Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...
Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.
Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...
Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-
Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.
Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...
Salam petang Khamis 3 Zulkaedah 1441 Hijriah. Sepanjang dua bulan setengah kebelakangan saya telah mempersembahkan beberapa kategori baru bagi artikel-artikel lama daripada blogspot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH memaparkan warna-warni kehidupan berdasarkan pengalaman sebenar sendiri menurut tema-tema tertentu. Hari ini biar pautan bagi setiap kategori itu dikumpulkan bagi kemudahan pembaca.
Salam petang Jumaat 27 Syawal 1441 Hijriah. Setelah beberapa lama memperkenalkan kategori-kategori baru bagi artikel-artikel daripada blogspot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH sampai masanya untuk mempersembahkan kategori terakhir lalu menutup gerak penulisan berkenaan.
Walaupun sukakan pengembaraan dan aktiviti lasak saya sebenarnya seorang yang berjiwa sentimental atau kata sesetengah orang, dalam hati ada taman. Oleh itu saya cenderung untuk mengingati peristiwa-peristiwa lepas sekurang-kurangnya sekali sekala lalu menulis tentangnya. Berikut adalah sejumlah artikel berkenaan yang telah ditulis dalam blogspotBERPETUALANG KE ACEH. Sesungguhnya telah berlaku begitu banyak peristiwa yang membentuk peribadi saya. Dan sebenarnya tidak semua saya tulis walaupun kelihatan seperti sudah begitu banyak dikongsikan kepada orang ramai.
Salam malam Jumaat 20 Syawal 1441 Hijriah. Kita sambung pengenalan kategori-kategori baru bagi artikel-artikel daripada blogspot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH.
Kategori ini biar dipanggil sebagai "Kejadian, peristiwa dan sebagainya". Ia adalah untuk artikel-artikel yang timbul akibat suatu hal atau peristiwa. Oh. Lebih seminggu kebelakangan ini saya dan isteri jadi rajin menghidupkan tanah di belakang garaj rumah kami untuk dijadikan kebun. Sambil itu saya seronok mendirikan sebuah pondok untuk berehat juga jadi tempat beramal - sudah beberapa malam saya mengaji Al-Quran di pondok belakang kebun itu. Kalau timbul gerak nanti insyaallah akan dikongsikan cerita.
Salam pagi Rabu 11 Syawal. Sampai masa untuk memperkenalkan satu lagi kategori mengumpulkan artikel-artikel lama daripada blogspot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH.
Sekadar berkongsi rasa. Tadi selepas Subuh saya akhirnya berjaya menyelesaikan pembacaan sebuah buku berbahasa Inggeris bertajuk "Evolution - The History of an Idea" oleh Peter J. Bowler. Ini adalah suatu yang sangat menggembirakan setelah lebih sebulan cuba menghadam isi buku dalam keadaan kepala terasa tepu lagi tersekat-sekat pemikiran. Pembacaan melibatkan penghadaman satu subjek yang sangat saya benci iaitu teori asal usul manusia daripada beruk menurut sains dan segala perkara yang berkaitan yang mahu menolak wujudnya Tuhan. Namun ia perlu dibuat demi melengkapkan penulisan tesis saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam).
Dahlah penulisan tesis asyik tersangkut, kena hadam subjek yang saya benci tetapi perlu atas nama kajian akademik. Apapun sungguh lega rasa dapat menyelesaikan pembacaan buku hampir 450 muka surat ini lalu terasa bolehlah dikongsikan kategori seterusnya iaitu melibatkan penulisan-penulisan tentang ilmu pengetahuan dan perkara-perkara berkaitan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Salam petang Ahad 1 Syawal 1441 Hijriah. Selamat hari raya maaf zahir batin. Dipersembahkan satu kategori baru sesuai dengan bulan bersilaturrahim Syawal mengumpulkan artikel-artikel lama yang berkenaan daripada blogspot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH.
Memandangkan bulan Syawal dan perayaan Aidil Fitri memberikan keutamaan terhadap hubungan silaturrahim bersama keluarga dan kawan-kawan dengan semua digalakkan kunjung mengunjung ke rumah masing-masing dipersembahkan kategori berkenaan rumah, keluarga dan kawan-kawan. Walaupun hari raya tahun ini agak terhalang disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang bermula lebih 2 bulan lalu demi menangani ancaman wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia termasuk di Malaysia sambutan tetap boleh dilakukan secara sederhana juga melalui 'ziarah' atas talian. Adapun perkataan Melayu "rumah" agak umum berbanding bahasa Inggeris yang memiliki perkataan "house" dan "home" untuk rumah. Cuma perkataan home lebih khusus pada rumah yang memberikan rasa kekeluargaan dan kenyamanan serta rasa aman. Sesungguhnya tidak semua rumah dapat memberikan rasa tersebut - not every house is a home . Saya tidak tahu apakah satu perkataan Melayu yang membawa makna home ini. Paling dekat kena gunakan dua perkataan - rumahku syurgaku. Ini adalah artikel-artikel yang berkenaan...
Salam tengah hari Rabu 27 Ramadhan 1441 Hijriah. Sukacita dimaklumkan bahawa pada tarikh ini genaplah umur saya 51 tahun menurut kalender Islam. Dengan itu biar dipersembahkan satu artikel yang bersifat lebih spiritual atau kebatinan kepada umum.
Seperti pembaca setia blogspot ini boleh nampak dalam beberapa minggu kebelakangan saya telah mempersembahkan beberapa kategori menunjukkan pemandangan menarik di tempat-tempat menggunakan artikel-artikel lama daripada blogspot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH. Rata-rata ia adalah daripada tempat-tempat yang orang ramai suka berjalan atau melawat seperti taman, gunung dan tasik. Kali ini biar dikhaskan satu kategori untuk tempat-tempat bersejarah, keagamaan dan/atau bersifat mistik. Semoga dapat membantu meningkatkan hubungan dengan Yang Maha Kuasa serta dunia selain daripada yang dapat dilihat dengan mata kasar ini.
Kategori ini didedikasikan untuk menunjukkan pemandangan dan keadaan sambil saya atau/bersama keluarga keluar mengembara di beberapa tempat dan negara menaiki pelbagai jenis kenderaan. Ada masanya kami menaiki kenderaan sendiri, ada masa kenderaan sewa. Ada masa kami menaiki pengangkutan awam baik atas air, udara dan darat. Ada masanya kami perlu berjalan kaki jauh dan ini biasa berlaku apabila saya keluar mengembara berseorangan tanpa membawa kenderaan. Ada masanya saya hitchhike iaitu menahan lalu menumpang kenderaan orang. Ditunjukkan sekali tempat-tempat berkenaan seperti stesyen kereta api dan lapangan terbang...
Perjalanan darat dengan kenderaan sendiri juga sewa khas