Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, September 05, 2023

Dari seni lukis ke seni tulis - P. Ramlee sebagai faktor pengikat?

Salam. Satu cerita daripada perjalanan kecil hujung minggu baru ini.



Tengah hari Sabtu 2 September 2023 saya dan keluarga menghadiri majlis perkahwinan jiran di lorong belakang rumah.




Selepas itu keluar bersendirian ke Kuala Lumpur.




Pergi ke tempat menyambung pengajian iaitu  ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku.




Kali ini untuk melihat satu pameran seni lukis yang julungkali diadakan di sana. Lihat artikel  Art exhibition at ISTAC di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Selepas itu masuk pusat bandar raya untuk ke Sunway Putra Mall, atau dikenali warga lama kota sebagai The Mall.




Di situ mahu melihat pameran dan jualan buku pula. Kiranya beralih dari seni lukis ke seni tulis. Lihat Merdeka book fair at The Mall




Adapun asbab utama saya keluar hari itu adalah bagi menghadiri majlis zikir di Petaling Jaya pada waktu malam. Dari pesta buku saya ke majlis kemudian bermalam di rumah kawan di Hartamas. Esoknya pagi Ahad 3 September masuk lagi ke pusat bandar raya.




Pekena hidangan istimewa lontong pecal mee di satu bahagian Chow Kit.




Ikut cadangan asal selepas itu mahu bersenam di Taman Tasik Titiwangsa. Tiba-tiba muncul rasa untuk bergerak ke arah KLCC (Kuala Lumpur City Centre) lalu masuk ke tanah perkuburan Islam berdekatan. Lihat artikel Lawatan baru ke tanah perkuburan Islam (New visit to the Muslim burial ground), Jalan Ampang dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Ziarahlah ke beberapa makam tokoh, antaranya seniman terkenal arwah P. Ramlee...




Didapati makam milik seorang tokoh lain yang dikatakan adalah antara pembuka Kuala Lumpur sekitar 150 tahun kini lebih terserlah cantik. Lihat Rupa baru makam (New look of the tomb of) Raja Alang ibni Raja Berayun.




Selepas itu baru ke KLCC.




Tujuannya untuk bersenam di taman belah sana pula.




Sempatlah mengaji satu surah panjang demi mengejar kuota bacaan satu juz sehari.




Selepas masuk Zohor makan tengah hari nasi kandar di Jalan Tuanku Abdul Rahman.




Selepas itu ke Pesta Buku Merdeka lagi kerana seronok mengikuti diskusi buku-buku yang ada. 





Tak sangka boleh terjumpa seorang kawan lama zaman kewartawanan di sana. Beliau pernah menjadi seorang wartawan hiburan terkemuka tanah air. Kami pernah bekerja bawah satu bumbung di ibu pejabat kumpulan akhbar The New Straits Times di Jalan Riong, Bangsar.




Kawan ini baru menghasilkan buku pertama beliau sekitar sebulan lalu. Kami pun membuat barter trade. Buku beliau ditukar dengan buku ke-14 saya, Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arshad : Perjuangan yang Belum Selesai...




Malam itu apabila mendapati susah hendak melelapkan mata saya pun membuka lalu membaca buku tulisan kawan.




Beliau yang membesar dalam kalangan anak wayang kerana kedua-dua ibu bapa pernah menjadi pelakon tahun 1960an ada menceritakan tentang arwah P. Ramlee dalam beberapa muka surat awal. Ini termasuk bagaimana beliau sendiri mengenali seniman tersohor itu dan bagaimana bapanya bersama P, Ramlee pernah mengusahakan pawagam. Ini mengingatkan pada bagaimana siangnya saya ada ke makam seniman tersebut tanpa dirancang. P. Ramlee seperti menjadi faktor pengikat  bagi apa yang berlaku hari itu terutama pertemuan dengan kawan.


Tiada ulasan: