Salam semua. Hari ini 1 Muharram 1448 Hijriah bermulalah tahun baru Islam buat kali ini. Walaupun sudah agak lewat petang biar dikongsikan satu cerita ringkas tapi istimewa.
Semalam Selasa malam Rabu seperti biasa diadakan siaran langsung "Merah Silu Live" melalui Tiktok, kali ini edisi ke-30. Kebetulan sudah masuk malam 1 Muharram. Itu sendiri memberikan keistimewaan. Entah kenapa isteri pula tergerak untuk 'menambah' jambang pada muka saya. Tengok-tengok ok juga rupa jadi diteruskanlah itu.Lihat rakaman siaran di bawah...
Keistimewaan seterusnya adalah perjalanan lama dalam Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 yang diulas kali ini. Ia adalah seperti berikut :-
48. Brunei 2010 (Ogos) - 640 km. Lihat Tribute untuk lawatan tak dijangka ke Brunei bulan Ogos
Hmm. Perjalanan ke-48 dalam senarai, pada permulaan tahun 1448 Hijriah. Ada makna ini. Perjalanan melibatkan jejak satu-satunya kesultanan di Alam Melayu yang jelas diketahui dan diakui secara rasmi sebagai memiliki raja-raja daripada keturunan Saidina Hassan, cucu sulung Nabi Muhammad SAW.
Sebetulnya ada kesultanan lebih awal berasal daripada keturunan sama tetapi tidak diketahui halnya secara rasmi. Insyaallah ini akan disentuh dalam edisi seterusnya Selasa malam Rabu minggu hadapan 23 Jun..





Tiada ulasan:
Catat Ulasan