Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Thursday, September 22, 2022

Ilmu jiwa daripada sudut pandang Al-Ghazali - Pesanan ilmu jiwa Al-Ghazali kepada dunia kontemporari

Salam semua. Adapun pada ketika ini saya masih lagi dalam satu permusafiran yang berlaku atas asbab mahu menghadiri sesi perbicaraan terbaru di Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh melibatkan hal keluarga keturunan Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin (Perak), pada pagi Isnin lalu 19 September. Disebabkan mahu menghadiri sekali majlis pertunangan adik sepupu di Batak Rabit, Teluk Intan pada tengah hari Sabtu 17 September maka permusafiran dimulakan pada hari tersebut. Sedangkan pada malam itu juga mahu mengikuti satu majlis ilmu melibatkan guru saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) iaitu Profesor Emeritus Datuk Dr Abu Bakar. Alhamdulillah ia dapat diikuti secara atas talian di pekan Beruas. 

Pada ketika ini permusafiran yang membawa sehingga ke Lenggong, Sumpitan, Ijok, Taiping, Pantai Remis dan Lumut itu sudah masuk tempoh masa 6 hari 5 malam lalu sudah meliputi jarak pemanduan lebih 820 km. Saya dijangka perlu meliputi lagi lebih 110 km sebelum boleh sampai ke rumah insyaallah selewatnya selepas Isyak malam ini. Itupun entah tempat apa nanti menarik perhatian lalu tergerak untuk singgah. Sebelum sampai ke rumah, sementara ada talian Internet elok di tempat saya sedang berada sekarang iaitu di sebuah masjid lama berusia hampir 120 tahun di Sungai Besar, Selangor, sementara ada kelapangan biar dilepaskan cerita tentang majlis ilmu. Supaya apabila sampai ke rumah sekurang-kurangnya tidak ada lagi rasa 'terhutang' untuk berkongsi tentangnya.



Syarahan dalam bahasa Inggeris yang diikuti ramai pelajar dan ahli akademik antarabangsa ini termasuk dalam siri yang telah saya terjemahkan tajuk besar atau tajuk sirinya sebagai "Ilmu Jiwa Daripada Sudut Pandang Al-Ghazali".



Ini adalah syarahan ke-5 dan terakhir dalam siri yang diadakan sebulan sekali sejak Mei. Tajuk episod ini boleh diterjemahkan sebagai " Pesanan Ilmu Jiwa Al-Ghazali Kepada Dunia Kontemporari".




Sesi dibuka dengan pihak penganjur iaitu ISIP (International Students of Islamic Psychology - persatuan antarabangsa pelajar ilmu jiwa Islam) mengingatkan kembali tentang tujuan dan matlamat syarahan. Kemudian ditunjukkan pesanan-pesan penghargaan oleh mereka yang telah mengikuti siri sejak sekian lama. Setelah itu syarahan pun dimulakan. Biar diterjemahkan menurut isi pembentangan dalam slaid. Tetapi tidak semestinya terjemahahan terus atau direct translation. Ikut sahaja lenggok bahasa dan persembahan yang sesuai juga ilham.

Kata Osman ini adalah syarahan kesimpulan. Ia adalah berdasarkan apa yang boleh difahami daripada tulisan-tulisan Al-Ghazali dalam kitab-kitabnya terutama Ihya Ulumuddin tentang apakah makna saikologi atau ilmu jiwa beliau untuk dunia sekarang. Osman pun menerangkan seperti berikut :-


1. Dalam 4 syarahan terakhir beliau telah mempersembahkan Al-Ghazali sebagai ahli pemikir dengan ilmu saikologi berdasarkan sains jiwa (ilmu al-nafs) melalui pelbagai aspek dan dimensi. Syarahan-syarahan tersebut telah saya kongsikan sedikit sebanyak ceritanya lalu boleh dirujuk di sini :-







2. Pada hampir setiap masa Osman telah mengenengahkan pemikiran Al-Ghazali dalam ilmu jiwa menurut kata-kata ulamak itu sendiri, dengan memetik tulisan-tulisan yang menjadi sumber. Kebanyakannya daripada kitab Ihya lalu dengan itu menjustifikasikan ia sebagai satu karya besar dalam ilmu jiwa spiritual (kerohanian).

3. Sekarang Osman mahu memberikan interpretasinya sendiri terhadap apakah makna ilmu jiwa Al-Ghazali bagi dunia sekarang.

4. Osman menyatakan pada peringkat peribadi ilmu jiwa Al-Ghazali memberikan begitu banyak makna buat beliau dan hidupnya. "Saya telah berkawan dengannya dalam dunia keintelektualan dan kerohanian saya selama 50 tahun kebelakangan. Dia telah mengajar saya makna makna bahan dan bentuk agama, siapakah saya sebenarnya, makna keselamatan, dan makna kebahagian!"




Ilmu jiwa sebagai sains yang abadi. Bolehkah selari dengan saikologi secara empirikal?

Secara rata ini adalah tentang bagaimana ilmu jiwa berdasarkan tulisan dan ajaran Al-Ghazali boleh dipadankan atau diselarikan dengan ilmu saikologi moden. Namun ada had-had tertentu yang menjadi penghalang...


1. Ilmu jiwa Al-Ghazali adalah satu sains yang abadi. Ini kerana ia adalah tentang sifat manusia yang tidak berubah mahupun berevolusi (berbanding sains moden yang duduk dalam kerangka teori evolusi Darwin yang mana manusia merupakan hasil evolusi panjang makhluk-makhluk daripada binatang membawa ke mahkluk serupa beruk membawa kepada manusia yang ada sekarang. Lalu proses evolusi dikatakan terus berjalan untuk menerbitkan manusia yang akan memiliki kejiwaan yang berlainan pada masa akan datang). Sedangkan sifat kemalaikatan manusia tidak pernah berubah (merujuk kepada diri dalaman yang terpanggil ke arah Ilahi itu), begitu juga halnya sifat kebinatangan (kerana dalam diri manusia ada sifat-sifat yang menarik ke arah kebinatangan termasuk keinginan untuk seks dan makan).

2. Ide-ide yang dipersembahkan oleh Al-Ghazali, tentang jiwa, akal, ruh, qalbu, kebaikan dan maksiat, cinta dan benci, tentang kebahagiaan atau ketidakhadirannya adalah bersifat abadi atau berterusan. Ini adalah hakikat kebenaran yang tidak berubah menurut masa.

3. Kebenaran-kebenaran ini adalah asas kepada ilmu jiwa tradisional kerohanian atau metafizikal. Ia diterima berdasarkan keimanan terhadap wahyu, hujah-hujah rasional, dan selari dengan data empirikal (berdasarkan kajian saintifik itu). Oleh itu kenapa pemikiran moden sekarang tidak dapat menerima ide-ide daripada ilmu jiwa tradisional? Halangan-halangannya bersifat ontologikal (tentang asal usul diri yang mana dalam agama terkait dengan unsur-unsur keTuhanan sedangkan sains moden menolaknya), metodologikal (kaedah pendekatan pemikiran yang berbeza) juga etikal (dalam agama ia berlandaskan perintah Tuhan sedangkan dalam pemikiran moden ia berdasarkan kehendak kebanyakan ahli masyarakat).

4. Ilmu jiwa tradisi tidak ada masalah dengan ilmu saikologi moden bersifat empirikal/eksperimental kecuali dalam beberapa hal andaian asas dan skema konseptual dalam menterjemahkan data empirikal (berbalik pada kepercayaan terhadap Tuhan tadi yang mana ilmu jiwa tradisi akan mentafsirkan segala dapatan dalam kerangka adanya Tuhan sedangkan sains moden seboleh-bolehnya mahu menolak ini). Antaranya disebabkan sains moden percaya diri manusia yang berfikir dan menyedari wujud diri itu adalah hasil interaksi elemen fizikal dalam otak sedangkan dalam agama ia kembali pada qalbu dengan diri sebenar diri wujud di luar dimensi badaniah lalu tidak mampu dicerap oleh akal biasa.

5. Ilmu jiwa tradisi melihat ilmu saikologi sekarang sebagai berbilang-bilang tanpa ada unsur penyatuan. Bandingkan dengan pelbagai mazhab faham dalam agama Islam itu sendiri namun tetap kembali kepada Allah yang satu. Sedangkan mazhab fikir dalam ilmu sains moden sering berpecah belah berlainan haluan tanpa ada titik temu.




Kepelbagaian dan penyatuan dalam ilmu jiwa tradisi dan moden-kontemporari.


1. Ilmu jiwa integral Al-Ghazali menggabungkan dan menyatukan banyak perspektif sekolah-sekolah atau mazhab pemikiran yang berlainan seperti ilmu jiwa berdasarkan syariat (Osman memberikan misalan yang menarik - kita disuruh takut kepada Allah. Itu adalah asas permulaan penting dalam kejiwaan Islam), ilmu jiwa menurut kalam (berdasarkan mantiq logik dan hujah akal), ilmu jiwa falsafah-saintifik, ilmu jiwa Sufi. Setiap perspektif ini boleh dilihat sebagai menggabungkan satu atau lebih perspektif berkenaan dalam ilmu saikologi moden.

2. Pelbagai perspektif (bidang kepakaran) dalam ilmu saikologi moden -

i. Psychodynamic (maaf. Saya tidak dapat menterjemahkan ini).

ii. Biologikal - berdasarkan sifat-sifat badani.

iii.  Rentas-budaya

iv. Evolutionary (berdasarkan kepercayaan sains yang manusia itu berevolusi)

v. Ilmu jiwa kemanusiaan

Kepelbagaian ini kekurangan prinsip penyatuan dan penggabungan perkara.

3. Dengan itu pesan utama ilmu jiwa Al-Ghazali kepada saikologi moden boleh disimpulkan begini : "Kepelbagaian perspektif kamu yang wujud secara sebelah menyebelah cuma boleh disatukan jika kamu memiliki satu teori integral tentang sifat semulajadi manusia. Tetapi kamu tidak memilikinya!"

4. Satu cabaran kepada ahli-ahli saikologi kontemporari Islam : "Sediakan sekarang integrasi bagi tujuh perspektif utama saikologi moden menjadi sains diri yang bersihat Tauhid".





Al-Ghazali dan ilmu jiwa yang meletakkan qalbu sebagai pusatnya. Saikologi yang diperlukan oleh dunia kontemporari.

1. Ide tentang pusat adalah satu keperluan bagi kehidupan manusia. Pusat seluruh kewujudan manusia adalah pada qalbunya. Qalbu yang sihat dan terjaga memberikan keseimbangan lalu itulah maknanya untuk menjadi sihat.

2. Qalbu adalah pusat kehidupan manusia, kesedaran, kecerdasan, kognisi dan emosi/perasaan.

3. Qalbu adalah wajah sebenar manusia yang mana Tuhan betul-betul berminat tentangnya (sepertimana Allah memandang pada niat dalam hati itu melebihi perbuatan manusia). Wajah fizikalnya adalah pancaran luaran pada wajah dalaman.

4. Manusia adalah makhluk yang memiliki pelbagai lapisan wujud. Ada lapisan-lapisan kehidupan, kesedaran, dan kecerdasan. Qalbunya adalah pusat bagi bulatan-bulatan concentric (semakin mengecil ke dalam) bagi kehidupan, kesedaran dan kecerdasan. Sebagai contoh dia ada lapisan-lapisan biofizikal (jasadiah/badaniah), jiwa, kemalaikatan dan kesedaran keTuhanan dalam dirinya.

5. Ilmu jiwa Al-Ghazali yang berpusatkan qalbu itu dibenarkan oleh agama. Asal usul dan punca sebenar pemikiran manusia dan aktiviti adalah di qalbu/hati. Maka itu nilai sebenar perbuatan manusia ditentukan oleh niat yang merupakan pernyataan mendalam hati.




Lagi tentang ilmu jiwa yang meletakkan qalbu sebagai pusatnya...


1.  Kecerdasan berdasarkan hati adalam lebih utama daripada kecerdasan berdasarkan otak. Ia memberikan arahan kepada yang kemudian. Akal merupakan mata kepada hati. Ide bahawa kecerdasan hati mengatasi otak kini telah mendapat sokongan eksperimental dalam bidang neurologi (urat saraf) yang mana dikatakan bahawa walaupun memang terdapat aliran trafik maklumat antaranya keduanya, otak mendapat lebih banyak maklumat daripada hati berbanding sebaliknya.

2. Kecerdasan hati memberi faham kepada tingkat tinggi kesedaran manusia yang mana ia adalah perlu bagi kehidupan kerohanian seperti dalam meditasi.

3. Kecerdasan otak menerima maklumat daripada kedua-duannya dunia fizikal dan kerohanian. Prinsip ini berlawanan dengan apa yang dipercayai dalam ilmu saikologi kognitif berdasarkan evolusi (yang mana semuanya berpunca daripada jasad dengan segala macam sifat kebinatangannya).

4. Peranan hati/qalbu dalam menjinakkan dan mendomestikasikan sifat-sifat kebinatangan dalam diri manusia sehingga yang kemudian itu berkhidmat pada yang sebelumnya : Itulah syarat awal bagi kesihatan jiwa.

5. Untuk menjalankan peranan tersebut hati mesti mendapat pertolongan agama secara amali seperti mana telah diterangkan oleh Al-Ghazali.




Penyakit jiwa yang berleluasa dalam dunia moden - Terapi Al-Ghazali...


1. Kebimbangan, tekanan, putus asas, keseorangan, kesedihanan, gelisah, mudah jemu dan sebagainya pada manusia moden adalah contoh-contoh penyakit moden yang mengganggu ramai dalam dunia sekarang.

2. Al-Ghazali melihat punca akar penyakit-penyakit jiwa ini adalah disebabkan hilang makna dalam diri seseorang; kerana lupa tujuan sebenar kehidupan. Manusia tidak lagi tahu identiti sebenarnya, tidak tahu siapakah dirinya yang hakiki!

3. Al-Ghazali mencadangkan pendekatan yang memusatkan pada hati untuk kesihatan jiwa, satu kehidupan kerohanian mengambil contoh daripada para nabi dan wali. Pada beliau agama yang diwahyukan memberikan kedua-duanya ubat pencegahan juga rawatan terapi  bagi penyakit-penyakit jiwa.

4. Paling diutamakan dalam cara Al-Ghazali bagi menjaga kesihatan menyeluruh adalah dengan mengingati Tuhan, meditasi, membaca aurad (himpunan zikir, ayat-ayat Al-Quran) dan bertafakur. Ini semua harus membentuk aktiviti-aktiviti teras dalam hati.




Mencapai kebahagian dalam kimia Al-Ghazali...


1. Legasi terdahulu Al-Ghazali untuk dunia moden; satu panduan pendek tentang bagaimana untuk mencapai kebahagian dalam kitab yang berkenaan. Sila rujuk  Ilmu jiwa daripada sudut pandang Al-Ghazali - Kimia kebahagiaan Al-Ghazali : Mahkota Ilmu Jiwa Islam.

2. Beliau mengingatkan kita tentang kebenaran-kebenaran penting yang kita manusia moden sudah lupa tentang diri sendiri, kenapa kita ada di dunia ini, tentang perjalanan hidup, tentang Tuhan. Semuanya kerana kita sudah sesat dalam suasana liar kebendaan dan kemajuan palsu.

3. Kebahagian adalah keadaan hati. Sekali lagi ditekankan peranan utama hati/qalbu. Manusia moden mahu mencari kebahagian di tempat-tempat yang salah - dengan kekayaan, kuasa, nama, dan pada dunia yang mana paling baik pun cuma dapat memberikan kebahagian sementara yang mudah hilang. Tetapi rahsia kebahagian, yang sebenar dan berpanjangan, terletak pada rasa cukup dalam hati. Quran menyebut bahawa dengan mengingati Tuhan hati kita merasa tenang dan damai.


Halangan besar kejiwaan yang perlu diatasi...


1. Al-Ghazali hidup pada abad ke-11 Masihi dalam dunia Islam. Dunia moden Barat memiliki banyak buruk sangka terhadap zaman tersebut dan tempat lalu tidak memberikan penghargaan yang baik terhadap ilmu jiwa beliau.

2. Perspektif bersifat evolusi dalam pemikiran moden (yang meletakkan manusia sebagai berasal daripada makhluk seperti beruk, bukan ciptaan istimewa Tuhan) bermusuhan dengan perspektif tradisional tentang sifat-sifat semulajadi manusia lalu susah untuk mencapai 'perkahwinan' (kata sepakat) antara sains dan agama juga dalam ilmu epistomologinya (teori tentang suatu ilmu).

3. Ide moden tentang kemajuan (yang sering memandang mundur ilmu-ilmu lama) menjadi halangan bagi menghargai ilmu jiwa Al-Ghazali. Pun begitu kami menyeru agar diadakan satu dialog falsafah antara ilmu jiwa tradisi dan saikologi moden demi kemajuan sebenar ilmu jiwa/saikologi. Untuk mengikut sendiri majlis boleh lihat rakaman di sini.



1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah