Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Sunday, August 07, 2022

Mencari jejak Orang Kaya Arshad melalui dokumentasi lama British part III

Salam pagi Ahad 9 Muharram 1444 Hijriah. Merujuk pada artikel Mencari jejak Orang Kaya Arshad melalui dokumentasi lama British dan Mencari jejak Orang Kaya Arshad melalui dokumentasi lama British part II yang ditulis sebelum masuk tahun baru Islam itu. Ini ada sambungannya...



Dalam artikel Misi Keluarga Laksamana part II - Dari Lubuk Merbau ke Kuala Kangsar membawa ke Ulu Slim yang dipersembahkan pada 29 Julai 2022 merangkap hari terakhir tahun 1443 Hijriah tetapi merujuk pada hari terakhir perjalanan berkenaan iaitu pada Selasa 26 Julai, hampir penghujungnya ada disebut begini...

Ketika di Ipoh hari Isnin isteri ada menelefon untuk memberitahu bahawa anak kami di tahfiz di Janda Baik akan bercuti Rabu sehingga Sabtu sempena tahun baru 1444 Hijriah atau hari Ma'al Hijrah 1 Muharram yang jatuh pada hari Sabtu (esok) 30 Julai. Maka saya bercadang untuk ke Janda Baik melalui Batang Kali petang Selasa. Bermalamlah di mana-mana kemudian mengambil anak jam 7 pagi Rabu lalu baru menghala kembali ke rumah. 

Itu pun tidak terus balik kerana ada satu majlis tentang institusi beraja perlu dihadiri di pusat bandar raya Kuala Lumpur pagi Rabu 27 Julai. Selepas itu mahu ke Perpustakaan Negara pula untuk menyambung satu kerja (rujuk cerita berkenaan dalam artikel Mencari jejak Orang Kaya Arshad melalui dokumentasi lama British). Selepas perpustakaan tutup jam 5 petang baru bawa anak kembali ke rumah.


Selepas itu disebut pula begini...


Tengok-tengok sampai di Slim River isteri memberitahu bahawa beliau tersilap. Sebenarnya anak boleh balik Rabu minggu hadapan bukan minggu ini. Dengan itu tidaklah perlu terkejar-kejar ke Janda Baik. Lebih baik balik berehat di rumah sebelum ke majlis di Kuala Lumpur pagi Rabu.


Selepas beberapa lama sampailah masanya untuk melaksanakan hal yang tertunda itu. Selasa 2 Ogos bergeraklah saya meninggalkan rumah untuk mengambil anak. Keluar awal sehari untuk meneruskan misi tertentu.



Oleh kerana anak mahu diambil awal pagi Rabu sedangkan saya tidak mahu menghadap kesesakan jalan raya dalam perjalanan70 km ke Janda Baik saya bercadang untuk bermalam di sana. Sebelum itu elok ke Perpustakaan Negara untuk mencari lagi dokumentasi dalam menjejak perjalanan hidup datuk kepada datuk saya iaitu Orang Kaya Arshad bin Orang Kaya Kaya Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin.




Kali ini tergerak untuk mencari jurnal serupa diari tetapi dengan pelbagai maklumat melibatkan hal-hal sosio-politik dan pentadbiran oleh Residen pertama British ke negeri Perak iaitu J.W.W. Birch. Terjumpa sekali jurnal seorang lagi pentadbir British terkenal zaman iaitu Frank Swettenham.










Selepas perpustakaan tutup saya masih berlegar-legar di perkarangan sambil menyambung kajian tetapi secara atas talian (online). Hampir waktu Maghrib baru bergerak keluar.




Diambil Jalan Pahang sebelum masuk Jalan Gombak. Sampai di hadapan masjid ini dekat Batu 5 tergerak untuk mengambil gambar. Dari masjid inilah selepas bersolat Jumaat pada satu hari tahun 2003 tergerak untuk berjalan kaki hingga ke Hospital Tawakal kemudian masuk ke sebuah kedai cermin mata berdekatan. Dalam perjalanan itu singgah di masjid lama yang setelah beberapa lama menyimpan niat, baru seminggu lebih dahulu bermalam. Lihat cerita berkenaan dalam artikel Mencari jejak Orang Kaya Arshad melalui dokumentasi lama British part II.




Gambar ini pula diambil di sebuah surau di Janda Baik, selepas solat Subuh berjemaah awal pagi Rabu 3 Ogos.




Dahulu ia surau kayu. Ketika menumpang duduk di rumah penulis buku politik terkenal Syed Hussein al-Attas @ S.H. Alattas @ Pak Habib tahun 2003-2005 saya selalu melepak di sini berkawan dengan orang kampung dan ahli jemaah tabligh.




Bersarapan di kedai makan seberang jalan dari surau.




Seperti di sebelah surau di sini juga ada sungai mengalir cantik.




Sungai sama turut mengalir di tepian kompleks rumah Pak Habib. Saya sebut kompleks kerana dalam tanah milik beliau seluas 8 ekar terdapat tidak kurang 8 buah rumah, 2-3 dewan dan banyak pondok rehat. Tetapi gambar ini tidak menunjukkan sungai. Sebaliknya saya mahu menunjukkan satu bahagian rumah hadapan kerana ada sesuatu yang menarik di atas sana.



Ada burung hantu sedang bertenggek di atas. Kata Pak Habib ia mula datang pada petang sebelumnya, entah dari mana...




Jam 9 saya mengambil anak lalu kami pun bergerak kembali ke arah Lembah Klang.




Sekali lagi singgah di Perpustakaan Negara. Alang-alang Kuala Lumpur terletak antara perjalanan dari Janda Baik ke rumah baik dimanfaatkan kedudukan dan masa.




Merujuk kembali pada artikel Mencari jejak Orang Kaya Arshad melalui dokumentasi lama British part II. Kali ini baru betul-betul menyambung daripada apa yang ditinggalkan pada hari itu.



Jika sebelum ini dokumen-dokumen yang dijilid begitu banyak itu dipelihara oleh lapisan laminate sejenis kertas lutsinar kali ini baru berhadapan dengan dokumen yang belum dipelihara sebegitu lalu harus lebih berjaga-jaga dalam menyelak helai demi helai kerana rapuh dan mudah koyak. Maklumlah ini kertas-kertas cetakan asal yang sudah berusia lebih 100 tahun, bukan salinan...




Pagi semalam Sabtu 6 Ogos. Keluar bersama isteri dan dua orang anak pula.




Adapun anak yang belajar di tahfiz di Janda Baik harus 'dipulangkan' ke sana tetapi pada waktu petang. Sebelum itu hantar dahulu ke Maluri supaya dia dan adiknya dapat berjalan-jalan dengan kakak mereka di Kuala Lumpur.



Selepas itu saya dan isteri menuju ke Perpustakaan Negara. Singgah dahulu makan nasi kandar di Kampung Baru.




Di perpustakaan terus menuju ke bahagian yang telah menjadi keutamaan sejak 2-3 minggu lalu. Sebetulnya sudah habis menelaah dokumen-dokumen berkenaan iaitu daripada rak pertama dari atas kiri dalam gambar membawa ke hampir separuh rak ketiga ke bawah. Cuma mahu menyemak berapa muka suratkah telah ditelaah sepanjang itu. Ini jawabannya...

Perak Government Gazette 1895 Vol VIII January to December - 943 muka surat.

Perak Government Gazette 1898, Vol XI January to December - 1,020 muka surat

Perak Government Gazette 1899, Vol XII (Dipecah oleh perpustakaan menjadi dua jilid, January to June,  July to December) - 1,023 muka surat (1,000 muka surat jelas ditanda campur beberapa bahagian tambahan tetapi tidak termasuk dalam 1,000 muka surat itu).

Perak Government Gazette 1901, Vol XIV (Dipecah menjadi tiga jilid, January to April, May to August, September to December) = 874 muka surat setakat yang saya boleh nampak.

Perak Government Gazette 1903, Vol XVI (Dua jilid, January to June, July to December) - 1,266 muka surat.

Perak Government Gazette 1904, Vol XVII (Dua jilid, January to June, July to December) - 1,388 muka surat.

Perak Government Gazette 1905, Vol XVII (Dua jilid, January to June, July to December) - 1,299 muka surat.

Perak Government Gazette 1906, Vol XIX (Dua jilid, January to June, July to December) - 1,205 muka surat.

Perak Government Gazette 1907, , Vol XX January to December Perak - 1,127 muka surat.

Perak Government Gazette 1908, , Vol XXI January to December Perak - 999 muka surat.


Jumlahnya adalah 11,144 muka surat. Macam ada kena mengena pula dengan tahun baru 1444 Hijriah.  Ya. Saya menyelaknya sehelai demi sehelai. Malah ini cuma meliputi apa yang dilakukan pada 28-27 Julai seperti diceritakan dalam Mencari jejak Orang Kaya Arshad melalui dokumentasi lama British part II diikuti apa yang dilakukan pada 3 Ogos tadi iaitu dalam tempoh tiga hari sahaja. Itupun bukan tiga hari penuh waktu perpustakaan dibuka jam 9 pagi hingga 5 petang kerana ada urusan-urusan lain perlu ditangani di celah-celah itu.

Sebelum mencari di perpustakaan saya telah menghabiskan masa lebih seminggu, ada kalanya bersengkang mata sehingga selepas jam 4 pagi untuk menelaah banyak lagi artikel dan dokumen lain melalui atas talian. Apabila sampai masa untuk memulakan carian secara fizikal di perpustakaan pula pada 19 Julai seperti diceritakan dalam Mencari jejak Orang Kaya Arshad melalui dokumentasi lama British saya seharian mencari di bahagian jurnal atas nama JMBRAS (Journal Malaysian Branch of Royal Asiatic Society) terlebih dahulu sebelum dapat tahu lewat petang bahawa wujud koleksi Perak Government Gazette seperti disebut tadi di tingkat lain perpustakaan. Terus ke tingkat berkenaan lalu memulakan dengan jilid tahun 1903. Esoknya baru selesai sehingga ke penghujung 1904. 

Untuk dua tahun itu sahaja 2,654 muka surat dokumen telah diteliti dengan cermat. Selepas balik ke rumah baru dapat tahu ada dokumen lebih relevan rupa-rupanya sudah berada dalam simpanan sendiri tetapi terletak agak tersembunyi dalam timbunan dokumen-dokumen lain yang dapat dimuat turun dari atas talian. Saya pun meneliti dokumen berkenaan yang meliputi mesyuarat-mesyuarat dan keputusan oleh majlis awal tertinggi negeri Perak iaitu Perak Council Minutes 1877-1879 diikuti Perak Council Minutes 1880-1882. Itu yang membawa keputusan untuk menyemak Perak Government Gazette daripada yang terawal berada dalam simpanan perpustakaan sehingga tahun-tahun kemudian yang relevan dengan pencarian, apabila pergi lagi ke sana seperti diceritakan dalam Mencari jejak Orang Kaya Arshad melalui dokumentasi lama British part II. Itupun dicari dan diteliti terlebih dahulu apa yang dapat dicapai atas talian seperti berikut...


Perak Government Gazette 1888 Vol I August to December, Perak - 203 muka surat

Perak Government Gazette 1890 Vol III January to December - 851 muka surat

Perak Government Gazette 1902, Vol XV January to December - dapat sedikit-sedikit secara 'tebuk-tebuk'




Saya cuma mencari dokumen daripada tahun 1874 hingga 1926, mungkin naik sedikit ke 1936 bergantung pada keadaan. Oleh itu walaupun wujud Perak Government Gazette bagi tahun-tahun selepas itu ia tidak lagi relevan buat saya. Pencarian pun beralih pada F.M.S Goverment Gazette  iaitu dokumen kerajaan Federated Malay States atau Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang pernah meliputi negeri-negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang sebelum terbentuknya Malay Union tahun 1946 diikuti Persekutuan Tanah Melayu 1948. Di Perpustakaan Negara ada bermula tahun 1910.



Tengok-tengok yang tahun 1910 rupa-rupa supplements sahaja iaitu bahagian-bahagian tambahan.  Bahagian sebegini kurang relevan bagi pencarian. Yang mungkin relevan adalah yang bermula tahun 1912 (tahun 1911 punya tiada). Saya nampak ada 4-5 jilid di sana. Ambil dua dahulu pun dah setebal ini. Selepas itu mahu melihat pula Straits Settlement Gazette (bagi Negeri-negeri Selat yang pernah meliputi Singapura, Melaka, Dinding di Perak dan Pulau Pinang serta Seberang Perai). Bayangkan. Ting tong tak ting tong kepala hotak? :]




Sebaik sahaja perpustakaan tutup kami pun bergerak ke KLCC untuk mengambil anak yang tadi keluar bersama kakak dan adiknya. Selepas itu bawa ke Janda Baik untuk dipulangkan masuk asrama tahfiz.




Oh. Saya tahu ada yang mengikut dengan teliti catatan-catatan saya kebelakangan ini seperti ada dikumpulkan dalam artikel Hari Peradaban Bangsa Melayu dan misi keluarga Laksamana pada awal pagi 1 Muharram iaitu Hari Ma'al Hijrah 8 hari lalu. Maklum balas saya? Kalau kamu-kamu itu berniat baik insyaallah dapat ilmu dan berkat. Tapi kalau berniat jahat mahu menjatuhkan saya dan/atau kaum kerabat saya? Ketahuilah Tuhan itu ada. 

Kamu merancang namun Allah SWT lebih merancang. Kamu belum kena lagi. Satu hari nanti tahulah kamu langit tinggi ke rendah berkat daulah kaum keluarga sejati (bukan keturunan anak angkat mahupun anak tiri) darah keturunan Laksamana Raja Mahkota yang sampai kepada pengasas kerajaan Samudera dan Pasai iaitu Sultan Malikus Saleh membawa kepada Sultan Awliya iaitu raja para wali Sheikh Abdul Qadir al-Jilani Qadasallahu Sirrahu. Nanti.



2 comments:

Anonymous said...

Kali pertama tahu & lihat dokumen2 kerajaan campurtgn penjajah.
Siapakah ‘kamu’ yg disebut bahagian akhir artikel ini?

Radzi Sapiee said...

Kamu itu adalah orang yang terasa apabila membaca artikel ini. Orang yang tak buat salah tak akan terasa...