Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Mac 03, 2026

Umrah sekeluarga 2026 - Mekah selepas 13 tahun

Salam. Hari ini sudah 13 hari orang Islam di Malaysia berpuasa bulan Ramadan. Namun ada juga telah berpuasa tambah satu hari seperti saya. Ini disebabkan berada di Mekah ketika tarikh 1 Ramadan bermula di Tanah Arab, Selasa malam Rabu 17 Februari, sehari awal berbanding di Malaysia. Sekarang biar pergi pada cerita hari ke-3 perjalanan. Bersambung daripada artikel Umrah sekeluarga 2026 - Sehari di Istanbul.



Selepas tengah malam merangkap awal pagi Rabu 11 Februari 2026, setelah hampir 5 jam berlepas dari Istanbul kelihatanlah bandar raya Jeddah dari tingkap pesawat.



Mendarat di lapangan terbang hampir jam 1. Ambil masa untuk melepasi pemeriksaan imigresyen kemudian mendapatkan bag.



Gambar ini diambil jam 2.26 pagi waktu Tanah Arab, sama waktu seperti di Istanbul, 5 jam lewat berbanding Malaysia. Van kami sampai lalu hendak memasukkan bag.



Terus bergegas ke Mekah sekitar 85 km perjalanan.




Sampai ke hotel menunggu lama untuk mendapatkan bilik.



Lebih sejam menunggu ternyata belum ada bilik kosong. Kami dinasihatkan pergi menunaikan umrah terlebih dahulu. Kami pun dah berada dalam keadaann ihram, miqat ketika dalam pesawat. Naiklah bas percuma dari perhentian di seberang hotel.




Turun sebelum perkarangan masjid jam 4.55 pagi. Masih ada hampir sejam sebelum masuk waktu Subuh.



Itupun apabila mendekati masjid didapati pintu-pintu terdekat untuk menghampiri Ka'abah telah diletakkan penghadang. Kena berjalan jauh masuk ke pintu utama.



Baru tahu rupanya kalau dah dekat sejam hendak Subuh banyak laluan dihadang sebagai persediaan untuk menunaikan solat. Kena tunggu selesai solat berjemaah baru dibuka lalu boleh bertawaf. Lihat keadaan masjid waktu itu dalam artikel Masjidil Haram sekitar Subuh (around dawn ) 2026 di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART.



Gambar ini diambil jam 8.34 pagi. Berehat di satu bahagian masjid selepas selesai menunaikan umrah. Oh. Saya bersama tiga anak lelaki telah berpecah dengan isteri dan anak perempuan sejak sebelum masuk masjid. Janji berjumpa kembali di hotel jam 10.




Hampir jam 9 baru keluar lalu berjalan-jalan melihat pemandangan. Lihat artikel Around Masjidil Haram 2026  di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Ini pula dalam lingkungan apa yang dipercayai sebagai lot tanah seluas hampir setengah ekar yang dibeli oleh moyang, atau lebih tepat moyang kepada datuk saya, Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin sekitar 130 tahun lalu. Tanah telah diambil oleh kerajaan Arab untuk projek pembesaran Masjidil Haram yang bermula tahun 2008. Kami anak cucu sedang dalam proses untuk mendapatkan pampasan. Tetapi kena selesai terlebih dahulu hal-hal berkenaan di mahkamah Malaysia. Rujuk artikel lama Perbicaraan hak faraid harta Laksamana Muhammad Amin dan hal-hal berkaitan.




Hampir masuk waktu Zohor saya ke Masjidil Haram lagi. Ini adalah selepas kembali ke hotel mendapat bilik lalu berehat. Saya pergi seorang diri.



Ketika umrah bersama anak-anak ada tawaf berdekatan Ka'abah tapi tak ambil gambar. Kali ini baru ambil, selepas tawaf sunat.


Saya mengambil tempat di luar hijir Ismail lalu solat berjemaah Zohor di sana. Berlegar lama di sekitar. Sempatlah menyentuh Ka'abah.


Tiada ulasan: