Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Wednesday, September 16, 2020

Mari kembali bangkit bangsa Melayu bertanjak 16 September 2020

Salam awal pagi Rabu 16 September bersamaan 28 Muharram 1442 Hijriah.  Ketika menulis ayat ini sudah jam 12.51 pagi. Walaupun penat kerana semalam pun tidur cuma 2 jam saya masih belum dapat melelapkan mata kerana kepala aktif memikirkan banyak perkara. Ada yang perlu dilepaskan. Antaranya adalah penulisan berkenaan.



Sekitar sebulan lalu ada pihak memulakan kempen agar seramai mungkin anak Melayu keluar ke tempat umum dengan memakai tanjak pada tarikh 16 September iaitu Hari Malaysia. Ia adalah ulang tahun terciptanya negara Malaysia - Melalui gabungan wilayah Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak pada tarikh tersebut tahun 1963.



Difahamkan pihak sama pertama kali memulakan kempen bagi memanfaatkan tarikh tersebut pada tahun 2019. Dapat dilihat ramai menyambut atau kebetulan bergerak sendiri bagi mengadakan kempen serupa lalu beribu anak Melayu muncul bertanjak di tempat-tempat umum 16 September 2019.



Kali ini kelihatan kempen disambut oleh lebih banyak pihak. Pun begitu saya merasakan ia biasa-biasa sahaja kerana sendiri sudah membiasakan memakai tanjak sejak hampir penghujung tahun 2012 sambil menganjurkan majlis-majlis mengangkat tinggi Melayu dan Islam. Lihat artikel-artikel berikut :-






Saya melihat pihak atau kumpulan yang membuat kempen 16 September itu baru sekadar memakai tanjak hitam tanpa persalinan Melayu lengkap. Sedangkan saya dan kawan-kawan aktivis sezaman sudah lama memakai busana tradisional penuh bertanjak, bersampin siap berkeris dan berpending ke majlis-majlis. Sila rujuk artikel-artikel berkenaan dalam blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).



Bahkan kami sudah berpakaian begini sambil mengadakan majlis-majlis di luar negara sejak 6 tahun lalu. Sehingga apa yang dilakukan menjadi ikutan ramai. Sehingga terbit bermacam persatuan di Malaysia dan luar  negara menggalakkan pemakaian busana tradisional setelah ahlinya mengikuti majlis-majlis kami. Lihat artikel-artikel berikut sebagai contoh :-









Tetapi saya tidak mengatakan diri sebagai pelopor gerakan. Kerana sudah ada kawan dan kenalan telah lebih awal memasyhurkan.






Cuma rata-rata kawan bergerak melalui wadah budaya dan persilatan, dalam majlis-majlis yang berkaitan. Berpakaian begini lebih mudah diterima dalam lingkungan berkenaan.








Di sinilah baru pihak saya boleh dikatakan mempelopori sesuatu kerana kami menggalakkan pemakaian busana tradisional Melayu dalam majlis-majlis pemikiran serupa seperti terdapat di universiti dan institusi-institusi setaraf. Inilah yang di luar kebiasaan kerana kami harus berhadapan dengan golongan intelek yang sudah terbiasa memakai kemeja, kot dan tali leher. Kami harus berhadapan dengan pihak yang memandang remeh busana tradisional Melayu sebagai pakaian ketinggalan zaman. Cuma dipakai mereka yang kekampungan, tidak memiliki kelulusan tinggi atau tidak termasuk dalam golongan bijak pandai.




Hal inilah berjaya kami lawan setelah beberapa tahun istiqamah meneruskan perjuangan agar pemakaian busana tradisional Melayu kembali diarusperdanakan dalam semua peringkat masyarakat. Sehingga dapat diterima malah disepakati bahawa ia juga pakaian golongan bijak pandai dan berkedudukan. Ini ada ditunjukkan melalui perkembangan artikel demi artikel dalam blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) yang kini hampir mencapai 400 buah artikel. 

Itu baru untuk blogspot khas atas nama berpersatuan. Saya memiliki 3 lagi blogspot yang setiap satu kini memiliki sekitar atau lebih 2,000 artikel. Ia lebih pada memaparkan pengalaman dan pengamatan peribadi dalam pelbagai bidang. Lihat :-





Namun atas kapasiti peribadi juga saya sering keluar ke sana ke mari berbusana tradisional Melayu bersendirian. Sehingga naik pengangkutan awam pun boleh berpakaian begitu tanpa ada kawan atau aktivis lain menopang semangat. Sehingga naik gunung juga menunggang motosikal besar pun tidak canggung berpakaian demikian. Begitu juga halnya ketika melawat tempat-tempat bersejarah seperti Angkor Wat di luar negara walhal ia lambang agama Hindu-Buddha, tiada bersifat keMelayuan. Namun tetap digagahkan memakai tanjak dan persalinan sebagai lambang jati diri dan semboyan perjuangan. Lihat artikel-artikel berikut sebagai contoh :-








Disebabkan sudah biasa memakai tanjak ke mana-mana walau seorang diri tanpa disokong orang saya tidak hairan melihat kempen 16 September. Pada saya teruskanlah berkempen, biar saya memerhati sahaja. Kerana tanpa ada kempen pun saya tetap akan bertanjak ke mana-mana. Alhamdulillah jika lebih ramai berani bertanjak disebabkan kempen. Tetapi saya tidak bercadang untuk bersama. Untuk Hari Malaysia ini saya bercadang untuk duduk rumah sahaja.



Tetapi berlaku sesuatu yang mengubah fikiran. Ini adalah apabila terlihat poster-poster di Facebook menunjukkan jiran kita di Indonesia juga menjalankan kempen sama.



Bukan sekadar satu dua tempat malah banyak tempat...




Lebih mengujakan adalah kerana mereka mahu bersama pada tarikh 16 September sedangkan ia Hari Malaysia, bukan Hari Indonesia. Masyaallah!



Hal inilah membuat saya terpanggil untuk berbicara sehingga menulis artikel ini. Rugi jika peristiwa yang sangat bersejarah ini tidak direkodkan untuk tatapan kemudian dan bagi generasi akan datang.







Sesungguhnya terdapat rentetan sejumlah peristiwa yang membuat kempen anak Melayu bertanjak ini boleh sampai ke tahap begini. Bukan terus jadi. Hal ini ada direkodkan melalui pembentangan dalam satu majlis yang pihak saya anjurkan dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia. Lihat Acara kelapan belas HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016







Tetapi itu pada 4 tahun lalu. Sekarang perkembangan pemakaian tanjak juga busana tradisional Melayu sudah sampai ke tahap tinggi baru. Melihat pada poster melibatkan Indonesia terasa seperti ia adalah semboyan kebangkitan Islam daripada Timur akhir zaman. Semoga ini menjadi kenyataan kerana ramai kawan aktivis terutama dalam dunia persilatan sebenarnya berharap agar dapat bersama berjuang menghapuskan segala kezaliman lalu bersama mengecap zaman keemasan yang katanya akan dibawa watak Imam Mahdi seperti disebut dalam hadis-hadis Nabi Muhammad Rasulullah SAW. Cukuplah gerak penulisan. Jom kita keluar bertanjak beramai-ramai siang karang. :]


No comments: