Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...
Daripada artikel Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah
Daripada artikel Makam Syiah Kuala... dan makam Maharajalela Abdul Rahim...
Daripada artikel Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch
-------------------------
-------------------------
Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...
Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.
Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh
-------------------------
Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.
Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...
Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-
Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.
Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...
Jumaat, November 20, 2020
Islam sebagai satu jalan ilmu
Selasa, November 17, 2020
MAMPIR - Satu wadah keterlibatan ulamak dalam isu-isu kenegaraan bersama raja
Rabu, November 04, 2020
Malaysia Tanpa Ahli Politik? Jelas sudah pendirian berdasarkan realiti semasa, bukan angan-angan semata
Artikel ini telah diletakkan ke dalam blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) terlebih dahulu.
Perbincangan penuh sepanjang lebih 2 jam boleh diikuti melalui video atas. Cuma disebabkan saluran dibuka sejak jam 10 pagi paparan sejak itu turut dirakam sama. Kami menghadapi masalah untuk menyunting keluar 4 jam lebih waktu menunggu itu lalu harus membiarkannya. Oleh itu kalau mahu masuk terus pada perbincangan sila pergi ke minit 4:09:35.
Khamis, Oktober 29, 2020
Trial Run Bicara Perjuangan HIKMAH 25 Oktober dan rancangan untuk acara sebenar 31 Okt
Salam petang Khamis 12 Rabiulawal 1442 Hijriah. Salam Maulidur Rasul bagi menyambut ulang tahun hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW menurut kalendar Islam. Merujuk pada artikel Peranan Saling Melengkapi Falsafah dan Agama Dalam Pembinaan Peradaban yang dipersembahkan hari Isnin. Pada mukadimahnya ada disebut bahawa pada hari sebelum itu telah diadakan trial run atau sesi percubaan sebagai persediaan untuk satu forum akan datang yang mungkin terpaksa dilaksanakan secara on-line akibat perlaksanaan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat).
Ini kerana PKPB bagi mengekang penyebaran wabak virus COVID-19 menghalang orang ramai daripada datang ke lokasi fizikal majlis. Diisytiharkan terpakai di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya 14 hingga 27 Oktober ada tanda-tanda kuat menunjukkan ia akan lanjutkan ketika trial run sedang difikirkan Sabtu malam Ahad. Ini menjadikan kenyataan apabila lanjutan sehingga 9 November diumumkan petang Isnin. Rancangan tentang forum pula sudah diceritakan dalam artikel Bicara Perjuangan HIKMAH - Malaysia Tanpa Ahli Politik, Mustahil atau Bagaimana? lebih 2 minggu lalu. Siap ada rancangan untuk mengadakan majlis Maulidur Rasul diikuti bersilat selepas forum. Sekarang biar diceritakan tentang trial run ...
Pagi Ahad 25 Oktober baru mula mendapat jawaban daripada orang-orang yang diharapkan untuk menyertai majlis. Masuk tengah hari baru boleh diumumkan senarai. Selain tiga orang panelis bagi acara sebenar saya memanggil empat orang rakan lama daripada zaman kolej untuk memeriahkan trial run dan seorang rakan dalam dunia persilatan. Ia mahu diadakan secara santai seperti borak-borak di kedai kopi. Lalu muncullah senarai berikut bersama gambar atas di FB...
Secara rasmi trial run dijadualkan bermula jam 2 petang. Tetapi ruang maya Zoom mahu dibuka pada jam 1.30 supaya dapat diselaraskan apa yang perlu. Tengok-tengok apabila sampai masanya tak dapat masuk ke ruang sedangkan umum telah diberitahu siaran langsung sudah boleh mula ditonton pada jam 1.30. Rupa-rupanya berlaku silap faham lalu saya pun memberitahu umum seperti berikut :-























