Ini pula gambar dari artikel Akhirnya, Masjid Brunei di Danau Tok Uban! (At last, the Brunei Mosque at Danau Tok Uban!) yang turut pernah dibuat di blogspot yang sama.
Apa yang berlaku adalah tadi saya telah melihat koleksi gambar-gambar baru masjid-masjid yang diambil dalam perjalanan ke Perak hujung minggu lalu. Kemudian baru tersedar bahawa saya pernah membuat sebuah artikel tentang Masjid Pulau Besar di Perak itu lama dahulu. Cuma semasa itu saya tidak meletakkan banyak gambar yang betul-betul menunjukkan senibina masjid. Itu yang membuat saya terus mahu mengatur sebuah artikel baru yang memaparkan gambar-gambar lebih relevan tentangnya tadi. Sedangkan sepatutnya kalau mengikut giliran, saya harus membuat sebuah artikel tentang Masjid Marzukiyah di Lubuk Pusing, Sabak Bernam diikuti artikel-artikel tentang 2-3 masjid lain yang telah dilawati terlebih dahulu.
Yang menarik, adalah artikel lama tentang Masjid Pulau Besar yang bertajuk Masjid (mosque of) Pulau Besar, Perak... telah dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) pada 23 Julai 2007, sedangkan tarikh hari ini (lepas jam 12 malam daa...) adalah 23 Julai 2009. Ini bermakna artikel baru tentang masjid ini dibuat betul-betul 2 tahun kemudian. Macam ada makna je...
Saya pun menyemak kembali sedikit isi dalam blogspot tersebut... apakah ada lagi masjid-masjid yang telah dipaparkan tetapi saya sendiri sudah terlupa pernah membuatnya? Selepas membuat search menggunakan keywords perkataan "Masjid Putrajaya " melalui kemudahan yang terdapat di atas kanan blogspot itu, terus terkeluar 2 sahaja artikel iaitu Masjid Jamek (main mosque of) Putrajaya... yang ditulis pada 21 Disember 2007 dan Akhirnya, Masjid Brunei di Danau Tok Uban! (At last, the Brunei Mosque at Danau Tok Uban!) yang dibuat 21 Julai 2007. Terus terfikir, apakah ada kaitan antara Masjid Putrajaya atau lebih tepat, Masjid Putra di Putrajaya dengan Masjid Brunei Darussalam di Danau Uban?
Seterusnya terbetik di fikiran, kedua-dua masjid ini terletak betul-betul di tepian tasik luas, kedua-dua sebenarnya tasik buatan. Tasik Putrajaya memang diketahui ramai dibuat untuk mencantikkan ibunegara Malaysia yang baru iaitu Putrajaya sedangkan Danau Tok Uban pula terbentuk apabila sebuah sungai berdekatan dijadikan empangan untuk mengatur saliran air ke sawah padi. Ramai juga orang menyangkakan Danau Tok Uban adalah tasik semulajadi lebih-lebih lagi kerana ada cerita menyebut sebuah kota lama pernah tenggelam ke dasarnya. Mungkin perkara ini benar. Memang sebuah kota pernah tenggelam ke dalam bumi di situ lalu terbentuk tasik yang kemudiannya kering? Mungkin lama selepas itu, kawasan kering itu terbentuk kembali tasik apabila sungai diempang.
Kalau begitu, apakah mungkin juga Tasik Putrajaya dahulu pernah wujud sebegitu rupa sebelum ia kering, kemudian menjadi balik tasik seperti kelihatan sekarang akibat perbuatan manusia atas ilham-ilham tertentu? Tak mustahil kerana sudah disebut bahawa ada pihak percaya di sekitar Putrajaya pernah terdapat pusat sebuah kerajaan lama. Lihat artikel Artikel ke 535 di sini, jalan di Putrajaya dan kaitan kerajaan lama dengan kerajaan akhir zaman? yang dibuat di blogspot ini minggu lepas.
Tarikh-tarikh saya membuat artikel-artikel tentang masjid yang disebut di atas pun terasa ada kena-mengena. Yang pasti, apabila membuat search "Masjid Putrajaya" lalu terkeluar artikel-artikel lama tentang Masjid Putra (yang semasa itu saya sebut sebagai Masjid Jamek Putrajaya) dan Masjid Brunei Darussalam, terus terasa mahu berkongsi apa yang terbetik di fikiran bersama para pembaca di sini. Kebetulan pula tarikh antara kedua artikel ini tepat berbeza 5 bulan.
Tarikh artikel pertama tentang Masjid Pulau Besar, Perak yang dibuat 2 hari sahaja selepas artikel Masjid Brunei itu dipaparkan juga membuat saya rasa teruja. Banyak betul nombor 2 terkeluar awal pagi ini, semuanya disebabkan 2 buah artikel yang terkait apabila membuat search "Masjid Putrajaya". Sedangkan nombor 5 (beza 5 bulan dalam perenggan di atas) pula adalah sama seperti nombor 2 yang diterbalikkan ke atas. Ada apa-apa ke?
6 ulasan:
Agak pening membaca artikel ni bila Saudara Radzi byk bermain nombor. Mentang2 grad math.
haha.
salam merahsilu..
Banyak jugak nombor-nombor ni...
Teringat cerita Beutiful Mind...bagus cerita tu...
kalau dah jiwa maths....selalu lah rindukan nombor-nombor ye!...
Tidur kat masjid tu hati-hati sikit...nanti kalau dah betul-betul terlena ada mat-mat nombor minta nombor ekor kang....
he he he...
apapun...saya selalu mengikuti perkembangan blog menarik ini...
teruskan menulis..
wassalam.
Sangtawal sakranta.
Wassalam. Tadi terfikir nak jawab ke tak jawab ek? Sebabnya atas tadi dah cukup 2 komen. Artikel pun asyik sebut pasal nombor 2 hehe... Tapi tak pe le. Jawab ajele.
Pertama, terimakasih kerana sudi menjenguk blogspot saya yang tak seberapa ini.
Kedua, anda semua dijemput juga tolong memecahkan kod-kod yang secara tak sengaja terkeluar dari penulisan saya.
Sebabnya saya main ikut aje apa yang terkeluar. Kadangkala sebab musabab ia jadi begitu cuma akan terserlah selepas beberapa lama nanti.
Misalnya, gerak penulisan sekarang yang keluar sementara dari cerita-cerita tentang Aceh. Sedangkan saya fikir sejak kembali dari sana saya tidak akan berjalan ke mana-mana lalu cuma akan bercerita tentang itu sampailah masuk raya nanti.
Mesti ada sebab ni. Tengoklah apa cerita yang bakal keluar nanti sebelum saya menyambung balik cerita-cerita Aceh. Mesti ada sebab tu.
p/s: Rancang saya hujung minggu ini mahu ke empangan Talang, Negeri Sembilan sebelum ke Pulau Besar, Melaka. Empangan Talang tu kiranya hulu Sungai Muar. Kaitan Sungai Muar dengan Aceh termasuk cerita Malim Dewa dan Malim Deman, kemudian cerita jalan penarikan yang dibuka apabila rombongan Datuk Sempedang meninggalkan Pasai lalu mudik Sungai Muar sebelum zaman Melaka.
Pulau Besar pula terdapat makam Sultanul Ariffin Sheikh Ismail yang dikatakan mengIslamkan Sultan Malikus Salih, pembuka kerajaan Samudera-Pasai. Selain itu ada kaitan lain tetapi saya pun tak pasti apa...
Salam MS..
dah lama ikut ketiga-tiga blogspot saudara. menarik sungguh menarik..
Pasal satu lagi makam tak jauh dari Makam Tok Pulau Manis, di Seberang sungai Terengganu ke hilir kurang lebih dua (2) kilometer di Kg. Pulau Bahagia (dulu dikenali Kg. Pulau Babi) ada satu makam entah keramat entah wali, wallahuaklam... ada pada hari-hari tertentu dalam seminggu sekumpulan orang (bukan orang kampung berkenaan) datang meratib agak kuat, pada sebelah petang atau selepas maghrib... saya tinggal di kampung seberang makam tu saja... dari saya kecil hinggalah lebih lima puluh (50) tahun sekarang ini, aktiviti tersebut masih wujud... mak saya kata, zaman dia kecil dulu, ada orang gelar "Cik Loh Keramat", menunggang kuda melalui ikut kampung saya menyeberangi sungai tersebut (kuda berjalan atas air..) untuk ke makam tersebut. Cik Loh Keramat ni tinggal di Kg. Paloh Sungai Kiat atau sekitar Kg. Kuala Bekah, kalau saya tak silap.
Apa kata andainya MS ke Kuala Terengganu lagi, cuba-cubalah bongkar kisah makam tersebut. Saya yakin MS berupaya dan mungkin akan dapat ceritera yang menarik, insyaallah.
Untuk ke Kg. Pulau Bahagia (sebenarnya bukan sebuah pulau), dari Kuala Terengganu, melalui Jambatan Manir, menyimpang ke kiri jalan menghala ke Telemong...(daripada simpang lampu isyarat Manir, lebih kurang lima (5) kilometer sahaja MS akan tiba di Kg. Pulau Bahagia - Makam di sebelah kira di tebing sungai...)
sekian,
Salam.
Wassalam. Terimakasih saudara atas informasi bernas ini. Insyaallah jika diberi kesempatan dan tiada halangan saya akan ke sana. :]
...sedikit pembetulan komen saya terdahulu di baris terakhir, sepatutnya:
- Makam di sebelah kiri di tebing sungai...
Catat Ulasan