Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Mei 07, 2009

Sekitar reunion SMSJ Batch SPM 1987 yang diadakan di Melaka 1 Mei baru ini...

Assalamualaikum semua. Akhirnya setelah siap membuat beberapa buah artikel di ketiga-tiga blogspot saya, baru saya dapat membuat artikel ini... tentang perjumpaan semula atau reunion merangkap hari keluarga para pelajar sekolah lama saya Sekolah Menengah Sains Johor atau SMSJ bagi batch yang mengambil peperiksaan SPM tahun 1987.

Untuk makluman, sudah 22 tahun saya tidak berjumpa mereka, setelah ditendang keluar dari sekolah tahun 1986 tetapi ada singgah sebentar di sekolah pertengahan 1987. Bulan raya tahun lepas, baru saya ada berjumpa segelintir mereka... lihat artikel Open house di Ampang, barbecue geng moto beso di Rawang dan perjumpaan kawan lama SMSJ di Kajang . Reunion yang diadakan di Melaka pada 1 Mei baru ini pula adalah yang pertama dihadiri saya sejak bila-bila. Saya difahamkan ia adalah reunion kedua buat sebahagian besar mereka kerana pernah menghadiri reunion awal yang dibuat di sekolah tahun 2004 atau 2005.

Adapun saya ada mengambil sejumlah gambar yang hasilnya kurang memberangsangkan. Mungkin kerana satu, saya belum cukup cekap mengendalikan kamera digital Olympus yang dimiliki dan kedua, sepanjang tempoh hadir malam itu, saya banyak bergerak antara makan dan minum, bermain gitar atau menyanyi menghiburkan orang dan melayan perasaan sendiri selain berbual-bual dengan kawan-kawan juga sesekali menyakat anak-anak dan para isteri. Maka gambar yang diambil sendiri dijadikan isi artikel baru di blogspot BERPETUALANG KE ACEH lalu diberi tajuk Reunion of SMSJ (Johor Science School) batch SPM 1987 in Melaka tadi... sedangkan gambar-gambar yang ada di bawah ini adalah dari koleksi saudara Jamil @ Dr. Jamil, gambar yang ada terperosok di dalam komputer riba saya akibat Jamil menggunakannya untuk mengalihkan gambar dari SD card kameranya masuk ke komputer saya seterusnya ke thumb-drive, baru dapat dialihkan ke komputer lain.

Biarlah saya menerangkan cerita dan keadaan menurut gambar yang tertera ya. Dan untuk mendapatkan mood yang sesuai, biar diguna katanama engkau dan aku pada mana-mana tempat yang dirasakan kena. Mari! :]

OK. Ini adalah gambar para isteri, kalau tak salah saya le. Sebabnya saya tak pasti siapakah yang paling kiri sekali. Seingat saya dia bukan pelajar SMSJ dan saya tidak dapat memadankan dia isteri siapa. Jadi kalau bukan isteri bekas pelajar SMSJ, dia mungkin seorang saudara atau adik-beradik... (tambahan siang 7 Mei. Saya baru saja dapat teguran. rupanya paling kiri tu Rahila yang pernah sekelas dengan saya di 4M2. Alamak, tak ingat. Sori ek... :)

Adapun saya sudah terbiasa memberi nama orang dari kiri ke kanan menurut amalan biasa di suratkhabar. Dua dari kiri ialah Razlin, isteri si Muzafar diikuti isteri kepada Jamil dan seterusnya Raha, seorang bekas pelajar SMSJ yang berkahwin dengan seorang lagi bekas pelajar iaitu Sam.

Ketika gambar ini diambil, saya dan isteri masih sedang seronok menikmati angin laut di serambi tepi pantai Masjid Selat Melaka. Malam itu tidak lama selepas saya sampai tiba-tiba seorang wanita menegur: "Fly! Remember me?" . Saya tersentak sebentar kerana cuma mereka yang mengenali saya zaman kolej dan universiti sahaja mengenali saya sebagai Fly. Rupa-rupanya yang menegur saya adalah si Razlin yang merupakan junior saya semasa di kolej membuat "A" Levels dahulu!

Tak sangka dia telah berkahwin dengan rakan lama saya Muzafar. Rupa-rupanya mereka berkenalan semasa zaman kolej juga, selepas para pelajar program "A" Levels PPP/ITM dipindahkan dari Damansara Utama ke Shah Alam. Di sana terdapat pelajar program AAD yang bakal menyambung pelajaran ke Amerika. Muzafar adalah seorang pelajar program ini...

Dalam bercerita itu, terkeluar kenangan lama saya melawat Sheffield setelah lebih setahun asyik terperap di London. Razlin menceritakan saya pernah singgah ke rumahnya lalu meninggalkan sebuah beg selama seminggu. Saya ingat, saya pernah ke sana malah beberapa buah lagi rumah yang disewa kenalan-kenalan lama tetapi saya tidak ingat langsung pasal kes beg itu!


Ini pula nampak seperti orang baru selesai main terup. Dari kiri :- Tom @ Azreen diikuti Muzafar @ Amoi, Kamaruzaman @ Man Bilal dan Shamsulbahrin @ Sam. Dalam banyak-banyak yang muncul untuk reunion ini, cuma Tom sahaja sudah saya temui terlebih dahulu iaitu pada bulan raya tahun lepas seperti ada disebut dalam artikel Open house di Ampang, barbecue geng moto beso di Rawang dan perjumpaan kawan lama SMSJ di Kajang .

Tiba-tiba si Hamidon @ Midon muncul bersama anaknya. Apahal? Nampak serius semacam je? Kaki itik tercabut dalam swimming pool ke? Heh!


Dalam gambar ini muncul pula si Jamil berbaju kuning. Jamil ni dah jadi doktor pakar tut... tut...

Wei!!! Apahal ni? Aku nak tulis kerja sebenar si Jamil tapi tiap kali aku taip asyik keluar tut... tut... wooo!!! Sapa kacau sama aku punya keyboard wooiii! Lu orang censorship board mana ada jurisdiction kat komputer aku wooo!!!



Malam sekitar jam 9 baru saya dan isteri muncul. Oh, reunion ini diadakan di Shah's Beach Resort berhampiran Tanjung Keling, Melaka. Kelihatan bertenggek dalam gambar adalah Tajuddin (kiri) dan Taha @ Tahuq. Saya tak tahu Tajuddin kerja apa tapi si Tahuq ni Major Air Force (TUDM) kerja bawak helikopter...




Saya cuma dapat berlegar sebentar sahaja. Sebaik sahaja sampai di hadapan gazebo, kawan-kawan terus meminta agar saya bermain gitar dan menyanyi. Hmm... elok jugak tu. Aku pun dah lama tak jam. Lagipun kesian le kalau si Sam sorang-sorang je dok entertain engkorang semua. Dia tu punya le semangat, siap bawak gitar complete dengan 2 amp siap ngan microphone sekali.

Eh... setahu aku Sam dulu masa zaman sekolah bukan kaki gitar. Sejak bila pulak dia rajin jadi seniman ni? Dan setahu aku dulu, baik Sam mahupun isterinya Raha tak pernah couple dengan sesiapa... entah le, aku pun tak tahu cerita, dah 22 tahun tak jumpa. Cuma aku ada dengar dua-dua belajar kat local university, entah-entah sama universiti. Entah-entah time tu le si Sam belajar gitar untuk serenade si Raha. Aku tengok jugak muka si Raha bila kita dok jamming atas pentas tu. Nampaknya dia memang suka muzik sedangkan zaman sekolah dahulu rasanya Raha ni jenis minah kuat agama yang takkan layan orang dok main gitar. Hmm... jangan marah ya Sam dan Raha! :]






Sementara itu si Mamu dok sibuk pelahap kambing. Hmm... ini adalah sesuatu yang memeranjatkan. Rasanya semua masih ingat bagaimana rupa-paras Mamu zaman sekolah dahulu. Tengok-tengok dia adalah antara yang paling slim kini malah nampak awet muda. Syabas brother! Apakah rahsiamu Mamu? Teringat iklan Mamee. Sebut betul-betul. Maaa meee... sekarang sebut ni pulak. Maaaa muuuu. Heh!




Si Mamu pelahap tu satu hal. Ni apa hal pulak si Amoi duk cucuk punggung Tom dengan garfu? Nampak tak dalam gambar ni? Tengok betul-betul. Hehe! Pandai pula si Jamil carik angle. Maklumlah, doktor tut... tut... (isy... keluar tut... tut... lagi! Apa hal?)







Sementara itu saya dan Sam terus bergilir-gilir menyanyi dan bermain gitar. Sedar tak sedar banyak gak lagu rock kapak pertengahan tahun 1980an yang terkeluar. Memori wooo... walaupun saya sebenarnya sedang demam dan batuk selesema, keseronokan berjumpa kawan-kawan lama menyebabkan saya terlupa keadaan diri yang kurang sihat ketika itu...


Para isteri pula setia melayan kerenah laki-laki. Teringat zaman sekolah dedulu, selepas bebudak lelaki selesai kelas Seni Perusahaan, kita kacau bebudak pompuan di kelas Sains Rumahtangga. Kalau nasib baik dapat le kek atau kuih-muih yang baru siap... panaasss!






Tajuddin dan Tahuq pulak asyik dok kat atas tembok. Kiri sekali adalah anak sulung si Tajuddin. Katanya satu-satunya anak batch kami yang menyambung tradisi masuk belajar di SMSJ. Dalam pada itu, si Tajuddin pula sibuk memberitahu anaknya nak tahu mana jalan yang sesuai untuk fly atau panjat pagar, cabut keluar sekolah dan asrama. "Tanya le pakcik ni" katanya menunjuk pada saya. "Pakcik ni selalu fly, abah tak pernah buat". Saya tersenyum sahaja. Rasanya bebudak sekarang tak payah dah nak fly cam dulu-dulu. Sekarang sekolah lebih besar dan keadaan lebih aman. Sila lihat artikel Memori lama pahit getir SMSJ, Kluang, Johor... yang dibuat lebih setahun lalu.





Hmm... saya menyangkakan si Rozita (kanan) muncul lewat malam kerana lama kemudian baru saya ternampak. Rupa-rupanya saya yang tak perasan kerana waktu yang tertera di gambar menunjukkan dia telah muncul sejak jam 9 malam... kalau tak salah di kiri itu adalah adiknya yang datang menemani.

Melihat Rozita, tiba-tiba teringat seorang lagi rakan lama dari SMSJ iaitu Mat Niza. Niza tidak datang dan saya tidak pernah melihatnya sejak tahun 1987. Tetapi saya rasa mesti dia seronok kalau ada kerana setahu saya dia memang suka menyakat Rozita, hehe! :]




Selain melayan kawan-kawan yang sudah menghampiri umur 40 tahun, seronok juga melayan anak-anak. Ada yang sudah memiliki anak berumur 15 tahun sedangkan anak kandung sulung saya pula baru berumur 7 tahun. Kawin lambat woo... terlajak enjoy. Seperti kata Ella, "are you enjoys?" sambil meliuk-liukkan kepala, manja. Ella and the boys yek, bukan Abu Bakar Ela yang rambutnya macam Temenggung Jugah anak Barieng tu...



Sebagai penutup, ini ada satu gambar di ceruk di mana paling ramai kawan-kawan berkumpul. Saya sempat juga bercerita lama dengan mereka, antara menyelit-nyelit di gazebo 'memekakkan' telinga orang-ramai dengan alunan lagu-lagu rock kapak tahun 1980an. Pada awalnya saya banyak bercerita tentang pencarian salasilah, sejarah Melayu yang tersembunyi dan kaitan Tanah Melayu dengan peristiwa akhir zaman. Tapi semakin larut malam, kami beralih arah ke perkara-perkara yang berlaku zaman sekolah dahulu terutama selepas saya dibuang keluar.

Rupa-rupanya tidak lama selepas itu berlaku satu peristiwa yang menyebabkan tidak kurang 12 orang pelajar batch kami digantung sekolah dan 1-2, mungkin lebih dibuang terus. Terkeluar nama seorang pelajar junior berbangsa India yang kami semua suka sakat disebabkan gelagatnya yang sering mengada-ngada, selain perutnya yang teramat gendut, hehe! Disebabkan dia mengadulah ramai kemudian dihukum keras. Kata Taha, itulah asal-usul Hindraf. Walaupun kami cuma bergurau, pada mamat India tersebut perbuatan kami mungkin kelihatan seperti penindasan ala Apartheid. Lek eleh!


p/s: Ini adalah artikel ke 500 di blogspot ini. Selamat malam! :]

Rabu, Mei 06, 2009

Takdir yang mencorak perjalanan terbaru ke Melaka...

Gambar Masjid Kampung Duyung, Melaka diambil sejurus sebelum bersolat Jumaat di sana minggu lalu.


Sesuatu yang agak lucu berlaku malam Jumaat lalu di Pulau Besar. Setelah berkejar meninggalkan Kuala Lumpur selepas waktu pejabat agar dapat sampai ke jeti Anjung Batu, Melaka untuk mendapatkan feri terakhir ke Pulau Besar, saya dan isteri akhirnya sampai ke pulau itu sebelum 9 malam. Suasana di jeti pulau gelap gelita. Kecuali sedikit lampu dari bot dan 2 buah van yang menunggu, kami cuma dapat melihat kelibat orang-orang terdekat dan sedikit suasana persekitaran.

Adapun tujuan utama saya ke pulau adalah untuk menghantar 20 set buku "Berpetualang ke Aceh", atas permintaan kenalan baik di sana, Kak Nur yang ingin menjual buku untuk memenuhi masa seraya memperolehi pendapatan tambahan. Kedatangan saya dan isteri baru dimaklumkan kepada Kak Nur dan suaminya Abang Ramli petang itu juga... kerana kami tidak mahu mereka bersusah-payah bersedia menyambut kami sedangkan ada kemungkinan kami tidak dapat masuk ke pulau akibat ketinggalan feri. Sebaik sahaja feri menghampiri jeti pulau, baru saya menelefon Abang Ramli untuk memberitahu kami sudah sampai. Maklumlah, selain untuk menepati kata-kata akan datang ke situ, kami memerlukan pertolongan untuk mengangkut 20 set buku yang beratnya sekitar 30kg.

Sayangnya Abang Ramli yang dijangka datang bertemu kami dengan menaiki motosikal tidak dapat dihubungi. Sebaliknya kami cuma dapat menghubungi Kak Nur yang memberitahu Abang Ramli sudah keluar dari pondok mereka untuk menyambut. Kami naik ke atas jeti... mana dia Abang Ramli? Kelibatnya tidak kelihatan sedangkan jeti akan kembali gelap-gelita sebaiknya sahaja feri berlepas kembali ke tanah besar dan van-van yang ada menghala ke surau utama membawa penumpang yang mahu menaikinya.

Biasanya saya akan berjalan kaki sahaja untuk ke surau yang terletak bersebelahan makam Sheikh Ismail, lebih 500 meter daripada jeti... kemudian baru pergi ke pondok Abang Ramli yang terletak lagi 500 meter gitu ke satu arah. Tetapi kali ini saya membawa isteri yang sudah lebih 4 bulan mengandung selain buku-buku yang boleh tahan berat.

Ah. Nampaknya kami harus menaiki van sebelum ia berlepas. Entah selisih dengan Abang Ramli atau tidak, saya cuma dapat menyuruh isteri agar menelefon Kak Nur memberitahu kami akan menaiki van... takut Abang Ramli tercari-cari kami nanti. Entah kenapa saya memilih untuk menaiki sebuah van di hadapan walaupun van lagi satu terletak lebih dekat. Tak disangka, rupa-rupanya segala-galanya telah diatur Allah jua.

Sampai di hadapan surau orang pun mula turun dan membayar tambang RM2 seorang, Selepas semua orang lain sudah keluar, baru saya menurunkan buku. Tiba-tiba terdengar satu panggilan. "Radzi!", daripada pemandu van. Masyaallah, rupa-rupanya Abang Ramli! Baru saya ingat, dia juga ada membuat kerja sambilan memandu van mengambil penumpang di Pulau Besar. Baik dia mahupun saya tidak menyangka akan bertemu dalam keadaan begini. Dalam keadaan hampir gelap gulita di jeti saya cuma menaiki van yang ada tanpa memikirkan siapa di dalamnya sedangkan daripada Abang Ramli pula baru saya tahu, dia yang memandu untuk Resort Chandek Kura sepatutnya mengambil sejumlah penumpang lain yang turun di tepian pantai sedikit jauh dari jeti... penumpang yang menaiki bot sewa dari jeti Umbai. Sebaliknya apabila melihat penumpang yang turun di pantai tidak seramai mana, dia terfikir untuk ke jeti utama dahulu sebelum ke tepi pantai lagi. Siapa sangka dia akan mendapat penumpang penuh di jeti utama dan salah satu penumpangnya adalah saya!

Saudara dan saudari para pembaca yang dihormati sekalian. Dalam perjalanan mencari kebenaran akan hakikat alam, sering terserlah betapa segala yang berlaku, buruk dan baik semuanya telah diatur Tuhan. Perjalanan terbaru ke Melaka ini sendiri berlaku atas sebab lain sebenarnya... untuk menghadiri satu perhimpunan keluarga rakan-rakan lama dari Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ) di Kluang yang sudah 22 tahun tidak saya temui. Itupun asalnya saya tidak pasti akan ke sana. Dan saya sebenarnya risau juga tentang penerimaan rakan-rakan setelah begitu lama yang tidak berjumpa. Maklumlah di sekolah itu, pada tahun 1983 hingga 1986 (saya dibuang sekolah ketika Tingkatan Empat, tidak sempat menduduki peperiksaan SPM di sana tahun 1987) saya mengalami zaman remaja dan mula mengenal sedikit erti kedewasaan. Di situlah saya mula memberontak menjadi budak nakal yang walaupun dikenali pandai suka membuat kacau.

Saya mula mendapat tahu tentang perhimpunan ini daripada e-mail yang didatangkan dari e-group kami sejak sebulan kebelakangan. Walaupun selepas Hari Raya tahun lepas, saya sempat berjumpa sejumlah rakan lama SMSJ (lihat artikel Open house di Ampang, barbecue geng moto beso di Rawang dan perjumpaan kawan lama SMSJ di Kajang ), disebabkan hal-hal lain saya terpaksa menolak jemputan lalu 2 kali terlepas peluang berjumpa rakan-rakan lama secara beramai-ramai. Sejak itu saya berazam, jika ada lagi pertemuan akan saya cuba hadiri juga. Cuma saya tidak dapat menyatakan dengan pasti akibat sejak sebulan lalu isteri harus menghadiri kursus tertentu setiap hari Sabtu dan Ahad.

Adapun pertemuan atau hari keluarga SMSJ ini diadakan di sebuah resort di Melaka pada 1 Mei, cuti Hari Buruh. Alhamdulillah, berlaku perkembangan tertentu yang menyebabkan isteri tidak perlu menghadiri kursus hujung minggu itu. Perjalanan ke Melaka pun dirancang sejak Selasa atau Rabu. Mengingatkan pesan Kak Nur yang mahu menjual buku sejak sebulan dua lalu, rasanya eloklah digunakan peluang itu untuk turut menghantar buku. Soalnya bila, bagaimana jadual perjalanannya.

Apahal pun Ahad itu saya dan isteri perlu berada di Tanjung Sepat untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara. Kami cuma dapat meninggalkan Kuala Lumpur selepas isteri tamat waktu kerja 5.30 petang. Sempat ke sampai Melaka seterusnya jeti Anjung Batu untuk mendapatkan feri terakhir 8.30 malam, feri yang cuma akan bergerak jika terdapat lebih 7 orang penumpang pada waktu itu? Selain jarak lebih 140km yang perlu dilalui, perlu juga memikirkan kesesakan lalu lintas sepanjang jalan...

Alhamdulillah, segalanya jadi cukup teratur. Selepas menghantar buku, kami sempat bermalam Jumaat di Pulau Besar kemudian keluar ke tanah besar menaiki feri jam 12.30 tengahari. Sempat menziarahi makam Sultan Ali di Masjid Umbai kemudian melihat rumah milik "Sultan Melaka" (lihat artikel "Istana Kuning" ("The yellow palace"), Melaka... di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) ) sebelum pergi ke perigi Hang Tuah di Kampung Duyung dan melihat rumah tradisional Melayu di belakangnya. Lihat artikel Rumah tradisional (Traditional house of) Melaka, Kampung Duyung . Kemudian saya sempat bersolat Jumaat di Masjid Kampung Duyung sebelum singgah di makam Datuk Aroom dan keluarga di Bukit Beruang seterusnya Taman Mini Malaysia di Ayer Keroh untuk mengambil gambar-gambar rumah tradisional yang ada sebagai modal untuk dijadikan cerita akan datang.

Petang itu juga buat pertama kalinya saya dan isteri dapat berehat menikmati angin laut selain bersolat di Masjid Selat Melaka yang didirikan di atas Pulau Melaka, sebuah pulau buatan manusia di luar Bandar Hilir. Selepas mandi, bersiap dan solat Maghrib jamak dengan Isyak di Masjid Tengkera, baru kami ke Shah's Beach Resort berhampiran Tanjung Keling untuk menghadiri hari keluarga SMSJ. Lewat malam kami menziarahi makam Sheikh Shamsuddin, wali besar Aceh yang mangkat di Melaka sebelum menunaikan hajat untuk beriktikaf atau bermalam lagi di Masjid Kampung Hulu, tengah bandaraya. Esoknya selepas Subuh, kami berjalan keliling bandaraya sebelum pergi ke Masjid Tanjung Keling, berehat sebentar sebelum mandi... sempat singgah makam Hang Tuah sebelum pergi lagi ke Shah's Beach Resort bertemu kawan-kawan. Selepas itu baru mereka berpecah tengahari untuk membuat hal masing-masing.

Dari Tanjung Keling kami terus menyusuri pantai ke utara. Niat asal adalah untuk ke Tanjung Sepat melalui Port Dickson diikuti Lukut. Tetapi apabila mendapati jalan selepas Sungai Udang mulai sesak, kami menghala ke Alor Gajah dengan niat mahu menggunakan Lebuhraya PLUS kemudian membelok ke Lukut. Selepas Alor Gajah, timbul rasa yang kuat untuk menikmati hidangan asam pedas tetapi di mana ya? Sedangkan sepanjang berada di Melaka, kami belum terjumpa gerai menjual asam pedas yang menarik perhatian... mungkin sebab tidak tahu di mana harus dicari yang bagus. Sejurus sebelum sampai ke laluan masuk ke lebuhraya, kelihatan sederet rumah kedai. Rasanya yang terakhir sebelum meninggalkan Melaka melalu lebuhraya. Saya pun masuk ke sana... tengok-tengok terjumpa sebuah restoran yang menyajikan masakan asam pedas ikan pari dan lagi satu ikan apa entah, lupa dah yang amat menyelerakan.

Makan tengahari sedikit lambat yang memuaskan itu membuat saya dan isteri terasa tidak perlu terkejar-kejar untuk ke Lukut mahupun Tanjung Sepat. Oh... isteri saya teringin untuk ke Lukut kerana mahu menziarahi makam Raja Jumaat. Lalu kami membuat keputusan untuk mengambil jalan lama ke Negeri Sembilan... sempat menziarahi makam Dol Said dan bersolat serta berehat di Masjid Naning malah sempat ke Rembau menziarahi seorang makcik yang sering dijadikan isteri tempat mengambil nasihat.

Kami sampai ke makam Raja Jumaat di Lukut sekitar jam 5 petang sebelum masuk ke Selangor melalui Sepang lalu terus ke Tanjung Sepat melalui Sungai Pelek dan Bagan Lalang. Cuba kira, berapa banyak lokasi kami sempat pergi dalam perjalanan ke Melaka kali ini... dan beberapa banyak perkara dapat kami selesaikan, dari bab bertemu rakan-rakan lama yang telah 22 tahun tidak ditemui, menghantar sejumlah buku, bermalam di Pulau Besar, beriktikaf di Masjid Kampung Hulu dan sebagainya, dalam perjalanan yang asalnya dibuat cuma untuk bertemu kawan lama.

Kiralah sendiri. Bukan apa... saya mahu anda memikirkan. Di kala saya lihat di forum-forum Internet kelihat begitu ramai yang suka berbual-bual dan berbincang mahu ke Pulau Besar lah, Gunung Jerai lah, Gunung Ledang, makam ini, makam itu, masjid ini, masjid itu sedangkan apa yang saya lihat, seringkali mereka terus berbincang dan kemudian bertekak sahaja tanpa menimbulkan apa-apa faedah yang konkrit. Ada yang saya lihat sejak dua tahun sering bertekak tapi sampai kini tidak pernah pun sampai ke tempat-tempat yang katanya mereka ingin pergi, tempat yang saya sendiri sudah ziarahi beberapa kali walaupun harus berjalan kaki seorang diri dalam kegelapan malam. Dalam tempoh satu hujung minggu sahaja saya dan isteri yang sedang sarat mengandung dapat pergi ke banyak lokasi yang boleh dikira keras. Sebab apa? Sebab takdir Allah belaka! Tetapi untuk melalui takdir yang begini teratur haruslah lebih banyak berbuat dari bercakap. Kalau dah buat baru boleh bercerita tentang sesuatu... kalau tidak, takut teori aje banyak, praktikalnya tiada. Cerita aje tinggi-tinggi, pasal ilmu ini le ilmu itu, pasal Tasawuf Muntahi le tapi hakikat sebenar diri adalah jauh panggang dari api...

Selepas ini baru boleh dibuat posting tentang pertemuan rakan-rakan lama dari SMSJ. Sekian!


Cerita An-Nur - Ke Perak untuk berbincang hal buku

Pemandangan Sungai Kinta di tengah bandaraya Ipoh, daripada artikel Perjalanan pusing Perak daripada Sungai Siput... Penat-lelah menyajikan satu perjuangan untuk semua. yang ditulis lebih setahun lalu.


Awal malam tadi saya telah membuat satu artikel bertajuk Remembering the "A" Level college days. The radio station at 51C di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Sekarang sampai giliran untuk menyambung cerita nostalgia pengalaman lama di sini pula... bersambung daripada artikel Cerita An-Nur - penerimaan yang memberangsangkan keluarga di Segamat .

Pada penghujung artikel itu ada disebut...

Apabila mendapat tahu saya juga dalam proses untuk mendapatkan penerbit buku untuk satu manuskrip cerita yang sudah pun siap ditulis, si ayah berjanji akan cuba menolong mendapatkan penerbit. Rupa-rupanya dia juga sedang mencari seorang penerbit untuk penulisannya sendiri yang sudah dimulakan lebih 2 tahun sudah. Dan baru sebulan dua itu, dalam satu acara seminar yang melibatkan hal-hal sastera Melayu, dia terjumpa seorang pemilik syarikat penerbitan buku yang katanya berminat untuk melihat hasil tulisannya. Dan dia berjanji akan mengenengahkan penulisan saya kepada orang itu.

Setelah beberapa hari di Segamat diterima baik keluarga An-Nur, sampailah masa untuk ke Ipoh, Perak berjumpa orang yang dimaksudkan. Pada suatu pagi, saya, An-Nur dan kedua ibu bapanya berlepas dalam satu kereta, si ibu dan bapa bergilir memandu kereta... jika si ibu memandu maka An-Nur duduk di hadapan bersebelahannya, jika si bapa memandu, saya pula di hadapan. Eloklah menjaga adab agar saya dan An-Nur tidak dibiarkan duduk bersebelahan berdua sahaja...

Saya tidak berapa ingat apa yang berlaku sepanjang perjalanan kecuali bapa An-Nur banyak memberi nasihat selain menyuruh saya agar mengamalkan ayat-ayat tertentu. Katanya agar jiwa saya tenang, tidak kacau. Rasanya dia tentu nampak keadaan saya ketika itu yang kurang terurus... tetapi tetap menerima saya kerana dapat membawa An-Nur kembali ke pangkuan keluarga dalam keadaan dia lebih bersedia untuk menjadi seorang muslimat yang taat. Lagipun An-Nur juga sebenarnya kelihatan kurang terurus. Mungkin keadaan akan lebih baik apabila kami sama-sama berganding bahu menangani cabaran hidup?

Ha... baru ingat. Kami bergerak ke Ipoh pagi Jumaat. Saya ingat ini kerana saya dan bapa An-Nur sempat bersolat Jumaat di Ipoh, di kawasan mana entah, dah lupa tetapi sudah dekat dengan pejabat orang yang mahu ditemui, orang yang katanya memiliki sebuah syarikat penerbitan bumiputera. Dipendekkan cerita, selepas bersolat kami pun bertemu dengan orang yang dimaksudkan di pejabat. Kami disambut penuh hormat... seperti menyambut saudara-mara jauh. Rupa-rupanya tuan punya syarikat, seorang haji berumur sekitar 60 begitu juga ada mengkaji bab salasilah keturunan yang melibatkan Ahlul Bait. Sedangkan bapa An-Nur memang seorang Sayyid dan ibunya seorang Sharifah.

Kami diajak makan tengahari sebelum meneruskan perbualan di dalam pejabat. Bapa An-Nur pun menyebut tentang buku yang sedang saya usahakan, sebuah buku tentang perjalanan mencari salasilah keluarga yang membawa kepada penemuan beberapa cerita sejarah Melayu Islam yang tersembunyi dan tuan penerbit pun berminat. Masalahnya ketika itu saya tidak memiliki hardcopy buku, cuma ada cerita dalam komputer. Terpaksalah saya cuba mencetaknya menggunakan komputer di pejabat yang ternyata agak kuno dan bermasalah. Nasib baik saya ada membawa komputer riba, boleh juga cuba disambungkan dengan printer yang ada. Tetapi banyak juga masalah compatibility kerana komputer saya lebih canggih berbanding printer.

Akhirnya dapat juga saya mencetak satu bab yang dirasakan sesuai, bab dalam buku yang mula memperkenalkan watak legenda Perak yang dikenali sebagai Keramat Kuala Bidor. Tetapi proses yang terpaksa dilakukan secara ad-hoc agar dapat mencetaknya banyak memakan masa. Akibatnya saya tidak dapat mengikut tuan penerbit dan bapa An-Nur keluar. Bila dah balik, baru saya tahu mereka rupa-rupanya pergi berjumpa Mufti Perak, Datuk Harussani. Rugi juga rasanya... kalau ke sana mungkin dapat bercerita banyak perkara...

Ah... baru saya ingat lagi apa yang berlaku. Dalam artikel Cerita An-Nur - ke Segamat bersama jodoh baru? Dan lisan agama dan keturunan yang keluar daripadanya... dan Cerita An-Nur - penerimaan yang memberangsangkan keluarga di Segamat ada diceritakan keadaan An-Nur yang ada ketikanya seperti kesurupan dirasuk makhluk halus. Sepanjang perjalanan ke Perak, kelihatan An-Nur lebih normal, cuma seperti biasa dia selalu bercakap macam-macam perkara tak henti-henti. Ketika di pejabat penerbit di Ipoh, kelihatan dia seperti ingin membuat perangai dirasuk orang lagi. Sesekali ibunya akan menenangkan. Kemudian dia ada meraung-raung... rupa-rupanya kena sakit gigi daaa. Pulak... macam-macam! Saya pula memerhati dengan rasa kasihan, rasa sayang pun ada. Maklumlah An-Nur kan bakal menjadi isteri? Gila pun gilalah. Mungkin selepas bernikah nanti baru dia betul-betul akan waras kembali fikir saya.

Apapun lawatan ke Perak untuk berbincang hal buku itu berlalu dengan aman dan sentosa. Tak sangka pula apabila kembali ke Kuala Lumpur nanti, baru An-Nur betul-betul membuat perangai sehingga hampir dimasukkan ke wad gila! Bersambung nanti...

Isnin, Mei 04, 2009

Nostalgia Sekolah Menengah Sains Johor...

Di atas adalah sebuah gambar lama yang 'diceduk' daripada website tidak rasmi batch saya, batch bebudak Sekolah Menengah Sains Johor yang ambik SPM tahun 1987. Alamatnya ialah http://www.angelfire.com/oh/smsj87/ . Kedua dari kanan (berbaju biru) adalah saya. Kalau tak salah ingatan, gambar ini diambil pada tahun 1985 dalam satu ekspedisi memanjat Gunung Lambak (tinggi kurang sikit dari 1,700 kaki) di Kluang, Johor, ketika kami masih di Tingkatan Tiga.

Adapun saya sebenarnya baru kembali dari berjalan keluar 3 hari bersama isteri melawat tempat-tempat tertentu di Melaka, sebelum kami bermalam di kampung isteri di Tanjung Sepat dan malam tadi singgah di rumah seorang rakan lama di... alamak lupa nama kawasannya tetapi letaknya antara Bangi dengan Nilai. Di Melaka kami sempat tidur satu malam di Pulau Besar kemudian satu malam lagi di Masjid Kampung Hulu di tengah bandaraya. Perjalanan ini sendiri tidak akan terjadi jika tidak kerana satu pertemuan penting kawan-kawan lama. Jika tidak kerana itu, kemungkinan besar sepanjang hujung minggu ini saya setakat duduk di rumah akibat demam selsema serta batuk yang melanda sejak seminggu kebelakangan.

Beginilah... biar disebut perjalanan ke Melaka yang turut membawa ke beberapa tempat lain itu berlaku kerana satu majlis family day @ reunion yang diadakan di sana. Lalu dapatlah saya berjumpa dengan sejumlah rakan-rakan lama dari Sekolah Menengah Sains Johor, Keluang yang akhir sekali ditemui tahun 1987, 22 tahun lalu! Tetapi saya masih kepenatan untuk betul-betul membuat cerita. Cuma 'penemuan' gambar lama di ataslah yang menyebabkan saya ingin membuat posting pembukaan ini. Itu sahaja...

Sementara menunggu saya rasa lebih selesa untuk membuat postings baru terutama tentang reunion itu sendiri, sila lihat artikel Memori lama pahit getir SMSJ, Kluang, Johor... yang ditulis Februari 2008, lebih setahun lalu. Boleh kata artikel inilah yang menyebabkan beberapa orang rakan lama kembali menghubungi saya setelah begitu lama tidak mendengar khabar berita. Kemudian baru saya dapat tahu tentang kewujudan website tidak rasmi seterusnya e-group dan mailing list yang membawa kepada reunion baru-baru ini. Sekian, selamat malam... eh, selamat pagi buta! :]

Khamis, April 30, 2009

Misteri rumah Kutai... apakah yang ingin disampaikan?

Ini adalah gambar sebuah rumah Kutai yang saya temui apabila membuat Google image search di Internet lebih kurang seminggu lalu. Ketika itu saya baru sahaja kembali dari satu pertemuan dengan saudara-mara yang berasal dari susu-gulur keturunan raja/pahlawan yang sama dan baru mendapat tahu kenapa rumah-rumah lama di Perak terutama yang banyak terdapat di sekitar Pasir Salak, kawasan Datuk Maharajalela membunuh Residen British J.W.W. Birch tahun 1875 dipanggil sebagai "rumah Kutai". Yang menarik adalah catatan bersama gambar dalam sebuah website kelolaan satu jabatan kerajaan di Sabah ini menyebut bahawa rumah Kutai memiliki ciri-ciri rumah tradisional Aceh dan Bugis. Sila lihat artikel Asal-usul rumah Kutai di Perak (The origin of the rumah Kutai in Perak) yang dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) Jumaat lepas.

Adapun untuk memuatkan gambar ini ke dalam blogspot, saya harus terlebih dahulu menggunakan proses save as untuk menyimpannya di dalam komputer sendiri sebelum ia dapat diupload atau dimuat-turun ke dalam blogspot. Begitu juga yang harus dibuat untuk beberapa buah gambar yang diambil daripada Internet lalu dimuatkan pula ke dalam mana-mana blogspot saya. Petang semalam, tiba-tiba saya terasa mahu membuang kesemua gambar-gambar dari Internet yang ada tersimpan di dalam komputer. Ketika itulah berlaku satu perkara yang seolah-olah ingin menunjukkan sesuatu kepada saya!

Ini pula adalah gambar satu kawasan di tepian kuala Sungai Perak yang diambil menggunakan kamera digital lama saya. Lihat artikel Perjalanan terbaru ke Perak... Sambungan cerita ke Beting Beras Basah, tempat pertabalan Sultan Perak! , lihat juga artikel Kamera digital murah ku juga "bersara" akhirnya! yang memaparkan nostalgia jasa kamera lama.

Adapun bahagian tengah gambar ini yang memaparkan bendera-bendera Perak berserta pondok tempat raja berehat telah dijadikan desktop background komputer riba saya kini sejak ia dibeli pertengahan tahun lalu. Malah gambar yang sama juga turut menjadi desktop background komputer riba lama sejak sebulan-dua sebelum itu. Lihat artikel Komputer laptop TwinHead 12D hadiah daripada Nur. Mengenang jasa besarnya...

OK, berbalik pada apa yang berlaku petang semalam. Saya cuba memadamkan kesemua gambar yang pernah diambil dari Internet lalu disimpan di dalam file picture. Komputer pun membuang kesemua gambar ke dalam recycle bin... kecuali satu, gambar rumah Kutai di atas. Katanya ia sedang digunakan satu program, sebab itu ia tidak boleh dipadamkan.

Saya cuba lagi. Sekali, dua kali, berkali-kali... masih tidak berjaya. Aitt??? Bila masa pula saya ada membuka gambar rumah Kutai ini dalam apa-apa program. Saya pun mengalah lalu menutup semua windows dengan niat mahu menutup terus komputer. Terperanjat besar saya apabila mendapati gambar rumah Kutai itu sudah tertera besar menjadi desktop background menggantikan gambar lama di Beting Beras Basah!

Bagaimana ini boleh berlaku tanpa saya sendiri meletakkanmya begitu secara sedar? Sudah setahun saya menggunakan gambar di tepian Beting Beras Basah sebagai penghias komputer riba, kenapa tiba-tiba boleh naik gambar rumah Kutai tanpa dipinta? Atau ada sesuatu perkara tersirat yang ingin disampaikan dengan kekuasaan dan kebijaksanaan Allah?

p/s:
Besok Jumaat 1 Mei kita akan menyambut Hari Buruh. Sempena cuti panjang yang bersambung hingga hujung minggu, saya dan isteri akan berlegar-legar di sekitar Melaka. Insyaallah kami akan bermalam di Pulau Besar juga Masjid Kampung Hulu. Sekian! :]

Susah-payah mempromosi/menjual buku (sehingga perlu lari-lari) di pesta buku...

OK. Sebenarnya artikel ini mahu dibuat sejurus selepas Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 tamat Ahad malam Isnin lalu. Tetapi saya rasa harus melepaskan satu lagi bahagian tentang cerita An-Nur di blogspot ini juga satu lagi bahagian tentang kenangan zaman kolej "A" Levels di blogspot BERPETUALANG KE ACEH diikuti satu cerita ringkas tentang lumba basikal di sana dan ini cuma dapat dibuat semalam. Maka seharusnya artikel ini boleh dibuat semalam bukan? Sebaliknya selesai sahaja membuat cerita-cerita itu, saya mendapati jumlah keseluruhan posting di blogspot ini sudah mencapai 494 dan BERPETUALANG KE ACEH 313 sedangkan blogspot saya yang lagi satu SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) sudah mencapai jumlah 222 sejak Jumaat lalu.

Nombor-nombor yang cantik ini menyebabkan saya terasa eloklah jumlah ini dibiarkan begitu buat suatu waktu sebelum membuat apa-apa penambahan. Kebetulan pula sebaik sahaja saya selesai menyiapkan artikel terbaru "Cerita An-Nur" lalu menekan butang publish untuk menyiarkannya, jam di komputer menunjukkan 1.31 pagi. Hari ini selepas Zuhur, rasanya cukuplah jumlah-jumlah itu dibiarkan. Sekarang baru boleh dibuat penambahan melalui artikel ini. Mari! :]


Ini adalah gambar gerai ad-hoc mempromosi dan menjual buku yang saya dirikan sempena pesta buku di PWTC sejurus sebelum saya diminta beredar pada petang Sabtu. Sebenarnya gerai ini didirikan dengan meminjam meja yang ada di kawasan dalaman PWTC ini. Gerai sebegini berhampiran tempat yang sama pernah saya dirikan ketika hari-hari terakhir perhimpunan terbaru UMNO sekitar sebulan lalu dan semasa pesta buku ini saya telah mendirikannya pada petang Isnin lepas diikuti petang Rabu.

Alhamdulillah lokasi ini cukup cantik dengan lampu-lampu kuningnya, ruangan di sekitarnya cukup luas dan tidak begitu sibuk berbanding ruangan yang memang disediakan untuk para penyewa gerai di pesta buku. Sambutan juga amat menggalakkan. Selain datang para pembeli, ada yang sekadar mahu berbual-bual bercerita tentang sejarah Melayu dan Islam terutama mereka yang sudah lama mengikuti siri novel "Berpetualang ke Aceh".

Sebenarnya petang Rabu ketika mendirikan gerai lagi, beberapa pekerja dan pengawal keselamatan PWTC telah bertanya apakah kebenaran yang saya dapat untuk mendirikan gerai ini. Saya pun berterus-terang cakap mendirikannya secara curi-curi. Maklumlah, saya sekadar penulis dan penjual buku secara jalanan, buku pun cuma ada 3 tajuk dan 1 tajuk DVD. Tak berbaloi le jika saya menyewa sebuah gerai walaupun kecil seperti orang lain. Nasib baik mereka memahami dan sudi membiarkan sahaja. Tetapi petang Sabtu, setelah agak lama gerai ini mendapat sambutan dan 6 set buku "Berpetualang ke Aceh" berjaya dijual dalam tempoh 2-3 jam, saya diminta agar menutup gerai. Katanya ada orang mengadu... tak tahulah pasal apa sangat nak mengadu.


Saya pun beralih ke satu lokasi lain di dalam dewan bawah. Sebenarnya lokasi ini telah saya perhatikan sejak beberapa hari sebelum itu tetapi saya belum memakainya kerana lokasi di luar tempat saya mendirikan gerai awal sebelum diminta tutup kelihatan lebih menarik. Terperanjat isteri saya apabila datang jam 7 petang lalu mendapati saya sudah beralih tempat. Saya pula sudah bersedia untuk ini... maklumlah, mendirikan gerai secara curi-curi... perlulah bersedia untuk "berlari-lari"!

Gerai baru ini terletak berhadapan gerai Karnadya dan gerai Pekan Ilmu. Seperti ada disebut dalam artikel Pesta buku dan siri "Berpetualang ke Aceh" pihak Karnadya ada mengajak saya menggunakan gerai mereka. Maklumlah kami bukan sahaja sudah rapat seperti keluarga, Karnadya juga adalah penerbit buku terbaru saya "Rumah Azan" yang baru dilancarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada hari Isnin sempena pesta buku.

Saya masih cuba mengelakkan dari menggunakan gerai Karnadya kerana satu, saya segan dengan budi baik mereka, kedua saya mahukan ruangan sendiri yang tidak mengacau orang lain. Adapun gerai baru ini dibina di dalam kawasan sebuah gerai agak besar yang disewa satu penerbit lain tetapi pihak mereka nampak kurang aktif mempromosikan buku. Sejak pertama kali datang untuk pesta buku ini hari Isnin saya mendapati sedikit sahaja buku dipamirkan mereka sedangkan para pekerjanya sekadar duduk melangut di satu sudut... sudut di mana saya mendirikan gerai baru pula kelihatan seperti tidak terpakai langsung.

Petang Sabtu itu memang ia tidak terpakai. Apa yang berlaku adalah buku-buku yang ada di situ hilang kesemuanya! Hilang wooiii... kenapa? Tak percaya ke? Yang tinggal cuma 4-5 buah yang terjatuh ke bawah. Mengapa perkara pelik ini boleh berlaku? Pada mulanya ada yang menganggap mungkin ada orang dalam memang mahu mencuri buku. Tetapi buku-buku yang ada bukanlah menarik sangat... dah lah kebanyakannya ditulis dalam bahasa dan tulisan entah apa-apa yang saya langsung tidak faham.

Rupa-rupanya, akibat bosan kerana kurang sambutan, para pekerja di situ, rasanya cuma 2-3 orang sahaja telah keluar berjalan-jalan melihat keadaan tempat lain di pesta buku lalu membiarkan ia tidak terjaga. Para pengunjung ke pesta buku yang kepenatan pula lalu-lalang kemudian menggunakan gerai itu sebagai tempat berehat... ada yang kelihatan berbaring-baring di lantai berpermaidani hijau bersama keluarga. Oleh kerana tempat itu tidak berjaga, ada menyangkakan buku-buku yang terdapat di situ adalah percuma. Apalagi... ramailah yang menyambarnya sehingga habis... cuma tinggal 4-5 buku yang terjatuh di balik para!

Para penjaga gerai pulang lalu mendapati buku-buku mereka telah hilang. Jadi untuk apa lagi mereka menunggu? Maka apalah salahnya pula saya menggunakan sedikit ruang untuk membuka gerai sendiri? Cuma masalahnya tiada power point atau sumber kuasa eletrik berdekatan untuk saya menghidupkan komputer riba.


Malam sikit hari itu juga, pihak pengelola pesta yang petang Sabtu meminta saya menutup gerai di luar telah datang ke tempat baru. Rupa-rupanya mereka sedang menyelidik apa yang telah berlaku di tapak jualan itu... mengapa buku-buku di situ boleh hilang kesemuanya! Setelah beberapa ketika mereka memaklumkan bahawa tempat itu akan dibiarkan menjadi tempat berehat para pengunjung. Oleh itu, saya harus bersedia untuk mencari tempat lagi baru untuk esoknya hari Ahad.

Di atas ialah gambar gerai terbaru saya, gerai ketiga untuk pesta buku ini. Akhirnya saya harus berpindah masuk ke satu sudut gerai Karnadya juga. Nasib baik mereka memang sedia menerima. Cuma saya rasa sedikit tersepit kerana gerai itu memang sering dikunjungi ramai yang mahu membeli novel-novel cinta dan remaja.



Walaupun pihak Karnadya membenarkan saya mendirikan poster promosi buku "Berpetualang ke Aceh" di tepian gerai mereka, saya tetap terasa segan dan tidak mahu mengacau. Maka itu saya dirikan sahaja poster di seberang gerai Karnadya, iaitu di gerai tempat saya mempromosi/menjual buku Sabtu malam Ahad. Ada nampak poster di belakang?




Sebenarnya betul-betul di belakang saya (lihat kerusi putih di sebelah komputer riba) ada satu tempat yang sangat sesuai untuk diletakkan poster tanpa mengacau langsung pihak Karnadya... tetapi selepas Zuhur baru saya tergerak menggunakannya, hehe!





Digandingkan dengan satu lagi poster yang diletakkan betul-betul di seberang, akhirnya gerai baru saya kelihatan begitu menjadi! Cuma kedudukan poster berdekatan gerai itu sebenarnya menutup poster orang, poster gerai di belakang milik seseorang yang suka bercerita dalam buku-bukunya akan betapa hebatnya hidup sebagai seorang jutawan selain suka memaparkan gambar-gambar mukanya dengan besar di setiap buku dan poster...

Kemudian baru saya ternampak orang ini datang memerhatikan keadaan. Ya lah, saya kan dah tutup poster besar mukanya dengan poster saya, hehe! Saya cuma angkat tangan lalu memberitahu ingin menumpang poster saya buat sementara. Dia mengangguk sahaja. Beberapa minit kemudian, baru ada seorang pekerjanya memberitahu yang majikannya meminta saya menurunkan poster daripada tempatnya. Saya pun akur... cukuplah sedikit masa yang diberikan, hehe!

Di sini saya ingin mengucapkan terimakasih kepada setiap pengunjung yang mendatangi gerai saya samada untuk membeli buku mahupun sekadar berbual-bual berkenalan. Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan. Walaupun sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 yang berlangsung selama 10 hari ini saya cuma datang membuka gerai 4 hari sahaja, itupun selalu lambat lepas Zuhur dan di gerai "curi-curi" yang boleh beralih-alih tempat, hampir 80 naskah buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" berjaya dijual dan lebih 20 DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" turut dibeli orang sehingga habis segala stok yang ada.

Satu lagi perkembangan yang memberangsangkan adalah penjualan buku mewah atau coffee-table book "Rumah Azan" buku ke-empat saya oleh pihak Karnadya. Walaupun buku ini dijual pada harga RM75 (ada masa pula RM85, tu yang saya tak faham tapi masih elok le berbanding harga pasaran RM108 yang dicadangkan), semua stok yang ada untuk pesta buku juga turut licin dibeli orang!

Ini melangkaui jangkaan awal Karnadya kerana buku itu baru sahaja dilancarkan dan itulah pertama kali mereka menjual buku sebegitu mahal. Mereka sekadar berharap dapat mempamirkan buku agar dilihat orang, tak menyangka pun ia akan mula dibeli apalagi sehingga licin stok awal 40 buah buku yang sempat dicetak untuk pesta buku ini. Untuk makluman, "Rumah Azan" baru masuk kilang percetakan 2 minggu sebelum pesta... stok seterusnya cuma akan siap dalam tempoh seminggu dari sekarang. Sementara itu banyak pihak termasuk kontraktor penjual buku, pengedar malah pihak perpustakaan luar dan dalam telah menyatakan minat dan membuat tempahan. Sekian! :]


Rabu, April 29, 2009

Cerita An-Nur - Penerimaan yang memberangsangkan keluarga di Segamat

Gambar pusat bandar Segamat daripada artikel Segar yang amat sangat di Segamat... Ya ke? yang dibuat Januari tahun lepas.


Bersambung dari artikel Cerita An-Nur - ke Segamat bersama jodoh baru? Dan lisan agama dan keturunan yang keluar daripadanya... . Setelah sekitar 3 jam, mungkin lebih menaiki keretapi dari Kuala Lumpur membelah malam, saya dan An-Nur pun sampai ke Segamat. Ibu bapanya sudah dihubungi sejurus sebelum sampai lalu si ibu mengambil kami di stesyen keretapi sebelum menuju terus ke rumah.

OK. Banyak perkara yang berlaku saya sudah tidak ingat turutannya lagi. Apapun, apa yang dapat saya ingat biarlah dilepaskan atas proses untuk meluahkan apa yang terbuku di dada, perkara-perkara yang mungkin mengganggu aliran tenaga dalaman akibat sudah begitu lama dilupakan sedangkan ia sebenarnya menjadi seperti butiran pasir yang menyumbat saluran darah... semakin lama dibiarkan semakin teruk kesan memakan dalaman. Yang pasti kehadiran saya diterima dengan baik oleh seisi keluarga An-Nur termasuk adik-adiknya, kalau tak salah ingatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Saya tak pasti hari pertama ke hari kedua... dua orang kawan An-Nur yang sebenarnya berasal dari Sabah kalau tak salah ingatan ada datang bertandang ke Segamat lalu saya 'ditugaskan' menjadi supir membawa kereta untuk mengambil juga membawa mereka berjalan. Sebenarnya kawan-kawan yang pernah belajar satu UiTM dengan An-Nur itu sedang dalam perjalanan keretapi ke tempat lain. Entah mengapa An-Nur mahu sangat agar mereka singgah di Segamat walau satu malam. Yang pasti dia kelihatan begitu bangga memperkenalkan saya kepada mereka.

Ibu dan bapa An-Nur pula mungkin dapat menerima saya dengan begitu baik dengan tangan yang terbuka luas kerana beberapa faktor. Selain mendapat tahu saya adalah seorang graduan matematik daripada London, pernah menjadi wartawan di akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times, pernah menulis dan menyunting isi buku-buku penulis politik S.H. Alattas dan cukup peka akan hal-hal berkaitan Ahlul Bait anak cucu keturunan Nabi, saya rasa mereka lebih tertanya-tanya bagaimana saya dapat 'mengendalikan' An-Nur sehingga dia jadi begitu 'jinak'. Sebenarnya gadis ini ada masalah dengan keluarga terutama dengan bapa dan ini dapat saya lihat melalui perbualan pertama kami di tepi sungai di Janda Baik sekitar 3 minggu sebelum itu. Oleh kerana saya sendiri ada masalah keluarga terutama dengan bapa, sejak itu saya berazam akan cuba memperbaiki hubungan An-Nur dengan bapanya.

Dari bapanya saya dapat tahu An-Nur agak liar dan suka memberontak. Akibatnya dia banyak mensia-siakan zaman belajarnya di UiTM dengan membuat perkara yang bukan-bukan sedangkan gadis ini saya lihat boleh tahan tinggi tahap kepandaian semulajadinya. Dari An-Nur pula saya mendapat tahu dia memberontak akibat apa yang berlaku antara ibu dan ayahnya semasa dia masih kecil lagi. Lalu saya pun bertindak menjadi orang tengah dalam menyatakan apa yang terbuku dalam hati ayah kepada si anak dan apa yang terbuku dalam hati anak kepada sang ayah, perkara-perkara yang mungkin sudah jadi begitu susah untuk mereka sendiri berterus-terang menguraikan apa yang tersimpul di dada akibat sudah bertahun-tahun berselisih faham dan saling marah-marah.

Yang pasti, saya dapat melihat ibu dan bapanya menganggap kehadiran saya sebagai pengaruh yang baik terhadap anak gadis mereka. Ayahnya pernah menyebut, selama ini An-Nur bukan sahaja asyik berselisih dengan mereka hingga tidak suka balik ke kampung... dia juga tidak mahu bersolat apalagi hendak memakai tudung. Tup-tup tiba-tiba gadis ini balik ke Segamat dengan saya berjumpa ibu bapanya malah sanggup meminta maaf atas segala kesalahan lalu. Dan dia juga rajin bersolat, membaca Quran dan sedia memakai tudung litup tanpa disuruh.

Saya cuma tersenyum sahaja. Saya pun tak tahu bagaimana ini semua boleh berlaku. Ibu bapanya menyangkakan kami sudah lama berkenalan. Terperanjat besar mereka apabila mendapat tahu pertemuan saya dengan An-Nur di stesyen keretapi Kuala Lumpur untuk ke Segamat adalah pertemuan kami yang kedua.

Saya tidak ingat apakah kata-kata sebenar mereka yang menyatakan mereka sudah menerima saya sebagai bakal menantu. Yang saya pasti setelah 2-3 malam di situ memang mereka bercakap dengan saya seperti bercakap dengan bakal suami An-Nur. Gadis itu pula sampai bertanya apakah kami harus berkahwin dalam masa terdekat atau menunggu dia menyambung kemudian habis belajar. An-Nur sudah lama menyimpan hajat untuk menyambung pelajaran di UIA.

Berkenaan penerimaan ibu bapanya terhadap saya sebagai bakal menantu, saya teringat satu peristiwa. Adapun dalam telefon bimbit saya ketika itu (hilang dah...) tertera gambar saya sedang mendokong anak perempuan ketika dia berumur 2 tahun. Saya juga ada menyimpan gambar anak ketika berumur 6 bulan, satu-satunya gambar yang saya miliki diberi oleh bekas isteri. Sesekali saya akan mengeluarkan gambar dari dalam bag lalu mengucupnya. Begitu juga biasa dilakukan apabila membuka telefon bimbit lama yang boleh dilipat dua.

Satu hari selepas berehat di luar rumah, saya masuk melalui pintu hadapan. Seketika itu juga ternampak An-Nur sedang menutup telefon bimbit saya yang ditinggalkan di ruang tamu sambil kedengaran suaranya seperti merungut "Huuhhh!" gitu. Tidak lama kemudian, gambar anak saya pula hilang. Cuma ketika itu saya tidak mengesyaki apa-apa.

Lama kemudian baru terfikir mungkin An-Nur yang mengambilnya kerana sudah beberapa kali dia menggeladah barangan saya. Maklumlah, sesekali dia akan berperangai seperti orang hilang akal yang seperti kesurupan dirasuki makhluk halus, ada masanya cakap banyaknya keluar melampau-lampau. Saya menganggap ini semua sebagai satu proses pembetulan saikologi yang mungkin terpaksa dilaluinya setelah lama memberontak membawa diri keluar dari lingkungan sokongan keluarga. Lagipun saya tetap harus menerima keadaannya. Bukankah dia bakal isteri? Baik buruk, saya cuma berdoa agar keadaan berubah semakin baik nanti...

Saya tak ingat bagaimana peristiwa seterusnya berlaku. Yang saya ingat, selepas berbual perkara lain pernah sekali tiba-tiba ibunya menegur: "Tak payahlah diingat sangat anak dengan bekas isteri tu. Kan boleh buat anak baru nanti?"

Rasanya cukuplah ini untuk membayangkan betapa saya sudah diterima sebagai bakal menantu. Apabila mendapat tahu saya juga dalam proses untuk mendapatkan penerbit buku untuk satu manuskrip cerita yang sudah pun siap ditulis, si ayah berjanji akan cuba menolong mendapatkan penerbit. Rupa-rupanya dia juga sedang mencari seorang penerbit untuk penulisannya sendiri yang sudah dimulakan lebih 2 tahun sudah. Dan baru sebulan dua itu, dalam satu acara seminar yang melibatkan hal-hal sastera Melayu, dia terjumpa seorang pemilik syarikat penerbitan buku yang katanya berminat untuk melihat hasil tulisannya. Dan dia berjanji akan mengenengahkan penulisan saya kepada orang itu.

Untuk bahagian seterusnya, kita akan ke Perak untuk bertemu orang yang dimaksudkan. Untuk makluman, hasil penulisan saya itulah yang kemudian menjadi siri buku "Berpetualang ke Aceh". Untuk pengetahuan, ini adalah posting ke 494 di blogspot ini. Bersambung nanti...

Khamis, April 23, 2009

Queens of Langkasuka, Makam Chondong di Pekan dan lagi tentang pesta buku...



Semalam, setelah menunggu lebih sebulan, saya dan isteri akhirnya dapat menonton filem epik dari Thailand berjudul "Queens of Langkasuka". Tertarik dengan tajuk berkenaan sebuah kerajaan lama Melayu penuh lagenda dan gambar-gambar cantik yang terpapar pada poster-poster terutama pakaian tradisional Melayu yang disertakan dengan baju perisai besi, kami rasa ia patut ditontoni sekurang-kurangnya untuk melihat betapa jauh filem itu ada memaparkan ciri-ciri sebenar pakaian juga budaya orang Melayu walaupun ceritanya diterbitkan orang Thai dan memakai bahasa mereka.

Filem ini ditayangkan di pawagam-pawagam terpilih seluruh Malaysia sejak 2 minggu lalu tetapi baru semalam kami menontonnya kerana mahu mendapatkan harga diskaun hari Rabu. Di pawagam yang terdapat di kompleks membeli-belah Galaxy di Ampang, kita boleh menonton filem dengan harga tiket RM5 seorang pada hari itu... dengan syarat filem itu sudah ditayangkan masuk 2 minggu.

Melihat pada poster dan tajuk sejak dahulu, kita boleh meneka yang dimaksudkan sebagai Langkasuka dalam filem itu sebenarnya adalah kerajaan Melayu Pattani yang muncul kemudian. Adapun mengikut ceritanya Langkasuka telah diasaskan lebih lama, mengikut sesetengah pendapat sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW yang berlaku tahun 570 Masihi atau paling lambat pun abad ke 9 Masihi... oleh seorang anak raja dari Rum (yang menurut tafsiran sarjana sebenarnya merujuk kepada empayar Parsi). Sedangkan Pattani secara rasminya muncul sebagai sebuah kerajaan Islam abad ke 16. Wilayah Pattani merangkumi sebahagian wilayah sekitar utara Kelantan dan selatan Siam yang dahulu diketahui memang sebahagian wilayah kerajaan Langkasuka yang sering dinyatakan bersifat Hindu-Buddha. Maka itu Pattani sering dianggap sebagai kesinambungan kerajaan Langkasuka malah ada yang melihat Pattani sebagai Langkasuka yang telah Islam.

Poster yang menunjukkan raja-raja perempuan juga para pahlawan berpakaian tradisional Melayu jelas merujuk pada zaman Pattani, bukan Langkasuka. Dan lagi tiada pernah kedengaran cerita tentang raja-raja perempuan Langkasuka sedangkan Pattani memang diketahui dalam sejarah rasmi pernah diperintah oleh 4 orang raja perempuan. Menonton filem yang merujuk kepada zaman pemerintahan Ratu Hijau, raja perempuan pertama Pattani dengan disokong adinda-adindanya Ratu Biru (bakal menjadi raja perempuan kedua) dan Ratu Ungu (bakal raja ketiga) mengesahkan ini. Tetapi memandangkan ia diterbit dan dilakonkan oleh orang Thai, tidak hairanlah jika mereka memilih tajuk "Queens of Langkasuka". Ini lebih sesuai dengan budaya Thai yang beragama Buddha, bukan Islam. Dan lagi Pattani yang kini menjadi sebahagian wilayah negara Thailand dianggap sebagai wilayah pemberontak Islam yang sering membuat kacau. Maka buat apa dibesar-besarkan keIslaman mereka apalagi mahu menaikkan nama Pattani?

Kita tidak boleh menyalahkan orang Thai kerana berbuat begini. Mereka yang sanggup menerbitkan filem epik ini dengan kos yang amat besar, katanya sekitar US$4 juta jadi sukahati merekalah untuk membikinnya bagaimana. Untuk menarik perhatian ramai penonton wayang yang secara umumnya mahukan hiburan, sudah tentu fakta sebenar sejarah ditafsir longgar untuk dimasukkan unsur-unsur percintaan yang mengasyikkan malah ditambah unsur mistik yang merancakkan lagi cerita. Ini dilakukan dengan menonjolkan kuasa batin watak bernama Pari yang mampu menghancurkan isi gua besar dengan raungan berserta kuasa dalaman, juga memanggil dan memanipulasi ikan-ikan.

Pari yang berasal dari sebuah perkampungan nelayan yang penduduknya rata-rata berpakaian seperti orang asli dengan badan bertatu memberi gambaran dia bukan orang Islam tanpa perlu sedikit pun menyebut pegangan agama watak-watak dalam cerita. Saya tidak tahu bahasa Thai jadi tidak dapat mengaitkan nama watak Pari dengan apa-apa kecuali Pari ini memang ditonjolkan dalam cerita boleh 'menunggang' ikan pari raksasa! Pada pertengahan filem, Pari ada menyelamatkan Ratu Ungu dari penculikan orang jahat. Mereka kemudian terdampar di sebuah gua yang dihuni seorang pendita merangkap guru ilmu kuasa dalam Du Lum (disebut dulam) dan di situ Ratu Ungu yang diketahui dalam sejarah sebagai seorang perempuan Islam jatuh cinta dengan Pari yang pernah kehilangan isteri akibat serangan lanun ke atas kampungnya.

Fiksyen percintaan yang ditonjolkan mengingatkan kepada filem "Puteri Gunung Ledang" yang pernah menonjolkan aktress Tiara Jaquelina sebagai puteri lagenda itu. Cerita ini juga cuba menonjolkan 'percintaan' hulubalang besar Melaka Hang Tuah dengan Puteri Gunung Ledang sedangkan dalam sejarah yang diketahui semua orang, ini tidak pernah terjadi. Lebih jelik lagi apabila Melaka dikatakan melindungi kerajaan Majapahit yang diketahui mengamalkan agama Hindu dari serangan Demak. Mana boleh! Melaka adalah kerajaan yang mendaulatkan Islam sepertimana Demak yang berdiri lebih 70 tahun setelah berdirinya Melaka adalah sebuah negara Islam malah disokong para Wali Songo atau sembilan wali besar yang cukup terkenal di seantero Alam Melayu.

Dalam "Puteri Gunung Ledang", Demak digambarkan seperti kerajaan jahat yang ingin membuat kacau. Ditunjukkan askar-askar Demak yang berjubah berkopiah membakar rumah rakyat awam sedangkan ini adalah penipuan yang sangat besar tetapi halus. Dari segi ini cerita "Queens of Langkasuka" adalah jauh lebih baik walaupun ia juga menokok-tambah cerita. Walaupun keagamaan watak-watak di dalamnya tidak disebut dan ia satu hasil produksi orang Thailand beragama Buddha, penggunaan pakaian tradisional Melayu yang cukup terang dalam cerita malah ditambah pula mereka menggunakan senjata api seperti pistol dan senapang (yang memang benar kerana orang Melayu sejak zaman Melaka juga sudah memiliki pistol dan sebagainya, bukan sekadar memakai keris, tombak dan sebagainya) sedikit sebanyak membuat kita terasa bangga menjadi orang Melayu yang sebenarnya bertamadun tinggi.

Watak pahlawan paling menarik dalam cerita "Queens of Langkasuka" adalah seorang pengawal peribadi ratu yang dipanggil Jarang. Beliau memakai baju Melayu lengkap dengan berdestar tetapi turut memakai baju besi apabila keluar berperang. Lebih menarik adalah senjata utamanya berbentuk sundang, biasanya dipakai malah dikenali sebagai senjata pahlawan Bugis. Permainan sundangnya berserta gerak langkah kaki dan tangan lebih menggambarkan pergerakan tangkas silat berbanding aksi-aksi terakhir pergaduhan dalam "Puteri Gunung Ledang" yang kelihatan tidak ada seninya lagi kecuali sebagai perbuatan menunjuk-nunjuk memaparkan gerak kilat yang melampaui batas.

Tetapi saya lebih tertarik lagi dengan watak putera Pahang yang mula diperkenalkan apabila baginda menembak dengan pistol sebiji epal yang dilambungkan untuk Ratu Ungu berlatih memanah. Putera ini diperkenalkan sebagai Abdul Ghaffar Muhiuddin yang kemudian dikahwinkan dengan Ratu Ungu sebagai satu cara mendapatkan pertolongan Pahang untuk menghadapi musuh luar dan dalam. Ini membuat saya terfikir betulkah watak ini ada dalam sejarah atau ia cuma rekaan dalam filem untuk menyedapkan cerita.

Siang tadi saya membuat sedikit kajian melalui Internet lalu mendapati Abdul Ghaffar Muhiuddin bukan sahaja wujud malah pernah menjadi sultan Pahang dari tahun 1592-1614. Malah ternyata dalam sejarah Ratu Ungu memang berkahwin lalu menjadi salah seorang isteri baginda. Untuk pengetahuan, Sultan Abdul Ghaffar adalah dari keturunan Sultan Muhammad @ Raja Muhammad, anakanda Sultan Mansur Shah Melaka yang dipinggirkan dari takhta Melaka lalu dirajakan di Pahang akibat membunuh anak bendahara dalam satu peristiwa permainan sepak raga.

Nama Abdul Ghaffar Muhiuddin juga mengingatkan saya pada sesuatu. Lalu saya tergerak untuk melihat artikel-artikel lama di blogspot ini sehingga bertemu kembali artikel Berjalan ke Makam Chondong... Satu ulang-tayang filem di alam arwah? yang dibuat lebih setahun lalu. Lihat juga artikel (The place known as...) Makam Chondong yang dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) sekitar itu. Ternyata Abdul Ghaffar ialah salah seorang kerabat diraja yang dimakamkan di Makam Chondong, Pekan dengan menggunakan batu-batu nesan Aceh.

Sebelum menyambung cerita biar direkodkan menurut informasi yang diambil dari Wikipedia bahawa Ratu Hijau pernah memerintah Pattani tahun 1584 hingga 1616. Adindanya Raja Biru pula memerintah 1616-1624. Nampaknya ini berlawanan dengan cerita yang dipaparkan dalam filem "Queens of Langkasuka" kerana dalam filem itu, Abdul Ghaffar sempat datang ke Langkasuka @ Pattani dan menyaksikan kemangkatan Ratu Hijau serta kenaikan Ratu Biru sebagai pengganti. Sedangkan telah dicatatkan Abdul Ghafar yang menjadi sultan Pahang telah mangkat 1614, 2 tahun lebih awal.

Tak mengapa le... mungkin kedatangan Abdul Ghaffar yang sempat menyaksikan Ratu Hijau mangkat akibat pembelotan berserta serangan ke atas kerajaannya itu digarap sebegitu rupa untuk menambahkan kesan dramatik cerita. Ini kerana baginda mahu ditunjukkan muncul bersama Ratu Ungu yang baru dikahwininya sebagai membawa angkatan perang Pahang untuk turut mempertahankan pusat pemerintahan Langkasuka @ Pattani. Yang nyata, memang tercatat dalam sejarah bahawa Ratu Ungu menjadi isteri Sultan Abdul Ghaffar Muhiuddin. Maka itu cukup kenalah apabila Ratu Ungu menaiki takhta Pattani dan memerintah 1624-1635 setelah kehilangan suami. Kemudian puteri mereka Raja Kuning memerintah sehingga tahun 1649, ada yang kata hingga 1688 sebelum Pattani diperintah raja-raja lelaki dari kerajaan Kelantan.

Disebabkan menonton filem "Queens of Langkasuka", saya tergerak untuk membuat sedikit penyelidikan. Walaupun saya sudah lama mendengar nama Ratu Hijau, Ratu Biru, Ratu Ungu dan Ratu Kuning, baru siang tadi saya tahu bilakah mereka memerintah. Ternyata raja-raja perempuan Pattani telah memerintah lebih awal daripada raja-raja perempuan Aceh. Untuk pengetahuan, Aceh juga pernah diperintah 4 orang ratu dan mereka ialah Sultanah Ratu Safiatuddin Tajul Alam Shah (1641-1675 Masihi), Sultanah Naqiatuddin Nurul Alam Shah (1675-1677), Sultanah Zaqiyatuddin Inayat Shah (1678-1688) dan Sultanah Zinatuddin Kamalat Shah binti Al-Marhum Raja Umar (1688-1699).

Lagi satu yang membuat fikiran saya terngiang-ngiang tentang Abdul Ghaffar yang dipaparkan di dalam filem ialah baginda rupa-rupanya ayahanda kepada Raja Muda Abdullah (dari isteri lain) yang mengahwini Puteri Perak, anakanda kepada sultan kedua Perak Sultan Mansur Shah. Ini bermakna Raja Abdullah adalah adik-beradik Ratu Ungu sedangkan Puteri Perak pula adalah adik-beradik kepada Sultan Alauddin ibni Sultan Mansur Shah Perak, Sultan Aceh 1580 - 1585 bermakna pemerintah Aceh dan pemerintah Pattani beripar-duai jua.

Raja Abdullah dan Puteri Perak mendapat seorang puteri yang diberi nama Raja Puteri Fatimah, maka puteri ini ialah sepupu Ratu Kuning yang menjadi raja perempuan terakhir Pattani. Aceh pernah menyerang Pahang lalu membawa ramai kerabat dirajanya ke sana lalu disitulah Raja Puteri Fatimah dikahwinkan dengan seorang anak raja Siak yang kemudian dinaikkan sebagai sultan ke-10 Perak, Sultan Muzaffar Shah II. Hmm... saya sudah mula tenggelam dalam menyusur akar pertalian darah raja-raja Melayu. Cukuplah.

Apa yang saya nak bagitahu lagi satu adalah satu cerita yang baru saya sedari tadi... bahawa Sultan Abdul Ghaffar Muihuddin telah dibunuh oleh seorang anaknya sendiri. Turut dibunuh adalah Raja Muda Abdullah akibat adinda tirinya ingin menaiki takhta Pahang lalu muncul sebagai Sultan Alauddin Riayat Shah tahun 1614 yang sanggup bersubahat dengan Portugis untuk berkuasa. Maka tidak hairanlah jika pemerintah Aceh ketika itu Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah menyerang lalu membumi-hanguskan Pahang tahun 1615. Baginda kemudian mengangkut kerabat diraja Pahang ke Aceh dan seorang dari mereka naik menggantikan baginda menjadi pemerintah Aceh bergelar Sultan Iskandar Thani tahun 1636.

Adapun Iskandar Thani ialah anak saudara kepada Sultan Abdul Ghaffar Muhiuddin. Ayahanda baginda dan Abdul Ghaffar adalah adik-beradik tiri sedangkan ibunya Puteri Chendera Dewi, anak raja Siak juga bersaudara dengan kerabat Pahang. Maka tidak hairanlah jika Iskandar Thani telah memerintahkan satu armada Aceh datang ke Pahang semata-mata untuk mendirikan dengan penuh adat-istiadat beberapa buah nesan Aceh yang dibawa dari sana ke atas makam-makam di Pahang. Kerana di Makam Chondong di Pekan, Pahang lah bersemadinya jasad Sultan Abdul Ghaffar, Raja Muda Abdullah juga Puteri Chendera Dewi.


Dalam artikel Pesta buku dan siri "Berpetualang ke Aceh" saya ada menyebut akan kembali ke pesta buku di PWTC hari Rabu selepas makan tengahari untuk membuka lagi gerai ad-hoc di mana-mana. Setelah berbuat begitu hari Isnin, saya sekadar duduk rumah sahaja hari Selasa untuk menyiapkan sedikit kerja. Adapun salah satu sebab utama saya yakin akan keluar ke Kuala Lumpur hari Rabu adalah disebabkan mahu menonton filem "Queens of Langkasuka" pada waktu malam. Cadangnya, setelah menghantar isteri di tempat kerja, saya mahu berehat di masjid berdekatan kemudian menyambung sedikit kerja di dalam komputer. Kemudian tengahari nanti saya akan mengambil isteri untuk makan bersama sebelum dia menghantar saya untuk membuka gerai di PWTC.

Setelah makan pagi bersama isteri di pejabatnya saya pun ke masjid lalu tergerak membuka komputer. Allah! Ternyata saya terlupa membawa power chord atau wayar kuasa sedangkan ia amat diperlukan nanti untuk menghidupkan komputer dalam jangka-waktu yang agak lama jika mahu membuka gerai ad-hoc di pesta buku. Tak pernah berlaku lagi sebelum ini saya tertinggal wayar apabila membawa keluar komputer riba. Maka terpaksalah saya berpatah-balik ke rumah 40km ke barat-laut Kuala Lumpur. Alang-alang dah sampai rumah, buat aje le kerja di sana. Maka lepas Asar baru saya keluar untuk mengambil isteri dari tempat kerja lalu ke PWTC terus membuka lagi gerai.

Malam itu jam 10.30 baru kami menonton filem "Queens of Langkasuka". Cadangan asal kami, setelah selesai menonton kami akan bermalam di rumah milik keluarga di Kajang dan esoknya Khamis saya akan menghantar isteri di tempat kerja sebelum ke PWTC selepas makan tengahari. Sebaliknya petang semalam saya mendapat panggilan dari pihak LG untuk membetulkan televisyen plasma kami yang ada sedikit masalah keluar gambar berbintik-bintik. Oleh kerana pihak mereka mahu datang sekitar tengahari Khamis iaitu hari ini, terpaksalah saya menunggu di rumah bermakna tidak dapatlah saya bermalam di Kajang, harus pulang ke rumah setelah selesai menonton filem.

Keadaan ini membuat saya tidak dapat membuka gerai hari ini. Ditambah sakit demam batuk selsema yang semakin 'rancak' malam semalam, elok juga saya berehat sambil menunggu orang datang membetulkan televisyen. Tadi alhamdulillah, masalah TV berjaya diselesaikan tetapi batuk selsema pula masih belum pulih. Maka saya rasa elok juga saya terus duduk di rumah hari Jumaat sambil menyelesaikan apa-apa kerja yang tertunda dalam komputer.

Dengan ini dimaklumkan. Pada hari Sabtu dan Ahad, baru saya akan 'pulun' untuk menjual dan mempromosi siri buku "Berpetualang ke Aceh" di pesta buku. Memandangkan hujung minggu orang ramai kerana cuti, insyaalah saya akan mula membuka gerai pagi hari dan bertahan sehingga semua gerai tutup jam 9 malam. Jika saya tiada di tempat seperti dalam gambar di atas, carilah sekitar gerai Karnadya di dalam Dewan Tun Hussein iaitu ruangan pameran di dewan bawah. Ingat, promosi tawaran potongan harga sekitar 20peratus dan lebih untuk semua buku juga DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" cuma akan bertahan sekitar pesta buku ini. Selamat malam! :]

Cerita An-Nur - Ke Segamat bersama jodoh baru? Dan lisan agama dan keturunan yang keluar daripadanya...

Peehhh... nak cari gambo keretapi yang dapat puaskan hati aku kat dalam Google pun cukup susah. Last-last aku pakai aje gambo ni yek...


OK. Biarlah disambung cerita selepas artikel Cerita An-Nur - cerita sebenar Nur dan kaitan dengan banyak perkara... . Beberapa hari setelah kedatangan tidak disangka Nur ke Janda Baik, barulah si An-Nur menelefon saya. Rupa-rupanya pada hari yang sepatutnya dia datang (tetapi Nur pula yang muncul) dia mengalami kerosakan kereta. Kami pun menetapkan tarikh baru untuk berjumpa. Katanya dia tetap mahu mengambil saya untuk dibawa ke Segamat berjumpa ibu bapanya.

Hari yang dijanjikan pun tiba. Saya yang terus menunggu di Janda Baik mendapat panggilan baru telefon. Rupa-rupanya kereta An-Nur rosak lagi. Tak apa... tukar rancangan. Saya terpaksa keluar sendiri dari Janda Baik dan bertemu An-Nur di stesyen KL Sentral. Kami perlu ke Segamat dengan menaiki keretapi.

Dipendekkan cerita saya pun sampai ke sana. Tunggu punya tunggu tak nampak batang hidung An-Nur. Ah... takkan buat hal lagi kot? Nasib baik tidak lama kemudian dia menelefon memberitahu dia ada di tempat berdekatan dalam stesyen. Saya pun pergi ke situ, ada kejutan menunggu...

An-Nur kelihatan begitu berlainan. Dia memakai tudung litup elok. Cantik! Lebih terserlah rupa-paras keturunan Arabnya dengan hidup mancung bulu mata lentik, mata coklat besar dan kulit putih kemerah-merahan. Dalam saya terkial-kial memikirkan kenapa si An-Nur yang pertama kali saya jumpa dahulu tidak memakai tudung tetapi kali ini boleh begitu elok menutup aurat malah kelihatan lebih ayu dan manis, dia pula kelihatan tersipu-sipu sambil mencuri-curi pandang. Saya semakin pelik.

"Kenapa An-Nur nampak malu-malu ni?" saya bertanya.

Gadis berusia 24 tahun (masa tu le, tahun 2005) tersipu-sipu lagi.

"An-Nur tak sanggup pandang terus ke mata Abang!" katanya.

Saya rasa sudah dapat membaca apa yang bermain di hatinya. Dari penampilan ranggi dan berani tidak menutup aurat kini boleh jadi begitu ayu tersipu-sipu bertudung litup... mahu membawa saya bertemu ibu dan ayahnya di Segamat. Tetapi saya membiarkan dahulu.

Kami pergi membeli tiket. Ingatkan An-Nur nak belanja le sebab dia yang beriya-iya nak bawa saya ke Segamat. Rupa-rupanya dia pun tak ada duit. Saya lagi le, dah berapa tahun tak berkerja kecuali mendapat wang 'ihsan' sekali sekala sebagai pembiayaan hidup sementara menumpang di rumah Pak Habib dan dalam tempoh itu menolong memberi buah fikiran, membuat suntingan dan menulis sedikit isi buku-bukunya. Ketika itu saya memang tengah 'kering'. Nasib baik Nur ada memberi sedikit duit ketika dia datang seminggu (ke baru beberapa hari je ? saya pun lupa) sebelum itu.

Masuk keretapi, kami duduk bersebelahan. Tidak lama kemudian keretapi pun berjalan. An-Nur masih tersipu-sipu malu mencuri-curi pandang seolah-olah mengharapkan sesuatu. Tak boleh jadi ni, lebih elok kita berterus-terang. Dan saya sebagai lelaki yang rasanya sudah dapat membaca situasi eloklah saya memulakan...

"An-Nur nak dengan Abang ya?" saya bertanya direct sambil tersenyum dengan mata merenung tepat ke matanya. Gadis itu terus tertunduk malu.

Saya diam sebentar. Kemudian baru bertanya lagi "An-Nur mahu jadi isteri Abang?". Dalam malu-malu itu dia mula tersenyum. Lama juga tertunduk dalam keadaan itu sebelum mengangguk-angguk lembut.

Saya pun tersenyum. "Kalau begitu Abang terima. Abang pun mahu An-Nur jadi isteri Abang!"

Terus dia mengucapkan terima-kasih dan mengucup tangan kanan saya. Terasa syahdu sebentar walaupun dalam hati sebenarnya saya masih tergamam dengan segala yang telah berlaku dalam tempoh beberapa hari itu.

Hakikatnya saya masih lemah-longlai setelah mendapat tahu apa yang berlaku kepada Nur. Tetapi saya redha dengan Qada dan Qadar lalu menurutkan sahaja keadaan dengan mengekori An-Nur ke Segamat untuk melihat apa yang Allah sediakan seterusnya. Apakah setelah kehilangan Nur, An-Nur pula menjadi pengganti? Yang pasti saya tidak merancang apa-apa.

Kalau betullah An-Nur bakal menjadi isteri, siapa saya untuk mempersoalkan takdir? Bukankah apa yang saya mahu sebenarnya adalah home sweet home, rumahku syurgaku yang diharap boleh menjelma apabila berkahwin dengan seseorang yang betul-betul sesuai zahir dan batin? Kalau dahulu, setelah dapat menyusuri salasilah keluarga sebelah bapa membawa dari Perak sambung ke Aceh seterusnya ke Baghdad lalu ke Mekah, saya yakin saya harus mencari seorang isteri yang berdarah Sayyid Syarifah. Kini jodoh dengan Nur sudah tertutup, mungkin dengan An-Nur boleh menjadi. Bukankah dia juga seorang Syarifah malah berasal daripada keluarga yang sama dengan Nur?

Saya mengira-ngira keadaan sebentar. Nur (ketika itu) berusia 33 tahun, An-Nur 24. Nur pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak sebelum berkahwin lagi, An-Nur seorang anak dara. Kalau dibandingkan paras-rupa, An-Nur lebih cerah dan ciri-ciri Arabnya lebih terserlah. Cuma tingginya sahaja kurang sedikit daripada Nur. Kalau ikutkan, An-Nur memang jauh lebih 'segar' tetapi kasih-sayang saya terhadap Nur yang telah berputik sejak tahun 1995, 10 tahun sebelum itu bukan senang mahu diketepikan... tidak mampu saya menolaknya begitu sahaja jika tidak kerana keyakinan bahawa Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita.

Ya... sudah bertahun-tahun saya berpegang dengan kata-kata ini: Ada masanya kamu fikir sesuatu itu baik untuk kamu sedangkan hakikatnya tidak. Ada masanya kamu fikir sesuatu itu buruk untuk kamu sedangkan hakikatnya sebaliknya. Tidak bergerak walau satu zarah pun tanpa perintah dari Allah. Allah itu Maha Perancang, dan Maha Bijaksana, lebih tahu apa yang baik atau buruk untuk kita. Cuma kita sahaja mungkin tidak menyedari dan memahami...

Kehilangan Nur yang 'dicekup' politikus muda memang sesuatu yang terasa buruk buat saya. Tetapi seketika itu juga Allah membawa masuk seorang wanita lain dengan rupa-paras lebih cantik, lebih muda dan 'segar', wanita yang sudi malah memang mahu menjadi isteri saya walaupun kami sebelum itu baru sekali sahaja berjumpa. Tidak perlu bersusah-payah mengatur langkah memujuk rayu dan sebagainya.

Ah! Usah pedulikan lagi segala macam aliran pemikiran yang bersimpang-siur. Terimalah apa yang ada di hadapan mata... si An-Nur ini sebagai isteri. Itupun kalau tiada bantahan daripada ibu bapanya di Segamat. Dengan itu saya menggenggam tangannya lalu bersandar tenang. An-Nur menyambut dengan senyuman riang lalu kami mengekori sahaja rentak keretapi merentas malam (baru nak bagitahu, ketika itu malam) ke selatan.

Dalam pada itu saya dapat melihat sesuatu benda lagi yang pelik tentang An-Nur. Tidak lama kemudian, dia mula berceloteh... entah bila pula, tiba-tiba dia sudah pandai bercakap pasal agama, membacakan ayat-ayat Al-Quran dengan lancar malah mula bercerita tentang peranan Ahlul Bait anak cucu Nabi Muhammad SAW berdakwah menyebarkan agama seraya mempertahankan kesyumulan Islam.

Hmm... nampaknya An-Nur lagi cepat 'dapat' daripada Nur malah saya sendiri. Jika dahulu saya sering bergaduh dengan Nur kerana perubahan diri mendadak saya yang melibatkan agama menyebabkannya susah hendak menerima kerana belum bersedia, kini Tuhan menghantar seorang pengganti yang sudah begitu petah menerima hal ini malah menyampaikannya pula kepada saya! Cuma apa yang saya risau, kelihatan ada semangat lain dalam diri An-Nur yang nampaknya berasal dari luar. Kalau tidak kerana dia bercerita tentang agama dan peranan Ahlul Bait, mungkin sahaja seseorang boleh menganggapnya sudah kesurupan atau dirasuk makhluk halus. Daripada pemerhatian saya rasanya memang ada. Mungkin daripada saka keluarga yang boleh dikira baik kerana sekurang-kurangnya bersemangat dalam hal-hal agama.

Kalau ikutkan, saya tidak mahu menerima apa-apa pun bentuk saka walaupun dikatakan baik. Tetapi saya anggap ini ada hikmahnya... daripada mulut An-Nur terkeluar ayat-ayat dan perkataan yang pada saya cuma dapat dituturkan oleh seorang wanita tua keturunan Nabi yang begitu perihatin berjuang tentang agama. Hmm... tak kiralah jika kata-kata yang keluar bukan lisan sebenar An-Nur, mungkin makhluk lain. Saya terus memasang telinga dengan iktikad bahawa lisan yang keluar itu hakikatnya tetap disampaikan dengan izin Allah. Maka saya harus meneliti apa yang boleh dipakai dan diaplikasikan untuk masa hadapan.

Dari satu segi, kata-kata yang keluar dari An-Nur berjaya mengembalikan banyak semangat yang hilang setelah berlaku kes si Nur. Kata An-Nur: "Abang tak boleh hilang semangat. Abang kena kuatkan diri dan cuba tolong betulkan keluarga Sayyid".

Katanya lagi, saya boleh memulakan ini dengan memperbetulkan Pak Habib. Saya tersenyum panjang kerana faham keadaan sebenar di belakang tabir. Dari Pak Habib katanya, saya boleh mempengaruhi Syed Ali yang ketika itu menjadi presiden Dewan Perniagaan Melayu Johor. Dari Syed Ali sudah ada jaringan yang besar menjangkau seluruh keluarga Sayyid di Johor malah seluruh Malaysia dan Alam Melayu. Lihat artikel sebelum ini Pesta buku dan siri "Berpetualang ke Aceh" di mana saya akhirnya bertemu juga dengan Syed Ali yang dimaksudkan tanpa dirancang. Kemudian saya tidak ingat lagi apa yang si An-Nur cakap. Tetapi semakin dia berkata-kata tentang hal ini, semakin kelihatan gayanya menjadi seperti seorang perempuan tua yang suka bercakap sambil menutup mata.

Sampai ke Tampin atau sekitarnya kalau tak salah ingatan, saya mendapat panggilan telefon dari seorang rakan lama di Janda Baik. Katanya dia dan beberapa orang kawan sedang menuju ke Kuala Lumpur untuk ke rumah Pak Ali, seorang tua (lebih 80 tahun) yang menjadi guru agama juga guru silat dan guru ilmu hakikat pada ramai orang, kata sesetengah orang sejak zaman berzaman (siapa yang faham, faham le). Diakui, Pak Ali juga boleh dikira sebagai salah seorang guru saya. Rupa-rupanya beliau baru sahaja meninggal dunia. Apa boleh buat, saya tidak dapat turut bersama melihat jenazahnya. Saya harus ke Segamat kerana menurut keadaan dan jalur baru nasib hidup saya.

Dengan ini saya rasa elok diberhentikan dahulu cerita ini. Insyaallah apabila sampai gerak untuk menyambung, akan disampaikan apa yang berlaku di Segamat, salah satunya penerimaan keluarga yang sudah bersedia menganggap saya sebagai bakal menantu mereka! Sekian... :]