Salam semua. Memandangkan hari ini adalah hari terakhir bulan raya iaitu bertarikh 30 Syawal biar dilepaskan sedikit lagi cerita melibatkan musim raya. Kali ini berpatah balik kita ke 11 hari lalu.
Hal keluarga seterusnya membawa saya, isteri dan anak-anak untuk menghadiri satu majlis rumah terbuka di Senawang pada petang Jumaat baru ini 20 Mei. Majlis diadakan oleh seorang saudara belah bapa yang baru dikenali. Di situ juga saya berjumpa sejumlah lagi saudara mara, ada yang pernah ditemui sebelum itu, ada yang baru ditemui.
Sekarang biar ditambah. Untuk menghadiri majlis tersebut kami sekeluarga bergerak keluar dari rumah di Bandar Sungai Buaya, Rawang sekitar jam 12 tengah hari itu.
Dalam perjalanan singgah di Masjid Seri Sendayaan untuk menunaikan solat Jumaat...
Gambar selepas solat selesai...
Selepas itu baru ke majlis di Senawang.
Rupa-rupanya saudara yang baru dikenali ini, seorang pemilik syarikat penjual kereta dan beberapa syarikat lain adalah seorang hartawan yang boleh dikatakan agak terkemuka di Seremban. Cuma orang lain mungkin tidak tahu beliau adalah berketurunan Menteri Ngah Ibrahim sebelah bapa dan Laksamana Razali bin Laksamana Ali Wasi bin Laksamana Muhammad Amin di sebelah ibu. Hmm. Tak perlulah dipanjangkan siapakah mereka-mereka ini kecuali menyatakan mereka adalah saudara mara belah bapa saya di Perak.
Dari sana boleh terus bergerak ke arah Lembah Klang di utara. Tetapi kami berpatah balik ke arah selatan dan barat untuk ke pusat bandar Seremban keesokan paginya Ahad 21 Mei.
Ini kerana ada anak mahu ke Muzium Negeri...
Ini disebabkan ada terlihat papan tanda ke arah muzium ketika hampir sampai ke Senawang petang sebelumnya...
Kami berehat santai di beberapa bahagian muzium termasuk dalam rumah tradisional pameran di luar bangunan utama muzium...
Selepas jam 12 baru keluar lalu mengambil satu jalan yang dikatakan seperti di New Zealand sebelum menghala ke Lenggeng.
Sedar tak sedar ada satu setengah jam juga kami bermandi manda sebelum keluar hampir jam 3 melalui Broga kemudian Semenyih kemudian menghala ke empangan berkenaan di Hulu Langat.
Singgah makan tengah hari lewat di pekan Batu 14 sebelum mengambil jalan belakang ke Ampang...
Perjalanan diteruskan dengan mengambil Lebuh Raya Karak ke kawasan pergunungan Banjaran Titiwangsa...
Masuklah ke Janda Baik. Tujuannya untuk menghantar seorang anak kami kembali masuk belajar di tahfiz.
Menariknya apabila masuk sahaja kereta ke dalam kawasan tahfiz meter bawah kereta menunjukkan nombor 313.1. Oleh kerana ia telah dikosongkan sebelum perjalanan ke Senawang bermula ini bermakna kami telah berjalan sejauah 313.1 kilometer sejak itu.
Gambar ini pula didapati memiliki filename bernama DSC03131 menurut aturan dalam kamera. Terasa ada makna yang terkait dengan perjuangan (313) dan
home sweet home atau rumahku syurga buat kami sekeluarga (131).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan