Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Ogos 27, 2013

Batu-batu bersurat di Kedah - Petunjuk satu hubungan purba?


Sebuah candi di Lembah Bujang, Kedah, di lereng Gunung Jerai...



Pada artikel Kenangan dan petunjuk 11.11.11 yang ditulis kurang 48 jam lalu saya ada memberitahu bahawa tumpuan saya sejak sebulan kebelakangan ini banyak pada menyiapkan projek buku baru, projek yang sebenarnya dimulakan awal tahun lepas tetapi tertunda akibat gangguan mental block lalu saya alihkan perhatian pada menganjurkan acara-acara HIKMAH. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Hari ini ketika meneliti balik sebahagian isi yang sudah ditulis lalu ingin dipadankan dengan beberapa hal lain saya tertarik dengan kewujudan batu bersurat yang dipanggil Batu Bersurat Buddha-Gupta.

Saya tersedar tentang kewujudan batu ini apabila ditegur seorang pengkaji sejarah yang aktif di Internet. Dalam Facebook sekitar 2 minggu lepas saya ada menulis tentang batu bersurat yang katanya ditemui di Kedah menunjukkan seorang raja Dinasti Chola dari selatan India, Kulotunga I (memerintah 1070-1122) pernah berada di Kedah 1086. Raja ini adalah cucu kepada Rajendra Chola I (memerintah 1012-1044), raja yang telah menyerang lalu mengalahkan Empayar Srivijaya 1025. Ramai pengkaji percaya Rajendra adalah Raja Suran yang disebut kitab Sulalatus Salatin sebagai raja Hindi yang menyerang kerajaan Gangganegara di Perak dan Klangkio di Johor. 

Apabila merujuk pada Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu (kitab SS ni ada beberapa versi, cerita dan watak-watak kadangkala berbeza antara versi), saya dapati yang boleh dipadankan dengan Rajendra adalah watak bernama Raja Syulan. Anak perempuan baginda telah berkahwin dengan seorang raja yang dipanggil Raja Syuran Padsyah yang dikatakan bersama dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Dari perkahwinan ini terbit anak bernama Raja Culan yang datang ke Tanah Melayu dalam perjalanan mahu menyerang Cina. Saya dapati Raja Culan ini boleh dipadankan dengan Kulotunga I. Kalau betul wujud batu bersurat menyatakan Kulotunga ada menjejakkan kaki di Kedah 1086 ini menguatkan lagi telahan bahawa inilah Raja Culan yang kemudian menerbitkan 3 anak raja yang terbit di Bukit Seguntang, seorang daripada mereka menjadi moyang raja-raja Melaka.

Pengkaji tersebut menafikan Kulotunga pernah menjejakkan kaki di Kedah. Beliau nampaknya tidak senang apabila kerajaan kesayangannya, kerajaan kesayangan saya juga sebenarnya iaitu Srivijaya dikatakan tunduk terus-menerus kepada Chola.Tak pa. Itu hal lain. Yang menarik adalah apabila beliau menyebut batu bersurat yang saya sebut ditemui di Kedah itu harus adalah apa yang dipanggil Batu Bersurat Buddhagupta.


Setelah 2 minggu gitu baru saya tergerak untuk mencari tentang Batu Bersurat Buddhagupta. Dari bacaan di Internet saya dapat tahu ia telah diletakkan di Muzium Nasional, Calcutta, India, replikanya ada di Muzium Negara. Teringat saya beberapa bulan lepas ada terbaca tentang batu bersurat lama yang terdapat di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam dalam kawasan sebuah gereja. Saya belum pernah melihatnya dengan mata kepala sendiri. Kalau tiada aral melintang HIKMAH akan mengadakan acara ke-7 di Pulau Pinang nanti. Insyaallah saya akan melihat dengan mata kepala sendiri ketika itu. Buat masa ini saya cuma boleh berharap pada gambar dan bacaan di Internet.

Saya dapat menemui gambar Batu Bersurat Buddhagupta lalu teringat pernah melihat replikanya. Saya tidak ingat jika menatapnya di Muzium Negara tetapi pasti pernah melihat replika serupa di Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Saya pun meneliti fail-fail lama. Ternyata ia ada ditunjukkan pada artikel Tinggalan arkeologi di Merbok (Archeological remains in Merbok) yang dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) Mac 2011. Artikel dibuat berdasarkan satu pengembaraan bersama keluarga pada bulan Ramdhan 2010. Lihat cerita yang terkumpul pada artikel Susah-payah mencari jejak Merong. Menariknya perjalanan ini tercetus akibat mimpi isteri menyuruhnya beriktikaf 3 malam di satu tempat berdekatan makam yang ada kaitan dengan Saidina Hassan.



Adapun saya pertama kali sampai ke Lembah Bujang juga muzium arkeologinya ketika mengembara seorang diri tahun 2007. Saya tidak pasti jika ketika itu sedar atau ada mengambil tahu tentang kewujudan Batu Bersurat Buddhagupta. Yang pasti pada lawatan penghujung 2010 saya cukup tertarik pada ukiran yang terdapat padanya lalu terbetik dalam hati... "Satu hari nanti aku akan meneliti lebih dalam tentang batu ini." Mana saya tahu malam ini 26 Ogos (ayat ini ditulis tepat jam 11.31 malam mengikut waktu yang tertera pada komputer, artikel ini sendiri mungkin siap ditulis setelah masuk 27 Ogos) baru saya betul-betul berminat untuk meneliti tentang batu ini? Sebagai peringatan untuk diri sendiri, ketika itu sudah malam 20 Syawal 1434. Lalu saya tergerak untuk mencari gambar-gambar lama dari fail lawatan 2010. 



Menurut bacaan yang ditemui sebelum ini Batu Bersurat Buddhagupta ditulis sekitar abad ke 4-5 Masihi. Pengkaji yang memberitahu tentang kewujudan batu ini menyebut ia adalah berkenaan seorang peniaga bernama Buddhagupta yang datang ke Kedah. Semakan di Internet menunjukkan ketika itu sebahagian besar India sedang di bawah penguasaan Empayar Gupta (320–600 Masihi).  Menariknya empayar ini memiliki seorang raja bernama Buddhagupta, memerintah 476–495. Apakah Buddhagupta yang tersurat pada batu dan Raja Buddhagupta di India orang yang sama?

Catatan lain pula menyebut batu bersurat ini berkait dengan kerajaan Raktamaritika yang bermaksud Tanah Merah di Pantai Timur Semenanjung. Ia dipercayai sama dengan kerajaan Chi Tu yang disebut dalam rekod kerajaan Cina. Sesetengah pengkaji terutama dari Kelantan percaya Empayar Srivijaya bermula dari Chi Tu kemudian berkembang ke seluruh Semenanjung lalu ke Sumatera dan lain-lain tempat. Apa pula kaitan Buddhagupta dengan ini semua? Persoalan-persoalan ini membuat saya semakin tertarik untuk meneliti batu ini.



Nasib baik saya ada gambar-gambar yang diambil semasa lawatan ke Muzium Arkelogi bersama anak dan isteri 2010. Melalui gambar dapatlah saya meneliti apa yang tertulis pada Batu Bersurat Buddhagupta seperti telah ditafsirkan para sarjana. Saya tulis balik penerangan yang kelihatan di atas...


Inskripsi Buddha-Gupta dari Seberang Prai yang mengandungi ajaran Buddha dengan turisan (tulisan) gambar stupa dengan tujuh cattras pada permulaannya. Inskripsi dalam bahasa Sanskrit menggunakan huruf Pallava-Grantha bermaksud rasa bersyukur atas kejayaan yang telah dilakukan oleh seorang nakhoda bernama Buddhagupta dari Raktampittika dan bertarikh kurun ke 5 Masihi.


Ternyata batu ini bukanlah ditemui di Lembah Bujang di mana terdapat banyak tinggalan candi lama tetapi di Seberang Prai yang dahulu terletak dalam negeri Kedah, pada tahun 1800 baru ia terpisah untuk dimasukkan ke dalam pentadbiran British di Pulau Pinang yang bermula 1786. Nampaknya nama Buddhagupta memang merujuk pada seorang yang agak berwibawa, dinyatakan di sini sebagai seorang nakhoda. Tapi dari Raktampittika? Saya tidak dapat menemui apa-apa rujukan tentang tempat bernama Raktampittika. Nampaknya salah ejaan untuk Raktamaritika

Sarjana sudah bersetuju Raktamaritika cuma merujuk pada satu tempat di  di Pantai Timur Semenanjung. Ia bermaksud Tanah Merah lalu disamakan dengan kerajaan Chi Tu di lokasi yang lebih kurang sama. Nama Chi Tu disebut rekod Dinasti Sui di Cina (581-618) sudah maju di Kelantan, katanya dibuka oleh orang dari Funan atau berkaitan. Chi Tu adalah panggilan untuk Tanah Merah dalam bahasa Cina. 

Adapun ketika Raja Buddhagupta memerintah di India 476–495 Empayar Gupta telah mengalami kemerosotan. Tak mustahil baginda kemudian membawa diri ke Raktamaritika, singgah di Kedah lalu disebut sebagai nakhoda dari sana. Atau orang ini bertanggungjawab mendirikan Raktampittika, setelah berlaku sesuatu yang menyebabkan baginda harus keluar meninggalkan lingkungan Empayar Gupta di India? Kalau ini benar dan dari Raktamaritika @Chi Tu muncul kerajaan Srivijaya yang berkembang untuk meliputi Semenanjung, Sumatera dan banyak lagi tempat apakah ini bermakna Srivijaya berkait dengan Empayar Gupta?



Oleh kerana saya belum pernah melihat Batu Bersurat Cherok Tokkun dengan mata kepala sendiri maka saya tertanya-tanya apakah ia sama dengan Batu Bersurat Buddhagupta? Gambarnya pun saya tiada, yang ada cuma penerangan dari Muzium Arkeologi. Mungkin juga saya ada mengambil gambar tetapi kabur lalu sudah lama dibuang. Yang nyata Batu Buddhagupta pun berasal dari Seberang Perai, Batu Cherok Tokkun terletak dalam wilayah yang sama.  Tapi kalau keduanya sama kenapa Batu Cherok Tokkun dikatakan masih ada di halaman sebuah gereja di Bukit Mertajam? Bukankah Batu Gupta telah diletakkan di Muzium Nasional Calcutta di India? Untuk menjawab persoalan ini kita harus meneliti apa yang tertulis pada batu mengikut penerangan muzium. Begini katanya...


Dijumpai di Cherok Tokun, Bukit Mertajam, Seberang Prai, Pulau Pinang pada tahun 1845. Tulisan yang menenggunakan huruf Pallava dan bahasa Sanskrit ini telah diukir di atas bongkahan batu granit pada abad Ke-5 Masehi. Ia telah diterjemahkan :

"Saya menjadi saksi bahawa musuh-musuh Raja Ramaunibha yang berbahagia, serta orang-orang yang jahat, akan sentiasa terseksa. Ini telah diperkatakan oleh Manikatha, pelindung segala Buddha-Buddha ulung. Dalam setiap bentuk kehidupan pengetahuan akan menjelma di merata-rata tempar dan melalui pelbagai cara. Karma, yang bermain dengan keghairahan (?) (Maksud tidak jelas 'Karma, Which sports with passion) merupakan punca perpindahan (roh)".


Berdasarkan pada ini, nampaknya Batu Bersurat Cherok Tokkun dan Batu Bersurat Buddhagupta adalah berlainan. Nampaknya bukan satu sahaja batu bersurat pernah ditemui di Kedah maka mungkin batu bertulisan Sanskrit yang katanya ditinggalkan Raja Kulotunga I dari Dinasti Chola 1086 memang benar-benar wujud. Rujukan tambahan tidak tentangnya tidak dapat saya ditemui kerana ia mungkin sudah hilang atau diambil orang. Untuk makluman ini adalah artikel ke 1,131 di blogspot ini.



Nota tambahan : Dibuat setelah menyiarkan tulisan di atas 1:09 pagi.



Selesai sahaja menyiarkan artikel ini saya pun membuat tambahan berkaitan dalam buku yang sedang diusahakan, tambahan berkenaan Batu Bersurat Buddhagupta, Raja Buddhagupta dan negeri Raktamaritika. Tadi, ketika menulis ayat yang menyebut "Satu hari nanti aku akan meneliti lebih dalam tentang batu ini." jam di komputer menunjukkan tepat 11.31 malam. Sudah disebut sebelum nota bahawa artikel ini adalah yang ke 1,131 di blogspot ini. Adapun nombor 131 memiliki makna tertentu buat saya. Lihat sahaja artikel-artikel berkaitan di sini.

Ketika hampir siap membuat tambahan isi buku saya terfikir hal berkaitan 131 ini harus datang 3 serangkai. Ini baru 2 kali (ayat yang ditulis jam 11.31 dan artikel menjadi yang ke 1,131). Siap sahaja penulisan saya pun bersedia untuk menutup komputer. Sebelum itu isi buku yang telah dikemas-kinikan dalam satu fail dipanggil BandinganSejarah pun mahu diletakkan menggantikan fail lama dalam external hard disk. Ketika itu saya mendapati penambahan berkenaan Batu Bersurat Buddhagupta, Raja Buddhagupta dan negeri Raktamaritika itu dimuktamadkan pada jam 1.31 pagi. Nah. Apakah ini semua sekadar kebetulan? :]



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Satu tulisan yg menarik.

Seperti rakan FB saudara, saya juga bersetuju bahawa watak raja Suran dlm SS bukan dari kerabat Chola. Nama Suran sebagai satu perlambangan, menunjukkan raja tersebut asalnya dari wilayah utara benua India. Berbeza dgn Chola yg asal dari wilayah selatan.

Berdasarkan timeline, watak raja suran lebih mirip kepada watak Merong.

Ong Eu Soon 王佑舜 berkata...

India pada Zaman purba adalah benua asia tenggara dari Malaysia ke Vietnam. Nama sepatutnya ialah Hindu. Gautama memang anak kelantan yang berasas dari Tanah Merah.
Benua Hindu adalah sebahagian nusantara melayu champa dimana Mahayana Buddhism beraSAS. Gautama ialah melayu champa.

Tanpa Nama berkata...

Satu serangan Chola mungkin berlaku pada tahun 1068M ke atas Kedah

Unknown berkata...

Salam wbt maksud 131 cuba tuan mbaca kalimat ini bismillahirahmanirahim ia menjdi 1 ayat ttpi sbenarnya ada 3 didlmnya menyatakan ia hanya 1 je.... krn 1 itu Alif n 3 itu ialah LAM LAM HA = ALLAH hanya 1 bersamaan(1 yg terasing dr 3 yg tercantum iaitu LAM LAM HA(3 kalimat) bermaksud yg terasing 1 + 3 = ALLAH yg 1 je ttpi klu dilihat scara logik bila 1+3+1= 5(ALLAH) krn 5 itu Rukun islam... n berbalik pd gambarajah itu menunjukan sblm kita mbaca surah al-quran kita hendak membaca yg 1 itulah bismillahirahmanirahim yg didlm ada 3 iaitu ALLAH(illah) ArRahman(Rahman-Ayahnya)ArRahim(Rahim(A)<=anak>-ibunya) manakala 1 itu adala Surah Al-Fatihah pembuka bgi Al-Quran yg dipggl Ummul Al-Quran menerangkan bahwa semua surah yg ada didlm al-quran ada didalam Surah Al-Fatihah n apa yg ada dlm fatihah ada dlm bismillah yg berada diatas skali yg nombor 1 itulah ALIF cuba lihat OBJEK YG TUAN GAMBARKAN mcm angka 1 atau ALIF yg didlmnya ada 7 peringkat terdapat nama ALLAH tercatat didlm objek disana dibaca dgn LAM LAM HA crilah n apa di ujung kalimah ALLAH=ha(ALIF LAM LAM ) (H)anya(A)llah... ALLAH(A+L+L+A+H=5<1+3+1=5>)diharap terjwb sudah persoalan tuan x perlu ucapkan trimakasi cukupla bacaan Al-FatihahX3 Al-IKhlasX3 Selawat Muhammad S.A.Wx3. =9(dlm Surah Al-Kahfi hitungan mereka adala 300 manakala 9 dgn kamu(tengok di tangan kamu disbelah kanan 18 klu dibaca dgn bahasa jawi n cuba campurkannya 1+8=9) krn 1 itu yg berada diatas adalah matahari n yg sbenarnya semuanya adalah 3 termasuk dirinya yg memandang keseluruhanya bila ia melihat yg 1 itu adalah bulan dibwh matahari itu yg terdapat didlm pintu kaabah didlmnya n terukir disana krn nak masuk kaabah kena lalui 1 pintu kaabah yg didlm ada 3 tiang n 1 pintu utk naik ke atas kaabah.. maknanya tuan da melaluinya iaitu ISRA MIKRAJ yang bermakaud surah isra utk isra(i)ngkar(L)aranganya manakala surah isra mikraj adala untuk muhammad (M)emeluk(i)slam(K)erna(R)asulullah(A)jarkan(J)alannya menunjukkan skalian jgk adalah dr kturunan yg sama iaitu ISRA MIKRAJ dr bani israil wslm