Salam. Pergi pada hari ke-7 perjalanan umrah. Bersambung daripada Umrah sekeluarga 2026 - Umrah ke-2 dari Hudaibiyah.
Pagi Ahad 15 Februari 2026 keluar berjalan lagi di persekitaran Mekah.
Kali ini kerana isteri dan anak-anak ingin membeli belah di kedai Kak Kiah.
Petang jam 6 tergerak untuk meninjau kawasan di belakang hotel yang naik sedikit lereng bukit berseorangan.
Seterusnya bergerak seorang diri ke Masjidil Haram untuk menunaikan solat Maghrib.
Selepas solat naik ke bahagian bumbung masjid.
Di atas inilah menunggu masuk waktu untuk solat Isyak.
Keluar bangunan melalui pintu di bukit Marwah di penghujung kawasan sa'ei terlihat tempat potong rambut percuma. Hmm. Insyaallah boleh cuba nanti selepas umrah ke-3 yang cadangnya mahu dilakukan esoknya hari Isnin.

Bergerak ke utara melihat bahagian baru masjid yang sudah siap dibina tetapi belum siap pengisian dalaman. Lihat Outside look of Masjidil Haram new northern section.
Selepas masuk kembali ke masjid dari belah timur kemudian pusing lawan jam untuk keluar di belah barat naik kembali ke bumbung untuk berjumpa dengan keluar lalu tidur sebentar tengah malam.
Tidur itu sebagai syarat supaya dapat bangun solat Tahajud. Sekitar jam 12.30 turun menuju ke Ka'abah.
Dapat gerak untuk membawa isteri dan anak-anak ke kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad lalu semua dapat menyentuh bangunan yang menjadi kiblat umat Islam sedunia.
Mereka semua gembira senang hati. Pada kami tak perlulah berebut nak cium Hajarul Aswad berebut-rebut bertarik tolak bergelut bagai. Dapat sentuh Ka'abah sekeluarga sekali gus itu pun dah syukur sangat. Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan