Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Mei 11, 2021

Meliputi Asian X-Games di Phuket tahun 2000

Salam pagi Selasa 29 Ramadhan. Selepas mempersembahkan artikel Jelajah Mesra PDRM sekitar tahun 2000 dekat jam 4 pagi tadi cerita perjalanan lama yang mahu dikongsikan juga adalah daripada tahun 2000. Kali ini lebih dekat ke hujung tahun. Menariknya ia berlaku di luar negara kurang sebulan selepas dihantar meliputi acara berkuda di tempat lain lebih jauh, tentunya di luar negara juga. Lihat Kompilasi cerita kenangan liputan sukan berkuda di Perancis tahun 2000.



Gambar yang ditemui di Internet ini menunjukkan Timbalan Menteri Sukan Malaysia Datuk Ong Tee Keat menerima lambang X Games daripada Gabernur Phuket, Pongtayome Vasaputi. Ini adalah sebagai tanda Malaysia akan menjadi hos baru kejohanan bagi tahun 2002 hingga 2004. Upacara penyerahan berlaku pada tarikh 8 Disember 2000. Phuket di Thailand adalah tempat pertama menjadi hos Asian X Games (bagi tahun 1998 hingga 2001)

Masalahnya saya tak ingat langsung meliputi upacara ini walaupun seingat saya berada di Phuket sepanjang acara berlangsung 3 hingga 10 Disember. Mungkin kerana terlalu banyak jenis sukan ekstrem berlangsung dalam tempoh masa tersebut lalu boleh terlepas pandang? Mungkin juga. Tapi tak patutlah saya sebagai wartawan akhbar The New Straits Times yang dihantar khas untuk meliputi acara terlepas satu upacara yang melibatkan menteri. Tak patut. Mungkin saya ada meliputinya tapi tak ingat? Yang ingat ada menghadapi masalah dalam menghantar laporan berita mengenai sukan kerana belum memiliki alatan canggih seperti hari ini untuk berkongsi cerita. Harus  mencari Internet Cafe bagi menghantar cerita. Ini sangat-sangat tidak efisyien, tidak cekap dalam membuat kerja.

Berbeza sungguh dengan hal ketika saya ke Perancis untuk meliputi acara berkuda awal November 2000. Saya berada lebih seminggu tanpa keperluan untuk menghantar laporan keputusan acara setiap hari seperti semasa meliputi Asian X Games di Phuket. Ini kerana acara berupa tunggangan lasak kuda jarak jauh (endurance riding) belum dikenali di Malaysia ketika itu. Saya telah ditaja oleh seorang penunggang tempatan yang sedang mengejar mata untuk menaiki ranking dunia lalu boleh menulis laporan setelah kembali ke Malaysia.



Pun begitu didapati kemudian bahawa sebenarnya tidak ada keperluan pun untuk membuat laporan harian Asian X Games kerana Malaysia pun belum mengenali sangat sukan lasak ini. Apabila laporan dihantar ke meja sukan akhbar saya The New Straits Times di Kuala Lumpur pengarang dan kakitangan editorial yang lain seperti tidak berminat untuk mengeluarkan berita. Ini kerana mereka lebih biasa dengan sukan-sukan tradisi seperti bola sepak, hoki, ragbi dan sukan-sukan padang seperti berlari pecut 100 meter diikuti 200 meter, 400 meter dan sebagainya. Sehingga hendak menyebut pemain X-Games sebagai atlet pun mereka keberatan. Kalau tidak kerana ketua pengarang NST sendiri meminta agar diberikan perhatian tentu mereka langsung tak layan.

Acara yang memperagakan beberapa jenis sukan seperti kecekapan bermain papan luncur (skateboarding) dalam litar khas tertutup dan panjat dinding tinggi (wall climbing) ini lebih dianggap sebagai sukan underground atau bawah tanah yang cuma digemari remaja bandar yang kuat memberontak, bersifat anti-establishment. Ia sudah menjadi sangat popular di Amerika sejak beberapa tahun sebelum itu lalu ada pemuda di Malaysia mengikutinya. Di Amerika acara-acara sukan berkenaan telah dikumpulkan dalam satu kejohanan yang dikenali sebagai X-Games lalu dapat meraih perhatian berjuta penduduk diikuti dunia. Pada tahun 1998 kejohanan diperkenalkan pada peringkat benua lalu terbitlah Asian X-Games dengan Phuket sebagai lokasi dan hos pertama.

Saya disuruh mula mendekati para pemainnya di Malaysia sejak pertengahan tahun 2000 atau mungkin lebih awal kerana ada ura-ura Malaysia mahu menjadi hos Asian X Games selepas tamat tempoh di Phuket. Saya pun mula mengikutinya dengan mengambil inisiatif sendiri menjejak para pemain berkenaan. Sambil itu dapat dilihat ramai di meja sukan seperti mencebik muka. Macam ni pun nak panggil sukan? Saya seperti ingat itu daripada kata-kata dan air muka mereka lalu tersenyum sahaja.

Walaupun sendiri kurang berminat saya anggap ini satu proses pembelajaran dalam hidup sambil mengenali perkara baru. Apabila mengenali para pemain utama di Malaysia (ya. sebagai wartawan sebuah akhbar terkemuka saya boleh terus pergi pada 'ikan-ikan besar' dalam apa-apa bidang, bukan bermain dengan orang-orang kecil atau budak baru belajar) saya turut dapat mengenali lebih dekat satu sisi kehidupan. Saya sebut lebih mengenali kerana pernah melalui keadaan serupa. Ramai daripada mereka yang terlibat ini adalah jenis remaja yang memberontak terhadap sistem sedia ada. 

Saya sendiri pernah bersifat sebegitu sehingga pernah dibuang daripada sekolah kemudian dibuang  kolej. Malah saya pernah lari rumah di tengah-tengah menduduki peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tahun 1987 di Muar. Nasib baik termasuk dalam golongan semulajadi pandai lalu tetap mendapat keputusan yang baik sehingga boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara. Saya pernah duduk beberapa lama dengan para pemuzik jalanan di Pasir Seni atau Central Market. Pernah bergaul dengan geng-geng anak muda yang kerjanya selalu bergaduh bertumbuk di luar sana. Saya dapati mereka yang terlibat dengan sukan ekstrem ini ramai jenis begitu. Mereka berhati kering, pantang dicabar. Kalau bergaduh boleh keluar pisau menikam tanpa memikirkan akibatnya.

Ya. Ini bukan kehidupan biasa yang boleh dibanggakan apa lagi hendak dijadikan contoh seperti halnya atlet-atlet dalam sukan-sukan tradisi. Oleh itu saya faham kenapa meja sukan sendiri di The New Straits Times pun keberatan untuk meliputi acara dan sukan berkenaan. Pada mereka ini bukan sukan tapi aktiviti gelagat remaja. Tapi bila bos besar sendiri dah suruh liputi ikut sahaja le walau tak suka. Maka dalam konteks ini meliputi upacara yang melibatkan Timbalan Menteri Sukan Malaysia seperti ditunjukkan dalam gambar paling atas adalah jauh lebih penting daripada meliputi sukan itu sendiri.




Ah. Saya bercakap tentang hal remaja dan jiwa memberontak ini seperti mengalir keluar begitu sahaja ketika mengingatkan perkara. Apapun artikel ini dibuat lebih dalam konteks untuk berkongsi perjalanan-perjalanan lama. Dahulu saya ingat boleh mengabaikannya. Kemudian didapati, seperti halnya banyak perjalanan lama lain ia harus ditonjolkan juga supaya nanti dapat membuat analisis tentang tren/corak perjalanan saya sejak tahun 1989 dengan lebih adil dan saksama.

Sebelum ini saya cuma menyebut hal Phuket ini secara sepintas lalu. Dalam artikel Kenangan liputan sukan berkuda di Perancis tahun 2000 - Berapa perjalanan sebagai wartawan akhbar The New Straits Times yang dipaparkan pada 2 April saya meletakkan gambar atas diikuti teks berikut sahaja...


Sebagai wartawan sukan saya juga disuruh mengikuti acara sukan lasak generasi baru seperti berlawan main skateboard dan rock climbing pada peringkat profesyional. Untuk itu saya pernah dihantar lebih seminggu untuk meliputi Asian X Games di Phuket, Thailand. Gambar dari paspot lama yang dikongsikan dalam artikel berbahasa Inggeris Reminiscing some old travels via international passports ini menunjukkan saya berada di sana 3 hingga 13 Disember tahun 2000. Sekitar sebulan dua sebelum itu berlakulah perjalanan ke Perancis yang ceritanya mahu dijadikan siri...


Ini dibuat dalam konteks untuk menyatakan bahawa selain dihantar untuk acara berkuda ke luar negara saya ada pergi lagi ke luar negara bagi meliputi acara lain pada tahun sama. Dalam artikel Kali pertama ke makam-makam lama tahun 2001 - Asbab perjalanan berlaku yang dipaparkan 4 hari kemudian baru dipanjangkan perkara. Itupun dalam konteks lain iaitu untuk menunjukkan bagaimana berlaku perubahan keadaan hidup. Daripada seorang wartawan cemerlang mula menghadapi zaman kejatuhan akibat iri hati dan dengki juga politik pejabat melibatkan tokoh-tokoh bernama besar peringkat negara dan antarabangsa lalu mula beralih ke arah hal-hal yang lebih kerohanian. Begini cerita berkenaan yang dikongsikan...


Ketika perjalanan ke Perancis berlaku awal November 2000 reputasi saya sebagai wartawan sukan di akhbar The New Straits Times sudah mencapai suatu tahap cemerlang malah masih meningkat naik. Saya cukup dikenali di pejabat juga dalam kalangan wartawan akhbar lain dan majalah selain memiliki hubungan baik dengan ramai VVIP termasuk para menteri dan peneraju syarikat-syarikat korporat. Saya begitu dipercayai sehingga tak sampai sebulan kembali dari Perancis terus dihantar untuk meliputi kejohanan sukan ekstrem (skateboarding, wall climbing dan sebagainya) Asian X Games di Phuket, kali ini oleh akhbar NST itu sendiri. Saya dibekalkan wang sebanyak US$2,000 (ketika itu harus hampir RM8,000) dalam bentuk travellers cheque untuk belanja sepanjang berada di sana 3-13 Disember. Saya ingat tarikh kerana ada cop berkenaan dalam paspot lama. 

Ini tidak termasuk tiket pergi balik penerbangan kerana telah ditempah oleh syarikat secara berasingan. Saya cuma ada menambah RM600 kalau tak salah untuk tiket penerbangan isteri lama kerana mahu membawanya bersama. Syarikat tiada masalah asalkan tidak mengganggu kerja. Malah katanya lebih baik membawa isteri kerana tahu Phuket memiliki reputasi tidak senonoh melibatkan perempuan. Rasanya semua orang tahu apa maksudnya ini...

Kami menginap di hotel termahal dan terbaik di pulau peranginan sehingga seorang pegawai muda tapi kanan bagi Menteri Sukan Malaysia terasa iri hati melihat keadaan kami. Ini berlaku setelah terserempak di  Phuket lalu saya mengajaknya makan secara room service di bilik kami, saya yang belanja. Terus dia menyatakan mahu meminta kementerian menukarkannya ke hotel yang lebih bagus. Kalau saya yang 'cuma' bekerja sebagai wartawan boleh mendapat hotel terbaik sebegitu kenapa tidak dia pegawai kanan yang rapat dengan menteri?

Pegawai muda yang merupakan junior setahun saya semasa zaman kolej di A Level itu dihantar untuk meninjau kerana sukan ekstrem sedang meningkat naik di merata dunia. Beliau turut menemani beberapa orang atlet sukan ekstrem Malaysia lalu mereka pun diajak sama makan di bilik hotel saya. Ketika itu kementerian sedang memikirkan mahu membawa Asian X Games ke Kuala Lumpur lalu saya ada terlibat dalam kempen untuk mendapatkannya. Dan memang pun KL menjadi hos kejohanan dari tahun 2002 hingga 2004. 


Pun begitu artikel ini bukanlah tentang hendak mengenangkan acara juga apa yang berlaku sangat tetapi tentang perjalanan yang berlaku dalam tempoh masa membuat liputan acara. Adapun sepanjang 11 hari berada di Phuket saya ada menyewa motosikal besar lalu jalan merata selain menaiki pengangkut awam kerana saja-saja hendak merasa. Lakaran mudah laluan perjalanan seperti ditunjukkan di atas menunjukkan jumlah jarak 198 km. Lihat sini. Ia termasuk jarak bergerak dari lapangan terbang ke hotel di Phatong Beach atau Pantai Phatong ketika mula-mula sampai juga hotel ke lapangan terbang ketika hendak kembali ke Malaysia. Dekat pantai itulah acara Asian X-Games diadakan lebih kurang 1-2 km dari hotel. 

Tetapi ini masih tidak dapat menggambarkan seluruh penjelajahan saya di Phuket. Ia akibat had jumlah menyambungkan tempat-tempat yang ditetapkan oleh Google Map. Saya ada membuat sekurang-kurangnya 3 kali pusingan Phatong Beach ke Karon Viewpoint ke Phuket Old Town sebelum kembali ke Phatong Beach.  Tapi cuma sekali pusing sahaja dapat dimasukkan ke dalam Google Map disebabkan had 10 tempat boleh disambung dalam satu peta. Selain itu cuma dapat dimasukkan satu pusingan lain yang dibuat bersama isteri dengan motosikal. 

Semua harus diambil kira untuk mendapatkan jumlah keseluruhan jarak. Sudah disemak bahawa satu pusingan Phatong Beach-Karon Viewpoint-Phuket Old Town-Phatong Beach memakan jarak lebih 44 km. Tiap-tiap hari pula saya juga ada berjalan lebih 2 km pergi balik dari hotel ke tempat acara, kadangkala sehingga 3 kali sehari. Ada masa dengan motosikal, ada masa naik pengangkutan awam, ada masa berjalan kaki ikut 'angin' dan rasa. Dicampur jarak lain sesuka hati berjalan ke sini ke mari harus lebih 300 km saya berjalan di pulau itu. Cukuplah maklumat ini bagi melengkapkan perkongsian.


Jelajah Mesra PDRM sekitar tahun 2000

Cerita lama seterusnya mahu dikongsikan melibatkan perlumbaan basikal. Tetapi saya tidak tergerak untuk berkongsi apa-apa gambar basikal. Sebaliknya hati menyuruh menunjukkan gambar motosikal.



Motosikal besar standard atau piawai bagi polis trafik Malaysia tahun 80an dan 90an...


Dalam buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti" (terbit Jun 2006) ada satu satu bahagian cerita menyebut begini :-

Dia pun keluar mandi di sungai bersebelahan rumah lalu bersiap-sedia. Ringkas, sebuah beg knapsack besar diisi penuh pakaian yang akan dibawa balik ke Kajang. Pakaian di badan sekadar t-shirt, seluar tracksuit dan sebuah jaket kalis hujan tertera lambang Polis diraja Malaysia serta perkataan “JELAJAH MESRA PDRM” di dada kiri. Hingga ada orang yang menganggap Rasyid seorang anggota polis, walaupun ketika pemuda itu sedang berambut panjang. Ramai juga menduga dia mungkin seorang polis undercover kerana gayanya yang agak tenang tetapi tegas dan berani, lebih-lebih lagi ketika memakai jaket labuh berwarna biru gelap ini. Nasib baik dia bukan jenis yang suka menyamar...

Anak muda ini tergelak apabila ditanya tentang itu. Geli-hati pun ada.... Lalu dia akan menyuakan bahagian lain jaket supaya dapat dilihat dengan jelas, jaket yang merupakan salah satu daripada pelbagai hadiah yang diterima ketika bertugas sebagai wartawan dahulu.

“Ini, tengok ini,” katanya menerangkan keadaan. “Lambang KFC ada, Telekom ada, EON, Majlis Sukan Negara malah Persatuan Lumba Basikal Kuala Lumpur pun ada. Pilihlah yang mana, kamu hendak kata saya bekerja di mana. Semua pun boleh,” pemuda ini berseloroh.


------------


Cerita ini disebut dalam buku sebagai sebahagian daripada kisah mahu memanjat Gunung Nuang seorang diri sekitar tahun 2003. Kisah pendakian yang menyaksikan saya sesat dalam hutan selama 19 jam boleh dibaca dalam artikel lama Pendakian dan sesat di Gunung Nuang dalam ingatan.... Nampaknya ia adalah satu-satunya penulisan berkenaan Jelajah Mesra PDRM pernah saya kongsikan di mana-mana. Walaupun sedikit ia dapat menunjukkan bahawa acara boleh tahan besar. 

Wujudnya lambang KFC (Kentucky Fried Chicken), Telekom (sekarang TM), EON (Edaran Otomobil Negara, dahulunya syarikat utama bagi mengedar kereta jenama Proton milik Malaysia), Majlis Sukan Negara juga Persatuan Lumba Basikal Kuala Lumpur pada jaket menunjukkan acara disokong ramai pihak berwibawa kalau tidak pun mendapat tajaan besar mereka. Namun apa yang dapat diingati cuma sedikit sahaja. Biar dibuat senarai seperti berikut sambil cuba menggali ingatan :-


1) Ia adalah acara lumba basikal terbesar di Malaysia selepas Le Tour De Langkawi (yang merupakan acara antarabangsa bertaraf dunia).

2) Ketika saya ditugaskan meliputinya sekitar sama ada pada tahun 1999 atau tahun 2000 ia adalah edisi pertama.

3) Berpuluh kalau tidak pun lebih 100 orang pelumba basikal menyertai sambil diiringi ramai marshal yang merupakan polis trafik Malaysia dengan motosikal besar standard issue ketika itu. Itu yang ditunjukkan dalam gambar atas. Sekarang dah pakai model lain.

4) Kami mengelingi seluruh Semenanjung dan berhenti menginap di bandar-bandar utama. Semuanya dapat hotel bagus-bagus belaka...


Saya seperti ingat-ingat lupa keadaan perlumbaan di bandar diraja Pahang iaitu Pekan diikuti Mersing. Entah kenapa yang kekal dalam ingatan sehingga kini cuma beberapa perkara sahaja. Biar diceritakan setakat boleh...


1) Ketika menginap di Alor Setar saya dan kawan-kawan wartawan masuk berseronok di sebuah kelab malam dalam sebuah kompleks membeli belah yang bersambung dengan hotel. Kemudian ramai kawan polis ikut serta. Lain-lain tak mahu sebut kerana itu zaman saya masih jahiliah.

2) Walaupun masih jahiliah saya tidak lagi terlibat dengan perempuan. Pemilik kelab malam mahu menyuakan perempuan. Tapi saya lebih seronok layan menari disko dan minum-minum bersama kawan-kawan.

3) Dalam rombongan kami ada seorang artis wanita yang baru meningkat naik dalam tempoh setahun dua itu tetapi sudah cukup terkenal. Dalam gambar di majalah dan sebagainya kelihatan macam ada sombong sedikit. Tetapi bila berjumpa berhadapan mata kelihatan lembut dan boleh tahan pemalu.

4) Entah kenapa beliau seperti hendak berbaik dengan saya. Diceritakanlah ayahnya pernah bekerja dengan syarikat saya iaitu The New Straits Times, bukan sebagai wartawan, rasanya kakitangan biasa. Sehingga apabila ada seorang pemuda yang kelihatan agak berada mengajaknya keluar makan ke Pulau Pinang beliau mengajak saya bersama. Kemudian baru saya tahu pemuda itu mahu menguratnya. Sedangkan beliau kelihatan lebih berminat dengan saya.

5) Setelah mendapati beliau lembut orangnya, bukan seperti dalam gambar majalah saya mengaku ada sedikit tertarik. Mungkin gambar yang kelihatan sombong itu adalah keperluan untuk menampilkan diri dalam dunia selebriti yang penuh mencabar? Nasib baik saya bukan lagi kaki perempuan ketika itu.

6) Jadi apa yang menghalang untuk berbaik dengannya kalau pun bukan kaki perempuan lagi? Apa salahnya kalau berkenalan lebih rapat asal tidak berbuat maksiat? Bila difikirkan balik baru teringat kenapa. Sebabnya saya sudah beristeri sejak penghujung 1999 lalu berazam untuk belajar setia dengan satu.

7) Ya. Kalau begitu Jelajah Mesra PDRM ini harus berlaku sekitar tahun 2000. Seorang kawan lama wartawan Berita Harian yang turut meliputi acara telah dihubungi baru-baru ini. Beliau sendiri cenderung mengatakan ia berlaku pada tahun 2000. Kalau tahun 2001 acara ditangguhkan atas sebab tertentu.

8) Tentang artis tersebut, selepas beberapa tahun beliau menghilang terus daripada dunia seni. Kemudian baru terlihat cerita dalam majalah rupa-rupanya sudah berkahwin dengan pemuda yang ingin menguratnya itu. Baru saya tahu pemuda itu sangat rapat dengan istana sebuah negeri. Rupa-rupanya sejak dahulu dah jadi adik ipar seorang Sultan yang isterinya bukan daripada kalangan kerabat diraja. 

Patutlah semasa makan kuey teow (yang ini baru teringat) dekat Gurney Drive (kalau tak salah) di Georgetown beliau asyik memetik nama orang inilah, ketua polis negerilah dan berbagai nama orang besar lain ketika bercerita. Nampaknya memang kenal orang-orang tersebut. Adik ipar Sultan le katakan. Cuma tu le. Apa keperluan hendak bercerita sebut nama orang itu ini semasa makan di hadapan artis dan dengan adanya saya seorang wartawan biasa sahaja? Lu fikirlah sendiri... :]




Sayang satu-satunya rujukan dapat ditemui di Internet tentang acara adalah seperti dalam gambar atas. Kelihatan ada pautan untuk laporan berkenaan di Utusan Online. Bila diklik memang masuk ke laman sesawang berkenaan iaitu bagi akhbar Utusan Malaysia. Tetapi laporannya sudah tiada. Nampaknya sudah tidak disimpan lagi kerana acara sudah berlaku lebih 20 tahun lalu.

Nasib baik ada tarikh acara 22 April hingga 1 Mei bagi tahun 2000. Jelas bahawa ia memakan tempoh masa selama 10 hari dan saya ikut ke semua destinasi sepanjang itu. Walaupun tak ingat setiap lokasi apa lagi semua yang berlaku saya tahu ia melalui bandar-bandar di jalan-jalan utama di Pantai Barat Semenanjung membawa ke Pantai Timur sebelum kembali ke Kuala Lumpur. Dengan itu bolehlah dibuat lakaran ringkas laluan seperti berikut...



Nah. Ini adalah lakaran ringkas sedangkan di setiap bandar yang disinggahi dalam tempoh 10 hari itu kami ada berjalan ke sana kemari. Oleh itu tidak salah untuk mengatakan jarak sebenar diliputi adalah 1,900 km. Rasanya ada masuk ke Georgetown di Pulau Pinang sekali sebelum ke Alor Setar. Tapi tidak dapat dimasukkan ke dalam lakaran akibat had yang ditetapkan oleh Google Map. Kalau campur itu ada lagi tambahan sekurang-kurangnya 12 km.

Selain itu belum dimasukkan jarak saya sendiri mengikut artis berkenaan dalam kereta dari Alor Setar ke Georgetown untuk makan kemudian kembali ke hotel pada suatu malam. Bila disemak dengan Google Map itupun memakan jarak 243  km. Nah. Campurkan 1,900 km dengan 12 km dan 243 km dah jadi 2,155 km. Bukan sedikit jarak tu. Maka itu perjalanan tidak boleh abaikan walaupun sangat sedikit dapat diingati tentangnya.

Adus. Ketika menulis ayat ini sudah jam 3.59 pagi. Walaupun penat ada rasa keberatan untuk melelapkan mata. Ada rasa berharap semoga malam ini Lailatul Qadar. Semoga penulisan ini menjadi ibadah yang memberikan ganjaran berganda kerana dilepaskan dalam konteks menurut gerak jujur dan melegakan dada supaya dapat menjadi insan yang lebih berguna untuk agama, bangsa dan negara.


Nota tambahan (dibuat 22 September 2025) : Carian terbaru mengenai acara ini menunjukkan acea diadakan sempena Hari Polis ke-193 pada tahun 2000. Seterusnya didapati Hari Polis diadakan setiap pada 25 Mac setiap tahun. Maka acara selama seminggu lebih harus berlangsung sekitar 25 Mac 2000. 


Kenangan 4x4 tahun 1997

Salam awal pagi 29 Ramadhan. Semoga ada peluang untuk menggamit malam Lailatul Qadar. Siapa tahu? Oleh kerana sudah dimudahkan biar dibuat artikel kompilasi ini. Semoga mudah juga untuk menyiapkan lain-lain cerita yang perlu supaya dapat dibuat analisis tentang tren/corak perjalanan-perjalanan saya sejak tahun 1989.


Perjalanan ini berlaku 20-24 September 1997 kerana dihantar untuk meliputi acara kenderaan pacuan empat roda yang dipanggil sebagai National 4x4 Challenge. Ketika itu saya baru setahun 2 minggu gitu bertugas sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times. Sekitar 3 bulan sebelum itu saya telah dihantar untuk mengikut satu rombongan mendaki Gunung Kinabalu. Lihat Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997. Nampaknya saya banyak diberikan tugasan lasak di luar kawasan selain tugasan biasa harian meliputi majlis-majlis perasmian yang selalunya melibatkan para menteri kabinet di Lembah Klang.

Perjalanan yang bermula dengan pelepasan dari Ming Court Hotel (kini Corus Hotel) ini melibatkan 50 buah kenderaan pacuan empat orang dengan lebih 120 orang pergi ke Perak dan masuk ke dalam hutan. Daripada jumlah itu 21 buah kenderaan yang setiap satunya dibawa oleh seorang pemandu dan pembantu masuk bertanding menguji kecekapan dalam 11 peringkat pertandingan, dipanggil special stages. Ia diinyatakan sebagai sebahagian daripada Pesta Perak 1997 lalu kami disertai Menteri Besar Perak ketika itu iaitu Tan Sri Ramli Ngah dan isteri melawat kampung Orang Asli di Kampung Tonggang.

Selain bertanding acara juga melibatkan kebajikan dengan cara bersilaturrahim dengan Orang Asli di penempatan-penempatan dalam perjalanan. Selepas Kampung Tonggang kami masuk lebih jauh ke dalam hutan untuk ke Pos Poi diikuti Sungai Dala. Didapati sekitar 127 km perjalanan dibuat dalam hutan menggunakan jalan atau laluan balak. Ini termasuk jarak sekitar 570 km atau lebih di Perak. Secara keseluruhan lebih 750 km diliputi termasuk perjalanan pergi balik ke Lembah Klang.


1. Kenangan 4x4 tahun 1997 - Butiran yang harus dilanjutkan cerita

2. Kenangan 4x4 tahun 1997 - Mempromosikan Perak ke mata dunia

3. Kenangan 4x4 tahun 1997 - Bermesra dengan Orang Asli 

4. Kenangan 4x4 tahun 1997 - Mengira jarak ke tempat-tempat membawa ke jarak keseluruhan perjalanan


Kenangan 4x4 tahun 1997 - Mengira jarak ke tempat-tempat membawa ke jarak keseluruhan perjalanan

Subhanallah. Lewat malam ini saya mendapat gerak untuk menamatkan siri penceritaan tanpa perlu menunggu pagi karang. Bersambung penceritaan daripada artikel Kenangan 4x4 tahun 1997 - Bermesra dengan Orang Asli.



Merujuk pada artikel  Kenangan 4x4 tahun 1997 - Mempromosikan Perak ke mata dunia yang ditulis sebelum berbuka puasa siang Isnin 28 Ramadhan iaitu semalam. Saya dapat menemui kedudukan Pos Poi menggunakan Google Map tetapi tidak kedudukan perkampungan Orang Asli yang disinggahi seterusnya iaitu Sungai Dala. Nasib baik dapat jumpa melalui program lain iaitu Mapcarta. Biar dikongsikan paparan berkenaan. Peliknya program ini tidak dapat menunjukkan kedudukan Pos Poi seperti terdapat dalam Google Map. Namun ada ditanda banyak penempatan lain dalam hutan. Lihat paparan bawah...



Tak mengapa. Apa yang ditunjukkan oleh Mapcarta boleh digunakan untuk mengenal pasti kedudukan Sungai Dala dalam Google Map. Cuma kena usaha semak dan tanda sendiri. Biar digunakan kedudukan Sekolah Rendah Sungai Dala seperti ditunjukkan dalam Mapcarta untuk mewakili keseluruhan perkampungan Sungai Dala...



Nah. Bukan tiada dalam Google Map sebenarnya. Cuma ditanda atas nama lain iaitu Kenering. Seterusnya didapati jaraknya ke pekan (kemudian jadi bandar) Gerik adalah 34 km. Maka anggaran saya seperti dinyatakan dalam rencana tentang Orang Asli di akhbar The New Straits Times 25 tahun lalu (rujuk Kenangan 4x4 tahun 1997 - Bermesra dengan Orang Asli yang dipersembahkan jam 9.39 malam tadi) adalah tersilap. Saya telah menyebut Kampung Sungai Dala sebagai terletak sekitar 60 km dari Gerik.

Saya juga ternyata tersilap menyebut tasik dan empangan berdekatan sebagai Tasik Kendering. Yang sebenarnya adalah Tasik Kenering yang terbentuk akibat Sungai Perak diempang. Selain daripada kesilapan-kesilapan ini harus tiada masalah. Cuma terasa harus menyemak pula kedudukan Pos Poi yang ditulis dalam rencana sebagai 50 km dari bandar terdekat iaitu Sungai Siput.



Seperti ditunjukkan dalam artikel Kenangan 4x4 tahun 1997 - Mempromosikan Perak ke mata dunia Google Map tidak boleh memberikan anggaran jarak hingga ke Pos Poi disebabkan ia terletak di luar sistem jalan raya dalam rekod. Dan memang pun ia di luar jalan raya. Yang ada cuma jalan balak yang sekarang ini boleh dicapai dengan jalan biasa dari Masjid Bawong.



Google Map boleh mengesan jarak dari Sungai Siput ke Masjid Bawong iaitu hampir 26.8 km kerana ada jalan biasa menyambungkan. Kemudian campurkan anggaran jarak Masjid Bawong ke Pos Poi seperti telah dibuat dalam artikel Kenangan 4x4 tahun 1997 - Mempromosikan Perak ke mata dunia iaitu  24.5 km. Jadilah 51.3 km. Maka anggaran saya bahawa Pos Poi terletak sekitar 50 km dari Sungai Siput hampir 25 tahun lalu tidak meleset.



Bagaimana pula tentang jarak dari Pos Poi ke Sungai Dala yang ditanda dalam Google Map sebagai Kenering itu? Sesungguhnya ia pun tidak boleh dikesan kerana tiada dalam rekod jalan raya lantaran memang cuma dapat dicapai dengan jalan balak. Untuk itu saya sengaja menandakan tempat-tempat di atas. Terus dapat dilihat dengan mata kasar bahawa jarak Pos Poi ke Sungai Dala adalah lebih jauh berbanding Masjid Bawong ke Pos Poi.



Saya pun membuat anggaran dengan cara ini. Dengan meletakkan gambar pembaris untuk menyambungkan tempat-tempat. Saya tidak memerlukan skala, cukup sekadar nisbah. Jarak antara Masjid Bawong ke Pos Poi boleh diwakili dengan inci ke 14.5 pada pembaris. Pos Poi ke Kenering/Sungai Dalam pula inci ke 20. Dengan ini jarak antara Pos Poi ke Sungai Dala boleh dianggarkan sebagai 20/14.5 x 24.5 km (jarak yang sudah dianggarkan bagi Masjid Bawong ke Pos Poi). Jadilah ia 33.79 km. Bulatkan jadi 34 km. 

Sekarang biar ditangani butiran-butiran berikut seperti telah dikongsikan dalam artikel pertama siri iaitu  Kenangan 4x4 tahun 1997 - Butiran yang harus dilanjutkan cerita. Ini adalah :-


10. Pada hari ketiga (Isnin 22 September) kami mengambil jalan balak yang berliku-liku turun naik bukit lalu diadakan dua special stages di kem-kem balak dalam perjalanan ke Kampung Sungei Dala.  Di kampung itu diadakan satu pertandingan malam (night circuit test).

11. Pada hari keempat (Selasa 23 September) ada special stage petang yang menimbulkan sedikit kontroversi. Katanya ada peserta menyusahkan peserta selepasnya dengan cara sengaja menyebabkan kawasan berlumpur yang perlu dilalui semua orang menjadi semakin dalam.

12. Baki special stages diselesaikan pada hari kelima (Rabu 24 September). Sekitar waktu tengah hari kami meninggal Sungei Dala lalu menyeberang Sungai Perak dengan menaiki feri besi. 

13. Selepas itu kami ke majlis sambutan rasmi di Kuala Kangsar diikuti satu lagi majlis sambutan rasmi di Ipoh.

14. Pertandingan dan perjalanan meliputi jarak 500 km di negeri Perak termasuk 200 km off-road (dalam hutan, jalan tanah merah dan sebagai). Nampaknya ini tidak termasuk jarak perjalanan dari KL sehingga masuk ke sempadan negeri Perak dan keluar.


Di sini tidak perlu dipanjangkan lagi tentang acara. Sebaliknya saya lebih ingin tahu tentang jarak. Dalam artikel Kenangan 4x4 tahun 1997 - Mempromosikan Perak ke mata dunia telah dibuat kira-kira bahawa jarak sejak dilepaskan di Kuala Lumpur pada hari Sabtu 20 September sehingga sampai ke Pos Poi lewat hari Ahad 21 Sept adalah 330 km. Sekarang boleh dicampurkan jarak Pos Poi ke Kampung Dala iaitu 34 km lalu jadi jumlah 364 km.

Butiran nombor 12 pun dirujuk. Ia menyebut dari Sungai (dahulu saya eja Sungei) Dala kami menyeberang Sungai Perak dengan menaiki feri besi. Sekarang nampaknya sudah ada jalan elok siap dengan jambatan. Jalan harus dibina di atas laluan balak kerana itulah yang mudah. Kerana sudah diteroka, sudah dibuka, sudah dipotong bukit, sudah dibuang halangan mana yang ada. 

Didapati bahawa jarak ke pekan/bandar Gerik dari tempat menyeberang jambatan cuma 14.9 km. Maka bersesuailah dengan ingatan bahawa saya dan beberapa orang yang naik satu kereta telah ke sana dahulu kerana mahu mencari tempat makan. Selepas itu baru ke Kuala Kangsar diikuti Ipoh seperti dinyatakan dalam butiran nombor 13.


Perjalanan ke Gerik itu tidaklah termasuk dalam rancangan rasmi acara. Ia cuma rancangan persendirian oleh beberapa orang, tak ingat berapa kereta ikut sama. Namun bolehlah dilakarkan laluan dari Sungai Dala dan seterusnya seperti di atas. Saya tamatkan di pejabat The New Straits Times kerana seingat saya kembali ke Lembah Klang dengan menaiki kereta pacuan empat roda milik seorang peserta berbangsa Melayu (majoriti peserta berbangsa Cina) lalu diajak menginap di rumahnya. Esoknya yang harus jatuh pada hari Khamis 25 September terus dihantar kembali ke pejabat. 

Jarak yang ditunjukkan oleh Google Map adalah 373 km. Campur jarak 364 km iaitu sejak dilepaskan dari KL 20 September sehingga sampai ke Sungai Dala jadi jumlah 737 km. Sekarang cuba lihat jika ini boleh dipadankan dengan butiran terakhir dalam senarai iaitu :-


14. Pertandingan dan perjalanan meliputi jarak 500 km di negeri Perak termasuk 200 km off-road (dalam hutan, jalan tanah merah dan sebagai). Nampaknya ini tidak termasuk jarak perjalanan dari KL sehingga masuk ke sempadan negeri Perak dan keluar.


Lakaran ini menunjukkan jarak umum Kuala Lumpur ke Tanjung Malim yang merupakan pintu masuk ke negeri Perak. Jarak pergi balik 79.7 km x 2 = 159.4 km boleh dibulatkan menjadi 159 km. Tolak ia daripada jarak keseluruhan 737 km tadi jadilah 578 km. Ini pula boleh ditolak dengan 10 km (jarak pergi balik dari simpang selepas keluar Kampung Dala mendekati Gerik) ke Gerik kerana tidak termasuk dalam rancangan perjalanan. Jadilah 568 km. Tak lari sangat dengan kenyataan bahawa pertandingan dan perjalanan meliputi jarak 500 km di negeri Perak malah memang harus lebih.

Bagaimana pula tentang kenyataan mengatakan ia termasuk 200 km off-road? Untuk ini harus dikira laluan dari Hospital Bahagia ke Kampung Tonggang kemudian ke Hulu Kinta yang dahulu tidak ada jalan tar. Seterusnya Sungai Siput ke Pos Poi membawa ke Kampung Dala sehinggalah ke simpang Gerik-Kuala Kangsar atau suatu jarak sebelum itu (kerana mungkin sudah ada jalan tar kampung, saya pun tak ingat). Tanpa menunjukkan peta saya dapati jaraknya adalah 13 km + 85 km + 29 km = 127 km. Ini adalah 63.5 % sahaja dari 200 km. Tetapi mungkin terasa jauh sebab pergerakan lebih lambat dalam hutan disertai pelbagai jenis cabaran dan rintangan.

Tentang jarak keseluruhan yang dinyatakan sebagai 737 km itu pula didapati harus lebih daripada itu. Ini kerana lakaran Google Map adalah berdasarkan keadaan jalan sekarang. Sedangkan jalan pada tahun 1997, misalnya dari Gerik ke Kuala Kangsar lebih jauh berliku dan panjang. Selain itu ada saya ada berjalan-jalan dalam setiap kawasan yang disinggahi. Dengan itu tidak salah untuk meletakkan keseluruhan perjalanan memakan jarak lebih 750 km. Cukuplah perkongsian.


Isnin, Mei 10, 2021

Kenangan 4x4 tahun 1997 - Bermesra dengan Orang Asli

Salam malam 29 Ramadhan, malam ganjil terakhir bagi bulan puasa. Dikatakan kalau tidak bertemu lagi malam kebesaran Lailatul Qadir yang harus jatuh pada malam ganjil pada 10 hari terakhir Ramadhan maka malam inilah peluang terakhir. Saya pula bercadang untuk membuat cerita terakhir siri tentang 4x4 atau kenderaan pacuan empat roda ini sebelum tengah malam. Ingatkan boleh menyambung terus daripada artikel Kenangan 4x4 tahun 1997 - Mempromosikan Perak ke mata dunia yang ditulis sebelum berbuka puasa siang 28 Ramadhan tadi. Tengok-tengok ditemukan maklumat yang menyebabkan mungkin pagi esok baru boleh menutup siri.



Satu gambar yang ditemui setelah membuat Google Image Search "Orang Asli Temiar Perak"...


Setelah membuat artikel Kenangan 4x4 tahun 1997 - Mempromosikan Perak ke mata dunia saya fikir boleh menyambung cerita dengan point atau butiran seterusnya daripada artikel pertama siri iaitu Kenangan 4x4 tahun 1997 - Butiran yang harus dilanjutkan cerita. Ini adalah :-


10. Pada hari ketiga (Isnin 22 September) kami mengambil jalan balak yang berliku-liku turun naik bukit lalu diadakan dua special stages di kem-kem balak dalam perjalanan ke Kampung Sungei Dala.  Di kampung itu diadakan satu pertandingan malam (night circuit test).

11. Pada hari keempat (Selasa 23 September) ada special stage petang yang menimbulkan sedikit kontroversi. Katanya ada peserta menyusahkan peserta selepasnya dengan cara sengaja menyebabkan kawasan berlumpur yang perlu dilalui semua orang menjadi semakin dalam.

12. Baki special stages diselesaikan pada hari kelima (Rabu 24 September). Sekitar waktu tengah hari kami meninggal Sungei Dala lalu menyeberang Sungai Perak dengan menaiki feri besi. 

13. Selepas itu kami ke majlis sambutan rasmi di Kuala Kangsar diikuti satu lagi majlis sambutan rasmi di Ipoh.

14. Pertandingan dan perjalanan meliputi jarak 500 km di negeri Perak termasuk 200 km off-road (dalam hutan, jalan tanah merah dan sebagai). Nampaknya ini tidak termasuk jarak perjalanan dari KL sehingga masuk ke sempadan negeri Perak dan keluar.


Tetapi disebabkan sibuk mencari kedudukan Pos Poi dan jarak-jarak berkenaan ketika menulis bahagian penghujung artikel Kenangan 4x4 tahun 1997 - Mempromosikan Perak ke mata dunia teringat seperti ada menulis satu artikel khas melibatkan komuniti Orang Asli di Pos Poi untuk akhbar The News Straits Times. Saya pun mencari dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Tengok-tengok ada. Dikongsikan atas tajuk Experience with orang Asli pada 21 November 1996. Ini adalah lebih sebulan awal berbanding artikel 4x4 yang isinya digunakan untuk membentuk butiran seperti dilihat di atas. Sebetulnya akhbar saya lebih menghargai artikel Orang Asli itu berbanding artikel tentang acara. Padahal ia dibuat secara sukarela atas inisiatif sendiri berbanding artikel tentang kenderaan pacuan empat roda yang mana memang saya dihantar untuk meliputinya.

Dengan itu biar dikongsikan teks berkenaan tanpa membuat terjemahan. Cukuplah untuk diambil beberapa butiran penting untuk diceritakan kembali dalam bahasa Melayu...


DEEP in the haze-free hills of the Perak jungle are the Temiars, who make up the main portion of the State's Orang Asli. Clustered in small kampungs throughout the jungle, they live a precarious existence, balancing between the demands of the modern world and a rustic jungle life. 

My first encounter with these shy but friendly people was at Kampung Tonggang, a few kilometres from Tanjung Rambutan. I was part of a 50 four-wheel-drive convoy for the recent National 4x4 Challenge. From Ipoh, we drove past Hospital Bahagia before turning right into a riverside logging track, twisting and turning into an uphill route before arriving at the kampung, which was on top of a hill. 

We were greeted by smiling kampung folks, young and old, already gathered at the open area in front of the main gate, clearly excited at having so many visitors, including Perak Menteri Besar Tan Sri Ramli Ngah Talib, who was with our convoy. A festive mood was in the air as the Temiars, sporting their best clothes, simple and rural by city standards, and garlands on their head ushered us into the biggest hut there, the community hall where traditional dishes - petai, ikan bakar and umbut bayas - awaited. 

The visit was capped by the sewang, a traditional dance accompanied by traditional percussion, a set of bamboo sticks hammered in a rap-like beat on a log, and a song in their language, which managed to get some of the visitors, including Ramli, to dance on the bamboo floor. 

However, the brief visit did not give me a chance to get to know them better. As it was also an official visit by the Menteri Besar, they were understandably showing their best form, which was perhaps not reflective of their daily lives. 

Still, from their clothing - the men in simple baju Melayu and women in batik and T-shirt - and Ramli's pledge that he would introduce more amenities such as public telephones into the kampung, one can gather that they were eager to embrace civilisation as we know it, although preferring to stay near the jungle. 

I had to wait for the next day to get a better insight into the Orang Asli attitude towards modernity, this time at another settlement in Pos Poi, some 50km from the nearest town of Sungei Siput. Sitting on the banks of nearby Sungei Piah, some friends and me were enjoying a smoke when a group of six young Temiars in school uniform appeared at the opposite side before stepping into the water. 

Keeping their clothes above water level - the boys' blue trousers folded up to their knees while the girls' long skirts held at the tips - they waded across the stream, avoiding the deep end. 

Their books held on their head or tucked under the arms, they soon put on their socks and shoes and made their way to Sekolah Kebangsaan Pos Poi, where the rest of the National 4x4 Challenge members had camped for the night. 

It was not long before a boy was seen walking half-naked through the stream with only his white shirt on, his face puzzled by the onlookers, including the TV3 camera crew who quickly switched on its camera to get the rare footage of a teenager raring to go to school despite the watery obstacle. Upon reaching the sandy banks, he got into his trousers and shoes and coolly walked to the nearby school. 

But not everyone is as eager to go to school as these youngsters. A teacher, who wants to be known as Cikgu Ahmad, said out of the 126 pupils registered there, slightly more than half attend classes regularly. 

"Some question the virtue of education, saying it did not provide them with any tangible means of getting food," he said. 

Instead, they preferred to join their parents to hunt monkeys, birds and other small animals, abundant in the jungle that is their home, following the footsteps of their grandparents and those before them.

However, they were not totally immune from the trappings of the outside world as shown by the T-shirts, bearing pictures of popular Western rock groups, worn by some of the youngsters. 

According to village elder Abus Yong, 60, many teenagers work for timber companies operating in the surrounding forest or find menial jobs in small towns such as Sungei Siput to get enough money to sample city life. 

"It's kind of a balance. We sometimes go and join the mainstream public. At times, we go hunting in the jungle," he said, exhaling smoke from his kretek cigarette. 

While students of Pos Poi had to wade to school, those at Kampung Sungei Dala need only cross the two hanging bridges that connect the different parts of the Orang Asli resettlement area, about 60km from Grik. 

The area, which was opened in 1983 to accommodate the Temiars along Sungei Perak, especially those affected by the opening of the Kendering Dam, is home to some 600 people in four kampungs, each with its own headman. 

Orang Asli Affairs Department officer Azhar Yahya said the Kampung Sungei Dala resettlement scheme, which has the best facilities within that part of the Perak jungle, was also set up to modernise the Orang Asli. 

"So far the results have been encouraging. Here they can mix better with the outside world while maintaining their identity at the same time." 

Directly under the department's supervision, the area has amenities ranging from a surau, a small administration complex and a primary school. It also receives a twice-monthly medical visit from Grik Hospital staff. 

The National 4x4 Challenge members who spent two nights at the settlement also joined the Temiars for what was the highlight of their normal weekends, the weekly film show by the Information Department. Set on a field, also the venue for most community activities, the Ahmad Albab movie, featuring the late P. Ramlee, had everyone, even toddlers cuddled by mums, in stitches until the end. 

While the facilities and services offered for the Temiars were lacking and rudimentary compared to modern rural villages, all the signs point to progress for the community. Like the Malay kampungs of the '60s which also received periodical film shows and medical visits before graduating to better things, the settlement area and perhaps all other Orang Asli settlements will eventually pick up, taking its citizens into the fold of modern Malaysia and its vision of a developed nation.



Artikel ini secara rata menceritakan apa yang dapat dilihat dengan mata kepala sendiri tentang kehidupan Orang Asli ketika mengikut acara pacuan empat roda National 4x4 20-24 September 1997. Kami singgah lalu bermesra dengan mereka di tiga buah penempatan di pendalaman Perak - Kampung Tonggang, Pos Poi dan Sungai Dala. Sudah diceritakan dalam artikel Kenangan 4x4 tahun 1997 - Mempromosikan Perak ke mata dunia bagaimana kami disambut begitu mesra di Kampung Tonggang yang terletak paling dekat dengan bandar berbanding yang lain. Disebut isteri Menteri Besar iaitu  Raja Puan Sri Noora Ashikin ikut sama menari Tarian Sewang dengan Orang Asli atas balai buluh. Entah kenapa boleh terlupa suami beliau iaitu Menteri Besar Perak (ketika itu) Tan Sri Ramli Ngah Talib ada sama. Bila dah baca kembali artikel Experience with orang Asli barulah teringat.

Dengan itu juga baru menyedari Kampung Tonggang pada tahun 1997 dicapai dengan mengambil jalan balak tepian sungai (menghulu Sungai Kinta sebenarnya) yang mendaki bukit, selepas mengambil simpang berdekatan Hospital Bahagia. Jaraknya lebih kurang 7.4 km. Pemerhatian terhadap paparan satelit melalui Google Map menunjukkan ia lebih mudah dicapai kenderaan biasa sekarang berbanding dua dekad lalu. 

Seterusnya kami pergi ke Pos Poi (Menteri Besar dan isteri tidak ikut lagi). Ia disebut artikel sebagai terletak sekitar 50 km dari bandar terdekat iaitu Sungai Siput. Di Pos Poi inilah saya dapat melihat bagaimana sesetengah pelajar Orang Asli begitu gigih untuk pergi ke sekolah sehingga sanggup meredah sungai dengan pakaian sekolah diangkat tinggi atau buka dahulu supaya tidak basah. Namun saya diberitahu daripada 126 pelajar berdaftar kcuma lebih sedikit separuh selalu pergi ke kelas. Yang lain lebih suka mengikut kehidupan tradisi berburu ke hutan kerana tidak nampak bagaimana pergi ke sekolah boleh membantu mereka mencari makan.

Selepas semua peserta acara menginap satu malam dalam khemah kami bergerak lebih jauh ke utara untuk ke Sungai Dala. Letaknya sekitar 60 km mendekati pekan Grik sedangkan pekan pula terletak 131 km ke utara Ipoh (menurut Google Map berdasarkan jalan sekarang yang lebih lurus berbanding dahulu selain mengambil Lebuh Raya PLUS  lalu tidak perlu mengambil jalan lebih jauh melalui Sungai Siput). Ia sebetulnya adalah penempatan baru Orang Asli yang dibuka tahun 1983 untuk menggantikan kampung-kampung mereka yang ditenggelami air akibat pembukaan Empangan Kendering (hasil empangan terhadap Sungai Perak). Disebut dalam artikel yang saya tulis hampir 25 tahun lalu itu bahawa ia menempatkan lebih kurang 600 Orang Asli yang dibahagikan kepada 4 kampung. Setiap satu ada ketuanya sendiri. Ia adalah penempatan paling moden Orang Asli sekurang-kurangnya bagi negeri Perak di sekitar sit.

Di sana anak-anaknya tidak perlu masuk ke sungai untuk ke sekolah kerana ada dua jambatan gantung menyambungkan semua tempat. Artikel menyebut kami menginap dua malam. Sempatlah menonton filem Ahmad Albab lakonan arwah P. Ramlee secara wayang pacak di sebuah padang. Namun ingatan yang masih meletak dalam fikiran cuma satu sahaja- Kampung ini terletak dekat tasik yang bersambung dengan Perak (Empangan Kendering lah itu). Setelah mendapat tahu jalannya saya ada beberapa kali ke sana semata-mata untuk berehat seorang diri menikmati keindahan tasik.

Oh. Semua Orang Asli yang ditemui ini adalah daripada suku Temiar. Apabila melihat Kampung Tonggang terletak ke hulu Sungai Kinta teringat cerita bahawa pemerintah tradisi Ipoh dan Lembah Kinta iaitu pembesar turun temurun yang dikenali sebagai Panglima Kinta dikatakan berasal daripada keturunan Sultan kedua Perak, Sultan Mansur Syah (memeritah 1549-1577 Masihi) dengan seorang gadis Orang Asli. Tetapi saya mendapat tahu baru ini bahawa bapa kepada gadis tersebut sebenarnya berasal daripada keturunan Sultan Malikus Saleh yang mengasaskan kerajaan Samudera dan Pasai lebih 700 tahun lalu. Hmm. Cukuplah kalam tentang perkara.





Kenangan 4x4 tahun 1997 - Mempromosikan Perak ke mata dunia

Berbalik pada cerita-cerita perjalanan lama. Merujuk pada artikel Kenangan 4x4 tahun 1997 - Butiran yang harus dilanjutkan cerita yang dipersembahkan petang Sabtu. Pada akhir artikel ada disebut begini :-


... apabila melihat kembali butiran didapati bahawa tidak adil jika cerita "Kenangan 4x4 tahun 1997" ini dilonggokkan ke semuanya dalam satu artikel sahaja. Seperti halnya cerita pendakian Gunung Kinabalu ada keperluan untuk mengembangkannya menjadi sekurang-kurangnya dua artikel lagi. Oleh itu tunggu bila saya dapat gerak. Kalau boleh biar diselesaikan kesemuanya sebelum perjalanan iktikaf dari masjid ke masjid ini dijangka tamat paling awal pun petang esok Ahad 27 Ramadhan.

Sudah diberitahu dalam artikel Akan datang - Cerita perjalanan iktikaf terbaru bagi penghujung Ramadhan tahun 2021 tengah hari tadi pula bahawa perjalanan beriktikaf telah diselesaikan malam tadi. Namun cerita "Kenangan 4x4 tahun 1997" tidak sempat disambung dalam tempoh waktu itu. Lalu biar disambung sekarang.


Butiran yang diambil daripada artikel lama The New Straits Times tahun 1997 lalu dikongsikan dalam Kenangan 4x4 tahun 1997 - Butiran yang harus dilanjutkan cerita dirujuk. Saya ambil beberapa butiran dahulu untuk dipadankan dengan maklumat dalam gambar atas (diambil daripada Facebook pihak yang menganjurkan acara - lihat sini)...


1. Acara bernama National 4x4 Challenge ini memakan masa 5 hari (20-24 September 1997)

2. Ia mempertandingkan 21 kenderaan pacuan empat roda, setiap satu ada seorang pemandu dan penolong pemandu (co-driver) menjadikan 42 orang kesemuanya.

3. Acara adalah warm-up juga suatu macam pengenalan bagi satu acara yang lebih besar pada penghujung tahun iaitu Rainforest 4x4 Challenge. Yang ini katanya akan melibatkan ramai peserta antarabangsa dan meliputi jarak 2,000 km dalam hutan hujan Malaysia

4. Ia asalnya terdiri daripada 12 peringkat pertandingan (dipanggil special stages). Tetapi dikurangkan menjadi 11 kerana jadual yang ketat lagi memenatkan.

5. Selain peserta terdapat 80 orang lagi ikut sama dalam 29 buah kenderaan, kebanyakannya adalah pegawai penyelenggara acara. Ahli media pula terdiri daripada 6 orang krew TV3, saya dan jurukamera akhbar saya iaitu The New Straits Times dan seorang gadis daripada majalah sukan bermotor.

6. Acara bermula apabila kami dilepaskan secara rasmi di Kuala Lumpur 20 September (hari Sabtu)lalu bergerak ke Ipoh. Dua special stages diadakan dekat Gunung Kledang di pinggir bandar Ipoh (secara sudah menjadi bandar raya).

7.  Esoknya (Ahad 21 September) kami dilepaskan secara rasmi of Menteri Besar Perak (ketika itu) Tan Sri Ramli Ngah Talib. Isteri beliau turut ikut sama mengunjungi Kampung Tonggang lalu kami disambut dengan Tarian Sewang oleh Orang Asli sana.

8. Lupa nak cakap lebih awal. Acara ini juga bersifat kebajikan dan kemasyarakatan. Sambil mengadakan pertandingan kami juga bersilaturrahim dengan penduduk-penduduk tempatan di beberapa lokasi yang merupakan perkampungan Orang Asli.


Daripada FB ini saya dapat menyemak tarikh sebenar acara iaitu 20-24 September 1997. Daripada penelitian terhadap maklumat daripada gambar pula baru dapat tahu kami dilepaskan di Ming Court Hotel, Kuala Lumpur (sekarang sudah bertukar menjadi Corus Hotel)...


Ini hotelnya di Jalan Ampang, tidak jauh dari menara berkembar Petronas di KLCC. Dahulu ia adalah antara 10 hotel paling terkemuka di KL malah boleh dikatakan antara paling terkemuka di Malaysia. Ini menunjukkan acara memang high profile atau berprofail tinggi. Ini boleh difahami memandangkan ia boleh dikatakan acara pacuan empat roda pertama yang cukup besar di Malaysia, dan sebagai pengenalan kepada acara antarabangsa International Rainforest Challenge penghujung tahun yang kemudian menjadi salah satu acara pacuan empat roda paling terkemuka di Asia kalau tak pun di peringkat dunia. Tapi saya tak ingat ini kerana sudah terlalu banyak menyertai majlis-majlis berprestij tinggi. Disebabkan itu perlu menggali kembali ingatan daripada pelbagai sumber. 


Satu lagi fakta penting dapat ditelaah daripada gambar adalah acara berlangsung seiring dengan Pesta Perak 1997. Ini adalah pesta untuk mempromosikan Perak sebagai destinasi pelancongan ke mata dunia. Daripada teks yang mengiringi gambar (paling atas) dapat dilihat kami dilepaskan daripada stesyen kereta api Ipoh. Ya. Rasanya sebelum pelepasan sempena pesta kami menginap di situ.


Stesyen kereta api Ipoh. Ada hotel klasik dalam bangunan sama. Saya pernah menginap 2-3 kali di situ...

Kalau tidak kerana gambar tentu tak ingat bahawa acara terkait dengan pesta. Saya cuba mencari maklumat berkenan melalui Google tapi tak jumpa. Nasib baik ada salinan artikel yang di tulis untuk akhbar The New Straits Times (lihat artikel 4x4  di blogspot  BERPETUALANG KE ACEH). Maka fahamlah kenapa berlaku point atau butiran nombor 7 seperti dalam senarai atas tadi. Ini berlaku kerana acara pacuan empat roda telah dimasukkan ke dalam kalendar Pesta Perak 1997.


7.  Esoknya (Ahad 21 September) kami dilepaskan secara rasmi of Menteri Besar Perak (ketika itu) Tan Sri Ramli Ngah Talib. Isteri beliau turut ikut sama mengunjungi Kampung Tonggang lalu kami disambut dengan Tarian Sewang oleh Orang Asli sana.


 
Penglibatan isteri Menteri Besar iaitu  Raja Puan Sri Noora Ashikin juga harus berlaku kerana faktor Pesta Perak 1997. Hmm. Macam ingat-ingat lupa saya seperti berada dalam satu kereta dengan beliau dalam perjalanan ke Kampung Tonggang yang merupakan kampung Orang Asli Suku Temiar dekat Tanjung Rambutan dan Hulu Kinta. Teringat bagaimana kami semua disambut dengan Tarian Sewang lalu saya juga Raja Noora ikut sama menari atas balai buluh seperti kelihatan dalam gambar atas. Terasa beliau sangat merendah diri dan baik dengan saya. Apakah kerana kami sebenar ada kaitan darah keturunan diraja, satu faktor yang tidak saya sedari langsung ketika itu?

Oh. Kembali pada hal Pesta Perak 1997. Tarikh yang dapat dilihat dalam gambar iaitu 21-24 Sept nampaknya tidak mengambil kira hari pertama acara pacuan empat roda iaitu pada 20 Sept. Mungkin ia tidak dikira termasuk pesta. Mungkin pesta itu sendiri memang berlangsung 21-24 Sept.

Mungkin tarikh 20 Sept tidak dimasukkan kerana ketika itu berlaku pelepasan dari Kuala Lumpur lalu tidak ada kena mengena dengan negeri Perak. Tapi  tempoh kurang 2 jam selepas pelesan pun kami dah boleh masuk ke negeri dengan cara sampai ke sempadan di Tanjung Malim. Dan lagi dua special stages atau peringkat khas acara pacuan empat roda sebenarnya diadakan dekat Gunung Kledang di pinggir Ipoh petang itu. Jadi mungkin tarikh 21-24 Sept itu merujuk pada pesta, bukan acara pacuan empat roda.



Tentang Gunung Kledang yang terletak ke barat Ipoh apabila melihat gambar atas yang ada beberapa menara telekomunasi timbul semacam ingatan. Seingat saya ada kawasan lapang tanah merah atas bukit yang telah digondol rata lalu dijadikan tempat menguji kecekapan pemanduan kenderaan. Terasa seperti di situlah berlaku apa yang diceritakan dalam artikel 4x4  yang mana ada kereta 'terbang' lebih 2 meter tinggi. Biar disalin bahagian berkenaan tanpa dibuat terjemahan...


THE day was hot and humid. The stage, a dusty laterite hilltop, was interspersed with cracks and bushes. In the distance, something was roaring and rumbling, leaving behind a trail of dust and dry mud, as it made its way towards the plateau, the vantage point we were on. 

On the left side of the plateau, facing the distant skyline of Ipoh, was the television crew. Photographer Roslin Mat Tahir and I were sitting beside a nearby bush. Others were standing behind the route markers at one end of the plateau. 

Eager for action, our eyes were focused on the almost vertical laterite ramp in front. Will someone dare to make the jump and soar into the sky? From the roar emanating from the spectators, we knew this was definitely going to be "the jump". Yes. This was it. This was going to be a fully air-borne baby. 

And there it was. Out of the blue, a huge piece of machinery appeared, its belly fully exposed. Its four tyres spun wildly in the air. From where I was sitting, it looked as if the vehicle was a full two metres in the air. Yes! 

One second. Two seconds. It's back on the ground. Right on cue, the air was resounding with the triumphant shout of those present. No one could deny it. That was definitely one hell of a jump. 


Tetapi perenggan berikutnya menyatakan ia berlaku Ulu Kinta. Ini adalah pada hari sama selepas melawat Orang Asli di Kampung Tonggang lalu butiran nombor 9 daripada artikel Kenangan 4x4 tahun 1997 - Butiran yang harus dilanjutkan cerita pun dirujuk :-

9. Tiga special stages diadakan pada hari sama di litar latihan Polis Hutan Ulu Kinta. Selepas itu kami pun masuk ke dalam hutan lalu menginap di penempatan Orang Asli di Pos Poi lebih 50 km jauh daripada kesibukan ketamadunan.


Perjalanan sejak special stage pertama dilakukan di Gunung Kledang membawa ke special stages berikut di Hulu Kinta boleh dilakarkan seperti di atas dalam Google Map. Biar diletakkan dengan paparan muka bumi melalui satelit...




Namun lakaran tidak dapat dibuat sehingga sampai ke tempat perhentian seterusnya hari itu (Ahad 21 September) iaitu Pos Poi. Ini kerana ia tidak ada dalam sistem jalan raya Google Map. Namun program boleh menunjukkan kedudukan lalu anggaran jarak perjalanan masih dibuat kalau pandai menggunakan otak. Yang saya sendiri ingat kami sampai ke sana dengan mengambil satu jalan tanah merah selepas Tanjung Rambutan. Kemudian masuk jalan ladang kalau tak salah selepas itu baru masuk jalan balak.



Pun begitu zaman sekarang ini banyak jalan yang dahulunya tanah merah juga jalan tanah balak telah dipertingkatkan menjadi jalan tar walaupun kecil. Cukuplah untuk kereta lalu walaupun harus mengelak naik ke atas tanah apabila berselisih dengan kereta lain. Semakan lebih teliti terhadap kawasan berkenaan  dengan cara zoom in menunjukkan ada jalan raya terdekat. Nak bagi lebih jelas gunakan paparan biasa. Kelihatan tempat terdekat boleh dicapai dengan jalan adalah Masjid Bawong hampir 50 km perjalanan dari tempat special stages di Hulu Kinta...



Apabila hendak menyemak betulkah ada jalan secara fizikalnya baru gunakan kembali paparan satelit. Nah. Kelihatan memang ada beberapa jalan balak boleh meyambung ke Pos Poi...




Dengan itu betullah telahan saya bahawa mengikut sistem jalan raya yang ada sekarang Masjid Bawong adalah tempat terdapat dapat dicapai dengan kereta biasa sebelum mengambil jalan balak ke Pos Poi. Pada tahun 1997 ia dan jalan raya berkenaan harus belum wujud lagi. Yang wujud adalah sistem jalan balak yang seingat saya cuma dapat dimasuki setelah bergerak beberapa kilometer bergerak atas jalan tanah merah selepas suatu tempat di Tanjung Rambutan.



Di sini saya telah menandakan suatu tempat yang kelihatan secara mata kasar sama jarak apabila hendak dicapai dari Masjid Bawong.



Cara Google Map adalah apabila dicabut keluar tempat yang tidak boleh dicapai dengan jalan raya seperti terekod dalam sistemnya baru apa yang boleh dicapai dapat dikira jarak. Oleh itu kedudukan Pos Poi tidak kelihatan lagi dalam peta tapi jarak bagi tempat yang kelihatan sama jauh pula keluar iaitu 16.3 km. Pun begitu tak boleh pakai terus dan anggap dari Masjid Bawong ke Pos Poi sama jarak. Ini kerana jalan balaknya kelihatan lebih berliku-liku lalu panjang. 

Pengalaman saya jalan berliku seperti dapat dilihat dalam peta berbanding jalan lebih lurus seperti Masjid Bawong ke tempat yang ditanda sebagai Sungai Siput (tetapi bukan pekan/bandar Sungai Siput) biasanya panjang 1.5 kali ganda. Maka itu boleh dianggarkan jarak dari Masjid Bawong ke Pos Poi adalah 24.5 km meredah hutan.



Sekarang ambil kira jarak setakat dapat dilakarkan dalam Google Map iaitu sehingga ke Masjid Bawong sejak dilepaskan dari Ming Court Hotel, Kuala Lumpur 20 Sept. Campurkan pula jarak 24.5 km tadi dengan pusing-pusing sedikit di Ipoh, tak salah dibulatkan jadi 27 km. Campur dengan 303 sejak meninggalkan KL jadilah jumlah 330 km. Itu baru jarak, belum nilai segala macam pengalaman yang dilalui dalam perjalanan. Dan itu baru setakat ke Pos Poi lewat hari Ahad 21 Sept. Sedangkan masih ada 3 hari sebelum acara selesai lalu kami kembali ke KL.

Nota : Seronok sebenarnya membuat kerja-kerja menggali ingatan ini terutama apabila melibatkan anggaran kira-kira. Terasa sel-sel otak bersambung dalam membuat kerja... :]


Akan datang - Cerita perjalanan iktikaf terbaru bagi penghujung Ramadhan tahun 2021

Salam tengah hari Isnin 28 Ramadhan. Satu perkongsian terbaru selepas beberapa lama asyik mengeluarkan cerita-cerita perjalanan lama. 


Merujuk pada artikel Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997 - Turun dan kembali ke Kuala Lumpur yang dipersembahkan petang Jumaat lalu jam 2.52. Pada penghujungnya ada disebut begini :-


Sekarang saya harus bersiap untuk satu perjalanan baru. Saya mahu keluar beriktikaf dari masjid ke masjid di bahagian utara negeri Selangor sehingga hari Ahad 27 Ramadhan insyaallah.


Merujuk pula pada artikel Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997 yang merupakan kompilasi bagi cerita-cerita berkenaan lalu dipersembahkan pada hari sama tetapi lebih lewat jam 7.15 petang. Pada awal artikel ada disebut begini :-


Pada ketika ini saya sedang berada di Masjid Sheikh Islam di Ulu Bernam dekat Tanjung Malim. Ia adalah masjid ke-4 disinggahi sejak meninggalkan kawasan perumahan di Sungai Buaya, Rawang. Sementara menunggu waktu berbuka puasa biar dipersembahkan artikel kompilasi ini.

Sukacita dinyatakan perjalanan tersebut telah selamat diselesaikan apabila kembali ke rumah lewat malam tadi. Namun dukacita juga disebut saya fikir dapat menambah sekurang-kurangnya satu lagi malam beriktikaf di luar sana. Tetapi harus melupakannya apabila muncul arahan baru kerajaan petang Sabtu melarang rentas daerah di semua tempat di Malaysia bermula 10 Mei iaitu hari ini Isnin. Ini menyebabkan jam-jam terakhir perjalanan semalam yang meliputi tempat-tempat antara Sabak Bernam membawa ke Kuala Selangor menjadi terkejar-kejar lalu tak cukup rehat. Kalau berehat di mana-mana takut terlajak sehingga tidak sempat masuk ke sempadan daerah Hulu Selangor sedangkan keadaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) demi membendung penularan wabak Covid-19 sebelum itu telah pun menghadkan laluan perjalanan. 

Disebabkan beralamat rumah di Bandar Sungai Buaya, Rawang yang termasuk dalam sempadan Hulu Selangor saya boleh pergi ke daerah Bernam dan Kuala Selangor kerana penduduk 3 buah daerah ini sahaja di negeri Selangor yang boleh bergerak merentas antara daerah. Tetapi disebabkan larangan merentas daerah bagi 6 lagi daerah di negeri Selangor turut meliputi Gombak yang sempadan barat lautnya meliputi laluan kebiasaan saya dari Kuala Selangor kembali ke rumah iaitu laluan Ijok ke Tasik Puteri ke Rawang juga laluan Batang Berjuntai ke Batu Arang ke Tasik Puteri maka saya harus mengelak laluan-laluan berkenaan dengan masuk ke Bukit Tagar. Apapun di sini bukan tempatnya untuk memberikan butiran. Itu akan dibuat apabila sampai masa untuk berkongsi cerita-cerita berkenaan. Saya perlu menyelesaikan dahulu segala perkongsian yang perlu tentang cerita-cerita lama. Cukuplah diberitahu bahawa banyak tempat menarik dan bersejarah diliputi selain beriktikaf di masjid-masjid dan surau lalu biar diberikan senarai seperti berikut :-


1. Masjid Ulu Yam Lama (solat Asar petang Jumaat 25 Ramadhan di sini)

2. Masjid  lama Ampang Pecah (bayar zakat fitrah)

3. Masjid Kalumpang

4. Masjid Sheikh Ismail, Ulu Bernam (berbuka puasa di sini dan solat Tarawikh)

5. Masjid lama Sungai Selisek (menginap malam 26 Ramadhan)

6. Masjid Felda Gedangsa

7. Masjid Nurul Hidayah, Jalan Sungai Panjang

8. Surau al-Hidayah, Jalan Tok Khalifah

9. Surau Tok Khalifah, Jalan Tok Khalifah

10. Surau Radiah, Kampung Gandasuli (yang ni rupanya dah masuk dalam negeri Perak. Nantikan penerangan...)

11. Masjid Marzukiyah, Lubuk Pusing (solat Tarawikh di sini, menginap malam 27 Ramadhan)

12. Masjid Marzukiyah, Jalan Sepintas

13. Masjid Al-Abrar, Batu 2, Sepintas

14. Madrasah Muhammadiah, Sabak Bernam (solat Zohor di sini)

15. Masjid Kampung Baru, Sabak Bernam

16. Masjid Kampung Tebuk Mufrad

17. Masjid Parit Baru

18. Masjid Kampung Sekendi

19. Masjid lama Panchang Bedena (Cantik masjid berusia sekitar 120 tahun ini. Solat Asar di sini. Ingat hendak menginap malam 28 Ramadhan tapi apa boleh buat? Dah harus kembali ke daerah sendiri)

20. Masjid Rahmani, Kampung Permatang, Kuala Selangor (berbuka puasa di sini dan solat Maghrib)


Ingat selepas Masjid Rahmani masih larat untuk singgah ke sekurang-kurangnya 2 buah masjid lagi di Kuala Selangor. Ada singgah di Masjid Kampung Kuantan, lalu dihabiskan dahulu bubur lambuk yang diterima di Ayer Tawar, Sabak Bernam. Tapi tak masuk ke dalam masjid, setakat 'beriktikaf' di tempat letak kereta. Ingat nak solat Isyak di sini kemudian kemudian berTarawikh di Batang Berjuntai yang terletak lebih dekat dengan sempadan Hulu Selangor. Tetapi timbul rasa kepenatan amat apa lagi harus berkejar untuk masuk kembali ke sempadan daerah sendiri sebelum jam 12 malam. 

Sebelum itu ada juga terfikir mungkin boleh menginap di sebuah surau dalam daerah dekat Bukit Tagar. Saya sudah perhatikan kedudukannya sejak pagi semalam. Nampak ada pemandangan cantik kerana lalu dekat Empangan Sungai Tinggi. Cuma kedudukannya jauh dalam 11 kilometer masuk jalan ladang jauh dari jalan besar. Entah bagaimana keadaan jalan, apa lagi kalau masuk pada lewat malam dalam  keadaan sudah amat kepenatan? Lalu saya pun membuat keputusan untuk kembali terus ke rumah.

Perjalanan ini meliputi jarak hampir 400 km. Kalau campur perjalanan 'mukadimah' ke kampung isteri di Tanjung Sepat 19-21 Ramadhan jadi dalam 660 km. Di setiap masjid/surau saya sekurang-kurangnya melakukan solat Tahiyatul Masjid kemudian menghadiahkan senaksah buku ke-13 saya "Kenangan Kembara Solo Hitchhike Eropah tahun 1995" (terbit Jun 2019). Cukuplah perkongsian ini ya sebagai pembangkit selera... :]


Oh. Baru teringat. Sedikit ringkasan perjalanan setakat hingga ke masjid ke-11 iaitu Masjid Marzukiyah di Lubuk Pusing serta cerita menarik tentang kawasan berkenaan boleh dilihat melalui satu video yang dibuat di Facebook secara live atau siaran langsung pagi semalam. Hampir saya tenggelam dalam selut kerana tersilap pijak tempat (dahulunya di tengah Sungai Bernam sebelum bahagian berkenaan mengering menjadi daratan). Sila klik sini untuk menontonnya.