Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, Januari 10, 2016

Daulah Melayu di Melaka - Dunia Melayu Dunia Islam dan gambaran Kota Melaka 500 tahun lalu

Sampai masanya untuk menutup siri kecil "Daulah Melayu di Melaka". Bersambung daripada Daulah Melayu di Melaka - Legasi Hang Tuah. Bersilat di bawah naungan Pulau Besar.


Rabu 30 Disember 2015, kami ke Bandar Hilir lalu ke bangunan ini.


Ia adalah Muzium Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Untuk pengetahuan DMDI adalah satu badan yang memiliki jaringan luas di Indonesia dan beberapa negara luar dalam usaha memartabatkan Melayu dan Islam. Lihat artikel Muzium Dunia Melayu Dunia Islam (Malay and Islamic World Museum), Melaka di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Kami turut membuat penggambaran di pintu gerbang A Famosa dan sekitarnya. Untuk pengetahuan Muzium DMDI terletak di sebelah kiri, keluar daripada gambar...


Sambil itu saya pula meninjau-ninjau bukit di belakang.


Untuk pengetahuan, istana kesultanan Melayu Melaka dahulu terletak di puncak bukit tersebut. Tetapi ia dimusnahkan oleh Portugis apabila mereka menakluki Kota Melaka tahun 1511 lalu dibina gereja atas tapak istana. Lihat Bukit Melaka, pusat kesultanan Melaka (Melaka hill, centre of the Melaka sultanate).


Dari atas puncak kita dapat meninjau keadaan di perairan Selat Melaka. Lihat artikel  Facing the Straits of Melaka from Melaka Hil di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Saya turun bukit melalui satu laluan sisi yang membawa ke tanah perkuburan Belanda.


Saya berbuat begini untuk mendapatkan gambaran bagaimanakah rupa sebenar Kota Melaka sebelum Portugis dapat menaklukinya tahun 1511. Saya diberitahu bahawa bukit sudah banyak dipotong oleh Portugis diikuti Belanda yang menakluki kota tahun 1641 kemudian British. Ia telah hilang rupa bentuk asal namun masih ada tinggalan daripada zaman 500 tahun lalu, antaranya dalam bentuk sebuah pokok besar yang katanya tempat kesukaan Sultan Mansur Shah berehat santai. Lihat Kubur Belanda (Dutch graveyard), Melaka.



Saya terus berjalan mengelilingi bukit sambil cuba memadankan maklumat yang didapati daripada beberapa sumber termasuk daripada seorang hamba Allah melalui cara ghaib. Rujuk Daulah Melayu di Melaka - Menggamit aura lama istana.



Kenal kawasan pelancongan di hadapan bangunan merah Stadthuys tinggalan Belanda ini? Dipercayai masjid besar Melaka terletak di tapak yang kelihatan...



Sekarang bangunan keagamaan paling utama dalam lingkungan kawasan tersebut adalah gereja ini...


Berhenti sebentar menikmati pemandangan sungai di hadapan. Lihat Melaka river in front of Stadthuys.



Ke hadapan sedikit ada replika kincir air yang katanya pernah digunakan kesultanan Melaka. Lihat Kincir air Kesultanan Melayu Melaka (Melaka Malay Sultanate water wheel).



Masuk kembali ke bahagian kaki bukit yang terdapat banyak muzium untuk melihat pameran ini. Lihat Pameran sisi di Muzium Islam (Side exhibition at Islamic Museum), Melaka.



Jam 4 petang kembali ke Muzium DMDI untuk membuat temu ramah bersama timbalan pengerusi DMDI,  Prof (Adj) Datuk Dr. Jamil Mukmin. 


Beliau juga adalah pengerusi IKSEP, ‎Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia lalu dapat memberikan banyak maklumat berguna tentang perkembangan tamadun Melayu dan Islam.


Lewat petang kami ke Masjid Selat Melaka untuk membuat penggambaran matahari terbenam. Lihat Sunset from Selat Melaka mosque.



Dengan ini tamatlah sesi penggambaran kami di Melaka, sekurang-kurangnya buat masa ini. Selesai juga apa-apa yang perlu dikongsikan tentang aktiviti saya tahun 2015. Dapatlah beralih sepenuhnya pada tahun baru 2016. Semoga apa yang akan berlaku lebih baik daripada dahulu. Amin... :]


Tiada ulasan: