Satu penulisan santai bagi mengisi ruang sementara menyediakan diri untuk aktiviti-aktiviti yang lebih serius dalam tempoh 2 minggu akan datang.
Tengah hari Sabtu 6 Disember 2025 keluar ke pusat bandar raya Kuala Lumpur.
Isteri teringin menikmati hidangan rojak tahu cucur udang di suatu tempat di Chow Kit. Tengok-tengok ia cuma dibuka pada hari bekerja. Lalu di bahagian lain Chow Kit terlihat satu kedai nasi kandar. Kami pun singgah kerana isteri lapar hendak makan. Saya pula sebenarnya sedan gberpuasa putih hari itu 15 Jamadil Akhir. Tapi tergoda dengan bau hidangan yang dipilih isteri lalu 'berbuka' awal.
Pergi ke pusat membeli belah pakaian di kawasan Masjid India.
Selepas itu ke kafe ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di satu sudut kampusnya di Bukit Tunku.
Ada perbincangan untuk melaksanakan satu majlis ilmu akan datang di kafe...
Pagi Ahad 7 Disember, setelah bermalam di rumah ibu saudara di Petaling Jaya menuju ke Seksyen7, Shah Alam.
Isteri mahu bersarapan di satu tempat...
Ini pula di masjid Seksyen 7.
Ada aktiviti untuk kanak-kanak...
Perjalanan diteruskan ke Pesta Buku Selangor 2025 di Setia Alam.
Ia adalah hari terakhir pesta...
Tidak seperti ketika hari pertama 9 hari lebih awal, kami meluangkan lebih banyak masa lalu mengikuti pelbagai aktiviti...
Kali ini kami juga berbusana penuh tradisional Melayu...
































Tiada ulasan:
Catat Ulasan