Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, April 29, 2008

Banjir kilat di Janda Baik...

Ah... Puas hati saya... Setelah hampir setengah tahun tidak merasanya, tadi dapat saya menikmati sepinggan pulut berlaukkan sambal goreng hijau pedas di sebuah warung, hidangan yang menjadi satu daripada dua makanan kegemaran saya di Janda Baik... Kini saya bergerak ke rumah Puan Ainon lagi dan terasa ingin berkongsi beberapa buah gambar lain yang baru saya ambil semalam... Sila! :]

Lihat ini... Banjir kilat di Janda Baik. Gambar ini diambil tidak lama selepas meninggalkan rumah seorang rakan di mana terletaknya motosikal besar saya, kiranya sejurus selepas mengambil gambar-gambar yang dihidangkan dalam posting bertajuk Apakah ada esok lagi untuk motosikal besar kesayanganku ini? yang siap dibuat hampir jam 4.30 pagi tadi!

Sepanjang saya mengenali Janda Baik bermula dengan lawatan pertama ke daerah ini sekitar tahun 1997, inilah kali pertama saya melihat banjir kilat ini berlaku. Menurut penduduk tempat, memang sesekali sungai-sungai di Janda Baik dilimpahi air lebihan akibat hujan lebat di kawasan pergunungan Banjaran Titiwangsa... Tetapi kalau berlaku pun selalunya selepas beberapa tahun baru terjadi sedangkan kata mereka sekarang ini sekarang ini lebih kerap berlaku... Mungkin kerana pembukaan hutan secara besar-besaran di atas lereng pergunungan sana?


Oh, lupa hendak beritahu... Gambar di atas tadi diambil daripada hadapan surau buruk di Sungai Chemperoh tempat saya selalu menginap hampir setiap kali bertandang di Janda Baik... Sejak awal 2005, sejak saya keluar daripada rumah penulis buku politik Syed Hussein Al-Attas @ S.H. Alattas @ Pak Habib.

Gambar yang ini juga di ambil daripada hadapan surau tetapi menghadap sedikit ke sungai... Adapun Sungai Chemperoh boleh kelihatan di sebalik batang pokok di tengah gambar dan airnya melimpah keluar memenuhi halaman dan jalan...


Ini pula gambar sungai diambil lebih dekat... Daripada pondok tepian sungai yang dahulu selalu riuh dengan para pengunjung terutama para pengikut Tabligh yang selalu datang beriktikaf ke surau itu untuk berhari-hari malah berbulan-bulan pun ada, kini agak lengang...

Selalunya apabila datang ke sini, saya mesti terserempak dengan An, seorang pemuda yang berasal daripada Parit Buntar, Perak... Beliau menjadi salah seorang "penunggu" surau, sekurang-kurangnya sejak tahun 2003 di mana saya juga menjadi "warga angkat" Janda Baik apabila mula menumpang di rumah Pak Habib.

Tetapi kali ini kelibatnya sudah tiada lagi... Saya diberitahu, beliau baru sahaja sebulan berkahwin dengan gadis Terengganu, katanya anak orang kaya yang memiliki supermarket sendiri!

Alhamdulillah, saya cukup bersyukur mendengar ini... Saya tahu umur An juga sekitar umur saya, menghampir 40 tahun kalau pun tidak melepasi itu... Tetapi setahu saya, An belum pernah merasai hidup berumah-tangga...

Saya tidak tahu apakah sebabnya meninggalkan Parit Buntar lalu duduk di Janda Baik dan tidak mahu mengoreknya. Rasanya tentu ada sebab besar kerana ketika Hari Raya pun dia masih ada di situ... Apapun saya tahu beliau tidak ada kerja tetap kecuali sesekali membuat kerja kampung, lain masa pula keluar berjemaah beberapa hari sehingga berbulan pun ada dengan ahli-ahli Tabligh lain.

Sesunggunyah jodoh pertemuan di tangan Tuhan... An bukannya orang yang tahu mengurat perempuan, apabila dia tidak berharta dan tiada kerja tetap. Tetapi dengan kuasa Allah, beliau bertemu jodoh ketika sedang keluar berjemaah di Terengganu... Menurut ceritanya, bapa mertuanya berkenan melihat perangai An yang kuat beragama lalu menawarkan anaknya untuk dipinang... Begitulah takdir Allah, siapa yang menyangka?


Lihat, air yang melimpah keluar sungai sehingga masuk pula ke tandas-tandas surau... Hmm... Lupa juga nak beritahu... Adapun pada hari-hari biasa, pondok di tepi sungai tadi terletak lebih kurang 15 kaki daripada tebing sungai... Kedudukannya juga sedikit tinggi daripada tebing. Maka dengan melihat limpahan pada aras ini, saya boleh menganggarkan bahawa air sungai sudah naik lebih 3 kaki daripada paras biasa, mungkin lebih!


Dari hadapan surau, saya memandang pula ke jalan menghala ke jambatan menyeberangi Sungai Chemperoh. Saya diberitahu bahawa sebelum saya sampai ke sini daripada rumah rakan tempat meletak motor tadi (kira-kira 1.5 km daripada sini), air sungai sempat naik sehingga melimpah memasuki jambatan konkrit yang kelihatan di sebelah kanan...

Untuk pengetahuan, gambar-gambar ini semua diambil hampir waktu Magrib... Kalau guna kamera digital murah saya, tentu saya tidak dapat menangkapnya kerana sudah kekurangan cahaya... Nasib baik kamera handphone saya lebih elok dari segi penerimaan cahaya!


Inilah surau tempat saya menginap... Nasib baik air tidak melimpah masuk ke dalam!

Tuan-tuan dan puan-puan kejadian banjir kilat bukanlah sesuatu yang luar biasa di Malaysia ini... Cuma apabila difikirkan akan kedudukan sesuatu tempat, mungkin kita terasa pelik...

Contohnya apabila Kota Tinggi dilanda banjir besar tahun lepas... Ramai yang merasa pelik kerana Kota Tinggi jarang atau tidak pernah dilanda banjir, sekadar yang orang boleh ingat dalam sejarah le... Sebab kedudukannya dikira tinggi, sebab itu namanya pun Kota Tinggi lalu siapa sangka air boleh melimpah merata sehingga menenggelamkannya?

Sekarang fikirkan pula kedudukan Janda Baik.... Surau tempat saya menginap ini terletak lebih 1,400 kaki daripada paras laut... Kalau hendak dibanding dengan ketinggian menara berkembar Petronas di KLCC, maka anda boleh meletakkan surau ini sedikit ke bawah tiang tinggi di atas menara berkembar itu, iaitu di sekitar satu bahagian yang berbentuk seperti bola besi yang boleh kelihatan terang daripada jauh... Tetapi tempat sebegitu tinggi pun kena juga banjir... Dunia, dunia! Apa nak jadi akhir zaman ini agaknya?


Saya naik ke jambatan untuk melihat aliran sungai yang seperti mengaum laju... Telah beberapa kali hujan lebat menyebabkan airnya jadi begitu penuh dan arus begitu laju tetapi inilah pertama kali saya melihatnya sebesar begini...


Adapun, atas masalah entah apa-apa entah, saya dapat tahu surau di Sungai Chemperoh telah lebih sebulan dipotong airnya oleh orang kampung tertentu... Nak harap air sungai buat mandi buat masa ini, air pula sedang keroh.... Saya pun melangkah pergi ke rumah Pak Habib, dalam perjalanan terlihat keadaan sungai daripada arah seberang surau... Fuh, berombak-ombak bagai di tepian laut pula!


Masuk sahaja ke kawasan rumah Pak Habib, saya lihat lumpur dan pasir memenuhi sebahagian besar halaman... Saya tumpang mandi kemudian bersolat di dewan... Inilah keadaan yang saya lihat di dalamnya... Kalau beginilah masuknya air tadi, berdasarkan pada aras biasa sungai yang saya kenali di sekitar rumah Pak Habib, maka Sungai Chemperoh tadi sudah naik sekurang-kurangnya 5 kaki! Mungkin pihak JPS harus berbuat sesuatu agar perkara ini tidak berulang lagi...


Lihat sahaja lapik plastik di lantai dipenuhi lumpur... Nasib baik carpet serta beberapa alat sempat diangkat oleh penjaga rumah ke tempat yang lebih tinggi...


Terpandang pula gambar yang menunjukkan bangunan Ka'abah di Mekah ketika dilanda banjir suatu ketika dahulu terpampang di dinding dewan... Jika tanah padang pasir di Mekah yang jarang sekali hujan itupun boleh dilanda banjir, apalagi tempat-tempat di Tanah Melayu ini! Sekian... :]

Isnin, April 28, 2008

Apakah ada esok lagi untuk motosikal besar kesayanganku ini?

Ini adalah gambar motosikal besar kesayangan saya di hadapan Empangan Pergau di Kelantan, diambil tahun 1997 ketika dalam perjalanan solo satu setengah bulan mengelilingi Semenanjung Malaysia. Gambar ini versi hitam putih ada diletakkan dalam mukasurat 158 buku ketiga saya iaitu "Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?".
Saya tahu saya juga ada menggunakan gambar ini sebagai gambar hiasan salah satu posting lama di blogspot ini... "Menggagau" juga saya mencari, di posting manakah itu... Rupa-rupanya di posting bertajuk Makam Sheikh Abdul Qadir al-Jilani di Kuala Kangsar, Perak? yang dibuat hampir setengah tahun lalu!
Adapun posting itu diikuti pula posting bertajuk Apa ada kat makam Tok Temong... yang dibuat hari yang sama iaitu Ahad, 23 September 2007. Lebih seminggu kemudian iaitu Isnin 1 Oktober, baru saya membuat posting berikutnya dalam blogspot ini iaitu sebuah posting bertajuk Buku "Berpetualang ke Aceh: Sirih pulang ke Gagang?" akan keluar tidak lama lagi!
Itulah pertama kali saya mengumumkan buku itu ataupun BKA III akan menemui khalayak pembaca dalam masa terdekat. Kini, ketiga-tiga buku yang wajib dikeluarkan dalam siri "Berpetualang ke Aceh" telah pun disajikan, tiga buku yang wajib kerana ia asalnya satu buku jua tetapi harus dipecahkan kepada 3 kerana jumlah tulisannya dahulu telah menjangkau lebih 1,000 mukasurat... Dan kini juga, setelah selesai proses penyajian buku diikuti pengembaraan terbaru mengelilingi Semenanjung Malaysia selepas menyajikan buku atau apa yang saya namakan sebagai siri pengembaraan "post-BKA", bermula di Selatan diikuti Utara dan Pantai Timur, sampailah masanya untuk saya mengatur kehidupan kembali ke tahap yang lebih normal seperti kebanyakan orang yang ada tempat tinggal tetap dan rumahtangga yang stabil.
Di sini timbul satu luahan terbaru yang nampaknya perlu dilepaskan malam ini juga... Lihat betul-betul gambar motosikal kesayangan saya di atas tadi, kemudian baru bandingkan dengan gambar di bawah ini...

Lihat... Inilah rupanya motosikal Virago 535cc saya kini... Gambar ini baru sahaja diambil petang tadi... Oh, lupa.. Petang semalam hari Isnin kerana kini, ketika saya menulis ayat ini jam sudah hampir 12.30 tengah malam, sudah masuk hari Selasa 29 April 2008...

Adapun kali terakhir saya menatap motosikal ini adalah hampir setengah tahun lalu, kali terakhir juga saya bertandang ke Janda Baik sebelum sampai ke sini lagi petang Ahad baru-baru ini. Ya, ketika itu motosikal saya juga kelihatan begini buruk... Elok sikitlah tetapi tetap buruk... Manakan tidak, sudah 4 tahun ia di kampung itu, 2 tahun pula tersadai di tempat yang kelihatan ini... Cuma sepatutnya ia sudah jadi elok kerana saya sudah menyerahkan sejumlah RM2,000 kepada seorang rakan di sini... RM1,000 saya beri sekitar bulan Ogos atau September dan saya tambah lagi RM1,000 sekitar sebulan kemudian apabila rakan itu memberitahu bahawa dia memerlukan lebih wang untuk mendapatkan barang gantian. Sebaliknya setengah tahun kemudian, bukan sahaja motosikal saya masih tak betul-betul, beberapa barang-barangnya seperti lampu, skru malah besi brek dan clutch pun sudah hilang dicuri orang. Dan duit RM2,000 itu pula telah digunakan oleh rakan ini sebagai modal perniagaan! Masyaallah... Sungguh, lain yang dijanji lain pula jadinya...


Tengok... Mana pergi sebelah lampunya serta cover lampu? Cover seperti rupa pelampung warna perak pula masih terbiar di bawah... Cuba letak diri anda di pihak saya... Cuba lihat motosikal kesayangan anda yang pernah membawa diri anda ke merata ceruk rantau seluruh Semenanjung Malaysia ini kelihatan terbiar begini, setelah anda menyerahkan RM2,000 kepada seorang rakan atas dasar percaya kepada kawan dan memberikan dia peluang menggunakan sedikit kebolehan membaik-pulih kenderaan yang dimilikinya untuk berbuat sesuatu... Apakah perasaan anda? Kecewa? Marah?

Kalau letak di bengkel motosikal mana-mana pun saya tidak perlu mengeluarkan wang apa-apa... Tak perlu keluar belanja kecuali setelah siap kerja membaik-pulih dan terbukti motosikal itu sudah elok boleh dipakai... Sebaliknya atas dasar percayakan kawan, saya bagi duit dahulu... Kalau iapun RM2,000 tak cukup, takkan lah begini rupanya motosikal saya setelah masuk setengah tahun! Kalau orang buat kerja dan pegang pada amanah, mesti kelihatan sedikit perubahan yang memberangsangkan... Ini tidak, makin teruk ada le...

Allah! Lama tadi saya termenung melihat keadaan terbaru motosikal kesayangan saya ini. Teringat awal siang tadi, semasa berjalan kaki daripada surau Sungai Chemperoh menghala ke simpang tiga Janda Baik, seorang rakan lain telah menaiki motosikal lalu menumpangkan saya yang kebetulan mahu ke tempat yang sama iaitu kawasan Pulau Santap... Rakan itu bertanya, bilakah saya akan membaik-pulih motosikal saya? Dia tahu motosikal ini sudah lama ditinggalkan di rumah rakan seorang lagi itu...

Seketika itu juga saya menyebut: "Tak siap lagi... Aku tak pernah bagitahu sesiapa sebelum ini tetapi aku bagitahu engkau sebab aku dah geram... Aku dah bagi RM2,000 kat si (tak elok sebut nama ya, bagi chance kawan tu berfikir sikit) sejak tahun lepas tapi tak siap-siap, katanya banyak kerja pula padahal tahun lepas dia yang kata dia boleh buat... Aku pun bagi le peluang. Last-last tak jadi apa pun motosikal tu... Masih terbengkalai juga!"

Kenapa saya keluarkan kata-kata ini... Kerana saya kecewa disebabkan kepercayaan yang diberi tidak dihargai... Oh... Apapun, gambar di atas ini saya ambil untuk menunjukkan keadaan tayar hadapan... Dah berlumut dah. Tapi bab berlumut ni pada saya tak apa sangat... Tayar itu juga kelihatan botak dan itu bukan salah rakan saya kerana tayar itu sudah botak begitu sejak tahun 2003 lagi!

Haaa... Yang inilah salah satu benda yang buat saya begitu kecewa dan marah... Salah satu kerosakan yang saya harap rakan ini akan betulkan ialah masalah brek yang tak makan lagi, sebenarnya akibat cecair bocor... Kiranya, dah betullah rakan saya bukak wayar brek, sekali dengan wayar clutch nampaknya tetapi kenapa dibiarkan begini sejak tahun lepas? Lalu saya lihat besi picit brek malah besi picit clutch pun sudah hilang! Allah! Kalau ditanya nanti, begini sahaja jawabannya... Dia sibuk keluar berniaga sementara budak-budak kampung ambil peluang "dapatkan" spare-part... Allah!

Dah lah cermin depan kiri-kanan dah kena rembat sejak tahun 2004 atau 2005 lagi! Bila saya ingat ini, timbul balik sedikit marah tentang perkara-perkara yang pernah berlaku antara saya dengan bapa angkat saya, penulis buku politik terkenal Syed Hussein Al-Attas @ S.H. Alattas @ Pak Habib sedangkan dalam posting bertajuk Rehat di Janda Baik dan pesta buku alternatif yang akan datang di Central Market, Kuala Lumpur... Berjumpa kita di sana nanti, Insyaallah? yang dibuat semalam, saya telah sebut akan perasaan saya yang begitu aman apabila bertandang lagi ke rumahnya malam tadi, aman kerana tidak lagi timbul rasa marah yang dulu-dulu sehingga saya rasa senang untuk meminjam komputer anaknya Syed Abdullah @ Uncle Seeker untuk membuat posting tersebut.

Ah... Biar saya luahkan sahajalah perasaan ini... Terus-terang saya cakap, dahulu saya rasa begitu marah terhadap ayah angkat saya itu disebabkan saya rasa dikhianati dan digunakan... Saya digunakan untuk membuat kerja-kerja penulisannya atas janji bahawa dia akan menolong saya menerbitkan buku sendiri... Tetapi makin lama, seolah-olah kerja saya langsung tidak menjadi tetapi kerjanya pula yang saya tanggung. Itupun saya sebenarnya tak marah lagi... Yang buat saya marah sehingga tawar hati lalu tidak mahu bekerjasama dengannya lagi sehingga kemudian saya meninggalkan rumahnya awal tahun 2005 adalah ini... Apabila orang yang saya panggil Abah dan harapkan sebagai pemberi semangat dan sokongan satu hari berkata begini: "Cerminlah diri engkau tu... Macam ni, ada hati nak kawin dengan artis?"

Ya... Biar saya berterus-terang... Saya sudah lama berpacar dengan seseorang, satu watak yang saya namakan sebagai Nur dalam siri buku "Berpetualang ke Aceh" dan Nur sebenarnya adalah seorang artis terkenal. Saya akui keadaan saya ketika itu sangat dhaif akibat tenggelam dalam mencari diri dan erti... Setelah berlaku berbagai perkara yang mengganggu saya termasuk kehilangan kerjaya sebagai wartawan di akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times penghujung 2001, tahun 2002 pula saya kehilangan beberapa orang yang tersayang.

Keadaan saya yang boleh dikira kurang waras ketika itu kerana cuba memahami segala yang berlaku termasuk mimpi-mimpi pelik yang dialami membawa saya berkelana jauh ke sana-sini terutama ke makam-makam lama. Akibat semua ini, rumahtangga saya mula runtuh dan apabila saya rasa tiada lagi orang lain yang boleh saya harapkan untuk memahami keadaan, saya mencari balik Nur yang mula saya kenali tahun 1995 tetapi terputus hubungan sejak saya berkahwin dengan orang lain 1999.

Nur lah yang mengenalkan saya kepada Pak Habib dengan harapan keadaan saya akan menjadi elok dan waras kembali dengan bernaung di bawahnya... Saya pula menganggap segala penulisan yang dibuat dalam menolong menyiapkan beberapa buku bapa angkat saya sebagai pengalaman yang Allah letakkan perlu saya buat untuk menghadapi beberapa cabaran akan datang nanti...

Ya... Di sanalah saya belajar cara-cara membuat buku, dengan melihat apa yang berlaku di sekeliling saya... Tetapi terus-terang saya cakap, setelah lama bersamanya saya melihat Pak Habib sebenarnya lebih banyak menggunakan kebolehan saya untuk kerjanya sendiri sedangkan kerja saya jadi terbengkalai jua. Sedangkan formula dia membuat buku dengan mengambil isi-isi buku-buku serta majalah, suratkhabar dan buah pemikiran orang lain tidak mahu saya turuti dalam membuat penulisan saya sendiri...

Bayangkan jika anda di tempat saya... Kemudian, satu hari, seorang manusia yang anda panggil Abah dengan penuh hormat dan harapan mencemuh anda kerana mencintai seorang artis, kerana rasanya saya belum layak lagi kerana tidak memiliki harta atau nama besar sepertinya... Pada saya, sebagai seorang bapa, jika dia merasa saya tidak layak untuk berkahwin dengan Nur maka dia boleh menolong saya menjadi seorang yang lebih layak, sekurang-kurangnya sebagai seorang penulis yang berjaya...

Ramai orang bertanya kenapa saya tidak meminta tolong Pak Habib dalam dunia penerbitan dan penulisan... Bukankah dia ada nama besar yang boleh membuka "pintu" masuk ke berbagai tempat termasuk di kalangan ahli politik tertinggi? Saya cuma tersenyum sahaja... Cuma Tuhan sahaja yang tahu apa yang berlaku... Kalau saya mahu laluan kepada ahli politik ternama, dahulu lagi saya boleh berbuat begitu kerana memang saya biasa berjumpa mereka sebagai wartawan... Dan saya ramai ahli keluarga yang berada dan mempunyai jaringan perhubungan di peringkat tertinggi juga.

Tetapi saya juga sedar, laluan sebegini tidak bersih kerana prinsipnya begini sahaja, you scratch my back I scratch your back... Bersedialah berbuat sesuatu yang tidak baik untuk mereka jika mahu mereka menolong kita... Dalam dunia penulisan, bersedialah untuk mengangkat nama orang tertentu dan menjatuhkan yang lain pula jika ingin mendapatkan sokongan dan maju... Pandai-pandailah gunakan hujah-hujah serta ayat-ayat Al-Quran yang patut supaya orang ramai menurut kata-kata kita! Sedangkan saya adalah manusia lurus bendul yang lebih rela hidup susah kerana berpegang pada prinsip hidup tersendiri daripada menjual akal dan maruah demi mendapatkan hidup selesa serta disanjungi di mata orang ramai...

Allah! Saya dah terlepas banyak ini tetapi tak mengapalah, biar dijadikan iktibar untuk semua. Kalau saya mahu, saya boleh ceritakan bagaimana perangai sebenar Pak Habib yang saya tahu "di sebalik tabir"... Tapi tak mengapalah, saya anggap itu semua perkara yang lepas-lepas dan dia itu ada baiknya... Harapnya sekarang yang tak elok semua dah hilang belaka, saya bercerita inipun sekadar menurut mood penceritaan semasa sahaja...

Lagipun, apahal pun, saya tetap memanggilnya Abah dan memang kami dah dikira sebagai keluarga... Tetapi dahulu apabila ada rakan-rakan cuba mengorek daripada saya apa yang pernah berlaku dahulu, saya cuma menjawab ini: "Beginilah, kalau tak disebabkan aku dah panggil dia Abah, kemungkinan besar aku pergi cakap begini... Boleh belah le lu, lu ingat lu bagus sangat ke, chilaka punya manusia!"...

Sebenarnya cerita tentang motosikal inilah yang telah mencetuskan kembali akan ingatan apa yang berlaku antara saya dan Pak Habib... Nak tahu kenapa? Kerana ia ada kaitan dengan kenapa motosikal kesayangan saya boleh jadi tersadai dan jadi begitu teruk! Suatu perkara yang saya tidak pernah sebut kecuali kepada 2-3 orang kawan sahaja...

Walaupun motosikal saya pernah mengalami berbagai masalah, tapi ia cuma mula tersadai setelah satu hari... Satu hari di mana buat pertama kali, Pak Habib tergerak untuk meminjamnya lalu dibawa dengan gaya control handsome biasanya apabila ada "penonton", di kawasan rumahnya ketika ramai pengunjung ada... Bawa di sekitar kawasan rumah yang kadangkala turun-naik atas batu berketul-ketul...

Keesokannya, ketika saya mahu menaiki motosikal itu, saya dapati bahawa breknya tidak berfungsi. Oleh kerana saya mahu bergegas keluar mengembara, saya terus menaiki kenderaan awam, meninggalkan motosikal itu selama beberapa hari lalu timbul masalah lain pula... Motosikal tidak dapat dihidupkan kerana cas bateri habis.

Yang ini memang masalah lama kerana ada bahagian eletronik motosikal saya yang tidak lagi berfungsi elok lalu tidak dapat mengecas bateri dengan berkesan selain ada power leaking... Tetapi motosikal saya tetap dapat berjalan jika dapat dihidupkan... Selagi enjin hidup, selagi itulah bateri boleh dicas walaupun buat untuk sementara waktu... Kalau bateri mati pun saya boleh buat jump start tapi kalau brek tak makan, bagaimana mahu saya bawa motosikal besar yang beratnya hampir 200 kilogram itu ke merata tempat? Nak cari nahas? Itulah mulanya motosikal saya jadi tersadai di rumah...




Nasib baik tayar belakangnya masih elok walaupun sudah kehilangan separuh angin disebabkan sudah 4 tahun tersadai! Tetapi lihat pada cover lampu belakang itu... Kenapa pula berwarna hitam, tidak berwarna merah dan rasanya lampu itu asalnya lain rupanya? Apakah cover lampu asal sudah dicuri orang kerana ia lebih cantik, maklumlah lampu motosikal besar? Lalu untuk "menutup" kehilangan ini, diganti pula dengan cover lampu lebih murah yang asal muat diletak? Apalah agaknya jadi kat lampu di dalam tu?

Beberapa tahun lalu, bahagian lampu belakang ni pernah tak pasal-pasal patah, setelah sehari diletakkan di bawah rumah almarhum Nenek... Saya rasa saya tahu siapa punya kerja, adalah saudara saya seorang tu... Sekarang dah elok sikit tapi dahulu dia tu kurang bertanggungjawab... Dan saya selalu nampak dia suka berbual-bual dengan awek dia yang ramai semasa itu... Itu dia punya pasal lah, saya dahulu pun kaki perempuan juga... Yang jadi masalahnya adalah apabila berbual sambil bertenggek atas motosikal saya... Bertenggek atas seat tak pa lah juga, ini atas lampu pun turut bertenggek sedangkan badan dia boleh tahan berat...

Balik ke Kuala Lumpur, baru saya tahu kena bayar RM400 untuk ganti satu set lampu... Tapi sampai sekarang, tak pernah saya sebut perkara ni, apalagi diluahkan begini! Malam ini baru terkeluar... Salah satu sebabnya apa? Kalau sebut pun tak guna! Satu dia takkan mengaku punya... Tapi saya percaya saya ada cukup trick main saikologi kalau mahu buat dia mengaku... Tetapi tidak... Sebenarnya saya tak sampai hati kerana RM400 tu dah hampir separuh gaji bulanan dia ketika itu... Mana dia ada duit nak ganti?

Maaf ya... Malam ini banyak pula luahan yang terkeluar akibat masalah motosikal ini... Melihat gambar tayar belakang ini, terasa ingin copy n paste satu sedutan daripada buku "Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?" atau BKA III... Daripada BAB 12... Allah! Teringat almarhum Nenek sekali dan memang ceritanya ada, berkait juga dengan tayar belakang motosikal ini... Mungkin memang ditakdirkan segala luahan ini perlu kerana ia saling berkait, tentang pengharapan hidup dan sebagainya... Ini dia...



BAB 12



Ketika Yusuf berkata kepada bapanya:
Hai bapaku! Sesungguhnya aku bermimpi
melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan
semuanya kulihat sujud kepadaku.

Berkata bapanya:
Hai anakku! Janganlah engkau ceritakan
mimpimu itu kepada saudara-saudaramu,
nanti mereka akan memperdayakanmu dengan segala tipu-daya.
Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi manusia.

Demikianlah Tuhanmu memilihmu
dan mengajarkan takwil mimpi
kepadamu dan kepada keluarga Ya’aqub,
sebagaimana Dia telah menyempurnakan nikmatNya
kepada dua orang bapamu sebelumnya, Ibrahim dan Ishaq…


- Surah Yusuf, Ayat 4-6


Awal pagi Khamis pertengahan 2002, Rasyid mendapat panggilan telefon daripada ayah. Mereka jarang berhubung kecuali jika ada perkara penting. Ternyata panggilan itu sangat penting bagi keluarga...
“Rasyid,” kata ayah. “Nenek semakin teruk. Dia sekarang di Raub.”
Pemuda itu faham maksud ayah... Sebelum itu, ibu kepada ayahnya ini telah terlantar sakit lebih tiga bulan di Hospital Daerah Bentong... Sakit tua campur kencing manis campur darah tinggi dan entah apa-apa lagi penyakit. Selama terlantar di katil hospital, Nenek lebih banyak tidur, lemah, sakit-sakit badan dan kepala, langsung tidak boleh bersuara. Dia tahu Nenek tak mampu bertahan lagi. Sudah sampai masanya wanita berumur hampir 80 tahun itu meninggalkan dunia yang fana’ ini.
“Baiklah,” jawab Rasyid. “Saya bergerak ke Raub sekarang.”
Pemuda itu bersiap sekadar yang perlu kemudian menghantar pesanan SMS kepada isterinya yang sedang bertugas untuk memaklumkan rancangan. Enjin motosikal besarnya dihidupkan dan dia pun meninggalkan Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan itu, kata-kata Nenek dalam perbualan terakhir mereka lebih setengah tahun lalu terngiang-ngiang di telinga...
“Ingat! Kamu berasal dari keturunan orang baik-baik. Jaga nama baik keluarga. Akan ada amanah besar yang perlu kamu pikul nanti. Ingat itu!”
Ya… Saya ingat, Nenek. Tidak pernah terlupa walaupun sedetik. Sebab itu cucunda sanggup mengembara ke sana ke mari mencari dan menziarahi makam-makam lama untuk mengenali asal-usul keluarga... Sanggup bertungkus-lumus menggali kembali cerita-cerita Melayu lama, sanggup meninggalkan keselesaan hidup, kerjaya yang elok dan lumayan malah sanggup mengenepikan rumahtangga sehingga dituduh gila...
Saya tahu Nenek sengaja tidak menceritakan segala-galanya, setakat memberi sedikit sejarah keluarga supaya cucunda keluar berkelana. Sebab itu saya sanggup menempuh perjalanan hidup yang mencabar demi menyerlahkan diri sejati supaya mampu memikul amanah itu nanti.
Motosikal berkuasa tinggi yang meluncur laju 120kmj hingga 140kmj mula memasuki bahagian lebuhraya yang berliku mendaki Banjaran Titiwangsa. Tiba-tiba terdengar letupan kuat di sebalik deruan angin.
“Ah!” bisik hatinya. “Bunyi seperti tayar motosikal aku meletup!”
Kebetulan kedua-dua tayar motosikal itu sudah lama licin tanpa bunga. Tetapi dia terus menggunakannya kerana tidak mampu menukar baru. Maklumlah tayar hadapan RM300 harganya, yang belakang RM400!
Bayangkan, tayar belakang buruk yang sudah lebih tiga bulan kelihatan benang. Di sesetengah bahagian, jaringan benang yang sepatutnya tersorok di dalam getah telah menonjol keluar sehingga mengelilingi seluruh ukurlilit tayar bermakna bila-bila masa sahaja ia boleh bocor! Bayangkan...
Pemuda itu buat-buat tidak tahu apa yang berlaku dengan harapan letupan kuat yang kedengaran berasal dari sebuah lori besar yang dilepasinya tadi. Sambil itu dia tak henti-henti berzikir dalam hati memohon pertolongan Allah SWT supaya sempat sampai ke Raub dengan selamat. Kelajuan motosikal dikurangkan kepada 80kmj hingga 100 kmj kerana jalan berliku tajam. Sekitar 5km selepas melepasi terowong bawah-tanah di Genting Sempah di mana penurunan Banjaran Titiwangsa bermula, motosikal itu mula terasa ‘geylong’, tidak stabil dan susah hendak dikawal.
Ternyata tayar belakang motosikal sudah kempis kerana besi rim tayar terasa bergesel dengan jalan. Rasyid yang sedang berada di laluan pantas memberikan insyarat untuk ke tepi jalan sambil memperlahankan motosikal dengan kadar terkawal supaya tidak tergelincir. Nasib baik dia telah menghampiri simpang ke pekan Bukit Tinggi lalu dapat keluar daripada lingkungan lebuhraya yang tertutup. Pemuda ini terus menghalakan motosikal pancit itu ke kawasan kedai yang berdekatan. Kebetulan ayah dan ibu yang bergerak dari Muar baru hendak sampai ke Kuala Lumpur... Mereka dapat dihubungi lalu boleh ditumpang sampai ke Raub.
Rasyid sampai ke Hospital Besar Raub lebih kurang dua jam kemudian. Ketika itu beberapa orang saudara-mara telah berkumpul mengelilingi katil di mana Nenek sudah lebih tiga hari tidak sedarkan diri... Dapat bernafas pun dengan sokongan alat life-support machine... Pemuda itu terus meluru ke sisi lalu menggenggam tangannya. Nadinya sangat lemah menandakan nyawanya sedang berada di hujung tanduk…
Seorang sepupu mendapat tahu apa yang berlaku tadi lalu menawarkan diri untuk menolong membawa motosikal pemuda itu kembali ke Raub.
“Kamu tidak boleh meninggalkannya di Bukit Tinggi,” dia memberitahu. “Di situ lori-lori besar biasa keluar masuk. Takut ada yang berniat jahat lalu mengangkut dan membawa motosikal kamu pergi.”
Rasyid termenung panjang. Perlukah ke sana meninggalkan Nenek yang sedang nazak? Pemuda ini bertafakur sebentar... Lalu hati kecilnya berkata, nenda akan bertahan sedikit lagi sekurang-kurangnya untuk menunggu kesemua anak-anaknya yang bertebaran di Semenanjung kembali ke sisi.
Anak muda itupun mengangguk bersetuju. Kata sepupunya, mereka boleh pergi ke kedai di Bentong yang menjual barangan motosikal besar dan meminta pihak kedai supaya membawa van ke Bukit Tinggi untuk mengangkut motosikal lalu ditukarkan tayar. Cuma satu sahaja masalah... Dia tidak ada wang untuk membeli tayar baru. Nasib baik ayah sedia menolong. Sejak mula bekerja enam tahun lalu, Rasyid tidak pernah meminta duit daripada orang tuanya tetapi kali ini dia tiada pilihan... Ayah faham keadaannya lalu menghulurkan RM400 daripada poket baju.
Dipendekkan cerita, motosikal itu dapat diangkut ke Bentong dan ditukarkan tayar serta dilengkapi getah tiub baru dengan jumlah harga RM380. Sepupu Rasyid pula menggeleng-gelengkan kepala apabila melihat tayar lama yang koyak berlubang besar...
“Nasib baik tak tergolek,” katanya. “Kamu memang beruntung dapat selamat kerana Tuhan memang mahu menemukan dengan Nenek.”
Bayangkan... Tayar itu bukan sahaja telah terkoyak berlubang besar malah tiub yang terletak di dalam pun boleh terkeluar terbang! Plet nombor di belakang pula berkecai tinggal serpihan yang dikunci dengan skru, mungkin kerana dihentam tiub yang terkeluar. Sebab itu boleh terdengar bunyi letupan kuat... Rupa-rupanya bunyi tayar pecah campur plet belakang yang dihentam. Dalam keadaan itu, Rasyid bukan sahaja selamat malah berjaya menunggang motosikal mendaki lebuhraya berliku dan agak curam di beberapa tempat pada kelajuan 80kmj hingga 100kmj, terus berjalan 10km lagi untuk sampai ke simpang keluar yang membolehkannya berehat!
Pagi Jumaat sekitar jam 9, Nenek sudah begitu nazak. Pihak hospital menasihatkan supaya dibawa kembali sahaja ke rumah. Tiada apa lagi mampu dilakukan, tidak ada guna nafasnya terus disokong alat. Rasyid terdiam menerima hakikat. Dia tahu Nenek sudah lama merana akibat kencing manis, darah tinggi, rasanya sakit jantung sekali. Elok juga dilepaskan pergi, biarlah dia berehat setelah lama menanggung derita.
Cuma pemuda ini terkilan kerana tidak dapat mengenalinya seperti sepatutnya. Selama ini dia lebih rapat dengan keluarga sebelah ibu, kali terakhir berbual dengan Nenek pun setelah lebih tiga tahun tidak menziarahinya. Pencarian untuk memahami diri pula masih jauh sedangkan Neneklah satu-satunya ahli keluarga yang arif tentang keadaannya.
Tanpa dipinta, Rasyid menjadi satu-satunya ahli keluarga yang menemani Nenek di dalam ambulans menghantarnya kembali ke rumah. Peluang itu digunakan untuk mengadu betapa perit keadaan hidupnya setahun kebelakangan... Betapa dia mengharapkan Nenek dapat memberikan sedikit lagi petunjuk dan menerangkan keadaan kepada ahli keluarga lain terutama ayah supaya tidak terus dipandang serong.
Rasyid memeluk rapat tubuh Nenek yang terkulai layu apabila jalan pintas berbonggol menyebabkan tubuh itu melambung. Dia mula tersedu-sedan menahan air mata... Apabila memasuki kawasan rumah, terasa semacam getaran elektrik mengalir daripada tubuh Nenek disertai hawa panas dan rasa seram-sejuk. Ah! Apakah ini hembusan nafasnya yang terakhir? Ya Allah, berilah aku kekuatan. Apakah satu-satunya ahli keluarga yang mampu memahami keadaanku sudah tiada lagi?
Sebaik sahaja ambulans berhenti, saudara-mara lain bergegas mendapatkan tubuh Nenek lalu diangkat menaiki tangga masuk ke dalam rumah yang sudah penuh dengan ahli keluarga dan pengunjung, Kata mereka, Nenek sempat hidup sampai ke muka pintu. Apapun, pemuda itu dapat mengangkat tubuh Nenek sampai ke permandian di dapur... Sempat melihat mukanya senyum berseri-seri setelah selesai dibasuh...
Al Fatihah untuk Nenek. Semoga berkekalan bahagia di sisi Pencipta… Dalam diam, Rasyid berazam akan mematuhi segala pesanan nenda. Insyallah, dia akan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan beramanah sebaik mungkin dengan zat dan darah yang mengalir di dalam tubuhnya.



OK... Berbalik pada cerita tentang mulanya motosikal ini tersadai... Setelah breknya tidak lagi berfungsi... Oh! Lupa nak cakap, brek hadapan yang tak makan, brek belakang OK lagi... Tetapi motosikal besar sebegini jangan pandai-pandai nak bawa kalau mana-mana brek tak makan... Naya!

Gambar di atas dengan wayar tergantung di sebelah enjin menunjukkan bahagian eletronik yang terdedah setelah kotak seperti pelampung warna perak (seperti yang kelihatan di bawah, dalam gambar nombor 3) sebelah kanan dibuka. Tak tahulah saya, mungkin ada kaitan dengan komponen eletronik yang sepatutnya memastikan bateri motosikal dicas dengan elok serta aliran elektrik mengalir sempurna...

Seperti disebut tadi, kerosakan brek yang berlaku sehari selepas Pak Habib menggayakan motosikal saya di hadapan orang ramai di kawasannya menyebabkan saya tidak dapat menggunakan motosikal itu untuk pengembaraan terbaru yang ingin dibuat ketika itu. Masalah eletronik pula menyebabkan bateri langsung kehilangan cas lalu motosikal tidak dapat dihidupkan lalu saya mengambil ini sebagai isyarat supaya lebih banyak menggunakan kenderaan awam dan berjalan kaki.

Hasilnya terbengkalailah motosikal saya itu di dalam dewan rumah Pak Habib, daripada penghujung 2003 atau awal 2004 begitulah ia sehinggalah saya keluar daripada rumah itu tahun 2005... Dalam keadaan saya tercari-cari, nak buat buku pun tak jadi-jadi, duit tak ada dan sebagainya, apa yang boleh saya buat? Pertengahan tahun 2006 barulah buku saya jadi, buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti?" tapi saya belum ada apa-apa hasil lagi, belanja pula banyak akibat menerbitkan buku sendiri dengan wang pinjaman daripada seorang bapa saudara... Jadi bagaimana saya mahu membaik-pulih motosikal?

Dalam pada itu, setiap kali tergerak bertandang ke rumah Pak Habib, penjaga rumah sering berkias-kias mahukan motosikal itu dibawa terus keluar daripada rumah... Mesti Abah saya itu yang mahukan motosikal itu keluar... Lagipun saya bukan lagi penghuni situ dan tidak lagi menyumbangkan apa-apa kebolehan untuk Pak Habib...

Dalam satu lawatan rasanya pertengahan 2006 juga, saya dapati cermin kiri kanan motosikal sudah pun dicuri orang... Begitu juga beberapa bahagian lain termasuk tempat letak kaki... Masyaallah! Motosikal simpan dalam dewan di kawasan rumah Pak Habib pun boleh jadi begini... Nampaknya, sudah sampai masanya saya mengalih motosikal itu ke rumah seorang rakan yang ada membuat kerja-kerja pomen secara sambilan... Nak bayar duit suruh perbaiki, bukannya saya ada apa-apa lagi... Harap-harap rakan ini dapat le menjengok sikit-sikit apabila ada masa... Sekurang-kurangnya di tempatnya, mungkin motosikal itu terjaga ya tak?

Sesekali, rakan ini juga rakan-rakan lain yang tahu cerita bertanya bilakah saya akan membaik-pulih motosikal... Jawab saya, nantilah.... Tunggu saya ada sedikit duit nanti. Mungkin mereka ingat apabila sudah keluar buku, saya sudah ada banyak duit... Ah... Hakikatnya tidak! Saya perlu berbelanja besar untuk mengeluarkan buku "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" atau BKA I. Kemudian, saya bukan sahaja harus cuba mendapatkan modalnya balik (modal penerbitan sahaja RM18,000! Jangan dikira modal penyelidikan, penulisan dan lain-lain) malah saya harus mendapatkan belanja untuk menerbitkan buku kedua yang memiliki sub-title "Membela Syiar yang Asal" atau BKA II, seterusnya BKA III ("Sirih Pulang ke Gagang?") pula!

Kalau mahu senang, saya boleh sahaja menjual motosikal itu... Sejak ia mula tersadai pun dah ramai orang bertanya ingin membelinya. Tetapi saya mempunyai satu harapan... Bahawa satu hari motosikal itu akan elok lalu saya akan dapat membawa Nur berjalan-jalan mengelilingi satu Semenanjung Malaysia dengannya! Tetapi itu harapan saya sahajalah sedangkan kini dengan Nur belum tentupun kami dapat bersama kerana dia masih tidak dapat melepaskan diri daripada belenggu yang mencengkamnya... Mungkin dengan Nur kedua pula? Atau ada orang lain? Allah! Saya sudah tidak tahu apa-apa lagi... Itu sebabnya kadangkala saya merintih di dalam blogspot tentang keadaan hidup saya ini!

Apapun, tentang memperbaiki motosikar, saya harus menunggu sekurang-kurangnya setahun lagi... Setelah berjaya mendapat sedikit keuntungan daripada BKA I yang diterbitkan Jun 2006, saya dapat menerbitkan BKA II Mei 2007 pula. Setelah pasti saya ada sedikit modal untuk menerbitkan BKA III yang dijangka akan siap tahun itu juga, baru saya berani mengeluarkan duit untuk cuba memperbaiki motosikal. Maka itu, dalam Ogos atau sekitarnya (saya lupa tarikh tepat), tanpa memberitahu kepada mana-mana rakan lain pun, saya memberikan RM1,000 kepada rakan yang bekerja sebagai pomen sambilan... Walaupun dia belum pernah membaik-pulih motosikal besar, selama ini dia cuma membaik-pulih kereta dan motosikal biasa sahaja, saya percaya dengan kata-katanya dan kata-kata rakan-rakan lain bahawa dia ada kemampuan untuk memperbaiki motosikal saya lalu saya pegang kata-kata itu...



Perhatikan blok engine V-twin motosikal saya ini... Nampak tidak ada kesan-kesan seperti minyak hitam yang bocor? Kalau tak salah, ini kerana masalah bahagian lapisan dalam enjin... Allah! Lupa pula namanya apa, haaa.. Gasket gitu!

Sekitar 10 tahun lalu, saya pernah menghadapi masalah kebocoran ini yang mengganggu ledakan kuasa enjin... Lalu saya hantar ke kedai motosikal di hadapan pejabat saya di NST, tempat saya membeli motosikal ini tahun 1997. Katanya kena tukar kedua-kedua gasket, satu untuk setiap enjin, kena bayar RM1,000 wooo!!! Dan tak sampai sebulan kemudian, kena lagi masalah ni lalu saya hantar pula ke kilang Yamaha di Sungai Buluh, kena lagi RM1,000 baru le elok... Sampai beberapa ketika kemudian...

Mungkin sebab salah saya juga... Pakai aje motosikal besar jenis easyrider di mana gaya tunggangannya adalah santai dengan dada terbuka duduk sedikit terkangkang... Maka dengan gaya ini, seharusnya sebuah easyrider dibawa pada kelajuan 120km/h atau paling tinggi pun 140km/h... Ya lah, ini easyrider, bukannya superbike yang sering dibawa dengan dada tutup rapat ke tangki minyak serta kaki mengepit sisi agar mengurangkan halangan angin, memang rekabentuknya dicipta supaya dengan senang dibawa dengan kelajuan 200km/h ke atas, cuma kita aje berani atau tidak...

Berbanding itu, motosikal easyrider memang dibuat lebih santai lalu tidak boleh pergi selaju itu... Tapi dalam keadaan dada terbuka dipukul angin sentiasa, saya sering membawa motosikar besar kesayangan saya itu sekitar 160km/h dan kadangkala tarik minyak full-trottle dan meluncur sehingga kelajuan 180 km/h gitu, lepas tu tak boleh naik laju lagi... Habis dah tarik, tak boleh naik lagi... Kalau tidak tak tahu le apa jadi pula...

Berbalik pada cerita mahu membaik-pulih motosikal ini... Setelah memberikan RM1,000 sebagai wang permulaan membaik-pulih kepada rakan yang membuat kerja pomen sambilan..

Sekitar sebulan kemudian, rakan ini memberitahu bahawa dia telah pergi ke beberapa buah tempat lalu mendapati bahawa satu barangan eletronik perlu diganti dengan harga melebihi RM1,000... Saya pun mencongak-congak... Nampaknya kos membaik-pulih ini tak dapat lari sekurang-kurang RM1,000.. Apakah lebih elok jika saya membawa motosikal ini ke mana-mana bengkel kerja sebenar, mungkin di sekitar Kuala Lumpur?

Saya tanya dahulu, apakah rakan ini boleh membuat kerja dan ada kelapangan masa untuk melakukannya... Kalau tidak, biar saya cari tempat lain... Dia pula memberikan jaminan boleh membaik-pulih sehingga elok malah untuk menjimatkan kos (katanya) barangan seperti tempat duduk motosikal yang lapisan kulitnya telah koyak katanya boleh diganti luarannya dengan kulit daripada kerusi sofa dan sebagainya...

Oh, baru saya ingat. Ketika itu Nur ikut saya bertandang ke Janda Baik... Selepas melihat keadaan motosikal itu, dia tidak yakin rakan saya boleh mengotakan kata-kata... Katanya, kalau ya pun tak dapat baik-pulih bahagian yang mahal, sepatutnya kelihatanlah sedikit perubahan yang nyata pada motosikal itu pada bahagian lain yang lebih murah, misalnya breknya sudah elok... Manakan tidak, motosikal saya ini telah diletakkan di rumahnya lebih setahun... Duit RM1,000 pula telah diberi, maka kalau setakat memperbaiki brek akibat cecair bocor (ya, masalah sebenarnya bermula dengan cecair brek bocor), sepatutnya tak sampai RM50 pun kosnya... Inikan lagi telah diberi RM1,000 dan duit itu sudah sebulan berada di tangannya...

Tapi saya pula boleh memberitahu Nur, pomen sambilan ini rakan saya... Saya percaya kepadanya... Tak sampai 2 minggu kemudian, saya datang lagi ke Janda Baik lalu saya tambah lagi duit RM1,000... Dah jadi RM2,000...Takkan le tak boleh buat sesuatu ya tak?



Dalam tempoh beberapa bulan kemudian, saya disibukkan dengan hal-hal lain... Setelah berjaya menerbitkan BKA III dalam bulan November 2007, saya harus mengatur aspek-aspek pengedaran, promosi dan penjualan... Kemudian timbul rasa kuat untuk mengembara lagi, bermula sebelah Selatan iaitu keliling Johor hujung tahun 2007 hingga awal 2008, Utara ke Kedah dan Perak Januari hingga Februari seterusnya Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan Mac hingga April... Di celah-celah itu saya ada beberapa kali cuba menghubungi rakan ini bertanyakan khabar akan perkembangan terbaru tentang baik-pulih motosikal tetapi tidak dapat menghubunginya... Selalu sahaja telefon bimbitnya tinggal di rumah lalu dijawab anak ataupun isteri...

Sejurus sebelum berlepas ke Pantai Timur, akhirnya saya dapat juga bercakap dengannya lalu mendapat tahu rakan itu tidak dapat membaik-pulih motosikal kesayangan saya... Katanya kerana dia sibuk setelah mendapat peluang perniagaan baru... Saya yang lembut hati ini setakat berkata, kalau begitu tidak mengapalah... Saya akan buat di tempat lain... Selain itu saya cuma bertanya, bagaimanakah keadaan duit RM2,000 yang pernah saya beri dahulu... Katanya ia selamat berada di dalam simpanannya...

Dengan itu saya membiarkan sahaja, masih lagi atas dasar percaya kepada rakan walaupun ternyata dia tidak dapat mengotakan kata-katanya. Kalau ikutkan saya ada hak untuk marah kerana tiada apa-apa perkembangan positif tentang usaha membaik-pulih motosikal saya sejak diletakkan dirumahnya pertengahan tahun 2006 kemudian sudah diberi duit pula... Kalau diletakkan di kedai, sudah tentu saya tidak perlu memberi duit terlebih dahulu, cuma perlu membayar setelah selesai kerja dan rasanya kerja yang diperlukan boleh selesai dalam tempoh paling lama pun 2-3 minggu.. Tetapi itulah saya, hati saya lembut sebenarnya... Saya banyak memberi muka kepada orang lain, itupun ada juga pihak yang mahu menuduh saya sombong dan suka membanggakan diri!

Sabtu baru ini, setelah lebih 2 minggu menamatkan perjalanan terbaru saya ke Pantai Timur, baru terasa mahu melangkah ke Janda Baik dalam masa terdekat ini. Malam itu saya menalifon rakan ini, dapat pula berkata-kata dengannya... Alhamdulillah...

Saya tanya dahulu jika ada peluang lagi dia boleh cuba membaik-pulih... Katanya tidak boleh dah kerana sibuk dengan perniagaan baru. Tak apa, saya pun dah bersedia untuk mengalih motosikal saya ke tempat lain, rasanya sekitar KL juga tetapi belum pasti ke bengkel yang mana... Kemudian saya tanya tentang duit RM2,000... Tentulah saya tanya kerana itu duit saya, ia hak saya dan diperlukan untuk belanja membaik-pulih... Katanya sudah digunakan untuk modal perniagaan pula! Telah digunakan? Apa ini?

Saya masih lagi bersabar lalu bertanya berapakah baki yang tinggal... Katanya telah digunakan kesemuanya! Kalau anda di tempat saya bagaimana keadaan anda? Sejauh manakah anda harus bersabar?

Malam itu saya naik angin sedikit... Ingat saya ni cop duit ke? Saya bukannya ada kereta atau apa-apa bentuk pengangkutan sendiri lagi... Apapun, pesanan saya adalah cuma ini... Saya beri tempoh 3 minggu untuk menyediakan kembali duit RM2,000 itu dan kedua, pasang balik bahagian-bahagian motosikal yang telah dibuka. Katanya boleh... Entah boleh percaya entah tidak? Saya harap bolehlah kerana dia rakan saya... Tapi takut nanti timbul dolak-dalik lain pula kerana untuk mendapatkan duit RM2,000 itu, katanya dia perlu menerima pembayaran perniagaan daripada orang lain... Takut nanti orang tu pula ada "masalah" tak boleh bayar nanti...

Siang tadi saya lalu di sekitar rumahnya lalu tergerak untuk singgah... Rakan ini tiada di rumah, tak mengapalah, saya cuma hendak melihat motosikal... Tetapi alangkah terperanjatnya saya melihat keadaan motosikal kesayangan saya ini! Allah, kotor dan buruk tu satu hal, berapa banyak skru dan barangan pula yang sudah hilang... Apakah rakan saya ini mampu ganti? Rasanya tidak... Dilihat pada mata kasar pun, jumlah barangan yang hilang sejak diletakkan di rumah itu jika mahu dinilai pada harga pasaran original sparepart mungkin mencecah RM1,000... Maka kini duit RM2,000 saya pun tak pasti nasibnya sedangkan jumlah kerosakan motosikal pula makin bertambah.

Bila ini berlaku, terfikir saya akan betapa saya ini memberi ruang kepada orang tetapi orang mungkin tidak sedar. Begitu juga keadaannya dengan orang lain, mungkin sebab saya berkawan tidak memilih bulu sedangkan di luar sana seringkali mereka yang ada sedikit kedudukan ataupun nama cuma akan menghadkan pergaulan di kalangan golongan yang setaraf dengan mereka sahaja...

Tuan-tuan dan puan-puan... Apa yang berlaku tentang motosikal juga beberapa hal kebelakangan ini membuatkan saya terfikir, mungkin saya ini yang tersilap kerana terlalu peramah berkawan semua orang tanpa memilih bulu... Realiti dunia ini ada social class... Orang kaya tidak sewenang-wenangnya bergaul dengan orang miskin... Golongan intelektual menghadkan pencampuran dengan orang bawahan... Begitu juga orang ternama... Saya sudah begitu lama tidak mempedulikan semua ini lalu keramahan dan kelembutan hati saya tidak dihargai... Seringkali saya melayan permintaan para pembaca untuk bertemu dan berbual-bual dengan saya lalu saya layan mereka tetapi rupa-rupanya ini boleh menimbulkan masalah juga.

Saya ingat ada seorang pembaca ingin sangat bertemu dengan saya. Demi memenuhi kehendaknya dan memegang janji saya apabila telah meluahkan kata-kata (dalam hal ini berjumpa dengan orang ini pada waktu tertentu) saya pun bergegas mahu pergi ke tempat kami berjumpa hingga saya naik susah hati kerana bas yang saya naiki banyak sangat berhenti, lama-lama pula itu. Kami akhirnya berjumpa dan pembaca inipun meluahkan rasanya tentang keadaan hidupnya sendiri juga makna kehidupan secara umum, rasa yang ingin diluahkan setelah lama selesai membaca buku saya... Rupa-rupanya dia ada masalah tertentu dan mengharapkan saya boleh menolongnya, mungkin dengan cara ilmu batin agaknya?

Apapun saya sudi memberikan masa dan memberi sedikit ilmu... Lebih kurang sebulan kemudian, dia meminta berjumpa lagi dan saya lain serta beri pertolongan daripada segi ilmu, mana yang dapat saya beri. Saya layan dia seperti mana-mana kawan saya kerana sememangnya saya tidak memilih bulu...

Dalam sebulan kemudian dia menghantar sms meminta saya menafsirkan sebuah mimpinya pula... Akibat sibuk, penat juga demam-demam saya tidak menjawabnya... Bagaimana mahu menjawab sedangkan kepala saya sakit, tidak dapat memberikan tafsiran? Tidak lama kemudian, dia menalifon lalu bertanya lagi tentang tafsir mimpi... Saya melayannya tetapi ringkas... Kata saya: "Maaf! Mimpi itu tak masuk kepala saya"...

Maksudnya saya tidak dapat memikirkannya tetapi hamba Allah ini pula asyik menghantar sms bertanyakan kenapa mimpi itu tidak masuk kepala saya? Apakah kerana ia terlalu tinggi buat saya? Saya mula terkedu... Kenapa begini jadinya orang ini? Kenapa bertanya begini pula? Tidakkah dia terfikir saya mungkin penat, sibuk atau sakit untuk menjawab? Tidakkah dia terfikir betapa saya sebagai seorang penulis yang sudah ada sedikit nama telah sanggup meluangkan masa untuknya tetapi masih dia tidak berpuas-hati atas layanan peribadi yang diberi malah beberapa hari kemudian terus menghantar sms memperkecil-kecilkan ilmu saya pula?

Apa ini? Kalau merasakan ilmu yang saya sampaikan secara lisan mahupun dalam buku tidak setinggi mana, maka cari sahaja orang lain sebagai tempat bertanya... Kenapa terus mahu mengganggu saya sehingga cuba berkali-kali merendahkan diri saya pula? Apakah kerana tidak puas hati saya masih tidak menjawab lalu dia cuba provoke saya pula?

Allah... Keadaan beginilah yang juga pernah berlaku di blogspot saya ini. Akibat saya ini peramah dan tidak memilih bulu sehingga sanggup melayan sesiapa sahaja yang menyapa, kadang-kadang orang terlupa, bahawa saya sebenarnya datang daripada kelas golongan sosial yang lain, bukan sekadar lingkungan orang kebanyakan... Mungkin saya harus memberitahu bahawa jika saya mahu, saya boleh terus bergaul dalam lingkungan elit orang-orang kaya, berada, golongan bangsawan dan para pemikir terkenal lalu tidak mempedulikan langsung golongan bawahan dan segala kerenah mereka yang kadangkala begitu irihati dengan orang-orang yang ada kelebihan... Tetapi sudah dijadikan Allah bukan begitu sifat saya yang suka berkawan dengan semua orang ini. Cuma harapan saya, hormatilah juga peribadi dan diri saya seadanya, itu sahaja... Jika ada yang lain daripada yang lain, anggap sahaja sebagai sifat pelik seorang manusia... Takkan itupun tak boleh?

Ah... Biarkan sahajalah... Hampir saya terlupa satu lagi tujuan utama luahan ini.

Adapun gambar-gambar motosikal besar kesayangan saya itu dipamerkan daripada berbagai sudut agar ada pembaca yang mungkin boleh membuat anggaran kos termurah untuk memperbaikinya... Harap-harap tak lebih RM3,000 le sebab lepas tu kena fikir balik nak cekau duit untuk selesaikan pemeriksaan Puspakom seterusnya insurans dan cukai jalanan yang agak mahal untuk motosikal besar!

Oleh itu saya tamatkan luahan ini ya... Ketika menulis ayat yang ini, jam di komputer sudah menunjukkan 3.21 pagi... Belum campur lagi waktu untuk semakan selepas ini. Selamat malam dan maaf zahir bathin! :]

p/s: Artikel ini siap disemak hampir jam 4.30 pagi... Tu dia, layan luahan wooo.... Dah le Janda Baik ni sejuk malam-malam, nak-nak lepas hujan. Tempat saya menulis ni di luar rumah tapi saya teruskan juga sebab perkara ni perlu diluahkan wooo... Sekian ya! :]

Majlis hol almarhum Ustaz Wan Muhammad Saghir... Satu jemputan terbuka untuk semua...

Gambar lama ketika suatu majlis tahlil di Dewan Sheikh Daud al-Fathani. Daripada posting bertajuk Tahlil 44 hari almarhum Ustaz Wan Saghir yang dibuat 11 bulan lalu...


Alhamdulillah, tadi selepas hujan lebat melanda Janda Baik sehingga banjir-banjir dengan air deras memecah keluar batasan sungai-sungai akibat hujan yang tak henti dari pukul 4 petang sehingga hampir jam 9, akhirnya suasana kembali tenang dan aman. Lalu saya tergerak untuk bertandang ke rumah Puan Ainon, tuan punya syarikat penerbitan PTS yang terletak tidak jauh daripada surau di Sungai Chemperoh tempat saya menumpang, setelah hampir setengah tahun tidak bertandang ke sana...

Ternyata talian Wi-Fi Internet di kawasan rumah yang pernah terbengkalai akibat orang-orang mencuri wayar telekomunikasi, seingat saya lebih setengah tahun telah pulih kembali... Lalu dapatlah saya membuat posting ini dari sini, dan Insyaallah beberapa buah posting lagi untuk melepaskan beban di dada... Kalau sempat dan tidak kepenatan le...

Apapun, biar dilepaskan pengumuman ini dahulu... Ingat tidak nama almarhum Ustaz Wan Muhammad Saghir, penyelidik sejarah ulamak Islam Nusantara yang ada menubuhkan sebuah badan penyelidikan bernama Khazanah Fathaniyah? Rasanya mereka yang ada mengikuti cerita-cerita tentang ulamak-ulamak silam di dada-dada akhbar serta mereka yang mengkaji bidang ini mesti pernah mendengar tentang beliau dan membaca karangan-karangan hasil kajiannya. Lalu anda mesti tahu bahawa almarhum telah kembali ke rahmatullah bulan April 2007.

Hampir 2 bulan lalu iaitu sekitar bulan Mac, sebelum saya memulakan langkah untuk pengembaraan terbaru ke Pantai Timur, saya telah mendapat satu pesanan sms daripada pihak Khazanah Fathaniyah menyatakan bahawa hol almarhum atau hari memperingati ulangtahun kewafatan Ustaz akan diadakan April 2008. Pada masa itu, saya tidak ada rancangan untuk berbuat apa-apa lagi bulan April lalu menyatakan Insyaallah saya akan turut hadir ke majlis itu.

Tidak saya sangka, perjalanan ke Pantai Timur yang sepatutnya telah dimulakan bulan Februari tetapi ditunda sehingga 20 Mac menyebabkan saya cuma selesai mengembara selepas 9 April. Rupa-rupanya, majlis hol almarhum Ustaz Wan Saghir pula ditunda kepada 17 Mei!

Di sini saya ingin membuat pengumuman. Pihak Khazanah Fathaniyah berharap agar saya dapat membawa ramai kawan-kawan dan kenalan untuk memeriahkan majlis hol yang akan mengandungi acara tahlil sekali demi memperingati setahun wafatnya almarhum. Di bawah, biar saya paparkan balik sms yang saya terima daripada pihak mereka siang tadi...

Majlis tahlil untuk ulama silam alam Melayu & pembentangan maklah "Sempena memperingati tahun pertama kewafatan SYEIKH WAN MOHD. SHAGHIR AR-RIAWI AL-FATHANI " (25 Rabi'ul awwal 1428H - 25 Rabi'ul awaal 1429 H). Pada 17.05.08 di...

Dewan SYEIKH DAUD & SYEIKH AHMAD AL-FATHANI,
no 36, 38 Jalan Batu Geliga 1,
Taman Melewar, 681000 Batu Caves, Selangor.

Untuk pendaftaran hubungan Ustaz Halim (013-3564496), Ustaz Azrul (016-3520094) atau pejabat (03-61897231).


Adapun Ustaz Azrul ada menghubungi saya siang tadi mengatakan dia mahu menghantar sebuah e-mail yang mengandungi borang pendaftaran untuk majlis agar boleh dipaparkan di blogspot saya lalu boleh dicetak dan digunakan semua. Semasa itu saya menjangkakan saya cuma akan dapat mengunakan Internet lalu membuat posting paling cepat pun hari Rabu, sekembalinya saya ke Kuala Lumpur... Lalu e-mail itu mungkin hanya akan diterima esok atau lusa...

Walaupun semalam saya dapat menggunakan talian Internet milik Uncle Seekers di rumah Pak Habib, saya tidak mahu menggunakannya lagi dalam lawatan ke Janda Baik kali ini (lain kali tu dah kira lain le...) kerana tidak mahu mengganggunya membuat kerja. Sebagai seorang penulis yang banyak berfikir, saya faham erti privacy... Tidak suka diganggu walaupun sekadar duduk dalam bilik yang sama apabila membuat kerja. Sebab itu saya tidak menjangka akan dapat membuat apa-apa posting baru dalam masa terdekat... Tapi Alhamdulillah, dapat pula saya menggunakan Internet di rumah Puan Ainon, jadi biar saya war-warkan lebih dahulu ya... Ingat, kedatangan anda semua amat dialu-alukan... Jangan takut, tidak perlu bayar apa-apa... Datang sahaja dengan berpakaian sopan. Sekian! :]

P/S: Jangan lupa juga untuk tunjukkan muka di pameran buku alternatif hujung minggu ini di Central Market seperti yang saya siarkan malam semalam dalam posting Rehat di Janda Baik dan pesta buku alternatif yang akan datang di Central Market, Kuala Lumpur... Berjumpa kita di sana nanti, Insyaallah? . Insyaallah berjumpa kita lebih dahulu di sana nanti?

Ahad, April 27, 2008

Rehat di Janda Baik dan pesta buku alternatif yang akan datang di Central Market, Kuala Lumpur... Berjumpa kita di sana nanti, Insyaallah?


Sebuah gambar lama sekitar Kampung Janda Baik, daripada artikel bertajuk Janda baik tempat rehatku yang dibuat Julai tahun lepas...


Lagi satu gambar lama diambil di kawasan Annexe Central Market, Kuala Lumpur. Daripada artikel Central Market pula jadi port terbaru "Berpetualang ke Aceh" yang dibuat Mei 2007...


Assalamualaikum semua... Setelah hampir setengah tahun tidak ke Kampung Janda Baik, Pahang, tengahari tadi timbul rasa kuat untuk melangkah ke sana. Sepatutnya saya sudah ke tempat ini lagi sekitar 2 minggu lalu, ketika dalam hari-hari terakhir perjalanan terbaru ke Pantai Timur yang baru selesai sekitar itu. Tetapi hasrat untuk ke sana pula harus ditunda ke suatu waktu yang belum tentu bila...

Selalunya apabila sudah sampai ke Raub dalam mana-mana perjalanan kemudian mahu kembali ke Kuala Lumpur, saya akan singgah dan bermalam sekurang-kurangnya satu malam di kampung indah yang terletak di kawasan pergunungan Banjaran Titiwangsa ini... Saya berada di Raub setelah meninggalkan negeri Kelantan sekitar 3 minggu lalu tetapi sebaliknya saya mendapat isyarat supaya terus sahaja menuju ke KL... Berehat sebentar di Kajang kemudian pergi menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di bangunan PWTC yang tamat hujung minggu itu.

Apapun, saya tetap perlu pergi ke Janda Baik dalam masa terdekat lalu setelah 2 minggu berlegar-legar di sekitar KL dan Kajang, baru siang tadi saya tergerak untuk melangkah lagi ke kampung itu. Sebaik sahaja siap mengemas barang di rumah ibu saudara di Ampang tadi, saya pun bergegas untuk keluar, ternampak pula longgokan surat-suratkhabar hari Ahad... Tergerak untuk membacanya sebelum pergi.

Dalam pada itu, terlihat sebuah artikel di akhbar di Star dengan tajuk Where books are the celebrities. Rupa-rupanya akan ada satu pameran buku baru akan diadakan hujung minggu ini, satu pameran buku-buku alternatif yang akan menampilkan bahan-bahan bacaan yang dikira di luar bahan bacaan biasa atau bukan bahan bacaan popular... Atau bahan bukan mainstream, bukan menurut arus perdana biasa iaitu bahan-bahan bacaan seperti novel-novel cinta serta buku-buku motivasi ingin menjadi kaya yang membanjiri pasaran buku tanah-air kini...

Biar saya copy n paste sedikit kata-kata dalam artikel ini yang diambil daripada edisi Internet akhbar The Star ya... Maaf. Tulisannya dalam bahasa Inggeris. Ah... Saya copy semua aje le... Ini dia...

ON KLAB’s (KL Alternative Bookfest) events page at social networking site Facebook, the description of the event says: “Oh you ain’t gonna find swashbucklers here or how to become rich in 200 pages. You’re not going to even get a VVIP launching his coffee table book. We’re literary snoots, we like to believe, but we’re edgy, cool and a lot more fun than a titled personality.”

KLAB, the organisers go on to say, is “where book lovers, hipsters, politicos, film-makers, anyone who’s anyone who love books which feed the mind and soul and champion causes, gather.”

Columnist, author and filmmaker Amir Muhammad is one of the people behind this event and got the bright idea for it following the successful launch of New Malaysian Essays 1, published by his independent imprint, Matahari.

Local publishers Gerakbudaya and SIRD also hawked their books at the launch.

“We all sold many books,” Amir said in an email from Buenos Aires where he was attending the 10th Buenos Aires International Festival of Independent Films.

“I called up Zulhabri (from Gerakbudaya) and we both agreed it would be fun to have a longer event devoted mainly to local books by small publishers.”

It is hoped that KLAB will raise the profile of local publishers and authors, and to introduce readers to something other than the usual fare they find in mainstream bookstores, book fairs and warehouse sales.

Commenting on the recent KL International Book Fair held at Putra World Trade Centre, Amir said, “When compared to similar-sized events in countries like Bangladesh and Indonesia, our reading tastes do appear to be a little restrictive, no? So many text books, religious instruction manuals and romance novels. KLAB, on the other hand, has the launch of a photobook on the Bersih rally, so there!”

Other books that will be launched at KLAB are Hishamuddin Rais’ new book Keganasan, Penipuan & Internet: Hegemoni Media Daulah Pecah; a compilation of plays from Kakiseni’s Playwriting competition; Religion Under Siege: Lina Joy, the Islamic State and Freedom of Faith; and Aweks KL, a collection of new writing in Malay.

And speaking of edgy, there will also be a forum on Malay Politics Affecting Malaysian Elections, with panellists Liew Chin Tong (MP for Bukit Bendera) and Wong Chin Huat from the Writers Alliance For Media Independence (Wami) and the Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih).

The organisers hope that KLAB will be yearly event.

“It should take place less than a month after the KL International Book Fair. We had no trouble filling up 20 booths for this first one, so we hope for the best,” said Amir.

Although most of the booksellers at KLAB are local publishers, the Project Connect booth will be offering readers a selection of non-Malaysian second-hand books of all genres, from classics to popular and literary fiction, children’s books and non-fiction titles.

As PC is selling books to raise money to fund its ongoing arts projects with marginalised communities, the organisers decided to waive the Malaysian books and Malaysian publishers rule.

KLAB will also feature Book Giveaway, a booth where readers can donate their books in exchange for some new titles.

Asked to describe his dream scenario for KLAB, Amir said “We would like to take it to several other cities/towns in Malaysia, so the acronym can keep changing: from PAB (Penang) to SHAB (Shah Alam) to KBAB (Kota Baru).

“This will require some logistical capability that we don’t have at the moment, but it will be nice if the festival can travel, like a Mawi roadshow or something.”

KLAB is on from May 3-4, noon to 6pm, at The Annexe, Central Market, Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur. For more information, e-mail Amir Muhammad (kancah2001@ yahoo.com), Zulhabri (zulhabri@gmail.com) or Dina Zaman (dinazaman@gmail.com).

Publishers at KLAB include Sisters in Islam, Silverfish Books, Kechara, Matahari, Gerakbudaya, Suara-Suara, SIRD, Tokobuku/Amnesty International and Sindiket Soljah. –

DAPHNE LEE




OK... Rasanya semua orang boleh faham bahawa pesta buku ini akan diadakan di bahagian Annexe, Central Market pada hari 3-4 Mei, Sabtu dan Ahad ini. Terus saya teringat seorang kawan baik saya, pelukis Iedet yang ada menyewa ruang di kawasan Annexe itu... Terus timbul rasa untuk turut serta dalam pameran ini tetapi tidak secara rasmi dan saya telah pun memberitahu Iedet tadi.

Maka itu di sini biar saya buat pengumuman... Kepada kawan-kawan juga para pembaca siri buku "Berpetualang ke Aceh" dan mereka yang mengekori tulisan-tulisan dalam blogspot-blogspot saya, sukacita dimaklumkan... Insyaallah saya akan berada di sekitar "warung" lukisan Iedet pada hari Sabtu dan Ahad ini... Rasanya sepanjang hari, paling tidak pun daripada selepas waktu Zuhur hingga ke petang. Maka itu, sesiapa sahaja yang ingin bertemu dengan saya atau sekadar mahu memeriahkan suasana, anda semua dijemput datang ke tempat ini... Untuk mendapat gambaran tepat di manakah tempatnya, sila rujuk cerita bergambar dalam artikel Central Market pula jadi port terbaru "Berpetualang ke Aceh" ya... Sekian! :]

p/s: Allah, nyaman sungguh suasana di Janda Baik, jauh lebih nyaman kali ini... Maghrib tadi saya tergerak untuk berjalan-jalan masuk ke kawasan rumah serta taman ayah angkat saya, penulis buku politik terkenal Syed Hussein Al-Attas @ S.H. Alattas @ Pak Habib.
Adapun dahulu saya pernah menetap lebih 3 tahun di sini... Tetapi sejak meninggalkan rumah itu awal tahun 2005, saya tidak pernah lagi tidur di situ, sekadar tidur di surau sebelah Sungai Chemperoh setiap kali bertandang ke Janda Baik...
Tak perlulah saya cerita panjang lebar kenapa jadi begini... Apapun, saya tetap memanggil Pak Habib sebagai Abah dan sesekali akan bertandang ke tempatnya... Bezanya, kali ini hilang segala rasa marah yang pernah saya ada terhadapnya atas beberapa perkara yang pernah berlaku dahulu. Untuk makluman, saya menulis posting terbaru ini dengan menumpang komputer serta talian Internet milik anaknya Syed Abdullah @ Beb Lah @ Uncle Seeker... Dia ada di sebelah sana sedang menyiapkan satu buku induk tentang hantu... Hehe! :]


Jumaat, April 25, 2008

Masuk ke markas sebuah kumpulan "perjuangan akhir zaman"... Apa yang ingin dibuat di sana?

Alhamdulillah, setelah membuat beberapa luahan perasaan beberapa hari kebelakangan ini, jiwa dan raga saya terasa semakin ringan dan bertenaga... Terutama luahan dalam artikel bertajuk Derita manusia-manusia genius... Apakah yang menyebabkan orang sepandai Sufiah boleh jadi keliru dalam hidup? yang dibuat hari lalu... Sudah bertahun saya tidak merasa begini senang akibat begitu lama menanggung beban cuba menyembunyikan hakikat sebenar fitrah diri sendiri agar tidak dikata orang... Sekarang nak kata apa pun katalah, saya telah berterus-terang. Yang penting, hilang satu sekatan jiwa dalam mood penceritaan... Sekarang, bolehlah kita menyambung kembali cerita-cerita tentang pengembaraan terbaru ke Pantai Timur... Setelah 10 hari tersangkut dengan cerita Kuala Terengganu dan makam-makam lamanya... Tapak untuk cerita ke Kuala Berang... Mari! :]

Ini adalah gambar sebuah tempat tertentu di Kuala Berang... Di bahagian akhir cerita Kuala Terengganu dan makam-makam lamanya... Tapak untuk cerita ke Kuala Berang... , saya ada menyebut... ( Copy n paste balik ya!)...

---------------

Sebagai satu hint untuk cerita yang akan datang, biar saya paparkan kembali komen seorang pembaca yang dibuat di bawah artikel Sedikit kata-kata aluan sempena Maulud Nabi... hampir sebulan lalu. Hmm... Biar dipaparkan sekali jawaban saya kepada komen itu ya... Ini dia...


Anonymous said...


salam...abang radzi klu pegi pantai timur nanti,tlg lah pantau kump tasawuf sesat spt yang abg radzi cterkan dlam buku BKA tu.sebab pengaruh ustaz makin mnjadi di kedah.di a.setar n jitra.dulu da kena tangkap.terlepas g2 jer.smpai sy pun hampir jd pengikut.lgu dendang yg mereka bawakan memang merdu.tp syg,ternyata mereka sesat.ader ke plak malaikat2 dtg jauh dr mesir nun,msuk dalam jasad manusia,pas 2 marah2.fyi,putri gunung ledang da dapat kt org len.yg lama da insaf kot.


Thursday, March 20, 2008 8:42:00 PM


Radzi Sapiee said...


Wassalam. Insyaallah tentang kumpulan tersebut nanti saya lihat.Susah jugak sebab ramai yang percaya kat diaorang ni termasuk pihak keselamatan Malaysia sendiri. Takpa... Tentunya ada hikmah di sebalik semua ini. Apabila sampai masanya, yang haq tetap akan muncul dan yang bathil akan gugur dengan sendirinya... Ada masanya, dengan hikmah Allah, dibenarkan dahulu kumpulan sebegini bertapak dan membina pengaruh. Sekurang-kurangnya dapat juga mengembleng dan menyatukan ramai anak Melayu bermasalah di bawah satu bendera walaupun ketuanya sebenarnya mahu menggunakan mereka. Apabila anak-anak muda ini sudah biasa dengan adab Melayu lama yang tahu menjunjung tinggi hakikat sebenar seorang Sultan sebagai wakil Allah yang mengatur kehidupan bermasyarakat di muka bumi ini, barulah kepala sebenar muncul untuk mengembalikan arah. Insyaallah! :]


Saturday, March 22, 2008 5:49:00 PM


Pengembaraan saya ke Kuala Berang akan melibatkan diri ini masuk jauh ke dalam markas sebuah kumpulan yang katanya mendukung perjuangan Islam akhir zaman, kumpulan yang mana orang-orang kanannya tidak menyenangi saya atas sebab-sebab tertentu... Ingat tidak di akhbar harian Metro (ataupun Kosmos? Antara dua tu le), pernah beberapa kali keluar cerita tentang Ustaz Zul yang dikatakan membawa ajaran sesat lalu merogol beberapa orang perempuan? Ini adalah markas kumpulannya... Dan biar saya berterus-terang, seorang teman wanita yang dahulu amat saya sayangi pernah dibawa lari mereka... Kononnya untuk diisi dengan sesuatu lalu menjadi Puteri Balqis (isteri Nabi Sulaiman) yang boleh mendokong misi kumpulan ini!

Cerita tentang kumpulan ini ada saya nyatakan dalam buku kedua saya iaitu "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" atau BKA II. Nanti saya akan cerita sedikit pula di sini apabila tiba gerak dan sampai masanya ya...

-----------------------

Itu adalah apa yang saya sebut 10 hari lalu... Sekarang sampailah masanya untuk mengenengahkan apa yang berlaku...

Tempat yang dimaksudkan terletak di tepian Sungai Terengganu di bahagian hulu. Biar cerita ini disambung dengan sedutan-sedutan berkenaan daripada buku kedua saya "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" atau BKA II... Daripada bab bertajuk "Hamzah Fansuri dan Iskandar Muda: Puncak kegemilangan Aceh".

-----------------

Rasyid termenung keseorangan memikirkan apakah yang patut dibuat. Jiwanya terasa begitu sesak sedangkan penulisannya kebelakangan ini asyik tersangkut dihambat penyakit writer’s block… Entah kenapa, anak muda itu juga sering diserang penyakit demam dan sakit-sakit badan. Perutnya selalu memulas, terasa kembung seperti masuk angin, kadang-kala menyucuk-nyucuk bisanya ke dalam... Kepala pula selalu pening diserang migraine!

Pada mulanya, anak kelahiran Muar, Johor ini ingin mengajak Nasri, Nizam dan Azlan berbual-bual serta berbincang mengenai sejarah kegemilangan bumi Serambi Mekah sambil mencari bahan tulisan baru untuk siri buku “Berpetualang ke Aceh” yang sedang diusahakannya. Malangnya, masing-masing sibuk dengan tugas, juga hal-hal keluarga.

Rakan-rakan lain juga tidak dapat meluangkan masa. Maklumlah, masing-masing memegang jawatan penting yang memerlukan mereka sentiasa di tempat kerja, ada anak isteri dan keluarga... Ada rumahtangga yang memerlukan perhatian, bukan seperti Rasyid yang tidak punya apa-apa. Nasib baik ada Nur sebagai tempat mengadu… Tetapi kali ini, wanita kesayangannya pula sibuk dengan kerjaya dan masalah peribadinya...

Nur setakat boleh memasang telinga memberikan sedikit perhatian. Dan dia belum cukup faham untuk dibawa berbincang. Wanita ini cuma mampu menolong dengan sedikit sokongan moral serta wang ringgit kemudian menyuruh lelaki yang bertakhta di hatinya itu berehat seketika.

“Awak tukarlah angin dahulu,” Nur memujuknya. “Pergi mengembara ke mana sahaja awak suka. Kesihan tengok awak. Nampak sangat penat... Kurus, muka cengkung macam tak cukup makan. Pergilah jalan-jalan!”

Pemuda itu tersenyum memandang wajah gadis manis itu. Memanglah elok keluar berjalan menenangkan fikiran tetapi bagaimana pula dengan kerjanya? Lalu dia menolak cadangan itu dengan alasan masih banyak penulisan yang perlu dibuat, banyak lagi perkara yang belum selesai.

“Saya mesti siapkan siri buku ini secepat mungkin,” kata Rasyid. “Masa hadapan saya, masa hadapan awak juga serta peluang kita untuk betul-betul bersama banyak bergantung kepada kejayaan buku ini. Sekurang-kurangnya, saya dapat membina kembali kehidupan yang sudah hancur. Biar keluarga saya, juga keluarga awak hormat sedikit... Lagipun saya sudah letih merantau, mengembara ke sana-ke mari. Sampai bila mesti begini? Orang lain tak faham. Saya letih tau, penat. Merana...” anak muda itu merintih...

Memang dia terasa penat, sangatlah penat… Walaupun sudah beberapa bulan tidak merantau lama, paling jauh pun sekadar ke kampung ibu di Muar dua minggu lepas dan singgah di Seremban dan Melaka, pemuda itu belum mendapat rasa istirehat... Punggung yang sering terasa panas menyebabkanya sentiasa sahaja mahu merayap walau dalam jarak dekat.

Pada awalnya, Rasyid ingin menetap lama di Janda Baik, di rumah ayah angkatnya Pak Syed sambil menyiapkan kerja. Mungkin pintu ilham untuknya akan terbuka lebih luas... Tetapi di tempat sebegitu indah dengan taman mengandungi berbagai jenis pohon bunga harum lagi berwarni-warni pun dia resah. Sungai-sungai berjeram mengalir jernih di celah lembah-lembah Banjaran Titiwangsa serta pemandangan gunung-ganang yang menghijau pun tidak dapat memberikan ketenangan yang diharapkan...

Sesekali pemuda itu turun ke Kuala Lumpur untuk bertukar angin, sekejap di rumah saudara, sekejap rumah kawan... Ada masanya di Ampang, hari lain di Bukit Damansara, Taman Tun, Cheras, Kajang kemudian naik balik ke Janda Baik. Begitulah keadaannya beberapa bulan kebelakangan... Walaupun tempat-tempat ini tidaklah begitu jauh antara satu sama lain, kalau dicampur jarak perjalanan kesemuanya sekali datang angin mengembara, mungkin sudah boleh sampai ke Perlis. Manalah tak penat?

Rasyid belum dapat mengekang nalurinya untuk sentiasa berkelana. Nasib baik ada komputer riba miliknya yang boleh diusung ke sana ke mari untuk membuat kerja. Kalau tak, satu benda pun tak menjadi agaknya!

“Saya faham keadaan awak,” kata Nur. “Saya tahu awak letih berjalan. Tapi bagaimana hendak siapkan buku kalau kepala asyik jam, badan sakit-sakit, demam, bisa-bisa? Apa guna jalan dekat-dekat kalau awak tak dapat berehat? Sudahlah. Pergilah jalan jauh sedikit dan lupakan kerja buat sementara. Saya kesian tengok awak tahu... Bagilah diri awak segar...”

Pemuda itu senyap merenung muka gadis kesayangannya kemudian mengalihkan pandangan ke arah hutan yang menghijau di hadapan.

Look!” Nur menegur. “Kalau awak tak kesihan diri sendiri, sekurang-kurangnya kesihanilah saya yang sedih tengok awak begini. Please, just do it for me please... Do it for us... Do it for our love...” katanya dengan muka sayu.

Rasyid masih mendiamkan diri... Sedih pula melihat keadaan wanita itu. Sepertinya, muka Nur juga sudah jadi cengkung dan dia juga selalu sakit-sakit. Kedua-duanya sedang merana walaupun mereka sering berlagak sihat walafiat. Anak muda itu tahu kasih-sayang mereka sering diuji. Hubungan mereka telah beberapa kali terputus kerana halangan yang menimpa tetapi kasih tetap bertaut kembali apabila rindu tidak tertanggung lagi.

Ramai yang tidak menyenangi perhubungan ini termasuk beberapa orang lelaki yang menaruh hati terhadap Nur. Mereka cuba memburuk-burukkan peribadi Rasyid lebih-lebih lagi dalam keadaannya sedang “gila”, suka menziarahi makam-makam lama dan tidak henti bercerita tentang para wali dan raja-raja. Lelaki-lelaki ini juga sanggup “membeli” keluarga si gadis dengan kata-kata manis berserta hadiah mewah di kala Rasyid tidak mampu membuat apa-apa persembahan. Lebih dasyat lagi, ada yang sanggup menggunakan sihir, guna-guna dan ilmu pemujaan semangat untuk mendapatkan wanita cantik idaman ramai ini di samping menghantar pukulan secara batin untuk menamatkan riwayat lelaki kesayangannya!


Kali pertama saya masuk ke kawasan ini adalah pada hampir penghujung tahun 2003. Selepas itu iaitu pada awal tahun 2004 ada membuat pengembaraan masuk ke Aceh walaupun wilayah itu sedang darurat akibat perang berterusan antara Tentera Nasional Indonesia (TNI) dengan golongan pemisah Gerakan Aceh Merdeka (GAM).  Kembali dari Aceh saya masuk lagi. Untuk makluman kawasan ini adalah pintu masuk ke markas sebuah kumpulan tertentu yang terletak jauh ke dalam hutan. Saya masuk untuk melihat aktiviti dalam usaha menyelamatkan seorang teman tersayang daripada terus-menerus "dicucuk-hidung" oleh orang-orang yang berkepentingan.

Kali terakhir saya sampai ke sini pula adalah penghujung tahun 2006 tetapi tidak masuk ke markas. Kedudukannya di tempat yang sukar memerlukan seseorang itu masuk melalui Sungai Terengganu sedangkan keadaan laluan sungai di jeti pada masa itu sedikit bermasalah akibat longgokan tanah-tanah yang mencetekkan sebahagian sungai serta menyekat laluan biasa... Kalau tak salah ingatan, bot yang biasa digunakan juga sedang rosak ketika itu... Kalau mahu juga masuk kemungkinan besar harus menunggu beberapa hari sedangkan saya perlu bergegas di ke tempat lain lagi...


Alhamdulillah, dalam perjalanan terbaru ke Kuala Berang ini (ketika itu 29 Mac 2008), dapat juga  masuk ke sini lagi dengan menaiki bot kumpulan... Biar cerita disambung dengan sedutan seterusnya daripada BKA II...

------------------------------

Rasyid masih ingat bagaimana seorang pemuda yang disokong sebuah kumpulan pengamal ilmu kebatinan Tasawuf sesat berjaya membuatkan mereka selalu bergaduh sehingga putus hubungan. Kumpulan itu berlindung di sebalik gerakan agama berbentuk Tabhliq yang kononnya ingin memulihkan anak Melayu bermasalah. Mereka juga mendakwa diri mereka sebagai pejuang akhir zaman yang akan menyokong kebangkitan Imam Mahdi. Ketua kumpulan ini telah berjaya menarik beribu orang pengikut. Mengikut ceritanya, dia pernah mengikuti gerakan Tabhliq serta Tariqat Naqsyabandiah sebelum menerima ijazah amalan kebatinan tertentu lalu “diangkat menjadi Sultan” yang kononnya akan menyatukan seluruh ummah di Nusantara ini untuk kebangkitan Islam akhir zaman.

Ramai pengikut kumpulan adalah bekas penagih dadah yang berjaya “dipulihkan” melalui “pengisian” kebatinan, berkat naungan sang “Sultan”. Tetapi mereka yang cuba meninggalkannya akan datang rasa ketagih dan terjebak semula dengan najis dadah... Lalu perlu dibawa kembali ke pangkuan ketua kumpulan yang juga dikenali sebagai seorang ustaz untuk “dipulihkan”. Dengan cara ini, sang “Sultan” berjaya membina sebuah “empayar” yang terdiri daripada beribu anak Melayu bermasalah, disokong para pembantu sealiran. Para ibu-bapa pula merasa senang hati melihat anak-anak mereka mula bersolat dan mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW, pandai pula menghormati orang tua dan sangat beradab. Ini kerana kumpulan ini mengambil pendekatan yang zahirnya menyerupai gerakan Tabligh... Dengan menekankan cara kehidupan mengikuti Sunnah seperti memakai celak dan minyak wangi, bersugi, sentiasa bersolat jemaah, mendengar tazkirah serta memperbanyakkan zikir dan amalan sunat.

Apa yang ibu-bapa ini tidak tahu, anak-anak muda itu telah digunakan untuk memajukan rangkaian perniagaan “Sultan”. Mereka juga terlibat dalam sebuah rangka-kerja besar berunsur militan untuk menerbitkan sebuah Daulah Islamiah tersendiri yang disokong “kerajaan langit”. Ahli kumpulan yang telah lama mengikuti program lalu dikira layak untuk memasuki peringkat seterusnya pula akan disuruh bertapa di dalam gua atau mana-mana tempat sunyi yang dikira sesuai. Di sanalah mereka menerima ujian seperti diganggu hantu pocong, harimau jadian ataupun perempuan jelmaan yang ingin menggoda “keimanan” mereka. Ahli yang lebih maju akan di bawa berjumpa “para wali dan Nabi-nabi” malah ada yang mendakwa telah naik “Mikhraj” lalu “bertemu” Allah Subhanahuwata’ala!


Allah! Memang cantik kawasan tersembunyi yang terletak di Hulu Terengganu ini... Indah, Subhanallah... Cukup sesuai untuk mereka yang mahu mendekatkan diri kepada Allah mengasingkan diri daripada hiruk-pikuk orang ramai dan panas dosa kehidupan masyarakat sekarang!

Cuma kadangkala disebabkan kurang ilmu atau terdesak, kita tidak dapat menilai dengan sebenar-benar penilaian akan hakikat sesuatu keadaan ataupun kebenaran satu-satu ajaran... Lalu muncullah pihak-pihak yang sanggup menggunakan mereka yang jujur mahu mencari ketenangan dan kedamaian... Pihak yang jujur inipun dikumpulkan untuk menguatkan cita-cita peribadi orang-orang tertentu untuk berkuasa, orang-orang yang sanggup bersengkongkol dengan kuasa-kuasa alam ghaib seperti jin dan sebagainya demi mendapat kelebihan yang dapat menundukkan manusia lain!

Sedutan cerita BKA II yang seterusnya...

-----------------------------------

Pengaruh “Sultan” begitu kuat sehingga berjaya menarik seorang personaliti terkenal tanah-air untuk “diisi” dengan “roh” Puteri Gunung Ledang, kononnya dialah jelmaan puteri legenda itu! Kebetulan personaliti tersebut adalah kenalan Nur... Melaluinya, gadis kesayangan Rasyid itupun terjebak sama, setelah menghadiri beberapa acara kelolaan mereka. Ketua kumpulan dapat melihat kelebihan tertentu yang ada pada Nur lalu ingin “menjadikannya” sebagai Puteri Balqis. Seorang pengikut kanan kumpulan pula sangat meminati gadis itu... Maka sang “Sultan” pun menggunakan segala ilmu dan kebolehan yang ada untuk “menggandingkan” mereka.

Sejak itu, Nur sering hilang ingatan dan resah tidak tentu pasal. Dia mula berulang-alik ke Pantai Timur untuk menziarahi markas kumpulan di dalam hutan. Rasyid tidak tahu bagaimana hendak menolongnya... Gadis itu sering naik angin tidak tentu pasal apabila dihubungi. Manakan tidak, setiap kali ke sana, dia diberi makan-minum yang “diisi” dengan sesuatu. Semangatnya pula dipuja secara batin supaya terus mengikuti kumpulan!

Nur yang semakin parah kerana tidak sedar diriya telah diremote-control hampir terjebak menghisap dadah. Jiwanya seolah “diseru” supaya mencuba! Nasib baik dia sempat mengadu kepada Rasyid walaupun ketika itu mereka sudah putus hubungan... Jika tidak, sudah tentu gadis itu akan terikat kerana ketagihan yang timbul cuma dapat diubati sang “Sultan”...

Rasyid sudah dapat menghidu sesuatu yang tidak kena lalu bergegas ke Pantai Timur membawa seorang kawan yang lebih arif tentang ilmu kebatinan berkenaan pemujaan semangat. Kawan itu juga agak mahir dalam ilmu berkaitan Qarin dan jin yang menjadi permainan kumpulan. Dipendekkan cerita, Nur yang sedang dalam keadaan separuh sedar dapat dikeluarkan daripada lingkungan pengaruh mereka sebelum dipulihkan. Tetapi kumpulan itu pula berdendam dengan Rasyid… Sudahlah sebelum itu, sang “Sultan” tidak menyukainya apabila mendapat tahu pemuda itu berasal daripada keturunan tertentu yang boleh menyanggah dakwaannya sebagai “Sultan”, kini “Puteri Balqis”nya pula telah dibawa lari keluar…

Tidak lama kemudian, anak kelahiran Muar, Johor itu mendapat satu “kunjungan mesra”. Ketika sedang berbaring antara tidur dan sedar, tiba-tiba mata-hatinya dapat melihat beribu lelaki bertubuh sasa muncul, masing-masing dengan pedang siap terhunus untuk memenggal kepalanya!


Kelihatan dalam gambar ini sebuah batu yang terbelah dua... Menurut ceritanya, batu ini telah dibelah dengan tangan oleh seorang wali Allah dahulukala bernama Sharif Muhammad Al-Baghdadi, orang yang dikatakan menulis Batu Bersurat Terengganu lebih 700 tahun lalu!

Kita sambung lagi sedutan daripada BKA II... Beberapa mukasurat ke hadapan setelah menceritakan beberapa pengalaman hidup watak utama Muhammad Al-Aminul Rasyid menangani perkara-perkara ghaib termasuk gangguan-gangguan yang pernah disebut oleh seorang bapa saudara sebagai satu usaha pihak berkepentingan untuk melenyapkan nasab keturunan mereka!

-----------------------------

Beratus, mungkin beribu pemuda bersenjatakan pedang mula mengepung lalu membuka langkah untuk menyerang... Kecuali di sekitar tempat Rasyid berdiri, setiap ruangan dipenuhi mereka, maka susah untuk meneka berapa ramaikah kesemuanya. Sekonyong-konyong itu, mereka bergerak ligat melompat-lompat sambil melibas-libaskan pedang-pedang tajam lagi berkilauan... Semakin lama semakin laju lalu membentuk sebuah puting-beliung besar diselang-selikan gerakan-gerakan liar yang tidak dapat lagi diekori dengan mata kasar... Mahu berpinar mata memandang...

Rasyid sedar mustahil dia boleh melawan… Pemuda itu cuma bertangan kosong sedangkan lawan yang dihadapi terlalu ramai dan tidak dapat lagi dihidu pergerakan - terlalu laju bertari perang lagi bersimpang-siur hingga menutup setiap sudut walaupun sekadar untuk lari melepaskan diri. Nasib baik belum ada lagi serangan yang dapat melekat ke tubuhnya, tidak tahulah kenapa… Mungkin kerana penyerang-penyerang ini masih mengacah-acah? Sebab itu tidak ada satu libasan pun yang mengena? Apapun, bukankah segalanya berlaku dengan Qudrat dan Iradat serta izin Allah jua? Hmm... Mungkin Tuhan belum mahu mengizinkannya cedera...

Pemuda berhati kering yang sudah hilang rasa takut mati kerana mempunyai pegangan Tasawuf yang amat kental terutama dalam bab tawakal inipun memejamkan mata. Kalau dibuka pun tiada gunanya... Bukannya dapat menduga serangan yang begitu laju menderu-deru. Dia menenangkan jiwa-raga lalu melangkah ke dalam hakikat kalimah Lahaulawaquwataillah billahil aliyil azim – Tiada daya dan upaya kecuali daripada Allah. “Kalau hendak matipun matilah. Aku bukannya punya apa-apa lagi…” bisik hatinya redha menerima segala yang bakal terjadi.

Seketika kemudian baru Rasyid membuka mata... Terus dia mendapati dirinya berada di tengah putaran serangan musuh tetapi cukup jauh dan selamat untuk disentuh. Walaupun putaran itu masih liar dan ligat, pemuda itu dapat merasakan dirinya begitu tenang, seolah sedang berada di tengah-tengah mata puting beliung, the eye of the storm di mana tidak ada pergerakan angin walau sedikit pun. Tiba-tiba gerakan laju di sekeliling itu hilang... Seketika itu juga kelihatan, seorang lelaki berambut panjang jatuh melutut di hadapan, ahli kanan kumpulan ajaran Tasawuf sesat yang menaruh minat terhadap gadis kesayangannya Nur. Di tangan kanan Rasyid pula tergenggam sebilah pedang, rasanya milik hamba Allah itu yang mengetuai serangan... Entah bagaimana pula boleh beralih ke tangannya pula!


Beberapa ketika kemudian, sampailah saya ke markas kumpulan yang dimaksudkan... Markas yang diketahui penduduk tempatan sebagai sebuah pusat pemulihan para remaja juga orang dewasa bermasalah terutama akibat penggunaan najis dadah. Tetapi berapa ramai yang tahu tentang kaedah pemulihan yang digunakan, bagaimana mereka yang mencari pengubatan akan diisi dengan "sesuatu"?

Sambung lagi sedutan daripada BKA II, sedutan terakhir yang sesuai dengan penceritaan...

----------------------

Rasyid mengangkat pedang itu tinggi-tinggi untuk memancung kepala lelaki durjana yang hampir berjaya menyesatkan gadis pujaannya. Timbul rasa geram mengenangkan betapa dia dan Nur telah dianiaya permainan batin lelaki ini serta konco-konconya - maka memang dia ada hak untuk membalas dan membunuhnya. Nasib baik anak kelahiran Muar, Johor itu lembut jiwa... Hati kecilnya sempat menahan sehingga dirinya tersentak.

“Astaghfirullah! Apa sudah jadi pada aku?” terpacul kalimah istighfar berserta kesedaran yang mendalam. “Nenek-moyangku begitu pemaaf sehingga sanggup mendoakan kebahagian manusia-manusia yang telah menganiaya, meracuni dan membunuh mereka. Kenapa pula aku mesti bersikap kejam dan memancung kepala lelaki di hadapanku ini?”

Seketika itu juga Rasyid terkeluar daripada keadaan antara sedar dan tidur di mana semua ini berlaku lalu kembali ke alam dunia nyata. Tidak tahulah apa yang akan terjadi jika dia betul-betul menghayunkan pedang di tangannya lalu menceraikan kepala lelaki itu daripada badan walaupun sekadar di dalam mimpi… Lama kemudian, baru dia tahu apakah akibatnya jika dia meneruskan niat memancung kepala. Kata seorang tua yang amat arif tentang hal-hal kebatinan, besar kemungkinan lelaki itu akan meracau-racau di alam nyata... Kemudian menggelupur lari tidak tentu arah, langgar dinding, langgar segala benda di sekeliling kerana tidak dapat lagi melihat, seolah-olah sudah tidak ada lagi kepala di badannya…

“Nasib baiklah kamu tidak pancung,” dia memberitahu. “Kalau tidak kamu juga yang teruk nanti, rugi serugi-ruginya!”“Kenapa pula begitu?” Rasyid hairan. “Bukankah lelaki ini yang mencari bala?” Masih ada sedikit rasa tidak puas-hati terhadap apa yang berlaku...Orang tua itu memandang serius. Katanya ini adalah ujian Allah untuk pemuda itu. “Walaupun kamu ada hak untuk membunuh lelaki tersebut kerana dia lebih dahulu cuba menganiaya kamu, kamu akan dikira gagal kerana tidak berjaya menahan nafsu amarah. Akibatnya perjalanan kerohanian kamu akan tersekat dan hidup kamu akan semakin celaru. Maka berpusing-pusinglah kamu kerana terhalang daripada rahmatNya…”

Bagaimana pula kalau penyerang ini berjaya membunuh Rasyid dalam keadaan mimpi separuh sedar itu? Orang tua ini menggelengkan kepala. Katanya, ada kemungkinan pemuda itu akan putus nafas dalam tidur!

Di sini biar dimaklumkan, tujuan saya ke tempat ini lagi tahun 2008 bukanlah untuk melihat sangat kumpulan itu atau mahu menyelamatkan sesiapa... Tujuan saya ke tempat ini adalah untuk menziarahi sebuah makam yang menurut beberapa orang tua ada kena-mengena dengan susur-galur salasilah keluarga saya, juga wasilah penyampaian ilmu dan amalan Tasawuf...

Mungkin ada yang akan melihat cerita-cerita sedutan daripada buku BKA II yang dipaparkan di sini sebagai satu cerita dongeng... Mungkin ada yang menganggapnya mustahil... Tetapi percayalah, ia benar-benar telah berlaku... Cuma cara penyampaian cerita itu sahaja yang diolah sedikit lain...

Tuan-tuan dan puan-puan... Disebabkan sedutan cerita itulah seorang pembaca telah membuat komen yang dipaparkan pada permulaan artikel ini... Biar saya copy n paste kembali komen itu...

Anonymous said...


salam...abang radzi klu pegi pantai timur nanti,tlg lah pantau kump tasawuf sesat spt yang abg radzi cterkan dlam buku BKA tu.sebab pengaruh ustaz makin mnjadi di kedah.di a.setar n jitra.dulu da kena tangkap.terlepas g2 jer.smpai sy pun hampir jd pengikut.lgu dendang yg mereka bawakan memang merdu.tp syg,ternyata mereka sesat.ader ke plak malaikat2 dtg jauh dr mesir nun,msuk dalam jasad manusia,pas 2 marah2.fyi,putri gunung ledang da dapat kt org len.yg lama da insaf kot.


Thursday, March 20, 2008 8:42:00 PM

Komen ini membuat saya terasa bertanggungjawab perlu melakukan sesuatu... Tetapi apa yang boleh dilakukan dengan kudrat yang tak seberapa ini seorang diri? Terhadap sebuah kumpulan yang sudah lama bergerak lancar yang saya percaya memiliki ribuan pengikut termasuk orang-orang yang berkuasa?


Apa yang mampu dibuat adalah sekadar berdoa di hadapan makam ini... Ya Allah ya Tuhanku, dengan berkat seorang wali mu yang besar yang bersemadi di sini, dengan salasilah serta wasilah keturunan yang ada dalam diriku, dengan kemuliaan serta syafaat kekasih Mu, junjungan besar kami Muhammad SAW, dengan pemuka para Ahlul Bait nya Saidina Ali, Saiditina Fatimah, Saidina Hassan dan Saidina Hussein dan segala keturunan mereka yang baik-baik, aku mohon engkau perbaikilah orang-orang ini... Keluarkan mereka, juga diri aku sendiri daripada apa-apa bentuk kesesatan dengan penuh kasih sayang Mu ya Allah...

Jika beberapa tahun dahulu, saya mungkin akan meminta supaya Allah melaknat kumpulan ini terutama ketua-ketua mereka yang saya lihat telah begitu jauh menyeleweng dalam pemahaman akidah dan pembawakan Tasawuf, kini saya terasa lebih tenang dan memahami dalam melihat keadaan ini. Dulu, saya begitu marah kerana mereka-mereka inilah saya anggap perosak jiwa teman wanita kesayangan sehingga kami selalu bergaduh lalu berpisah... Tapi itu dahulu, ketika keadaan jiwa saya terasa begitu sempit akibat banyak perkara yang tidak dapat dilepaskan dari dalam sanubari... Kini saya telah berjaya meluahkan banyak perkara yang selama ini terkunci melalui siri buku "Berpetualang ke Aceh". Sejak itu, terasa lebih ringan dan Insyaallah semakin ringan walaupun beban yang digalas masih belum hilang 100 peratus...


Selepas selesai melihat makam dan kawasan sekeliling dengan pengawasan ahli kumpulan, saya pun bersedia untuk meninggalkan kawasan. Jika dahulu saya melihat ahli-ahli kumpulan ini sebagai musuh-musuh yang perlu dihapuskan suatu hari nanti, kini saya melihat mereka sebagai manusia biasa yang amat memerlukan pertolongan dan kasih sayang...

Tuan-tuan dan puan-puan... Mereka-mereka ini semuanya pernah terjebak dalam permasalahan hidup yang menyebabkan sesetengahnya jadi penagih dadah, ada jadi mat rempit, minah bohsia, mat bohjan, gangster jalanan dan sebagainya... Jika dilihat dari satu segi sahaja, mereka boleh dianggap sebagai para penjahat yang perlu dihukum, apalagi jika terlibat dalam usaha melarikan orang yang anda sayang... Cuba pula melihat daripada segi kemanusiaan dan hubungan sesama insan... Nescaya anda akan nampak bahawa mereka-mereka ini sekadar manusia biasa yang kehilangan arah dan amat memerlukan kasih-sayang dan simpati masyarakat umum... Fikirkan... Bagaimana jika anda pula berada di tempat mereka? Mahukah dihukum orang atau anda mengharapkan talian bantuan daripada mereka yang simpati juga?


Bot milik kumpulan sedang disediakan untuk membawa saya keluar dari markas... Kalau tak salah ingatan, semasa ini cuma terdapat paling banyak pun 30-40 orang di tempat ini sedangkan ia mampu menampung ratusan orang dengan bekalan makanan dan keperluan yang dibawa masuk dari Kuala Berang...

Pada awal artikel ini, dalam copy n paste daripada cerita Kuala Terengganu dan makam-makam lamanya... Tapak untuk cerita ke Kuala Berang... saya ada menyebut tentang nama Ustaz Zul yang dikehendaki polis atas beberapa kes cabul dan rogol... Untuk makluman, Ustaz Zul adalah ketua kumpulan ini... Beliau juga bertanggungjawab ke atas beberapa buah markas yang terletak di seluruh Malaysia termasuk beberapa yang saya diberitahu terletak jauh di dalam hutan...

Saya pernah beberapa kali berjumpa dengan Ustaz Zul sekitar tahun 2004 dan 2005... Ketika itu, beliau memberitahu mahu membela para remaja Melayu yang tersesat jalan untuk ditarbiyah kembali dan dibina menjadi insan-insan yang berguna terutama dalam perjuangan akhir zaman... Saya faham sangatlah tentang perjuangan akhir zaman ini kerana saya sendiri beriya-iya mahu menyediakan diri untuk masa hadapan yang akan datang seperti termaktub dalam hadis-hadis Nabi mengenai kemunculan watak jahat Dajjal melawan watak penyelamat Al-Imam Mahdi dan Nabi Isa nanti... Lalu Ustaz Zul menyebut anak-anak didiknya ini akan dilatih kembali menjadi seperti orang Melayu lama yang penuh beradab seperti dahulukala demi menyokong perjuangan akhir zaman... Katanya, untuk melakukan itu, dia harus menampilkan diri sebagai seorang Sultan... Kemudian dia berjanji akan menyerahkan "pemerintahan" itu kembali kepada seorang Sultan sebenarnya yang akan muncul nanti!

Sebelum meninggalkan markas, saya sempat duduk sebentar dengan Amir atau ketua yang menjaga kawasan ini serta beberapa penghuni lain... Cerita punya cerita rupa-rupanya mereka masih ingat lagi tentang saya yang pernah masuk ke sini 2 kali sekitar tahun 2004... Pertama kali seorang diri dan bermalam di masjidnya, kali kedua dengan seorang ahli kerabat diraja tua Terengganu bernama Engku Sayyid Mokhsin...

Rupa-rupanya mereka juga masih ingat bahawa saya ini seorang bekas wartawan... Lalu saya hadiahkan sebuah poster promosi siri buku "Berpetualang ke Aceh"... Jika sahaja mereka tahu beberapa isi yang telah diterapkan di dalam siri buku ini seperti yang disedut lalu dipaparkan di sini... Entah mereka akan membenarkan saya masuk ataupun tidak? Atau mungkin sahaja saya akan dipancung mereka?

Apapun, saya bukan marah pada mereka lagi... Apalah salah mereka kecuali menurut apa yang dibawa ketua? Itupun bukan apa... Mereka menurut segalanya kerana tidak tahu lagi arah hidup sendiri. Sedangkan apa yang sangat mereka perlukan adalah pemulihan berserta kasih-sayang... Kalau masuk pusat Serenti dan sebagainya, jangan hairanlah jika mereka-mereka ini teruk dipukul warden dan sebagainya... Itu yang biasa saya dengar le... Seorang sepupu saya pernah bekerja menjaga pusat Serenti dan dia sendiri mengaku dahulu dia suka memukul para penagih dadah sebegini...

Mereka-mereka ini bila keluar pusat pemulihan biasa pun belum tentu akan diterima baik oleh masyarakat mahupun keluarga... Itulah hakikat dunia kita ini... Tetapi di sini, di bawah program penjagaan Ustaz Zul termasuk di markas Hulu Terengganu ini, mereka terasa diri mereka seperti amat dihargai dan disayangi, tak kiralah jika orang yang menaungi itu setakat menggunakan mereka untuk kepentingan diri sendiri... Tak kiralah jika Ustaz Zul betul-betul pernah mencabul dan merogol ramai wanita dan anak gadis...

Pada mereka ini, mustahil orang seperti Ustaz Zul yang berjaya memberikan mereka harapan baru dalam kehidupan sanggup membuat kerja-kerja keji sebegitu... Begitu juga orang ramai selalu tertipu dengan tokoh-tokoh politik yang pandai memainkan sentimen dan perasaan!


Apapun, sampailah masanya untuk meninggalkan tempat ini...

Tuan-tuan dan puan-puan, membuat cerita sebegini ada risikonya, mungkin risiko nyawa! Mungkin ada yang tidak akan senang dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat di sini lalu akan cuba mencari jalan agar saya jadi "senyap" buat selama-lamanya... Apapun, saya tetap ceritakan di sini untuk difikirkan juga dijadikan iktibar untuk semua orang... Lagipun seperti yang disebut awal tadi, saya rasa bertanggungjawab untuk berbuat sesuatu apabila melihat komen seorang pembaca yang meminta saya memantau aktiviti serta pergerakan kumpulan ini...

Lihat balik jawaban saya pada komen tersebut...

Radzi Sapiee said...


Wassalam. Insyaallah tentang kumpulan tersebut nanti saya lihat. Susah jugak sebab ramai yang percaya kat diaorang ni termasuk pihak keselamatan Malaysia sendiri. Takpa... Tentunya ada hikmah di sebalik semua ini. Apabila sampai masanya, yang haq tetap akan muncul dan yang bathil akan gugur dengan sendirinya... Ada masanya, dengan hikmah Allah, dibenarkan dahulu kumpulan sebegini bertapak dan membina pengaruh. Sekurang-kurangnya dapat juga mengembleng dan menyatukan ramai anak Melayu bermasalah di bawah satu bendera walaupun ketuanya sebenarnya mahu menggunakan mereka. Apabila anak-anak muda ini sudah biasa dengan adab Melayu lama yang tahu menjunjung tinggi hakikat sebenar seorang Sultan sebagai wakil Allah yang mengatur kehidupan bermasyarakat di muka bumi ini, barulah kepala sebenar muncul untuk mengembalikan arah. Insyaallah! :]


Saturday, March 22, 2008 5:49:00 PM

Seperti ada disebut tadi, kalau dahulu mungkin saya akan meminta laknat ke atas mereka, kini saya cuma berdoa agar mereka ditunjukkan jalan yang benar... Mereka-mereka ini perlukan petunjuk dan pembelaan, bukannya hukuman yang terus membawa penderitaan... Kalau Ustaz Zul ditangkap pihak berkuasa dan kumpulan ini dihancurkan, ke mana pula mereka-mereka ini hendak lari? Kembali kepada keluarga dan masyarakat serta keluarga yang belum tentu dapat menerima mereka dengan senang? Kembali ke luar sana tanpa pengawasan ghaib kumpulan (tak kiralah guna jin ke Qarin ke) lalu terjebak balik dengan masalah-masalah sosial atau gian dadah kembali? Fikirkan... Apakah anda sanggup menawarkan diri ke hadapan untuk menjaga mereka-mereka yang akan jadi seperti anak yatim piatu nanti?

Terus-terang cakap sesungguhnya saya tidak ada apa-apa kemampuan untuk menjaga mereka semua... Yang mampu menjaga mereka sebenar-sebenarnya cuma Allah sahaja sebenarnya... Buat masa ini, penjagaan itu datang dalam bentuk program anjuran seorang insan bernama Ustaz Zul walaupun dia dikatakan telah mencabul dan merogol ramai orang... Maka mungkin sebab itu pihak berkuasa tidak betul-betul mahu menangkapnya?

Saya tidak hairan jika ini benar kerana saya kenal sungguh dengan beberapa orang individu yang pernah rapat dengannya... Adapun saya juga tahu tentang bilik kuning di Lembah Klang di mana cuma Ustaz Zul sebagai "baginda Sultan" serta seorang personaliti tanahair terkenal perempuan sahaja boleh masuk di dalamnya... Ini cerita 3-4 tahun dahulu le, tak tahu le apakah perkembangan seterusnya... Soalnya, bagaimana mereka boleh masuk bersama ke dalam satu bilik tanpa ada orang lain bersama, apalagi atas nama sebuah pergerakan yang memperjuangkan Islam akhir zaman sedangkan personaliti yang dimaksudkan adalah isteri orang?

Apapun, mari kita doakan kebaikan untuk mereka semua demi kebangkitan umat Islam akhir zaman. Sesungguhnya kita memerlukan lebih ramai orang yang sanggup berjuang untuk kebenaran... Mungkin mereka-mereka ini tersilap arah lagi akibat terlalu bergantung kepada seorang manusia biasa yang masih mempunyai nafsu rendah untuk berkuasa dan sebagainya... Tetapi siapa tahu, apabila berlaku musibah besar yang mengancam keselamatan negara, mereka-mereka ini juga yang akan bangkit berjuang di barisan hadapan kita nanti? Sekian! :]


p/s: Biasanya saya akan membuat cerita rumusan perjalanan di sesuatu tempat untuk dipaparkan di blogspot ini, setelah berjaya mengagih-agihkan gambar-gambar yang berkenaan untuk dipakai sama-rata di ketiga-tiga blogspot saya.... Tetapi kali ini, memandangkan ada cerita tentang markas kumpulan Ustaz Zul ini, maka cerita rumusan perjalan Kuala Berang telah saya buat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH , dengan tajuk Visiting old tombs in Kuala Berang... . Harap maklum...