya tidak mahu lagi menjejakkan kaki ke kawasan rumah Pak Habib. Saya pun akur lalu terus ke sana sendirian. Sampai sahaja ke belakang kelihatan An-Nur sedang berbaik-baik dengan Nur tetapi dengan gaya seperti seorang budak kecil.

Kata Nur, An-Nur masih lagi sesekali meracau. Saya mengajaknya membawa An-Nur masuk ke dalam sungai. Meronta-ronta budak tu melawan. Terpaksa saya memegang tangannya dan memeluknya erat sementara Nur tolong memandikannya menggunakan gayung menceduk air dalam baldi yang kalau tak salah ingatan turut dicampur sekali air sungai.

Lima minit kemudian baru kami selesai menggunakan semua air dalam baldi. Ternyata kami bertiga semua basah kuyup akibat memandikan An-Nur yang sering meronta-ronta. Memandangkan matahari terang (rasanya ketika itu jam 3 atau 4 petang gitu), kami pun berjemur sebentar. Ketika itulah terasa mahu berbaring sahaja di atas padang dan Nur turut baring di sebelah. Peliknya si An-Nur pula sibuk asyik berjalan keliling kami seperti orang bertawaf.

Setelah lebih 15 minit berbuat begitu, sampailah masa untuk pulang. Kami berdua terpaksa menolong memapah An-Nur yang mula jadi seperti orang lemah pula untuk masuk ke dalam kereta. Buat perangai tak nak balik agaknya... kemudian saya pun duduk di depan dan Nur terus memangku An-Nur di belakang.

Kereta pun berjalan. Tiba-tiba An-Nur buat perangai lagi meronta-ronta. Melihatkan Nur tidak dapat menanganinya lagi, saya pun meminta kereta diberhentikan untuk turut duduk di belakang lalu memangku An-Nur pula seraya cuba menenangkannya. Perjalanan pun diteruskan, rasanya sempat selisih dengan kereta Pak Habib yang kelihatan baru masuk ke Janda Baik sebelum kami sampai ke simpang jalan lama menghala ke Kuala Lumpur.

Dalam perjalanan, Nur ada menegur An-Nur agar "melepaskan apa yang dia dapat" kepadanya. Kata Nur, agaknya apa yang sedang ditanggung An-Nur terutama apabila terkeluar cerita tentang peranan Ahlul Bait sepatutnya ditujukan kepadanya. Bukankah Nur sudah lebih lama mengenali perkara-perkara berkaitan? Tetapi Nur sudah berkahwin dengan seorang manusia yang lebih mementingkan kehidupan materialistik, lalu ditarik ke arah lain yang terkeluar dari lingkungan perjuangan yang sebelum ini kami selalu bincangkan dan kongsi pengetahuan mengenainya. Sebaliknya An-Nur yang masih mentah dalam hal ini tiba-tiba 'dimasukkan' pelbagai pengetahuan makna perjuangan Ahlul Bait lalu terkejut besar.

Mungkin sebab itu dia jadi senang dirasuk kuasa-kuasa lain. Mungkin juga ini berlaku kerana An-Nur sudah menjadi ganti kepada Nur dalam menemani saya menghadapi cabaran hidup. Saya melihat sahaja Nur and An-Nur berbual-bual sedikit tentang perkara ini. Nampaknya memang ada berlaku sedikit transfer atau pengalihan sesuatu bentuk kuasa kebatinan dari An-Nur kepada Nur yang meringankan sedikit beban An-Nur.

Saya meminta Nur agar sudi menumpangkan An-Nur buat sementara di rumahnya. Ini kerana saya rasa ibu bapanya tidak akan dapat menanganinya jika dia buat perangai lagi, rasanya akan terus dihantar masuk ke wad sakit jiwa di mana kalau masuk sahaja ke sana akan jadi cukup susah untuk keluar nanti. Nur berfikir sebentar, takut suaminya tidak bersetuju. Setelah memikirkannya dalam-dalam dia menyatakan persetujuan. Bab suami setuju tak setuju nanti boleh cerita apabila sampai di rumah...

Sampai ke Kuala Lumpur saya turun di tengah jalan. Saya menghala ke rumah sewa An-Nur di mana ibu bapanya menunggu dan Nur membawa An-Nur balik ke rumahnya. Cukuplah cerita buat masa ini ya...



Rabu, Mei 13, 2009

Cukup-cukuplah tu buat kecoh di Perak. Ingat, hari ni dah masuk 13 Mei!

Gambar lama dari artikel Exploring the happenings around the 1874 Pangkor Treaty in Perak...Pasir Salak historical complex yang dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH September tahun lepas.


Saya terasa cukup berduka-cita dengan kemelut politik di Perak yang masih juga tak selesai-selesai. Ingatkan dah sedikit reda selepas Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah berjaya menyampaikan ucapannya pada hari Khamis 7 Mei tanpa gangguan, setelah 5 jam ucapan tertunda akibat kerenah politikus dalam dewan yang kelihatan tak sudah-sudah bergaduh menegakkan benang basah. Tengok-tengok baik kumpulan Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional akhirnya sudi beralah sekurang-kurangnya sebentar lalu mengambil kedudukan dalam dewan yang lebih sesuai menggambarkan yang mana kerajaan yang mana pembangkang.

Kemudian timbul pula keputusan mahkamah tinggi di Kuala Lumpur yang menyatakan Muhammad Nizar masih sah sebagai Menteri Besar Perak. Saya boleh faham rasional di sebalik keputusan ini kerana ia sebenarnya merujuk kepada butiran turutan peristiwa yang berlaku. Dalam artikel Kemelut politik Perak. Apa cerita? yang dibuat bulan Februari ketika kemelut kini baru bermula, saya ada menyebut:

Semasa bercadang mahu menulis tentang kemelut di Perak hari Khamis (tetapi tergendala kerana kurang masa dan sibuk dengan hal lain), kerajaan belum betul-betul bertukar tangan kecuali menunggu keputusan Sultan Perak samada mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri atau menerima majoriti Barisan untuk membentuk kerajaan. Saya berpendapat elok juga sultan menunda keputusan untuk beberapa hari... sekurang-kurangnya untuk menunjukkan hak raja menentukan keadaan di kala konsep ketuanan Melayu terus diinjak-injak.

Sebaliknya Sultan Azlan terus membuat keputusan keesokan harinya lalu baginda dilihat pihak pembangkang dan para penyokong mereka sebagai menjadi pak turut pemimpin tertinggi Barisan Nasional yang berpusat di Kuala Lumpur. Ini nampaknya membawa kepada kemelut hingga sekarang di mana aspek teknikal undang-undang mengatasi kepentingan rakyat terbanyak untuk berdamai terutama dalam keadaan ekonomi dunia tidak menentu yang turut mempengaruhi kehidupan kita di Malaysia. The law is now obeyed more in letter rather than in spirit. It seems nobody cares about intent, just what could seen as serving the law...

Itu pun tak mengapa le. Saya menerima keputusan mahkamah membenarkan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar dengan berlapang dada. Mungkin sudah sampai masanya segalanya dibuat kembali menurut undang-undang tubuh dan perlaksanaan perkara di dewan negeri secara lebih teratur dan berturut. Tidak susah untuk melucutkan kembali jawatan Nizar melalui undi tidak percaya asalkan si speaker gila kuasa Sivakumar tidak dibenarkan terus bermaharajalela. Kalau nak sangat bermahajaralela, meh jumpa Datuk Maharajalela yang perjuangannya ada diabadikan di Pasir Salak melalui kewujudan monumen golok besar di gambar atas ini. Anak cucu dan saudara-maranya terutama dari keturunan Maharajalela pertama Perak Daeng Selili masih ramai... insyaallah sesetengahnya masih tahu menerbangkan parang untuk menetas leher musuh yang kurang ajar jika perlu.

Masalahnya, sebaik sahaja Nizar diisytiharkan mahkamah sebagai Menteri Besar, saya difahamkan salah satu perkara utama yang ingin dibuat pihak Pakatan adalah untuk meluluskan penyerahan land title atau geran tanah kepada para penduduk kampung-kampung baru yang rata-ratanya orang Cina. Ah, menyirap darah saya. Bukankah disebabkan kes inilah maka orang Melayu yang sedar akan apa yang berlaku di sebalik tabir negeri Perak mahukan perubahan kerajaan walaupun ia harus dilakukan dengan cara melompat-lompat?

Setahu saya tidak pernah ada di mana-mana di dunia pun orang diberi tanah lease hold selama 999 tahun. Semuanya diberi maksimum 99 tahun. Orang Cina memanglah untung. Bagaimana pula nasib orang Melayu? Bukankah itu semua tanah-tanah Melayu yang dahulu diambil oleh British untuk dijadikan penempatan bergelar kampung-kampung baru orang Cina ketika menangani masalah komunis tahun 1960an dahulu? Orang Melayu tidak marah tanah-tanah itu telah diduduki Cina sejak lebih 40 tahun lalu. Tetapi untuk mereka diberi hak pajakan selama 999 tahun sedangkan orang Melayu sendiri masih banyak merempat tanpa tempat tinggal sendiri... ada sesuatu yang sangat tidak kena dengan semua ini!

Sejak pilihanraya ke 12 kedudukan orang Melayu makin tersepit, tak kiralah jika Barisan Nasional berkuasa apalagi Pakatan Rakyat yang semakin terang ingin mengikut model 'meritokrasi' Singapura. Kini berkenaan Perak, parti MCA dan Gerakan dalam BN yang terang-terang dikuasai bangsa Cina pun telah mengikut rentak DAP dan Pakatan agar Dewan Negeri Perak dibubarkan. Katanya untuk menyelesaikan kemelut sekarang once and for all.

Apa ini? Ketika rakyat sedang sibuk dibebani masalah kewangan akibat ekonomi dunia yang merudum, mereka cuma mahu menghabiskan wang rakyat dan terus menerbitkan kekecohan serta polemik demi polemik yang memang akan datang bersama setiap pilihanraya apalagi jika melibatkan seluruh negeri agak besar seperti Perak. Pihak pembangkang memang ingin sangat dewan dibubarkan dan pilihanraya baru dibuat. Kenapa? Kerana mereka yakin akan menang besar. Orang Melayu boleh dikatakan telah berpecah tiga untuk memberi sokongan kepada UMNO, PAS dan PKR sedangkan orang Cina dan bangsa lain sudi memihak kepada siapa sahaja yang menjaga kepentingan mereka. Dalam kes ini, siapa yang sanggup memberikan lease hold atau pajakan tanah selama 999 tahun! Jika ini berjaya sudah tentu akan ada lebih banyak habuan untuk mereka yang bakal meminggirkan orang Melayu...

Mereka yang mengkaji lebih dalam tahu, sejak zaman sebelum Perjanjian Pangkor 1874 lagi kepentingan Cina di peringkat teratas bukan dijaga oleh mana-mana parti politik tetapi oleh dewan perniagaan diikuti badan-badan warisan dan pendidikan Cina seperti Dong Ziong. Dan mereka pula disokong oleh kongsi-kongsi gelap Cina seperti Ghee Hin dan Hai San yang pernah memporak-porandakan Perak dahulu sebelum Perjanjian Pangkor ditandatangani lalu ketua-ketua gangster Cina "dinaikkan taraf" oleh British untuk menjadi ketua-ketua masyarakat bermula di Taiping.

Nampaknya mereka-mereka di atas inilah yang menjaga segala kepentingan Cina. Jangan hairanlah jika taktik pemikiran mereka serupa dengan Yahudi dan mereka mendapat khidmat nasihat pengkalan Zionis terbesar di Asia Tenggara iaitu Singapura. Lihat sahaja konsep Malaysian Malaysia yang satu masa dahulu pernah diwar-warkan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew, semasa pulau itu masih sebahagian dari Malaysia. Pada hemat saya, mereka-mereka ini boleh menasihatkan baik MCA, mahupun Gerakan mahupun DAP untuk bergerak ke arah tertentu asalkan sahaja kepentingan bangsa Cina secara rata terjaga. Pedulikan nasib bangsa Melayu... apa pedulinya bagi orang-orang yang kiasu?

Tugas menjaga kepentingan Melayu di luar batas sempit pemikiran politik sepertimana bangsa Cina ada para penjaga mereka sepatutnya dilakukan oleh Raja-raja Melayu. Tak kiralah parti mana yang memerintah, yang penting hak-hak Melayu terus terjaga. Tetapi nampaknya anak-anak Melayu sendiri kini memperlekehkan peranan raja. Sedangkan sistem mahkamah malah cara politik demokrasi itu sendiri telah dibentuk dan dibawa oleh British lebih 100 tahun lalu untuk meminggirkan orang-orang Melayu yang terang-terangan beragama Islam akibat dendam lama Barat yang bermula dengan kekalahan Perang Salib. Sila lihat analisis panjar-lebar sedutan dari siri buku "Berpetualang ke Aceh" yang pernah saya letak dalam artikel Kekalutan politik masa kini dan apa yang dah pun disebut dalam siri buku "Berpetualang ke Aceh"...

Tiba-tiba saya teringat satu masa menghampiri penghujung awal 2008, kalau tak salah ingatan selepas kumpulan Hindraf membuat tunjuk perasaan di sekeliling Kuala Lumpur. Lalu muncul ura-ura orang Melayu akan naik darah dan sudi bertindak ganas jika perlu seperti apa yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969. Ketika itu ramai juga pembaca buku "Berpetualang ke Aceh" dan mereka yang ada mengikuti penulisan saya baik di blogspot mahupun di forum-forum bertanya apakah mereka perlu bertindak sama. Untuk pengetahuan kebanyakan yang bertanya ini ada mengamalkan sekurang-kurangnya satu aliran silat dan tahu sedikit sebanyak permainan ilmu batin. Tetapi saya menegah sesiapa pun dari terlibat. Kerana menurut bacaan saya, keadaan politik semasa yang meremehkan orang Melayu termasuk kemunculan Hindraf itu sendiri didalangi pihak tertentu berbangsa Melayu yang dahulunya sangat rapat dengan pemerintahan tertinggi negara.

Saya difahamkan pihak ini risau kepentingannya akan tercabar jika pemerintahan tertinggi bertukar tangan. Untuk mengelakkan pertukaran berlaku seraya menerbitkan alasan agar pemerintahan ketika itu dapat terus bertahan, pihaknya sanggup menerbitkan kekacauan besar yang bersifat perkauman lagi bakal menumpahkan darah. Walaupun cuba dinafikan, saya juga ada sumber sendiri. Misalnya perjumpaan di Kampung Baru yang melibatkan ketua-ketua lebih 300 pertubuhan Melayu dikatakan tidak pernah berlaku, cuma ura-ura sahaja. Sedangkan saya diberitahu oleh orang terdekat kepada pihak berkepentingan bahawa suaminya baru sahaja memberi ucapan membakar semangat dalam perhimpunan yang dimaksudkan sebelum itu.

Saya ketawa besar mendengar ini. Saya tahu orang yang dimaksudkan dan kawan-kawan mereka adalah jenis manusia baling batu sembunyi tangan. Seperti orang Yahudi, mereka cuma sanggup berperang jika selamat menaiki kereta kebal melawan orang-orang yang cuma mampu membaling batu-bata. Jika ada kekacauan, sekelip mata sahaja mereka akan berlepas ke luar negara, kemudian apabila ia reda baru mereka kembali lalu mengaku jaguh yang berjaya membawa kedamaian.

Sekarang melihatkan kemelut di Perak yang bukan sahaja terus memperbodoh-bodohkan orang Melayu malah amat memperlekehkan kedudukan sultan sebagai penaung neutral orang Melayu, saya rasa elok juga kalau para pemegang parang terbang tampil memperbetulkan keadaan sepertimana pernah berlaku 13 Mei 1969 40 tahun lalu. Saya tahu anak murid Kiyai Salleh Selempang Merah masih ramai, baik yang dimaksudkan adalah Kiyai Salleh di Batu Pahat, Johor mahupun yang di Sungai Manik, Perak. Itu belum campur pengamal perguruan lain terutama yang berketurunan pahlawan yang juga mampu menerbangkan keris, pedang dan parang. Lagipun amalan Kiyai Salleh itu sendiri disadur dari amalan aurad Tariqat Qadiriyah yang diasaskan oleh Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani.

Ingat, hari ini sudah masuk 13 Mei! Elok juga kemelut akibat kurang ajar bangsa bukan Melayu ditamatkan terus dengan satu peringatan berupa "perayaan ulangtahun" gitu, mungkin perayaan selepas Jubli Perak (cukup 25 tahun) yang akan membawa kepada Jubli Emas (cukup 50 tahun). Tetapi mengingatkan janji Allah bahawa segalanya akan diurai dan dihuraikan menurut ketentuan dan jadualNya jua, nampaknya kita semua harus lagi bersabar. Sesungguhnya untuk daulah sebenar Islam kembali bertapak di bumi ini, sistem pentadbiran dunia berlandaskan ideologi-ideologi ciptaan para cendekiawan Zionis yang berleluasa sekarang harus dihancurkan. Dan ini sudah pun bermula dan kemelut di Perak sebenarnya satu contoh, sistem pentadbiran artificial, palsu... sistem bukan menurut wahyu dari Allah yang kini menuju satu macam pembubaran semulajadi akibat ia sebenarnya tidak mampu membawa keadilan sejagat.

Selasa, Mei 12, 2009

Cerita An-Nur - Apabila si gadis cantik naik gila...

Gambar yang ditemui selepas membuat Google image search menggunakan perkataan "straight jacket" (sejenis pakaian keselamatan untuk pesakit jiwa kronik) terasa amat sesuai untuk cerita kali ini. Cuma ia terlalu seksi, lalu saya kena le censor mana yang patut...



Bersambung dari artikel Cerita An-Nur - Ke Perak untuk berbincang hal buku . Selesai urusan di Perak, kami terus menghala ke Kuala Lumpur. Destinasi seterusnya ialah rumah sewa An-Nur di sebuah kondominum berdekatan pusat bandaraya. Dalam perjalanan gadis itu ada membisikkan ingin saya ikut bermalam di rumahnya. Tetapi sebaik sahaja menghampiri Kuala Lumpur, bapa An-Nur bertanya jika saya ada memiliki apa-apa rumah sendiri atau rumah saudara-mara untuk bermalam lalu saya memberitahu tentang rumah milik keluarga di Kajang.

Saya pun dihantar sampai ke rumah itu. Kelihatan muka An-Nur sedikit mencebik apabila saya keluar meninggalkan kereta. Ketika itu sudah lewat malam. Esok pagi baru dia menghubungi saya bertanyakan khabar. Memandangkan An-Nur sudah selamat berada di tangan ibu-bapanya, saya terfikir juga mahu keluar mengembara lagi atau sekurang-kurangnya kembali ke Janda Baik.

Selain untuk berehat setelah berjalan jauh Segamat ke Perak kemudian kembali ke Kuala Lumpur, tujuan utama mereka kembali ke rumah sewa An-Nur adalah untuk mengemas barang-barang miliknya. Bapanya mahukan gadis itu melepaskan rumah itu dan berpindah kembali duduk di Segamat bersama keluarga. Selama inipun An-Nur bekerja tidak tentu arah. Saya tak pasti apa kerjanya tetapi ia bersifat freelance, ada kena-mengena dengan produksi rancangan televisyen terutama di Astro. Keluarganya tahu An-Nur sedang menghadapi masalah, antaranya akibat dipermain-mainkan orang dalam dunia penyiaran dan mungkin sebab itu adakalanya dia kelihatan kurang waras. Tentu lebih baik jika dia duduk bersama keluarga sekurang-kurangnya untuk sementara waktu. Lagipun bukankah An-Nur perlu melalui satu proses untuk berbaik-baik dengan keluarganya?

Saya tahu cerita masalah An-Nur yang berlaku semasa zaman kecilnya, satu cerita yang sering diulang-ulangnya sebagai punca dia jadi begitu memberontak terhadap keluarga. Setakat yang boleh dibuat sepanjang perkenalan dengan keluarga, saya telah berusaha sehabis baik untuk menjadi orang tengah yang dapat merapatkan keluarga. Tetapi di kala saya sudah membuat keputusan untuk membiarkan sahaja mereka sekeluarga menangani masalah sendiri, An-Nur menalifon lagi merayu-rayu agar saya datang ke rumahnya. Bagaimana ini? Bukankah bapanya tidak mahu saya turut bersama? Tetapi timbul juga keinginan untuk melihat bagaimana agaknya rupa rumah An-Nur apalagi ia akan dilepaskan dan gadis itu akan kembali berhijrah ke kampung halamannya di Segamat, Johor.

Setelah memikirkannya dalam-dalam saya pun berjalan kaki lebih sebatu dari rumah ke bandar Kajang sebelum mendapatkan bas ke Kuala Lumpur. Dari pusat bandaraya saya mengambil sebuah lagi bas sebelum sampai ke kawasan yang dikatakan berdekatan kondomium tempat An-Nur menyewa. Saya pun menelefonnya untuk memberitahu saya sudah sampai. Tetapi jawab gadis itu: "An-Nur tukar plan le... An-Nur sekarang on the way balik Segamat. Dah dekat nak sampai dah!"

Allah! Naik angin saya mendengar kata-kata itu. Hampir saya menyumpah-nyumpah. Apahal si An-Nur ni? Tak tahu ke dia saya bukan ada kenderaan sendiri, perlu bersusah-payah untuk sampai ke situ dan sekarang katanya dia sudah hampir sampai ke Segamat.

Ah. Menyesal rasanya ikut cakap An-Nur mahu ke rumahnya. Kan elok jika tadi saya mengambil bas untuk kembali ke Janda Baik? Kini sudah agak lambat, hampir masuk waktu Maghrib. Setelah berlegar-legar lama di sekitar itu terutama di sebuah lorong yang membawa ke satu-satunya kondominium tinggi yang ada di sana, saya pun mengorak langkah keluar ke tepian jalan besar.

Tiba-tiba kedengaran bunyi hon kereta. Seketika itu juga kelihatan sebuah kenderaan yang saya kenal dengan seorang gadis di dalamnya. Gadis itu membuka pintu lalu ketawa terkekek-kekek! "An-Nur tahu Abang akan lalu depan ni! An-Nur saja nak kacau Abang," katanya masih ketawa.

Muka saya merah padam. Kalau orang lelaki, mahu sahaja saya menerajangnya tetapi ini gadis cantik tetapi kepala gila yang bakal menjadi isteri. Aduh! Ada sajalah perangai si An-Nur ni!

Tetapi dari satu segi saya terasa lega melihat air-mukanya. Maklumlah, walaupun kepalanya seperti tak betul, walaupun dia baru sekitar 2 minggu lebih muncul dalam hidup saya, perasaan sayang sudah mula berputik tak pedulilah jika pertemuan kami berlaku sekadar sebagai ganti kepada apa yang terjadi kepada gadis kesayangan sebelum itu, si Nur.

Saya masuk ke dalam kereta. Pada mulanya saya mengajak An-Nur agar kembali ke rumahnya. Takut juga bapanya risau menunggu di rumah sedangkan kereta yang dinaiki adalah kereta ibunya. Tetapi An-Nur tidak mahu pulang, belum lagi katanya. Melihat pada air-mukanya saya meneka mungkin dia dan bapanya ada bergaduh lagi. Maka lebih elok jika kami ke tempat lain... tapi ke mana ya? Yang pasti, kami ada kereta dalam tangan. Seketika itu juga saya teringat sesuatu.

Sampai ke Tampin atau sekitarnya kalau tak salah ingatan, saya mendapat panggilan telefon dari seorang rakan lama di Janda Baik. Katanya dia dan beberapa orang kawan sedang menuju ke Kuala Lumpur untuk ke rumah Pak Ali, seorang tua (lebih 80 tahun) yang menjadi guru agama juga guru silat dan guru ilmu hakikat pada ramai orang, kata sesetengah orang sejak zaman berzaman (siapa yang faham, faham le). Diakui, Pak Ali juga boleh dikira sebagai salah seorang guru saya. Rupa-rupanya beliau baru sahaja meninggal dunia. Apa boleh buat, saya tidak dapat turut bersama melihat jenazahnya. Saya harus ke Segamat kerana menurut keadaan dan jalur baru nasib hidup saya.

Memandangkan saya ada kenderaan dalam tangan dan si An-Nur pula perlu 'berehat' sebentar dari perhatian keluarga, apa kata kami ke rumah Pak Ali? Saya pun memandu kereta ke sana. Saya sempat menelefon bapa An-Nur memberitahu kami mahu ke rumah Pak Ali. Sekurang-kurangnya lega orang tua itu apabila mendapat tahu anak gadisnya dan kereta selamat berada di tangan saya dan akan kembali malam nanti.

Kami sampai di rumah Pak Ali sejurus selepas waktu solat Maghrib. Kelihatan berpuluh orang laki-laki dan perempuan sudah siap menunggu masing-masing berbaju kurung atau berpakaian baju Melayu. Rupa-rupanya ada majlis tahlil arwah. Syukurlah, walaupun saya tidak dapat menghadiri pengkebumian, dapat juga sampai ke majlis tahlil pertama arwah tanpa disangka-sangka.

Saya menyuruh An-Nur duduk bersama para perempuan lain sebelum mengambil tempat di bahagian lelaki. Tahlil pun dimulakan dan saya terus tenggelam dalam zikir. Tamat sahaja acara, seorang hadirin wanita memanggil. Katanya ada masalah dengan An-Nur. Gadis itu telah masuk ke dalam bilik air sejurus selepas tahlil bermula dan kini, selepas hampir setengah jam dia tidak mahu keluar sedangkan ada orang mahu menggunakan bilik air itu.

Dipendekkan cerita, saya berjaya memujuk An-Nur keluar. Samping itu terdengar hadirin perempuan berbisik. Nampaknya mereka menyangkakan kami adalah pasangan suami isteri bermasalah. Mungkin saya kelihatan sedikit garang, sebab itu An-Nur mengalami tekanan jiwa?

Saya terpaksa meminta diri lebih awal kemudian terus menghala ke rumah sewa An-Nur. Alhamdulillah, kali ini ibu bapa gadis itu mengajak saya tidur di rumah itu. Masuk tengah malam, An-Nur buat lagi perangai. Kali ini lebih kronik kerana dia menghilai-hilai meracau-racau saling tak tumpah seperti orang dirasuk hantu. Allah! Apa sudah berlaku ini? Apakah ada kena-mengena dengan ziarah ke rumah Pak Ali?

Saya teringat kali pertama bermalam seorang diri bersama orang tua itu di rumahnya dahulu. Teringat awal pagi buta saya dikejutkan apabila satu makluk ganjil duduk di sebelah bermain-main dengan tulang rusuk saya seolah-olah ia sedang bermain gitar. Saya masih ingat rupa-parasnya dengan jelas. Rupanya seperti toyol, botak dan hitam legam tetapi berbadan besar seperti orang dewasa gempal lagi buncit. Di bahagian atas kepala tengah membawa ke batang hidung kelihatan urat-urat hijau besar menonjol.

Saya ingat rasa marah diganggu sebegitu rupa ketika sedang nyenyak tidur. "Engkau ni memang setan le!" kata saya spontan. Ingat badan saya ni gitar ke? Mentang-mentang ketika itu badan saya kurus hampir nampak tulang. Saya terus mencekak atas kepalanya. Boleh terasa urat-urat menonjol geli-geleman seperti memegang katak hidup.

Nasib baik saya teringat ini semua mungkin ujian untuk melihat kesabaran selain menduga betulkah saya sanggup berpegang teguh kepada amalan tenggelam dalam kefahaman Tauhid af'al yang menyatakan segala apa yang berlaku cuma hasil perbuatan Allah jua. Kalau dah semuanya dari Allah, bukankah jadi salah jika saya memburukkan makhluk yang kelihatan? Saya terus bangun sedangkan makhluk itu hilang. Saya mengambil wuduk lalu bersolat Tahajjud. Esoknya apabila saya memberitahu Pak Ali tentang perkara itu, jawabnya ringkas. "Jangan kata dia setan". Itu aje.

Berbalik pada hal si An-Nur. Apakah gadis ini telah diganggu sesuatu dari rumah Pak Ali? Setelah lebih setengah jam dia meracau sedangkan bapanya sibuk membacakan ayat-ayat Al-Quran tanpa kelihatan apa-apa kesan yang memberangsangkan, ibunya mula menalifon Hospital Besar Kuala Lumpur untuk meminta agar An-Nur dibawa masuk ke wad sakit jiwa.

Allah! Apa pula ini? Kenapa ibu An-Nur begitu cepat mahu melepaskannya ke situ? Bukankah salah satu sebab utama gadis itu mengalami tekanan jiwa adalah akibat merasakan dirinya tidak dipedulikan ibu-bapa?

Hmm... kalau ikutkan, ada baiknya saya berhenti bercerita di sini sebelum menyambung esok lusa. Penat daa... lagipun menulis ini sebenarnya boleh jadi berat kerana mengingatkan banyak perkara lama yang menyentuh perasaan. Tapi kalau begitu, takut pula tak sempat menghabiskan siri "Cerita An-Nur" untuk diikuti pengalaman umrah tahun 2005 yang diharap dapat dilepaskan mana yang patut sehingga selesai... sebelum saya dan isteri pergi ke satu tempat tertentu di luar negara pertengahan bulan Jun. Oleh itu biar disambung ke satu bahagian yang lebih patut ya...

Saya cuba memujuk ibu An-Nur untuk melupakan hal tentang wad sakit jiwa. Katanya kalau begitu siapa yang boleh menangani masalah ini? Seketika itu saya teringat seorang kawan dari Janda Baik yang menjadi orang kanan Pak Ali. Nasib baik dia yang ketika itu dalam perjalanan dari sana untuk ke rumah Pak Ali dapat dihubungi dan sudi datang bersama kawan-kawan lain ke rumah sewa An-Nur.

Dipendekkan cerita An-Nur berjaya dipulihkan. Rupa-rupanya dia ada terambil barang dari rumah Pak Ali. Tetapi gadis itu nampaknya pulih buat sementara sahaja. Esoknya dia buat perangai meracau-racau dan menghilai lagi dan kali ini saya tidak dapat menghubungi kawan untuk mengubati.

Ibu An-Nur pula begitu bertekad untuk menghantar An-Nur ke wad sakit jiwa. Saya sudah habis akal. Apakah harus dibiarkan sahaja? Ketika itulah saya teringatkan Nur yang sebenarnya ada hubungan persaudaraan dengan An-Nur walaupun mereka sekeluarga belum pernah bersua muka. Mungkin kedudukan Nur sebagai seorang artis terkenal tanah-air boleh memujuk ibu An-Nur agar melupakan hasrat untuk menghantar gadis itu masuk ke wad sakit jiwa. Dan saya rasa Nur pun sanggup menolong walaupun dia sudah sah menjadi isteri seorang politikus muda.

Saya dapat menghubungi Nur tetapi dia sedang bersiap-siap untuk menghadiri satu majlis penting. Setelah diberitahu segala latar-belakang cerita, Nur pun bersetuju untuk menolong dan melupakan majlis itu. Tetapi sempatkah dia datang sebelum An-Nur dimasukkan ke wad sakit jiwa? Sedangkan si ibu sudah tidak tahan menunggu lagi. Kami semua pun turun masuk ke kereta. Kita sambung cerita nanti...