Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, April 14, 2025

Raya Aidilfitri 2025 di selatan Thailand - Menghayati tarikan Pakbara dan sejarah di sebaliknya

Hari ini Isnin 14 April 2025 bersamaan 15 Syawal 1446 Hijriah adalah hari yang sangat bagus untuk menunaikan puasa sunat. Boleh niat puasa enam campur puasa putih (hari ke-13,14 dan 15 bulan Islam) campur puasa sunat Isnin. Boleh juga niatkan sekali qada' puasa bulan Ramadan. Maklumlah zaman jahil dahulu banyak jugak miss. Sebagai penulis yang suka berkongsi cerita pengalaman hidup hari ini juga terasa baik untuk meneruskan cerita tentang perjalanan ke selatan Thailand yang baru sahaja 3 hari selesai. Untuk edisi kali ini saya harus terlebih dahulu menyediakan 10 artikel sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan 3 di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Dengan itu menyambung daripada artikel Raya Aidilfitri 2025 di selatan Thailand - Memulakan perjalanan yang tertunda lebih 4 bulan.



Awal pagi Sabtu 5 April 2025. Perjalanan disambung selepas menunaikan Subuh berjemaah di masjid negeri Perlis di Arau diikuti sedikit wirid.



Selepas mengisi minyak kereta hingga penuh pergi ke Tasik Timah Tasoh.




Sungguh indah sekali pemandangan tasik pagi itu. Lihat New visit to the lake of Timah Tasoh.




Naik ke atas Banjaran Nakawan iaitu di Wang Kelian pun Timah Tasoh masih terserlah. Lihat New visit to Wang Kelian view point.



Bergambar anak beranak. Kali ini cuma berempat. Dahulu, penghujung 2022 ketika pertama kali sampai kami datang enam beranak. Lihat artikel lama Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : Wang Kelian, Satun dan 'keterangan' di Trang.



Dua orang lagi anak yang sudah dewasa tidak dapat ikut kerana komitmen kerja. Turun dari banjaran sempat top up minyak dalam RM7. Kemudian baru ke pintu masuk sempadan ke selatan Thailand.




Dahulu penghujung tahun 2022 ketika pertama kali masuk melalui pintu sempadan ini kami harus menunggu lebih 2 jam kerana banyaknya kenderaan ingin masuk diikuti urusan paspot dan dokumen melibatkan ramai pengunjung. Kali ini segalanya selesai dalam tempoh sekitar 20 minit. Kami bernasib baik kerana cuma ada satu dua kenderaan sahaja hendak masuk ketika itu.




Singgah sebentar di masjid ini, masjid pertama disinggahi dalam perjalanan selatan Thailand kali ini. Lihat Masjid (Mosque of) Thapae Pattana. Untuk makluman ini adalah kali ke-14 saya ke Thailand. Buat isteri kali ke-11 kalau tak salah. Anak-anak kurang sedikit jumlah.



Dahulu kami mengambil pintu masuk Wang Kelian yang belah Thailandnya dipanggil sebagai Wang Prachan atas dua sebab. Pertama, sebab tak pernah lagi ambil laluan itu. Kedua, sebab nak ke bandar Satun. Kali ini tak masuk bandar itu pun, setakat singgah Seven Eleven di pinggir bandar.



Pengalaman kami setelah beberapa kali ke Thailand, cari makanan halal di 7E adalah yang paling mudah, cukup murah dan sedap. Anak-anak memang dah aim sejak awal...




Kali ini kami mahu menuju terus ke Pakbara. Dahulu tiada dalam rancangan pun. Cuma singgah setelah diberitahu tentangnya ketika beratur untuk urusan paspot di sempadan. Dalam perjalanan kali ini mengambil satu laluan menghampiri pantai. Dapatlah gambaran awal apa yang sebenarnya mahu dituju di Pakbara. Lihat Views from a beach in La-ngu, Satun.




Apa yang sebenarnya mahu dituju di Pakbara? Sebelum itu singgah di masjid ini. Lihat Masjid (Mosque of) Ban Pak Langu.




Tidak lama kemudian sampailah ke pantai Pakbara. Lihat First stretch of Pakbara beach.




Ke hadapan sedikit, masih dalam kawasan pantai adalah apa yang dinyatakan sebagai tempat melihat atau meninjau pemandangan. Lihat Views from Pakbara Viewpoint.




Ke hadapan lagi sedikit baru terjumpa hotel yang dirasakan sesuai untuk menginap. Lihat Views from our hotel in Pakbara.




Anak-anak bila dapat je bilik hotel terus layan tidur melepaskan penat lelah. Tinggal saya dan isteri berdua keluar untuk makan dan berjalan-jalan selepas itu. Lihat artikel-artikel berikut :-





OK. Apakah yang sebenarnya hendak dituju di Pakbara? Sekarang baru boleh dijawab. Pertama, dari belah sini dapat dilihat dengan jelas sebuah pulau panjang bernama Pulau Tarutao yang terletak ke utara Pulau Langkawi. Jauh sedikit ke belakangnya boleh kelihatan Pulau Langkawi dengan jelas. Tetapi bukan dalam gambar ini ya. Cari sendiri yang mana dalam artikel sokongan.

Dalam perjalanan penghujung 2022 yang mana persinggahan adalah tidak dirancang saya cuma dapat melihat kedua-dua pulau dalam keadaan samar-samar selepas senja. Selepas itu harus berkejar ke Trang, lebih 100 km lagi perjalanan. Sejak itu menyimpan hajat untuk sampai pada waktu siang kemudian bermalam. Lebih istimewa lagi apabila menemui catatan sejarah Kesultanan Kedah menyatakan seawal 900 tahun lalu ada kerabat diraja Kedah bergelar Raja Laksamana menjaga pulau-pulau, pantai dan perairan sehingga ke Kuala Bara iaitu kuala sungai di Pakbara. 

Untuk makluman Pakbara terletak dalam wilayah Satun, dahulunya Setul di bawah Kedah. Pada abad ke-18 Masihi seorang kerabat diraja bernama Tunku Anjang Johan menjadi Laksamana yang melebarkan lagi kekuasaan Kedah hingga ke Segenting Kra, masuk ke sebahagian negara Burma/Myanmanar sekarang. Dipercayai daripada beliau turun Laksamana-laksamana Kedah kemudian walau bergelar Wan, bukan Tunku. Daripada Laksamana Wan Ismail yang hidup abad ke-19, lahir Perdana Menteri Kedah Wan Mat Saman. Daripada Mat Saman muncul seorang anak perempuan bernama Wan Long Sa'adiah yang berkahwin dengan Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin (Perak). 

Daripada perkahwinan ini muncul datuk kepada datuk saya yang dikenali sebagai Orang Kaya Arshad. Setelah mengetahui semua ini terasa Pakbara dan persekitarannya terlebih istimewa buat diri.  Oh. Lihat juga artikel-artikel berikut :-


1. Sunset at Pakbara.

2. Pakbara about 20 minutes after sunset



Tiada ulasan: