Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Februari 25, 2017

Misi jejak Aceh-Langkasuka - 'Dipaksa' ke Kuale dari Pulau Pinang



Pagi Jumaat selepas Subuh 20 Januari 2017. Saya telah menunaikan gerak mengenangkan persiapan untuk perjalanan pertama saya ke Aceh 13 tahun lalu apabila telah selamat bermalam di Masjid Lebuh Aceh di Pulau Pinang.


Saya turut menziarahi makam pengasas masjid dan kawasan Lebuh Aceh iaitu Tengku Syed Hussein Aidid, seorang kerabat diraja Aceh, Tetapi beliau sering disebut dalam maklumat rasmi sebagai seorang pedagang berketurunan Arab dari Aceh. Tak tahu kenapa tergerak memasukkan ibu jari dalam gambar ini.  


Dekat jam 9 saya keluar dari kawasan Lebuh Aceh berjalan kaki ke arah Jalan Penang.


Saya main bantai aje menyusuri jalan-jalan berdasarkan sedikit ingatan arah. Terlihat pula nama Jalan Kuala Kangsar. Terasa ada sesuatu yang hendak dinyatakan menurut gerak. Lihat artikel From Lebuh Aceh to Jalan Kuala Kangsar di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Sampai ke Jalan Penang atau Penang Road saya membelok ke arah pasar Chowrasta.


Sebetulnya selain berjalan kaki melihat-lihat Georgetown saya mahu mencari kedai makan nasi kandar Line Clear. Tu dia layan telur sotong besar-besar dengan telur ikan. Lihat Following the length of Penang Road.


Adapun sebelum makan itu saya ada terlihat papan tanda menunjukkan arah ke suatu makam. Selepas makan saya cuba mencari papan tanda tersebut tetapi tidak berjumpa. Sebaliknya kelihatan papan tanda ke makam bernama lain. Saya pun mencarinya. Terlajak pula sampai ke masjid ini. Lihat artikel Masjid jamek (Main mosque of) Jalan Hatin, Pulau Pinang di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Di masjid baru dapat tahu arah sebenar ke makam. Bila pergi sana pula ternyata ia ditutup kerana sedang ditambah-baik. Saya pun berjalan kaki ke KOMTAR kemudian kembali ke Lebuh Aceh. Lihat Jalan Hutton to KOMTAR and back to Lebuh Aceh.


Adapun semasa berjalan kaki pusing bandar raya tadi saya telah meninggalkan beg pakaian di Masjid Lebuh Aceh, Saya cuma bawa satu beg yang berisi laptop juga keris. Setelah mengambil beg pakaian saya pun menuju ke jeti feri. Sudah sampai masanya meneruskan perjalanan ke destinasi-destinasi lain. Lihat artikel Leaving Georgetown for Butterworth.


Sampai sahaja ke Butterworth saya terus bergegas ke stesyen kereta api. Rancangan saya mahu singgah di Taiping diikuti Kuala Kangsar kemudian Ipoh. Selepas itu baru kembali ke rumah.


Pemandangan dari dalam stesyen boleh tahan menarik. Lihat Butterworth from its train station. Isteri telah meminta saya untuk kembali ke rumah malam itu juga. Kata beliau sudah 2 hari saya terlajak keluar mengembara. Kata keluar seminggu, Ni dah 9 hari. Balik le...


Jam 2.18 petang gitu kereta api pun sampai. 


Ia adalah perkhidmatan Komuter yang menjangkau jauh sampai ke Padang Rengas, 10 km sebelum Kuala Kangsar. Jam 3.37 saya turun di Taiping.


Dari stesyen berjalan kaki ke pusat bandar...


Gerak hati memberitahu mesti singgah di masjid lama sana juga tanah perkuburan di sebelahnya. Saya turut mengambil masa berehat di masjid. Lihat artikel Rupa baru masjid lama Taiping (New look of the old mosque of Taiping) diikuti Tanah perkuburan di sebelah masjid lama Taiping (Burial ground besides the old mosque of Taiping).


Dari masjid dah tak berapa jauh ke stesyen bas Taiping. Saya mahu mendapatkan bas ke persinggahan seterusnya iaitu Kuala Kangsar lalu berjalan kaki ke sana. Sampai ke stesyen bas dekat jam 6. Tak mengapa fikir saya. Masa ada cukup masa...

Oleh kerana pada hujung bulan September tahun lepas saya ada pergi ke Kuala Kangsar atau orang sana panggil Kuale lalu menziarahi banyak tempat kali ini cukuplah setakat menjejakkan kaki di tengah bandar sebelum mendapatkan apa-apa kenderaan bertolak ke Ipoh. Lihat artikel Kitab Dalail Khairat, majlis 'Kesultanan Melaka' dan konsert rock - Mukadimah sebelum ke Bukit Chandan? diikuti Tok Temong dan dua Sheikh di Kuala Kangsar. Di Ipoh pun cukuplah jejak kaki sebagai syarat. Lepas itu boleh naik kereta api balik ke rumah. Boleh turun di Rawang, di Tanjung Malim pun boleh. Walau sampai lewat malam isteri memberitahu sedia mengambil asalkan saya balik.


Pusing punya pusing di stesyen tak nampak pula bas ke Kuala Kangsar. Tanya orang di stesyen semua kata tak tahu apakah ada lagi bas. Ah. Takut dah terlepas bas terakhir ke sana. Kalau begitu elok naik kereta api balik terus ke rumah dari Taiping. 

Saya sudah sedia untuk membatalkan rancangan singgah ke Kuala Kangsar juga Ipoh demi memenuhi permintaan isteri agar sampai paling lewat malam itu juga. Terlihat satu bas hendak bergerak (ke Kuala Sepetang kalau tak salah ingatan) saya pun tanya pada pemandu ada lalu stesyen kereta api atau dekat-dekat tak? Dia kata lalu depan hospital lepas tu kena jalan kaki sedikit ke stesyen. Saya pun ambil bas kemudian berjalan kaki.


Saya berjalan kaki dalam keadaan hujan rintik. Sampai sahaja stesyen tengok-tengok papan maklumat menunjukkan kereta api ke selatan paling cepat singgah di Taiping sekitar jam 10 malam. Saya menyemak kembali hal ini dengan penjaga kaunter tiket. Daripada beliau saya dapat tahu masih sempat mendapatkan bas ke Kuala Kangsar. Rupa-rupanya paling lewat jam 7 dari Taiping.

Tapi bila nak keluar dengan niat mahu berjalan kaki ke stesyen bas hujan dah lebat amat. Tunggu punya tunggu hujan masih tak berhenti. Ketika gambar ini diambil sudah jam 6.30.


Kemudian baru teringat. Papan maklumat juga menunjukkan ada perkhidmatan kereta api Komuter sampai ke Padang Rengas bertolak dari Taiping sekitar jam 6.40 gitu (saya lupa masa tepat). Saya pun menaikinya. Fikir saya sampai sana sempatlah menangkap bas ke Kuala Kangsar yang bertolak dari Taiping jam 7.


Sampai ke Padang Rengas timing saya baik. Belum sampai jam 7 pun. Harus dapat menangkap bas ke Kuala Kangsar. Cuma mungkin perlu menunggu sehingga sejam baru sampai bas...


Pemandangan sekeliling dari stesyen juga cantik. Lihat artikel Padang Rengas from its train station. Cuma di sini juga hujan lebat.
.

Nasib baik saya dapat menumpang kereta seorang laki-laki  yang mengambil teman wanitanya (ke isteri?) di stesyen sampai ke pondok bas Padang Rengas, Tak mengapalah  duduk berteduh di pondok kecil menunggu bas sehingga terkena tempias akibat hujan lebat. Saya sudah mengira-ngira malam nanti sudah selesa berada bersama isteri walaupun lewat. Tengok-tengok terlepas bas!


Apa yang berlaku adalah agak lucu. Pada masa yang sama ia menyakitkan hati. Adapun pandangan saya dari pondok hendak menunggu bas sudah sedikit terhalang akibat ada lori diletakkan di tepi jalan, Kalau nak nampak saya harus berdiri beberapa kaki di hadapan pondok tetapi hujan pula lebat. Setelah 30 minit sampai satu lagi lori hendak diletakkan ke hadapan sedikit daripada lori tadi. Lori dibawa ke hadapan dahulu untuk reverse parking lalu pemandangan saya langsung terhalang. 

Sebaik sahaja ia berundur nampaklah bas awam laju melepasi pondok. Mana ada bas lain lagi lalu jalan ini. Itulah bas terakhir ke Kuala Kangsar! Ini membuat saya terasa geram dan marah lalu pergi ke lori yang baru selesai diletakkani. Terus menegur pemandu lalu memberitahu perbuatan dia mahu meletakkan lori sehingga menutup pandangan dari pondok menyebabkan saya terlepas bas terakhir ke Kuala Kangsar. Selepas itu terus berjalan ke restoran berdekatan untuk makan malam. Tak da guna saya terus marah mahupun menunggu di pondok. Lebih elok hilangkan lapar kemudian baru fikir bagaimana hendak menyambung perjalanan.


Saya juga menelefon isteri untuk memberitahu apa yang berlaku. Melihat keadaan saya sudah terlepas bas sedangkan hari semakin lewat dan saya sudah basah kuyup terkena hujan agak mustahil dapat sampai ke rumah malam itu juga, Walaupun masih ada masa untuk mengejar kereta api turun selatan ke Kuala Lumpur saya sudah merasa cukup penat untuk bergerak jauh. Kereta api dijangka sampai di Kuala Kangsar sebelum jam 11. Sementara itu apa yang nak buat dalam keadaan basah kuyup dan penat? Isteri kata tak mengapalah, Tidurlah di Kuala Kangsar. Esoknya baru kembali ke rumah.

Tengok-tengok pemandu lori yang saya tegur tadi muncul di hadapan restoran dengan menaiki motosikal. Katanya dia terasa bersalah menyebabkan saya tertinggal bas lalu sedia menghantar ke Kuala Kangsar. Rupa-rupanya dia memiliki rumah di Padang Rengas lalu meletakkan lori untuk singgah. Saya pun menerima tawaran lalu membonceng motosikal.


Dia tidak membawa baju hujan mahupun topi keledar tambahan. Bergeraklah kami 10 km ke Kuala Kangsar meredah hujan lebat, kepala saya ditutup dengan beg, Gambar ini diambil dari atas motosikal, Cukuplah untuk merekodkan satu perjalanan tak disangka yang dibuat.


Saya meminta diturunkan di hotel ekonomi dalam kawasan bandar. Apabila mendapati harganya tidak sesuai dengan baki duit yang tinggal saya pun mencari di lain-lain tempat.


Akhirnya saya memilih untuk bermalam di masjid yang kelihatan. Nampaknya saya 'dipaksa' menginap di Kuale supaya dapat mengambil masa membuat beberapa lagi perkara sebelum kembali ke rumah.


Tiada ulasan: