Salam petang Isnin 28 Ramadan. Menyambung cerita seterusnya bagi perjalanan permusafiran dan iktikaf fasa kedua 10 Ramadan terakhir. Bersambung daripada artikel Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah - Kuale-Tepen-Beruas.
Hampir tengah hari Sabtu 6 April 2024. Setelah lebih setengah hari menginap dan beriktikaf di masjid Kampung Kota saya pun bersedia untuk menyambung perjalanan.
Ziarah dahulu makam raja-raja Beruas di kampung itu.
Kemudian naik ke pekan Beruas sebelum menuju ke arah pantai barat.
Sampai di Pengkalan Baru singgah beriktikaf di masjid ini...
Kemudian beriktikaf di masjid Pantai Remis.
Sejak dari Pengkalan Baru perjalanan adalah menyusuri pantai barat Semenanjung ke arah selatan.
Singgah beriktikaf di masjid Segari.
Kemudian masuk ke kawasan pantai berdekatan.
Seterusnya ke kawasan pantai di mana saya mula mengenali rupa pokok Beruas yang dikatakan menjadi punca nama kerajaan Melayu lama Beruas.
Seperti di beberapa tempat yang disinggahi dalam perjalanan sambung proses ketiga suntingan buku berdasarkan tesis di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam).
Perjalanan diteruskan ke pekan Lumut lalu beriktikaf pula di masjid sana.
Sekadar memberitahu. Semua masjid yang disinggahi ini pernah menjadi tempat saya bermalam dalam perjalanan-perjalanan lalu
Dan semua tempat yang dilalui terletak dalam lingkungan kerajaan lama Beruas yang terkait dengan kisah perjalanan nenek moyang saya.
Saja-saja pusing di pekan Lumut dan sekitar.
Sebetulnya cadangnya hendak singgah sebentar sahaja di Lumut kemudian bergegas ke pekan Bagan Datoh lalu ke Beting Beras Basah.
Punyalah selesa sampai terasa hendak menunggu sehingga matahari terbenam.
Tetapi perjalanan masih jauh walau tidak jadi ke Bagan Datoh dan Beting Beras Basah lalu selepas jam 7 saya pun bergerak.
Kalau ikutkan hendak berbuka puasa di masjid warisan keluarga di Batak Rabit, Teluk Intan tapi tahu tak sempat. Sebagai ganti pergi ke masjid Batu 8, Lekir yang lebih dekat.
Ketika sampai telah dimulakan solat Tarawikh lalu saya pun ikut sama.
Selepas itu diadakan latihan untuk majlis khatam Al-Quran yang dijadualkan berlangsung pada malam seterusnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan