Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Monday, May 17, 2021

Analisis corak dan tren perjalanan - Melihat dahulu zaman membesar sebelum tahun 1989

Salam awal pagi Isnin 5 Syawal. Merujuk pada artikel Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021. Sampai masanya untuk membuat analisis tren/corak perjalanan saya melalui artikel-artikel yang disenaraikan. Tapi sebelum itu biar kita bercakap dahulu tentang apa yang berlaku sebelum tahun 1989. Biar dapat  gambaran bahawa saya tidaklah begitu kaku selama 19 tahun sebelum masuk tahun tersebut walau tidak ada apa cerita berkenaan dikongsikan dalam senarai 171 perjalanan.


Satu gambar lama saya. Kalau tak salah diambil pada tahun 1972... 


Ketika saya dilahirkan di Muar, Johor pada hari Khamis malam Jumaat sekitar jam 11, pada tarikh 26 November 1970 kedua-dua ibu bapa saya sedangkan bertugas sebagai guru di dua buah sekolah menengah berlainan di sekitar bandar. Malam itu adalah bersamaan 27 Ramadhan tahun 1390 Hijriah atau Malam Tujuk Likur. Ikut kiraan doktor saya sepatutnya lahir hampir sebulan kemudian.

Saya lahir tak cukup bulan iaitu selepas 8 bulan dalam perut. Disebabkan itu ada sedikit masalah. Selain tidak cukup saiz kena sakit demam kuning teruk lalu dikatakan hampir-hampir hendak meninggal dunia kalau tidak kerana seorang bapa saudara yang baru lulus menjadi doktor menyedari keadaan ini lalu membawa saya masuk ke Hospital Besar Melaka. Di sana kena melalui proses tukar darah kerana darah dalam badan sudah terlalu kotor. Darah saya jenis AB yang katanya agak jarang ada berbanding jenis lain namun boleh memakai segala jenis darah A, B dan O.

Hal ini menunjukkan mustahil saya ada dibawa berjalan jauh pada tahun 1970 kecuali untuk ke bandar Melaka lebih 40 km dari rumah. Maka itu harus beberapa bulan selepas masuk tahun 1971 baru  ada dibawa ke mana-mana. Tak ingat seawal mana ada dibawa berjalan jauh. Sebagai perbandingan kedua-dua anak laki-laki saya dengan isteri sekarang sudah dibawa berjalan 600 km dan lebih sejak berumur 40 hari malah lebih awal. 

Muhammad Al-Aminul Rasyid yang lahir pada 13 Oktober 2009 sudah sampai ke Singapura pada bulan November. Perjalanan ini memakan jarak hampir 1,500 km. Lihat Koleksi artikel "Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan".... Kemudian  beliau dibawa berjalan pusing Aceh ketika berumur 3 bulan setengah pada awal tahun 2010. Lihat Segala macam ragam petualangan Al-Rasyid ke Aceh. Ini memakan jarak sekitar 1,050 km, tidak campur penerbangan. 

Adiknya Muhammad Alauddin Johan yang lahir 17 Februari 2012 telah dibawa kembali ke Muar pada bulan Mac. Ini yang sekitar 600 km. Lihat Dari Tok Bentayan ke Sultan Alauddin ke Tuanku Tambusai - Latihan awal Johan untuk pengembaraan akan datang. Pada bulan April beliau dan abangnya dibawa berjalan 2,375 km pusing separuh Semenanjung. Lihat Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - The compilation.... Pada bulan Mei kami anak beranak membuat perjalanan pusing Pulau Jawa lalu meliputi jarak atas darat lebih 2,300 km dengan pelbagai jenis kenderaan. Lihat Koleksi artikel "Pusing Pulau Jawa"


Apa yang hendak ditunjukkan di sini adalah ada kemungkinan saya juga telah dibawa berjalan jauh ketika masih berumur beberapa bulan. Kami memang keturunan keluarga lasak, anak cucu Laksamana Raja Mahkota Perak yang memiliki darah kerabat diraja Aceh, Bugis dan Perak/Melaka. Ketika saya berada tak sampai 3 bulan dalam perut ibu berlaku kemalangan kereta masuk gaung di jalan lama berliku-liku Bentong ke Raub. Padahal bapa adalah seorang pemandu cekap, kereta pula baru seminggu dibeli (beliau dahulu agak rajin bertukar kereta). 

Mereka hendak balik kampung bapa kerana hendak memberitahu sudah mengandungkan cucu sulung. Bapa saya anak sulung, ibu anak sulung. Saya adalah cucu sulung bagi kedua-dua belah keluarga. Alhamdulillah walaupun kereta rosak total lost ibu dan bapa selamat. Saya terus melekat.

Hal ini menunjukkan bahawa seperti saya membawa anak-anak kecil berjalan jauh, bapa juga tidak canggung berbuat begitu apa lagi beliau memang seorang pemandu cekap, tahan memandu ratusan kilometer seorang diri pada lewat malam. Cuma kerana perkara sudah lama berlangsung tidak ingat butiran. Tetapi boleh dibuat telahan menggunakan beberapa fakta seperti berikut.

Bapa saya adalah seorang yang amat menyayangi keluarga walaupun tegas dan garang pembawakannya. Setiap tahun beliau mesti membawa kami anak beranak sekurang-kurangnya sekali balik ke kampungnya di Raub, Pahang paling tidak pada musim raya Aidil Fitri. Keluarga bapa berasal dari Teluk Intan, Perak. Tetapi mereka telah berpindah ke situ sejak lewat tahun 1950an di mana bapa dan adik beradiknya bergotong royong membina rumah.


Gambar rumah keluarga bapa di Raub. Diambil daripada artikel Ke Janda Baik dan Raub sebelum Ramadhan (ditulis Ogos 2011). Ia adalah antara sekian banyak cerita perjalanan yang tidak dimasukkan ke dalam senarai 171 perjalanan kerana dianggap boleh diabaikan...


Semakan menunjukkan pada tahun 1971  hari raya Aidilfitri jatuh pada sekitar 20 November. Ketika itu umur saya sudah masuk setahun. Jadi harus sudah dibawa ke Raub yang terletak hampir 340 km menggunakan jalan lama dari Muar. Pergi balik dah hampir 680 km. Balik pun bukan kejung kat rumah keluarga sahaja. Ada le berjalan ke sana ke mari dalam kawasan tapi biar dikira jarak keseluruhan cuma 680 km.

Ketika itu belum ada lagi Lebuh Raya PLUS mahupun Lebuh Raya Karak. Saya ingat ketika dah masuk umur 12 tahun pada tahun 1982 pun selalu berhimpit di bahagian belakang kereta empat adik beradik lelaki dan seorang adik perempuan. Selalu juga kami pening melalui jalan berliku lalu muntah-muntah. Seingat saya sampai tahun 1987 iaitu ketika berada di Tingkatan Lima pun tetap dibawa beraya ke Raub. Itu yang setahun sekali wajib pergi. Sedangkan ada tahun yang pergi sampai 2-3 kali.

Berdasarkan sekali setahun sahaja pergi dari tahun 1971 hingga 1987 pun jarak pergi balik Raub itu sudah menjadi 11,560 km  (17 x 680 km). Selain itu kami juga tiap-tiap tahun harus pergi menziarahi saudara mara di Johor Bahru membawa masuk ke Singapura. Tetapi hal ini tidaklah menjadi 'kewajiban' seperti hal bapa harus membawa kami berhari raya di rumah keluarganya.

Namun seingat saya memang setiap tahun pergi. Tetapi memandangkan ia tidaklah begitu 'wajib' seperti ke Raub biar diletakkan ini sebagai berlaku cuma pada ketika berumur 6 tahun tahun 1976 sehingga 17 tahun tahun 1987. Perjalanan membawa jarak pergi balik sekitar 400 km. Untuk 1976 sehingga 1987 iaitu selama 12 tahun jadi jumlah 4,800 km.

Sekadar seronok hendak membuat kira-kira. Saya dahulu pergi ke sekolah rendah di Muar sama seperti orang lain 5 kali  seminggu. Pergi 3 km dan balik 3 km. Itu kalau tidak ada 'melilau' berjalan-jalan di bandar atau ke taman permainan di bahagian lain Muar. Seminggu itu jadi jumlah 30 km. Setahun yang ada 52 minggu dah jadi 1,560 km. Enam tahun bersekolah rendah jadi 9,360 km. Tak campur pergi ke sekolah agama yang juga kalau dijumlahkan akan menerbitkan jarak yang beribu kilometer.

Zaman sekolah menengah berasrama penuh di Kluang pula seingat saya sekurang-kurangnya 3 kali setahun pergi balik ke Muar. Jarak pergi balik Muar-Kluang dalam 210 km. Tiga kali setahun jadi 630 km. Empat tahun (sebab tahun kelima kembali belajar di Muar) dah jadi 2,520 km.

Dalam tempoh sejak kecil sehingga Tingkat 5 itu juga saya selalu ke Lembah Klang kerana ramai saudara mara di sana. Selain itu bapasendiri pernah menetap di Kajang, ketika berkerja di Pusat Damansara Kuala Lumpur seingat saya daripada tahun 1982 sehingga 1997. Tetapi dah rasa tak larat nak kir kecuali untuk tahun 1988 hingga 1989 (sebab hendak menyambung dengan cerita kemudian iaitu tentang perjalanan tahun 1989 ke atas) iaitu masuk zaman kolej. Dalam tempoh waktu itu saya ada sekurang-kurangnya tiga kali pergi balik Muar. Sekali pergi balik dah 420 km. Tiga kali pergi balik jadi 1,260 km.

Sekarang campurkan jumlah-jumlah tadi iaitu 11,560 km + 4,800 km + 9,360 km + 2,520 km. Jadilah 28,240 km. Merujuk pula pada artikel Kenangan berbasikal ke separuh Semenanjung tahun 1989 - Usaha awal menggali kembali ingatan yang ditulis tiga bulan. Apabila masuk bahagian bercerita tentang perjalanan ke Pantai Timur saya pun menyebut begini...


Sebelum itu juga kawasan Pantai Timur yang pernah dijejaki seingat saya adalah cuma di Kuantan, Pahang juga Mersing dan Desaru di Johor. Ke Kuantan itu untuk melawat saudara mara, ke Mersing mewakili sekolah (Sekolah Menengah Sains Johor tahun 1983-1986) dan daerah Kluang bermain ragbi. Ke Desaru pula pada zaman kanak-kanak untuk mandi laut bersama keluarga. Jangkauan perjalanan saya ketika itu lebih pada Muar (tempat lahir dan membesar) membawa ke Johor Bahru kemudian masuk ke Singapura, Muar ke Kluang, Muar ke Kuala Lumpur juga ke Raub, Pahang. Semua ini untuk melawat saudara mara. Sesekali dan jarang-jarang ke Teluk Intan, Perak yang ada rumah saudara juga. Pernah ke Cameron Highlands sekali sahaja kalau tak salah untuk makan angin. Sementara perjalanan paling jauh pula adalah apabila dibawa bapa bersama ibu dan adik-naik naik ke utara sehingga masuk ke sempadan Thailand (di Bukit Kayu Hitam ke di Padang Besar, saya kurang pasti). 

Tetapi itu semua cerita sebelum tamat Tingkatan Lima...

Jadi agak-agak selain 28,240 km yang dapat dibuat kira-kira tadi berapa jauh lagilah saya ada berjalan sehingga masuk umur 1989? Cukuplah disebut lebih banyak daripada apa yang larat hendak dikongsikan. Paling kurang 30,000 km.

Ini tidak dimasukkan langsung ke dalam kira-kira Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021. Saya sebut ini sebagai offensive untuk menjawab jika ada orang menuduh mahu menunjuk-nunjuk apabila dikongsikan senarai 171 perjalanan mencapai jarak 179,389 km atas permukaan bumi, kalau termasuk penerbangan berkaitan jadi 308,822 km. Saya sebut ini kerana tahu ada yang akan mempersoalkan lalu telah memberikan sedikit jawaban awal. Lihat artikel Setakat 179,389 km apa barang kan? yang dikongsikan Sabtu malam Ahad.

Tidak. Jika anda rasa orang lain merendah diri konon dengan konsep bongkah ais (iceberg) cuma nampak 1/9 sahaja di atas, 8/9 lagi bawah laut tapi saya seolah-olah mengangkat seluruh bongkah keluar dari laut untuk menunjuk-nunjuk anda tersilap. Seperti orang lain saya juga berpegang pada konsep 1/9 sahaja yang bagi orang nampak, 8/9 lagi simpan untuk diri sendiri. Sesungguhnya nampak perkongsian saya banyak seperti bongkah besar menunjuk-nunjuk. Sdangkan di bawah itu ada berganda lagi banyak sengaja disorok.

Oh, bermula tahun 1980an bapa saudara yang membawa saya ke Hospital Melaka seperti disebut pada awal cerita telah menjadi pakar perbidanan paling terkemuka di Malaysia. Sebut sahaja nama beliau harus ramai termasuk para selebriti mengenali. Cuma generasi sekarang sahaja mungkin kurang tahu kerana sudah ramai pakar perbidanan Melayu sedangkan mereka yang tahu mengiktiraf bapa saudara ini sebagai pelopor bidang. Saya selalu berulang alik ke rumah beliau di Bukit Damansara termasuk ketika lari dari sekolah berasrama di Kluang tahun 1986. Tetapi biar diabaikan jarak.



No comments: