Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, November 12, 2008

Keratan akhbar lama dari United Kingdom - Kenangan lama mandi air pancut di Trafalgar Square, London!

OK. Ada satu lagi benda saya terasa nak bercerita sebelum menamatkan sesi penulisan malam ini untuk tidur. Rasanya dah tak larat nak buat kerja nak cuba olah-balik cerita masjid daaa....

Awal sedikit tadi, sebelum jam 12 tengah malam, sebaik sahaja selesai memindahkan beberapa buah gambar daripada kamera masuk ke dalam komputer melalui memory card, saya pun memasukkan balik kad plastik yang digunakan untuk mengisi slot atau ruangan tempat letak memory card di komputer. Entah kenapa, kali ini ia terasa masuk kurang kemas. Saya pun menekan lebih dalam... tengok-tengok tersangkut terus. Ah, apa ini?

Setelah mencuba beberapa kali, ternyata saya tidak dapat membetulkannya. Lalu saya terfikir, mungkin komputer ini harus dihantar ke kedai tempat saya membelinya untuk diperbetulkan esok lusa. Saya pun baru teringat hendak mencari warranty card.

Cari punya cari, tak jumpa-jumpa. Entah di mana saya letakkannya, memang saya tak ingat. Sebaliknya saya terjumpa satu 'barangan lama' yang agak bermakna. Di bawah inilah ceritanya... :]


Satu hari pada musim panas tahun 1995, saya telah mengikut seorang kawan untuk melawat abangnya di Huddersfield, sekitar 300km di utara kota London. Lalu di satu kedai, saya terlihat sebuah akhbar tempatan. Ada sebuah gambar yang saya terasa cukup familiar, cukup kenal...


Saya pun membelek-beleknya lebih dekat. Saya lihat kelibat, rupa-paras dan bentuk badan orang yang terpapar pada gambar itu sedang mandi di bahagian atas air pancut di kawasan Trafalgar Square, di tengah-tengah kota London. Ah, apa ini? Seluar pendek yang dipakai... dan lagi ada rantai kayu besar, rantai ala orang Asli Afrika yang dibeli dan mula dipakai setahun sebelum itu.

Allah! Ini memang gambar saya... bagaimana pula ia boleh tertera di muka sebuah akhbar tempatan dan ditemui pula di Huddersfield ini?


Saya membelek pula cerita di bawahnya. Tajuknya "We can't stand the heat" ("Kita tak tahan panasnya"). Ayat kecil di bawah pula menyebut "Just some of the strange sights in the heatwave - black tights are another" (Cuma beberapa daripada pemandangan pelik dalam kepanasan itu - seluar pendek hitam dah satu cerita lain") merujuk kepada keadaan musim panas ketika itu yang kalau tak salah ingatan, ada masanya melepasi paras 36 darjah Celsius, terlalu panas bagi orang Inggeris.

Terus saya tergelak kemudian membeli akhbar ini. Hahaha! Memang London ketika itu sangat panas. Alangkan pada pertengahan musim bunga, saya yang sudah empat tahun menetap di sana pun dah mula terasa sedikit bahang (dan mula sering keluar berlenggeng) walhal suhu baru masuk 15 darjah Celsius, inikan lagi 36 darjah. Tu yang bila nampak air rasa nak main air aje... Teringat pula kepala gila saya ketika awal kembali ke tanahair sekitar bulan Oktober 1995 di mana saya sering berjalan kaki di tengah Kuala Lumpur dengan tidak memakai baju. Gila ke hapa budak ni?

Sebenarnya memang saya semasa itu terasa kepanasan. Bukannya sahaja buat-buat... cuma saya terbawa perangai tak betul di London kembali ke tanah-air sedangkan keadaan di sini lain, sana lain!

Apapun, terasa nostalgia terjumpa keratan akhbar daripada United Kingdom yang ada disimpan dalam satu fail. Maka di bawah ini, tergerak saya untuk memaparkan cerita berkaitan seperti terdapat dalam buku pertama saya, "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti"... dalam bab bertajuk "Dari Perlak ke Perak: Kisah Keramat Kuala Bidor". Selamat malam! :]


p/s: Untuk Nur kedua, ini cuma satu kenangan lampau yang membentuk perjalanan hidup Abang. Sekarang cuma ada Sayang dalam hidup Abang. Nur pertama adalah seorang kawan dan Abang memang rasa terhibur apabila melihat Sayang berbaik-baik dengannya. Itu sahaja...


----------------------------


Nur tersenyum simpul. Tahu lelaki yang dikaguminya itu berseloroh di celah serius. Sudah faham hati budinya yang luhur walaupun adakalanya dia agak nakal. “Nakal sahaja, bukannya jahat,” bisik hati kecilnya

Gadis ini teringat perkenalan mereka di kota London 10 tahun lalu. Teringat dirinya ditegur Rasyid yang sedang berambut panjang melepasi bahu. Rugged dengan seluar jeans koyak di kepala lutut, t-shirt lusuh separuh lengan dan rantai kayu besar ala orang Asli Afrika meliliti lehernya.

Is this seat taken?” pemuda itu membuka bicara, sopan. Terbayang wajah Rasyid dengan senyuman datang menuju meja makannya dengan knapsack besar tersandang di belakang. Dengan mata coklat tajam bersinar tidak berkerdip merenung tepat ke mukanya.

Nur tersenyum lagi. “Tak malu! Punyalah banyak tempat kosong, meja aku juga yang dituju.” bisik hatinya. Tetapi wanita menarik yang aktif bergiat dalam dunia seni tanahair ini memang mengharapkan pemuda itu datang. Memang ada niat hendak mengenalinya sejak terpandang penampilan unik pemuda itu muncul dari balik pintu masuk kantin tempatnya makan. “Boleh tahan cute,” getus hati kecilnya menahan malu.

Ketika itu, Nur berserta dua orang rakan perempuan sedang bercuti musim panas di ibukota Great Britain. Tergerak pula hendak menikmati masakan Melayu di Malaysia Hall, tempat pertemuan penuntut dan pekerja Malaysia yang mengandungi Malaysian Student Department. Macam dah janji nak berjumpa pula... Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.

Lalu dia teringat hari-hari seterusnya. Makan tengahari udon dan sushi di restoran Jepun di Knight’s Bridge sebelum window shopping di Harrod’s. ‘Melalak’ sampai Subuh, diselang-seli sembang dan gelak ketawa di bawah rimbunan pepohon di Hyde Park dengan iringan petikan gitar Ovation Rasyid, gitar mahal semi-electric yang dicuri orang dua bulan kemudian ketika pemuda itu sedang nyenyak tidur di sebuah kawasan lapang di Amsterdam, Belanda semasa mula-mula mengembara hitchiking di Eropah dahulu. Katanya gitar itu hendak digunakan untuk bermain muzik di jalanan, untuk menampung perbelanjaan tetapi apa boleh buat, dah lesap...

Tetapi paling Nur tak dapat lupakan, ikut Rasyid ke Trafalgar Square, mercu tanda terkenal kota London. Lebih seronok lagi kerana mereka pergi berdua sahaja, kerana kawan-kawan Nur kata ada hal lain. Atau mereka sengaja beri peluang? Sahaja mahu Nur dan Rasyid jadi merpati dua sejoli, boleh lawan merpati-merpati lain yang banyak berterbangan?

Mula-mula biasalah, mereka setakat relaks makan ais krim, tengok orang ramai bersantai. Melihat burung merpati terbang beribu-beribu mengelilingi kawasan sebelum turun mematuk makanan dan biji-bijian yang dilemparkan orang. Adalah cakap-cakap sedikit. Segan-segan konon, malu-malu kucing... Yalah kali pertama dapat keluar dua orang...

Tiba-tiba datang angin gila si Rasyid. Terus ditariknya tangan Nur menuju salah sebuah air pancut cantik yang menghiasi mercu tanda kebanggaan wargakota London itu. Terus “menceburkan diri” ke dalam kolam. Habis basah kuyup pakaian wanita itu. Lepas itu berendam keliling kolam, siap dengan kuak dada, kuak kupu-kupu pun ada. Konon-konon berenanglah itu walhal airnya tidak sampai pun 3 kaki dalam. Seronok!

Pemuda itu pula memakai seluar pendek sahaja, santai bagai di tepian pantai. Awal-awal tadi semasa mula sampai ke Trafalgar Square, Rasyid sudah menyalin pakaian yang tersedia dalam knapsacknya. Katanya sebab panas... Sudah empat tahun duduk di England, sudah merasa semua empat musim. Hinggakan apabila masuk musim bunga, suhu baru meningkat ke 15 Celsius pun sudah terasa bahang. Inikan lagi musim panas, 30 Celsius ke atas. Lagipun ramai juga Mat Saleh keluar berlenggeng, tidak memakai baju dan ada dua tiga orang yang sama memakai seluar pendek. Tetapi kalau mandi dalam kolam di tempat pelancongan di tengah-tengah kota ini, siap beriya-iya berenang, Mat Saleh pun tak buat. Ini kerja budak-budak...

Rasyid tidak peduli semua itu. Ini kota London, dunia nafsu nafsi. Setakat pasangan “bercium-mulut” depan khalayak umum perkara biasa. Kalau di taman bunga, silap-silap ada orang “buat kerja” dalam semak. Cuma takut polis atau penjaga taman nampak. Boleh ditangkap, sebab buat indecent behaviour at public places. Bukan sebab langgar hukum Syariat...

Apapun, tidak ada siapa hendak marah kalau setakat mandi kolam di Trafalgar Square. Tinggal orang sahaja segan hendak buat. Rasyid pula seperti tidak tahu malu langsung, siap boleh memanjat naik air pancut yang tingginya 15 kaki, lepas itu duduk di atas muncung tempat air keluar, dialihkan pula air yang memancut itu dengan punggung untuk ‘menyerang’ orang-orang di bawah! Kemudian pemuda itu boleh menemani Nur berjalan kaki hampir 1 kilometer ke gedung barang-barang permainan Hamley’s di Regent Street dengan memakai tuala sahaja! Siap dengan knapsack di belakang, mana tidak orang kata dia gila? Tetapi adalah pakai seluar pendek di dalam. Takut juga tuala tercabut di tengah jalan...


Cerita projek buku masjid - Pulau Besar membawa ke Muar dan makam Sultan Alauddin

Gambar jeti utama Pulau Besar. Diambil daripada artikel Pulau Besar, Melaka again... After almost getting stucked there! di blogspot BERPETUALANG KE ACEH

Lihat gambar ini. Dahulu, sekitar penghujung tahun 2001 hingga ke awal 2002 kalau tak salah ingatan, saya pernah bermimpi naik ke jeti seperti ini lalu berjalan ke bahagian daratan. Keadaan dalam mimpi adalah pada waktu malam. Saya pun mula menyusuri bahagian tepian daratan lalu terserempak dengan dua lembaga bermuka manusia tetapi bergentayangan seperti jin Aladdin. Masyaalaah! Terperanjat saya ketakutan...
Dalam beberapa bulan kemudian, saya menjejakkan kaki buat pertama kali seumur hidup ke Pulau Besar, Melaka... walaupun saya membesar di Muar dan sering melihat pulau itu dari kuala Sungai Muar! Lalu saya lihat keadaan jeti dan daratan yang dilalui semuanya sama seperti kelihatan dalam mimpi. Yang berbeza, saya sampai di situ waktu siang hari.
Yang menarik, apabila melalui jalan tepian pantai, baru saya tahu tentang kewujudan dua buah makam panjang yang dikenali sebagai Makam Tok Putih dan Makam Tok Janggut. Mungkin lembaga yang saya lihat dalam mimpi menggambarkan pemilik dua makam ini?
Apapun, sekarang baru cerita boleh disambung... sambungan daripada artikel Cerita projek buku masjid - Masjid Kampung Hulu dan masjid-masjid di Melaka . Mari! :]

p/s: Dengan ini, tamatlah proses meluahkan rasa tentang cerita projek masjid yang harus digubal-balik cara penceritaan dan penekanan. Nak mula proses gubal-balik pula sekarang ini dah lepas jam 3.30 pagi. Esok-esok aje lah sambung.
Di sini, para pembaca dijemput memberikan feedback dalam ruangan komen, apakah bentuk penceritaan secara dokumentari yang paling sesuai. Saya sedikit ralat mengubah bentuk kerana terasa tidak dapat menyampaikan cerita seperti mana yang saya dapat ketika itu. Tetapi walaupun cerita berbentuk dokumentari akan menyebabkan saya harus melupuskan beberapa bahagian yang telah pun saya paparkan di sini, mungkin juga ia akan membawa masuk unsur-unsur lain yang lebih menarik? Apa kata anda...


-----------------------
Pulau Besar membawa ke Muar dan makam Sultan Alauddin


Kami sampai ke Pulau Besar sekitar jam 9, terus menuju ke surau untuk bersolat sebelum menziarahi makam wali Allah, Sultanul Ariffin Sheikh Ismail di sebelah. Sebenarnya surau ini boleh dikira sebagai masjid kerana merupakan satu-satunya rumah azan yang terdapat di pulau itu. Dan lagi ia tempat bersolat Jumaat. Reputasi besar Pulau Besar sebagai pulau penuh karamah yang memiliki makam ramai para wali memastikan ia tidak pernah kurang jemaah.

Sultanul Ariffin adalah satu gelaran dalam dunia orang Sufi yang membawa maksud raja kepada orang yang betul-betul mengenali Allah. Sheikh Ismail yang berasal dari Timur Tengah dipercayai sampai ke Pulau Besar seawal tahun 1350an Masihi bersama lebih 40 orang pendakwah yang semuanya dikatakan bertaraf wali. Maka tak mustahil surau yang kelihatan tidak seberapa ini didirikan di atas tapak masjid lama yang pernah wujud 700 tahun lalu! Sebelum kewujudan keSultanan Melayu Melaka yang dikenali dalam sejarah...

Buku tentang Pulau Besar dan Sheikh Ismail yang dipinjamkan (lalu difotostat) di Masjid Kampung Hulu, satu terbitan terhad tahun 1999 menyebut Sheikh Ismail mula sampai ke Nusantara untuk memenuhi satu wasiat Nabi seperti yang ada tertera dalam teks lama Sejarah Melayu (atau Sulalatus Salatin) dan Hikayat Raja-raja Pasai:

“Sepeninggal aku telah wafat kelak, akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya. Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu,serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat. Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan menjadi wali Allah. Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu bersama-sama belayar ke negeri Samudera itu.”

Adapun negeri Samudera yang kini terletak dalam Aceh diasaskan oleh seorang raja Melayu bernama Merah Silu pertengahan abad ke 13. Menurut ceritanya, Sharif atau raja Mekah mendapat tahu tentang kewujudan negeri itu melalui jemaah haji. Lalu Sheikh Ismail dihantar untuk mengIslamkan penduduknya dan Merah Silu ditabalkan menjadi Sultan Malikus Salih.

Sejak itu, Sheikh Ismail telah beberapa kali berulang-alik dari Timur Tengah ke Nusantara untuk meneruskan misi dakwah membawa bersama ramai alim ulamak masuk ke dunia Melayu. Pulau Besar dinyatakan sebagai destinasi terakhirnya sebelum meninggal dunia.

Saya sendiri telah beberapa kali datang bermalam di pulau ini kerana sukakan rasa kedamaiannya yang tersendiri. Shamsul pernah sampai 2-3 kali bersama rakan lain tetapi inilah kali pernah dia akan bermalam. Lalu lewat malam itu, saya pun membawanya masuk ke pondok seorang kenalan di pinggir hutan di mana saya sendiri suka bermalam.

Cadangnya kami akan meninggalkan Pulau Besar awal pagi kerana selain mahu menyambung kerja di Muar, Shamsul teringin hendak merasa hidangan nasi beringin ‘asal’ di sana. Nasi beringin adalah satu hidangan pagi orang Muar, mungkin ada saki-bakinya waktu tengahari. Sebaliknya akibat kepenatan, kami masih lagi terbaring di pondok pada jam 10.30 sedangkan bot atau feri seterusnya cuma datang jam 12.30 pagi... itupun ada sedikit pertukaran masa, nyaris-nyaris kami harus menunggu 3 jam lagi untuk perkhidmatan seterusnya!

Apapun, kami sampai ke Muar hampir 2 petang. Maka terlepaslah nasi beringin 'asal' yang dimaksudkan. Oh... kenapa disebut nasi beringin 'asal'? Kerana hidangannya mungkin sedikit berbeza bergantung pada sesiapa yang memasak. Shamsul mengenali nasi beringin seperti dihidangkan di sebuah gerai yang laris di Bangsar sedangkan bagi saya yang dilahirkan dan dibesarkan di Muar, rasanya tidak sama dengan nasi beringin 'asal’ yang saya kenal.

Sayang sekali, nasi beringin 'yang dimaksudkan sudah habis apabila kami sampai. Terpaksalah kami makan nasi beringin di kedai sebelah yang rasanya sedikit berlainan sebelum menyambung kerja di masjid jamek Muar

Masjid jamek Muar, atau nama rasminya Masjid Jamek Sultan Ibrahim dibina tahun 1927 hampir ke kuala Sungai Muar. Ia dirasmikan Tengku Mahkota (Sultan Ismail, ayahanda Sultan Iskandar yang memerintah Johor sekarang) pada 28 Februari 1930. Masjid ini sangat bermakna buat saya. Di sinilah saya banyak menghabiskan zaman kanak-kanak bersolat jemaah mahupun bermain-main memanjat keliling masjid. Di hadapan masjid ini juga remaja sekitar generasi saya sering berlatih (juga bermain) silat. Kini mereka semua bertebaran di merata tempat, nak jumpa untuk Hari Raya Aidilfitri setahun sekali pun belum tentu dapat.

Shamsul yang dibesarkan di Kedah walaupun ayahnya berasal dari Kluang, Johor pernah beberapa kali singgah ke masjid ini. Lalu dia bertanya kenapa saya memilihnya untuk isi buku. Jawab saya, selain ada nostalgia tersendiri, masjid ini mewakili satu era di mana raja-raja Melayu berpendidikan Barat malah berperwatakan Inggeris mula memegang tampuk kekuasaan, sesuai dengan konsep penceritaan sejarah untuk buku yang meliputi pelbagai fasa perubahan sosio-ekonomi bumi Melayu. Saya pula bertanya pada Shamsul, apa pendapatnya tentang rekabentuk masjid ini. Jawab Shamsul ringkas: "Confused (Keliru!)"

Ya, memang confused... walaupun senibinanya tetap menarik, kelihatan unsur-unsur kekeliruan dari segi mentaliti dan identiti di sebalik rekabentuk. Ini dikuatkan dengan pernyataan di hadapan masjid itu sendiri yang menyebut ia dipengaruhi senibina Inggeris. Fikirkan keadaan orang Melayu zaman itu terutama golongan bangsawan yang jadi keBaratan agar diterima sebagai maju, berdaya-saing lagi progresif oleh pihak lain. Pernah tengok gambar raja-raja Melayu penghujung abad ke 19 hingga awal abad ke 20 Masihi memakai baju kebesaran Inggeris? Rasanya itu cukup menerangkan makna 'keliru' yang dimaksudkan.

Kesempatan bertandang di masjid turut digunakan untuk mengecas bateri peralatan. Kami juga 'tumbang' sebentar merehatkan badan sebelum menyambung kerja. Saya sempat menyambung sedikit penulisan buku. Hasilnya, masuk waktu Asar baru kami keluar sedangkan ada lagi masjid di Muar perlu diziarahi.

Oh... Kami juga perlu menziarahi rumah ibu bapa saya sebelum menyambung kerja di masjid seterusnya. Kebetulan juga tadi di masjid jamek Muar, kami tidak sempat mengecas video kamera yang turut dibawa Shamsul kerana tidak cukup power-point... maka di rumah ibu bapa sayalah baru kami dapat mengecasnya.

Jam 6 petang, baru kami bersedia untuk berlepas ke destinasi seterusnya di Pagoh, 30km dari rumah itu. Sampai di Bukit Pasir sekitar 10km perjalanan, saya mendapat panggilan telefon daripada ibu... katanya beg yang mengandungi komputer laptop saya juga paspot antarabangsa dan beberapa barangan lain tertinggal di rumah. Dah terpaksa berpatah balik...

Sampai di satu kawasan bukit-bukau hampir ke Pagoh di mana terdapat sebuah ladang rempah besar milik orang Melayu dengan satu pusat peranginan kecil, video kamera yang digunakan untuk merekod sedikit keadaan pula buat hal. Shamsul cuba memperbaikinya tetapi tidak berjaya sedangkan langit semakin gelap. Akhirnya kami sampai ke masjid seterusnya ketika orang bersolat Maghrib. Itulah Masjid Jamek Sultan Alauddin Riayat Shah I di Kampung Raja, Pagoh di mana terdapat satu-satunya makam sultan Melaka yang masih wujud di Malaysia, makam Sultan Alauddin Riayat Shah (memerintah 1477-1488).

Oh... seminggu selepas masuk bulan Syawal, saya sempat melawat masjid ini untuk ‘merisik’. Lalu saya diberitahu, ia sebenarnya didirikan di atas tapak istana persinggahan Sultan Alauddin, tempat baginda mangkat akibat diracun orang yang marahkan pemerintahan baginda yang tegas lagi berani. Untuk pengetahuan, seperti Khalifah Islam kedua Saidina Umar, Sultan Alauddin juga sering keluar meronda malam-malam menyamar jadi orang kebanyakan untuk melihat sendiri keadaan sebenar Melaka di luar istana. Tetapi ini menyebabkan para pembesar korup dan kurang cekap membuat kerja tidak senang duduk!

Kemangkatan baginda menyaksikan seorang anaknya yang beribukan keluarga Bendahara diangkat menjadi raja Melaka walaupun masih belum bercerai susu. Anak ini membesar menjadi Sultan Mahmud yang sangat terkenal kezalimannya, suka membuat keputusan menurut hawa nafsu hingga senang-senang membunuh orang. Akibatnya Melaka dijajah Portugis tahun 1511. Lalu kawasan sekitar Pagoh ini turut menyaksikan pasukan baginda terakhir bertahan sebelum terpaksa lari ke Pahang seterusnya ke Johor dan kepulauan Lingga.

Hmm... mungkin ada hikmah berlaku pelbagai perkara yang melambatkan perjalanan hari itu. Dari kepenatan di Pulau Besar yang menyebabkan kami keluar lewat dicampur bot tidak mengikut jadual, kepenatan lagi di masjid jamek Muar ditambah beg yang tertinggal lalu video kamera rosak. Kalau masih ada masa, tentu saya akan menyuruh Shamsul bergegas ke sebuah lagi masjid iaitu masjid lama Olak Sepam 2-3km ke. Sebaliknya keadaan 'memaksa' kami untuk menutup pengembaraan ke selatan di hadapan makam Sultan Alauddin!

Kalau menurut rancangan asal yang dibuat minggu sebelumnya, perjalanan ke selatan sepatutnya ditamatkan di Singapura, Kami juga sepatutnya melawat masjid jamek Johor Bahru yang memiliki ciri-ciri serupa masjid jamek Muar, juga Masjid Bentara Luar di Batu Pahat. Tetapi disebabkan Shamsul terlupa membawa paspot antarabangsa, timbul keputusan untuk menamatkan perjalanan di Muar.

Ini membolehkan kami bermalam di Pulau Besar dan menziarahi makam Sultanul Ariffin Sheikh Ismail sedangkan ini tiada langsung dalam rancangan asal. Rentetan peristiwa seterusnya pula membawa kami menutup cerita di hadapan makam seorang sultan Melaka.

Sebagai mengakhiri bab ini juga penutup segmen kembara melawat masjid-masjid terpilih di sebelah selatan, sila renungkan kata-kata yang terdapat pada papan-tanda di sebelah makam. Adapun kata-kata ini terukir pada batu nesan Sultan Alauddin yang termasuk kategori batu nesan Aceh... dalam seni khat berbahasa Arab dengan terjemahan berbunyi begini...


Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah
Inilah kubur yang cemerlang Almarhum Sultan yang suci
Sultan Alauddin ibni Sultan Mansur Shah ibni Sultan Muzaffar Shah
Rahmat dan kesejahteraan Allah barang terlimpah ke atas roh mu
wahai wali Allah yang terpilih

Cerita projek buku masjid - Masjid Kampung Hulu dan masjid-masjid di Melaka

Gambar Masjid Kampung Hulu waktu malam. Diambil daripada artikel Melaka old city centre at night and the nostalgia around it... di BERPETUALANG KE ACEH

Bersambung daripada artikel Cerita projek buku masjid - Membuka perjalanan di Negeri Sembilan.

--------------------------
Masjid Kampung Hulu dan masjid-masjid di Melaka

Sepanjang beberapa tahun rajin mengembara dan sering tidur di masjid-masjid seluruh Semenanjung, saya rasa tiada yang semeriah Masjid Kampung Hulu di tengah bandaraya Melaka. Boleh kata hampir semua masjid yang pernah dilawati akan mula lengang sebaik sahaja tamat solat berjemaah Isyak (kecuali di bulan Ramadhan, itupun sehingga jam 10.30 malam) sedangkan Masjid Kampung Hulu tetap dikunjungi orang silih berganti 24 jam! Mungkin lokasinya di tengah bandar menyebabkan ia menjadi tumpuan sepanjang masa. Tetapi bandar-bandar lain juga ada yang memiliki masjid-masjid di tengah-tengah, tiada pula yang begitu ‘hidup’ seperti Masjid Kampung Hulu ini.

Saya telah beberapa kali bertandang ke masjid ini termasuk datang untuk berehat sebentar jam 3-4 pagi... sentiasa sahaja ada orang datang untuk bersolat malam, berzikir, bermunajat kalau tak pun sekadar melepaskan penat lelah terbaring atau terlelap di serambi. Lebih menarik, ada yang datang awal pagi buta semata-mata untuk mengambil air di kolah. Kalau tidak kerana ada larangan lisan dari pihak masjid, tentu sudah ramai yang mandi terus di situ!

Menurut catatan di hadapan, Masjid Kampung Hulu merupakan salah sebuah masjid tertua di Melaka. Bangunan asal dibina tahun 1728 oleh Datuk Samsudin bin Aroom, kapitan Melayu zaman Belanda dan diperkukuhkan dengan binaan batu tahun 1892. Catatan rasmi itu turut menyebut, selain berperanan sebagai tempat solat, masjid ini mempunyai keistimewaan sendiri. Ia dikunjungi segenap lapisan masyarakat. Ramai percaya hajat mereka akan terkabul dengan berkunjung dan berniat di dalam masjid ini!

Kami datang lewat Jumaat malam Sabtu dengan tujuan mahu bermalam seraya merakamkan keistimewaan masjid ini melalui lensa kamera. Sebaik sahaja sampai, seorang penjaga masjid yang mengenali saya terus membuka cerita kaitan Masjid Kampung Hulu dengan Pulau Besar di mana terdapat banyak makam-makam yang dianggap keramat termasuk makam seorang wali Allah yang dikenali sebagai Sultanul Ariffin Sheikh Ismail. Saya mengaku datang kali ini untuk membuat cerita yang akan dibukukan. Maka kepada Shamsul yang kali pertama bermalam di masjid itu, saya sebut bahawa bagi sesetengah pihak, Masjid Kampung Hulu adalah tempat wajib diziarahi sebelum masuk ke Pulau Besar.

“Nah, ini ada buku tentang Pulau Besar dan Sheikh Ismail,” kata penjaga masjid. “Simpanlah buat sementara dan buat photocopy”. Beliau turut menghadiahkan sebuah buku kecil tentang sejarah Datuk Aroom, bapa kepada Datuk Samsudin yang dikatakan membina Masjid Kampung Hulu tahun 1728. “Ia ditulis seorang waris untuk disampaikan kepada umum...”

Saya meminta penjaga masjid menceritakan serba-sedikit tentang keistimewaan Masjid Kampung Hulu. Dia pun memberi beberapa contoh tentang bagaimana hajat orang termakbul selepas bermunajat di masjid. Ada pula orang berpenyakit teruk seperti lumpuh pulih sehari dua selepas membasuh bahagian yang sakit menggunakan air kolah masjid.

Cerita-cerita ini sudah biasa saya dengar kerana selalu bercampur-gaul dengan golongan yang mengamalkan ilmu perubatan tradisional juga persilatan kebatinan yang menggunakan zikir dan ayat-ayat Al-Quran. Adapun dalam satu perguruan, Masjid Kampung Hulu termasuk antara tempat wajib diziarahi untuk memantapkan ilmu selain Pulau Besar di Melaka, Gunung Ledang di Johor, Masjid Tanah dan Tanjung Tuan di port Dickson.

Apapun, ini tidak menjawab mengapa Masjid Kampung Hulu dianggap istimewa... begitu istimewa sehingga kaum Cina dan India yang mengetahui cerita pun akan mengambil air kolahnya untuk dijadikan air penawar dan sebagainya. Malah ada diceritakan, pernah terjadi pergaduhan antara kaum Cina lalu mereka membuat keputusan untuk masuk sebentar ke Masjid Kampung Hulu lalu hati yang panas sejuk kembali membawa kepada perdamaian.

Setahun lepas, seorang pengunjung tetap ada memberitahu bahawa di hadapan masjid ini terdapat makam seorang ulamak besar bernama Sheikh Abdullah. Katanya ulamak ini adalah Sheikh Abdullah yang pernah bermastautin di puncak Gunung Jerai, Kedah selepas mengIslamkan Sultan Muzaffar Shah Kedah lebih 800 tahun lalu! Tetapi setelah saya bertanya kembali beberapa orang, fakta yang lebih tepat adalah makam itu milik Sayyid Abdullah al-Haddad yang datang selepas Masjid Kampung Hulu didirikan. Pada malam Sabtu itu pula baru saya mendapat kepastian ulamak inilah punca keistimewaan masjid itu.

Menurut penjaga masjid, Sayyid Abdullah ini hidup awal tahun 1800an. Katanya, ibu kepada Munshi Abdullah, orang yang dilabelkan sebagai bapa sastera Melayu moden pernah menghadapi masalah anak meninggal dunia tidak lama selepas dilahirkan. Ini berlaku 2-3 kali sehingga dia hampir putus asa. Sayyid Abdullah mendapat tahu lalu menasihatkan, jika ibu ini mengandung lagi, anak yang akan datang hendaklah diberi nama serupa dengannya, insyaallah akan umur panjang. Itulah anak yang muncul menjadi Munshi Abdullah!

Saya sendiri kurang gemar dengan Munshi Abdullah kerana beliau pernah bekerja dengann Stamford Raffles yang berperanan besar menghancurkan empayar Johor-Riau-Lingga. Munshi Abdullah juga dikatakan telah menterjemahkan kitab Bible ke Bahasa Melayu. Tetapi saya menyebut juga nama itu sebagai contoh satu nama besar sejarah Melayu moden yang boleh dikaitkan dengan kelebihan Sayyid Abdullah.

Diceritakan juga, pada satu hari Sayyid Abdullah masuk ke bilik air pada masa yang sama dengan beberapa orang anak murid. Tiba-tiba beliau ghaib, tidak dapat ditemui. Yang peliknya, apabila anak muridnya keluar bilik air, tiba-tiba juga Sayyid Abdullah muncul keluar bersama. Apabila ditanya ke mana dia menghilang, jawab Sayyid Abdullah beliau ke Mekah untuk menolong memadamkan kelambu Ka'abah yang terbakar!

Penjaga masjid kemudian menyebut Sayyid Abdullah inilah yang menyusun kumpulan wirid dan zikir terkenal, Ratib Al-Haddad. Untuk pengetahuan, ada dua jenis wirid, juga disebut Ratib yang sangat berpengaruh di kalangan orang Arab, terutama golongan ‘Habaib’ (para Sayid keturunan Nabi Muhammad SAW) yang datang ke dunia Melayu. Pertama adalah Ratib Al-Haddad, kedua Ratib Al-Attas. Kedua-dua amalan yang disusun berdasarkan ayat-ayat al-Quran, doa, selawat, istighfar dan sebagainya dapat menenangkan jiwa, memberi keberkatan malah mendapatkan fadhilat yang kadang-kadang mencarik adat.

Saya terdiam panjang. Kalau kata-kata ini benar, maka Sayyid Abdullah yang dimakamkan di Masjid Kampung Hulu memang seorang ulamak malah wali besar. Tetapi kemudian baru saya teringat, Sayyid Abdullah yang meyusun Ratib Al-Haddad wafat di Yaman tahun 1720 sedangkan Sayyid Abdullah di masjid ini hidup lagi pada awal 1800an.

Apapun, Sayyid Abdullah di Masjid Kampung Hulu tetap merupakan insan yang sangat istimewa. Sambil penjaga masjid menamatkan cerita, Shamsul mula terlelap. Saya pun mengundurkan diri untuk membaca buku tentang Pulau Besar dan Sheikh Ismail diikuti buku sejarah Datuk Aroom yang juga mengandungi sejarah Masjid Kampung Hulu.

Baru saya tahu Datuk Aroom adalah Kapitan atau ketua orang Melayu Melaka pertama zaman pemerintahan Belanda (1641-1824). Ini kerana menurut buku tulisan warisnya itu, Datuk Aroom dan orang-orangnya telah membantu Belanda mengalahkan Portugis tahun 1641 lalu dilantik menjadi kapitan dan dianugerahkan sejumlah tanah sekitar Melaka.

Yang menarik, Datuk Aroom asalnya seorang pedagang muda bernama Tan Seek Tiong dari Tiongkok di negeri Cina. Tetapi kapalnya karam dipukul taufan di Selat Melaka sebelum jasadnya yang telah nyawa-nyawa ikan ditemui penduduk kampung di Pantai Kelebang.

Semasa diusung ke rumah ketua kampung, kebetulan laungan azan mula berkumandang. Pemuda Cina itu tersedar lalu bertanya tentang azan. Setelah diterangkan makna seruan di sebalik panggilan azan, beliau pun meminta diIslamkan. Hmm... macam kena pula dengan tajuk buku ini, ... (dirahsiakan) . Sejak itu Tan Seek Tiong memakai nama Islam Harun, kemudian dipanggil Harom, Arom dan Aroom.

Seperti disebut awal tadi, Masjid Kampung Hulu adalah salah sebuah masjid terawal masih wujud di Melaka malah di seluruh Malaysia. Walaupun penduduk Melaka diketahui telah memeluk Islam sejak awal abad ke 15 Masihi lalu telah ada masjid-masjid didirikan sejak itu, rata-rata masjid di Melaka telah diroboh dan dihancurkan sebaik sahaja Portugis memerintah tahun 1511. Zaman pemerintahan Belanda pula menyaksikan dasar yang lebih liberal. Baru penduduk beragama selain Kristian dibenarkan mendirikan rumah ibadat masing-masing.

Masjid Kampung Hulu diwartakan pihak muzium sebagai berdiri tahun 1728 tetapi buku sejarah Datuk Aroom pula menyebut beliau siap mendirikan masjid itu tahun 1670, jauh lebih awal dari mana-mana masjid yang masih wujud di Malaysia. Dalam kepenatan cuba mencerna segala fakta, saya juga akhirnya terlelap. Tetapi tak lama kemudian saya terbangun lalu mendapati Shamsul sedang mengambil gambar di tepian kolah.

Saya melangkah lebih dekat untuk melihat. Seketika itu juga terdengar suara orang dewasa menegur kasar: “Kenapa ambil-ambil gambar ini? Siapa yang suruh?”. Saya terus tampil ke hadapan menerangkan keadaan. Timbul satu perkenalan dengan seorang pengunjung masjid sehingga sempat keluar makan nasi lemak bersama di tempat lain.

Siang kemudian, baru kami tahu pengunjung ini menghidap penyakit mental. Patutlah asyik bercakap bukan-bukan termasuk mengaku pernah berlakun beberapa buah filem dan drama! Hingga saya pula diwar-warkan kepada orang ramai sebagai seorang pelakun yang menyamar. Apapun, banyak yang berlaku malam itu sehingga kami kurang tidur. Shamsul juga sempat menyiapkan kerja lain di komputer laptop sementara saya mula membuka cerita untuk isi buku ini di komputer laptop sendiri, di sisi lain masjid hingga masuk waktu Subuh.

Hasilnya... selepas solat Subuh baru kami betul-betul 'tumbang'. Hampir jam 11 baru Shamsul bangun menyambung kerja sementara saya berjalan kaki di sekitar Jalan Hang Tuah mencari kedai untuk membuat dua salinan fotostat buku tentang Pulau Besar dan Sheikh Ismail yang dipinjamkan juga buku sejarah Datuk Aroom untuk simpanan kami. Maka hampir jam 1 petang, baru kami keluar meninggalkan Masjid Kampung Hulu.


Selepas Masjid Kampung Hulu, masjid terpilih seterusnya ialah Masjid Kampung Keling tak sampai 500 meter dari situ. Dalam lingkungan jarak ini juga terdapat makam yang dipercayai tempat persemadian Hang Jebat, seorang daripada pahlawan empayar Melayu Melaka lima bersaudara yang terbilang gagah berani pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah (1456-1477). Kami pun ke sana untuk memenuhi tema cerita kembara berkaitan sejarah.

Dicatat di hadapan makam, Hang Jebat dilantik sebagai laksamana untuk menggantikan Hang Tuah yang difitnah pembesar istana kononnya telah berlaku curang dengan dayang sultan. Hang Jebat yang terkenal dengan kata-kata “Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah” telah bertindak melawan raja yang tiada usul periksa menjatuhkan hukuman mati kepada Hang Tuah. Tindakan Hang Jebat ini merupakan satu penderhakaan kepada sultan dan beliau dititahkan untuk dibunuh. Namun tiada seorang pun pahlawan Melaka pada ketika itu berjaya melaksanakannya. Kebetulan keris Taming Sari yang dahulunya milik Hang Tuah berada di tangan Hang Jebat. Ia dipercayai mempunyai kuasa luar biasa. Sesiapa yang memakainya tidak akan binasa mahupun cedera!

Dipendekkan cerita, Hang Jebat akhirnya terbunuh di tangan kawan sepermainan dan saudara seperguruannya sejak kecil iaitu Hang Tuah sendiri yang sebenarnya disorokkan bendahara di Ulu Melaka... apabila beliau dapat merampas kembali keris Taming Sari secara helah. Peristiwa penuh tragik ini menjadi salah satu polemik besar dalam dunia pemikiran orang Melayu hingga kini. Siapakah yang benar? Hang Jebat yang derhaka kepada sultan demi membela nasib saudaranya yang dizalimi atau Hang Tuah yang setia melulu kepada raja...

Tidak jauh dari kawasan ini terdapat juga makam Sheikh Shamsuddin seorang ulamak besar bertaraf wali yang direkodkan sejarah sebagai satu daripada empat ulamak terbesar Aceh sepanjang zaman. Beliau juga dikenali sebagai Sheikh Shamsuddin al-Sumatrani juga Sheikh Shamsuddin Pasai, pernah menjadi anak murid ahli Tasawuf dan pujangga besar Melayu Sheikh Hamzah Fansuri sebelum beliau sendiri menjadi sasterawan ulung dan mufti Aceh semasa zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636).

Sejak Melaka ditawan Portugis 1511, Aceh sering menyerang untuk memerdekakannya. Sheikh Shamsuddin dikatakan terlibat dalam serangan besar Aceh tahun 1629 yang menyaksikan kota Melaka dikepung selama 2 tahun. Malangnya Aceh akhirnya kalah akibat pembelotan dan Sheikh Shamsuddin dipercayai antara pahlawan yang terkorban. Maka ziarah ke makam itu sesuai dibuat untuk mengingatkan apa yang berlaku.

Selepas itu baru kami ke Masjid Kampung Keling. Masjid yang dibina tahun 1748 sebelum ditambah binaan batu tahun 1872 ini memiliki unsur-unsur campuran Cina, India, Melayu Melaka dan Sumatera berserta hiasan dalaman yang ada berunsur Inggeris seperti lampu gantung zaman Ratu Victoria. Kedudukannya di Jalan Tukang Emas bersebelahan Kuil Sri Payyatha Viyanagar Moorthi dan berhampiran Tokong Cheng Hoon menjadikan ia sangat popular di kalangan pelancung luar. Jika Masjid Kampung Hulu terkenal sebagai tempat mengharapkan hajat terkabul, Masjid Kampung Keling pula menjadi contoh hasil pergaulan harmoni pelbagai kaum yang membentuk masyarakat Melaka hingga kini. Peranan dua masjid berdekatan ini mungkin kelihatan berlainan tetapi tetap saling menyokong sehingga kedua-duanya menggunakan khidmat tok siak yang sama untuk menjaga keperluan jemaah.

Selesai itu, kami pun bersedia meninggalkan pusat bandaraya. Tapi singgah dahulu ke makam Hang Kasturi, seorang lagi pahlawan lima bersaudara... selain Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu yang terkenal semasa zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka.

Catatan di hadapan makam menyebut, kitab Sejarah Melayu (atau lebih tepat, nama asalnya kitab Sulalatus Salatin karangan Bendahara Johor abad ke 17 iaitu Tun Sri Lanang) menyatakan Hang Kasturi sebagai pahlawan yang menderhaka kepada sultan setelah Hang Tuah dihukum bunuh tanpa usul periksa. Tetapi kitab Hikayat Hang Tuah pula menyebut, Hang Jebat sebagai pahlawan derhaka itu dan inilah yang diterima umum.

Lalu sampailah kami ke Masjid Tengkera, 3km ke utara pusat bandaraya. Adapun berdasarkan tarikh 1226 Hijrah bersamaan 1780 Masihi yang tertera pada pintu gerbang masjid, dipercayai ia dibina seusia tarikh tersebut untuk menggantikan masjid lama yang dibina tahun 1728 tetapi kini tinggal menara di tepian jalan 500 meter ke selatan.

Seperti Masjid Kampung Hulu dan Masjid Kampung Keling, ia juga memiliki senibina campuran Melayu Melaka, Cina juga kepulauan Indonesia. Tetapi kami lebih tertarik dengan sejarah lama yang boleh dikaitkan dengan makam di perkarangan, milik Sultan Hussin Shah yang pernah memerintah sebuah empayar warisasn Melayu Melaka.

Untuk pengetahuan, selepas kota Melaka ditawan Portugis 1511, kebanyakan jajahan takluknya masih dapat dikekalkan. Cuma pusat pemerintahan sahaja beralih ke sebelah Johor. Tercatat di hadapan makam, Sultan Hussin Shah, juga dikenali dengan gelaran Tengku Long (Sulung) dan Tengku Embong adalah putera sulung Sultan Mahmud Shah III (1761-1812) yang memerintah empayar Johor meliputi tanah besar Johor, Pahang, Singapura, Lingga, Riau, Karimun dan kepulauan di sekitar. Apabila Sultan Mahmud Shah III mangkat di Lingga, ibu negeri Johor ketika itu, Tengku Long berada di Pahang. Konspirasi istana telah menyingkir Tengku Long sehingga adiknya dipilih sebagai sultan yang berpusat di Riau.

Sebenarnya apa yang berlaku adalah komplot terancang penjajah Inggeris dan Belanda. Oleh kerana kenaikan adik Tengku Long berlaku dengan sokongan Belanda, Thomas Stamford Raffles yang ingin memiliki Singapura bagi pihak Inggeris mengambil kesempatan membawa Tengku Long ke Singapura lalu menabalkannya sebagai Sultan Johor-Singapura.

Keadaan ini membawa kepada Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang memecahkan empayar Johor kepada bahagian naugan Belanda (yang bakal menjadi sebahagian dari Indonesia) dan bahagian naungan Inggeris (bakal menjadi Malaysia). Singapura juga akhirnya dimiliki Inggeris pada tahun yang sama tetapi pada tahun 1834 baru baginda berpindah ke Melaka.

Cerita di sebalik Masjid Tengkera dan kewujudan makam Sultan Hussin Shah asalnya mahu dijadikan pembuka dan pelonjak penceritaan sejarah dalam buku ini. Ia boleh disambung secara bertema dengan cerita di sebalik masjid-masjid untuk membentuk kesinambungan kisah dari zaman kegemilangan kerajaan-kerajaan Melayu membawa kepada penjajahan Barat hingga muncul Malaysia dengan orang Melayu kini yang sedikit keliru . Tetapi seperti disebut pada mukadimah buku, mungkin cara ini kurang memberangsangkan. Lebih elok cerita dibuat secara kembara, lebih senang isinya dicerna sambil kita “melompat-lompat zaman”.

Oh... Satu fakta menarik berkaitan Masjid Tengkera. Adapun kawasan ini dahulu lebih dikenali sebagai Upih dengan sebuah pulau di luar pantai dikenali sebagai Pulau Upih pernah menjadi pusat pengajian Islam yang masyhur abad ke 15. Tetapi apabila Portugis menjajah Melaka, Upih dijadikan kawasan pendudukan tepian bandar terbesar di luar kota berkubu Porta de Santiago (lebih dikenali sebagai A Famosa yang pernah meliputi bukit St. Paul). Tembok berkubu lebih rendah ada dibina sekitar Upih, dipanggil Tranqueira dalam bahasa Portugis. Dari situ timbul sebutan Tengkera yang kemudian menjadi nama kawasan ini.

Masjid seterusnya dalam program ialah Masjid Tanjung Keling, 8km lagi ke utara melalui jalan persisiran pantai. Masjid itu sendiri tiada apa sangat yang istimewa kerana serupa sahaja seperti kebanyakan masjid lama Melaka. Tetapi kedudukannya berdekatan sebuah makam lama yang dinyatakan sebagai Makam Hang Tuah memungkinkan skop cerita menyentuh lagi zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka seraya mendaulatkan makna Melayu.

Kalau ikutkan, mahu sahaja saya terus ke situ... biar selesai satu lagi kerja. Tetapi Shamsul sudah tidak tahan lapar. Maklumlah sudah masuk jam 4 petang sedangkan kami belum makan tengahari. Kami pun mencari tempat makan dalam perjalanan, kalau boleh yang menghadap laut memandangkan jalan yang dilalui memang jalan persisiran pantai. Tetapi kami ternyata hampa kerana hampir semua bahagian yang dilalui telah ditutupi pasir dan tanah untuk projek tambakan dan tebus-tanah yang membawa hingga 500 meter ke luar pantai.

Kami terus berjalan melepasi Masjid Tanjung Keling untuk mencari tempat makan yang sesuai. Nasib baik terjumpa Pantai Puteri sekitar 3km lagi ke utara. Selesai makan, kami berpatah-balik ke Tanjung Keling. Sedar tak sedar kami telah mengambil satu jalan yang terus membawa ke makam yang dikatakan milik Hang Tuah.

Kenapa saya tidak terus menyatakan makam ini sebagai makam Hang Tuah? Kerana disedari semua yang mengkaji sejarah Melayu, Hang Tuah tidak diketahui meninggal dunia di mana. Malah beliau dipercayai ghaib sejurus sebelum Melaka tumbang dijajah Portugis! Jadi mengapa makam di Tanjung Keling ini dikatakan Makam Hang Tuah?

Kebetulan kami sampai tepat kehadiran sejumlah pelawat luar. Rupa-rupanya mereka orang Melayu Singapura yang baru lepas menziarahi sanak saudara di Melaka. Dalam keriuhan anak-anak kecil mereka turut melihat makam lama panjang, timbul pertanyaan... betulkah ia tempat bersemadi Hang Tuah sedangkan setahu mereka pahlawan Melayu itu ghaib, hilang tanpa berita. Jawab saya memang Hang Tuah tidak diketahui meninggal dunia di mana. Tetapi menurut kitab Sejarah Melayu, sejak pahlawan ini hilang, sultan Melaka sering termenung keluar tingkap istana menghadap ke Tanjung Keling. Maka dibina satu makam sebagai tanda.

“Oh, ya ke?” mereka menyambut. “Apapun, kami tetap ke sini untuk mengimbau sejarah kegemilangan orang Melayu di sebalik cerita Hang Tuah. Biar anak-anak kami tahu menghargainya. Di Singapura segalanya telah diubah agar Melayu jadi kurang bermakna”

Saya merenung ukiran di tepian makam mengandungi ungkapan keramat yang katanya disebut Hang Tuah: “Takkan Melayu hilang di dunia!”. Alhamdulillah, warga Singapura ini sanggup membawa anak-anak untuk mengenali sejarah walaupun di makam tanda, bukan makam sebenar Hang Tuah. Shamsul pula timbul semangat baru. Akan ditulisnya apa yang berlaku di sini sebagai renungan untuk anak bangsa yang semakin lupa makna Melayu.

Kami meninggalkan Makam Hang Tuah seiring pelawat dari Singapura. Rasa bangga juga melihat mereka yang hidup dalam arus pesat pembangunan kelolaan bangsa lain yang cuba menguburkan kenyataan untuk digantikan sejarah berat sebelah versi pendatang lebih prihatin akan nasib bangsa. Sedangkan di Malaysia yang jauh lebih ramai orang Melayu, ada yang sanggup menjual segalanya kepada pihak luar demi meraih sedikit kekayaan dan kekuasaan!

Di Masjid Tanjung Keling, saya meminta Shamsul supaya mengambil sedikit sahaja gambar sekadar untuk dikaitkan dengan makam Hang Tuah. Kemudian kami terus berpatah-balik ke pusat bandaraya sebelum mengambil jalan ke Hospital Melaka untuk sampai ke masjid terpilih seterusnya, Masjid Peringgit tidak jauh dari masjid negeri Melaka.

Peringgit mendapat nama apabila pemerintah Portugis di Melaka (1511-1641) membina pos kawalan di puncak bukit bertujuan untuk mengawal pergerakan serangan orang Naning. Lantas bukit ini disebut sebagai Bukit Peringgi (Peringgi adalah panggilan orang Melaka terhadap orang Portugis), kemudian disebut Peringgit hingga ke hari ini. Masjid asal Peringgit yang dibina tahun 1141 Hijirah bersamaan 1726 Masihi telah musnah. Masjid yang masih berdiri ini pula dibina tahun 1293 Hijrah bersamaan 1868 Masihi. Satu ciri yang unik, masjid ini tidak memiliki menara azan seperti kebanyakan masjid yang ada.

Saya menyertakan Masjid Peringgit kerana dalam catatan rasmi, ia disebut sebagai masjid tertua Melaka. Apabila masjid negeri iaitu Masjid Al Azim siap dibina 1988, Masjid Peringgit tidak lagi digunakan untuk solat Jumaat. Dalam berjalan-jalan di sekitar Bukit Peringgit melihat apa yang ada (rupanya banyak rumah pegawai tinggi kerajaan di atas sana), kami dapat melihat Masjid Peringgit dengan masjid negeri di latarbelakang. Kemudian kami bergegas ke Masjid Kampung Duyung dalam perjalanan menghala ke Muar.

Masjid Kampung Duyung asalnya sebuah surau yang dinaik-taraf, dibina secara gotong-royong... siap tahun 1850 dengan menara azan dibina 1909. Kampung Duyung pula dikatakan tempat Hang Tuah membesar sebelum menjadi hulubalang. Kebetulan tidak jauh dari masjid terdapat sebuah perigi yang dipanggil Perigi Hang Tuah, katanya digali beliau dengan tangannya sendiri! Maka terkaitlah segalanya dengan cerita kegemilangan Melayu lama.

Kami sampai ke masjid seterusnya di Umbai dalam gelap, selepas masuk waktu Maghrib. Cukuplah persinggahan pendek untuk kesinambungan cerita kerana di hadapan masjid yang juga dikenali sebagai Masjid Baginda Ali ini terdapat makam Sultan Ali, raja Melayu yang dicatatkan sesetengah sejarawan sebagai sultan terakhir empayar Johor warisan Melaka.

Untuk makluman, Sultan Ali adalah anakanda Sultan Hussin Shah (yang dimakamkan di perkarangan Masjid Tengkera). Zamannya menyaksikan empayar Johor terus dipecah-belahkan apabila beberapa orang pembesar mengisytiharkan wilayah mereka merdeka dengan mereka sebagai raja, melalui sokongan Inggeris sehingga baginda tersepit di wilayah Kesang. Kemudian kami terus berkejar ke Anjung Batu untuk mendapatkan feri terakhir ke Pulau Besar, feri jam 8.30 malam. Nasib baik cukup masa malah sempat juga makan malam selesa di luar kawasan jeti walaupun asalnya kami terkejar-kejar takut ketinggalan feri...

Cerita projek buku masjid - Membuka perjalanan di Negeri Sembilan

Gambar makam Tuan Tulis sebagai hiasan. Diambil daripada artikel Makam (Tomb of) Tuan Tulis di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)

OK. Kita sambung proses luahan seraya bercerita yang dimulakan dengan artikel Menulis balik cerita masjid di waktu malam? tadi. Di bawah ini adalah isi Bab 1 bagi penulisan dalam projek buku masjid yang dicadangkan. Tetapi ia juga harus ditukar cara penceritaan dan penekanan cerita nanti. Ini dia...


------------------

Membuka perjalanan di Negeri Sembilan

Cerita bermula dari Kajang 24 Oktober tempat saya bermalam setelah melaksanakan pelbagai komitmen dari Kuala Lipis, Pahang hingga ke sekitar Lembah Kelang lebih seminggu kebelakangan. Setelah bersolat Jumaat, jurugambar Shamsul Yunos datang dari arah Bukit Damansara untuk mengambil saya di tepian jalan. Langit mendung menandakan hujan akan turun. Baru saya tersedar kasut yang dipakai sudah terkoyak sehingga menyekat langkah.

Keadaan ini memaksa kami singgah di bandar Kajang. Dalam hujan renyai, kami menunggu sekitar 15 minit untuk kasut siap dijahit kiri dan kanan. Seterusnya kami ke pejabat ... (syarikat penerbitan) untuk mengambil barangan yang diperlukan. Kemudian baru ke selatan untuk ke masjid terpilih pertama dalam perjalanan, Masjid Tuan Tulis Ismail di Kuala Talang, Tanjung Ipoh, 8km dari pekan Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Adapun untuk meliputi masjid-masjid terpilih seluruh Semenanjung (Sabah dan Sarawak tidak dimasukkan kerana kekurangan dana dan masa), pengembaraan harus dipecah tiga – pengembaraan ke selatan hujung minggu itu, Pantai Timur hujung 2 minggu akan datang dan utara 2 minggu seterusnya dengan setiap satu sesi memakan masa tiga hari. Kemudian baru diambil satu hari untuk melawat masjid-masjid terpilih di sekitar Lembah Kelang.

Oleh kerana konsep penceritaan yang ingin diketengahkan menyentuh sejarah serta warisan kemasyarakatan di sekitar masjid terpilih, kami turut memasukkan lawatan ke makam-makam sekitar masjid. Apalah makna sesuatu masjid tanpa kehadiran insan-insan yang mengimarahkan walaupun insan yang dimaksudkan sudah lama kembali ke alam barzakh? Seperti juga, apa lebihnya Masjid Nabawi di Madinah tanpa makam Rasulullah SAW di sisi. Maka pemilihan masjid turut dibuat berdasarkan kewujudan makam tokoh-tokoh penting, misalnya raja-raja, pahlawan juga ulamak besar terutama yang dipercayai bertaraf wali.

Asalnya, penceritaan mahu dibuka dengan kisah Masjid Tengkera dan cerita di sebalik kewujudan makam Sultan Hussin Shah di perkarangannya. Tetapi penceritaan secara kembara menurut langkah dari Lembah Kelang ke selatan memerlukan kami menyatakan sesuatu tentang Masjid Tuan Tulis Ismail terlebih dahulu... kerana lokasinya lebih dekat ke utara.

Dari Bangi, kami memasuki lebuhraya Utara-Selatan sebelum keluar untuk ke pusat bandar Seremban. Niatnya mahu mengambil jalan ke Kuala Pilah, tetapi sebaik sahaja sampai di hadapan Taman Tasik Seremban, terasa mahu membelok kiri melalui tepian tasik hingga ke Ampangan. Rupa-rupanya ada ‘panggilan’ daripada Sheikh Muhammad Said Linggi, ulamak besar Negeri Sembilan yang telah meninggal dunia lebih setengah abad lalu.

Untuk pengetahuan Sheikh Muhammad Said yang pernah menjadi mufti Negeri Sembilan dikatakan bertaraf wali. Beliau adalah orang terawal membawa Tariqat Ahmadiyah, satu jalan penyucian diri melalui zikir dan amalan tertentu yang diasaskan Sayyid Ahmad Idris di Afrika, masuk ke negeri itu. Seluruh keluarga Muhammad Said daripada datuknya Sheikh Idris, bapanya Sheikh Jamaluddin membawa ke anak cucunya hingga kini dikenali sebagai orang kuat agama. Jabatan mufti Negeri Sembilan terus dipegang mereka yang berkaitan.

Sebenarnya kami memang merancang untuk menziarahi makam beliau tetapi selepas ke Masjid Tuan Tulis. Ini kerana masjid terpilih seterusnya terletak di Linggi, didirikan oleh keluarga Muhammad Said. Memang kami perlu melalui Seremban lagi untuk ke sana.

Selesai ziarah kami terus menghala ke Kuala Pilah. Oh... semasa dalam perjalanan dari Bangi ke Seremban, Shamsul meminta saya mengingatkan kembali rancangan perjalanan ke selatan. Saya menjawab, seperti dinyatakan dua minggu sebelumnya, insyaallah kami akan bergerak hingga ke Singapura untuk melawat Masjid Sultan, Masjid Ba’ Alawi dan Masjid Teluk Belanga. Untuk pengetahuan, Masjid Sultan di Kampung Gelam berkait dengan raja-raja terakhir empayar Johor-Riau-Lingga, Masjid Ba' Alawi dengan keturunan anak cucu Nabi Muhammad SAW yang datang dari Hadramaut, Yaman dan Masjid Teluk Belanga dengan keluarga Temenggung Johor yang kini menjadi raja-raja Johor. Kami juga ingin ke makam Habib Nuh, seorang ulamak besar berketurunan Nabi dan bertaraf wali yang sangat dihormati.

Terus Shamsul menepuk dahi. Rupa-rupanya, dia terlupa membawa paspot antarabangsa! Saya menerima ini sebagai jawaban kepada pertanyaan - perlukah perjalanan dibuat hingga ke Johor Bahru dan Singapura? Ini kerana minggu lepas baru saya diberitahu, untuk keseluruhan projek, kami diperuntukkan dana seperempat berbanding kebiasaan kos menyediakan sebuah coffee-table book. Lalu jumlah keseluruhan masa bekerja terpaksa dihadkan ke 10 hari dan kami dicadangkan supaya menziarahi 20 buah masjid sahaja sedangkan senarai asal kami meliputi lebih 50 buah masjid di seluruh Semenanjung, belum dicampur ziarah ke makam-makam. Dari Negeri Sembilan ke Muar sahaja bakal meliputi 13 buah. Jadi bagaimana?

Yang pasti terjawab satu persoalan. Tidak perlu pergi sampai ke hujung selatan, cukuplah hingga ke Muar. Lalu Shamsul mencadangkan agar kami turut pergi ke Pulau Besar, Melaka sebaik sahaja selesai meliputi masjid-masjid terpilih di Melaka.

Kami sampai di Masjid Tuan Tulis jam 6 petang. Walaupun rekabentuknya boleh tahan menarik, masjid itu sendiri tidak begitu bermakna jika tidak kerana kehadiran makam di hadapan, makam seorang ulamak bertaraf wali yang dikenali sebagai Tuan Tulis Ismail.

Tertulis di hadapan masjid, Tuan Tulis Ismail adalah seorang tokoh agama yang terkenal lagi zuhud dan kuat beribadat. Beliau yang lahir tahun 1860an diberi gelaran “Tuan Tulis” kerana menjadi jurutulis kepada gurunya dan pernah menulis sebuah Quran menggunakan tangan.

Tuan Tulis membina masjid ini dalam tahun 1920an sebelum meninggal dunia tahun 1923 dalam bulan Ramadhan sewaktu solat Subuh. Beliau dikatakan banyak melakukan perkara mencarik adat. Diberitakan Tuan Tulis pernah tiba-tiba muncul untuk mengubati Yam Tuan Negeri Sembilan ketika itu, Tuanku Muhammad ketika baginda sedang sakit kuat di London. Sekembali ke tanah-air, baru baginda tersedar Tuan Tulis sudah meninggal dunia ketika itu! Untuk mengenang jasanya, Tuanku Muhammad yang merupakan ayahanda kepada Yang di Pertuan Agung pertama Tuanku Abdul Rahman pun mendirikan bangunan makam.

Sayangnya, pintu bangunan makam terkunci semasa kami sampai. Kami pula tiada masa untuk menghubungi pemegang kunci. Tetapi saya pernah beberapa kali sampai lalu tahu keadaan makam yang diliputi tanah busut besar, kata sesetengah orang tanah dari Mekah!

Kami meninggalkan Masjid Tuan Tulis selepas jam 6.15 petang. Jalan yang agak sibuk menjadi sesak ketika menghampiri Seremban hingga beberapa kilometer kemudian. Lalu kami sampai ke destinasi seterusnya di Pengkalan Kempas masuk jam 7.30 petang.

Sebenarnya kami mahu ke Linggi untuk melihat masjid lama binaan keluarga Sheikh Muhammad Said Linggi. Tetapi memandangkan Pengkalan Kempas terletak cuma 4-5km sahaja ke hadapan dan di sana terdapat sebuah makam lama, dipercayai salah satu makam Islam tertua di Malaysia dengan di sekitarnya berdiri beberapa buah batu hidup atau megalithic stones siap yang terukir berbagai bentuk, elok kami ke sana terlebih dahulu.

Makam ini diisytiharkan sebagai makam Keramat Sungai Udang, Port Dickson. Katanya ia menempatkan jenazah Sheikh Ahmad Majnun, seorang pendakwah bertaraf wali. Berdasarkan inskripsi pada batu bersurat di situ dengan tarikh bersamaan 1467-1468, beliau dipercayai hidup pada zaman kegemilangan keSultanan Melayu Melaka. Tetapi tidak dapat dipastikan jika batu-batu hidup di sekeliling, ada berbentuk pedang, ada berbentuk ikan didirikan pada era yang sama kerana batu-batu hidup dikenali wujud di Malaysia sejak abad ke 2 Masihi lagi.

Pada bahagian kaki makam terdapat sebuah batu berukir tulisan Jawi dengan sebuah lubang. Menurut ceritanya, batu itu pernah digunakan untuk menentukan salah laku orang seperti mencuri dan perlakuan sumbang. Mereka yang didakwa disuruh memasukkan tangan ke dalam lubang. Jika bersalah, tangan mereka akan tersangkut apabila cuba ditarik keluar.

Selesai mengambil gambar dalam suasana kelam, kami ke destinasi seterusnya, Masjid Qariah Linggi. Kebetulan baru masuk waktu Isyak maka kami bercadang mahu bersolat jemaah. Rupa-rupanya masjid ditutup, jarang digunakan kerana ada masjid lebih moden di tempat lain.

Apapun, masjid ini ada sejarahnya yang tersendiri. Ia dibina oleh Sheikh Idris, datuk kepada Sheikh Muhammad Said Linggi pertengahan abad ke 19. Di perkarangan masjid terdapat makam Sheikh Idris sementara makam Sheikh Jamaluddin, bapa kepada Muhammad Said terdapat jauh sedikit ke belakang. Seperti disebut awal tadi, keluarga ini dikenali sebagai orang kuat agama yang dijadikan rujukan masyarakat sehingga ke hari ini.

Seterusnya kami bergegas masuk ke Melaka melalui Lubuk Cina. Masjid seterusnya ialah masjid lama di pekan Masjid Tanah. Shamsul bertanya apa pula keistimewaan masjid ini. Jawab saya, inilah satu-satunya masjid di Malaysia di mana kawasan sekitarnya mengambil nama sempena masjid itu.

“Tentu kamu pernah mendengar nama Masjid Tanah sejak kecil lagi. Tetapi tahukah kamu memang terdapat masjid lama di sini yang dibina dari tanah?”

Sayangnya, masjid yang dibina tahun 1900an ini terkunci rapat kerana ia sedang dibaik-pulih pihak muzium. Kalau tidak, tentu saya boleh tunjukkan satu tepian dinding di mana terdapat kaca menunjukkan bahagian dalam asal yang diperbuat dari tanah.

Ikut rancangan asal, seterusnya kami mahu ke Masjid Tanjung Keling, Masjid Tengkera dan Masjid Kampung Keling serta beberapa makam di sekitar sebelum berehat di Masjid Kampung Hulu di tengah bandaraya Melaka. Tetapi memandangkan hari sudah agak malam dan kami pun kepenatan, kami menghala terus ke Masjid Kampung Hulu.

Menulis balik cerita masjid di waktu malam?

Gambar di bahagian hadapan sebuah bangunan sebagai hiasan


Assalamualaikum semua. Entah kenapa, seminggu dua kebelakangan ini saya rasa kurang sihat dan kurang cergas. Perjalanan untuk ke Pantai Timur yang sepatutnya dibuat hujung minggu lepas telah ditunda ke hujung minggu ini... mintak-mintak jadi le sebab masa semakin suntuk untuk menyiapkan segala kerja berkaitan projek terbaru untuk penerbitan coffee-table book atau buku mewah mengenai masjid yang sedang diusahakan, yang kini telah dibuat bahagian selatan seperti disebut dalam artikel-artikel berikut...

OK. Sebenarnya saya mahu meluahkan sesuatu sebelum dapat menyambung kerja. Adapun tadi, akibat terasa kurang sihat, saya telah tidur selepas Maghrib, masuk jam 11 malam baru terbangun dengan niat mahu mengolah-kembali penulisan awal yang telah saya buat untuk projek buku masjid ini. Sebaliknya saya 'disedut' untuk melihat perkara-perkara lain di Internet sebelum mandi, bersolat Isyak dan makan sedikit. Kemudian timbul pula rasa untuk melepaskan rasa bercerita sedikit agar dapat pula gerak penulisan-balik untuk isi cerita masjid itu nanti? Wallahuhalam.

Apapun, saya sempat membuat 2 postings baru di blogspots saya yang lain. Lihat artikel A visit to Templer's Park di BERPETUALANG KE ACEH dan di Masjid Negara (the national mosque) di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) . Dan kini saya terasa mahu membuat beberapa postings di sini berdasarkan penceritaan asal yang telah saya buat untuk projek buku tersebut.

Hmm... elok juga dilepaskan sedikit rasa yang terbuku. Mungkin ia boleh membantu.

Sebenarnya selain tubuh-badan kurang sihat akibat penat bekerja dan melayan pelbagai perkara terus-menerus 2 minggu lepas berserta gangguan-gangguan biasa terutama bersifat batiniah yang cuba menghalang perjuangan peribadi saya berkenaan mendaulatkan makna sebenar Melayu dan Islam, saya sebenarnya terasa ketidak-hadiran Nur pertama. Ah... biar saya luahkan sahaja ya. Harap Nur kedua faham.

Sejak satu pergaduhan yang muncul entah kenapa (tiba-tiba jadi panas sahaja) 2 minggu lalu kemudian saya menyatakan akan melangsungkan perkahwinan dengan Nur kedua, Nur pertama terus menyepi tanpa berita. Hakikatnya, saya harus memilih dan saya telah pun memilih Nur kedua yang lebih banyak menolong saya dalam susah dan senang setahun kebelakangan. Tetapi Nur pertama tetap amat bermakna dan saya harap kami terus dapat berkawan seperti dahulu.

Itu luahan pertama. Sekali lagi, harap Nur kedua faham. Saya tetap menyayangi kamu dan mahukan kamu menjadi isteri. Walaupun mungkin Nur pertama mahu memutuskan terus hubungan, walaupun ada masanya saya tetap marah dengan keadaannya yang terlibat dengan dunia politik atasan yang pada saya penuh dengan taik-taik pembohongan jual bangsa, agama dan negara, saya sebenarnya rasa terhibur apabila mereka berdua berhubungan bertanyakan khabar. Tetapi kini entah apa jadinya sejak dapat tahu saya dan Nur kedua akan melangsungkan satu ikatan.

Luahan kedua pula. Semangat saya untuk membuat projek buku masjid ini sebenarnya sedikit terganggu. Saya begitu bersemangat mahu menyiapkan segalanya seboleh-boleh sebelum tamat bulan ini tetapi jurugambar saya pula sering ada hal lain yang menunda perjalanan, itupun diberitahu selepas beberapa waktu. Memang saya ada pilihan untuk meneruskan kerja dengan jurugambar lain. Tetapi mungkin ini juga ujian kesabaran untuk saya kerana ia juga melibatkan satu persahabatan yang telah dijalin sejak zaman kolej lagi. Allah!

Luahan ketiga. Semangat saya dalam projek ini juga sedikit terganggu kerana diminta menukar cara bercerita dan penekanan yang diberikan. Saya akur, ini hak pihak penerbit kerana ia adalah buku terbitan mereka, maka seharusnya sayalah yang menurut selera serta pemahaman mereka. Mungkin saya ini yang terlalu 'taksub' untuk menceritakan hal-hal yang melibatkan makam-makam sedangkan seperti disebut pihak penerbit, ini mungkin boleh menjadi 'phobia' bagi pihak lain.

Saya juga diminta untuk menukar cara bercerita dari cerita ala kembara yang saya siapkan hampir 2 minggu lepas menjadi bentuk dokumentari. Saya juga akur tentang ini. Memang sepatutnya ia dibuat begitu agaknya. Apapun akan saya ubah mana yang patut sebaik sahaja selesai meluahkan apa yang terbuku. Maka itu biar saya letak bab mukadimah untuk projek buku itu seperti yang saya beri hampir 2 minggu lalu. Ini dia...


-----------------------------------------

Mukadimah

Apabila ... (maaf, perlu dirahsiakan) menghubungi awal Ramadhan meminta saya menyertai satu projek penerbitan coffee-table book, buku mewah baru tentang masjid-masjid di Malaysia, saya jadi teruja. Sejak berhenti menjadi wartawan akhbar The New Straits Times penghujung 2001, saya selalu mengembara lalu sering bermalam di masjid-masjid. Maka tidak sukar untuk menterjemahkan pengalaman itu menjadi satu siri cerita yang bermakna. Lagipun sejak penghujung 2006, saya ada menjalankan sebuah laman blog dwi-bahasa yang mengenengahkan masjid-masjid juga surau-surau yang dilawati dalam pengembaraan berserta gambar-gambar. Artikel-artikel hasil tulisan sendiri yang dipaparkan (lebih 180 kesemuanya) sudah cukup mantap untuk dijadikan bahan cerita.

Saya diberi kebebasan penuh untuk menentukan arah cerita, isi dan masjid mana. Oleh kerana .... (pihak yang menghubungi) ada memberitahu ... (syarikat penerbitan) baru sahaja mengambil beberapa gambar Masjid Tengkera di Melaka, timbul satu ilham. Apa kata diambil pendekatan penceritaan sejarah sekitar dan sebalik masjid? Ini kerana Masjid Tengkera yang dikatakan dibina 1728 Masihi bukan sahaja salah satu masjid terawal yang masih wujud di Malaysia, di perkarangannya terdapat makam Sultan Hussin Shah yang memerintah bahagian utara empayar Johor-Riau-Lingga 1819-1835.

Untuk makluman, empayar Johor-Riau-Lingga adalah tinggalan empayar Melaka setelah pusatnya dahulu di kota Melaka ditawan Portugis 1511. Sejak itu empayar besar Melayu ini mula berpusat di sekitar selatan Semenanjung. Zaman Sultan Hussin Shah pula menyaksikan empayar itu dipecah dua melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, satu situasi yang bakal mewujudkan negara-negara Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Sebagai peminat sejarah yang sayangkan bangsa, saya melihat projek penerbitan ini sebagai satu peluang untuk mengenengahkan apa yang berlaku untuk dijadikan iktibar. Masjid-masjid tertentu yang memiliki sejarah berkaitan boleh dijadikan pelonjak cerita. Tetapi sebaik sahaja memulakan langkah ke masjid terpilih pertama satu petang Jumaat, timbul kesedaran – penceritaan dari sudut sejarah semata mungkin kurang memberangsangkan. Lebih baik cerita dibuat dari sudut pengembaraan. Kemudian di celah-celah itu baru diketengahkan sejarah.

Ya, pendekatan ini lebih menarik malah lebih mudah dan ‘semulajadi’. Jika pengolahan menurut perspektif sejarah semata memerlukan bab dan masjid diatur menurut era misalnya masjid-masjid abad ke 18 diikuti abad ke 19 sedangkan masjid yang terlibat mungkin terletak amat jauh satu sama lain, pendekatan kembara membolehkan saya bercerita menurut masjid yang dilawati dari hari ke hari. Dengan ini, pembaca boleh turut mengembara sama santai. Insyaallah, sejarah yang bermakna juga dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

Tajuk ... (tajuk buku juga harus dirahsiakan) membawa maksud yang sangat luas. Lihat panggilan azan... selepas pernyataan “Allah maha besar” diikuti penyaksian dua kalimah syahadah, kita diajak bersolat lalu menuju kejayaan. Untuk menuju kejayaan, kita harus mengambil iktibar daripada apa yang pernah berlaku di masa silam. Sebab itu Al-Quran itu sendiri dipenuhi kisah-kisah masa lalu, maka bersedialah kita untuk mengambil pelajaran. Wassalam.

Khamis, November 06, 2008

Kenduri kesyukuran untuk kemenangan Obama di Kuala Lipis?

Assalamualaikum semua. Seperti sedia maklum, hari ini calon parti Demokrat iaitu Barack Obama sudah pun memenangi pilihanraya untuk menjadi presiden Amerika Syarikat yang ke 44, berkuatkuasa tahun hadapan. Tahniah kepada presiden baru negara polis dunia ini, presiden pertama berkulit hitam (sebenarnya campuran) di negara yang walaupun komposisi penduduknya pelbagai bangsa tetapi hakikatnya dikuasai bangsa-bangsa berkulit putih yang berasal dari Eropah.

Di sini ada satu pengumuman. Tetapi lihat dahulu gambar-gambar di bawah ini yang diambil daripada artikel bertajuk Kampung Relong di Kuala Lipis dan makam Raja Ahmad yang dibuat berdasarkan satu pengalaman ketika mengembara seluruh Semenanjung Malaysia, selepas tamat menyajikan ketiga-tiga buku dalam siri trilogi "Berpetualang ke Aceh"... iaitu di sekitar Lipis awal tahun ini.

Lihat ini... Nama Gua Bama


Dan ini jalan masuk ke sana... Jalan Bama.

Kalau nak tahu, inilah asal-usul tempat Barack Obama membesar! Bapanya yang dikatakan berasal dari Kenya sebenarnya berasal daripada Kenyir atau Tasik Kenyir, Terengganu. Ada juga yang kata bapanya itu sebenarnya berasal dari Sawarak, dari bumi Kenyalang. Tapi ada orang silap sibut jadi Kenya je... Mungkin sebab terlalu kenyang selepas makan, lalu perkataan Kenyalang punya 'lang' pun hilang, tinggal le jadi Kenya, heh!

Dari Kenyir atau Kenyalang, bapanya telah membawa dia ke Kuala Lipis lalu membesar di Gua Bama. Sebab itu ada perkataan Bama menjadi nama keluarga. Sebabnya, bila orang tanya, awak asal mana? Dia jawab: "Bama!". Maka dijawab orang balik "Ooo... Bama". Jadi Obama le, heh! Tetapi 'fakta' ini sengaja digelapkan untuk menghilangkan asal-usul calon presiden Amerika Syarikat ini yang berkaitan dengan Tanah Melayu, hehe! Agaknya takut dikaitkan dengan orang-orang Selempang Merah, takut dikatakan geng terrorist kot? Ala... layan ajelah cerita aku ni...

Maka di sini ada satu pengumuman. Dengan itu dijemput tuan-tuan dan puan-puan untuk menghadiri majlis kesyukuran sempena Barack Obama dapat menjadi presiden yang akan diadakan dalam gua pada malam Jumaat Keliwon. Datang jangan tak datang, datang jangan tak datang, hehe!

OK, habis perkara. Sesekali bergurau senda, apa salahnya ya tak? Bukannya menghina sesiapa kecuali pada mereka yang bermasalah dan mudah terasa.

Adapun gurauan 'bodoh' ini timbul apabila saya mendapat tahu Obama berjaya menjadi presiden Amerika siang tadi. Malam ini pula terasa mahu membuat satu posting tentangnya. Hmm... Ada perkara lain saya mahu cakap tentang kes Bama ini tetapi biar selepas ini.

Umum tahu betapa dunia seolah-olah dalam keadaan menyambut hari raya sebaik sahaja Obama diisytiharkan menang. Manakan tidak, Obama yang mempunyai middle name atau nama tengah Hussein telah memecah tradisi penguasaan kulit putih ke atas kerusi tertinggi pentadbiran Amerika Syarikat yang secara efektiknya membawa peranan de facto leader seluruh dunia... dan lagi dia juga ada dikaitkan dengan orang Islam selain bersimpati terhadap golongan-golongan lain tidak berkulit putih atau golongan minoriti seperti orang Hispanik dan sebagainya.

Obama diharapkan akan lebih perihatin dan lembut hati terhadap negara-negara lain yang sering dikira ekstrimis lebih-lebih lagi negara-negara Islam terutama Iran yang dilihat sering melawan hegemoni Barat. Lalu kemenangannya dinobatkan sebagai satu permulaan era baru keamanan dunia dan ini disambut dengan kenaikan harga-harga saham rata-rata di seluruh kaunter sejagat-raya.

Pada saya, jangan tertipu dengan semua ini. Hakikatnya, polisi-polisi Amerika Syarikat terhadap dunia masih dikuasai Yahudi dan para pelobi mereka.

Ya, mungkin Yahudi lebih mahukan calon Republikan iaitu John McCain menang dalam pilihanraya ini. Kerana Mc Cain diharapkan dapat meneruskan polisi keras Bush terhadap negara-negara Islam yang dikira boleh mengancam dunia (sebenarnya mengancam rancangan Israel dan Yahudi untuk menakluki dunia). Tetapi rakyat Amerika Syarikat sudah sangat muak dengan cerita-cerita perang di Iraq yang turut mengorbankan sanak-saudara mereka sendiri juga kisah penyiksaan tahanan di kem Guantanamo yang melangkaui batasan hak asasi manusia apalagi dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu. Maka kuasa lobi Yahudi yang selama ini begitu hebat dapat menentukan arah turun-naik para pemimpin Amerika Syarikat malah para pemimpin dunia pun tidak dapat menyekat kemaraan Obama.

Tetapi percayalah, Yahudi tidak akan membiarkan kemaraan Obama menjadi kekalahan apalagi mengancam polisi besar mereka untuk menakluki dunia seperti digariskan dalam dokumen Protocols of the Elders of Zion. Malah dalam keadaan dunia sudah pun berkurun lamanya terjerat dengan sistem politik demokrasi serta ekonomi kapitalis ciptaan mereka, Yahudi tetap untung juga, sekurang-kurangnya di sebalik tabir.

Fikirkan, saham-saham dunia terutama di Wall Street banyak merudum setelah muncul masalah kredit di Amerika yang dipercayai akan membawa kepada resesi atau kemelesetan besar peringkat dunia, setelah selesainya acara Sukan Olimpik di Beijing bulan Ogos seperti dijangka ramai juga pengkaji. Apa jadi pada saham-saham ini? Di kala ramai pihak jadi panik mahu melepaskan pegangan, percayalah ada pihak lain yang sibuk membeli dan pada harga yang sangat murah lagi.

Nah, sekarang bursa-bursa saham seluruh dunia kelihatan mahu melonjak kembali dengan kenaikan Obama. Tentu pihak-pihak yang membelinya pada harga yang rendah dahulu boleh membuat untung besar sekurang-kurangnya dalam tempoh beberapa hari akan datang ini bukan?

Ah... Itu baru dari sudut kewangan. Cuba baca pula keadaan sosio-politik sejagat yang tidak dapat lari daripada pengaruh Amerika yang dikuasai Yahudi. Rasanya ramai tahu betapa kalau boleh Israel mahu Iran diserang secepat mungkin tetapi Amerika masih teragak-agak. Mungkin kerana belum seratus peratus yakin dapat menewaskan Iran dengan mudah dan itulah yang saya dengar daripada pihak-pihak tertentu... kerana usaha-usaha subversif seperti menggunakan ajen-ajen CIA untuk membuat kekacauan dalaman selain mensabotaj jaringan pertahanan dan perhubungan Iran masih tidak dapat dijayakan. Dan Iran sebenarnya ada rangkaian pertahanan termasuk alatan militari buatan sendiri yang sangat canggih. Kalau tidak, tentu negara yang pernah menjadi pusat peradaban besar empayar Persia itu sudah lama diserang.

Dalam keadaan ini, ramai mengira Yahudi akan cuba memenangkan McCain kerana calon Republikan ini akan meneruskan polisi "memerangi pengganas" George W. Bush. Ya, kemungkinan besar itulah rancangan McCain dan ini boleh dilihat daripada kata-katanya sendiri terhadap polisi luar negara yang bakal diimplementasikan atau diteruskan jika dapat menjadi presiden. Sekarang Obama pula yang dapat naik sedangkan calon presiden berkulit hitam ini dikatakan lebih terbuka untuk dibawa berbincang walaupun dengan para pemimpin Islam yang dituduh 'menaja' pengganas.

Apa yang saya lihat, kenaikan Obama akan memaksa kerajaan sekarang pimpinan Bush dan parti Republikan untuk bertindak lebih pantas menguatkuasakan lagi polisi "memerangi pengganas" mereka sehingga mencapai matlamat muktamad. Jika McCain naik, mereka mungkin ada tempoh masa panjang untuk boleh berlengah-lengah. Tetapi ada kemungkinan (entah betul entah tak, takut juga Obama ni cuma wayang kulit aje... tapi kita ambik positif dulu le yek... yang dia lebih lembut dalam menghadapi persoalan Iran dan sebagainya) Obama akan menukar polisi kelolaan Bush menjadi polisi luar yang lebih moderat apabila dia naik nanti. Maka kerajaan sekarang tinggal tempoh sekitar 2 bulan sahaja untuk menyampaikan hajat para pelobi Yahudi... iaitu serang Iran dan tewaskannya secepat mungkin.

OK... sekarang ini minyak tengah murah... Dari lebih US$140 setong sekitar 2 bulan lalu dan turun sekitar lebih sikit US$70 setong. Ada pihak percaya, jika Iran diserang, harga minyak boleh naik mendadak hingga ke US$200 setong! Hmm... kalau saya ni pemodal Yahudi le, tentu saya beli dan simpan dahulu bekalan minyak mulai sekarang kemudian saya cocok pemerintahan Amerika mana yang patut sehingga nak tak nak, ia harus menyerang Iran lalu saya boleh membuat untung atas angin hampir 200 peratus dalam tempoh 2 bulan!

Selain membuat duit, saya juga boleh mencapai sasaran dan idaman Zionis untuk menjatuhkan sebuah negara Islam yang mampu mengancam Tel Aviv dan seterusnya dapat menyalakan api besar Perang Dunia ketiga sehingga ia betul-betul membara tanpa dapat ditahan lagi. Kerana seperti digariskan General Albert Pike dan para pemikir tertinggi Zionis lebih 100 tahun lalu, inilah peperangan yang akan betul-betul melumpuhkan dunia terutama kuasa-kuasa Islam lalu membenarkan kerajaan The New World Order pimpinan Dajjal al-Masih menzahirkan diri 100 peratus!

Berbalik pada kisah Obama dan Gua Bama di Kuala Lipis. Disebabkan mahu mencari gambar-gambar di atas ini maka saya tergerak balik membuka artikel Kampung Relong di Kuala Lipis dan makam Raja Ahmad yang dibuat setengah tahun lalu. Baru saya sedar wujudnya satu komen 'membina' bertarikh 19 Ogos 2008 yang berbunyi begini:

Anonymous said...


a'kum saya sebagai anak jati kg relong di sini ingin membetulkan fakta yang salah datuk linggi bukan raja ahmad yang di warwarkan oleh saudara penulis en radzi sapiee cara en radzi menulis artikel ini salah awak sepatutnya buat research dan rujukan dengan orang yang lebih tua, itu baru betul jangan main hentam je you cakap guide you seorang budak tingkatan 4 dia tu tau ke cerita yang sebenar dan pulak you cakap bas tak ada wah terer betul awak berjalan kaki sejauh 10km dari kg relong ke kuala lipis hebat betul awak lalu kawasan hutan, di sini tuan tuan kalau setakat nak tunjuk handal sebagai ahli sejarah tak buat research inilah akibatnya beri fakta yang salah dan cakap merapu. saya di sini ingin jelaskan bahawa en radzi bukanlah ahli sejarah dan cara en radzi ini akan menimbulkan rasa marah orang kampung sebab en radzi dah menghina kampung saya,dan nama-nama tempat seperti gua bama ia ada sejarah tersendiri sudahlah en radzi janganlah buat sesuatu kerja itu tampa rujukan dan research,awak tu orang melayu cakap tu biar beralas, apa perasaan en radzi kalau orang hina awak dan tempat awak dilahirkan awak marah tak ???

gambar kubur tu pun salah, u cakap semak samun sebenarnya ada gotong royong membersihkan tanah kubur tetapi 3 bulan sekali, time awak datang memanglah semak

kepada sesiapa yang masuk yang masuk blog ini semua artikel mengenai datuk linggi ini adalah salah dan tidak betul kalau nak tahu sila datang ke kg dan bertanyakan kepada orang tua -tua kg inisekian wassalam

arkib relong

(anak Jati Kg Relong)

Mula-mula saya berterimakasih kerana sudi memberikan pandangan 'membina' ini. Kedua saya meminta maaf jika kata-kata saya dalam artikel itu menimbulkan kemarahan sebegini.

Sekarang biar saya letak apa yang sebenarnya tertulis di situ. Untuk melihat gambar-gambarnya, sila masuk ke Kampung Relong di Kuala Lipis dan makam Raja Ahmad . Semasa itu, akibat gangguan pihak-pihak tertentu, saya dalam mood kurang bercerita, cuma banyak menggunakan gambar sahaja. Ini dia isi sepenuhnya...

OK... Tadi telah saya letakkan beberapa gambar sekitar pekan Kuala Lipis, Pahang di sebuah blogspot saya yang lain. Selepas meninggalkan Kelantan, ternyata terasa sungguh penat di badan akibat pengembaraan termasuk memanjat sebahagian Gunung Stong di Dabong dalam keadaan sakit perut yang belum betul-betul reda lalu saya bermalam di Kuala Lipis satu malam.
Ketika itu terasa juga mahu menamatkan terus pengembaraan terbaru ke Pantai Timur yang sudah pun memakan masa 3 minggu dan segala penat-lelahnya... Tetapi memikirkan akan harapan serta saranan seorang pembaca blogspot ini agar saya pergi ke Kampung Relong sekitar Kuala Lipis untuk menziarahi makam seseorang yang dikenali sebagai Raja Ahmad @ Datuk Linggi, saya melawan segala kepenatan dan bisa-bisa badan untuk ke sana juga.
Di Kampung Relong, nasib baik saya terserempak dengan seorang remaja lelaki Tingkatan Empat yang sudi membawa saya ke makam... Kalau tidak jenuh juga mahu mencari sedangkan letak makam ini boleh tahan jauh ke dalam kawasan kampung.
Selepas memasuki sebuah kawasan di belakang rumah orang kelihatan sebuah makam yang sedikit bersemak. Tetapi kata remaja ini, makam Raja Ahmad bukan yang itu sebaliknya langsung tidak kelihatan lagi akibat sekitarnya telah dipenuhi semak hutan belukar...
Nasib baik dia tahu kedudukannya di sebalik semak iaitu di pangkal sebuah pokok... Katanya dahulu dia dan keluarga selalu menziarahi makam Raja Ahmad kerana mereka adalah anak cucu keturunannya... Tetapi mungkin sekarang kurang dipedulikan. Kali terakhir dia menziarahinya adalah 3 tahun lalu!
Petang itu, saya terpaksa berjalan kaki sedikit untuk kembali ke Kuala Lipis kerana perkhidmatan bas sudah tamat. Dalam perjalanan itu, kelihatan sebuah bukit batu kapur yang mungkin adalah tempat asal calon presiden Amerika Syarikat yang terbaru iaitu Barack Obama! Sekian... :]

Baca dengan tenang, waras dan matahati terbuka. Tang mana yang saya tunjuk handalnya? Tang mana yang saya menghina? Lagipun saya tidak pernah mengaku sebagai pakar sejarah. Saya cuma seorang pengembara yang meminati sejarah lalu menukilkan apa yang saya lihat menerusi perspektif seorang pengembara. Sekian... :]

Khamis, Oktober 30, 2008

Projek buku masjid - perjalanan selatan 3

Assalamualaikum sekali lagi. Alhamdulillah, tadi saya sempat membuat 2 lagi artikel baru di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Sekarang biarlah disambung cerita daripada artikel Projek buku masjid - perjalanan selatan 2 ya. Mari! :]


OK. Pada akhir Projek buku masjid - perjalanan selatan 2 ada disebut bahawa selesai menziarahi sebuah masjid di Umbai di mana terdapat makam Sultan Ali @ Baginda Ali, saya dan jurukamera Shamsul Yunos pun berkejar masuk ke Pulau Besar, Melaka. Alhamdulillah, kami sampai pulau sekitar jam 9, terus menuju ke surau untuk bersolat sebelum menziarahi makam wali Allah, Sultanul Ariffin Sheikh Ismail di sebelah surau.

Lewat malam baru kami menuju ke rumah (atau pondok) tempat saya sering bermalam apabila sampai di pulau ini. Kali ini saya, juga Shamsul yang baru kali pertama sampai bermalam di sebuah pondok lain berdekatan milik orang yang sama. Sila lihat artikel Pondok rehat di (resting hut in) Pulau Besar, Melaka... yang dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) semalam.

Kalau ikutkan, mahu sahaja saya berehat lebih lama lagi di sana tetapi memandangkan ada kerja yang belum selesai lagi di Muar, kami harus juga keluar dari pulau sebelum petang. Itupun kami nyaris-nyaris tersangkut di pulau. Sila baca cerita Pulau Besar, Melaka again... After almost getting stucked there! yang dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tadi.


Apapun, kami sempat sampai ke Muar sebelum jam 2 petang. Sepatutnya kami keluar lebih awal kerana cadangnya mahu menikmati nasi beringin 'asal', satu hidangan tempatan di stesyen bas Muar... Maka harus sampai sebelum ke sana sebelum tengah hari kerana nasi beringin adalah hidangan pagi yang mungkin ada saki-bakinya sebelum masuk waktu tengah hari.

Sebaliknya akibat kepenatan, kami masih lagi terbaring pada jam 10.30 pagi di sekitar pondok sedangkan bot atau feri seterusnya cuma datang jam 12.30 pagi, itupun ada sedikit pertukaran masa seperti disebut dalam artikel Pulau Besar, Melaka again... After almost getting stucked there! Maka kami terlepas nasi beringin 'asal' yang dimaksudkan.

Oh... Kenapa saya sebut nasi beringin 'asal'? Kerana nasi beringin adalah satu hidangan orang Muar tetapi mungkin dihidangkan sedikit berbeza bergantung pada sesiapa yang memasaknya. Untuk pengetahuan, di perkarangan pejabat akhbar The New Straits Times di Jalan Riong, Bangsar, Kuala Lumpur terdapat sebuah gerai nasi beringin yang sangat laris sejak sekurang-kurangnya 15 tahun lalu! Lalu nasi beringin itu menjadi bualan ramai orang dan memang ia pun sedap. Cuma bagi saya yang dilahirkan dan dibesarkan di Muar, rasanya tidak sama dengan nasi beringin 'asal; yang saya kenali di Muar!

Pada saya, rasa nasi beringin 'asal' ialah seperti yang saya rasa di sebuah kedai sejak kecil lagi. Walaupun kedainya sudah beralih tempat dan rasanya tidak seenak dahulu yang saya ingat, tetapi saya kenal ciri-ciri rasanya (yang entah kenapa cukup susah untuk saya nyatakan dalam tulisan tetapi tetap dikenali melalui rasa). Dan Shamsul yang memang sukakan rasa nasi beringin di Bangsar sudah lama teringin merasa nasi beringin 'sebenar' di Muar.

Sayang sekali, nasi beringin 'asal' yang dimaksudkan sudah habis semuanya apabila kami sampai. Begitu juga telur pindang yang cukup sesuai dimakan bersama nasi beringin itu, dan menurut Shamsul, dia sekeluarga (8 beranak woo, ada 6 orang anak termasuk kembar tiga!) amat sukakan telur pindang!

Maka kami terpaksa makan nasi beringin di kedai sebelah yang rasanya sedikit lain. Walaupun ia juga boleh tahan sedap, pada saya ia tidak menggambarkan rasa nasi beringin yang 'asal'. Apapun, kemudian kami pergi ke masjid jamek Muar. Di atas adalah gambar menara masjid diambil dari bukaan di atas kolam utama mengambil wudhuk...



Adapun masjid ini terletak di tepian Sungai Muar hampir ke kuala...


Lihat rekabentuknya yang menarik. Cuma kelihatan ia telah dicat baru dan mungkin kelihatan sedikit 'semacam'.

Masjid jamek Muar ini sangat bermakna dalam hidup saya. Di sinilah saya banyak menghabiskan zaman kanak-kanak samada ketika bersolat jemaah mahupun ketika bermain-main memanjat keliling masjid. Malah saya ingat, di hadapan masjid ini jugalah kanak-kanak dan pemuda sekitar generasi saya sering berlatih (juga bermain) silat termasuk permainan batin Nasrul Haq, boleh pula dilawankan dengan Kuda Kepang dan sebagainya... macam-macam! :]





Saya bertanya pada Shamsul, apa pendapatnya tentang rekabentuk masjid ini. Jawab Shamsul ringkas: "Confused (Keliru!)"

Ya, saya menyambut. Memang ada sedikit kekeliruan. Walaupun senibinanya tetap menarik, tetapi ada kelihatan unsur-unsur kekeliruan dari segi mentaliti dan identiti. Dan ini dikuatkan lagi dengan pernyataan di hadapan masjid itu sendiri yang menyebut ia dipengaruhi senibina Inggeris. Kenapa pula saya kata keliru apabila dikaitkan dengan Inggeris? Saya rasa tak perlulah dipanjangkan sangat, takut ada pihak yang sensitif dan akan melenting nanti. Cukuplah disebut yang di bawah ini...

Awal sebelum itu, Shamsul ada bertanya kenapa saya memilih masjid jamek Muar ini untuk diketengahkan dalam projek buku mengenai masjid-masjid di Malaysia ini. Jawab saya, saya cuma menurut konsep penceritaan latar-belakang sejarah yang ingin diketengahkan... adapun masjid jamek Muar ini melambangkan satu era sejurus selepas naik-naiknya Raja-raja Melayu yang disokong Inggeris.

Dalam kes ini ia berlaku selepas kejatuhan empayar Johor-Riau-Lingga yang dipecah-belahkan melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (yang boleh dikaitkan dengan Masjid Tengkera di Melaka di mana terdapat makam Sultan Hussin yang memerintah empayar ketika itu). Demi memecah-belahkan lagi jajahan takluknya agar dapat dipengaruhi Inggeris, para pembesar Melayu digalakkan mendapatkan autonomi untuk memerintah jajahan takluk sendiri. Dalam keadaan itulah muncul Bendahara Wan Ahmad mengisytiharkan diri sebagai Sultan Pahang juga Temenggung Abu Bakar diisytiharkan sebagai Maharaja Johor membawa kepadaSultan-sultan dan kerabat diraja Johor kini.

Pernah tengok gambar Raja-raja Melayu zaman itu (penghujung abad ke 19 hingga awal abad ke 20 Masihi) memakai baju-baju kebesaran Inggeris? Rasanya itu sudah cukup menerangkan makna 'keliru' yang dinisbahkan Shamsul pada masjid jamek Muar. Cukuplah tentang itu!






Adapun perjalanan hari sebelum itu telah menyebabkan bukan sahaja tubuh-badan kami kehilangan tenaga, peralatan yang dibawa termasuk kamera, flash (Shamsul menggunakan 3 set flash) juga komputer laptop, tak lupa juga telefon bimbit kehilangan tenaga. Nasib baik di masjid ini ada power-point yang boleh digunakan. Maka kesempatan ini digunakan untuk mengecas bateri mana yang patut sedangkan kami sempat 'tumbang' sebentar merehatkan badan sebelum menyambung kerja.

Di sini juga saya menyambung sedikit penulisan untuk projek buku yang telah dimulakan awal pagi Sabtu di Masjid Kampung Hulu. Hasilnya, masuk waktu Asar baru kami bergerak meninggalkan masjid ini sedangkan ada lagi masjid di Muar yang perlu diziarahi untuk kerja. Allah!






Oh... Kami juga perlu menziarahi rumah ibu bapa saya sebelum menyambung kerja di masjid seterusnya. Kebetulan juga tadi di masjid jamek Muar, kami tidak sempat mengecas video kamera yang turut dibawa Shamsul... Maka di rumah ibu bapa sayalah baru kami dapat mengecasnya.

Jam 6 petang, baru kami bersedia untuk berlepas ke destinasi seterusnya di Pagoh, sekitar 30km dari rumah ibu-bapa saya. Sampai di Bukit Pasir, dalam 10km perjalanan begitu, saya mendapat panggilan telefon dari ibu... katanya beg saya yang mengandungi komputer laptop juga paspot antarabangsa dan beberapa barangan lain tertinggal di rumah. Dah, terpaksalah berpatah balik...

Sampai di kawasan bukit-bukit menghampiri Pagoh di mana terdapat sebuah ladang rempah besar, video kamera yang digunakan untuk merekod sedikit cerita perjalanan pula buat hal. Shamsul cuba membetulkannya tetapi tidak berjaya sedangkan langit semakin gelap menandakan masuk waktu Maghrib. Akhirnya kami sampai ke masjid seterusnya ketika orang sedang bersolat Maghrib...








Inilah dia Masjid Jamek Sultan Alauddin Riayat Shah I di Kampung Raja, Pagoh. Di perkarangan masjid ini terdapat satu-satunya makam Sultan Melaka yang masih wujud di Malaysia iaitu makam Sultan Alauddin Riayat Shah (memerintah 1477-1488).

Hmm... Mungkin ada hikmahnya berlaku pelbagai perkara yang melambatkan perjalanan hari itu, Ahad... dari kepenatan di Pulau Besar yang menyebabkan kami keluar lewat dicampur bot yang tidak mengikut jadual, kepenatan lagi di masjid jamek Muar ditambah beg yang tertinggal lalu video kamera rosak. Kalau katakan kami masih ada masa tadi, tentu saya akan menyuruh Shamsul bergegas ke sebuah lagi masjid iaitu masjid lama Olak Sepam (lihat artikel Masjid lama (old mosque of) Olak Sepam, Pagoh, Muar ) sekitar 2-3km ke utara lagi sebaik sahaja selesai mengambil gambar di Masjid Sultan Alauddin. Sebaliknya keadaan seolah 'memaksa' kami untuk menutup pengembaraan ke selatan dalam kerangka projek buku masjid ini di hadapan makam Sultan Alauddin!







Kalau menurut rancangan asal yang dibuat minggu lepas, perjalanan ke selatan ini sepatutnya ditamatkan di Singapura, samada di Masjid Sultan di Kampung Gelam yang berkait dengan raja-raja terakhir empayar Johor-Riau-Lingga, Masjid Ba' Alawi yang berkait dengan kabilah Ba'Alawi keturunan anak cucu Nabi dari belah Hadramaut atau Masjid Teluk Belanga yang berkait dengan keluarga Temenggung Johor yang kini menjadi Raja-raja Johor. Atau mungkin juga di makam Habib Nuh, seorang ulamak terkenal keturunan Nabi lagi bertaraf wali. Dalam rancangan itu, kami juga sepatutnya melawat masjid jamek Johor Bahru yang memiliki ciri-ciri serupa dengan masjid jamek Muar, juga Masjid Bentara Luar di Batu Pahat.

Beberapa hari kemudian, saya mendapat pembentangan belanjawan untuk projek yang turut mencadangkan agar jumlah masjid yang diliputi diturunkan kepada 20 sedangkan dalam rancangan asal saya terdapat sekitar 50 masjid agar dapat membuat penceritaan yang mantap! Lalu saya mengambil jalan tengah mahu mengenengahkan mungkin sekitar 36 masjid... Maka sejurus sebelum bergerak ke selatan ini, saya asyik terfikir, perlukah kami bergerak sehingga ke Singapura sedangkan perjalanan bermula dari Negeri Sembilan masuk ke Melaka hingga ke Muar sahaja bakal mengenengahkan 13 buah masjid... belum dikira perjalanan ke Pantai Timur, utara dan juga mungkin sekitar Lembah Kelang yang akan dibuat nanti.

Alhamdulillah, persoalan ini terjawab dalam perjalanan ke Seremban apabila Shamsul baru tersedar yang dia terlupa membawa paspot antarabangsa. Dengan ini kami tidak perlu memakan masa menghabiskan minyak dan sebagainya untuk ke Singapura jadi apa perlu sampai ke Johor Bahru sedangkan ciri-ciri masjid di sana boleh diketengahkan melalui masjid jamek Muar juga?

Dengan itu juga timbul keputusan bahawa perjalanan ke selatan ini paling jauh sampai ke Muar sahaja. Ini membolehkan kami turut membuat keputusan untuk bermalam satu malam di Pulau Besar lalu surau di sebelah makam Sultanul Ariffin Sheikh Ismail yang sebelum ini tiada dalam rancangan turut dapat diketengahkan dalam projek buku kami. Dan kemudian hari Ahad pula, keadaan membawa kami untuk menamatkan perjalanan dan penceritaan belah selatan di hadapan makam Sultan Alauddin Riayat Shah pula!

Sebagai akhir artikel ini, renungkanlah kata-kata yang terdapat pada papan-tanda di sebelah makam Sultan Alauddin ini, kata-kata yang saya minta Shamsul supaya ambil gambar dengan terang kerana ia perlu diketengahkan. Untuk makluman, kami sampai waktu gelap. Jika tidak kerana saya pernah sampai ke sini beberapa kali (Shamsul kali pertama sampai), mustahil kami dapat menyedari kewujudan kata-kata keramat penuh makna ini tertera di hadapan makam...

Adapun kata-kata ini terdapat pada ukiran batu nesan Sultan Alauddin yang termasuk dalam kategori batu nesan Aceh. Ia ditulis dalam bentuk seni khat berbahasa Arab lalu terjemahannya berbunyi begini...

Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah
Inilah kubur yang cemerlang Almarhum Sultan yang suci
Sultan Alauddin ibni Sultan Mansur Shah ibni Sultan Muzaffar Shah
Rahmat dan kesejahteraan Allah barang terlimpah ke atas roh mu
wahai wali Allah yang terpilih

Peh... lega! Sekarang, barulah saya dapat menyambung kembali penulisan untuk projek buku berdasarkan perjalanan yang telah berlalu. Sekian, selamat malam! :]




p/s: Baru teringat. Sila jenguk juga artikel-artikel yang baru dibuat tentang kewujudan kerajaan lama di tengah-tengah Putrajaya seperti pernah dipaparkan dalam berita malam di TV3 beberapa bulan lalu. Sila lihat artikel In Putrajaya, to look for the seat of an ancient kingdom di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan Tapak kerajaan lama di Putrajaya? (Site of an old kingdom in Putrajaya?) di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)