Pagi Sabtu 15 Oktober 2011, anak kecil kami Muhammad Al-Aminul Rasyid menyambut hari jadinya yang ke 2.
Sebenarnya Rasyid cukup umur 2 tahun pada hari Khamis 13 Oktober. Tetapi sambutan dibuat pagi Sabtu di rumah pengasuh untuk digabungkan dengan hari jadi beberapa orang anak lagi yang dijaga di rumah yang sama.
Oh. Kalau diperhatikan betul-betul gambar-gambar yang diambil hari itu ada sedikit berkabus. Rupa-rupanya ia akibat Rasyid menghidupkan kamera kemudian jarinya terkena pada lensa.
Apapun selepas Zuhur kami ke pekan Batu Arang untuk melihat karnival sambutan 100 tahun pekan.
Sampai di satu khemah saya tertarik dengan barang pamerannya...
Ada peta sekitar Batu Arang.
Ada gambar-gambar lama. Lihat artikel
Remembering the heydays of the quaint town of Batu Arang di
blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Malamnya kami singgah lagi ke tapak karnival.
Nampaknya suasana malam lebih meriah.
Ada pertunjukan kebudayaan serta hiburan.
Difahamkan suasana pagi dan tengahari Ahad tadi pula lebih memberangsangkan.
Ini disebabkan kehadiran Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim merasmikan acara serta mengisyiharkan Batu Arang sebagai bandar warisan. Saya diberitahu 400 motosikal besar dan penunggang didatangkan dari seluruh negara untuk memeriahkan lagi suasana tetapi tidak melihatnya sendiri. Ini kerana entah kenapa, siang tadi kami anak beranak terasa begitu malas hendak keluar apa lagi kemudian hari hujan. Lewat petang baru ke Batu Arang, sempatlah masuk ke satu bahagian terowong peninggalan dari zaman melombong arang batu berpuluh tahun lalu.
2 ulasan:
Assalamu'alaikum..wrt,
Alhamdulillah, syabas dan tahniah daripada hamba diatas kejayaan saudara menghasilkan 'Jejak keluarga Yakin' sebuah buku sejarah keluarga dan negara yang mungkin akan menjadi contoh atau inspirasi buat setiap umat Islam khususnya rakyat negara Malaysia menjejak sejarah keluarga masing2 dan merenungi sejarah nusabangsa sendiri agar menjadi ummat yang unggul dan berjati diri yang sempurna, insyaAllah.
Kita tidak akan dapat melihat kejayaan dan merasa kemanisan iman sebagaimana salafus-soleh, melainkan kita perlu bersungguh-sungguh dalam Iman dan mengamalkan Amalan Soleh. Allah s.w.t. akan menganugerahkan kita kekuatan iman dan takwa sama seperti para Nabi, Rasul dan para Wali sekiranya kita mengikut landasan yang sama dengan mereka. Wajiblah keatas ummat Islam meninggalkan dan menjauhi fahaman-fahaman yang terkeluar daripada Ahli sunnah wal jamaah kerana fahaman dan aturcara musuh-musuh Allah tidak akan membuahkan takwa. Hanya orang-orang yang bertakwa sahaja yang mendapat petunjuk dari Al-Quran dan Sunnah serta diberi jalan-jalan keluar daripada ujian dunia, nafsu, syaitan, iblis dan kafir musyrikin. Mereka sahajalah yang boleh menyatukan ummat ini. Bagi orang-orang kafir pula Al-Quran itu akan menambahkan kerugian bagi mereka.
wassalam.
Wassalam. Terima kasih! :]
Catat Ulasan