Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Disember 06, 2025

Islam dan orde dunia yang sedang muncul - Apakah ikhtiar?

Salam. Pergi pada hari ke-2 dan terakhir acara. Bersambung daripada Islam dan orde dunia yang sedang muncul - Satu konvensyen mewah UIA.



Pagi Khamis 4 Disember 2025. Ke Hotel St Regis lagi untuk mengikuti konvesyen.




Kali ini tidak perlu memandu 45 km seperti hari sebelumnya dari rumah. Kerana menginap percuma di satu tempat kurang 5 km perjalanan. Lihat artikel Surau (Prayer hall of) Istana Negara lama (old National Palace) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Selepas itu parkir di satu kawasan percuma berdekatan Muzium Negara.



Dari muzium boleh seberang jalan bawah tanah melalui stesyen MRT.



Keluar ke pintu yang membawa nama hotel...



Dah sampai.



Ambil sarapan bawa masuk ke dewan majlis.



Rektor UIA (Universiti Islam Antarabangsa) Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar sedang mengingatkan tentang dua orang tokoh akademik antarabangsa Islam yang baru beberapa jam meninggal dunia. Mereka adalah Dr Yaqub Mirza, pengasas dan presiden Pusat Islam untuk Dunia Kontemporari di Shenandoah University dan Professpr Dr Abdulaziz Sachedian, pemegang Kursi Pengajian Islam di George Mason University, kedua-duanya di Amerika Syarikat




Selepas itu baru dibuat ucaptama yang tajuknya boleh diterjemahkan sebagai "Masa Kejahatan Sejati : Apabila Penghapusan Kaum Menjadi Kebaikan yang Lebih Besar". Maksudnya, apabila penghapusan kaum dihalalkan atas alasan dapat memberikan kebaikan kepada lebih ramai (konon). Hal ini boleh berlaku apabila suatu kaum diwar-warkan sebagai jahat atau sering memberikan masalah. Inilah yang berlaku kepada umat Islam terutama di Gaza.



Makan lagi sambil mengikuti sesi seterusnya. Kecuali kopi yang ada beberapa jenis, menu sentiasa bertukar setiap kali makan.



Masuk sesi diskusi ke-3 (keseluruhan majlis). Tajuknya yang boleh diterjemahkan sebagai "Kebangkitan Arus Islamfobia" mengingatkan pada majlis bertajuk serupa yang dihadiri 19 hari lebih awal. Lihat Seminar Islamofobia Pencetus Genosid Menafikan Hak Asasi Kemanusiaan. Malah kedua-dua majlis menggunakan moderator atau pemudah cara yang sama.




Makan tengah hari. Selalunya saya berpuasa sunat hari Khamis, apa lagi ketika itu sudah masuk tarikh 13 Jamadil Akhir, mula Puasa Putih. Kali ini tidak. Sebab nak layan makan hotel mewah daaa... :]




Sesi diskusi ke-4. Ia adalah tentang kecerdasan buatan, perubahan cuaca dan kebangkitan golongan kanan jauh. Kelihatan seperti lain-lain bidang atau hal. Sebenarnya memang berkaitan.



Sesi diskusi ke-5, tentang peranan anak muda dalam order dunia yang sedang muncul.



Saya cuma mengikuti sekejap sahaja. Ini kerana sudah melepasi jam 4 petang. Takut palang di tempat parkir percuma ditutup kerana institusi berkenaan hendak tamat waktu kerja. Dah alang-alang keluar pergilah ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku. Berehat dan beriktikaf di masjid sehingga masuk waktu Maghrib.



Sampai ke sesi makan malam lewat sedikit. Kali ini memakai busana tradisional Melayu penuh bersampin dan berkeris, sebelum itu setakat berbaju Melayu dan bertanjak sahaja. Nasib baik ada  menyediakan kerusi supaya dapat duduk semeja.



Kali ini ada ucapan santai oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Senator Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir.




Ini diikuti persembahan video ucapan oleh sarjana terkenal Profesor John Esposito. Beliau yang mengajar pengajian Islam dan hubungan antarabangsa di Georgetown University, Amerika Syarikat sepatutnya datang ke konvesyen tetapi tak dapat kerana masalah kesihatan.



Akhir sekali adalah ucapan oleh sarjana terkenal, Profesor Ziauddin Sardar, pengarah Institute of Futures Studies (Institut Antarabangsa Kajian Masa Hadapan), badan bawahan UIA (Universiti Islam Antarabangsa) yang menjadi penganjur utama majlis. Tapi tidak dapat memberikan tumpuan. Satu kerana mahu mengejar sasaran bacaan Al Quran satu juz sehari diikuti bacaan Surah Yassin bagi malam Jumaat. Kedua kerana dikuasai perbualan di meja makan. Saya asyik diajak berkongsi pengalaman dan pemikiran.




Sebaik sahaja selesai terus berkejar ke rumah. Maklumlah sudah 2 hari 2 malam keluar tanpa isteri. Tengok-tengok 120 km memandu sejak meninggalkan rumah. Sebelum itu ada keluar 2 hari 1 malam dengan jarak pemanduan hampir 200 km. Sebelum itu lagi, 12 hari 11 malam, hampir 1,000 km. Tapi kedua-dua perjalanan bersama isteri. Lihat Asbab khidmat kepada ibu bapa - The compilation.

Sekarang biar ditambah. Selepas menginap malam sebelumnya di surau saya ada berbual-bual dengan beberapa orang ahli jemaah tabligh. Menurut mereka sudah 8 hari beriktikaf situ, supaya dekat dengan Masjid Negara untuk membuat kerja-kerja dakwah (di situ tidak boleh menginap). Malah sebenarnya sudah 20 hari keluar beramal berjemaah meninggalkan rumah. Ada seorang dari Turki, seorang dari Tunisia, seorang dari Algeria. Yang dari Algeria itu katanya seorang ulamak yang telah diarahkan supaya keluar bermusafir setahun. 

Ulamak tersebut kemudian bercerita tentang amalan tariqat juga tentang para wali dan karamah terutama tentang Sultan Awliya Sheikh Abdul Qadir Jalani yang hidup sekitar 1,000 tahun lalu. Mendengarkan cerita sambil mengenangkan pelbagai majlis akademik yang sudah dihadiri tentang nasib orang Islam zaman sekarang menguatkan lagi apa yang sudah bermain dalam fikiran sejak beberapa tahun kebelakangan. Berdiskusi dan berbincanglah sejauh mana. Kalau masih dalam had akal logik akademik, diplomasi dan pemahaman biasa geopolitik paling kuat cuma boleh mendapatkan institusi seperti Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk mengisytiharkan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sebagai penjenayah perang. Tetapi tidak dapat dikuatkuasakan kerana tiada kemampuan untuk menangkap. Sambil itu umat Palestin juga negara-negara Islam terus boleh diserang sewenang-wenang.

Memikirkan masak-masak hal, pada saya solusi sebenar adalah umat Islam memerlukan kekuatan. Baca Surah al-Anfal :-


Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; 

Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir.


Jadilah seperti 313 orang Ahli Badar menentang lebih 1,000 golongan Musyrikin Mekah. Walaupun dhaif alatan perang dapat menang kerana layak mendapat bantuan Allah. Sejarah lebih 1,400 tahun Islam menunjukkan akal sahaja tidak cukup untuk membela ummah. Mesti ada kekuatan fizikal. Nabi sendiri turut berperang, bukan sekadar berteori lalu mengarahkan orang-orang 'kasar' membuat kerja 'buruh' untuk menang. Ya, ada yang menganggap mereka yang ada kemampuan fizikal seperti boleh bersilat sebagai orang kasar, tidak intelektual. Kononnya orang intelektual itu cuma perlu menggunakan otak. Kalau menggunakan fizikal itu kerja orang bawahan yang belajar sekolah tak berapa pandai.

Tentang hendak mendapatkan kekuatan bukan semata-mata tahu ilmu perang, tangkas tegap otot. Tetapi jadi orang beriman sehingga ada riwayat mengatakan tebas dengan pelepah tamar (akibat tidak memiliki pedang) pun boleh putus kepala musuh.  Sekian.


Tiada ulasan: