Dalam artikel Pertama kali ke ISTAC tahun 2024 dan Perjanjian Pangkor yang dipersembahkan Rabu malam Khamis 24 Januari ada disebut bahawa guru saya di ISTAC (Institut Pemikiran dan Tamadun Islam) iaitu Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar mengajak untuk bertemu kerana terfikir mahu membuat seminar separuh hari di ISTAC tentang Perjanjian Pangkor dalam masa terdekat dan mahu saya menjadi salah seorang pembentang. Dalam artikel Teologi Islam - Menyatukan suara-suara yang pelbagai yang dipersembahkan pagi Khamis 25 Januari pula dinyatakan tengah hari itu harus ke Tanjung Malim untuk membincangkan hal mengadakan satu syarahan tentang Laksamana Raja Muhammad Amin berdasarkan buku saya yang berkenaan. Kedua-kedua perkara iaitu Perjanjian Pangkor dan Laksamana Muhammad Amin saling kait mengait kerana Laksamana merupakan salah seorang yang menandatangani perjanjian pada 20 Januari 1874. Sekarang biar dilepaskan satu cerita yang menyentuh kedua-dua perkara.
Perbincangan di Tanjung Malim sebenarnya adalah bersama Persatuan Mahasiswa Sejarah UPSI (Universiti Pendidikin Sultan Idris). Hasil perbincangan, diputuskan mahu dibuat sesi bicara sama ada pada pagi Rabu 31 Januari atau esoknya pagi Khamis 1 Februari. Petang Jumaat 26 Januari baru diberitahu bahawa majlis diputuskan mahu diadakan pada pagi Rabu. Ketika menerima berita sedang penghujung satu majlis ilmu di ISTAC yang dihadiri secara fizikal petang itu.
Semalam pagi Isnin pula diberitahu bahawa majlis mahu dipercepatkan juga ditambah masa. Asalnya hari tu jam 10.30 pagi hingga 12 tengah hari, sekarang jadi 9.30-11.30. Sebaik sahaja bersetuju saya pun mendapat poster atas. Ia pun diwar-warkan di media sosial.
2 ulasan:
Semoga dipermudahkan urusan di UPSI
Amin.
Catat Ulasan