Hampir jam 7:30 baru kami keluar. Ketika itu hujan sudah surut, tinggal rintik-rintik sahaja...
Singgah bersolat di masjid Bandar Baru Sentul.
Ada majlis sambutan Maulidur Rasul sedang berlangsung.
Majlis sebenarnya bermula 6 petang tapi kami sampai selepas jam 8.
Sedikit video klip semasa zikir sedang berjalan, rasanya zikir Tariqat Qadiriah berdasarkan amalan Sultan Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani. Sebelum zikir ada bacaan Yassin.
Acara zikir diikuti syarahan dalam bahasa Urdhu, memang macam kat Pulau Besar, Melaka. Ia tamat kira-kira jam 9.20 dengan pemberian manisan kepada hadirin.
Al-Fatihah untuk Sheikh Harun Al-Rasyid yang katanya berasal dari Baghdad tetapi dimakamkan di sini. Dengan wasilah dan tawasul melalui beliau insyaallah amalan boleh dipanjangkan kepada Sheikh Shahul Hamid yang dimakamkan di Nagore, India juga Sultanul Ariffin Sheikh Ismail di Pulau Besar di Melaka. Melalui mereka pula amalan boleh sampai kepada Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani yang kemudian menyampaikannya kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga semuanya diterima Allah Subhanahu Wata'ala dan diberikan ganjaran yang elok. Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat atas Nabi. Amin. :]
Nota: Ini adalah artikel ke 858 di blogspot ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan