Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Ogos 01, 2025

Artikel-artikel menilai penulisan Radzi Sapiee setakat ini

Pada penghujung artikel Mendekati pemikiran Ibnu Khaldun dalam penulisan sejarah yang dipersembahkan jam 8.53 malam tadi ada dinyatakan sebentar lagi akan memulakan satu sesi permusafiran kecil di Pahang. Bolehlah diberitahu saya kemudian ke Janda Baik lalu bermalam di sana. Selepas Subuh bergerak ke Karak lalu mengambil jalan lama ke Temerloh. Kemudian menyusuri Sungai Pahang menghilir ke arah Bera membawa ke Chenor. Sempat mendaki Bukit Kertau. menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan sebelum berehat di Kampung Segara. 

Selepas itu singgah di pekan lama Chenor kemudian melepasi Jengka untuk ke Gua Kota Gelanggi. Pergi pula ke Pulau Tawar lalu beriktikaf di masjid lama diikuti masjid jamek sana. Sekarang berada di makam Mat Kilau. Timbul rasa untuk mempersembahkan artikel ini. Isinya sudah disediakan lebih awal, menunggu masa yang sesuai sahaja untuk diterbitkan di CATATAN SI MERAH SILU.




Gambar yang keluar dalam ruangan Ikon. Berita Harian pada 15 Disember 2007. Lihat  Terbaru! Apa kata I-Kon tentang penulis.... Rambut masih hitam lagi walau ada sedikit keperangan semulajadi sejak lahir. Taklah hampir beruban kesemuanya seperti sekarang ini... :]

Subhanallah. Ketika menyediakan artikel Membaca diri dalam "Berpetualang ke Aceh" - Satu penilaian akademik terhadap penulisan Radzi Sapiee yang kemudian diikuti  Pemikiran "Berpetualang ke Aceh" dalam Routledge - Satu kajian sejarah dan antropologi timbul rasa, ada baiknya dikumpulkan semua artikel yang pernah dibuat mengandungi penilaian orang terhadap penulisan saya, sama ada yang pernah muncul dalam media massa seperti akhbar, majalah dan televisyen juga penilaian pembaca yang disampaikan melalui media sosial. Pada ketika ini sudah 15 tajuk buku dikeluarkan sejak bergelar penulis/pengarang buku pertengahan 2006. Tujuh daripadanya diterbitkan sendiri, lapan oleh pihak lain. Senarai tajuk buku dan bila diterbitkan :-


1. "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" (Jun 2006)

2. "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" (Mei 2007)

3. "Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?" (Nov 2007)

4. "Rumah Azan" (Apr 2009)

5. "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" (awal 2010)

6. "Kereta Api Menuju Destinasi" (Jan 2011)

7.  "Jejak keluarga Yakin : Satu Sketsa Sejarah"  (Okt 2011)

8. "Mencari Diri dan Erti : Menjejak Salasilah Kesultanan yang Hilang" (Sept 2015)

9. "Menelusuri Jejak Leluhur : Menyingkap Makna Wasiat Nabi" (Mei 2016)

10. "Membela Syiar Kesultanan Aceh : Mencari Hakikat di Sebalik Syariat" (Dis 2017)

11. "Nabi Adam AS dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu : Menyelaraskan Pengetahuan Tentang Penciptaan Manusia Berdasarkan Kitab Berbanding Sains" (Mac 2018)

12. "Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia : Menyelaraskan Sejarah Pergerakan Manusia Berdasarkan Kitab Berbanding Sains" (Mac 2018)

13. "Kenangan Kembara Solo Hitchhike Eropah Tahun 1995" (Jun 2019)

14. "Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad : Perjuangan yang Belum Selesai" (Mei 2023)

15. "Adam (a.s.) and the Origin of Man : Reconciling the Conflict Between Religious and Scientific Narratives" (Mei 2024)


Namun tidak semua buku mendapat liputan media massa atau maklum balas daripada pembaca. Atau mungkin terlepas pandang? Entahlah. Yang jelas rata-rata adalah tentang buku-buku yang diterbitkan sendiri. Biar dimasukkan juga artikel-artikel melibatkan majlis pelancaran serta diskusi buku. 

Boleh tahan banyak juga rupanya. Apabila dilihat kembali satu persatu terbentanglah perjalanan hidup sebagai seorang penulis buku. Ada turun naik cabaran dan kepenatan, rasa tidak berbaloi sehingga terasa mahu meninggalkan dunia penulisan. Pendapatan yang diperolehi sangatlah sedikit. Selalu terasa apa yang dikongsikan tidak dihargai.

Namun sudah jiwa penulis. Menulis adalah sekurang-kurangnya terapi buat diri sendiri. Nasib baik masih ada yang menyokong sebenarnya. Dan nasib baik terjumpa penulisan-penulisan akademik yang memandang tinggi hasil penulisan dan pemikiran saya. Alhamdulillah dapat memacu semangat untuk terus menulis, sekurang-kurangnya di CATATAN SI MERAH SILU. 

La ni penumpuan harus diberikan pada penulisan tesis PhD saya, dalam bidang pemikiran dan ketamadunan Islam di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Ketamadunan Islam) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Tetapi siapa tahu tiba-tiba dimudahkan, boleh hasilkan lagi buku-buku baru di celah itu? Lihat artikel-artikel berikut...


1. Apa kata pembaca tentang buku "Berpetualang ke Aceh"... (Dis 2006)

2. Pelancaran tidak rasmi buku BKA II di Khazanah Fathaniyah (Mei 2007)

3. Nostalgia BKA I: Susah-payah "Mencari Diri dan Erti" (Mei 2007)

4. Confirm! Pelancaran BKA di Khazanah Fathaniyah Sabtu 9 Jun! (Mei 2007)

5. Fuh... Lega sungguh rasanya! (selepas pelancaran buku Jun 2007)

6. Ulasan Berita Harian mengenai BKA II (Jun 2007)

7. Terbaru! Apa kata I-Kon tentang penulis... (Dis 2007)

8. Komen Aina Emir tentang siri buku "Berpetualang ke Aceh" untuk mereka yang belum mengenali siri buku ini... (Jul 2008)

9. Mengenang ulasan siri buku "Berpetualang ke Aceh" dalam program Resensi, Selamat Pagi Malaysia di RTM1 penghujung 2007... (Jun 2008)

10. Berpetualang ke radio IKIM... testing, testing! (Mei 2009)

11. Rakaman "Berpetualang ke Aceh" di Radio IKIM in full... (Mei 2009)

12. "Berpetualang ke Aceh" ke udara di Radio IKIM 91.5 FM malam ini? (Jun 2009)

13. Akhirnya, review "Berpetualang ke Aceh" dalam majalah Milenia (Sept 2009)

14. Buku "Berpetualang ke Aceh" di Amerika dan Australia... (Mac 2010)

15. Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia (Okt 2011)

16. Kenangan pelancaran siri novel "Berpetualang ke Aceh" - Rakaman video terpilih sepanjang acara (Okt 2014)

17. Wawancara siaran langsung "Mencari Diri dan Erti" di TV1 (Sept2015)

18. Antara diskusi buku di Shah Alam dengan open house di Sungai Buaya (Ogos 2016)

19. Soft launch buku Nabi Adam dan Orang Melayu dengan Benua Tua Melayu berserta sedikit hal susulan (Feb 2018)

20. Ulasan ringkas buku berkembar Nabi Adam dan Orang Melayu serta Benua Tua Melayu dalam akhbar dan perkongsian pembaca awal... (Mac 2018)

21. Syarahan "Prophet Adam and the Malays 60,000 Years Ago - Aligment of Time, Revealed Knowledge and Science" di ISTAC (Apr 2018)

22. Syarahan "Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu" di Politeknik Tun Syed Nasir, Pagoh, Muar (Apr 2018)

23. Pelancaran rasmi buku berkembar Nabi Adam dan Benua Tua Melayu di kedai buku Khazanah Fathaniyah (Apr 2018)

24, Sesi bertemu penulis dan tandatangan buku bersama Radzi Sapiee di PBAKL 2018 (Mei 2018)

25. Kira-kira Penyelarasan Masa Antara Sains dengan Kitab dan Perjalanan Darah Keturunan (Sept 2018)

26. Resensi buku berkembar "Nabi Adam" dan "Benua Tua Melayu" di Kota Buku (Okt 2018)

27. Apabila buku Kenangan Kembara Eropah 1995 mula ditatap pembaca (Jul 2019)

28. Majlis rumah terbuka dan 'sambutan' buku Merah Silu (Jul 2019)

29. Ulasan buku KEMBARA EROPAH 1995 dalam akhbar Berita Harian (Ogos 2019)

30. Apabila perjuangan dihargai (Apr 2023)

31. Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan (Mei 2023)

32. Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023 (Mei 2023)

33. Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin dalam Berita Harian (Ogos 2023)

34. Dari Webinar impromptu Laksamana Muhammad Amin ke perkongsian tentang ketokohan dan perjuangan di Book Haven (Sept 2023)

35. Misi hartanah dan wacana Laksamana - Akhirnya terlaksana rancangan lebih 3 bulan lalu (Okt 2023)

36. HIKMAH ke-23 di Sarang Art Hub - Dari seni rupa ke perjuangan Melayu dan Islam (Nov 2023)

37. Bicara Laksamana di Pesta Buku Selangor (Dis 2023)

38. Membela maruah Laksamana dan bangsawan tradisional Melayu di UPSI (Jan 2024)

39. Musafir ilmu dan buku - Antara ISTAC dan PBAKL (Jun 2024)

40. Musafir ilmu dan buku - Dari diskusi buku ke majlis persilatan ke walimatul urus (Jun 2024)

41. Diskusi buku "Adam (a.s.) and Origin of Man" di ISTAC berlangsung dengan jayanya 15 Ogos (Ogos 2024)

42. Diskusi buku "Adam (a.s.) and the Origin of Man" bersama pelajar saikologi antarabangsa (Sept 2024)

43. Ulasan buku "Adam (a.s.) and the Origin of Man" di Edu Hub Pagoh (Okt 2024)

44. Membaca diri dalam "Berpetualang ke Aceh" - Satu penilaian akademik terhadap penulisan Radzi Sapiee (Jul 2025)

45.  Pemikiran "Berpetualang ke Aceh" dalam Routledge - Satu kajian sejarah dan antropologi (Jul 2025)


Tiada ulasan: