Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Ogos 15, 2008

Perjalanan ke Perak hujung minggu ini... Mari bersiap-sedia memeriahkannya!

Entah kenapa saya terasa mahu menggunakan gambar senget ini sebagai hiasan. Daripada artikel Perjalanan terbaru ke Perak... Ke Beting Beras Basah, tempat pertabalan Sultan Perak! yang dibuat 2 bulan lalu.


Alhamdulillah, dalam tempoh 36 jam begitu saya dapat menyiapkan beberapa artikel di blogspot-blogspot saya yang dapat menutup gerak bercerita yang terasa patut dilepaskan sebelum dapat pergi untuk perjalanan terbaru ke Perak hujung minggu ini dengan aman. Maka kini, hampir jam 3 pagi ini bolehlah saya membuat satu artikel sebagai wadah perbincangan terakhir atau last minute untuk perjalanan akan datang ini.

Adapun perjalanan tak disangka ke Negeri Sembilan yang dibuat Rabu minggu lepas menyebabkan saya terasa patut juga bercerita. Lalu dalam tempoh 36 ini, 3 cerita terakhir berjaya dilepaskan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dengan tajuk-tajuk ini:-

Istana lama (the old palace of) Seri Menanti...

Makam diraja (royal mausoleum of) Negeri Sembilan, Seri Menanti

Makam (Tomb of) Tuan Tulis

Blogspot BERPETUALANG KE ACEH pula menyaksikan 2 cerita terakhir sebagai ulasan atau summation untuk perjalanan ke Negeri Sembilan itu. Tajuk-tajuknya ialah:-

The unexpected Negeri Sembilan trip: Around Seri Menanti and on...

The unexpected Negeri Sembilan trip: From Kuala Talang on to Seremban to close the trip!

Sementara itu, blogspot ini menyaksikan 2 gerak cerita berasingan ditutup... Satu tentang perjalanan tak disangka ke Singapura penghujung 2006, satu lagi adalah sedutan-sedutan daripada Bab 12 buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?" yang boleh dijadikan panduan untuk sesiapa yang ingin mengikuti perjalanan terbaru ke Perak yang akan bermula Insyaallah esok pagi! Ini tajuk-tajuknya:-

Lawatan ke Singapura 2006. Makam Habib Nuh dan segala macam makam di sana...

Bab 12, perebutan takhta dan harta di Perak yang membawa kepada keadaan negara hari ini...



OK. Sekarang baru saya boleh umumkan pelan perjalanan terbaru ke Perak.

Adapun jika tiada aral melintang, saya dan saudara Zaidi @ Perpatih Tulus yang bertindak sebagai cameraman yang akan merakamkan apa-apa cerita yang akan muncul daripada perjalanan ini akan meninggalkan Kuala Lumpur sekitar jam 10 pagi... Melalui lebuhraya Utara-Selatan. Saya tak tahu jika ada sesiapa yang mahu mengekori kami dari KL, kalau ada sila beritahu cepat. Satu pertemuan boleh diatur di kawasan rehat tergantung Sungai Buloh... Kalau tidak kami akan terus ke Tanjung Malim untuk singgah sebentar di Masjid Sheikh Ismail yang terletak di bahagian Selangor sebelum "memberi salam" kepada negeri Perak di jambatan Sungai Bernam yang merupakan sempadan negeri.

Dari situ kami akan terus ke Teluk Intan, samada melalui lebuhraya atau jalan biasa bergantung pada keadaan, masa dan gerak rasa. Matlamat kami adalah untuk sampai ke kawasan masjid lama Batak Rabit tengahari, Insyaallah sebelum Zuhur.

Saya difahamkan saudara Zam akan bertemu kami di sana. Saya juga difahamkan saudara RadenCilik mungkin datang dengan Dong dari arah Kuala Selangor. Jika jadi, eloklah bertemu kami di Batak Rabit juga...

Selesai apa-apa kerja di Batak Rabit, Insyaallah kami akan singgah sejenak di Menara Condong Teluk Intan sebelum menziarahi makam Sultan ke 22 Perak, Sultan Abdullah Muhammad I di Durian Sebatang. Di situ juga dikatakan terletak makam Laksamana Tuk Janggut... Atau mereka sebenarnya orang yang sama? Hehe! :]

Kemudian kami akan pergi ke Kampung Bahagia untuk menziarahi makam Keramat Kuala Bidor. Selesai itu baru ke tempat yang dikenali sebagai Bandar Baru di mana terdapat masjid lama misteri seperti yang terpapar pada kulit buku kedua saya "Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang!".

Sila lihat artikel Masjid lama misteri (The mysterious old mosque) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) . Hmm... Terasa nak letak kat sini pula... Sat.



OK, settle!

Adapun tidak jauh daripada masjid ini terdapat makam Sultan ke 19 Perak. Tidak jauh dari situ pula terdapat kawasan perkuburan Kristian yang mengandungi kubur Residen pertama British ke Perak J.W.W. Birch serta kubur kuncu-kuncu penjajah yang terbunuh akibat serangan orang Melayu 1875. Haa... Tentu menarik bukan? Nak tahu apa yang menarik, elok dibaca balik artikel ini... Laksamana pulang ke Perak: Bandar Melayu yang hilang!

Selesai kerja di situ (kerja apa lagi, buat klip video le... Sila baca artikel Program berjalan sambil buat video cerita Perak sekitar Perjanjian Pangkor 1874 dan pembunuhan Birch, apa sebenarnya berlaku... Jemputan untuk semua! ) kami akan pergi ke makam Raja Ahmad. Baginda dikatakan anak Sultan Abdul Malik tetapi ada pihak menyebut menantu!

Apapun Raja Ahmad adalah moyang kepada semua kerabat diraja terdekat dalam tempoh lebih 100 tahun kebelakangan., Baginda juga dikatakan sebagai orang yang menjaga jin-jin di Beting Beras Basah, kuala Sungai Perak...

Selesai itu baru kita ke Kampung Gajah lalu ke Pasir Salak, tempat yang dikatakan tapak peristiwa Birch dibunuh Datuk Maharajalela, Datuk Sagor dan orang-orangnya. Jika kita selesai segalanya di situ sebelum jam 6, Insyaallah kita akan berlepas ke Taiping dan bermalam di sana. Kalau tidak, mungkin harus bermalam di sekitar Kampung Gajah sebelum pergi ke Taiping esoknya.

Ingat, Sabtu malam Ahad ialah Nisfu Sya'aban. Insyaallah seboleh-boleh kita cuba menghabiskan waktu Maghrib hingga Isyak di sebuah masjid yang terasa elok tak kiralah belah mana.

Di Taiping, kita akan pergi ke Kota Ngah Ibrahim. Selesai itu baru ke Kuala Kangsar, Insyaallah singgah ke satu makam tepi jalan yang dikatakan makam Sheikh Abdul Qadir al-Jilani (lihat Makam Sheikh Abdul Qadir al-Jilani di Kuala Kangsar, Perak? ) sebelum naik ke Bukit Chandan untuk ke makam Daeng Selili, moyang kepada Datuk Maharajalela lalu ke Masjid Ubudiyah dan kawasan pemakaman diraja Perak... Untuk menziarahi makam Sultan Abdullah II yang dibuang ke Pulau Seychelles juga makam Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin.

Hmm... Rasanya cukuplah apa yang disebut ini. Lain-lain tambahan mungkin terjadi secara spontan. Kepada semua terutama mereka yang bercadang untuk menyertai perjalanan ini, sila berikan feedback di ruangan komen di bawah ini ya . Selamat malam eh... Selamat pagi Jumaat! :]

Khamis, Ogos 14, 2008

Lawatan ke Singapura 2006. Makam Habib Nuh dan segala macam makam di sana...

Salam. Sementara ada masa ni kita tutup terus aje le cerita Singapura ni ya... Sat lagi saya perlu berkejar untuk buka puasa. Mari! :]



Dari atas Mount Faber seperti terpapar dalam artikel Lawatan ke Singapura 2006. 'Melawan' penjajah di atas Mount Faber! , saya dan SS turun ke kaki bukit iaitu di kawasan Teluk Belanga. Ternyata di bawah situ ada satu masjid lama berkaitan keluarga Temenggung Johor yang mula naik menjadi Sultan-sultan Johor apabila Temenggung Abu Bakar mengisytiharkan dirinya Maharaja seterusnya Sultan penghujung abad ke 19 Masihi...


Di sebelah masjid adalah kawasan pemakaman keluarga Temenggung.. Maka di sinilah makam-makam moyang keluarga diraja Johor sekarang!


Sayangnya ketika itu bateri video kamera SS hampir tamat. Sempat merakam 2 gambar makam Teluk Belanga sahaja di atas. Kemudian kami bergerak ke tempat lain lalu SS membelikan sebiji kamera boleh-buang atau disposable camera, iaitu kamera sekali-pakai... Apabila habis filem di dalamnya, habislah jangka-hayat kamera murah yang dibuat dari plastik itu.


Dengan disposable camera itulah saya dapat mengambil gambar bangunan makam terkenal di Singapura ini iaitu makam Habib Nuh, seorang Ahlul Bait anak cucu Nabi Muhammad SAW yang bertaraf wali. Gambar ini discan daripada gambar hasil cucian filem....

Sebenarnya saya telah pergi ke sini hari sebelum itu malah saya pergi dua kali hari itu kerana setelah meninggalkan makam untuk ke berjalan-jalan ke pusat bandar, baru saya sedar jacket saya tertinggal dalam bangunan makam. Keesokannya baru saya dapat mengambil gambar kerana pada hari sebelumnya, saya cuma dibawa SS ke Singapura tanpa dirancang.


Inilah makam Habib Nuh. Al-Fatihah!

Saya tak pasti jika pernah ke sini sebelum itu. Yang pasti, semasa zaman kanak-kanak sehingga remaja, saya dan keluarga akan ke Singapura sekurang-kurangnya setahun sekali. Rasa macam pernah sampai ke sini tapi tak pasti. Entah lah...

Apapun, lawatan ke sini menambahkan lagi jumlah lawatan ke makam wali-wali terutama apa yang dipanggil sesetengah orang sebagai 7 Wali Melayu, berdasarkan satu koleksi wali-wali besar Tanah Melayu penghujung abad ke 19 hingga abad ke 20 yang diabadikan dalam sebuah buku dengan tajuk itu.

Dengan lawatan ini, maka saya telah pergi ke makam 6 dari 7 wali yang tersebut... Yang tinggal cuma seorang di Kedah sahaja yang setakat ini saya belum tergerak untuk menziarahinya. Mungkin sebelum hujung tahun ini baru saya pergi?

Apapun, di dalam bangunan makam Habib Nuh terdapat satu lagi makam...


Saya sudah lupa makam siapa. Yang pasti, milik seorang ahli keluarga terdekat Habib Nuh.


Kemudian saya pergi ke tanah perkuburan Al-Junid di mana terdapat banyak juga makam yang terserlah...


Saya tak tahu makam milik siapa, saya main ambil gambar sahaja!

Yang pasti, makam-makam ini milik orang bukan sembarangan, rasanya para ulamak besar dan kerabat diraja...


Dari tanah perkuburan Al-Junied, saya berjalan kaki ke Masjid Sultan...


Di kawasan hadapan masjid ini terdapat makam seorang kerabat diraja Johor-Riau-Lingga...


Tak jauh dari situ, terdapat pula kawasan Kampung Gelam yang pernah menempatkan Sultan Johor (sebelum keluarga Temenggung naik jadi raja) yang bersemayam di Singapura. Kini ia telah dijadikan sebuah muzium...


Saya pula seronok 'menonjolkan' diri di atas replika kapal Bugis ni...


Seterusnya saya pergi ke pusat bandaraya Singapura lalu naik ke bukit berdekatan di mana terdapat Fort Canning, bekas kota Inggeris yang pernah memerintah Singapura...


Di sini terdapat beberapa tinggalan kerajaan Singapura dahulukala... Sebenarnya lebih tinggal tapak sahaja...


Nasib baik ada juga makam ini, katanya makam Sultan Iskandar Shah yang pernah memerintah Singapura sebelum muncul keSultanan Melaka penghujung abad ke 14 membawa ke awal abad ke 15 Masihi. Malah di sini ia dinyatakan sebagai sebuah makam keramat!


Keramat ke tak keramat, saya pula tengah penat. Maka saya layan le lelap kejap!

OK... Dah nak buka puasa ni. Dengan ini habislah cerita-cerita kenangan perjalanan ke Singapura dahulu. Selamats! :]

Bab 12, perebutan takhta dan harta di Perak yang membawa kepada keadaan negara hari ini...

OK... Kita sambung bahagian akhir dari Bab 12 buku "Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?" yang berkaitan sekitar Perjanjian Pangkor 1874 serta perjalanan ke Perak yang akan dibuat hujung minggu ini. Mari! :]


Gambar hiasan, peristiwa dakwaan di mahkamah terhadap pahlawan-pahlawan Melayu yang menentang Inggeris di Perak. Daripada artikel The main players of the Perak-British war as depicted at the fort of Ngah Ibrahim... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH yang dibuat setengah tahun lalu


Sejarah mencatatkan, Ngah Ibrahim pernah menubuhkan satu pasukan polis sekitar 40 orang Melayu untuk mengawal keamanan Larut tapi gagal. Lalu beliau mengupah (atas cadangan siapakah agaknya ya?) seorang pegawai British, Kapten Speedy untuk membentuk pasukan lebih mantap. Pada 1873 pegawai itu kembali dari India membawa 110 orang Punjabi dan Pathan bersenjata berperanan sebagai polis. Pasukan inilah yang akan berkembang menjadi Polis Tanah Melayu mengandungi segerombolan pengkhianat yang akan bertanggungjawab memburu dan membunuh ramai pejuang Melayu nanti.

Sementara itu, perebutan takhta Perak menyebabkan Raja Abdullah menulis surat kepada Gabenor Negeri-negeri Selat iaitu Andrew Clarke 31 Disember 1873 dan 9 Januari 1874 memohon bantuan. Maka strategi serampang dua mata Inggeris yang bermula sekitar 1853 apabila Raja Jaafar mencabar Sultan Abdullah Muhammad I pun mula mengena. Ramai tak sedar suku-suku Cina yang dibawa masuk ke Perak diketahui Inggeris telah lama bersengketa di tanah-air mereka sendiri lalu senang diapi-apikan untuk menghuru-harakan negeri. Sepertimana mereka juga telah mengkaji sifat dan sejarah berbagai sukubangsa Melayu seperti Bugis, Rawa, Batubara, Jawa dan Aceh supaya boleh diporak-porandakan secukup rasa, boleh dilaga-lagakan apabila perlu.

Pada 20 Januari 1874, Raja Abdullah menandatangani Perjanjian Pangkor di hadapan Andrew Clarke, wakil Inggeris juga pembesar Perak seperti Bendahara, Temenggung, Syahbandar, Datuk Sagor, Ngah Ibrahim dan bapa mertuanya Laksamana Muhammad Amin. Pada hari yang sama, kapal perang Inggeris HMS Pluto yang menjadi medan perjanjian di perairan Pangkor turut menyaksikan wakil kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang terlibat dalam Perang Larut terutama Ghee Hin dan Hai San ‘berteguh janji’ lalu berdamai antara mereka!

Maka itu dengan ‘kebijaksanaan’ pihak Inggeris yang ‘berjaya’ membawa semua pihak ke meja perundingan, ‘tamatlah’ segala persengketaan dan Perak pun ‘aman’. Lalu sejarah mencatatkan Larut yang mengambil sempena nama gajah milik Long Jaafar yang secara tak sengaja telah membawa penemuan simpanan bijih timah terkaya di dunia zaman itu, nama bahasa Melayu (larut dalam air, bahan larut dan sebagainya…) telah ditukar menjadi Taiping... Dari perkataan Cina yang bermaksud “keamanan yang berkekalan”.

Ya. Memang aman, cukup aman bagi pihak-pihak berkepentingan… Di kala Sultan ‘dipaksa secara lembut’ untuk menerima seorang Residen yang akan menyelenggarakan segala hasil maksyul bumi Perak dan urusan politiknya sehingga kuasa raja dihadkan pada hal-ehwal agama Islam dan adat-istiadat Melayu sahaja, di kala para pembesar termasuk Ngah Ibrahim kehilangan kuasa untuk memungut cukai di wilayah pentadbiran sendiri, para kepala gangster, ketua kongsi gelap pula diangkat menjadi Kapitan atau ketua masyarakat orang Cina.

Juga menarik selepas perjanjian, Kapten Speedy yang pernah diupah Menteri Larut menjadi setiausaha peribadi beliau dan pernah ditugaskan untuk menubuhkan satu pasukan polis peribadi mengawal keamanan wilayah pentadbirannya diangkat menjadi penolong Residen British. Malah tugasan pertamanya adalah menubuhkan sebuah pasukan polis yang lebih kuat dan mantap untuk mencengkam Perak!

Untuk makluman, selain di Negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura yang telah lebih dulu dikuasai Inggeris, Taiping adalah bandar pertama rantau ini menyaksikan mereka melakukan projek social engineering untuk mengubah struktur masyarakat Tanah Melayu buat selamanya.... Satu tapak yang akan menyaksikan lebih ramai orang Cina, kemudian India dimasukkan untuk menghakis ketuanan malah takrif bangsa Melayu itu sendiri! Kesan social engineering ini masih terasa hingga kini. Orang Melayu masih merangkak untuk mendapatkan 30 peratus bahagian ekonomi di tanah bertuah ini sedangkan ramai anak bangsa keliru makna sebenar Melayu...

Sekarang, fikirkan... Siapa memainkan siapa? Berapa ramaikah dalang terlibat sehingga berlakunya Perjanjian Pangkor yang menjajah bangsa Melayu? Siapakah yang duduk paling atas bermain catur memperbodohkan pihak-pihak berkepentingan yang bertelagah?

Wahai bangsa Melayu! Bangkitlah dari tidurmu! Bukan untuk menyemarakkan rasa perkauman tapi menyedarkan tentang permainan pihak tertentu yang berkepentingan. Fikirkanlah wahai anak bangsaku… Bangkit dari khayal pelbagai rancangan hiburan di kaca TV yang membius minda... Sedarlah... Penjajahan Barat tak pernah terhenti. Yang bertukar cuma kaedah sehingga ramai tidak menyedari!



——————————


Rasyid ingat sebahagian isi Perjanjian Pangkor yang terpampang di Istana Hinggap keSultanan Perak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar yang sudah menjadi sebuah muzium... Bunyinya lebih kurang begini:

“Pihak Inggeris bersetuju mengangkat Sultan Abdullah menjadi Sultan Perak sementara Sultan ketika itu, Sultan Ismail Mu’abuddin diturunkan dan diberi pencen, dengan syarat Perak mesti menerima seorang Residen Inggeris sebagai Penasihat dalam semua hal bersangkutan negeri Perak, kecuali hal-ehwal Islam dan adat istiadat Melayu. Sultan MESTI MENERIMA nasihat Residen. Segala hasil bumi Perak pula mesti digunakan pertama-tamanya untuk menanggung kos dan sara hidup Residen dan orangnya kemudian (maknanya baki atau sisa-sisalah itu) baru untuk menyara Sultan dan negeri...”

Paling menyakitkan hati, tercatat syarat-syarat ini berjalan “selagi ada bulan dan bintang.” Apakah Sultan Abdullah tak berfikir panjang ketika menandatangani perjanjian atau baginda rasa boleh menipu Inggeris dengan tidak mematuhinya setelah mendapat kuasa?

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya apalagi terlajak menandatangi kontrak Syaitan… Sultan Abdullah terpaksa menerima J.W.W. Birch sebagai Residen lalu disuruh menurut segala katanya. Orang Putih ini ternyata tidak sensitif terhadap hati perasan orang Melayu malah amat kurang ajar pula, selalu melanggar adat-istiadat tempatan sehingga berani mengkritik Sultan di hadapan umum. Keadaan ini menyebabkan orang Melayu merasa amat tertipu. Lalu buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun, semua waris takhta dan pembesar berpakat sama untuk menghapuskan ancaman ini!

Pada 1875, Birch diserang dan ditikam hingga mati ketika mandi di tebing Sungai Perak di Pasir Salak, mukim Kampung Gajah. Tahun 1877 pula menyaksikan Sultan Abdullah dan beberapa pembesar disahkan terlibat dalam pakatan sulit yang menyebabkan Orang Putih itu dibunuh. Datuk Maharalela, Datuk Sagor serta beberapa pengikut dihukum gantung sampai mati di Taiping 20 Jun 1877. Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim, Laksamana Muhammad Amin dan Shahbandar pula dibuang negeri ke Pulau Seychelles, jauh di perairan Afrika (kata almarhum Nenek Pulau Sisek), Raja Ismail ke Singapura. Mereka yang hidup terpaksa menghabiskan hari-hari tua dalam kehinaan sementara ketuanan Melayu semakin teruk ditekan...

Raja Yusuf yang patut naik takhta selepas Sultan Ali mangkat 1871 (jika gilirannya tak ‘dikacau’ Sultan Jaafar) diangkat menjadi pemerintah baru Perak dengan bidang-kuasa terhad. Baginda bergelar Raja Muda saja, 10 tahun kemudian, 11 Mei 1887 baru dapat jadi Sultan!

Ramai pihak memandang serong peranan baginda dalam perbicaraan pembunuhan Birch. Sebenarnya Raja Yusuf juga jadi mangsa apabila ‘dilantik’ Inggeris jadi hakim yang bakal menimbulkan kemarahan orang Melayu... Jika tak baginda, tetap akan ada waris takhta lain ‘diangkat’ untuk mendengar perbicaraan lalu disuruh membuat keputusan yang memihak pada penjajah. Dalam keadaan mana pun, akan ada kerabat diraja Perak dikambing-hitamkan kerana inilah taktik mereka untuk menunjukkan ‘keadilan’ sambil memecah-belahkan masyarakat.

Raja Yusuf sempat jadi Sultan selama dua bulan. Baginda mangkat 26 Julai 1887. Lalu dalam tempoh 10 tahun sebelum itu, siapakah sebenarnya memerintah? Bukankah Inggeris laknat yang memaksa Raja Muda jadi boneka? Maka jadilah Perak negeri berdaulat warisan keSultanan Melaka yang memiliki titisan darah diraja Samudera Pasai, Aceh, juga keSultanan Perlak tak beraja buat beberapa waktu. Hal ehwalnya jatuh bulat-bulat bawah telunjuk Mat Saleh kurang ajar.

Fuh... tersirap darah Rasyid memikirkan…. Ah! Sabar, sabar…. Mungkin dalam tempoh itu, Sultan Abdullah dan semua yang terlibat insaf atas apa yang berlaku. Baginda akhirnya mangkat di Singapura 1922 lalu dimakamkan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Al Fatihah untuk baginda… Semoga Raja-raja Melayu juga para pemimpin Melayu sekarang mengambil iktibar lalu tidak mengulangi kesilapan serupa.

Apapun, peristiwa ini menyaksikan cengkaman Inggeris semakin kukuh. Pembunuhan J.W.W. Birch telah menghalalkan campurtangan lebih keras dalam hal-ehwal orang Melayu. Dengan menggunakan taktik serupa, negeri-negeri Melayu lain di Semenanjung turut dipaksa menerima sistem Residen yang membuat para Sultan jadi patung! Sebab itu kata Mak Uda, plet nombor kereta Perak bermula dengan huruf A... Kerana ia negeri Melayu pertama memakai Residen British...

“Kemudian baru Selangor di mana plet kereta yang didaftarkan di sana bermula dengan huruf B diikuti Pahang dengan huruf C!”

----------- (Cerita melompat ke lawatan ke Batubara, Sumatera sebelum bersambung balik ke Perak) -------------


Menurut satu catatan, Raja Yusuf yang sempat menjadi Sultan Perak selama dua bulan telah lama menderita penyakit barah otak. Mengikut satu cerita pula ini berlaku kerana baginda disihir seseorang bernama Megat Pandia. Mungkin kerana dia merasakan Raja Yusuf adalah ‘pengkhianat’ Melayu yang bertanggungjawab membawa Datuk Maharajalela dan Datuk Sagor ke tali gantung sementara Sultan Abdullah, bekas Sultan Raja Ismail, Ngah Ibrahim, Laksamana Muhammad Amin dan Shahbandar pula dibuang negeri?

Apapun, baginda digantikan menantunya, Sultan Idris Murshidul Azam Shah ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar. Sultan yang memerintah Perak 1887-1916 ini membuat pelbagai pembaharuan sehingga diiktiraf Inggeris sebagai Raja Melayu paling berpandangan jauh kerana berjaya memodenkan Perak mengikut model Barat. Sultan inilah yang namanya diabadikan pada maktab perguruan moden pertama di Tanah Melayu, Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), kini sudah dinaik-taraf menjadi Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Pada zamannya juga terdiri Kolej Melayu Kuala Kangsar atau Malay College (MCKK), kolej menengah paling elit Tanah Melayu yang ‘memBaratkan’ ramai anak raja serta bijak-pandai Melayu yang akan menerajui negara... Suatu yang amat dialu-alukan Inggeris tapi ditentang orang Melayu tradisional yang sayangkan agama dan bangsa...

Sultan Idris juga memecah tradisi lama keSultanan Perak apabila menjadi Sultan Perak pertama bersemayam di mudik kiri Sungai Perak. Menurut perjanjian asal keSultanan antara Sultan Muzaffar Shah dengan pembesar yang dikenali sebagai Tok Temong, wilayah ini berada di bawah kekuasaan anak cucu Tok Temong. Maka, semua Sultan Perak bersemayam di mudik kanan sungai... Sultan Yusuf sendiri mendirikan pusat kerajaan di Sayong sedangkan Sultan Idris pula membina istana di Bukit Chandan yang letaknya setentang lalu menjadi tempat Sultan-sultan Perak seterusnya bersemayam...

Mengikut ceritanya, sebelum naik takhta, baginda terjumpa seorang tua ketika memburu di kaki Gunung Bubu. Orang tua itu memberitahu baginda bakal menjadi Sultan lalu menyuruhnya bersemayam di Bukit Chandan. Sultan Idris pun mendirikan sebuah istana (kemudian digantikan dengan Istana Iskandariah di tempat sama). Tak lama kemudian Kuala Kangsar diisytiharkan sebagai bandar diraja.

Sultan Idris juga dikatakan telah memperolehi Keris Taming Sari yang pernah dimiliki pahlawan Melayu tersohor, Laksamana Hang Tuah yang hidup pada zaman kegemilangan Melaka abad ke 15 Masihi. Menurut kitab Hikayat Hang Tuah, keris itu hilang disambar buaya.Cerita lain pula menyebut pahlawan ini telah membuangnya ke laut.

Kitab Sejarah Melayu menyatakan keris sakti itu diberikan kepada Tun Mamat untuk dipersembahkan kepada Sultan Melaka setelah Hang Tuah gagal meminang Puteri Gunung Ledang. Sejak itu, ia hilang dari lipatan sejarah… Entah bagaimana pula boleh timbul di Perak?
Apapun, keris kerajaan Perak yang dikatakan Taming Sari ini ternyata amat ‘berbisa’. Mengikut satu cerita, pengasas dan mahaguru persatuan seni Silat Gayung, Meor Abdul Rahman yang berdarah keturunan Daeng atau Raja Bugis dari pihak bapa dan keturunan Sayyid dari pihak ibu pernah terkena bisa keris itu lalu menanggung beban.

Mahaguru ini pernah diakui sebagai orang paling kuat dan pahlawan terhandal di Tanah Melayu semasa zaman kegemilangannya 1920an... Tetapi apabila Sultan Perak ketika itu, Sultan Alang Iskandar anakanda Sultan Idris menyentuh bahunya dengan keris ini, Meor Abdul Rahman jatuh demam bisa-bisa badan sehingga berhari-hari!

Di sini, terdapat sedikit kemusykilan... Menurut sistem giliran waris takhta yang telah diamalkan sekurang-kurangnya sejak abad ke 18, jarang terdapat putera raja terus menggantikan ayahandanya sebagai Sultan. Mesti ada waris dari keluarga lain sempat menaiki takhta sebelum tiba giliran seorang anak raja menggantikan bapanya. Tetapi selepas Sultan Idris, seorang puteranya naik takhta lalu diikuti seorang putera lain pula! Kenapa ini boleh berlaku?










Kajian peribadi Rasyid menunjukkan sistem penggiliran takhta Perak diwujudkan sekitar 300 tahun lalu untuk memuaskan semua kerabat diraja terdekat. Sebelum itu, sistemnya sama seperti di negeri-negeri Melayu lain - seorang Sultan digantikan anak lelaki sulung... Jika anak ini kurang layak kerana tak cukup akal atau kurang sempurna sifat, baru takhta diberikan kepada anak lelaki muda. Kalau anak inipun tak layak, baru diberi kepada anak lelaki seterusnya. Jika tiada juga waris lelaki sesuai daripada adik-beradiknya, baru takhta diserahkan kepada adinda Sultan. Jika ini pun tiada, teraju pemerintahan boleh diberi kepada sepupu atau mana-mana kerabat terdekat.

Masalahnya, ada masa seorang Sultan mangkat awal meninggalkan anak lelaki yang layak menaiki takhta tapi belum cukup umur. Maka takhta diberikan kepada adinda Sultan sebagai pemangku... Hakikatnya, takhta itu tetap hak anak Sultan yang mangkat. Tapi sering terjadi bapa saudara tamakkan kuasa lalu mengekalkan cengkaman atau anaknya iaitu sepupu kepada waris sebenar pula teringin menjadi Sultan atas alasan berhak ke atas takhta kerana bapanya pernah jadi ‘Sultan’.

Pada mulanya, mungkin terdapat dua cabang keluarga saja yang bersengketa tapi makin lama terdapat semakin banyak pecahan susur-galur dengan ‘wakil’ masing-masing merasa layak menjadi pemerintah. Seorang Sultan mungkin mempunyai tiga orang anak daripada tiga orang isteri dan tiap seorang anak mungkin mempunyai beberapa orang anak lagi. Jika Sultan ini mempunyai sembilan orang cucu lelaki, adakah ini bermakna kesemua sembilan berhak ke atas takhta?

Sistem penggiliran unik di Perak diwujudkan untuk menangani masalah ini. Jika dipatuhi sepenuhnya seorang Sultan akan dibantu Raja Muda dari cabang keluarga kedua, kemudian Raja Hilir dari keluarga ketiga. Anak Sultan pula diletakkan sebagai Raja Kechil Besar. Apabila Sultan mangkat, Raja Muda menjadi Sultan dan Raja di Hilir menjadi Raja Muda. Anak Sultan yang mangkat tadi boleh menjadi Raja di Hilir yang baru pula. Maka di bawah sistem ini, anak seseorang Sultan cuma akan dapat menaiki takhta apabila dua orang waris dari keluarga lain sudah berpeluang menjadi Sultan. Keadaan cuma berubah jika waris-waris ini meninggal dunia lebih awal. Itu sahaja...



————————

Ada sesuatu yang tidak kena bila Sultan Idris mangkat 1916 digantikan anak sulungnya, Sultan Abdul Jalil. Apabila Sultan ini mangkat 1918, adindanya Sultan Alang Iskandar Shah (1918-1938) pula menaiki takhta. Lebih pelik, Sultan Iskandar adalah anak lelaki ketujuh Sultan Idris... Antaranya dengan Sultan Abdul Jalil, terdapat lima anak lelaki lebih kanan iaitu Raja Harun Al-Rasyid, Raja Abdul Hamid, Raja Abdul Rasyid, Raja Shuaib dan Raja Shaharuddin. Kenapa sistem penggiliran Perak dilanggar sampai begitu sekali?

Mungkin Sultan Abdul Jalil boleh dikira istimewa kerana bondanya, Raja Nuteh Aishah adalah puteri Sultan Yusuf yang menjadi permaisuri pertama Sultan Idris. Maka baginda boleh dianggap sebagai penyatu dua buah keluarga pemerintah. Tapi apakah menyebabkan Alang Iskandar yang beribukan seorang wanita bernama Ngah Manah lebih layak menaiki takhta berbanding empat orang abang yang beribukan Che Uteh Maria yang sempat menjadi permaisuri selepas Raja Nuteh mangkat? Apakah tiada waris keluarga lain layak menaiki takhta?

Ada orang memberitahu, sepatutnya seorang waris dari Teluk Intan menaiki takhta 1918 tapi mati dibunuh! Apapun, Rasyid percaya, masih terdapat cabang lain keSultanan Perak yang lebih layak menerajui kerajaan tetapi telah lama meninggalkan istana. Sultan kedua Perak, Sultan Mansur Shah yang dikatakan ghaib di Masjid Kota Lama Kanan 1577 mempunyai seorang anak sulung tapi dirajakan di Aceh selepas beberapa waris kerajaan negeri berebut takhta sehingga sanggup berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Baginda adalah seorang alim lagi warak dan disukai ramai lalu ditabal 1580 menjadi Sultan Aceh yang dikenali sebagai Sultan Alauddin Mansur Shah Perak. Adindanya pula menjadi Sultan Perak ketiga, Sultan Ahmad Tajuddin...

Sultan Alauddin inilah yang dikenali sejarah bumi Serambi Mekah sebagai raja yang sangat memberatkan Syariat dan Sunnah Nabi... Baginda menyuruh semua pembesar dan hulubalang memakai jubah dan menyimpan janggut. Malangnya, ada juga pihak tak senang lalu baginda dibunuh di Banda Aceh 1585, mengikut satu cerita, oleh seorang panglimanya! Yang menarik, ini berlaku ketika baginda sedang bersiap-sedia memimpin sebuah angkatan perang menyerang Portugis di Melaka… Kenapa ini berlaku? Apakah ada tangan cemar Barat terlibat sama membantutkan rancangan Aceh menyerang Portugis?

Salasilah kerabat diraja Aceh hasil kajian Barat yang perolehi Rasyid menyatakan Sultan Alauddin Perak memiliki dua isteri, Permaisuri Al Khana yang dikenali sebagai Raja Perempuan Aceh dan Putri Ratnawangsa, anak Sultan Alauddin Riayat Shah Alam Sayyid Al-Mukammil. Baginda juga meninggalkan dua puteri, seorang bernama Puteri Hijau berkahwin dengan Sultan Johor, Sultan Abdul Jalil.

Seorang lagi puteri (tak diketahui nama) menjadi isteri Sultan Munawar Shah ibnu Almarhum Sultan Ahmad Shah, Raja Muda Indrapura, satu jajahan takluk Aceh. Dari perkahwinan ini, terbit Raja Mahkota Bujang yang sempat menggantikan nendanya di atas takhta Aceh memakai nama Sultan Alauddin Riayat Shah... Tapi sejarah rasmi mencatatkan Sultan yang masih muda ini seorang pemarah lagi zalim sedangkan kerajaan pula tidak aman kerana ramai pihak mengidamkan takhta. Baginda dibunuh selepas empat tahun memerintah... Lalu moyangnya yang merupakan bapa mertua Sultan Alauddin Perak iaitu Sayyid a-Mukammil yang usianya telah melangkaui 80 tahun pula diangkat para pembesar dan hulubalang untuk menerajui Aceh!
Hasil kajian lain pula menyatakan Sultan Alauddin Perak juga mempunyai seorang lagi puteri yang tak diketahui nama, dikatakan bernikah dengan Sayyid Abdullah Al-Aidrus dari Kampung Pasir, Aceh. Perkahwinan ini menerbitkan Sayyid Zainal Abidin yang beristerikan puteri kepada penulis kitab Sulalatus Salatin, Bendahara Johor yang dibawa ke Aceh, Tun Sri Lanang. Sayyid Zainal Abidin adalah nenda kepada Bendahara Johor Tun Habib Abdul Majid, moyang Sultan-sultan Johor, Terengganu, Pahang dan Lingga hingga kini.

Melihat kajian yang menunjukkan zuriat Sultan Alauddin Perak masih ramai melata malah memegang takhta beberapa buah negeri, Rasyid tertanya apakah mungkin Sultan ini juga mempunyai seorang waris lelaki yang mempunyai hak ke atas takhta Perak jika bukan Aceh? Walaupun sejarah rasmi mencatatkan baginda cuma meninggalkan beberapa orang puteri, mungkin ada putera terpaksa lari menghilangkan diri apabila ayahandanya dibunuh lalu ceritanya digelapkan? Mungkin waris inilah yang menerbitkan keturunan berdarah raja yang bertapak di Batubara, 400km di selatan sempadan bumi Serambi Mekah?

Selasa, Ogos 12, 2008

Lawatan ke Singapura 2006. 'Melawan' penjajah di atas Mount Faber!

OK, cerita Singapura lagi. Kiranya bersambung daripada artikel bertajuk Lawatan ke Singapura 2006. Rupa-rupanya untuk ke satu makam yang ada kena-mengena dengan kekasih lama! .

Adapun dalam artikel itu saya menyebut tentang makam Radin Mas tanpa menyebut lokasinya. Maka kini biar saya sebut, letaknya ialah di satu lereng bukit dipanggil Mount Faber, dulu dikenali sebagai Bukit Teluk Belanga kalau tak salah ingat... Yang pasti Teluk Belanga yang pernah menjadi pusat pentadbiran keluarga Temenggung Johor (kini sudah naik jadi Sultan Johor) terletak di kaki bukit itu.

Selepas menziarahi makam Radin Mas, saya tergerak untuk naik ke puncak Mount Faber. Di atas sana rupa-rupanya terdapat banyak hasil kerja tembaga dalam bentuk mural yang melambangkan sejarah penubuhan Singapura... Dari kacamata Barat dan mereka yang menyokong pandangan itu, termasuk pihak-pihak dan tidak suka akan kedaulatan Melayu (faham-faham aje le siapa mereka itu, hehe! :])

Saya pula apabila melihat mural-mural sebegini terus timbul rasa nakal... Dah lah saya amat membenci penjajah celaka... Agak-agak apakah reaksi saya ya apabila melihat mural-mural ini?

Di bawah adalah hasilnya, gambar-gambar diambil oleh saudari SS dari Singapura. Untuk pengetahuan, gambar-gambar ini pernah dipaparkan dalam forum kegemaran saya, dalam satu thread yang saya buka bertajuk "Berpetualang ke Aceh" (boleh klik sini... Forum Rawatan Alternatif... Soal-jawab Berpetualang ke Aceh... ).

Ketika itu ia memiliki sekitar 120 mukasurat sedangkan kini sudah masuk 324. Entah kenapa pada satu hari tiba-tiba berlaku satu masalah teknikal yang mengganggu seluruh forum. Lalu thread ini kehilangan terus 11 mukasurat termasuk gambar-gambar yang dipaparkan di bawah ini juga gambar-gambar lain di Singapura. Apakah kerana ada isi sensitif? Entah le Dol...

Sekarang biar saya paparkan kembali ini sambil cuba mengikut rentak penulisan ringkas yang pernah saya buat di thread itu dahulu ya. Mari! :]



Ini adalah satu mural menggambarkan satu rundingan melibatkan penjajah Inggeris. Agak-agak posing apa yang saya sedang buat itu. Agak-agak apakah maknanya, hehe! :]


Oleh kerana berani menghina 'ketuanan' bangsa Omputih seraya mempersoalkan hak kaum lain menguasai Singapura, saya pun ditangkap lalu dipaksa membuat kerja berat...


Tetapi dengan kuasa Allah, saya dapat melepaskan diri lalu mencucuk hidung Stamford Raffles...


Rupa-rupanya penjajah tidak puasa hati... Lalu dihantarnya satu bentuk jembalang Singa untuk menggigit kepala saya!


Sekali lagi saya dapat melepaskan diri... Lalu melepaskan satu 'zas' jurusan Ultraman Taro kepada jembalang Singa yang nampaknya begitu marah...


Hasilnya saya dapat melepaskan diri daripada cengkaman penjajah dan kaum pendatang khianat. Tetapi pergelutan untuk melepaskan diri telah memakan banyak tenaga. Lalu saya cuba mengembalikan kesihatan dengan menyedut tenaga dalam di atas puncak bukit...


Setelah tenaga pulih, saya cuba mengalirkannya kepada penduduk Singapura terutama kaum Melayu agar sedar dari selimut lena yang memekup pemikiran mereka setelah lama hidup di bawah ketiak penjajah dan segala versi sejarah ciptaan mereka...


Ternyata ia bukan senang. Saya harus memeras otak... Bagaimana mahu menyedarkan golongan yang tidak menyedari malah tidak mahu menerima pun yang mereka telah dicucuk hidung oleh bangsa lain... Sepertimana juga ramai remaja Melayu begitu berbangga dengan budaya muzik entah apa-apa Mat Saleh sehingga tak tahupun bahawa minda mereka sudah begitu terjajah...

Mereka ini terasa cool dengan apa yang ada, sepertimana ada warga Melayu Singapura tidak dapat menerima apabila disebut bahawa hakikatnya di sana mereka hidup sebagai second-class citizen atau warga kelas dua kerana telah dihalang daripada memegang apa-apa kedudukan strategik negara... Kerana dikhuatiri akan menyokong negara-negara majoriti Melayu seperti Malaysia dan Indonesia jika berlaku apa-apa bentuk konfrontasi!


Nampaknya, tidak ada banyak yang saya boleh lakukan buat masa itu. Lalu saya pun membuat laporan ke headquarters menggunakan komputer laptop lama yang sering di bawah ke sana ke mari... Terpaksa dibungkus dengan baju kerana cahaya terang matahari menyebabkan susah membaca paparan skrin... Mungkin juga kerana gangguan anasir-anasir jahat pro Barat dan Yahudi Zionis yang mahu menghalang proses pengembalian kedaulatan bangsa Melayu khusus, umat Islam seluruh dunia amnya?


Ah... Sekali lagi pihak musuh cuba menutup jalan. Nasib baik saya sedar menggunakan alatan yang ada. Walaupun mereka belum sampai, saya sudah dapat mengesan kehadiran mereka lalu sedia beredar melalui satu jalan sulit...


Alhamdulillah, nasib baik saya dapat melepaskan diri. Kebetulan, gambar yang diambil oleh saudari SS menggunakan kamera video ini mempunyai filename DVCO0131. Ada apa-apa makna ke ni? Sekian! :]

p/s: Fuh... Dengan ini jadilah artikel ini yang ke 777 sebagai total untuk ketiga-tiga blogspot saya (blogspot ini sekarang sudah 386 artikel ada campur 234 di BERPETUALANG KE ACEH dan 157 di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) . Yes! )

Bab 12 dan 3 fasa utama KeSultanan Perak yang melibatkan keluarga (seterusnya membawa kepada penjajahan Inggeris!)...


Gambar makam Sultan Abdullah Muhammad Shah I atau Marhum Durian Sebatang di Teluk Intan. Diambil daripada artikel Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama... Bahagian 3... yang dibuat setengah tahun lalu.

Alhamdulillah, tadi saya berjaya menyiapkan 2 buah artikel baru di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) diikuti 2 di BERPETUALANG KE ACEH . Tajuk-tajuknya ialah:-

Makam Raja Melewar di siang hari (The tomb of Raja Melewar during the day)

Replika istana (The palace replica of Raja Melewar)

The unexpected Negeri Sembilan trip: From Rembau to Seri Menanti...

An artfully creative wooden house in Seri Menanti!

Sekarang bolehlah saya membuat 2 pula di sini. Bermula dengan artikel sambungan menggunakan sedutan daripada Bab 12 buku ketiga saya, "Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?" yang ingin dipaparkan di sini sebagai persediaan untuk perjalanan ke Perak hujung minggu seperti disebut dalam artikel Program berjalan sambil buat video cerita Perak sekitar Perjanjian Pangkor 1874 dan pembunuhan Birch, apa sebenarnya berlaku... Jemputan untuk semua! . Sila! :]

-----------------------

Setahun kemudian, beberapa bulan setelah Nenek meninggal dunia, baru Rasyid faham kenapa dia boleh sampai ke makam Sultan Mansur Shah di Kota Lama Kanan, makam Sultan Muzaffar Shah II di Lambor Kanan juga makam Sultan Abdullah Muhammad Shah di Teluk Intan... Kerana tiga Sultan ini menandakan tiga pecahan zaman atau fasa keSultanan Perak yang berkaitan dengan keluarganya!

Dari sumber-sumber tertentu, pemuda ini dapat tahu suatu masa dulu pernah wujud satu komplot ahli keluarga Sultan Mansur Shah (ada yang kata anak isteri sendiri!) untuk meracuni baginda. Maka ‘penculikannya’ oleh tentera Aceh berlaku kerana baginda ingin memencilkan diri akibat kecewa keluarga sendiri sanggup berpakat untuk membunuh baginda demi merebut takhta. Menurut cerita ini lagi, sebab itu juga Aceh melanggar Perak selepas baginda ‘ghaib’ 1577. Lalu seluruh ahli keluarganya ditawan dan diangkut ke sana. Tak lama kemudian, baru mereka dihantar kembali ke Perak dan seorang anakanda baginda (bukan anak sulung) diangkat menjadi Sultan Perak ketiga memakai nama Sultan Ahmad Tajuddin Shah.

Sumber sejarah di tangan Rasyid menyatakan Sultan Ahmad Tajuddin mangkat 1584 lalu digantikan adindanya Sultan Tajul Ariffin. Ini berlaku kerana anakanda Sultan Ahmad Tajuddin iaitu Raja Inu, juga dikenali sebagai Raja Kechil Lasa mangkat lebih awal. Sebab itu juga anakanda Raja Inu iaitu Raja Ali menjadi Sultan kelima apabila Sultan Tajul Ariffin mangkat 1594. Raja Ali yang merupakan cucu saudara Sultan Tajul Ariffin pun ditabal menjadi Sultan Alauddin Shah.

Kemangkatan raja ini 1603 menyaksikan kenaikan Sultan Mukaddam Shah, anakanda seorang Raja Aceh (tak diketahui siapa) dengan puteri kepada Sultan Mansur Shah. Jika selama ini, keSultanan Perak berbangga sebagai penyambung zuriat keSultanan Melaka kerana Sultan pertamanya, Sultan Muzaffar Shah adalah anakanda Sultan Melaka terakhir, Sultan Mahmud Shah, kenaikan Sultan Mukaddam Shah sebagai Sultan Perak ke enam pula bermakna kesinambungan zuriat keSultanan Melaka dari sebelah pihak laki-laki mulai putus!

Perak dilanggar Aceh lagi 1607 dan kerabat diraja diangkut. Sultan Mukaddam diketahui mangkat di sana 1619. Kesinambungan darah Raja Melaka sebelah lelaki di Perak berdiri kembali apabila seorang lagi anak Raja Inu ditabal menjadi Sultan Mansur Shah II (1619-1627).

Sultan seterusnya, Sultan Mahmud Shah (1627-1630) adalah adinda kepada Sultan Mukaddam diikuti anakanda baginda Sultan Salehuddin Shah (1630-1635) yang menjadi Sultan Perak ke sembilan. Selepas itu bermulalah fasa kedua keSultanan Perak seperti yang tersirat dalam perjalanan pertama Rasyid menziarahi makam-makam Sultan.

Pada 1636, muncul Sultan Perak ke sepuluh, Sultan Muzaffar Shah II yang makamnya diziarahi pemuda itu di Kampung Air Mati, Lambor Kanan. Mengikut sejarah dan salasilah rasmi, baginda berasal daripada keSultanan Siak yang berpusat di tengah Sumatera. Dari Sultan ini terbitlah Sultan-sultan Perak seterusnya hingga kini... Nama asalnya ialah Raja Sulong bin Raja Mahmud bin Raja Kasab, anak Sultan Khoja Ahmad Shah, pememerintah kerajaan Siak penghujung abad ke 15.

Peliknya, kitab Misa Melayu karangan Raja Chulan (abad ke 18) mencatatkannya sebagai Sultan Perak pertama walaupun baginda naik takhta lebih 100 tahun selepas kemunculan Sultan Muzaffar Shah I yang diiktiraf sejarah rasmi sebagai pengasas keSultanan Perak! Kitab itu adalah satu-satunya karangan orang Melayu lama khusus tentang sejarah keSultanan itu. Mesti ada sebab pengarangnya meletakkan Sultan berketurunan Siak itu sebagai pengasas keSultanan Perak...

Apapun, Sultan Muzaffar Shah II sebenarnya dinaikkan ke atas takhta oleh kerajaan Aceh di bawah perintah Sultan Iskandar Thani (1636-1641), anak Raja Pahang yang menjadi anak angkat seterusnya menantu Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (memerintah Aceh 1607-1636). Sejarah rasmi menyebut Sultan Muzaffar II dan Sultan Iskandar Thani ditawan di Aceh semasa Sultan Iskandar Muda menjalankan kempen perluasan empayar Aceh ke atas hampir seluruh bumi Nusantara. Kempen itu menyaksikan ramai kerabat diraja negeri-negeri Melayu di Semenanjung termasuk Johor dan Pahang diangkut ke sana. Malah kedua Sultan ini adalah saudara sepupu, melalui ibu mereka yang berketurunan Bendahara Melaka.

Semasa di Aceh, Sultan Muzaffar II atau Raja Sulong dikahwinkan dengan Puteri Fatimah binti Raja Abdullah ibni almarhum Sultan Abdul Ghafur Mohiuddin Shah, seorang Sultan Pahang. Puteri Fatimah pula adalah anak Raja Pahang itu dengan isterinya Puteri Perak yang merupakan cucu Sultan Perak kedua, Sultan Mansur Shah dan adinda kepada Sultan Mukaddam yang berbapakan seorang Raja Aceh!

Selepas kemangkatan baginda 1654, anakanda baginda Raja Mahmud pula menaiki takhta sebagai Sultan Mahmud Iskandar Shah... Tetapi Sultan yang memegang takhta selama 66 tahun ini tidak meninggalkan waris laki-laki. Maka anak kepada adindanya al Marhum Raja Mansur yang dikenali sebagai Yang di Pertuan Muda yang bersemayam di Pulau Tiga, Raja Radin pula memegang kuasa sebagai Sultan Alauddin Mughayat Shah. Sultan Alauddin Mughayat mangkat 1728 meninggalkan seorang saja waris lelaki, dikenali sebagai Raja Kechil Bongsu. Tak tahulah kenapa anak ini tidak menaiki takhta. Sebaliknya, adinda Sultan menggantikannya sebagai Sultan Muzaffar Shah III, Sultan ke 13, juga dikenali sebagai Marhum Hajiullah kerana dikatakan boleh pergi ke Mekah dalam sekelip mata!

Baginda yang mangkat 1754 juga tidak meninggalkan waris lelaki. Salasilah rasmi Perak meletakkan adinda Sultan Muzaffar III iaitu Sultan Muhammad Shah sebagai Sultan ke 14 tapi ada pihak mengatakan raja ini cuma menjadi Yang di Pertuan Muda atau Raja Muda sahaja... Pada zaman itu Sultan Muhammad pernah mengisytiharkan diri sebagai Sultan Perak walaupun cuma berkuasa atas satu bahagian. Peristiwa yang dinukilkan di dalam kitab Misa Melayu ini berakhir dengan Sultan Muhammad meminta ampun kepada kekandanya. Perak pun bersatu kembali di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III. Apapun, Sultan Muhammad Shah yang mangkat 1750 meninggalkan empat orang anak yang akan bergilir-gilir menaiki takhta Perak, bermula dengan Sultan Iskandar Zulkarnain (memerintah 1754-1765), diikuti adindanya Sultan Mahmud Shah (1765-1773), Sultan Alauddin Mansur Shah (1773-1792) dan akhir sekali Sultan Ahmaduddin Shah (1792-1806).

Ketika itu, Perak yang telah memiliki 18 orang Sultan (termasuk Sultan Muhammad Shah) sudah mula menggunakan sistem giliran waris takhta di mana pemerintah tertinggi kerajaan adalah Sultan diikuti Raja Muda, Raja Bendahara dan Raja di Hilir. Pengganti takhta dipilih mengikut turutan kedudukan untuk memuaskan semua jurai keluarga diraja yang mempunyai hak ke atas takhta demi mengelakkan perebutan kuasa dan perang saudara seperti pernah berlaku beberapa kali dalam sejarah keSultanan Perak sejak ia bermula 1528...


———————————


Ada orang tua-tua memberitahu, sistem giliran keSultanan Perak yang dianggap unik ini dilaksanakan berdasarkan sistem pemerintahan di Aceh di mana kerabat diraja terdekat dijadikan Sultan-sultan di wilayah-wilayah terpilih seperti Samudera-Pasai, Pedir, Daya dan Haru. Bezanya, di sana salah seorang mereka boleh diangkat terus menjadi Sultan Aceh dengan persetujuan para pembesar dan hulubalang sedangkan di Perak, seorang kerabat diraja perlu mengikut giliran para pewaris takhta... Meningkat dari satu kedudukan ke kedudukan yang lebih tinggi (jika beliau masih hidup) sebelum dapat menjadi Sultan!

Menurut satu cerita, Sultan Ahmaduddin Shah yang mangkat 1806 sepatutnya digantikan Raja Bendahara Mahmud, cucu kepada Sultan Perak ke 16 iaitu Sultan Mahmud Shah. Sebaliknya takhta diserahkan kepada anakanda Sultan Ahmaduddin iaitu Sultan Abdul Malik Mansur Muazam Shah kerana Raja Mahmud tidak mahu ke Sayong untuk ditabalkan. Lalu baginda dianggap tak berminat menjadi Sultan sedangkan sumber tertentu memberitahu, Raja Mahmud tidak mahu ke sana kerana ada pihak menunggu untuk membuat serangan hendap.

Sejak itu, Perak terus dipegang anak cucu Sultan Ahmaduddin. Takhta digilirkan di kalangan zuriat tiga isteri, pertama Che Pusa Puteh (cucu Nakhoda Hitam), kedua Raja Tengah Bongsu binti Sultan Muzaffar Shah III dan ketiga Che Sofia binti Datuk Imam Malikul Amin yang berketurunan Sayyid. Baginda mempunyai dua lagi isteri... Isteri pertama mangkat awal lalu Sultan mengahwini adindanya pula tapi nampaknya cuma zuriat tiga isteri utama sahaja layak memerintah.

Sultan Abdullah Muhammad Shah I atau Marhum Durian Sebatang yang makamnya ditemui Rasyid ketika tersesat dan tersilap jalan di Teluk Intan adalah Sultan ke 22 (memerintah 1851-1857), cucu Sultan Ahmaduddin melalui Che Sofia. Cuma Sultan Ismail Mu’abuddin Riayat Shah yang memerintah 1871-1874 sahaja yang lain sedikit kerana baginda adalah anak Raja Sheikh ul-Amin dari Siak... Melalui perkahwinan raja itu dengan Raja Mandak, puteri Sultan Ahmaduddin. Maka kalau mengikut adat, Sultan ini tidak layak memewarisi takhta Perak kerana baginda bukan waris pihak laki-laki.Tetapi atas sebab-sebab tertentu, mungkin atas sokongan para pembesar yang mempunyai niat untuk menguasai Perak, baginda diangkat menaiki takhta sehingga menimbulkan rasa tak puas hati di kalangan waris lain.

Rasyid berhenti sejenak memikirkan apa yang berlaku... Mengikut petunjuk yang diperolehi, pemerintahan Marhum Durian Sebatang menandakan bermulanya fasa ketiga keSultanan. Teringat catatan di makam menyebut baginda terpaksa berlindung di rumah Laksamana kerana Raja Muda yang disokong ramai pembesar telah mendesaknya mengosongkan takhta atas alasan baginda tidak tahu memerintah!

Ketika itu, Raja Jaafar ibni Sultan Ahmad Shah Johan Berdaulat, cicit Sultan Ahmaduddin melalui Che Pusa Puteh adalah Raja Muda. Raja Ali ibni Sultan Shahabuddin (cicit Sultan Ahmaduddin melalui Raja Tengah Bongsu) pula Raja Bendahara diikuti Raja Yusuf ibni Sultan Abdullah sebagai Raja di Hilir. Aturan ini memang sesuai kerana masing-masing adalah cicit Sultan Perak ke 18 itu melalui isteri pertama, kedua dan ketiga... Teratur kerana Sultan ke 20, 21 dan 22 masing-masing cucu Sultan Ahmaduddin melalui isteri-isteri ini juga.

Malangnya, aturan ini mula tak selesa akibat tindakan Raja Muda. Sultan Abdullah tidak mengosongkan takhta tetapi dipinggirkan. Malah mengikut sejarah rasmi, baginda ‘dipecat’ 1853 oleh Raja Jaafar yang mengisytiharkan diri sebagai Sultan walaupun tidak diterima sesetengah pembesar. Maka secara efektifnya Raja Muda lah yang memerintah kerajaan sehingga Sultan mangkat 1857. Kemudian baru semua pembesar sepakat menerima lalu menabalkan Raja Jaafar sebagai Sultan Perak ke 23, Sultan Jaafar Safiuddin Muazam Shah.

Raja Ali dilantik menjadi Raja Muda tapi Raja Yusuf kekal sebagai Raja di Hilir. Raja Ismail, anak Raja Siak pula diangkat ‘melangkah bendul’ menjadi Raja Bendahara, satu perlantikan yang juga melanggar adat kerana baginda bukan waris sebelah laki-laki. Lebih pelik, apabila Sultan Jaafar mangkat 1865, Raja Ali yang menjadi Sultan Ali Al-Mukammil Inayat Shah mengangkat anakanda Sultan Jaafar iaitu Raja Abdullah menjadi Raja Muda melepasi dua tangga waris takhta! Keadaan semakin kalut apabila Sultan Ali mangkat di Sayong 1871.

Kalau mengikut giliran waris takhta sebelum ‘dikacau’ Sultan Jaafar, sudah sampai masa Raja Yusuf menaiki takhta... Kalau mengikut giliran yang ‘ditetapkan’ Sultan Ali, Raja Abdullah lah ‘sepatutnya’ ditabalkan. Sebaliknya Raja Ismail pula diangkat para pembesar menjadi Sultan. Maka bermulalah kekacauan besar perebutan takhta di Perak yang akan memberi ruang untuk Inggeris menjajah Tanah Melayu nanti...

Menurut catatan rasmi, penabalan Raja Bendahara Ismail sebagai Sultan Ismail Muabuddin Riayat Shah mendapat sokongan kuat Orang Kaya-kaya Menteri Perak Ngah Ibrahim yang menguasai daerah Larut. Ngah Ibrahim yang dikatakan bercita-cita besar telah menjadi orang Melayu terkaya zaman itu hasil bijih timah melimpah-ruah di kawasan ini! Maka ada yang berpendapat, beliau menyokong pertabalan itu supaya Raja Ismail mengangkatnya jadi Raja Bendahara, satu langkah yang boleh membenarkannya menjadi seorang Sultan Perak pula!

Ini tak mustahil memandangkan Raja Ismail yang berbapakan seorang Raja Siak dapat menjadi Sultan akibat perlantikannya sebagai Raja Bendahara oleh Sultan Jaafar. Seterusnya, sejarah mencatatkan Raja Ismail menaiki takhta kerana Raja Muda Abdullah yang bersemayam di Kampung Batak Rabit, Teluk Intan tidak hadir untuk pemakaman jenazah Sultan Ali di Sayong... Menurut adat, seorang Sultan perlu ditabalkan sebelum jenazah Sultan terdahulu dikebumikan. Maka setelah lebih sebulan menunggu kehadiran Raja Abdullah, para pembesar mengangkat Raja Bendahara Ismail jadi Sultan sedangkan menurut satu cerita, Raja Muda itu tidak hadir kerana takut diserang... Kononnya orang Raja Yusuf yang bersemayam di Senggang, dalam perjalanan ke Sayong siap menunggu membuat serangan hendap!

Apapun, pertabalan Raja Ismail mendapat tentangan Raja Abdullah, Raja Yusof dan para pembesar Hilir Perak. Keadaan ini memaksa Raja Abdullah mengisytiharkan diri sebagai Sultan lalu melantik Raja Yusuf sebagai Raja Muda untuk mendapatkan sokongan. Para pembesar yang menyokong Raja Ismail terus menolak atas alasan baginda tidak menghadiri majlis pengkebumian Sultan Ali dan seorang Sultan lain telah pun dinobatkan. Apakah mungkin mereka semua telah dihasut Ngah Ibrahim yang mempunyai wang untuk ‘membeli’ sokongan?

Sesetengah pengkaji menyebut Ngah Ibrahim memang tak suka Raja Abdullah menaiki takhta kerana takut kehilangan kuasa. Mungkin Ngah Ibrahim yang selalu berhubung dengan pihak asing atas urusniaga biji timah terutama melalui Pulau Pinang yang sudah dijajah Inggeris sejak 1786 telah diperalatkan satu pihak agar terbit kekacauan di Perak yang memberi peluang untuk mereka berlakon jadi jaguh nanti?

Isnin, Ogos 11, 2008

Mahkota Sultan Malikus Salih dan dua Nur dalam hidupku...

Salam. Biar dibuka sesi menulis hari ini dengan suatu luahan daripada apa yang berlaku hari Jumaat baru-baru ini...

Pada penghujung artikel Lawatan ke Singapura 2006. Rupa-rupanya untuk ke satu makam yang ada kena-mengena dengan kekasih lama! yang ditulis awal pagi itu saya ada menyebut:-

Tentang Nur pertama pula, saya tak tahu nak letakkan bagaimana lagi tetapi saya tahu dia tetap penting dalam hidup saya dan Nur kedua pun faham ini. Masing-masing telah tahu akan kewujudan masing-masing dan telah pun berhubung. Diakui Nur kedua kini lebih utama sedangkan Nur pertama sudi ketepi tetapi terus berbaik lagi.

Dahulu mereka pernah sekali bertemu tetapi dalam keadaan tidak mengetahui hal diri masing-masing. Kini mereka sudah tahu sedikit sebanyak akan keadaan yang dilalui dan kaitan mereka dengan saya lalu buat pertama kali diatur satu pertemuan bertemu empat mata untuk kebaikan semua, juga atas nama perjalanan hidup yang telah ditetapkan atas Qada' dan Qadar Ilahi, dengan nama Allah dan Rasul!

Harap-harap pertemuan Nur pertama dengan Nur kedua beberapa jam lagi (tanpa kehadiran saya) nanti di hari Jumaat yang mulia bulan Sya'aban ini akan membawa satu persefahaman yang kukuh. Sesungguhnya kita semua ditakdirkan bertemu kerana ada sebab dan peranan masing-masing untuk menangani cabaran masa akan datang.

OK... Ini adalah sedikit cerita yang berlaku sekitar pertemuan itu. Mari!


Ini ada gambar satu persembahan Tarian Asyik dalam satu majlis yang menjadi medan pertemuan Nur pertama dengan Nur kedua hari Jumaat itu. Majlis yang dirasmikan oleh Raja Zarith Sofia ibni almarhum Sultan Idris Shah (Perak), isteri kepada Tengku Mahkota Johor ini turut dihadiri Tengku Budriah, Raja Permaisuri Agung semasa almarhum Raja Perlis dahulu Tuanku Syed Putra menjadi Yang di Pertuan Agung tahun 1960an. Turut hadir adalah ramai kerabat diraja. Termasuknya adalah Raja Kecil Sulung Perak yang merupakan adik-beradik Raja Zarith.

Nur pertama pula hadir sebagai seorang tetamu khas jemputan pihak penganjur. Lalu dia mengajak Nur kedua hadir sama sebagai medan untuk kenal-mengenal dan lebih berbaik satu sama lain!

Oh, lupa nak cakap. Saya dah lupa majlis apakah sebenarnya ini tetapi ia melibatkan 2 bahagian... Satu tentang promosi peranan wanita dalam kehidupan seharian, kedua kerana ada pamiran galeri barangan diraja di sebelahnya, kedua majlis akan dirasmikan oleh Raja Zarith Sofia.

OK, bagaimana saya tahu semua ini, siap ada gambar-gambar lagi? Hehe... Baiklah, biar saya berterus-terang. Sebenarnya saya pun hadir ke majlis ini tanpa dirancang. Sampai si Nur pertama marah-marah kat saya (marah-marah sayang? Hehe!) sebab ini sepatutnya pertemuan dia dengan Nur kedua sahaja, pertemuan orang perempuan dengan orang perempuan, tiba-tiba saya pula boleh hadir, hehe! Jangan mare... Hehe!

Memang dalam artikel Lawatan ke Singapura 2006. Rupa-rupanya untuk ke satu makam yang ada kena-mengena dengan kekasih lama! saya ada menyebut bahawa mereka berdua akan bertemu tanpa kehadiran saya. Memang itulah saya jangkakan ketika itu. Mana tidak, memang pertemuan itu untuk mereka berdua sedangkan saya sudah sangat penat akibat semalaman malam dan awal pagi Jumaat menulis isi blogspot di sebuah Internet Cafe di Kajang, selepas solat Subuh baru saya dapat memejamkan mata dan berehat seketika.

Nur kedua pula ada menalifon awal pagi mengajak berjumpa petang itu di Kuala Lumpur sebaik sahaja selesai pertemuan dengan Nur pertama. Tetapi saya menolak kerana penat, rasa hendak tidur atau berehat sahaja di rumah hingga petang. Namun sebaik sahaja selesai solat Jumaat di Masjid Jamek Penjara Kajang (pertama-kali saya bersolat di sana walaupun kedudukannya cuma sekitar 1km sahaja dari rumah), timbul rasa untuk ke Kuala Lumpur bertemu mereka berdua!


Hmm... Dari satu segi memang saya teringin berjumpa kedua-dua Nur pertama dan Nur kedua. Kali terakhir kami bertiga bertentang mata adalah lebih setahun lalu, ketika berlangsung majlis pelancaran siri buku "Berpetualang ke Aceh" di kedai buku Khazanah Fathaniyah di Chow Kit (sekarang sudah tutup). Dan ketika itu mereka tidak tahu situasi keadaan hubungan antara kami semua seperti kini.

Lagipun saya sudah sebulan tidak bertemu Nur pertama sedangkan Nur kedua baru menemani saya berjalan-jalan di Negeri Sembilan hari Rabu minggu lepas termasuk buat pertama kali sampai ke makam Raja Melewar siang hari! Nanti saya letakkan sedikit cerita bergambar di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) diikuti cerita perjalanan itu sendiri di blogspot BERPETUALANG KE ACEH .

Apapun, tujuan sebenar saya ke majlis itu bukan untuk bertemu mereka walaupun memang saya suka dan ingin bertemu mereka. Tujuan sebenar saya adalah ingin melihat apakah barangan diraja yang ada. Saya jadi teruja apabila Nur kedua menalifon memberitahu akan pameran yang ada dihiasi permainan alat muzik serupa nobat, rasanya memang nobat, cuma dimainkan oleh orang bukan istana. Rasa rugi pula kalau tak pergi...

Oh, apa pula objek yang tertera dalam gambar di atas ya? Nanti kita cerita...


Ini adalah gambar objek sama tanpa flash... Gambar sebelumnya diambil dalam auto mood lalu kamera menafsirkan kekurangan cahaya terang sebagai harus ditambah-pulih dengan cahaya flash. Sebaliknya cahaya flash yang memantul berlawan cahaya lampu spotlight menyebabkan objek kelihatan lebih gelap dalam gambar. Lebih baik dimatikan saja flash untuk mendapatkan gambar lebih terang di atas!

Nur kedua teruja sangat mahu saya datang kerana baru berkenalan dengan penjaga satu booth yang mempamirkan Quran-quran lama termasuk daripada tanah Aceh, Jawa dan Bugis. Dia mahu saya melihat Quran-quran itu dan berkenalan dengan penjaganya! Saya pula seolah-olah terpanggil apabila mendapat tahu ada pameran diraja. Lalu saya pun sampai ke sana.... Ternyata Nur pertama pula belum tunjuk muka kerana perlu menyelesaikan hal lain.

Dipendekkan cerita Nur pertama datang lalu duduk dengan Nur kedua ketika saya sedang sibuk melihat booth-booth lain. Bahagian pameran terbahagi dua, pameran berkaitan peranan wanita begitu (entah kenapa booth Quran lama terletak di situ ya?) dan pameran barangan diraja yang belum dibuka kerana menunggu Raja Zarith Sofia merasmikannya.

Ketika majlis perasmian sedang berlangsung di pentas utama, ketika masuk persembahan Tarian Asyik baru Nur pertama sedar kehadiran saya. Barulah saya duduk di belakangnya dengan Nur kedua di sebelah kanan.



Selesai majlis perasmian, baru pameran barangan diraja dirasmikan. Baru para hadirin dapat melihatnya. Saya pun begitu seronok masuk diiringi Nur pertama dan Nur kedua. Rupa-rupanya tak ada apa sangat... Saya mengharapkan ada barangan diraja lama seperti pedang, keris dan cokmar tetapi yang ada cuma koleksi barangan peribadi simpanan keluarga diraja zaman kini seperti pakaian harian dan majlis malah kayu golf pun ada! Hampir saya kecewa, nasib baik ada juga beberapa lukisan hasil tangan kerabat diraja yang boleh tahan menarik...

Setelah berpusing satu kawasan pameran lalu hampir keluar, baru saya terperasan satu objek yang dapat menarik perhatian. Itulah objek yang gambarnya tertera di atas ini...

Pada mulanya lelaki berpakaian Melayu lengkap bersongkok di sebelah setakat menyatakan ia adalah satu mahkota lama yang telah wujud di Terengganu lebih 600 tahun lalu, sebelum muncul kerabat diraja Terengganu sekarang yang berasal daripada keturunan Bendahara Tun Habib Padang Saujana di Johor. Kemudian saya diperkenalkan kepada seorang lelaki lebih tua tetapi berpakaian lebih santai yang rupa-rupanya ketua yang menyelenggara pameran diraja ini. Dia dipanggil Ustaz Zul, hehe!

Kenapa saya ketawa? Nanti saya cerita. Adapun Ustaz Zul lah yang memberitahu bahawa objek yang kelihatan ini adalah mahkota lama milik Sultan Malikus Salih, pengasas kerajaan Samudera dan Pasai. Lalu dia menceritakan tentang wasiat Nabi yang tertera dalam Hikayat Raja-raja Pasai serta Sejarah Melayu, cerita yang menjadi teras utama pembukaan kisah siri buku "Berpetualang ke Aceh" karangan saya! Tentang bagaimana Sultan Malikus Salih pernah memakai nama Merah Silu. Saya tersenyum panjang... Hmm... Biar saya copy and paste isi wasiat itu daripada buku pertama saya yang memiliki sub-title "Mencari Diri dan Erti" ya...

"Sepeninggal aku telah wafat kelak, akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya. Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu, serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat. Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan menjadi wali Allah.”




Saya tidak memperkenalkan diri, setakat mendengar mengangguk kepala dan menambah sedikit cerita di mana yang saya rasa patut. Selepas itu saya ke bahagian lagi untuk mencari Nur pertama yang keluar buang air. Saya mahu dia bersama Nur kedua turut hadir di hadapan mahkota ini...

Ketika di kawasan lain, tiba-tiba muncul Ustaz Zul dan pembantunya mencari saya. Mereka teruja untuk berkenalan malah mengajak saya bekerjasama untuk mendaulatkan makna Melayu, setelah sedar sedikit tentang pengetahuan yang saya ada. Ketika Nur pertama yang lebih dikenali Ustaz Zul muncul, baru dia tersedar dia juga pernah bertemu dengan saya sebelum ini. Nampaknya pertemuan ini telah ditakdirkan dan mungkin kami harus bekerjasama walaupun dahulu saya mengaku sangat marah dengan Ustaz Zul dan kumpulannya atas apa yang pernah berlaku suatu masa dahulu!

Apa yang berlaku tak perlulah dipanjangkan. Sudah saya nukilkan agak panjang lebar dalam buku kedua saya "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal". Untuk pengetahuan, Ustaz Zul inilah yang namanya pernah beberapa kali memenuhi ruangan hadapan akhbar, kalau tak salah ingatan samada Metro atau Kosmo kerana didakwa merogol orang sambil memimpin kumpulan ajaran sesat lalu menjadi buruan polis.

Tapi itu kisah dahulu ketika saya masih marah-marah atas pelbagai perkara. Kini setelah selesai menyajikan ketiga-tiga buku dalam trilogi siri "Berpetualang ke Aceh", saya lebih tenang. Lalu selepas lawatan terbaru ke markas kumpulan Ustaz Zul di Terengganu, saya lebih lembut melihat keadaan mereka sehingga terhasillah artikel bertajuk Masuk ke markas sebuah kumpulan "perjuangan akhir zaman"... Apa yang ingin dibuat di sana? di blogspot ini 4 bulan lalu.

Apapun, pertemuan pembukaan Nur pertama dengan Nur kedua dalam keadaan sedar (sedar akan perhubungan kami bertiga) dengan kehadiran saya tanpa dirancang pada satu majlis diraja diikuti perjumpaan tak disangka dengan Ustaz Zul di hadapan sebuah mahkota yang dikatakan milik Sultan Malikus Salih @ Raja Merah Silu memang terang telah ditakdirkan. Maka itu ingin dinyatakan, walaupun pengajian dan pemahaman kami tentang hakikat wujud alam dan hubungan dengan Tuhan mungkin tidak sealiran dan lain kaedah serta perlaksanaan perjuangan, tetapi untuk kedaulatan bangsa Melayu dan Islam saya sedia bekerjasama... Bila ada keluangan masa.

Ustaz Zul menyebut pihaknya yang disokong beberapa pihak lain bercadang untuk menerbitkan sebuah filem Melayu yang menjejak kembali kedaulatan Raja-raja Melayu silam untuk memperkasakan generasi Melayu sekarang. Katanya ada pihak sudi memberi budget sehingga RM40 juta jika ada skrip dan jalan cerita yang dirasakan sesuai lalu dia mengajak saya turut serta kerana tahu saya seorang penulis, penulis yang tahu dan ada rasa akan hal-hal lama melibatkan sejarah sebenar Melayu.

Allah... Saya pun tak tahu jika saya mampu berbuat itu. Mungkin nanti, bukan sekarang... Sekarang saya perlu mengembalikan kesihatan diri dan keadaan ke tahap yang lebih 'normal'... Setelah lama meninggalkan kehidupan biasa untuk menjadi seorang pengembara yang zahirnya tak tentu hala. Untuk itu, saya sangat memerlukan kehadiran Nur pertama dan Nur kedua sebagai sokongan.

Oh, sebelum meninggalkan majlis, saya rasa ingin merekodkan gambar ketiga-tiga siri buku "Berpetualang ke Aceh" dengan mahkota lama yang dikatakan milik Sultan Malikus Salih itu. Jadilah gambar yang terpapar di atas. Mungkin akan terbuka sesuatu dengan ini nanti? Sekian luahan...

p/s: Cita-cita saya tadi apabila masuk ke Internet Cafe kecil di Kajang ini jam 5.30 petang adalah mahu menyiapkan 7 artikel di blogspot-blogspot saya untuk mencapai jumlah keseluruhan artikel 777 sebelum masuk Maghrib. Nampaknya ia harus dilupakan, mungkin cuma dapat disambung esok... Ketika menulis ayat ini sahaja pada penghujung artikel pembuka sesi penulisan hari ini sudah masuk jam 7.11 petang sedangkan saya harus kembali berbuka puasa bersama ibu bapa yang ada bertandang ke Kajang. Selamat malam! :]

Jumaat, Ogos 08, 2008

Lawatan ke Singapura 2006. Rupa-rupanya untuk ke satu makam yang ada kena-mengena dengan kekasih lama!

OK... Sekarang bolehlah kita bersambung cerita tentang perjalanan lama ke Singapura pula. Sambung terus daripada artikel Lawatan ke Singapura 2006. Mulanya satu perjalanan tak disangka... ya. Mari! :]

Mula-mula, izinkan saya 'menonjolkan' diri. Saya rasa mereka yang telah lama mengenali saya dan mengikuti segala penceritaan di mana-mana blogspot saya dengan jujur akan lebih kenal peribadi saya. Seringkali saya bercerita tanpa berselindung hingga mengeluarkan segala kecatatan diri sendiri tetapi pada saya ia tiada masalah kerana memang begitu peribadi saya... Berterus-terang, jujur, bukannya baling batu sembunyi tangan. Lalu saya sedia mengaku akan kelemahan diri sendiri kerana memang adat manusia biasa tidak sepi daripada membuat kesilapan.

Perkara ini cuma jadi masalah kepada jiwa-jiwa sakit yang tidak tenteram lagi irihati... Jiwa-jiwa langau yang suka membuat kacau mengganggu ketenteraman para pembaca tulen di sini seraya menuduh saya pula yang suka menonjolkan diri! Fikirkan... Kalau betulpun saya mahu menonjolkan diri, apa salahnya kerana ini blogspot saya? Berapa ramai orang menulis di blogspot sendiri untuk menonjolkan diri sendiri, kegemaran diri sendiri, gambar anak-anak, gambar kucing, labi-labi dan sebagainya...

Sebab itu dinamakan blogspot... Tempat membuat log atau catatan perjalanan peribadi hidup secara on-line... Sekurang-kurangnya buat di tempat sendiri, di rumahtangga sendiri. Sesiapa pun boleh daftar buat blogspot sendiri. Tak kena bayar apa-apapun. Apa susah? Bukan macam langau-langau... Kononnya nak mengajar orang sedang dirinya itu sebenarnya yang cuba menonjolkan diri di tempat orang sampai selau mencari salah-silap orang malah kata-kata baik pun mahu disalah-tafsir untuk cuba mencari kelemahan orang...

Itulah sifat orang-orang cakap tak serupa bikin. Angan-angan lebih nak ke sana-sini memeluk gunung tapi tangan tak sampai. Sekurang-kurangnya saya bercerita perkara yang saya dah lalui, tempat-tempat yang saya dah sampai... Bukan setakat copy and paste kemudian nak tunjuk pandai, Alahai! :]

Lalu saya pun 'menonjolkan' diri untuk menunjukkan tempat-tempat yang saya dah lawati. Bukan macam sesetengah orang tu, belajar silat separuh jalan... Bila guru bagi satu persoalan yang nak masuk bab batin @ pelajaran Tasawuf, terpinga-pinga nak cari jawaban tapi tak faham lantaran ego tinggi tapi tak sedar diri... Akhirnya terus silap tafsir... Segala benda buat setengah jalan. Bila hati tak senang, mulalah sibuk kacau orang.

(Jangan terperanjat jika tiba-tiba semakin teruk langau-langau ini menyamar tukar nama macam-macam kutuk orang sana-sini lagi kat sini. Kesian... Angan-angan nak disamakan dengan pengalaman. Inilah jadinya.... Umur muda lagi, rupa pun tak lah teruk sangat tetapi mengurat perempuan yang dia nak masih tak dapat-dapat... Tak mahu kaji kesilapan diri sendiri lalu jadi langau kat tempat orang pulak... Jangan terperanjat jika lepas ni dia buat perangai teruk. Walaupun kita cakap pasal orang lain, bukannya pasal dia, tapi langau-langau ini cepat terasa dan perasan. Kesiaaaannnn!!! Hahaha! Dia masih ingat cakap banyak itu sama nilainya dengan buat banyak. Hahahaha!)

OK... Sebenarnya saya mahu menunjukkan arah ke satu makam tertentu. Tetapi sebagai peringatan, langau-langau sakit jiwa mungkin akan menuduh bahawa saya cuma ingin menunjukkan diri sendiri sahaja. Hahaha! Bodoh betul... Memanglah kena tunjuk diri sendiri dahulu. Habis tu takkan le alih-alih boleh sampai aje ke satu tempat, tiba-tiba boleh dapat cerita? Bagaimana nak dapat cerita sedangkan diri sendiri belum sampai ke situ? Lainlah kaki ciplak, copy and paste cakap tak serupa bikin. Masuk Internet, curi cerita orang lepas tu ya-ya je nak bagi syarahan macam dah dapat ilmu sendiri. Bangang!

(Sekali lagi untuk pembaca setia, harap faham. Sesekali saya tukar mood cakap sedikit kasar apa salahnya ya tak? Lagipun ini blogspot saya, tempat saya meluahkan rasa Bukan macam langau yang sentiasa bercakap kasar... Baling batu sembunyi tangan dalam dunia Internet. Puhhh!!! Cakap tak serupa bikin, pengecut, dayus, takda telur. Belajar silat selangkah dua lepas tu cari kat Internet bacaan ilmu itu ilmu ini jangan haraplah nak berjaya kat mana-mana... Masuk forum pun orang dah tak layan. Kalau buat blogspot sendiri lagi le, terus takda orang jenguk.... Tu yang sibuk cari perhatian kat tempat orang. Hahaha!)

Penunjuk arah membawa ke satu kawasan makam tertentu. Tapi sebelum itu singgah dahulu di satu makam di bawahnya. Katanya milik penjaga kepada orang yang disemadikan di makam lebih besar di atas... Dan nama penjaga ini ialah Dandiar, Radin Dandiar. Jeng! Jeng! Jeng!

Pernah dengar tak nama Dandiar ni? Kalau tanya orang Johor, mereka akan sebut pasal Dandiar, seorang penjaga Istana Johor berketurunan Jawa yang sangat tinggi ilmu zahir dan batinnya. Tetapi Radin Dandiar yang ditanam di sini hidup pada zaman yang lebih awal...

Kemudian saya pun naik ke bangunan makam utama... Hahaha! Ya, sekali lagi saya 'menonjolkan' diri sebagai orang yang naik dan sampai ke makam itu, bukan Abu naik atau Ah Leng naik seperti yang selalu kita baca dalam buku-buku cerita. Mana sama woo baca buku cerita dengan sendiri pergi. Hahaha! Tapi untuk orang cakap tak serupa bikin, angan-angan dengan pengalaman tu sama saja... Tak payah ada sijil, ada bukti ke hapa, pergi aje kat pejabat mana-mana boleh cakap cam ni... Saya ada PhD, ada pengalaman silat terbang sana-sini masuk perut bumi dan sebagainya dan kamu mesti percaya. Sebab apa? Sebab saya kata saya ada semua tu. Hahahaha! Bodoh betul langau, hahaha!

Yang menarik, di dalam bangunan utama makam ini terdapat banyak gambar-gambar yang dikaitkan dengan Ahlul Bait anak cucu keluarga Nabi. Oleh kerana saya ini suka 'menonjolkan' diri, maka tak perlulah saya menurut adab Ahlul Bait ya tak? Maka itu untuk langau, pi mampus engkau. Selagi engkau tak sedar diri, selagi tu le kebodohan diri engkau akan bertimpa-timpa. Kalau tak sedar juga, lu tengok le besok lu mampus macamana. Bodoh!

Antara gambar-gambar yang diletakkan ialah para Habaib terkenal di seluruh Malaysia dan Indonesia. Kemudian ada pula gambar-gambar ulamak terkenal yang secara rasminya tidak pernah dikaitkan dengan golongan Sayyid dari segi nasab tetapi diketahui sesetengah orang memang mempunyai darah Ahlul Bait yang sangat kuat seperti Sheikh Muhammad Arshad al-Banjari.


Eh... Bodoh, engkau jangan baca, engkau boleh belah dan mampus le...

Hehe... Pesanan penaja di atas ini ditujukan cuma kepada langau-langau bodoh. Mereka yang jujur ikhlas mahu mendapat manfaat harap jangan terasa ya, hehe...

Hmm... Di sudut lain pun masih terdapat gambar-gambar orang-orang daripada Ahlul Bait anak cucu Rasulullah SAW, ada juga gambar kubah hijau Masjid Nabawi di mana di dalamnya terletak makam Rasulullah SAW.

Jadi encik bodoh langau... Dah pernah ke sampai makam Nabi? Saya dah sampai zahir dan batin, bukan sekadar cakap-cakap saja tunjuk pandai buat pengakuan macam-macam kat sana-sini... Ya, saya ingin 'menonjolkan' diri di sini... Tapi sekurang-kurangnya memang saya dah sampai, bukan angan-angan cakap tak serupa bikin macam kamu. Hmm... Mungkin juga dengan cara terus meracau-racau buat kacau di sini maka secara automatik kamu rasa Allah akan angkat darjat kamu sampai berjumpa Rasulullah SAW? Hahaha! Teruskanlah berangan. Dasar orang perasan.

(Kawan-kawan jangan risau. Langau-langau bodoh yang memakai pelbagai nickname ni cuma boleh memaki-hamun di dunia Internet sahaja. Sedangkan hakikatnya di luar sana, dia ini orang yang tiada nama, tidak dikenali ramai... Angan-angan je lebih tapi masih tak mahu memperbaiki diri sendiri, masih cuba menutup kelemahan diri sendiri dengan mencaci-maki menyalahkan orang lain, haha!)

Jadi makam siapakah ini ya? Makam yang dihias begitu cantik dan dalam bangunannya dipenuhi gambar-gambar yang berkaitan dengan Ahlul Bait.

Oh... Tiba-tiba si langau tersenyum sendiri, kononnya puas hati kerana berjaya membuat kacau sehingga si Merah Silu melenting. Begitulah sifat langau. Apabila orang tak menjawab, dikatanya orang tak cukup ilmu. Apabila menjawab, dikatanya melenting tak cukup sabar.

Hahaha! Langau-langau. Teruskanlah membodohkan diri sendiri. Cakaplah banyak mana yang kamu hendak. Hakikatnya, kamu nobody, tak da nama langsung baik di tempat kerja, dunia persilatan ke apa lagi di mata masyarakat umum... Cakaplah apa-apa... Apa boleh buat, cakap tak serupa bikin, perasan... Nak sedapkan hati sendiri bolehlah tapi nak tipu orang ramai? Hahaha! Memang sah kamu ini bodoh tak sedar diri...

Di sebelah makam ini sendiri ada gambar makam Nabi. Kenapa sibuk dengan makam Nabi?

Hahaha! Si langau masih cuba menipu diri sendiri. Setelah membaca segala kata-kata saya yang 'menonjolkan' diri sendiri sehingga terbukalah selimut kejahilan dia, maka berkatalah dia dalam hati... Ah. Segala kata-kata itu adalah kebalikan untuk diri kamu sendiri. Kamu kata aku bodoh, perasan... Sebenarnya kata-kata itu adalah kebalikan untuk diri kamu sendiri Merah Silu!

Hahaha! Bodoh betul... Sekali lagi angan-angan hendak disamakan dengan pengalaman. Hahaha! Lain le kalau kalam kamu itu bertaraf kun fayakun. Aku kata jadi, maka jadilah. Ini angan-angan cakap kat dunia Internet. Sedangkan di dunia luar sana tiada sebenarnya siapa sudi melayani kamu... Sedangkan di Internet pun orang selalu lari apabila kamu masuk. Hahaha! Itupun tak sedar diri, hahaha!

OK lah... Setelah berjela melayan rentak mengarut kanak-kanak yang baru bertatih tetapi perasan sudah mencapai kefahaman. tahap para wali (jangan perasan. Siapa bercakap tentang kamu? Hehe. Tu le orang perasan ini, tak payah sebut nama pun boleh terasa, hehe!), baru saya boleh masuk pada mood yang lebih serius dan waras ya. Tadi tu cuma selingan sahaja. Setakat bunga-bunga...

Ala sesekali nakal apa salahnya ya tak? Kalau nak ikut adab Ahlul Bait aje, memang saya tak kata apa. Selama ini pun saya selalu biarkan orang membuat kacau, tak saya kata apa. Tapi kalau nak sangat cari pasal meh le jumpa depan-depan. Kita tengok sendiri apakah cakap-cakap tentang ilmu dan silat itu sama dengan gerak kaki dan tangan yang tak perlu pakai apa-apa bahasa mengaku itu ini kecuali tiba-tiba sahaja keluar bunga dan buah untuk menghilangkan yang bathil, menaikkan yang haq. Amacam? :]

Adapun makam ini ialah makam milik seorang puteri dari dari Tanah Jawa yang dikenali sebagai Puteri Radin Mas. Siapa itu Radin Mas? Saya rasa tak perlulah dipanjangkan sangat. Sebabnya Radin Mas ini ceritanya agak terkenal dahulukala malah telah dijadikan satu cerita filem Melayu! Maka carilah sendiri kat mana-mana ya, Google le ke hapa...

Adapun atas sebab ingin 'menonjolkan' diri, saya cuma akan cerita kaitan perjalanan diri saya sendiri dengan Radin Mas ini ya. Ini dia... (Langau, duduk diam ambil ikhtibar atau pi main jauh-jauh kat tempat lain, hehe!)

Dalam artikel Lawatan ke Singapura 2006. Mulanya satu perjalanan tak disangka... yang dibuat 3 hari lepas saya ada menyebut bahawa saya telah pergi ke Singapura tanpa dirancang akibat pelawaan SS, seorang gadis yang saya sangkakan memiliki ciri-ciri Mas, kekasih lama saya. Hmm... Elok juga dipaparkan satu sedutan daripada buku kedua saya "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"... (Langau jangan sibuk-sibuk. Memanglah blogspot ini tempat saya 'menonjolkan' diri... Bodoh. Ini memang tempat saya buat promosi buku, bukan macam kamu, tak malu buat kacau di tempat orang demi mencari perhatian tapi tak mengaku lepas tu nak tuduh orang macam-macam. Pi mampus!) Daripada Bab 8, pada satu bahagian di mana saya telah pergi makam seseorang bernama Mas Merah (ceritanya hampir serupa dengan Masmira dalam filem Enam Jahanam lakonan P. Ramlee) di Pulau Kampai berdekatan sempadan Sumatera Utara-Aceh.

Hmm, memandangkan betapa cerita ini menerbitkan satu rasa yang agak mendalam, biar saya paparkan sekali sajak yang membuka bab itu ya... Adapun kalau ada satu perkara saya masih menyesal sehingga kini adalah kerana kerana tidak memperisterikannya. Ini dia sajaknya...

-----------------

BAB 8


KEKASIH

Akan kupintal buih-buih,
Menjadi tali mengikatmu,
Akan kuanyam gelombang-gelombang,
Menjadi hamparan ranjang tidur mu.

Akan kutenun awan-gemawan,
Menjadi selendang menudungi rambutmu,
Akan kujahit bayu gunung,
Menjadi baju pakaian malam mu.

Akan kupetik bintang timur,
Menjadi kerongsang menyinari dadamu,
Akan kujolok bulan gerhana,
Menjadi lampu menyuluhi rindu.

Akan kurebahkan mentari,
Menjadi laut malam mu,
Menghirup sakar madu mu.

Kekasih,
Hitunglah mimpi,
Yang membunuh realiti,
Dengan syurga ilusi.


- Sajak Kekasih, Usman Awang

-----------------

Dan inilah sedutan ceritanya...

------------------


Tiba-tiba pemuda itu teringat buah hati lama... Buah hati yang kebetulan namanya bermula dengan Mas juga. Sepanjang hidupnya, itulah satu-satunya wanita (sebelum Nur) yang dapat berkongsi minatnya yang lain daripada yang lain... Boleh diajak berkongsi berbagai perkara, baik tentang dinosaur, binatang purba yang pernah menjadi kegilaan Rasyid sejak kecil,mahu pun ilmu kaji bintang juga sedikit bab keTuhanan. Menurut sijil Mensa (persatuan orang-orang berkecerdasan tinggi melampaui majoriti) miliknya, wanita pintar ini mempunyai IQ atau Intelligence Quotient sebanyak 165 mata iaitu tahap seorang genius.... Maka dia mampu mengimbangi daya fikiran Rasyid menyebabkan buat pertama kali dalam hidupnya, pemuda ini terasa sudah berjumpa seorang perempuan yang begitu serasi dan dapat memahami dirinya yang sejati.

Rasyid juga terasa begitu selesa dan mesra apabila bersama dengan wanita ini... Tidak perlu berlagak macho, tunjuk kuat sentiasa... Tidak perlu tunjuk handal atau menonjolkan sifat kelakian seperti selalu dibuatnya apabila bersama perempuan lain. Dan paling best, dia tidak perlu mengekang sifat gila-gilanya yang kadangkala datang tanpa amaran dan kawalan...

Pemuda itu teringat bagaimana gadis ini begitu seronok mengikutinya berlari anak di tengah kesibukan kotaraya Kuala Lumpur. Bayangkan, berlari anak sesuka hati dari Central Market sampai ke Jalan Raja Chulan tanpa mempedulikan semua mata yang memandang... Boleh pula turut sama mendaki Bukit Nenas menggunakan laluan sukar, merangkak di atas sebatang balak besar yang menyendeng di bahagian bukit yang telah runtuh akibat hujan!

Seringkali juga wanita cantik ini turut sama tertawa riang apabila Rasyid tergerak untuk berlari laju menaiki escalator melawan arah di mana-mana kompleks membeli-belah... Tidak peduli langsung wajah-wajah bingung orang ramai yang kelihatan pening lalat akibat gelagat seorang anak muda yang seolah-olah tidak tahu malu langsung! Dan Mas juga tidak pernah terasa janggal bergayut sama di atas pokok jika pemuda itu memulakan walaupun pokok itu terletak di tengah bandar, selain cukup berani turut membuat kerja gila menyabung nyawa seperti berjalan mengimbangi tubuh di atas tembok penghalang selebar 2 kaki di tingkat teratas kompleks Lot 10 dengan pemandangan trafik lebih 70 kaki ke bawah… Berapa ramai kaum Hawa tahan apabila perangai gila lelaki ini datang menjelma? Sedangkan bila diajak menemani bermain video game di Bukit Bintang pun ramai gadis mencebikkan muka, pergi pun dalam keadaan terpaksa untuk menjaga hati si jejaka? Di manakah boleh dicari gadis begitu sporting apalagi daripada keluarga berada berpelajaran tinggi?

Dengan Mas, Rasyid menjadi begitu manja. Bayangkan... Seorang lelaki yang dahulunya berbadan tegap dengan otot berketul seluruh badan boleh jadi seperti bayi di pangkuan ibu. bila berada di sisinya. Gadis itu pandai melayan kerenahnya sehingga pemuda itu terasa begitu selesa... Mungkin kerana hati-budi mereka sebenarnya serupa? Mas dapat mengisi satu kekosongan jiwa yang belum pernah dapat diisi mana-mana wanita lain yang dikenalinya. Itu yang membuat Rasyid terasa sungguh bahagia. Buat pertama kali sejak beberapa tahun berpacaran dengan ramai kaum Hawa, barulah pemuda itu terasa yakin dia boleh menjadi one-woman-man... Tidak perlu lagi perhatian wanita lain untuk membuat dirinya terasa “cukup”. Dan buat pertama kali juga timbul rasa kuat untuk berumahtangga. Cuma kedua-dua keluarga tidak bersetuju kerana mereka masih terlalu muda dan baru mahu melangkah ke universiti luar negeri.

Rupa-rupanya kebahagian itu tidak bertahan lama. Rasyid ternyata tidak tahu mengenal untung... Walaupun wanita kesayangannya ini cukup cantik dan menarik, walaupun amat memahami jiwanya yang pelik, walaupun selalu menemaninya dalam susah dan senang, sampai satu ketika, pemuda itu tidak dapat membendung perangai lama untuk merapati wanita lain. Akhirnya mereka berpisah setelah lebih enam tahun bersama, tiga tahun daripadanya di London. Dan setelah beberapa bulan tidak mendengar khabar berita, tiba-tiba dia mendapat tahu Mas telah berkahwin! Dengan seorang lelaki yang merupakan junior Rasyid di kolej, malah pernah duduk satu dorm, satu bilik dengannya selama setahun... Jejaka yang rupa-rupanya telah lama menaruh hati ke atasnya.

Sebenarnya, sejak tahun 1997 lagi Mas ada memberitahu, jejaka yang meminatinya lalu menjadi suaminya itu telah menyatakan hasrat untuk masuk meminang. Rasyid tahu wanita itu mahukan dia sendiri lekas menghantar rombongan menyunting... Ahli keluarga kedua belah pihak sudah lama saling mengenali dan ketika itu, mereka berdua sudah memiliki kerjaya yang setimpal dengan kelulusan daripada universiti. Tetapi pemuda itu pula pura-pura tidak mengerti kerana merasakan ada sesuatu yang tidak lengkap dalam perhubungan mereka. Dia pun tidak pasti apakah masalah sebenarnya. Yang Rasyid tahu, sejak timbul kembali kehendak untuk merapati wanita lain, dia tidak lagi yakin dapat menjalani kehidupan bahagia jika cuba hidup bersama seorang wanita sahaja. Lagipun sudah muncul berbagai persoalan lain membelenggu fikirannya... Keadaan inilah yang menyebabkan mereka akhirnya berpisah jua...

Masalah yang dihadapi ketika itu agak rumit... Hakikatnya, Rasyid tetap sayangkan buah hati ini dan mahu memperisterikannya. Malangnya, fikirannya sangat bercelaru, tidak tahu lagi ke mana arah yang patut dituju. Berbagai persoalan pelik yang muncul dalam diri kebelakangan itu menuntut supaya dicari penyelesaian. Maka itu dia rasa lebih elok mereka berpisah dengan harapan akan berjumpa arah yang dicari. Maka itu juga Rasyid telah menyuruh Mas keluar dengan lelaki lain supaya wanita itu tidak sentiasa ternanti-nanti…

Hmm... Bila difikirkan kembali, mungkin juga ini berlaku kerana kemunculan seorang wanita lain dengan sifat lebih kurang sepertinya musim panas 1995. Itulah Nur yang seperti Mas juga berjaya menambat hati dan jiwa-raga pemuda ini! Sejak itu, Rasyid mendapat kekuatan baru... Dia yakin hidupnya akan lengkap jika dapat mempersuntingkan kedua-duanya sebagai isteri. Malah anak kelahiran Muar, Johor ini tidak melindungkan hasratnya itu... Dia telah memperkenalkan mereka sehingga kedua-dua gadis ini tahu mereka sedang berkongsi kasih seorang jejaka. Walaupun ini kelihatan tamak, ia boleh dikira elok berbanding masa dahulu di mana anak muda ini pernah menyimpan lebih 10 orang teman wanita sekaligus sebelum “menggantikan” mereka dengan “set baru”...

Ah! Baru Rasyid ingat kenapa dia akhirnya berpisah dengan Mas... Gadis itu telah memintanya memutuskan segala bentuk perhubungan dengan Nur, padahal ketika itu dia dan Nur tidak lagi berkasih demi menjaga hati Mas yang tidak tahan lagi berkongsi... Cuma mereka masih berhubung sebagai kawan. Maka Rasyid naik berang apabila Mas terlalu mendesak...


OK. Jadi rasanya pembaca boleh nampak kan bagaimana dalamnya perasaan saya terhadap insan bernama Mas ini. Sebab itulah saya boleh pergi ke Singapura dengan spontan sehelai sepinggang, untuk menemui SS yang saya sangkakan mungkin ganti Allah untuk saya setelah kehilangan Mas.

Ternyata pula SS bukan seperti yang disangka. Rupa-rupanya perjalanan ke Singapura itu ada kena-mengena juga dengan Mas. Cuma SS menjadi asbab pembuka cerita...

Adapun gambar-gambar ini sebenarnya diambil selepas bermalam satu malam di Singapura. Hari sebelumnya, saya sempat menziarahi makam Habib Nuh (nanti akan saya letakkan gambar-gambarnya, insyaallah di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) pada lain masa) juga tanah perkuburan Al-Junid dan makam Sultan Iskandar Shah yang dikatakan memerintah Singapura sebelum muncul keSultanan Melaka tahun 1400an. Saya juga sempat berehat di Masjid Sultan di kawasan Kampung Gelam serta bekas istana keSultanan Johor-Riau-Lingga di situ yang kini dijadikan muzium.

Asalnya saya tidak mahu bermalam di Singapura, saya ingin kembali cepat ke Muar tetapi SS mahukan saya berkenalan dengan seorang lagi warga Singapura (yang dia sendiri pun belum kenal sebelum itu) seorang lagi manusia yang sangat aktif dalam satu forum kegemaran saya, biar kita panggil dia SM. Terimakasih kepada saudara SM (ya, bukan pompuan ek...) yang sudi mengambil saya di hadapan Masjid Sultan menaiki kereta BMW nya (yep bro, jangan ingat aku tak appreciate apa yang engkau buat yek semata-mata kerana aku tak suka Singapura jadi port Yahudi Zionis). Di rumahnyalah saya dapat mandi air panas kemudian dapat pula membasuh baju seluar sehelai sepinggang saya yang dah kusam akibat peluh dan dipakai 2 hari berturut-turut termasuk untuk tidur di atas meja di luar sebuah masjid di Johor Bahru. Dia sudi meminjamkan pakaiannya sendiri agar saya dapat tidur nyenyak sedangkan baju seluar saya sendiri sempat dikeringkan dalam tempoh waktu itu, alhamdulillah... Terimakasih banyak-banyak.

Tetapi pertolongan terbesar SM sebenarnya ini... Dialah yang mencadangkan saya agar pergi ke makam Radin Mas malah menerangkan jalannya apabila SS datang untuk mengambil saya keesokannya. Kalau tidak, saya bukan sahaja tak tahu jalan malah tak terfikir pun hendak ke sana kerana tidak tahu pun akan kewujudan makam itu!

Maka saya pun sampai ke makam ini tanpa terfikir pun hendak ke sana. Apabila melihat nama pemiliknya Radin Mas, teringat terus saya pada kekasih lama Mas. Terasa kuat perkaitan ini apabila mengenangkan ayah Radin Mas adalah orang Jawa, sama seperti ayah Mas. Samada Mas kekasih lama itu berdarah Radin atau tidak, saya pun tak tahu nak kata camana. Tetapi saya ingat ceritanya tentang ayahnya yang kadangkala ada tidur di atas katil kain kuning lalu menurut Mas datang segala macam jin menghadap berdatang sembah!

Semasa itu lebih 10 tahun lalu, saya belum berminat untuk mencari salasilah malah tak terfikir langsung pun tentangnya atau perkara-perkara berkaitan. Lebih teruk lagi, saya memandang rendah bangsa sendiri sebagai mundur kerana semasa itu saya sangat berfikiran Barat... Lalu saya turut mengutuk Raja-raja Melayu sebagai lanun, saya tidak tahu apa itu Ahlul Bait malah saya menyangkakan Nabi Muhammad SAW tidak meninggalkan keturunan... Masyaallah!

Tetapi Mas pula pernah memberitahu bahawa apa yang saya lalui lama dahulu, cara saya berfikir, mimpi-mimpi saya ada kena-mengena dengan darah keturunan sedangkan saya sendiri tidak pernah memikirkannya! Siapa sangka apabila memasuki umur 31 tahun, baru saya sedar segala yang saya kutuk tentang Raja-raja Melayu dan sebagainya rupa-rupanya ibarat meludah ke muka sendiri? Kalau saya tahu semua ini dahulu, tentu saya tidak akan melepaskan Mas tetapi apa boleh buat, semuanya sudah berlalu.

Berbalik pada makam Radin Mas... Persoalan yang timbul, jika beliau cuma seorang puteri Jawa, kenapa pula diletakkan begitu banyak gambar-gambar Ahlul Bait berserta gambar masjid dan makam Nabi di sekeliling? Lebih pelik lagi, kenapa diletakkan salasilah Raja-raja Bugis di hadapan makam (gambar di atas ini tetapi kurang terang)?

Salasilah ini menyebut bahawa Raja-raja Bugis berasal dari keturunan seorang moyang yang dipanggil Siti Malengkek, katanya dari keturunan Ratu Balqis, isteri Nabi Sulaiman AS! Apa pula kena-mengena Raja-raja Jawa dengan Raja-raja Bugis? Tetapi yang menarik, ia juga menyebut bahawa Siti Malengkek bersuamikan seorang Sheikh dari Tanah Arab... Agaknya di sini terletak satu kaitan dengan Ahlul Bait anak cucu Nabi Muhammad SAW kot?


Pada gambar terbesar di antara gambar-gambar yang ada di bangunan makam, terpapar lukisan wajah ini... Disebut di bawahnya bahawa ia adalah gambar Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani. Sedangkan di tempat-tempat lain, saya pernah melihat gambar serupa lalu dikatakan samada gambar Saidina Ali ataupun anaknya Saidina Hussein!

Adapun Saidina Hussein memang wajahnya serupa Saidina Ali. Kekandanya Saidina Hassan pula memiliki wajah nenda mereka Nabi Muhammad SAW. Yang jadi musykil ialah saya telah melihat banyak gambar-gambar yang dikatakan lukisan wajah Sheikh Abdul Qadir al-Jilani. Yang pasti bukan serupa yang di atas ini. Jadi kenapa pula di sini dikatakan ia wajah Sheikh Abdul Qadir?

Berbalik pada persoalan lain di makam Radin Mas. Kenapa pula boleh ada salasilah Bugis di hadapannya ya sedangkan setahu saya, secara nasabnya tiada kaitan Radin Mas si puteri Jawa dengan mana-mana Raja Bugis. Tak tahulah jika ada bab salasilah yang tersembunyi di sini...

Dalam pada itu, teringat juga Mas si kekasih lama. Ayahnya dah tentu orang Jawa, dari Batu Pahat. Ibunya pula saya tak tahu belah mana tapi dari Pulau Pinang. Hmm... Mungkin ibunya ada berdarah Bugis? Lalu kembali lah kita pada masa kini, seperti biasa biar saya jujur berterus-terang.

Selepas putus hubungan buat kali terakhir dengan Mas sekitar tahun 1997 begitu, dia telah memulangkan balik cincin emas bertatah berlian kecil yang saya beli di London tahun 1991. Sejak itu cincin itu tersimpan elok di rumah Kajang, sampailah saya tergerak untuk menghadiahkannya kepada seorang gadis lain, Nur kedua yang muncul dalam hidup saya awal 2007 lalu menolong saya menyiapkan buku kedua saya juga buku ketiga "Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?".

Semasa itu saya dengan Nur pertama sedang berpisah. Lama kemudian baru kami baik semula. Lalu Nur kedualah yang banyak menolong memberikan semangat dan awal tahun ini saya tergerak untuk menghadiahkan cincin itu kepadanya... Kenapa? Baiklah biar saya sebut kenapa...

Adapun sekitar penghujung 2006, timbul gerak hati dalam diri saya memohon Allah agar diberi peluang memperbaiki perkara yang tak selesai berkenaan Mas. Saya tahu kami berpisah dalam keadaan tergantung. Saya yang tak tahu menilai kasih-sayang lalu menyebut mahu berkahwin dengan orang lain sedangkan dia sedia menunggu dan mengharap bertahun-tahun. Tetapi saya juga tidak mengharapkan dapat kembali kepadanya... Cukuplah dahulu saya banyak menyusahkan dan menghancurkan hatinya. Rasanya dia cukup bahagia kini dan saya tidak mahu mengganggunya lagi!

Selepas dia berkahwin dengan orang lain, hidup saya sebenarnya jadi tak menentu... Sampai saya pun tak tahu lagi dengan orang bagaimana saya harus berkahwin, saya menurut sahaja keadaan sampai gagal satu perkahwinan. Tetapi kini, setelah berlaku episod perkenalan dengan SS diikuti ziarah tak disangka ke makam Radin Mas, saya berjumpa pula dengan Nur kedua yang begitu menyayangi saya dan mengambil berat seperti mana pernah dilakukan si Mas dahulu.

Kebetulan Nur kedua memiliki darah Jawa campur Bugis yang rasanya ada kena-mengena dengan darah diraja juga... Mungkin betul Tuhan menghantarnya sebagai ganti Mas agar saya dapat peluang kedua untuk memperbaiki keadaan? Harap-harap begitulah!

Tentang Nur pertama pula, saya tak tahu nak letakkan bagaimana lagi tetapi saya tahu dia tetap penting dalam hidup saya dan Nur kedua pun faham ini. Masing-masing telah tahu akan kewujudan masing-masing dan telah pun berhubung. Diakui Nur kedua kini lebih utama sedangkan Nur pertama sudi ketepi tetapi terus berbaik lagi.

Dahulu mereka pernah sekali bertemu tetapi dalam keadaan tidak mengetahui hal diri masing-masing. Kini mereka sudah tahu sedikit sebanyak akan keadaan yang dilalui dan kaitan mereka dengan saya lalu buat pertama kali diatur satu pertemuan bertemu empat mata untuk kebaikan semua, juga atas nama perjalanan hidup yang telah ditetapkan atas Qada' dan Qadar Ilahi, dengan nama Allah dan Rasul!

Harap-harap pertemuan Nur pertama dengan Nur kedua beberapa jam lagi (tanpa kehadiran saya) nanti di hari Jumaat yang mulia bulan Sya'aban ini akan membawa satu persefahaman yang kukuh. Sesungguhnya kita semua ditakdirkan bertemu kerana ada sebab dan peranan masing-masing untuk menangani cabaran masa akan datang.

Sekian. Dengan ini selesailah artikel ini, artikel ke 383 blogspot ini. Alhamdulillah, hasil penulisan malam (dah masuk pagi dah ni, jam 6.30 ketika menulis ayat ini) juga menyaksikan blogspot BERPETUALANG KE ACEH masuk artikelnya yang ke 232, di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) pula telah masuk artikel yang ke 155... Ini membawa kepada jumlah keseluruhan 383 + 232 + 155 bersamaan 770 artikel yang ditulis berdasarkan pengalaman sebenar kehidupan, bukan sekadar angan-angan!

Dan alhamdulillah, baru malam tadi saya mendapati bahawa artikel bertajuk Memori lama pahit getir SMSJ, Kluang, Johor... yang dibuat setengah tahun lalu telah disedari oleh warga berkenaan lalu mendapat perhatian sewajarnya. Rupanya ia baru sahaja ditemui lalu diletakkan di blogspot http://sajoha.blogspot.com/ yang merupakan blogspot utama tidak rasmi perkumpulan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Johor... Sepertimana banyak juga isi-isi dan gambar-gambar di blogspot-blogspot saya telah dikutip lalu digunakan orang termasuk di majalah-majalah walaupun tidak diberikan kredit ataupun pengakuan.

Ini menunjukkan bahawa hasil penulisan yang dibuat selama ini bukan sia-sia, sudah banyak yang membaca dan menyukainya, bukan seperti yang cuba diwar-warkan oleh langau-langau yang sedaya-upaya cuba memburukkan diri saya di khalayak ramai. Sedarlah saudara bahawa saudara cuma membawa nada sumbang bertepuk sebelah tangan sedangkan ramai lagi pihak lain tahu menghargai hasil usaha saya selama ini. Kenapa saudara perlu irihati? Kalau saudara tidak irihati, kenapa pula saudara terasa dengan kata-kata ini?

Maka itu ampun dan maaf saya pohonkan kepada semua. Ampun dan maaf juga kepada langau kerana terpaksa berkasar. Harapan saya saudara (dan saudari yang sesekali masih mengintai-intai di sini setelah dahulu selalu sangat membuat kacau) mendapat kebahagian hidup dunia dan akhirat, Dengan kebahagian itu, insyaallah saudara dan saudari akan jadi cukup tenang, tiada masa lagi untuk menilik kesalahan orang lain kecuali menilik diri sendiri agar dapat menjadi orang Mukmin yang disebut Rasulullah SAW bahawa bagi mereka hari seterusnya lebih baik dari yang sebelumnya. Sekian, wassalam! :]