Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, November 26, 2011

Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Dari Berastagi ke Danau Toba

Assalamualaikum semua. Selamat menyambut Ma'al Hijrah atau awal Muharram tahun baru Hijriah 1433. Adapun walaupun lewat kerana hal-hal lain, artikel ini mula ditulis sebelum tengah malam, masih lagi 26 November 2011 iaitu hari lahir saya yang ke 41. Maaf kerana lambat menyambung daripada artikel Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Dari Medan ke Berastagi. Dari Jumaat lepas hingga ke Selasa, saya dan isteri telah keluar membawa anak-anak berjalan ke Pulau Besar, Melaka, Muar dan Negeri Sembilan. Rabu dan Khamis pula saya menghadiri bengkel Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur sepanjang hari.

Kalau mengikut rancangan asal Jumaat malam Sabtu atau malam semalam pula kami mahu ke Muar lagi sebelum menghadiri satu majlis perkahwinan di Johor Bahru kemudian satu lagi di Pontian di mana saya diharapkan untuk memperkenalkan beberapa ahli keluarga dengan saudara mara belah Bugis yang baru setengah tahun ini saya kenali. Kemudian rancangnya mahu ke Singapura sebelum pusing-pusing Johor diikuti masuk Pahang melalui Endau kemudian ke Rompin. Namun masalah kereta melanda lalu ia harus dihantar ke bengkel. Apapun, ini hikmah dari Allah menyuruh kami berehat dari berjalan-jalan buat sementara. Dapat juga meneruskan penulisan di blogspot yang asyik tertunda... :]


Pagi Khamis 3 November 2011. Setelah puas bermalam di sebuah hotel kami bersedia untuk berjalan-jalan di Berastagi.


Kami ada melihat-lihat kota. Namun untuk blogspot ini tidak dipaparkan gambar kerana kebanyakan rakaman dibuat melalui video untuk satu projek akan datang. Maka biar ditunjuk gambar ini sebagai pengganti. Dengan menaiki 'angkut' iaitu van pengangkutan awam kami naik ke sebuah bukit yang dipanggil Bukit Gundaling bersebelahan kota.


Terletak pada ketinggian 1475 meter dari paras laut gitu, ia cuma sekitar 230 kaki lebih tinggi dari bandar. Dari sini boleh kelihatan gunung berapi Sinabung dan Sibayak. Menariknya adalah asal-usul nama Gundaling yang katanya bermula dari perkataan "Good bye darling!". Lihat artikel Bukit Gundaling, the "Good bye darling" hill di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Ini pula adalah gambar setelah beberapa jauh meninggalkan Berastagi untuk ke selatan. Oh... sebelum itu kami sempat singgah di masjid utama bandar. Lihat artikel Masjid Raya (Main mosque of) Berastagi di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Dengan menaiki kereta sewa kami singgah di beberapa tempat bermula di satu bahagian bersebelahan bukit yang kelihatan.



Di situlah terdapat air terjun tinggi Sipiso Piso.


Menariknya adalah bagaimana ia masuk mengalir ke bahagian utara Danau Toba. Lihat The waterfall of Sipiso Piso.


Seterusnya kami singgah di istana lama milik raja-raja Batak Simalungun. Saya difahamkan kaum Batak terbahagi kepada tiga - Batak Karo yang mendiami kawasan tanah tinggi di Berastagi dan sekitarnya, Batak Simalungun di timur Danau Toba dan Batak Toba di sekitar danau (tasik besar sebenarnya) dan Pulau Samosir, pulau di dalam danau yang besarnya seperti Singapura! Istana yang dilihat ini terletak di satu tempat bernama Permatang Purba. Antara raja yang pernah bersemayam di situ, ada yang memiliki 12 isteri! Lihat Istana Raja Batak Simalungun di Permatang Purba (The Batak Simalungun king's palace at Permatang Purba).


Dari Permatang Purba kami mengambil jalan pergunungan tepian Danau Toba untuk ke Prapat. Sepanjang jalan boleh kelihatan Pulau Samosir yang terletak di tengah danau.


Parapat merupakan pintu masuk utama ke pulau. Kami sampai waktu senja lalu terus menuju ke feri...


Destinasi kami adalah ke Tuk-tuk, pekan utama di pulau. Cadangnya mahu singgah satu malam sahaja. Tapi siapa sangka penginapan akan dilanjutkan dan kami akan pusing pulau? :]



Jumaat, November 18, 2011

Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Dari Medan ke Berastagi

OK. Hari ini Jumaat sudah 5 hari saya dan keluarga kembali dari perjalanan 12 hari di sekitar Medan hingga ke Banda Aceh. Adapun sedikit pengenalan atau mukadimah telah diberikan dalam artikel Akan datang - Jejak "Berpetualang ke Aceh" yang dibuat hari Selasa. Maka sekarang kita terus masuk ceritanya ya. Mari! :]


Tengahari Rabu 2 November 2011. Setelah bermalam di rumah abang sulung kepada isteri, Abang Ma'ad kami keluar makan di kedai berdekatan.



Adapun rumah Abang Ma'ad terletak tidak sampai setengah jam perjalanan ke LCCT atau lapangan terbang tambang murah. Dia pun menghantar kami ke sana.


Tu dia. Bersiap sedia untuk pergi... dengan 2 beg sandang besar dan 1 beg kecil. Kiranya segala barangan yang perlu untuk merantau 12 hari berserta keperluan anak kecil termasuk 1 pek besar pampers juga pek besar susu.




Perjalanan ini sebenarnya telah dirancang dan tiket kapal terbang ditempah seawal bulan Februari! Ketika itu isteri terlihat tawaran tiket murah akhir tahun di website Air Asia untuk ke Banda Aceh lalu memberitahu saya. Saya pula teringat satu impian untuk mengulangi kembali tempat-tempat yang pernah diziarahi ketika cuba memasuki Aceh melalui Medan, ketika bumi Serambi Mekah itu masih darurat, dalam perjalanan yang dibuat Januari 2004, perjalanan yang kemudian menjadi asas penceritaan dalam siri novel trilogi "Berpetualang ke Aceh". Apabila disemak website ternyata tawaran sama ada dibuat untuk penerbangan ke Medan, pada tarikh-tarikh tertentu. Itu yang membuat kami memilih untuk mendapatkan penerbangan ke Medan 2 November, kembali pula nanti dari Aceh 13 November.


Namun hari itu hujan sangat lebat. Teringat nasihat beberapa orang yang mencadangkan agar melupakan sahaja perjalanan ke Sumatera ketika ini. Kata mereka takut cuaca tidak elok seperti yang melanda Thailand sehingga bah merata. Ada pula yang takut berlaku gempa bumi dan tsunami lagi selain bimbangkan sentimen negatif rakyat Indonesia terhadap orang Malaysia.


Kami bertawakal sahaja kepada Allah. Niat kami seperi biasa... selain melihat tempat orang kami mahu menziarahi makam-makam watak-watak lama seperti para wali dan raja yang berperanan besar memayungi Islam di Nusantara. Allah jua yang menjaga keselamatan kami. Kalau nak ikut tenaga kudrat dan kebolehan sendiri sejauh mana saya mampu memastikan keselamatan kami sekeluarga apalagi apabila membawa anak kecil berumur 2 tahun yang agak hyper active dan isteri yang sedang sarat mengandung 6 bulan?



Hujan lebat menyebabkan kami dapat menaiki pesawat lebih setengah jam dari yang dijadualkan. Apabila menaiki pesawat pula kami terpaksa menunggu lama sebelum berlepas akibat cuaca yang tidak menentu.



Alhamdulillah kami sampai juga ke Medan.




Kami sampai lewat lebih 1 jam dari yang dijadualkan. Namun ini menerbitkan hikmahnya yang tersendiri.




Adapun perjalanan kami dibuat tanpa bantuan pihak lain seperti travel agent dan sebagainya. Selain tiket kapal terbang, tiada apa-apa tempahan dibuat baik untuk penginapan mahupun pengangkutan. Ikutlah macamana yang patut nanti... janji akan melalui tempat-tempat seperti disebut dalam buku "Berpetualang ke Aceh" dan sampai ke Banda Aceh sebelum 13 haribulan.




Rancangan awal saya adalah mahu menginap 3 malam di Medan sebelum bergerak utara ke Aceh. Kemudian isteri mencadangkan, apa kata pergi ke Danau Toba? Sambil itu saya harus memikirkan bahawa Ahad 6 November adalah bersamaan 10 Zulhijjah iaitu Hari Raya Haji. Kalau nak kejar beraya di Aceh rasanya kami akan terlalu tergesa-gesa.




Lalu saya membuat keputusan begini. Biar kita ke Danau Toba dahulu kemudian baru ke Medan lalu berhari raya di sana.




Cuma saya masih menduga-duga apakah perlu bermalam dahulu di Medan sebelum ke Danau Toba? Kalau ke Danau Toba pula apakah mahu ke Berastagi dahulu atau terus ikut jalan utama ke Parapat? Adapun kalau melalui Berastagi ia melawan arah jam kerana tetap mesti ke Parapat. Kalau lalu jalan utama pula arahnya mengikut putaran jam.

Adapun perjalanan Medan terus ke Parapat memakan masa tidak kurang 4 jam. Kalau ke Berastagi pula cuma 2 jam tetapi masih jauh hendak ke Parapat. Penerbangan yang tergendala 1 jam memudahkan keputusan kerana kami sampai lepas jam 3 waktu tempatan, selepas selesai segala urusan dah hampir jam 4 sedangkan di sana masuk senja dan waktu Maghrib jam 6:15 petang. Sambil diasak-asak para pemandu teksi dan kereta sewa yang mencari penumpang saya pun merundingkan harga. Lalu membuat keputusan untuk ke Berastagi kerana dijangkakan boleh sampai sebelum malam. Itulah perjalanan yang dilihat dalam beberapa gambar di atas...



Perjalanan ini menaiki kawasan pergunungan Bukit Barisan iaitu banjaran gunung utama di Sumatera. Singgah bersolat di Sibolangit, satu tempat tinggi di mana air mineral dari jenama Aqua diambil! Lihat artikel Masjid (Mosque of) Al-Kamal, Sibolangit di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Atas sedikit kami berhenti di satu tempat lereng gunung.











Di sini, kami boleh melihat bawah ke Sibolangit...



Bangunan-bangunan yang kelihatan seperti titik-titik di bawah, itulah sebahagian dari bandar Sibolangit.



Berastagi terletak lebih ke atas. Kami sampai selepas masuk Maghrib.




Terletak pada ketinggian 4,500 kaki dari paras laut atau lebih suasananya lebih kurang seperti berada di Bukit Fraser, Malaysia. Ini adalah isteri saya dan anak kecil kami Al-Rasyid, selepas selesai mandi dan bersiap-siap, selepas mendapat tempat penginapan berdekatan...




Selasa, November 15, 2011

Akan datang - Jejak "Berpetualang ke Aceh"



Assalamualaikum semua! Sudah 2 minggu saya tidak membuat catatan baru dalam mana-mana blogspots. Walaupun seminggu terlambat biar diucapkan selamat Hari Raya Haji atau Aidil Adha kepada setiap pembaca yang beragama Islam. Untuk makluman, saya, isteri dan anak kecil kami Muhammad Al-Aminul Rasyid telah menyambut 10 Zulhijjah di kota Medan, Sumatera. Ini dibuat dalam rangka perjalanan yang membawa kami tidak kurang 1,000 km di atas kapal terbang, 1,000 km juga di daratan dan beberapa km (tak banyak sangat tapi rasanya ada juga sekitar 20 km) di atas air.

Adapun perjalanan dilakukan untuk mencapai 2 tujuan utama - pertama, menziarahi beberapa tempat yang belum pernah atau tidak sempat disinggahi sebelum ini terutama di Aceh. Kedua, untuk menunjukkan kepada anak dan isteri tempat-tempat yang pernah saya singgahi dan kunjungi ketika cuba memasuki bumi Serambi Mekah itu, ketika ia masih darurat, dalam perjalanan pertama saya ke situ Januari 2004. Maka itu satu siri yang diberi nama Jejak "Berpertualang ke Aceh" akan dibuat di blogspot ini berserta artikel-artikel sokongan di blogspots saya yang lain. Turut disertakan adalah cerita-cerita 'bonus' seperti lawatan ke tanah tinggi Berastagi juga ke Danau Toba di mana kami menginap 2 malam di Pulau Samosir yang besarnya seperti Pulau Singapura lalu mengelilingi pulau dengan menaiki motosikal sehingga lewat malam (akibat tersilap menjangka jarak dan keadaan jalan). Tunggu... :]




Selasa, November 01, 2011

Tribute untuk Tok Musa

Hmm. Saya tidak dapat memikirkan perkataan Melayu yang sesuai atau serupa dengan tribute, mungkin kerana perbendaharaan kata saya sendiri yang terhad. Jadi biar digunakan sahaja perkataan Inggeris ini yang membawa maksud seperti penghargaan tinggi berserta ingatan terhadap seseorang/sesuatu perkara...

Dalam artikel Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" yang dibuat hampir sebulan lalu saya banyak menunjukkan gambar-gambar mukasurat dalam buku yang berkaitan pengetahuan umum terutama berkenaan sejarah tempat-tempat. Sekarang biar ditunjukkan sedikit mukasurat berkaitan keluarga terutama tentang datuk saudara saya yang dipanggil Tok Musa.


Datuk saudara yang lahir tahun 1917 ini merupakan salah seorang yang paling awal berkhidmat untuk pasukan polis Johor. Untuk pengetahuan pasukan polis yang terdiri dari ahli pelbagai negeri seperti dilihat sekarang cuma terbentuk setelah Persekutuan Tanah Melayu didirikan 1948.


Ketika buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dibuat, Tok Yakin merupakan satu-satunya anak Tok Yakin (ya... Tok Yakin pada tajuk buku) yang masih hidup. Tahun ini umurnya 94 sedangkan isterinya Tok Gayah (ada dalam gambar atas yang diambil tahun 2009, ketika isteri saya barus sahaja habis pantang beranak 40 hari) 10 tahun lebih muda.


Adapun buku tersebut dihantar ke kilang percetakan kira-kira seminggu sebelum raya Aidil Fitri. Tetapi disebabkan pelbagai masalah, 4 Oktober iaitu lebih sebulan kemudian baru ia betul-betul siap. Dua hari kemudian buku diulas dan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di kaca televisyen (lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia). Hujung minggu itu, terus bergegas kembali ke Muar. Tujuan utama saya adalah untuk menghadiahkan buku terbaru itu kepada Tok Musa, kemudian kepada ayah.




Saya dapat melihat muka Tok Musa begitu terharu melihat gambar-gambarnya dalam buku. Begitu juga anak cucunya yang berada di rumah. Kebetulan satu kenduri sedang diadakan. Saya cuma membawa balik beberapa naskah buku, terus habis 'disambar' ahli keluarganya.


Kelihatan pada saya air mata bergenang di mata beberapa orang ahli keluarga. Rasanya anak cucu Tok Musa adalah orang yang paling menghargai penerbitan buku ini apa lagi banyak sejarah keluarga diceritakan menurut kata-kata Tok Musa. Pada buku yang dihadiahkan kepadanya saya menulis tangan lebih kurang begini : "Semoga Allah lanjutkan usia Tok Musa dan Tok Gayah". Siapa sangka 20 hari kemudian beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir?


Allah! Sebenarnya semenjak awal raya saya ada mendapat rasa bahawa Tok Musa akan kembali ke rahmatullah sebaik sahaja buku siap dan sudah ditatap.


Tetapi saya mengenepikan itu dengan harapan ia cuma mainan perasaan sahaja.


Semasa mendapat SMS Selasa minggu lepas memberitahu beliau sedang sakit tenat saya cuma mendoakan dari jauh. Hujung minggu sebelum itu kami sekeluarga baru berjalan hampir 900 km mengelilingi Perak. Minggu ini pula saya akan berjalan jauh di luar negara. Jadi mahu berehat mengumpulkan tenaga, tidak mahu bergerak jauh dari Lembah Klang buat seminggu lebih gitu.


Khamis saya mendapat berita Tok Musa sudah masuk hospital kemudian dibawa keluar. Saya masih mengharapkan ia cuma satu episod sakit tua. Namun saya bertekad akan menjenguknya lalu memberitahu keluarga akan kembali ke Muar Jumaat malam Sabtu.


Malam Jumaat hampir tengah malam, saya mendapat berita. Tok Musa telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Allah! Innalillah. Awal pagi itu juga saya membawa isteri dan anak kembali ke kampung. Sampai sekitar 4 pagi, terus menjenguk jenazah di rumah.


Pagi itu ramai ahli keluarga, saudara mara dan kenalan telah berkumpul di rumah Tok Musa. Solat jenazah diadakan jam 11 pagi. Allah sahaja tahu rasa sebak di dada...


Oleh kerana hari itu Jumaat, sesuai sungguh jenazah diusung ke Masjid Bukit Treh yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah Tok Musa. Untuk pengetahuan Bukit Treh yang ceritanya serupa cerita Si Tanggang yang kapal dan segala isinya disumpah menjadi batu terletak di belakang masjid. Cerita bukit ini ada dipaparkan dalam buku "Jejak keluarga Yakin..." berserta gambar-gambar, antaranya menunjukkan kewujudan tembok panjang yang dibuat dari batu karang, entah pada zaman bila! Mungkin zaman Hikayat Malim Deman?




Selepas solat Jumaat, solat jenazah pun diadakan.


Kemudian jenazah diusung ke tanah perkuburan di sebelah.




Keluarga dan saudara mara dijemput melihat muka jenazah buat kali terakhir.




Selepas jenazah dan keranda diturunkan ke liang lahad dengan selamat, kubur pun dikambus.


Sambil itu kami menziarahi kubur-kubur ahli keluarga yang sudah lebih awal meninggal dunia. Kelihatan dalam gambar kubur Tok Yakin (meninggal dunia 1943) di hujung kepuk dan kubur ibu mertuanya Tok Thawiyah (meninggal 1937). Kubur isteri Tok Yakin, Tok Sariyah (meninggal 1972) terletak di kiri gambar.


Selesai kubur dikambus kami mengelilinginya untuk bacaan doa.




Selesai doa, bunga pun ditabur. Al Fatihah untuk Tok Musa. Walaupun sedih, kita harus akur sudah sampai masanya untuk pergi. Malah keluarga harus bersyukur Tok Musa dapat hidup sehingga umur 94 tahun lalu menjadi orang tertua di Kampung Treh dan sekitarnya selama beberapa tahun. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para nabi, awliya dan orang saleh. Semoga anak cucu dan saudara mara pula mendapat kejayaan di dunia dan akhirat sentiasa. Amin.