Ini adalah gambar sebuah tempat tertentu di Kuala Berang... Di bahagian akhir cerita Kuala Terengganu dan makam-makam lamanya... Tapak untuk cerita ke Kuala Berang... , saya ada menyebut... ( Copy n paste balik ya!)...
---------------
Sebagai satu hint untuk cerita yang akan datang, biar saya paparkan kembali komen seorang pembaca yang dibuat di bawah artikel Sedikit kata-kata aluan sempena Maulud Nabi... hampir sebulan lalu. Hmm... Biar dipaparkan sekali jawaban saya kepada komen itu ya... Ini dia...
salam...abang radzi klu pegi pantai timur nanti,tlg lah pantau kump tasawuf sesat spt yang abg radzi cterkan dlam buku BKA tu.sebab pengaruh ustaz makin mnjadi di kedah.di a.setar n jitra.dulu da kena tangkap.terlepas g2 jer.smpai sy pun hampir jd pengikut.lgu dendang yg mereka bawakan memang merdu.tp syg,ternyata mereka sesat.ader ke plak malaikat2 dtg jauh dr mesir nun,msuk dalam jasad manusia,pas 2 marah2.fyi,putri gunung ledang da dapat kt org len.yg lama da insaf kot.
Thursday, March 20, 2008 8:42:00 PM
Radzi Sapiee said...
Wassalam. Insyaallah tentang kumpulan tersebut nanti saya lihat.Susah jugak sebab ramai yang percaya kat diaorang ni termasuk pihak keselamatan Malaysia sendiri. Takpa... Tentunya ada hikmah di sebalik semua ini. Apabila sampai masanya, yang haq tetap akan muncul dan yang bathil akan gugur dengan sendirinya... Ada masanya, dengan hikmah Allah, dibenarkan dahulu kumpulan sebegini bertapak dan membina pengaruh. Sekurang-kurangnya dapat juga mengembleng dan menyatukan ramai anak Melayu bermasalah di bawah satu bendera walaupun ketuanya sebenarnya mahu menggunakan mereka. Apabila anak-anak muda ini sudah biasa dengan adab Melayu lama yang tahu menjunjung tinggi hakikat sebenar seorang Sultan sebagai wakil Allah yang mengatur kehidupan bermasyarakat di muka bumi ini, barulah kepala sebenar muncul untuk mengembalikan arah. Insyaallah! :]
Saturday, March 22, 2008 5:49:00 PM
Pengembaraan saya ke Kuala Berang akan melibatkan diri ini masuk jauh ke dalam markas sebuah kumpulan yang katanya mendukung perjuangan Islam akhir zaman, kumpulan yang mana orang-orang kanannya tidak menyenangi saya atas sebab-sebab tertentu... Ingat tidak di akhbar harian Metro (ataupun Kosmos? Antara dua tu le), pernah beberapa kali keluar cerita tentang Ustaz Zul yang dikatakan membawa ajaran sesat lalu merogol beberapa orang perempuan? Ini adalah markas kumpulannya... Dan biar saya berterus-terang, seorang teman wanita yang dahulu amat saya sayangi pernah dibawa lari mereka... Kononnya untuk diisi dengan sesuatu lalu menjadi Puteri Balqis (isteri Nabi Sulaiman) yang boleh mendokong misi kumpulan ini!
Cerita tentang kumpulan ini ada saya nyatakan dalam buku kedua saya iaitu "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" atau BKA II. Nanti saya akan cerita sedikit pula di sini apabila tiba gerak dan sampai masanya ya...
-----------------------
Itu adalah apa yang saya sebut 10 hari lalu... Sekarang sampailah masanya untuk mengenengahkan apa yang berlaku...
Tempat yang dimaksudkan terletak di tepian Sungai Terengganu di bahagian hulu. Biar cerita ini disambung dengan sedutan-sedutan berkenaan daripada buku kedua saya "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" atau BKA II... Daripada bab bertajuk "Hamzah Fansuri dan Iskandar Muda: Puncak kegemilangan Aceh".
-----------------
Rasyid termenung keseorangan memikirkan apakah yang patut dibuat. Jiwanya terasa begitu sesak sedangkan penulisannya kebelakangan ini asyik tersangkut dihambat penyakit writer’s block… Entah kenapa, anak muda itu juga sering diserang penyakit demam dan sakit-sakit badan. Perutnya selalu memulas, terasa kembung seperti masuk angin, kadang-kala menyucuk-nyucuk bisanya ke dalam... Kepala pula selalu pening diserang migraine!
Pada mulanya, anak kelahiran Muar, Johor ini ingin mengajak Nasri, Nizam dan Azlan berbual-bual serta berbincang mengenai sejarah kegemilangan bumi Serambi Mekah sambil mencari bahan tulisan baru untuk siri buku “Berpetualang ke Aceh” yang sedang diusahakannya. Malangnya, masing-masing sibuk dengan tugas, juga hal-hal keluarga.
Rakan-rakan lain juga tidak dapat meluangkan masa. Maklumlah, masing-masing memegang jawatan penting yang memerlukan mereka sentiasa di tempat kerja, ada anak isteri dan keluarga... Ada rumahtangga yang memerlukan perhatian, bukan seperti Rasyid yang tidak punya apa-apa. Nasib baik ada Nur sebagai tempat mengadu… Tetapi kali ini, wanita kesayangannya pula sibuk dengan kerjaya dan masalah peribadinya...
Nur setakat boleh memasang telinga memberikan sedikit perhatian. Dan dia belum cukup faham untuk dibawa berbincang. Wanita ini cuma mampu menolong dengan sedikit sokongan moral serta wang ringgit kemudian menyuruh lelaki yang bertakhta di hatinya itu berehat seketika.
“Awak tukarlah angin dahulu,” Nur memujuknya. “Pergi mengembara ke mana sahaja awak suka. Kesihan tengok awak. Nampak sangat penat... Kurus, muka cengkung macam tak cukup makan. Pergilah jalan-jalan!”
Pemuda itu tersenyum memandang wajah gadis manis itu. Memanglah elok keluar berjalan menenangkan fikiran tetapi bagaimana pula dengan kerjanya? Lalu dia menolak cadangan itu dengan alasan masih banyak penulisan yang perlu dibuat, banyak lagi perkara yang belum selesai.
“Saya mesti siapkan siri buku ini secepat mungkin,” kata Rasyid. “Masa hadapan saya, masa hadapan awak juga serta peluang kita untuk betul-betul bersama banyak bergantung kepada kejayaan buku ini. Sekurang-kurangnya, saya dapat membina kembali kehidupan yang sudah hancur. Biar keluarga saya, juga keluarga awak hormat sedikit... Lagipun saya sudah letih merantau, mengembara ke sana-ke mari. Sampai bila mesti begini? Orang lain tak faham. Saya letih tau, penat. Merana...” anak muda itu merintih...
Memang dia terasa penat, sangatlah penat… Walaupun sudah beberapa bulan tidak merantau lama, paling jauh pun sekadar ke kampung ibu di Muar dua minggu lepas dan singgah di Seremban dan Melaka, pemuda itu belum mendapat rasa istirehat... Punggung yang sering terasa panas menyebabkanya sentiasa sahaja mahu merayap walau dalam jarak dekat.
Pada awalnya, Rasyid ingin menetap lama di Janda Baik, di rumah ayah angkatnya Pak Syed sambil menyiapkan kerja. Mungkin pintu ilham untuknya akan terbuka lebih luas... Tetapi di tempat sebegitu indah dengan taman mengandungi berbagai jenis pohon bunga harum lagi berwarni-warni pun dia resah. Sungai-sungai berjeram mengalir jernih di celah lembah-lembah Banjaran Titiwangsa serta pemandangan gunung-ganang yang menghijau pun tidak dapat memberikan ketenangan yang diharapkan...
Sesekali pemuda itu turun ke Kuala Lumpur untuk bertukar angin, sekejap di rumah saudara, sekejap rumah kawan... Ada masanya di Ampang, hari lain di Bukit Damansara, Taman Tun, Cheras, Kajang kemudian naik balik ke Janda Baik. Begitulah keadaannya beberapa bulan kebelakangan... Walaupun tempat-tempat ini tidaklah begitu jauh antara satu sama lain, kalau dicampur jarak perjalanan kesemuanya sekali datang angin mengembara, mungkin sudah boleh sampai ke Perlis. Manalah tak penat?
Rasyid belum dapat mengekang nalurinya untuk sentiasa berkelana. Nasib baik ada komputer riba miliknya yang boleh diusung ke sana ke mari untuk membuat kerja. Kalau tak, satu benda pun tak menjadi agaknya!
“Saya faham keadaan awak,” kata Nur. “Saya tahu awak letih berjalan. Tapi bagaimana hendak siapkan buku kalau kepala asyik jam, badan sakit-sakit, demam, bisa-bisa? Apa guna jalan dekat-dekat kalau awak tak dapat berehat? Sudahlah. Pergilah jalan jauh sedikit dan lupakan kerja buat sementara. Saya kesian tengok awak tahu... Bagilah diri awak segar...”
Pemuda itu senyap merenung muka gadis kesayangannya kemudian mengalihkan pandangan ke arah hutan yang menghijau di hadapan.
“Look!” Nur menegur. “Kalau awak tak kesihan diri sendiri, sekurang-kurangnya kesihanilah saya yang sedih tengok awak begini. Please, just do it for me please... Do it for us... Do it for our love...” katanya dengan muka sayu.
Rasyid masih mendiamkan diri... Sedih pula melihat keadaan wanita itu. Sepertinya, muka Nur juga sudah jadi cengkung dan dia juga selalu sakit-sakit. Kedua-duanya sedang merana walaupun mereka sering berlagak sihat walafiat. Anak muda itu tahu kasih-sayang mereka sering diuji. Hubungan mereka telah beberapa kali terputus kerana halangan yang menimpa tetapi kasih tetap bertaut kembali apabila rindu tidak tertanggung lagi.
Ramai yang tidak menyenangi perhubungan ini termasuk beberapa orang lelaki yang menaruh hati terhadap Nur. Mereka cuba memburuk-burukkan peribadi Rasyid lebih-lebih lagi dalam keadaannya sedang “gila”, suka menziarahi makam-makam lama dan tidak henti bercerita tentang para wali dan raja-raja. Lelaki-lelaki ini juga sanggup “membeli” keluarga si gadis dengan kata-kata manis berserta hadiah mewah di kala Rasyid tidak mampu membuat apa-apa persembahan. Lebih dasyat lagi, ada yang sanggup menggunakan sihir, guna-guna dan ilmu pemujaan semangat untuk mendapatkan wanita cantik idaman ramai ini di samping menghantar pukulan secara batin untuk menamatkan riwayat lelaki kesayangannya!
Kali pertama saya masuk ke kawasan ini adalah pada hampir penghujung tahun 2003. Selepas itu iaitu pada awal tahun 2004 ada membuat pengembaraan masuk ke Aceh walaupun wilayah itu sedang darurat akibat perang berterusan antara Tentera Nasional Indonesia (TNI) dengan golongan pemisah Gerakan Aceh Merdeka (GAM). Kembali dari Aceh saya masuk lagi. Untuk makluman kawasan ini adalah pintu masuk ke markas sebuah kumpulan tertentu yang terletak jauh ke dalam hutan. Saya masuk untuk melihat aktiviti dalam usaha menyelamatkan seorang teman tersayang daripada terus-menerus "dicucuk-hidung" oleh orang-orang yang berkepentingan.
Kali terakhir saya sampai ke sini pula adalah penghujung tahun 2006 tetapi tidak masuk ke markas. Kedudukannya di tempat yang sukar memerlukan seseorang itu masuk melalui Sungai Terengganu sedangkan keadaan laluan sungai di jeti pada masa itu sedikit bermasalah akibat longgokan tanah-tanah yang mencetekkan sebahagian sungai serta menyekat laluan biasa... Kalau tak salah ingatan, bot yang biasa digunakan juga sedang rosak ketika itu... Kalau mahu juga masuk kemungkinan besar harus menunggu beberapa hari sedangkan saya perlu bergegas di ke tempat lain lagi...
Alhamdulillah, dalam perjalanan terbaru ke Kuala Berang ini (ketika itu 29 Mac 2008), dapat juga masuk ke sini lagi dengan menaiki bot kumpulan... Biar cerita disambung dengan sedutan seterusnya daripada BKA II...
------------------------------
Rasyid masih ingat bagaimana seorang pemuda yang disokong sebuah kumpulan pengamal ilmu kebatinan Tasawuf sesat berjaya membuatkan mereka selalu bergaduh sehingga putus hubungan. Kumpulan itu berlindung di sebalik gerakan agama berbentuk Tabhliq yang kononnya ingin memulihkan anak Melayu bermasalah. Mereka juga mendakwa diri mereka sebagai pejuang akhir zaman yang akan menyokong kebangkitan Imam Mahdi. Ketua kumpulan ini telah berjaya menarik beribu orang pengikut. Mengikut ceritanya, dia pernah mengikuti gerakan Tabhliq serta Tariqat Naqsyabandiah sebelum menerima ijazah amalan kebatinan tertentu lalu “diangkat menjadi Sultan” yang kononnya akan menyatukan seluruh ummah di Nusantara ini untuk kebangkitan Islam akhir zaman.
Ramai pengikut kumpulan adalah bekas penagih dadah yang berjaya “dipulihkan” melalui “pengisian” kebatinan, berkat naungan sang “Sultan”. Tetapi mereka yang cuba meninggalkannya akan datang rasa ketagih dan terjebak semula dengan najis dadah... Lalu perlu dibawa kembali ke pangkuan ketua kumpulan yang juga dikenali sebagai seorang ustaz untuk “dipulihkan”. Dengan cara ini, sang “Sultan” berjaya membina sebuah “empayar” yang terdiri daripada beribu anak Melayu bermasalah, disokong para pembantu sealiran. Para ibu-bapa pula merasa senang hati melihat anak-anak mereka mula bersolat dan mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW, pandai pula menghormati orang tua dan sangat beradab. Ini kerana kumpulan ini mengambil pendekatan yang zahirnya menyerupai gerakan Tabligh... Dengan menekankan cara kehidupan mengikuti Sunnah seperti memakai celak dan minyak wangi, bersugi, sentiasa bersolat jemaah, mendengar tazkirah serta memperbanyakkan zikir dan amalan sunat.
Apa yang ibu-bapa ini tidak tahu, anak-anak muda itu telah digunakan untuk memajukan rangkaian perniagaan “Sultan”. Mereka juga terlibat dalam sebuah rangka-kerja besar berunsur militan untuk menerbitkan sebuah Daulah Islamiah tersendiri yang disokong “kerajaan langit”. Ahli kumpulan yang telah lama mengikuti program lalu dikira layak untuk memasuki peringkat seterusnya pula akan disuruh bertapa di dalam gua atau mana-mana tempat sunyi yang dikira sesuai. Di sanalah mereka menerima ujian seperti diganggu hantu pocong, harimau jadian ataupun perempuan jelmaan yang ingin menggoda “keimanan” mereka. Ahli yang lebih maju akan di bawa berjumpa “para wali dan Nabi-nabi” malah ada yang mendakwa telah naik “Mikhraj” lalu “bertemu” Allah Subhanahuwata’ala!
Allah! Memang cantik kawasan tersembunyi yang terletak di Hulu Terengganu ini... Indah, Subhanallah... Cukup sesuai untuk mereka yang mahu mendekatkan diri kepada Allah mengasingkan diri daripada hiruk-pikuk orang ramai dan panas dosa kehidupan masyarakat sekarang!
Cuma kadangkala disebabkan kurang ilmu atau terdesak, kita tidak dapat menilai dengan sebenar-benar penilaian akan hakikat sesuatu keadaan ataupun kebenaran satu-satu ajaran... Lalu muncullah pihak-pihak yang sanggup menggunakan mereka yang jujur mahu mencari ketenangan dan kedamaian... Pihak yang jujur inipun dikumpulkan untuk menguatkan cita-cita peribadi orang-orang tertentu untuk berkuasa, orang-orang yang sanggup bersengkongkol dengan kuasa-kuasa alam ghaib seperti jin dan sebagainya demi mendapat kelebihan yang dapat menundukkan manusia lain!
Sedutan cerita BKA II yang seterusnya...
-----------------------------------
Pengaruh “Sultan” begitu kuat sehingga berjaya menarik seorang personaliti terkenal tanah-air untuk “diisi” dengan “roh” Puteri Gunung Ledang, kononnya dialah jelmaan puteri legenda itu! Kebetulan personaliti tersebut adalah kenalan Nur... Melaluinya, gadis kesayangan Rasyid itupun terjebak sama, setelah menghadiri beberapa acara kelolaan mereka. Ketua kumpulan dapat melihat kelebihan tertentu yang ada pada Nur lalu ingin “menjadikannya” sebagai Puteri Balqis. Seorang pengikut kanan kumpulan pula sangat meminati gadis itu... Maka sang “Sultan” pun menggunakan segala ilmu dan kebolehan yang ada untuk “menggandingkan” mereka.
Sejak itu, Nur sering hilang ingatan dan resah tidak tentu pasal. Dia mula berulang-alik ke Pantai Timur untuk menziarahi markas kumpulan di dalam hutan. Rasyid tidak tahu bagaimana hendak menolongnya... Gadis itu sering naik angin tidak tentu pasal apabila dihubungi. Manakan tidak, setiap kali ke sana, dia diberi makan-minum yang “diisi” dengan sesuatu. Semangatnya pula dipuja secara batin supaya terus mengikuti kumpulan!
Nur yang semakin parah kerana tidak sedar diriya telah diremote-control hampir terjebak menghisap dadah. Jiwanya seolah “diseru” supaya mencuba! Nasib baik dia sempat mengadu kepada Rasyid walaupun ketika itu mereka sudah putus hubungan... Jika tidak, sudah tentu gadis itu akan terikat kerana ketagihan yang timbul cuma dapat diubati sang “Sultan”...
Rasyid sudah dapat menghidu sesuatu yang tidak kena lalu bergegas ke Pantai Timur membawa seorang kawan yang lebih arif tentang ilmu kebatinan berkenaan pemujaan semangat. Kawan itu juga agak mahir dalam ilmu berkaitan Qarin dan jin yang menjadi permainan kumpulan. Dipendekkan cerita, Nur yang sedang dalam keadaan separuh sedar dapat dikeluarkan daripada lingkungan pengaruh mereka sebelum dipulihkan. Tetapi kumpulan itu pula berdendam dengan Rasyid… Sudahlah sebelum itu, sang “Sultan” tidak menyukainya apabila mendapat tahu pemuda itu berasal daripada keturunan tertentu yang boleh menyanggah dakwaannya sebagai “Sultan”, kini “Puteri Balqis”nya pula telah dibawa lari keluar…
Tidak lama kemudian, anak kelahiran Muar, Johor itu mendapat satu “kunjungan mesra”. Ketika sedang berbaring antara tidur dan sedar, tiba-tiba mata-hatinya dapat melihat beribu lelaki bertubuh sasa muncul, masing-masing dengan pedang siap terhunus untuk memenggal kepalanya!
Kelihatan dalam gambar ini sebuah batu yang terbelah dua... Menurut ceritanya, batu ini telah dibelah dengan tangan oleh seorang wali Allah dahulukala bernama Sharif Muhammad Al-Baghdadi, orang yang dikatakan menulis Batu Bersurat Terengganu lebih 700 tahun lalu!
Kita sambung lagi sedutan daripada BKA II... Beberapa mukasurat ke hadapan setelah menceritakan beberapa pengalaman hidup watak utama Muhammad Al-Aminul Rasyid menangani perkara-perkara ghaib termasuk gangguan-gangguan yang pernah disebut oleh seorang bapa saudara sebagai satu usaha pihak berkepentingan untuk melenyapkan nasab keturunan mereka!
-----------------------------
Beratus, mungkin beribu pemuda bersenjatakan pedang mula mengepung lalu membuka langkah untuk menyerang... Kecuali di sekitar tempat Rasyid berdiri, setiap ruangan dipenuhi mereka, maka susah untuk meneka berapa ramaikah kesemuanya. Sekonyong-konyong itu, mereka bergerak ligat melompat-lompat sambil melibas-libaskan pedang-pedang tajam lagi berkilauan... Semakin lama semakin laju lalu membentuk sebuah puting-beliung besar diselang-selikan gerakan-gerakan liar yang tidak dapat lagi diekori dengan mata kasar... Mahu berpinar mata memandang...
Rasyid sedar mustahil dia boleh melawan… Pemuda itu cuma bertangan kosong sedangkan lawan yang dihadapi terlalu ramai dan tidak dapat lagi dihidu pergerakan - terlalu laju bertari perang lagi bersimpang-siur hingga menutup setiap sudut walaupun sekadar untuk lari melepaskan diri. Nasib baik belum ada lagi serangan yang dapat melekat ke tubuhnya, tidak tahulah kenapa… Mungkin kerana penyerang-penyerang ini masih mengacah-acah? Sebab itu tidak ada satu libasan pun yang mengena? Apapun, bukankah segalanya berlaku dengan Qudrat dan Iradat serta izin Allah jua? Hmm... Mungkin Tuhan belum mahu mengizinkannya cedera...
Pemuda berhati kering yang sudah hilang rasa takut mati kerana mempunyai pegangan Tasawuf yang amat kental terutama dalam bab tawakal inipun memejamkan mata. Kalau dibuka pun tiada gunanya... Bukannya dapat menduga serangan yang begitu laju menderu-deru. Dia menenangkan jiwa-raga lalu melangkah ke dalam hakikat kalimah Lahaulawaquwataillah billahil aliyil azim – Tiada daya dan upaya kecuali daripada Allah. “Kalau hendak matipun matilah. Aku bukannya punya apa-apa lagi…” bisik hatinya redha menerima segala yang bakal terjadi.
Seketika kemudian baru Rasyid membuka mata... Terus dia mendapati dirinya berada di tengah putaran serangan musuh tetapi cukup jauh dan selamat untuk disentuh. Walaupun putaran itu masih liar dan ligat, pemuda itu dapat merasakan dirinya begitu tenang, seolah sedang berada di tengah-tengah mata puting beliung, the eye of the storm di mana tidak ada pergerakan angin walau sedikit pun. Tiba-tiba gerakan laju di sekeliling itu hilang... Seketika itu juga kelihatan, seorang lelaki berambut panjang jatuh melutut di hadapan, ahli kanan kumpulan ajaran Tasawuf sesat yang menaruh minat terhadap gadis kesayangannya Nur. Di tangan kanan Rasyid pula tergenggam sebilah pedang, rasanya milik hamba Allah itu yang mengetuai serangan... Entah bagaimana pula boleh beralih ke tangannya pula!
Beberapa ketika kemudian, sampailah saya ke markas kumpulan yang dimaksudkan... Markas yang diketahui penduduk tempatan sebagai sebuah pusat pemulihan para remaja juga orang dewasa bermasalah terutama akibat penggunaan najis dadah. Tetapi berapa ramai yang tahu tentang kaedah pemulihan yang digunakan, bagaimana mereka yang mencari pengubatan akan diisi dengan "sesuatu"?
Sambung lagi sedutan daripada BKA II, sedutan terakhir yang sesuai dengan penceritaan...
----------------------
Rasyid mengangkat pedang itu tinggi-tinggi untuk memancung kepala lelaki durjana yang hampir berjaya menyesatkan gadis pujaannya. Timbul rasa geram mengenangkan betapa dia dan Nur telah dianiaya permainan batin lelaki ini serta konco-konconya - maka memang dia ada hak untuk membalas dan membunuhnya. Nasib baik anak kelahiran Muar, Johor itu lembut jiwa... Hati kecilnya sempat menahan sehingga dirinya tersentak.
“Astaghfirullah! Apa sudah jadi pada aku?” terpacul kalimah istighfar berserta kesedaran yang mendalam. “Nenek-moyangku begitu pemaaf sehingga sanggup mendoakan kebahagian manusia-manusia yang telah menganiaya, meracuni dan membunuh mereka. Kenapa pula aku mesti bersikap kejam dan memancung kepala lelaki di hadapanku ini?”
Seketika itu juga Rasyid terkeluar daripada keadaan antara sedar dan tidur di mana semua ini berlaku lalu kembali ke alam dunia nyata. Tidak tahulah apa yang akan terjadi jika dia betul-betul menghayunkan pedang di tangannya lalu menceraikan kepala lelaki itu daripada badan walaupun sekadar di dalam mimpi… Lama kemudian, baru dia tahu apakah akibatnya jika dia meneruskan niat memancung kepala. Kata seorang tua yang amat arif tentang hal-hal kebatinan, besar kemungkinan lelaki itu akan meracau-racau di alam nyata... Kemudian menggelupur lari tidak tentu arah, langgar dinding, langgar segala benda di sekeliling kerana tidak dapat lagi melihat, seolah-olah sudah tidak ada lagi kepala di badannya…
“Nasib baiklah kamu tidak pancung,” dia memberitahu. “Kalau tidak kamu juga yang teruk nanti, rugi serugi-ruginya!”“Kenapa pula begitu?” Rasyid hairan. “Bukankah lelaki ini yang mencari bala?” Masih ada sedikit rasa tidak puas-hati terhadap apa yang berlaku...Orang tua itu memandang serius. Katanya ini adalah ujian Allah untuk pemuda itu. “Walaupun kamu ada hak untuk membunuh lelaki tersebut kerana dia lebih dahulu cuba menganiaya kamu, kamu akan dikira gagal kerana tidak berjaya menahan nafsu amarah. Akibatnya perjalanan kerohanian kamu akan tersekat dan hidup kamu akan semakin celaru. Maka berpusing-pusinglah kamu kerana terhalang daripada rahmatNya…”
Bagaimana pula kalau penyerang ini berjaya membunuh Rasyid dalam keadaan mimpi separuh sedar itu? Orang tua ini menggelengkan kepala. Katanya, ada kemungkinan pemuda itu akan putus nafas dalam tidur!
Di sini biar dimaklumkan, tujuan saya ke tempat ini lagi tahun 2008 bukanlah untuk melihat sangat kumpulan itu atau mahu menyelamatkan sesiapa... Tujuan saya ke tempat ini adalah untuk menziarahi sebuah makam yang menurut beberapa orang tua ada kena-mengena dengan susur-galur salasilah keluarga saya, juga wasilah penyampaian ilmu dan amalan Tasawuf...
Mungkin ada yang akan melihat cerita-cerita sedutan daripada buku BKA II yang dipaparkan di sini sebagai satu cerita dongeng... Mungkin ada yang menganggapnya mustahil... Tetapi percayalah, ia benar-benar telah berlaku... Cuma cara penyampaian cerita itu sahaja yang diolah sedikit lain...
Tuan-tuan dan puan-puan... Disebabkan sedutan cerita itulah seorang pembaca telah membuat komen yang dipaparkan pada permulaan artikel ini... Biar saya copy n paste kembali komen itu...
salam...abang radzi klu pegi pantai timur nanti,tlg lah pantau kump tasawuf sesat spt yang abg radzi cterkan dlam buku BKA tu.sebab pengaruh ustaz makin mnjadi di kedah.di a.setar n jitra.dulu da kena tangkap.terlepas g2 jer.smpai sy pun hampir jd pengikut.lgu dendang yg mereka bawakan memang merdu.tp syg,ternyata mereka sesat.ader ke plak malaikat2 dtg jauh dr mesir nun,msuk dalam jasad manusia,pas 2 marah2.fyi,putri gunung ledang da dapat kt org len.yg lama da insaf kot.
Thursday, March 20, 2008 8:42:00 PM
Komen ini membuat saya terasa bertanggungjawab perlu melakukan sesuatu... Tetapi apa yang boleh dilakukan dengan kudrat yang tak seberapa ini seorang diri? Terhadap sebuah kumpulan yang sudah lama bergerak lancar yang saya percaya memiliki ribuan pengikut termasuk orang-orang yang berkuasa?
Apa yang mampu dibuat adalah sekadar berdoa di hadapan makam ini... Ya Allah ya Tuhanku, dengan berkat seorang wali mu yang besar yang bersemadi di sini, dengan salasilah serta wasilah keturunan yang ada dalam diriku, dengan kemuliaan serta syafaat kekasih Mu, junjungan besar kami Muhammad SAW, dengan pemuka para Ahlul Bait nya Saidina Ali, Saiditina Fatimah, Saidina Hassan dan Saidina Hussein dan segala keturunan mereka yang baik-baik, aku mohon engkau perbaikilah orang-orang ini... Keluarkan mereka, juga diri aku sendiri daripada apa-apa bentuk kesesatan dengan penuh kasih sayang Mu ya Allah...
Jika beberapa tahun dahulu, saya mungkin akan meminta supaya Allah melaknat kumpulan ini terutama ketua-ketua mereka yang saya lihat telah begitu jauh menyeleweng dalam pemahaman akidah dan pembawakan Tasawuf, kini saya terasa lebih tenang dan memahami dalam melihat keadaan ini. Dulu, saya begitu marah kerana mereka-mereka inilah saya anggap perosak jiwa teman wanita kesayangan sehingga kami selalu bergaduh lalu berpisah... Tapi itu dahulu, ketika keadaan jiwa saya terasa begitu sempit akibat banyak perkara yang tidak dapat dilepaskan dari dalam sanubari... Kini saya telah berjaya meluahkan banyak perkara yang selama ini terkunci melalui siri buku "Berpetualang ke Aceh". Sejak itu, terasa lebih ringan dan Insyaallah semakin ringan walaupun beban yang digalas masih belum hilang 100 peratus...
Tuan-tuan dan puan-puan... Mereka-mereka ini semuanya pernah terjebak dalam permasalahan hidup yang menyebabkan sesetengahnya jadi penagih dadah, ada jadi mat rempit, minah bohsia, mat bohjan, gangster jalanan dan sebagainya... Jika dilihat dari satu segi sahaja, mereka boleh dianggap sebagai para penjahat yang perlu dihukum, apalagi jika terlibat dalam usaha melarikan orang yang anda sayang... Cuba pula melihat daripada segi kemanusiaan dan hubungan sesama insan... Nescaya anda akan nampak bahawa mereka-mereka ini sekadar manusia biasa yang kehilangan arah dan amat memerlukan kasih-sayang dan simpati masyarakat umum... Fikirkan... Bagaimana jika anda pula berada di tempat mereka? Mahukah dihukum orang atau anda mengharapkan talian bantuan daripada mereka yang simpati juga?
Bot milik kumpulan sedang disediakan untuk membawa saya keluar dari markas... Kalau tak salah ingatan, semasa ini cuma terdapat paling banyak pun 30-40 orang di tempat ini sedangkan ia mampu menampung ratusan orang dengan bekalan makanan dan keperluan yang dibawa masuk dari Kuala Berang...
Pada awal artikel ini, dalam copy n paste daripada cerita Kuala Terengganu dan makam-makam lamanya... Tapak untuk cerita ke Kuala Berang... saya ada menyebut tentang nama Ustaz Zul yang dikehendaki polis atas beberapa kes cabul dan rogol... Untuk makluman, Ustaz Zul adalah ketua kumpulan ini... Beliau juga bertanggungjawab ke atas beberapa buah markas yang terletak di seluruh Malaysia termasuk beberapa yang saya diberitahu terletak jauh di dalam hutan...
Saya pernah beberapa kali berjumpa dengan Ustaz Zul sekitar tahun 2004 dan 2005... Ketika itu, beliau memberitahu mahu membela para remaja Melayu yang tersesat jalan untuk ditarbiyah kembali dan dibina menjadi insan-insan yang berguna terutama dalam perjuangan akhir zaman... Saya faham sangatlah tentang perjuangan akhir zaman ini kerana saya sendiri beriya-iya mahu menyediakan diri untuk masa hadapan yang akan datang seperti termaktub dalam hadis-hadis Nabi mengenai kemunculan watak jahat Dajjal melawan watak penyelamat Al-Imam Mahdi dan Nabi Isa nanti... Lalu Ustaz Zul menyebut anak-anak didiknya ini akan dilatih kembali menjadi seperti orang Melayu lama yang penuh beradab seperti dahulukala demi menyokong perjuangan akhir zaman... Katanya, untuk melakukan itu, dia harus menampilkan diri sebagai seorang Sultan... Kemudian dia berjanji akan menyerahkan "pemerintahan" itu kembali kepada seorang Sultan sebenarnya yang akan muncul nanti!
Sebelum meninggalkan markas, saya sempat duduk sebentar dengan Amir atau ketua yang menjaga kawasan ini serta beberapa penghuni lain... Cerita punya cerita rupa-rupanya mereka masih ingat lagi tentang saya yang pernah masuk ke sini 2 kali sekitar tahun 2004... Pertama kali seorang diri dan bermalam di masjidnya, kali kedua dengan seorang ahli kerabat diraja tua Terengganu bernama Engku Sayyid Mokhsin...
Rupa-rupanya mereka juga masih ingat bahawa saya ini seorang bekas wartawan... Lalu saya hadiahkan sebuah poster promosi siri buku "Berpetualang ke Aceh"... Jika sahaja mereka tahu beberapa isi yang telah diterapkan di dalam siri buku ini seperti yang disedut lalu dipaparkan di sini... Entah mereka akan membenarkan saya masuk ataupun tidak? Atau mungkin sahaja saya akan dipancung mereka?
Apapun, saya bukan marah pada mereka lagi... Apalah salah mereka kecuali menurut apa yang dibawa ketua? Itupun bukan apa... Mereka menurut segalanya kerana tidak tahu lagi arah hidup sendiri. Sedangkan apa yang sangat mereka perlukan adalah pemulihan berserta kasih-sayang... Kalau masuk pusat Serenti dan sebagainya, jangan hairanlah jika mereka-mereka ini teruk dipukul warden dan sebagainya... Itu yang biasa saya dengar le... Seorang sepupu saya pernah bekerja menjaga pusat Serenti dan dia sendiri mengaku dahulu dia suka memukul para penagih dadah sebegini...
Mereka-mereka ini bila keluar pusat pemulihan biasa pun belum tentu akan diterima baik oleh masyarakat mahupun keluarga... Itulah hakikat dunia kita ini... Tetapi di sini, di bawah program penjagaan Ustaz Zul termasuk di markas Hulu Terengganu ini, mereka terasa diri mereka seperti amat dihargai dan disayangi, tak kiralah jika orang yang menaungi itu setakat menggunakan mereka untuk kepentingan diri sendiri... Tak kiralah jika Ustaz Zul betul-betul pernah mencabul dan merogol ramai wanita dan anak gadis...
Pada mereka ini, mustahil orang seperti Ustaz Zul yang berjaya memberikan mereka harapan baru dalam kehidupan sanggup membuat kerja-kerja keji sebegitu... Begitu juga orang ramai selalu tertipu dengan tokoh-tokoh politik yang pandai memainkan sentimen dan perasaan!
Apapun, sampailah masanya untuk meninggalkan tempat ini...
Tuan-tuan dan puan-puan, membuat cerita sebegini ada risikonya, mungkin risiko nyawa! Mungkin ada yang tidak akan senang dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat di sini lalu akan cuba mencari jalan agar saya jadi "senyap" buat selama-lamanya... Apapun, saya tetap ceritakan di sini untuk difikirkan juga dijadikan iktibar untuk semua orang... Lagipun seperti yang disebut awal tadi, saya rasa bertanggungjawab untuk berbuat sesuatu apabila melihat komen seorang pembaca yang meminta saya memantau aktiviti serta pergerakan kumpulan ini...
Lihat balik jawaban saya pada komen tersebut...
Radzi Sapiee said...
Wassalam. Insyaallah tentang kumpulan tersebut nanti saya lihat. Susah jugak sebab ramai yang percaya kat diaorang ni termasuk pihak keselamatan Malaysia sendiri. Takpa... Tentunya ada hikmah di sebalik semua ini. Apabila sampai masanya, yang haq tetap akan muncul dan yang bathil akan gugur dengan sendirinya... Ada masanya, dengan hikmah Allah, dibenarkan dahulu kumpulan sebegini bertapak dan membina pengaruh. Sekurang-kurangnya dapat juga mengembleng dan menyatukan ramai anak Melayu bermasalah di bawah satu bendera walaupun ketuanya sebenarnya mahu menggunakan mereka. Apabila anak-anak muda ini sudah biasa dengan adab Melayu lama yang tahu menjunjung tinggi hakikat sebenar seorang Sultan sebagai wakil Allah yang mengatur kehidupan bermasyarakat di muka bumi ini, barulah kepala sebenar muncul untuk mengembalikan arah. Insyaallah! :]
Saturday, March 22, 2008 5:49:00 PM
Seperti ada disebut tadi, kalau dahulu mungkin saya akan meminta laknat ke atas mereka, kini saya cuma berdoa agar mereka ditunjukkan jalan yang benar... Mereka-mereka ini perlukan petunjuk dan pembelaan, bukannya hukuman yang terus membawa penderitaan... Kalau Ustaz Zul ditangkap pihak berkuasa dan kumpulan ini dihancurkan, ke mana pula mereka-mereka ini hendak lari? Kembali kepada keluarga dan masyarakat serta keluarga yang belum tentu dapat menerima mereka dengan senang? Kembali ke luar sana tanpa pengawasan ghaib kumpulan (tak kiralah guna jin ke Qarin ke) lalu terjebak balik dengan masalah-masalah sosial atau gian dadah kembali? Fikirkan... Apakah anda sanggup menawarkan diri ke hadapan untuk menjaga mereka-mereka yang akan jadi seperti anak yatim piatu nanti?
Terus-terang cakap sesungguhnya saya tidak ada apa-apa kemampuan untuk menjaga mereka semua... Yang mampu menjaga mereka sebenar-sebenarnya cuma Allah sahaja sebenarnya... Buat masa ini, penjagaan itu datang dalam bentuk program anjuran seorang insan bernama Ustaz Zul walaupun dia dikatakan telah mencabul dan merogol ramai orang... Maka mungkin sebab itu pihak berkuasa tidak betul-betul mahu menangkapnya?
Saya tidak hairan jika ini benar kerana saya kenal sungguh dengan beberapa orang individu yang pernah rapat dengannya... Adapun saya juga tahu tentang bilik kuning di Lembah Klang di mana cuma Ustaz Zul sebagai "baginda Sultan" serta seorang personaliti tanahair terkenal perempuan sahaja boleh masuk di dalamnya... Ini cerita 3-4 tahun dahulu le, tak tahu le apakah perkembangan seterusnya... Soalnya, bagaimana mereka boleh masuk bersama ke dalam satu bilik tanpa ada orang lain bersama, apalagi atas nama sebuah pergerakan yang memperjuangkan Islam akhir zaman sedangkan personaliti yang dimaksudkan adalah isteri orang?
Apapun, mari kita doakan kebaikan untuk mereka semua demi kebangkitan umat Islam akhir zaman. Sesungguhnya kita memerlukan lebih ramai orang yang sanggup berjuang untuk kebenaran... Mungkin mereka-mereka ini tersilap arah lagi akibat terlalu bergantung kepada seorang manusia biasa yang masih mempunyai nafsu rendah untuk berkuasa dan sebagainya... Tetapi siapa tahu, apabila berlaku musibah besar yang mengancam keselamatan negara, mereka-mereka ini juga yang akan bangkit berjuang di barisan hadapan kita nanti? Sekian! :]
p/s: Biasanya saya akan membuat cerita rumusan perjalanan di sesuatu tempat untuk dipaparkan di blogspot ini, setelah berjaya mengagih-agihkan gambar-gambar yang berkenaan untuk dipakai sama-rata di ketiga-tiga blogspot saya.... Tetapi kali ini, memandangkan ada cerita tentang markas kumpulan Ustaz Zul ini, maka cerita rumusan perjalan Kuala Berang telah saya buat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH , dengan tajuk Visiting old tombs in Kuala Berang... . Harap maklum...
32 ulasan:
Salam MS,
Ada alir sejuk segar yang mengalir
tenang. Seluruh perbuatan, kelakuan dizahirkan dgn sifat2 yang bernama indah2 belaka... memang tiada yang sia2 dan cacat celanya.
Seluruhnya dalam aturan dan perancangan yang sempurna. Siapa pula yang dapat melihat segala keindahan dan keteraturan semua ini melainkan atas anugerahNya juga.
Salam
-awanbadai-
Wassalam awanbadai.. Terimakasih atas komen yang sejuk ini. Tapi rasanya nanti akan keluar satu luahan yang sedikit panas kerana ada sedikit rasa kecewa baru-baru ini.. Tentang motosikal besar kesayangan saya yang sudah 4 tahun terbengkalai di Janda Baik. Tentang amanah yang diberikan kepada seorang kawan tetapi tidak ditunaikan lalu mungkin terkait sikit yang lain... Insyaallah dalam satu posting lewat malam ini.
Salam MS,
elehhh ... suam2 kuku jek luahan tu. hehehe ... jgn marah bro. Aku tau hang cukup sayang kat motor hang tu. Hang jgn sayang lebih2 kat benda lain, karang ada yang Jeles nanti ... langsung ditariknya, diganti dgn BMX. Lagi haru ... Kekasih jeles wooo ...
Lama2 kena dgn org2 "begitu" nanti sure hang pandai tgk gesture org. Boleh pakai ka tak boleh. Maklum la, sebelum pandai, banyak yuran mau kena bayar, hehe. Dah pandai .. sekali ada lagi pandai daa... atas awan ada langit dan langit yg lebih tinggi lagi.
Anyway bro ... setiap org merasai apa yg telah hang lalui, cuma keadaan dan darjah kesukaran yg berbeza, sesuai dgn bakat dan anugerah yang telah dititipkan. Time kasih la ... aku pun byk belajar dari pengalaman yang hang lalui. Aku sendiri terimbas kembali melihat segala pahit manis, suka duka yg telah lalu, menjadi satu pengalaman yg sgt berharga. Dan ia tidak terbiar sebagai satu pengalaman kusam sahaja ... ia menjadi satu perjalanan, perjalanan ke arah yang hang tahu dimana titik akhirnya.
Salam
-awanbadai-
Assalamualaikum Saudara
Hampir 3 bulan mengikuti perkembangan blog saudara bermula dari pencarian tidak sengaja mengenai kisah Laksamana pulang ke Perak. Kebetulan saya juga adalah pengunjung setia Makam DiRaja Perak setiap kali pulang ke kampung halaman di Grik. tapi lawatan saya tanpa sebab yg jelas seperti saudara, hanya mengikut gerak hati.
Walaubagaimanapun, ada beberapa komen tentang gaya penceritaan saudara yg mungkin boleh diberikan perhatian. Gerak hati saya berat menyatakan, mungkin saudara terlalu bnyk menyimpan kisah suka dan duka, dan blog adalah jalan terbaik untuk menceritakannya, namun kadangkala penceritaannya menjadi meleret2 (mungkin terbawa2 oleh emosi pada masa menulis). Diharap saudara dapat memberikan perhatian.
Keduanya, saudara mungkin terlalu banyak menyediakan link dalam setiap artikel, ini memungkinkan pembaca kadangkala hilang punca dan perhatian terhadap artikel yg dibawa mungkin berkurangan, perkara ini mungkin boleh saudara perbaiki dengan mengubah serba sedikit landskap website ini agar lebih "mesra pengguna". Mungkin itu gaya saudara, setiap orang ada gaya tersendiri, tapi hanyalah luahan pendapat dari saya yang terlalu mentah dalam dunia penulisan dan blog ini...
Komen diatas bukan cuba untuk mencari kelemahan saudara, kerana setiap patah yg ditulis oleh saudara adalah atas kehendak Allah semata-mata.. Cuma kita sebagai hamba diberikan kekuatan untuk berfikir dan memilih, InsyaAllah.
Diharap saudara terus bersemangat dalam perjalanan kerohanian ini dan terima kasih atas kesudian untuk berkongsi ilmu yg dianugerahkan dari Allah melalui saudara..
Wassalam... Terimakasih atas perhatian saudara itu. Seperti yang saudara sebut sendiri, ini semua atas kehendak Allah belaka termasuk isi yang meleret-leret itu. Kerana pertama, isi meleret itu perlu untuk meringankan beban di dada... Kedua ia keluar secara jujur tanpa ada usaha untuk kelihatan bagus sahaja di hadapan ramai... Ketiga, di celah-celah itu banyak ilmu diberi... Dah le bagi free, takkan orang nak demand lagi?
Mereka yang bersungguh-sunguh mencari erti akan nampak ia... Kalau tak dipecahkan ruyung, mana dapat sagunya?
Gambar-gambar dalam blogspot saya ada yang telah diambil orang masuk dalam majalah-majalah mereka tanpa menyebut pun daripada mana mereka ambil... Kalau nak cari sendiri, jenuh le kena keluar mengembara.. Begitu juga isi dan hasil pengalaman yang dipaparkan. Ada yang diambil jadi isi blog orang lain malah jadi isi risalah pun ada! Maka terimalah ia seadanya... Dah bagi free tu ambik aje le... Takkan nak demand lagi?
Bagi setengah orang satu-satu perkara itu meleret, bagi pembaca lain, di situlah terletak pati sesuatu pengalaman berserta dengan rasa yang tidak akan dapat dicapai dalam penulisan yang mahu kelihatan bagus sahaja.. Sekian! :]
Assalamualaikum kembali
Saya menghargai dan bersyukur kepada Allah kerana menyampaikan ilmunya melalui insan terpilih seperti saudara, dan sehebat manapun dugaan, keletihan dan cabaran yg saudara tempuhi pastinya atas kehendak Allah. Saya juga yakin yg saudara takkan berhenti selagi tiada izin dari Yang Maha Menghendaki..
Sesungguhnya apa yang saya maksudkan dengan "meleret-leret" itu? Mungkin saudara masih menampung banyak lagi beban lain yg menganggap teguran (yang diharapkan adalah teguran membina) bertukar rupa menjadi kritikan. Saya menghormati saudara atas pengalaman sebagai penulis dan telah berjaya mengeluarkan buku-buku sendiri. Tetapi teguran diatas adalah seperti yg pernah saya kata "tapi hanyalah luahan pendapat dari saya yang terlalu mentah dalam dunia penulisan dan blog".
terima kasih kalau menganggap komen diatas sebagai cabaran dan dapat terus membina saudara. Namun jika komen itu menjadi satu bebanan, Adalah lebih baik jika saudara abaikan...
Pada saya, blog ini tetap akan menjadi salah satu blog pilihan, supaya bukan saja saya, malah saudara juga akan dikurniakan pahala yang berlipat kali ganda atas pengorbanan yang bukan sedikit dan ilmu yg berpanjangan... Semoga ia bakal menjadi teman di alam Baqa' nanti..
Wassalam
Assalamualaikum,
Saya setuju dengan kata-kata saudara mohd.
Sebenarnya beliau mengiktiraf penulisan saudara cuma dengan sedikit komen meleret-leret dan link.
Saya setuju kadang2 agak letih dan hilang tumpuan, seolah banyak sangat yang hendak dicakap, idea datang mencurah2. Mungkin kami semua inginkan sikap profesionalisme saudara dimasukkkan dalam blog ini.
Tapi sayang, rasanya setelah berinteraksi dengan saudara, saudara rupanya kurang meneliti apa yang hendak disampaikan oleh orang lain. Saudara menganggap ianya sebagai satu demand yang keterlaluan.
Tidak salah saya katakan, jika diamalkan, saudara akhirnya menjadi orang yg rugi. Sayang semua ini hanya saudara akan sedar bila dah berusia tua yang teramat sangat. Itupun kalau sedar.
Patut saya nyatakan apa yang terzahir dimata orang lain. Saudara tidak mahu mengaku silap. Saudara lah yg pandai dan genius. Pulak tu selalu bersikap menidakkan pendapat orang lain.
Kita hidup bermasyarakat. Tiada orang yg pandai serba serbi tetapi sebenarnya kita perlu kongsi mengongsi ilmu utk kebaikan bersama.
Teguran buat saudara adalah kongsian ilmu. Sayang, saudara cuma nampak ilmu yg saudara beri dari gambar dan tulisan saudara tetapi tidak mau menerima ilmu dari orang lain.
Jika terus menerus begini saudara lah manusia yg paling rugi. Saya setuju kalau tak leh diterima cakap-cakap ini. Abaikan sahaja.
Semuga amal saudara di blog ini dengan niat ikhlas sahaja yang dapat menolong saudara di sana kelak.
Senang crita, inilah yang dikatakan bodoh tak boleh ajar, pandai tak boleh ikut.
Tak apa... Semuanya berlaku ada sebabnya jua... Gerak hati juga itu semua...
Adapun teguran saudara Mohd itu berlaku dalam keadaan di mana telah berlaku banyak perkara lain yang amat memenatkan saya tetapi ramai mungkin tidak sedar... Hasilnya jadi keadaan seterusnya lalu saya turut sejujurnya membawa kepada hasil yang lain pula.
Kita sama-sama bergerak di atas gerak Qudrat Iradat Ilahi di mata hati manusia itu boleh dibolak-balik Allah di celah 2 jari Nya begitu sahaja, sekejap OK, sekejap tidak kecuali mereka yang betul-betul telah selamat duduk di dalam makam Mutmainnah dan atas sahaja ayng tetap selamat kerana awal masuk syurga itu makam Mutmainnah atau jiwa yang tenang...
Dalam keadaan kusut diri saya yang saudara mungkin tidak sedar itu, mungkin saya telah mengambil interpretasi negatif atas nasihat saudara lalu terjadi keadaan saya hilang mood bercerita.
Tentu saudara mahu saya melihat keadaan positif daripada nasihat saudara. Sesungguhnya rasa positif itu cuma saya dapat setelah saya luahkan rasa kecewa yang sebenarnya dituju kepada umum kerana jika tidak saudara, akan datang orang lain yang tiba-tiba muncul mahu memberikan buah fikiran sendiri di sini tanpa mengambil kira keadaan jiwa saya pada sesuatu ketika.
Saudara mahu saya memandang positif akan kata-kata nasihat saudara itu... Maka cuba pula saudara pandang secara akan hikmah di sebalik luahan rasa saya dan yang menimbulkan keadaan seterusnya. Salams! :]
Terima kasih kerana bercerita tentang Ustaz Zul. Saya nak komen banyak pun tak tergamak sebab dalam saudara hentam saudara juga menyatakan sesuatu yang baik tentang kumpulan ini, tetapi biasanya yang baik tu susah org nak nampak.
Budak yang jadi ketua menjaga budak2 kat dalam tu pun org perak juga. Mungkin ada percantuman antara apa yang saudara bawa dengan apa yang cuba Ustaz Zul usahakan atas anak bangsanya.
Wallahua'lam
aslmkm..berkaitan ustaz zul dan sebuah kumpulan musik..adakah anda pasti bahawa ustaz zul adalah ketua sebuah kumpulan ajaran sesat..dan adakah sesiapa yg mengikuti ajaran tersebut akan dikira syirik??walaupun ajran tersebut membawa kepada kebaikan..kerana saya sendiri tidak pasti ajaran tersebut benar atau tidak..saya masih mencari jawapan..dan akan terus membuat penyelidikan kerana seorang yang saya sayangi mengikut ajaran tersebut..saya hanya mahu menyelamatkan mereka..doakan saya akan berjaya..
Saudara,
sy juga pernah ke tempat Hulu Dungun itu yang bernama Jenagor... dan beberapa kali berjumpa dengan Ustaz Zul yang suka buat fatwa sendiri.. memang sy melalui semua tu... FYI, Ustaz Zul ni ada isteri yang x sah... isteri2nya tergolong dari budak2 college PTPL.. harap pihak berukasa dapa membendung kes ni... Mengaburi mata semua dengan membimbing budak2 bekas penagih... saya tahu semuanya....
how to contact you...
assalamualaikum saudara radzi..
boleh sy tau,adakah ajaran agama di jenagor ni terpesong?atau boleh diikuti?
Wassalam. Saya tak tahu perkembangan terbaru. Kalau berdasarkan pemerhatian lalu saya cuma cakap berhati2lah. Peringkat awal amalannya sama dengan ajaran Tabhliq yang menekankan ikut sunnah Nabi, sentiasa solat lima waktu berjemaah, beradab baik dan sebagainya. Masuk pertengahan yang melibatkan hal ghaib tu yang mula terpesong. Akhir kalamnya jadi pengikut Ustaz Zul yang mengaku dia le penjelmaan semula Sharif Muhammad Baghdadi yang tulis Batu Bersurat Terengganu. Bila dah jadi orang kuat boleh nikah batin dan sebagainya. Harap2 mereka tidak begitu lagi.
assalamualaikum saudara radzi..
terima kasih atas ulasan yg diberikan utk soalan sebelum ni.utk makluman saudara,sy pnh berkomunikasi dgn seseorang yg boleh dikatakan agak lama terlibat dgn hal ini.sepanjang perbualan dgn beliau, byk yg diceritakn, trutamanya brhubung dgn sejarah awal Islam ke tanah melayu,mengenai batu terbelah, masjid serta tanah perkuburan lama di lokasi ini. apa yg sy perhatikan, orang yg hendak dipulihkan di sini diwajibkan memakai celak. ini terjadi sendiri pada seseorang yg rapat dgn sy. sy dibawa berjumpa dgn beliau dan beliau memaklumkan bahawa beliau sedikit konfius berkenaan ajaran di tpt ini, katanya x seperti yg biasa.
kalau benar seperti kata saudara seperti hal yg melibatkan hal ghaib yg terpesong dan dibolehkan nikah batin, sy khuatir hal ini akan lebih merosakkan akidah orang2 yg sepatutnya dibimbing ini.
Sekian..
Sya ada baca kesah panjang lebar mengenai gerakan ust zul tu di blog DENDANG ANAK (dendang-anak.blogspot.com), cubalah tuan-tuan check.
salam saudara En. Radzi, semoga Tuan sentiasa di beri petunjuk oleh Allah swt...
sy nak komen sikit tentang Ust. yg Tuan cakap tu, juga berkenaan mrk yg mengikuti program di kawasan tu...
Kebanyakkan komen yg datang dari apa yg Tuan tulis, sy dapati mrk yg memberi komen tersebut terdiri mrk yg tidak berapa arif berkenaan program yg di jalankan dan mungkin juga mrk itu mengalami masaalah di dalam diri sebagai contoh, keinginan mrk tidak di turuti, tidak jujur di dalam ibadat dll...
Kadangkala orang luar yg mendengar juga tidak menyelidiki sebaiknya apa yg mrk dengar, kadang tu cuma dgr dr hal kecik yg dibesar2kan, mcm kes celak, takder pulak sy dgr begitu menekankan sangat, tak ramai pun yg mahu memakai celak...
cumanya kadang tu budak2 yg melalui proses membaiki diri ni mrk begitu bersemangat dan seolah-olah semcm taksub tanpa memikirkan apa yg mrk cakapkan.. tp biarlah, jgn lah di ambil serius sgt, mrk tidak boleh di patahkan semangat sebaliknya mrk memerlukan semangat utk terus membaiki diri, jadi kajilah dulu dr siapa yg Tuan-tuan dgr dan banyaklah bermunajat kpd Allah swt sekiranya maseh ragu2 tentang apa yg mrk lakukan, mustahil Allah swt tidak mahu menolong melainkan Tuan2 yg menutupi hati Tuan2 dr memandang kebaikan...
Kajilah dahulu dan teruskan mengkaji, En Radzi kan ker byk kajian sejarah, jadi teruskan kaji tentang sejarah Orang Melayu kita dahulu, insyaAllah Tuan akan dpt jawapan satu hari nanti dan jgnlah apabila sudah melihat kebenaran di depan mata tetapi maseh tidak mahu mengakui akan kebenaran...
Orang yg nak memburukan memang ramai tetapi hendak melihat kebaikan amatlah sedikit...
di sebabkan kemahuan mrk tidak di turuti maka mereka mulalah mahu memburukan padahal apa yg Allah swt telah beri kebaikan pd dirinya tidak mahu di pandang...
Bersabarlah semua, kita sama2 bermohon pd Allah swt, mustahil Allah tdk mahu menolong sekiranya kita di jalan yg benar...
wassalam.
kepada pembaca sekelian
kebayakan kita suka copy paste tnpa melihat apa sebenarnya yg berlaku...dn ketahuilah kita berada didlm era fitnah dajal bermaharajalela.seorng penagih boleh myebabkan keluarga porak peranda malah seluruh kampung jgk menanggung dn negara..itu bru seorng penagih,..bygkn andai beratus penagih diselamatkan?adakah kita ingt iblis dn syaitan akn berdiam diri pd mereka2 yg berusha mengembalikn ank bangsa ini ke pangkal jalan???hatta baginda sendiri di kata gila malah tk cukup lg dikata gila sex kawin dgn bdk umur 9 thun..malah di jatuhkn hukuman bunuh hingga terpaksa bersembunyi..menunjukn iblis dn syaitan tkn duduk diam sambil tersenyum bila usha dakwah ini di jalankn..dihasut dn di tabur kn segala mcm fitnah..maka kepada golongan kumpulan2 yg myatakan ustaz zul sesat andai benar beliau sesat maka ke depan lan anda semua cuba lah ambil alih dn pelihara lah semua anak bangsa kamu yg pulihkn itu...jgn lah kita sekadar menulis dn myatakan mcm2 walhal kita sendiri tdk mahu menangung kerja itu..lebih baik lah kita berdiam dr berkata2 takut2 kita digunakan sebagai alat penabur fitnah..nauzubillah minzalik...mudah2 mudahan yg menabur segala fitnah itu agar anak2 mereka allah akn beri mrk hidayah kelak andai mrk blum mendapt...amin....
Yg Haq akan menghancurkan yg bathil....
rindu kat dendang anak ,, jenago ni lah tmpat aq belajar agama n dendang anak ,, iklas dari muhammad shafiq ,, asalamualaikum ,,
Wahhh best baca blog ni...
Tuan punya blog mesti ada buat usaha untuk pulihkan anak2 melayu jugak kan? Kan?
Kat mana markaz tuan, boleh lah sy melawat...
Ye lah takkan lah setakat boleh tulis berjela2 dlm blog je kan, mestilah pandai buat jugak...
Boleh lah anak2 melayu tu keluar dari dendang anak yg sesat tu pastu masuk duduk bawah bimbingan tuan...
Yelah tuan kan x sesat...
Lawak pon ada blog ni.. Pandai bercerita.. Mesti ada markaz pemulihan
Assalamualaikum Sdr Radzi Sapiee, saya amat menyanjungi tulisan saudara kerana saya juga mempunyai minat yang sama. Dalam hal-hal yang berkaitan saya juga ada informasi yang saya rasa mampu membantu saudara dalam tulisan saudara. Ikhlas saya katakan ingin sangat bertemu saudara satu hari nanti mungkin untuk bertukar-tukar fikiran dan pengetahuan. kiranya saudara ada ruang masa harap dapat saudara contact saya di Hp 0193729988 Wak Jono)memang saya ada perkara yang saya sampaikan. terima kasih.
Kalau tak keberatan , tlg email ke email ini zamawika@yahoo.com sy ada beberapa kemusykilan ttg kumpulan ini (dendang anak) tq
Assalamualaikum saudara radzi...kemana menghilang ni...dah 4 tahun diam buat usaha agama ni...knpa berhenti sekerat jalan...dh tak buat kerja fitnah lagi ke?
Assalam..maafkan klu sy ada tersalah kata dan mencelah... bertasbih..berzikir..bertahmid dgn memuji serta memuja 99 nama Allah asmaulhusna..in shaa allah..tiada spa yg salah apa lagi terpesong..sekadar pendapat peribadi sy she.. wallahualam... assalam😉👍
Assalamualaikum.. Dah masuk tahun 2020. Apa jadi dengan Ustaz Zul, markah beliau dan penulis blog?
Cerita yang bagus, ustaz tu dah mati , ad yg sedar dgn apa yg dia buat , ad yg tak sedar dgn apa yg dia buat , alhamdulillah saya sedar dg ajaran yg dia buat tu adalah ajaran yg sesat ,
Waalaikumussalam , ustaz Zul meninggal sakit strok
Innalillah...
Assalammualaikum boleh saya tahu lebih detail. sebab kalau boleh saya nak selamatkan seorang yang saya sayang dia terjebak dalam dendang anak ni..saya perasan dari awal lagi kelakuan tunang saya mula salah dan cara percakapan banyak yang lebih kearah sesat..0197027687 harap ada balasan dari en radzi..
Catat Ulasan