Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, Mei 15, 2022

Beraya di kampung tahun 2022 - Dari Muar kembali ke Lembah Klang dan Rawang

Salam petang Ahad 14 Syawal 1443 Hijriah. Bersambung penceritaan daripada artikel Beraya di kampung tahun 2022 - Sekitar kampung saya di Muar.



Pagi Sabtu 7 Mei 2020 bersamaan 6 Syawal. Saya dan ahli keluarga keluar bersarapan di medan makan bersebelahan pusat perhentian bas lama bandar Muar yang menghadap Sungai Muar.



Alhamdulillah. Pekena hidangan kegemaran iaitu nasi beringin...




Jam 10.37 bergerak meninggalkan Muar untuk beraya di rumah adik di pinggir bandar raya Melaka.




Gambar ini pula diambil jam 1.35 petang iaitu selepas meninggalkan rumah adik. Kami mahu beraya di rumah anak saudara isteri dekat Melaka Pindah.




Gambar ini diambil jam 2.57. Ketika ini kamu mahu beraya di rumah seorang lagi anak saudara isteri di Seremban.






Kami sampai ke sana selepas jam 4. Selepas itu menuju pula ke Semenyih untuk beraya di rumah seorang adik isteri.




Adapun kami sampai ke rumah adik isteri hampir jam 6. Timbul rasa penat sangat lalu saya pun berbaring untuk tidur. Fikirnya jam 6.30 bangun lalu bergerak untuk kembali ke rumah dalam 1 jam 30 perjalanan. Fikirnya sempat untuk mengikut satu majlis Webinar yang dijadualkan bermula jam 8.30 malam. Tengok-tengok saya terlelap sehingga jam 7. Terkejar-kejar tu kalau hendak kembali rumah lalu ambil keputusan untuk bermalam di rumah adik ipar dan mengikuti Webinar dari sana. 

Gambar ini diambil pagi Ahad 8 Mei iaitu tepat seminggu lalu. Ketika itu kami bersedia untuk meneruskan perjalanan. Disebabkan kami bergerak dari Semenyih maka diputuskan biarlah beraya di berapa tempat dalam perjalanan kembali ke rumah.



Kami keluar sekitar jam 9.50 dengan niat untuk ke rumah kawan di Putrajaya.



Tengok-tengok Google Map menunjukkan jalan melalui pekan Bangi lama. Ternampak rumah seorang bapa saudara di sana lalu kami pun singgah untuk beraya.



Kami sampai ke rumah kawan di Putrajaya selepas jam 11. Jam 12 lebih bergerak pula ke Cyberjaya untuk beraya di rumah guru dan penyelia tesis saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam), Profesor Datuk Dr Othman Bakar.



Rumahnya terletak di satu kawasan eksklusif, di satu bahagian Cyberajaya menghadap Putrajaya yang tak pernah kami sampai sebelum ini. Lihat artikel First time at Cyberjaya Lakeview  di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Sayangnya terlupa hendak mengambil gambar bersama Profesor Othman sedangkan itulah kali pertama kami berjumpa secara berhadapan sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) untuk membendung wabak Covid-19 mula diperkuatkuasakan 18 Mac 2020 lalu beliau mula membuat segala kerja dari rumah. Selepas itu pergi ke rumah seorang ibu saudara saya di Petaling Jaya kemudian ke rumah ibu saudara lain yang suaminya pernah menjaga saya ketika kecil dahulu. 

Ini gambar di rumah bapa saudara tersebut, kalau tak salah sekitar jam 4 petang. Sedar tak sedar perjalanan dari Muar kembali ke Lembah Klang untuk ke rumah sendiri di Rawang ini menyaksikan kami beraya di sembilan buah rumah. Sejak perjalanan dimulakan apabila kembali ke kampung isteri di Tanjung Sepat Jumaat malam Sabtu malah Ahad 29 April merangkap malam 29 Ramadhan (lihat Beraya di kampung tahun 2022 setelah 2 tahun raya tak dapat balik kampung)  sehingga kembali ia memakan jarak keseluruhan 780 km. Cukuplah perkongsian dengan sekali lagi diucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua. :]

 

Tiada ulasan: