Meneruskan gerak penceritaan berkenaan. Bersambung daripada artikel Kali pertama balik Muar tahun 2023.
Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...
Daripada artikel Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah
Daripada artikel Makam Syiah Kuala... dan makam Maharajalela Abdul Rahim...
Daripada artikel Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch
-------------------------
-------------------------
Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...
Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.
Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh
-------------------------
Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.
Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...
Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-
Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.
Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...
Selasa, April 18, 2023
Demi anak-anak
Kali pertama balik Muar tahun 2023
OK. Sebetulnya saya dalam peringkat akhir satu perjalanan solo di Perak lalu bercadang untuk berkongsikan cerita hari pertama perjalanan yang bermula Sabtu 15 April lalu. Tetapi apabila memuatnaik gambar-gambar daripada kamera digital ke komputer riba didapati ada cerita-cerita lebih awal harus dilepaskan terlebih dahulu bermula dengan ini.
Khamis, April 13, 2023
Buku Laksamana Muhammad Amin dan Orang Kaya Arsyad dah masuk kilang
Salam petang Khamis 22 Ramadhan tahun 1444 Hijriah. Ada sedikit berita gembira mahu dikongsikan.
Biar ditambah. Deraf pertama yang ditulis terus ke dalam reka letak (layout) itu dimulakan pada malam Jumaat dengan tarikh Islam 5 Safar 1444 Hijriah lalu siap Isnin 8 Rejab. Deraf kedua yang mana sejumlah maklumat sensitif dibuang atau diolah kembali siap Isnin 13 Februari bersamaan 22 Rejab. Deraf ketiga yang merupakan semakan lebih mendalam kemudian siap Selasa 28 Feb (7 Sya’aban). Pun begitu dibuat lagi semakan demi semakan sehingga terasa cukup Rabu 12 April (21 Ramadhan) iaitu awal pagi semalam.
Pagi tadi Khamis 13 April (22 Ramadhan) pula baru menerima kata-kata aluan daripada sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Dato’ Dr Abdullah Zakaria Ghazali. Menariknya ia diterima ketika saya sedang bersedia untuk mengangkut motosikal besar kesayangan yang sudah lebih setahun tidak hidup enjin akibat ada masalah untuk dibawa ke bengkel.
Khamis, April 06, 2023
Apabila perjuangan dihargai
Salam pagi Khamis 15 Ramadhan 1444 Hijriah. Sedar tak sedar sudah separuh bulan kita berpuasa wajib bulan Ramadhan. Baru kini terasa hendak berkongsi beberapa perkara, di celah-celah gambar-gambar berikut dan cerita berkenaan...
Ini adalah gambar kulit hadapan sebuah buku yang diterbitkan oleh Ar-Raniry Press di Aceh tahun 2019. Bertajuk Aceh-Malaysia dalam Rangkuman Sastera, Budaya & Media saya baru menyedari kewujudannya malam tadi. Lihat sini. Sekarang, perkongsian pertama :-
1. Sukacita dimaklumkan bahawa peperiksaan lisan bagi tesis Masters saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) telah diadakan pada pagi Jumaat 24 Mac iaitu hari kedua Ramadhan, 13 hari lalu. Alhamdullillah lulus. Cuma kena buat beberapa pembetulan dan penambahbaikan.
Sukacita juga dimaklumkan bahawa kedua-dua pemeriksa luar dan dalam (internal dan external examiners) membuat rekomendasi agar tesis itu diterbitkan menjadi buku. Tapi apa-apa hal pun kena tunggu siap pembetulan dan penambahbaikan. Saya diberi tempoh 6 bulan untuk menyelesaikan ini.
Sekadar untuk memberi faham tentang hal tesis lihat artikel lama Berjaya mempertahankan cadangan tesis di ISTAC (dipersembahkan 15 Mac 2022) diikuti Jumaat 27 Ramadhan di ISTAC dan harapanku bagi hari raya (5 Mei 2022). Selepas raya tahun itu tesis diserahkan kepada penyelia saya, pemikir besar dunia Islam, Profesor Emeritus Dato' Dr Osman Bakar untuk semakan. Penghujung September baru cukup baik untuk diserahkan kepada ISTAC bagi penilaian berserta sejumlah dokumen sokongan bagi memenuhi syarat serahan. Setelah beberapa lama baru dapat keputusan.
Hmm. Muka surat 111 juga tidak dapat ditelaah secara percuma. Apapun, jika orang berbangsa bukan Melayu seperti Saravanan pun tahu menghargai apa yang ingin saya usahakan demi Melayu dan Islam apatah lagi Abdullah yang telah mengenali secara peribadi sejak lebih 10 tahun lalu dan boleh dikatakan selalu bersua muka.
Rupa-rupanya Saravanan pernah membentang kajian tentang buku Berpetualang ke Aceh di Universiti Islam Ar-Raniry di Banda Aceh awal bulan April 2019. Nampaknya ketika itulah juga disampaikan kertas kerja berkenaan yang kemudian menjadi satu bab dalam buku Aceh-Malaysia dalam Rangkuman Sastera, Budaya & Media. Petang semalam ketika mandi sebelum berbuka puasa tiba-tiba mendapat ilham apakah perkara paling sesuai mahu ditangani kalau-kalau timbul rasa mahu menyambung pengajian ke peringkat PhD. Cukuplah dinyatakan ia melibatkan perjuangan ummah dan Islam. Terus nampak jalan bagaimana mahu melakukannya, insyaallah, jika dipanjangkan umur, sebelum mencapai usia 55 tahun pada 26 November tahun 2025. Semoga hal percetakan buku dapat diselesaikan tidak lama lagi diikuti pembetulan dan penambaikan tesis. Selepas itu bolehlah membuat persediaan ke arah PhD. Doakan saya ya.


























