Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Julai 16, 2015

Misi Pulau Pinang dan Perak - 15 Ramadhan di Beting Beras Basah

Alhamdulillah. Sukacita dimaklumkan, petang tadi saya, isteri dan anak-anak selamat sampai ke rumah ibu bapa di Muar untuk menyambut hari raya yang akan menjelang tidak lama lagi bersama orang tua. Dengan itu elok diselesaikan siri kecil ini. Bersambung daripada artikel Misi Pulau Pinang dan Perak - Melengkapkan jejak ziarah makam.


Selesai ziarah makam raja-raja yang terdapat di sepanjang Sungai Perak diselang-selikan beberapa makam lain yang ada kena-mengena saya pun berkejar ke Bagan Datoh.


Ada satu lagi tempat perlu dijejaki sebelum perjalanan atau misi Perak ini baru boleh dikatakan berjaya. Misi Pulau Pinang dah selesai dengan jayanya. Lihat Misi Pulau Pinang dan Perak - Dari mahkamah ke Kuala Kangsar...


Kena masuk pekan Bagan Datoh dahulu sebelum dapat menghampiri tempat tersebut.











Jam 6.55 petang baru sampai ke pintu gerbang tempat yang dimaksudkan.





Rasanya tak perlulah diterangkan sangat tentang keistimewaan tempat ini ya. Saya dah sebut dalam beberapa buah artikel lama.





Cukuplah ditambah di sini ada beting tengah laut yang harus dijejaki setiap Sultan Perak sebaik sahaja selesai bertabal. Ia adalah tempat terakhir dijejaki, selepas selesai ziarah ke makam setiap pemerintah terdahulu...


Cuma ketika ini beting yang dimaksudkan tidak kelihatan kerana air belum cukup surut.


Saya pun mengambil satu tempat untuk berehat menikmati pemandangan.


Timbul pula rasa untuk menghunuskan keris sambil menyatakan satu keazaman dalam hati.


Masuk waktu berbuka puasa saya sekadar minum sekotak air buah kemudian menyambung rehat.


Sedar-sedar je, apabila memandang ke laut beting dah mula timbul. Jam kamera menunjukkan waktu 7.41 petang.



Saya terus duduk di sekitar tempat ini, tempat bernama Beting Beras Basah buat beberapa lama. Untuk pengetahuan ketika itu telah masuk 15 Ramadhan lalu bulan sedang penuh.



Sekitar 8.30 malam gitu baru saya keluar lalu menuju ke masjid berdekatan.


Masjid itulah yang menjadi tempat saya beriktikaf malam itu. Gambar ini diambil pada siang hari Khamis 2 Julai 2015.



Jam 10 pagi baru saya meninggalkan masjid.



Pergi lagi ke Beting Beras Basah untuk melihat dalam keadaan yang lebih terang.


Alhamdulillah jangkaan saya tepat. Beting di tengah laut dapat dilihat dengan terang berdasarkan jadual pasang surut air di sekitar ini yang diceritakan oleh penduduk tempatan.


Kalau ikut jejak perjalanan, misi di Perak sudah berjaya senja hari sebelumnya apabila saya sampai ke tempat ini setelah melengkapkan ziarah ke setiap makam pemerintah yang terdapat di negeri Perak (ada 30 kesemuanya termasuk satu batu peringatan tempat seorang sultan ghaib). Tetapi saya juga membuat perjalanan ini untuk mengambil gambar demi kegunaan satu projek. Gambar waktu senja kurang baik dan nampak sedikit sahaja beting, bila dah datang sekali lagi iaitu pada pagi Khamis baru dapat gambar yang betul-betul memuaskan untuk projek. Dengan itu baru misi saya ke Perak kali ini iaitu selepas menyelesaikan hal di Pulau Pinang dapat dikatakan berjaya. Kemudian baru saya menyedari bahawa ini adalah kali ke-7 saya sampai ke tempat ini. Sekian... :]


Selasa, Julai 14, 2015

Misi Pulau Pinang dan Perak - Melengkapkan jejak ziarah makam

Salam 27 Ramadhan. Hari ini genaplah umur saya 46 tahun menurut kiraan Islam. Saya masih lagi tiada mood untuk bercerita panjang. Namun gerak perlu dilepaskan. Maka walaupun ringkas tetaplah harus disambung cerita daripada Misi Pulau Pinang dan Perak - Menurut jejak ziarah pertabalan raja apa lagi tinggal 3 hari saja sebelum umat Islam sekurang-kurangnya di Malaysia dijangka menyambut hari raya...


Rabu 1 Julai 2015. Selepas solat Subuh saya meninggalkan masjid lama Pasir Salak lalu berhenti di hadapan resort untuk menumpang wi-fi. 


Sedar tak sedar dekat 3 jam saya melangut di situ. Saya pun ke masjid Kampung Gajah untuk mandi dan bersiap. 


Perjalanan ziarah makam perlu diteruskan...


Biar gambar sahaja menyatakan keadaan...













































Sampai ke makam yang kelihatan ini di Teluk Intan lengkaplah ziarah saya ke semua 30 makam Sultan Perak yang wujud dalam negeri Perak.





Rehatlah sebentar di masjid Batak Rabit.


Kemudian pergi ziarah satu makam tertentu yang terletak dalam belukar.


Sesungguhnya proses ziarah, perjalanan untuk sampai ke tempat-tempat ini bukan semudah sembang lebat di Internet. Saya serahkan kepada mereka yang cukup prihatin untuk merasai betapa susah payah membuat kerja-kerja ziarah ini, pada yang tak faham apa nak buat? Mereka ingat jalan-jalan ni semudah mengGoogle maklumat di dunia maya jadi tak tahu menilai cakap mana yang harus dipakai, semuanya main rembat. Apapun masih ada lagi satu tempat harus dijejaki sebelum apa yang saya panggil sebagai misi Perak dalam perjalanan kali ini dapat dikatakan betul-betul berjaya, yang lengkap setakat ini cuma ziarah makam. Untuk mengakhiri artikel biar diletakkan links berkaitan daripada perjalanan ziarah serupa 5 tahun lalu. Cuma kali ini lebih bermakna kerana perjalanan dibuat tidak lama selepas Sultan baru Perak ditabalkan...




2. Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak : Sembilan makam Sultan dan lain-lain di Kuala Kangsar


3. Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak : Makam keramat di Pulau Semat...


4. Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak : Lima makam Sultan di sekitar Bota


5. Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak : Tujuh makam Sultan di sekitar Kampung Gajah


6. Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak : Lima makam Sultan yang susah diziarahi di sekitar Pulau Besar


7. Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak : Satu makam Sultan di Teluk Intan dan satu makam yang menjadi punca segalanya buat saya


Isnin, Julai 13, 2015

Misi Pulau Pinang dan Perak - Menurut jejak ziarah pertabalan raja

Pada artikel Misi Pulau Pinang dan Perak - Dari mahkamah ke Kuala Kangsar yang ditulis 6 hari lalu saya ada menyebut sebentar lagi iaitu selepas selesai menyajikan artikel saya harus ke utara lagi untuk satu kerja. Perjalanan tersebut turut membawa saya masuk ke Selatan Thailand melalui Rantau Panjang, petang semalam baru kembali ke rumah. Sekarang saya mahu menyambung cerita tentang "Misi Pulau Pinang dan Perak".



Sudah disebut pada Misi Pulau Pinang dan Perak - Dari mahkamah ke Kuala Kangsar bahawa misi di Pulau Pinang sudah dapat diselesaikan dengan jayanya Isnin 29 Jun 2015. Keesokan harinya, selepas bermalam di surau yang kelihatan saya pun memulakan misi di Perak.


Apakah misinya? Cuba teka berdasarkan turutan cerita, Daripada surau boleh kelihatan satu papan tanda.



Ia menunjukkan arah ke makam Tok Temong. Saya rasa tak perlulah disebut siapakah tokoh besar ini ya. Saya dah banyak kali ziarah dan kongsi cerita di blogspot.


Cuma keadaan ziarah kali ini adalah lebih istimewa.


Daripada makam Tok Temong saya ke Kota Lama Kanan untuk menziarahi tempat yang tertera pada papan tanda ini pula.


Ini pun saya dah banyak kali cerita.



Jadi tak perlulah dipanjangkan ya siapakah tokoh yang terlibat.



Untuk artikel ini dan seterusnya biar saya berkongsi cerita secara ringkas.


Dah malas dan penat nak bercerita panjang dan terperinci... 


Kalau nak bercerita secara terperinci saya perlu membuat banyak artikel sokongan di blogspots saya yang lain dan ini memakan banyak masa dan tenaga. Selain itu saya rasa tak ramai tahu menghargai penat lelah berjalan kemudian bercerita panjang. 


Orang lebih suka mendengar cerita mereka yang pandai buat marketing walaupun puak macam ni lebih banyak cakap tak serupa bikin, cerita macam dah pusing satu dunia tapi sebenarnya cuma tahu kelentong dan cedok cerita orang depan keyboard je. Jadi tak payahlah saya menyusahkan diri berkongsi panjang lebar cerita pengalaman sebenar pada kala cerita dongeng lebih menarik perhatian dan disanjung tinggi.


Biar papan tanda menerangkan, gambar sahaja bercerita. Kalau tiada apa-apa yang tertera nama dan sebagainya baru saya terangkan secara ringkas. Misalnya, ini adalah kawasan pemakaman diraja di Bukit Chandan, Kuala Kangsar yang kini mengandungi makam 8 orang Sultan Perak.


Dalam Masjid Ubudiyah yang terletak di sebelah kawasan pemakaman timbul rasa untuk mendirikan keris.


Saya juga menziarahi beberapa tempat lagi di Kuala Kangsar sebelum kembali ke Kota Lama Kanan. Masuk waktu Zohor baru boleh masuk masjid lalu menyentuh batu peringatan merangkap semacam makam yang ada di dalam.



Selepas itu saya berkejar ke Manong lalu mendapatkan bot ke Pulau Semat.


Pergilah ziarah makam sultan yang terdapat di atas pulau.






Dah nampak tak apa yang berlaku dalam penceritaan kali ini? Apakah misi di Perak?






Sebenarnya tajuk kecil pada artikel ini sudah cukup menerangkan.













Ya. Saya sedang menurut jejak ziarah pertabalan raja.








Ini adalah kali pertama saya menziarahi makam raja-raja di Perak selepas Sultan ke-35 Perak, Sultan Nazrin Shah ditabalkan awal bulan Mei.










Untuk makluman saya sudah banyak kali menziarahi makam raja-raja di Perak. Tapi sebelum ini baru sekali cuba menziarahinya mengikut tertib seperti dilakukan selepas pertabalan seorang sultan.





Tertib yang dimaksudkan adalah menziarahi semua makam yang patut bermula di hulu sungai Perak sehingga ke hilir.


Ini pernah saya lalukan sekali tahun 2010. Cuma tak dapat nak pergi semua makam dalam tempoh satu hari kerana terlalu banyak, ada 30 makam raja kesemuanya termasuk batu peringatan di Kota Lama Kanan. Dan di celah-celah itu saya juga menziarahi beberapa makam yang tidak ada dalam jejak pertabalan tetapi masih ada kena-mengena lalu apabila sampai ke Kampung Gajah lewat petang saya memilih untuk ke masjid lama Pasir Salak.


Berdekatan tugu menandakan tempat residen pertama British ke Perak iaitu J.W.W. Birch dibunuh oleh orang Melayu tahun 1875 inilah saya berehat dan beriktikaf...