Di Temong kami telah berehat di surau yang terletak tidak jauh dari makam Tok Temong. Puas berehat kami pun pergi menziarahi makam.
Oh. Hari itu Ahad 14 November 2021 kami semua memakai t-shirt Perang Musuh Bisik yang baru dibeli di majlis di Kuala Kedah pada hari sebelumnya. Rujuk cerita berkenaan dalam artikel Panggilan Musuh Bisik : Jangan jadi Wahabi sejarah. Kiranya kami mahu membawa aura perjuangan sepanjang perjalanan berikutnya...
Seperti biasa apabila sampai ke makam Tok Temong saya suka menjengok Sungai Perak di sebelah.
Kali ini jeti kecil di tepian sungai dipenuhi air pasang tinggi.
Nak pijak lantai jeti mahu basah pakaian hingga ke paras peha. Cukuplah mencecahkan kaki sebentar sebagai syarat.
Dari kawasan makam kami ke jambatan kereta api lama Victoria Bridge melalui Kampung Seberang Karai. Lihat artikel
Victoria Bridge with friends di
blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Layan le sat naik atas jambatan buat macam-macam perangai. Kejap rasa macam Transformer boleh bertukar jadi kereta api, kejap rasa macam ada genetik darah keturunan kereta api. Lihat video berkenaan di
sini.
Destinasi seterusnya adalah Masjid Kota Lama Kanan.
Ketika itu bukan waktu solat berjemaah lalu masjid berkunci. Cukuplah dapat melihat batu nesan tanda tempat ghaibnya Sultan Perak kedua, Sultan Mansur Syah dari luar.
Ini pula gambar di halaman masjid. Semangat tu macam dah bersedia untuk berperang melawan musuh hehe...
Kami kemudian masuk ke bandar diraja Kuala Kangsar untuk mengeluarkan duit bagi belanja. Sejak perjalanan dimulakan pagi Jumaat 12 November tak dapat jumpa mesin pengeluaran wang. Nasib baik saya ada membawa wang tunai...
Ini pula di pekan Manong dalam 26 km ke selatan bandar Kuala Kangsar. Kami makan tengah hari mee kari enak jam 12.45.
Layan sampai menghirup licin mangkuk woo.
Boleh tolong
promote ni...
Puas makan kami masuk ke Kampung Semat lalu menghadap pulau di mana dimakamkan Sultan keempat Perak, Sultan Tajul Ariffin.
Posing perang sat.
Lepas tu layan main air. Sini pun air naik tapi tak setinggi di Temong.
Perjalanan diteruskan ke Kampung Kota, Beruas untuk menziarahi makam raja-raja Beruas.
Selesai ziarah kami menjamakkan solat Zohor dan Asar seraya berehat di masjid Kampung Kota.
Cukup berehat kami bergerak ke Kampung Pasir Panjang Ulu di selatan Kampung Gajah bagi menunaikan hajat seorang kawan iaitu tuan punya kereta dan pemandu.
Beliau mahu menziarahi makam datuknya yang boleh pernah sampai sebelum ini. Nasib baik ada saudara dapat menunjukkan tempat.
Adapun Kampung Pasir Panjang Hulu ini sangat dekat dengan makam Raja Ahmad, moyang kepada Sultan-sultan yang bertakhta di Perak sejak penghujung abad ke-19 Masihi. Kami pun pergi menziarahi...
Saja tayang baju Perang Musuh Bisik.
Seterusnya kami mengambil jalan pintas melalui ladang kelapa sawit ke Kampung Tersusun Air Kuning.
Ziarah pula makam ayah kepada kawan.
Selepas itu kami berkejar lebih 80 km ke bahagian paling hilir Perak.
Ini adalah satu perjalanan yang tiada dalam rancangan saya tetapi berlaku atas kehendak kawan yang memiliki kereta. Ini kerana beliau belum pernah sampai ke tempat yang dimaksudkan. Saya cuma tolong menunjukkan jalan.
Selamat datang ke Beting Beras Basah. Walaupun lawatan berlaku atas kehendak kawan sebenarnya ia adalah bahagian saya. Dalam kegelapan malam berlakulah perbualan panjang lebar dengan seorang pengunjung lain yang sampai lewat petang... tentang susun atur Kesultanan Perak, para pembesar, peranan dan keadaan sekarang realiti kehidupan rakyat serta suasana sosio-politik mutakhir. Bukan selalu dapat berbual dengan orang yang begitu berpengetahuan tentang hal. Lihat
Beting Beras Basah at night.
Untuk mengakhiri artikel ini biar dipanjangkan sedikit tentang Laksamana Wan Ismail di Kedah. Untuk memahami konteks boleh semak balik cerita berkenaan terlebih dahulu dalam artikel Panggilan Musuh Bisik : Jangan jadi Wahabi sejarah. Sekarang biar dikongsikan beberapa posting berkenaan yang saya buat di Facebook berserta teks...
Katanya nama Van Smaell ni ada dalam Burney Papers. Tapi takda sebut gelaran Laksamana. Maka mustahil ini adalah Laksamana Wan Ismail. Besar kemungkinan ini adalah moyang Van Halen lalu handal bermain gitar solo. Kawannya Hadjee Mustapha tak pernah pergi haji ke Mekah. Sebab kalau pergi haji mesti British dah tulis nama dia sebagai Haji Mustapha. Mereka kemudian pergi ke Lancavi. Takkan Langkawi kot? Ejaan tak sama. Ni mesti kat Belanda. Tengok tu. Siap ada Butto Barra. Berapi bontot ke hapa?
'HADIS SAHIH' TENTANG LAKSAMANA WAN ISMAIL...
Salam. Sekadar berkongsi. Ada satu tesis PhD dari Australia menyatakan bagaimana kuatnya kedudukan Laksamana dalam Kesultanan Kedah. Di dalamnya ada rujukan jelas tentang Laksamana Wan Ismail walau ditulis sebagai Ishmahel Laxamana. Ke kalau ejaan tak sama maka itu bukan Wan Ismail? Tak pa. Saya bagi satu footnote menunjukkan bahkan telah berlaku satu kes mahkamah melibatkan Ishmahel Laxamana melawan Syarikat Hindia Timur Inggeris...
LAGI 'HADIS SAHIH' TENTANG LAKSAMANA WAN ISMAIL
Tu dia. Terbuka lagi cerita Laksamana Wan Ismail Kedah dalam dokumen British. Kali ini tentang kes mahkamah di Pulau Pinang yang mana Wan Ismail mewakili Sultan menuntut ganti rugi atas 5,000 Spanish Dollars yang dimasukkan ke dalam perbendaraan Syarikat Hindia Timur British untuk satu tempoh waktu tetapi telah dipakai mereka malah tidak mahu dipulangkan langsung. Nak tanya le pada sesiapa yang tahu. 5,000 Spanish Dollars ni berapakah nilainya dalam matawang sekarang? Seterusnya ambil kira ia sebagai deposit yang boleh menerbitkan hasil/dividend. Ambil kira inflasi. Kira ini semua secara compounded sejak duit dimasukkan pada tahun 1809 iaitu 212 tahun lalu. Berapakah nilainya sekarang ya?
Baca cerita lanjutnya di sini...
Kenapa saya tunjukkan semua ini? Kerana hendak menunjukkan bahawa cerita-cerita tentang kepentingan Laksamana Wan Ismail (menjadi Laksamana Kedah sejak tahun 1821 atau 1822 sebelum memilih untuk bersara selepas berjaya menaikkan cucu beliau Sultan Abdul Hamid ke atas takhta Kedah tahun 1881) bukan sekadar desas desus cakap cakap lisan orang Melayu, bukan sekadar bersumberkan kisah perguruan Silat Cekak, Silat Kalimah atau sebagainya. Nama beliau dan sedikit peranan tetapi tetap jelas penting ada dalam rekod British malah dipanjangkan dalam satu tesis PhD orang Australia tahun 2009. Boleh kaji sendiri di
sini. Sekian, wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan