Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Januari 25, 2011

Akhirnya... keretapi pun menuju destinasi

Ya. Seperti disebut pada tajuk, akhirnya keretapi pun menuju destinasi. Ini kerana secara rasminya buku ke enam saya yang bertajuk "Kereta api menuju destinasi" telah pun berada di pasaran. Hmm... keretapi dieja kereta api rupanya kini. Tak mengapalah... ikut sahajalah labu...


OK. Ini adalah senaskah buku "Kereta api menuju destinasi" berbanding buku ke empat saya "Rumah Azan" yang turut diterbitkan syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. "Rumah Azan" kelihatan lebih gah dengan saiznya serta warna lebih serius menggambarkan isi yang melibatkan agama Islam juga bangsa Melayu. Lihat Buku "Rumah Azan" dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC. Tetapi "Kereta api..." lebih menyenangkan dan friendly (nak sebut apa yek kalau friendly dalam bahasa Melayu? Takkan kekawanan kot). Selain warna yang lebih ceria, saiz lebih kecil terasa sesuai dan 'ngam-ngam'...


Saiz seperti kertas A4 memang lebih senang dipegang dan 'cukup-cukup' dalam tangan...



Mukasurat dalam...



Selepas beberapa mukasurat pengenalan, cerita pun dimulakan dengan perjalanan ke Pantai Timur.



Stesyen Bahau di Negeri Sembilan. Oh, biar diberitahu naskah ini telah saya ambil dari rumah penerbit Sabtu 10 hari lalu. Tetapi saya berazam tidak akan memaparkan cerita di blogspot sebelum disiapkan sekurang-kurangnya 3 buah artikel di bawah siri "Mencari jejak Merong".



Sekitar Mentakab, Pahang. Artikel ketiga Mencari jejak Merong - Pokok besar, Alor Setar dan surau tepi kubur berjaya disiapkan Sabtu baru ini lalu harus dibiarkan 'bertakhta' buat beberapa waktu.



Gua Musang, Kelantan. Siang tadi saya pun bercadang mahu membuka cerita.



Menyeberang Sungai Galas di Dabong, satu sungai utama yang membentuk Sungai Kelantan. Tapi sebelum membuat artikel tentang buku saya telah berjanji kepada diri akan membuat satu cerita tentang rombongan Kavadi Thaipusam dahulu di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Lihat Bumping into the Thaipusam procession.



Pasir Mas dan Wakaf Baru yang berdekatan Kota Bahru. Saya juga terasa mesti membuat satu artikel tentang satu tempat bersejarah di Muar. Lihat Kota Buruk (the ruined fort), Muar di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Selesai cerita perjalanan Pantai Timur hingga ke stesyen terakhir di Tumpat bermulalah cerita perjalanan ke utara. Entah kenapa siang tadi saya terasa harus melihat koleksi gambar bulan Januari yang telah dibuat setakat ini lalu dijadikan cerita.



Kuala Lumpur. Natijahnya saya harus membuat 7 artikel baru di BERPETUALANG KE ACEH. Turut dibuat adalah 3 di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Ipoh, Perak dan stesyen 'Taj Mahal'nya. Seterusnya saya membuat artikel Mencari makna di sebalik Januari yang santai? di blogspot ini untuk menghubungkan semua...



Karai berdekatan Kuala Kangsar. Selesai itu baru dapat dimulakan artikel ini.



Stesyen Butterworth, Pulau Pinang. Oh, buku ini memiliki lebih 120 mukasurat yang dihiasi gambar-gambar. Apa yang ditunjukkan di sini cuma sedikit sahaja...



Gunung Jerai, Gurun dan Alor Setar, semuanya di Kedah. Anda boleh membaca teks yang tertera dengan cara klik pada gambar atau buka di windows lain. Selepas itu kalau perlu, besarkanlah sampai ke satu peringkat yang cukup jelas untuk bacaan anda...



Hatyai yang terletak di Thailand turut diliputi kerana perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (masih tak biasa ejaan kereta api ni...) boleh sampai terus ke sana.



Seterusnya adalah perjalanan ke selatan...



Segamat, Johor. Buku ini bukan sekadar bercerita tentang keretapi dan stesyen keretapi. Ia turut bercerita tentang perjalanan juga tempat-tempat menarik yang boleh dicapai melalui keretapi.



Warung kopi stesyen Kluang... memang enak kopinya...



Stesyen Johor Bahru baru dan lama. Untuk makluman buku ini meliputi semua stesyen utama yang ada di Semenanjung Tanah Melayu.




Sambil itu ia merekodkan keadaan yang bakal menjadi sejarah dan nostalgia buat kita. Kerana masa akan datang keadaan mungkin berbeza, jauh berbeza. Misalnya stesyen KTMB di Tanjung Pagar berdekatan pusat bandaraya Singapura akan dibawa ke Woodlands berdekatan Tambak Johor menjelang pertengahan 2011. Tahun 2018 pula ia dirancang akan dibawa keluar terus. Bila masa lagi nak merasa naik keretapi TANAH MELAYU sampai ke Singapura yang sudah tentu dikuasai BUKAN MELAYU? Sedangkan Malaysia pun mahu diBUKAN-MELAYUkan pihak tertentu juga...



Bahagian dalam kulit belakang. Biar saya mengambil peluang di sini untuk turut mengucapkan terimakasih kepada DBP kerana menolong menjadikan buku ini realiti. Tanpa sokongan dana yang diberi rasanya syarikat tidak akan berani menerbitkan buku mewah sebegini kerana kosnya yang tinggi belum tentu berbaloi dengan sambutan pembaca tempatan yang mungkin belum pandai menghargai bacaan sebegini.




Hmm. Gambar saya nampaknya ditangkap secara curi dalam keretapi oleh jurugambar. Takpa... asal jangan kantul tengah korek hidung ke garu ketiak ke dot dot dot ke sudahlah. Anda boleh membaca artikel-artikel tentang pengalaman sebenar mengembara menaiki keretapi dan sebagainya ke sana ke mari untuk menyiapkan buku. Masuk ke artikel Projek buku keretapi. Hmm... elok juga saya copy and paste di sini...

























Biar diberitahu penulisan buku ini dan pengembaraan yang perlu asalnya mahu dimulakan sebaik sahaja selesai penulisan buku "Rumah Azan" lebih 2 tahun lalu. Sebaliknya atas sebab tertentu ia cuma dapat dimulakan pertengahan tahun lepas. Apabila siap pengembaraan dan tulisan pula ia memakan masa lagi untuk menjadi buku. Selagi belum terbit dan dicetak kita tak tahu apa yang boleh berlaku. Jadi alangkah bersyukurnya saya apabila ia akhirnya keluar juga.

Biar turut diberitahu buku ini dicadangkan dijual pada harga RM99.90 senaskah. Tapi saya lihat tadi di Facebook Karnadya harganya RM109.90. Memanglah mahal tetapi berbanding kos penerbitan dan sebagainya ini sebenarnya 2/3 dari harga sepatutnya. Itupun anda boleh dapat lebih murah. Syarikat Karnadya menawarkan potongan harga 40 peratus jika diberi secara on-line. Masuk sini . Sekian selamat malam. :]


Mencari makna di sebalik Januari yang santai?

OK. Kita keluar sebentar daripada penceritaan perjalanan ke utara bulan puasa yang membentuk siri baru "Mencari jejak Merong". Mari! :]


Bandaraya Kuala Lumpur dilihat dari luar kantin Dewan Bahasa dan Pustaka...


Assalamualaikum semua. Setelah membuat 3 artikel terawal dalam siri "Mencari jejak Merong" saya bercadang mahu membuat satu artikel tentang buku. Tetapi entah kenapa apabila melihat koleksi gambar untuk bulan Januari 2011 setakat ini timbul rasa kuat untuk melepaskan dahulu apa-apa rasa yang terbit berdasarkan koleksi tersebut. Untuk makluman sekembalinya dari perjalanan terbaru ke Pantai Timur (rujuk Perjalanan 2367 km dan 4743 gambar) saya dan isteri telah membuat keputusan tidak akan berjalan jauh buat satu masa. Kami sudah cukup kepenatan selain kurang belanja. Kami juga perlu mengurangkan beban yang ditanggung kereta buat sementara.

Siang tadi pun dihabiskan untuk membuat 7 artikel baru di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Turut dibuat adalah 3 artikel di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART), satu daripadanya terbit akibat sebab lain, bukan daripada koleksi gambar Januari. Kecuali yang satu itu semuanya dibuat berdasarkan tempat-tempat yang tidak begitu jauh dari rumah, paling jauh pun mungkin sekitar 110 km sahaja. Namun ada semacam perkara tersirat diisyaratkan melalui cerita yang terkeluar tanpa dirancang.

Sesi dimulakan dengan perjalanan santai ke pekan Batu Arang yang terletak cuma 3 km dari rumah. Dari situ beralih ke cerita majlis kahwin saudara dua pupu di Shah Alam. Ini diikuti berjalan-jalan di ladang orkid 6 km dari rumah. Tiba-tiba ada pula cerita tentang Sungai Kelang di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Perjalanan paling jauh dibuat setakat ke Nilai sebelum ke bandar lama Bangi kemudian ke Kajang melalui Semenyih. Namun penceritaan yang asalnya mahu dibuat lebih kurang menjadi sesi untuk melepaskan rasa pilu lama pula. Seterusnya adalah kisah bertembung dengan rombongan membawa Kavadi di Jalan Ipoh menghala ke Batu Caves untuk perayaan Thaipusam. Ini diikuti penemuan satu objek seperti bukit kecil di Kuala Selangor yang seperti mahu menyatakan sesuatu.

Di celah-celah itu ada artikel ringkas tentang 2 buah masjid. Atas gerak Allah Ta'ala, satu kerja tertentu dapat diselesaikan semalam menyebabkan saya mencari kembali gambar-gambar tentang Kota Buruk di Muar lalu tergerak membuat artikel baru di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART), . Itulah satu-satunya artikel yang dibuat siang tadi tanpa melibatkan koleksi gambar bulan Januari. Sebaliknya ia menggunakan gambar-gambar lama yang telah diambil lebih 3 tahun lalu.

Menariknya artikel baru Kota Buruk itu menjadi yang ke 494 di blogspot itu. Ini membuat saya ingin menyemak apakah artikel-artikel ke 494 di blogspots saya yang lain. Terjumpalah The unique station at Bahau dan Cerita An-Nur - Penerimaan yang memberangsangkan keluarga di Segamat. Turut ditemui adalah Susah-payah mempromosi/menjual buku (sehingga perlu lari-lari) di pesta buku... yang walaupun merupakan artikel ke 495 di blogspot ini kelihatan seperti menyambung perkara yang tersurat dan tersirat pada artikel ke 494, tentang penerimaan memberangsangkan keluarga yang sebenarnya turut melibatkan buku.

Kebetulan sebelum itu saya tergerak untuk memilih gambar di atas sebagai hiasan. Bila sebut Dewan Bahasa dan Pustaka sudah tentu ia melibatkan buku. Diharap semua ini adalah petanda baik buat saya. Sekarang biar diletakkan links untuk semua artikel baru yang dibuat siang tadi.



1. A relaxing afternoon at Batu Arang.

2. Al-Rasyid's antics at a cousin's wedding....

3. Al-Rasyid and the orchid farm

4. Kelang river at Kuala Lumpur city centre

5. From Nilai to Kajang : Reminiscing on how life has changed and such

6. Bumping into the Thaipusam procession

7. The little 'hill' recently discovered in Kuala Selangor

8. Masjid (Mosque of) Kampung Sungai Tua Baharu, Batu Caves

9. Masjid kuarters KLIA (Mosque of KLIA quarters)

10. Kota Buruk (the ruined fort), Muar


Sabtu, Januari 22, 2011

Mencari jejak Merong - Pokok besar, Alor Setar dan surau tepi kubur

Hmm. Tanpa membuang masa kita sambung cerita dari Mencari jejak Merong - Keistimewaan Gunung Jerai.


Puas melihat Gunung Jerai perjalanan turun pun dimulakan.


Sampai satu bahagian terlihat sebuah pokok besar yang ada sesuatu agak pelik. Saya pun turun kereta untuk melihat lebih dekat.


Ada batu nesan di pangkal pokok.


Tetapi apabila dilihat lebih dekat ia cuma batu nesan yang boleh diletakkan siapa sahaja di pangkal pokok. Entah siapa le punya kerja... (terlupa nak ambil gambar yang menunjukkan batu nesan boleh diangkat begitu saja).


Perjalanan diteruskan ke utara.


Nampak tak langit semakin gelap?


Nah. Matahari hampir terbenam.



Terpaksalah berhenti mencari makan.


Bukan apa. Mana boleh lewat-lewatkan waktu berbuka puasa? Berbukalah walau dengan sedikit juadah dan air...


Oh. Untuk sesiapa yang tak tahu cerita ketika itu dah pertengahan bulan Ramadhan. Perjalanan pun disambung waktu Maghrib.


Sampai di Alor Setar kami terus menuju ke Masjid Zahir.


Pemandangan Menara Alor Setar dari perkarangan masjid.


Kami mandi membersihkan badan di bilik air masjid sebelum melihat ke dalam. Lagipun kami belum bersolat Maghrib.

Saya tak pasti jika pernah masuk ke Masjid Zahir waktu malam. Yang saya pasti setelah banyak kali ke sana, baru kali ini terlihat ada lagi ruang solat di hadapan. Lihat artikel Night visit to Masjid (mosque of) Zahir di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Perjalanan diteruskan ke barat-laut Alor Setar.



Destinasinya sebuah surau kecil 11 km perjalanan.


OK. Pada hujung artikel Mencari jejak Merong - Perjalanan ke utara pun dibuka... saya ada menyebut telah mendapat petunjuk akan bagaimana perjalanan ke utara ini harus dibuat agar dapat melawat seberapa banyak tempat dan menunaikan apa-apa hajat sedangkan pada hujung artikel Mencari jejak Merong - Keistimewaan Gunung Jerai pula disebut petunjuk itu akan disebut pada artikel seterusnya. Maka biar ditunaikan janji.


Pertengahan 2008 isteri saya mendapat mimpi ada orang memberitahu agar dia bersuluk 3 malam di sebuah pondok berhampiran tanah perkuburan. Di situ ada sebuah makam yang dikaitkan dengan Saidina Ali dan Saidina Hassan. Isteri saya kemudian menceritakan isi mimpi. Saya mendapati ia menepati ciri-ciri satu lokasi berdekatan Alor Setar walaupun pondok dalam mimpi mungkin telah digantikan dengan surau tepian kubur.

Sejak itu saya berazam akan membawa isteri ke sana tetapi masih belum mendapat masa yang sesuai untuk menurut saranan dalam mimpi. Apabila timbul peluang cuti beberapa hari untuk berjalan ke utara dapatlah saya membawanya ke sana. Tetapi bagaimana rancangan untuk berjalan jauh hingga ke Hatyai sebelum kembali melalui Perlis lalu singgah ke makam Sultan Muzaffar Shah I Kedah berdekatan kaki Gunung Jerai dapat diselaraskan dengan suluk 3 malam yang harus dibuat di satu lokasi sahaja? Sedangkan ada begitu banyak tempat yang ingin disinggahi dalam perjalanan.

Ikut rancangan asal yang menurut pusingan besar lawan arah jam kami boleh tidur di mana saja suka. Mungkin satu malam di Alor Setar, satu di Hatyai, diikuti satu di Perlis sebelum bermalam di Pulau Pinang ataupun Perak. Esoknya sambung sahaja perjalanan sehingga kembali ke rumah. Suluk 3 malam pula akan mengikat kami ke satu tempat. Terfikir juga mungkin satu perjalanan khas yang lain harus dibuat untuk itu. Tapi berapa lama nak tunggu sehingga ada peluang dan kesempatan? Cuti lebih 3 hari bukan selalu dapat. Bila dapat bukan selalu larat, perlu ada banyak kudrat untuk berjalan jauh selain cukup duit belanja...


Masuk bersolat sunat Tarawikh di surau. Adapun di puncak Gunung Jerai baru saya mendapat petunjuk, perjalanan jauh ke utara melawat banyak tempat boleh diselaraskan dengan suluk 3 malam dengan cara bermalam di surau berkaitan. Tak perlulah beramal atau berada di situ 24 jam, cukup dengan cara beriktikaf asalkan sebahagian malam dihabiskan di surau berdekatan makam. Siangnya jalanlah puas-puas. Pergilah ke mana sahaja suka asal cukup 3 malam di surau.

Dengan petunjuk inilah perjalanan seterusnya. Tentang makam siapakah itu, biar diceritakan kemudian. Butiran perjalanan juga akan diberikan sambil cerita dikembangkan. Untuk makluman, ini adalah artikel ke 797 di sini. Hampir-hampir menyerupai nombor plet kereta kami iaitu 7997. Kira samalah tu. Habis takkan nak tunggu sampai dah tulis 7997 artikel baru boleh dikaitkan. Nak mampus ke hapa... heh! :]


Rabu, Januari 19, 2011

Mencari jejak Merong - Keistimewaan Gunung Jerai

OK. Saya dilanda 'sakit' malas menulis yang kronik lagi. Lagipun saya sekarang sangat sibuk dengan kerja tertentu, kerja penulisan juga yang menyebabkan saya kurang rehat dan agak tension apalagi saya sebenarnya sedang malas menulis. Tetapi janji mesti ditunaikan. Kata-kata mesti dikotakan. Siri "Mencari jejak Merong" yang sudah 6 hari senyap setelah dibuka Khamis lalu 13/1/11 pula harus diteruskan. Lagipun tarikh hari ini bersamaan 19/1/11, ada faktor 191, satu lagi nombor yang bermakna buat saya (lihat 911, 119 dan 191 (Hmm... Apa pula ini?)). Maka biar disambung cerita. Dari Mencari jejak Merong - Perjalanan ke utara pun dibuka......

Sambil meninggalkan Sungai Petani menuju lebih jauh ke utara pemandangan Gunung Jerai semakin gah.


Ketika itu sudah tengahari 'buta'. Sampai di satu tempat jam menunjukkan nombor 12:34.


Kalau tak salah ingatan kami baru sampai ke Gurun.


Kelihatan di sini pula kami menghampiri sempadan daerah Yan.


Sampai di satu bahagian ada tarikan 'besi berani' 'menyimpangkan' jalan.


Kalau ikut rancangan saya mahu menerukan perjalanan ke utara hingga ke Alor Setar seterusnya masuk Thailand hingga ke Hatyai sebelum turun melalui Perlis lalu kembali ke selatan. Dalam perjalanan ke selatan itulah saya merancang mahu menaiki Gunung Jerai, sebelum menziarahi makam Sultan Muzaffar Shah I Kedah di satu bahagian berdekatan kaki gunung, makam yang menjadi sebab siri ini dipanggil "Mencari jejak Merong" . Sebaliknya timbul rasa yang kuat untuk menaiki gunung lebih awal. Lihat artikel The trip up Gunung (mount) Jerai di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Sampai di puncak meter menunjukkan kami sudah berjalan 433 km sejak meninggalkan rumah sebelum sahur. Oh, biar diingatkan perjalanan ini dibuat pertengahan bulan Ramadhan.


Kami pun keluar untuk mengambil udara segar. Kawasan ini terletak di dalam satu-satunya kompleks rumah peranginan yang ada. Biar diberitahu di sinilah sering disebut letaknya puncak Gunung Jerai kerana dibuka kepada umum. Walhal ia adalah puncak kedua tertinggi. Puncak tertinggi yang kelihatan dalam gambar dijaga oleh askar dan ditutup kepada orang awam. Tidak semua orang mahu atau larat naik kecuali mereka yang sudah biasa dengan jalannya yang sempit.


Lagipun pemandangan di sini lebih mengujakan kerana ruangnya lebih terbuka dan luas. Tidak seperti di puncak sana yang cuma boleh dinaiki awam setakat di lereng sebelum puncak, itupun kalau sanggup melepasi jalan sempit, di sini banyak kemudahan dan sering dinaiki orang.


Al-Rasyid yang berumur 10 bulan pula masih tidur panjang.


Bila diangkat masuk ke dalam surau atas gunung baru dia terjaga. Lihat artikel Surau batu di puncak Gunung Jerai (The concrete small praying hall at the peak of Mount Jerai) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART . Di situlah saya akhirnya dapat tidur sedikit setelah lama bersengkang-mata menyiapkan artikel sebelum keluar berjalan. Rujuk balik penjelasan di Mencari jejak Merong - Perjalanan ke utara pun dibuka....


Oh. Biar diberitahu gambar tadi memiliki filename P8270219.JPG. Kenalah dengan keadaan kerana saya menulis artikel ini pada komputer nombor 19 di sebuah Cyber Cafe pada 19 haribulan.



Tadi saya ada urusan yang menyebabkan harus berada di Kuala Lumpur 40 km dari rumah hingga ke petang. Kalau tidak saya cuma membuat kerja termasuk artikel dari rumah. Maka digunakan Cyber Cafe untuk mempersembahkan artikel kedua siri baru ini. Lihat pemandangan dari surau yang sangat menarik di The superb views from on top of Gunung Jerai.




Seterusnya kami pergi ke telaga atau perigi Tok Sheikh. Lihat The well of Tok Sheikh.


Satu lagi tempat yang saya ingin bawa isteri dan anak terletak berhampiran puncak tertinggi.


Beginilah kedudukan dari puncak yang terletak di sebelah menara telekomunikasi yang dikawal tentera. Kereta diletakkan di jalan kecil masuk ke tempat yang dimaksudkan.


Al-Rasyid sedia untuk ke sana.


Ala... dia bukan kena berjalan pun. Tenggek kat badan Abah dia pun boleh sampai ke sana-sini.



Perjalanan pun dibuat ke tempat tersebut. Nampak dah apa tempatnya? OKlah. Lihat Bringing the family to the place designated as Padang (field of) Tok Sheikh. Di sini kelihatan anak dan isteri berada di atas apa yang dipanggil Batu Sajadah.


Bersolat di Batu Sajadah. Menurut ceritanya di sinilah Tok Sheikh, satu panggilan untuk ulamak silam bertaraf wali yang bernama Sheikh Abdullah, orang yang dikatakan mengIslamkan Sultan Muzaffar Shah I Kedah sering bersolat atau mengimami solat. Tempat ini dipanggil Padang Tok Sheikh kerana menjadi lapangan terbuka tempat ulamak itu menjalankan aktiviti seperti berdakwah juga mengajar orang. Namun saya ada diberitahu bahawa Padang Tok Sheik yang sebenar berada di puncak lain yang lebih jauh menghadap ke laut.

Deskripsi yang diberi menepati mimpi yang saya dapat ketika bermalam di rumah peranginan 3 tahun lalu. Ini berlaku setelah saya berjalan kaki seorang diri malam-malam dari kaki gunung untuk ke puncak, kalau tak salah ingatan pada malam Jumaat. Lihat artikel lama On to the summit of Gunung Jerai to close a chapter....



Video klip di bahagian bawah 'padang rasmi' Tok Sheikh. Saya sebut 'padang rasmi' berdasarkan kenyataan yang diberi oleh pihak berwajib seperti kerajaan yang menyebut sebagai Padang Tok Sheikh. Sedangkan 'padang tidak rasmi' adalah seperti diberitahu oleh orang tertentu dan pernah dilihat dalam mimpi.


Saya dan Al-Rasyid sedia untuk berjalan lagi. Biar diulang-balik beberapa sudut pandangan sejarah.

Kalau mengikut kenyataan rasmi seperti dirungkai dari kitab Hikayat Merong Mahawangsa, sang Merong sendiri mungkin beragama Hindu atau sebagainya sebelum keturunannya yang ke 8 atau ke 9 diIslamkan lalu memakai nama Sultan Muzaffar Shah. Oleh kerana ada beberapa orang Sultan Kedah memakai nama Muzaffar baginda dikenali dalam sejarah sebagai Sultan Muzaffar Shah I. Menurut hikayat itu, Sultan Muzaffar Shah ini diIslamkan oleh Sheikh Abdullah. Sekali lagi biar disebut, Sheikh Abdullah inilah yang namanya diabadikan pada Padang Tok Sheikh juga Telaga atau Perigi Tok Sheikh.

Kalau mengikut satu sumber lain pula Merong Mahawangsa itu sendiri adalah Sultan Muzaffar Shah dan baginda sudah lama Islam. Menurut versi ini Sultan Muzaffar Shah I datang ke Kedah sekitar tahun 770an Masihi sedangkan menurut versi rasmi Sultan Muzaffar Shah I memerintah 400 tahun kemudian. Kalau begitu siapakah Sheikh Abdullah yang dikatakan mengIslamkan Sultan Muzaffar Shah I? Kelihatan wataknya tidak relevan jika Merong Mahawangsa itu sendiri adalah Sultan Muzaffar Shah I dan sudah lama Islam. Atau mungkin kenyataan ini benar tetapi kemudian muncul anak cucu baginda memakai nama Sultan Muzaffar Shah setelah diIslamkan oleh Sheikh Abdullah? Mungkin yang dimaksudkan adalah pembaharuan kembali syahadah demi mendapat wasilah baru yang lebih berkat?

Pada penghujung artikel Mencari jejak Merong - Perjalanan ke utara pun dibuka... ada disebut begini...

Dalam tempoh kurang 9 jam meninggalkan rumah saya telah menziarahi beberapa buah tempat yang memang ingin dilawati tapi tak pasti harus mengikut laluan mana dan bagaimana, dapat juga menikmati segala pemandangan segar yang ada. Rupa-rupanya Allah juga akan memberi petunjuk agar satu lagi hajat besar yang belum disebut setakat ini dapat dicapai.

Biar petunjuk yang dimaksudkan diceritakan pada artikel selepas ini. Oh, sebelum menutup cerita saya menyarankan agar mereka yang berkenaan bersedia untuk menghadapi sesuatu.

Saya difahamkan puak Thai akan menyerang kita secara besar-besaran esok. Mereka mempunyai ilmu yang hebat-hebat sehingga sanggup mencucuk-cucuk badan tanpa rasa sakit dah boleh mengangkat banyak barangan yang berat. Tak percaya. Pergilah ke Batu Caves. Kepada yang berkenaan selamat menyambut perayaan Thaipusam. Mungkin perkataan 'pusam' ada makna tertentu dalam bahasa Siam? Mungkin ia asalnya perayaan yang disambut orang Thai yang 'pusam'? Heh! :]