4. Menaikkan jati diri anak-anak Melayu agar dapat menjadi manusia yang lebih berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...
Daripada artikel Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah
Daripada artikel Makam Syiah Kuala... dan makam Maharajalela Abdul Rahim...
Daripada artikel Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch
-------------------------
-------------------------
Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...
Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.
Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh
-------------------------
Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.
Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...
Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-
Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.
Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...
Isnin, Oktober 15, 2012
Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) - Permission to proceed
4. Menaikkan jati diri anak-anak Melayu agar dapat menjadi manusia yang lebih berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Sabtu, Oktober 13, 2012
Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)
Isteri pun mencadangkan agar berhubung dengan satu badan sejarah yang katanya selalu membuat program perkongsian ilmu di mana orang luar yang ada bahan boleh menjalankan seminar di premis mereka. Dia sendiri sering berhubung dengan seorang kakitangan badan tersebut. Kakitangan itu meminta kami agar memanjangkan cadangan kepada pegawai atasannya. Beberapa hari lepas saya pun menghantar e-mail kepada pegawai itu.
Esoknya saya menelefon untuk memperkenalkan diri, menceritakan sedikit tentang cadangan kemudian meminta dia memeriksa e-mail. Kedengaran pegawai itu agak ramah dan berfikiran terbuka. Dua hari lepas baru saya mendapat balasan. Selain menyebut "Minta maaf takwim badan tahun ini amat padat" saya terasa jawaban keseluruhan pada e-mailnya seperti acuh tak acuh. Nampaknya cadangan saya seperti langsung tidak dipandangnya.
Saya terus berkata kepada isteri : "Kalau begini tak mahu Abang berhubung dengan badan ini lagi. Macamlah kita ni nak minta sedekah". Kemudian baru saya menambah : "Kalau Abang nak berhubung dengan mereka pun rasanya terus cakap dengan pengerusilah." Bila difikirkan kembali tak eloklah kalau memutuskan hubungan hanya kerana merasa terkilan. Lagipun ada juga orang-orang kuat badan ini yang merupakan kenalan baik saya. Dan mereka juga mahu memperjuangkan kebenaran sejarah Melayu dan Islam.
Selepas Zuhur saya pun menghubunginya. Kali terakhir kami berjumpa adalah tahun 2008. VVIP ini amat teruja apabila mendapat tahu tajuk majlis/badan adalah "Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)". Katanya ada beberapa pihak/badan di bawah pengawasannya juga pihak istana memang sudah lama tercari satu program yang sesuai tentang Melayu dan Islam. Katanya lagi tajuk dan aktiviti ini boleh dipanjangkan kepada pihak istana. "Kita boleh buat perhimpunan secara besar-besaran di Istana Melawati dengan sokongan sultan. Dan ini boleh diteruskan menjadi aktiviti mingguan tak pun bulanan terus-menerus di tempat-tempat lain".
Dengan ini saya ingin mewar-warkan premis yang ditawarkan adalah Pusat Belia di Seksyen 7, Shah Alam. Tarikh yang dicadangkan adalah hari Ahad 4 November 2012 iaitu hujung minggu selepas Hari Raya Haji. Program mungkin dijalankan 9 pagi hingga 1 tengah hari, mungkin juga dipanjangkan sehingga ke petang kalau cukup bahan yang sesuai untuk dikongsikan. Semua pengkaji/peminat sejarah Melayu dan Islam dijemput datang. Sesiapa yang ada bahan kajian/ kertas kerja dialu-alukan.
Nak pamer koleksi keris dan baju tradisional pun boleh malah apa-apa asalkan kena-mengena dengan sejarah Melayu dan Islam. Penyertaan adalah percuma. Ingat ini adalah aktiviti sukarela demi memartabatkan kedaulatan bangsa dan agama tanpa mengira latar belakang politik kita. Dalam hal ini biarlah kita mengambil contoh bangsa Cina. Tidak kira siapa pun yang memerintah, siapa pun yang mengaku berjuang bagi pihak mereka, kaum Cina tetap dapat 'menjolok' mana-mana pihak agar menyokong mereka mempertahankan budaya, bahasa juga sistem sekolah mereka. Sila klik pada badge di bawah....
Rabu, Oktober 10, 2012
Explorasi bermotosikal besar Pantai Timur bersama rakan - Cabaran laluan Gua Musang ke Tasik Kenyir
Selepas menghala ke Kuala Krai buat beberapa ketika kami terjumpa simpang masuk menghala ke Tasik Kenyir. Walaupun sampai selepas 5.45 petang saya fikir kami masih sempat untuk sekurang-kurangnya menikmati pemandangan indah tasik waktu siang.
Isnin, Oktober 08, 2012
Compiled - Perjalanan jauh bermotosikal besar pertama setelah 9 tahun
1. Akan datang cerita - Perjalanan jauh bermotosikal besar pertama setelah 9 tahun
2. Perjalanan jauh bermotosikal besar setelah 9 tahun - Cabaran menunggang ke Raub melalui Bukit Fraser
3. Lipis river at Batu Malim
4. Jelai river near Pos Betau
5. Jelai river from further up Pos Betau
6. The views from a fully elevated part of the Sungai Koyan-Cameron Highlands road
7. A look at some development just after entering Cameron Highlands
8. A misty after rain look at the Bharat plantations
9. Bharat plantations from a higher point of view
10. Walking from Tanah Rata mosque
11. Perjalanan jauh bermotosikal besar setelah 9 tahun - Ujian Sungai Koyan ke Cameron Highlands
12. A morning look at the town of Brinchang
13. The road up Mount Brinchang
14. The Mossy Forest of Cameron Highlands
15. The perimeter fencing at Mount Brinchang
16. Summit of Mount Brinchang from its viewing tower
17. Town of Kampung Raja from its mosque
18. What happened to this stop at the Simpang Pulai route?
19. Views from the Chinese graveyard in Papan
20. Perjalanan jauh bermotosikal besar setelah 9 tahun - Mendaki Gunung Brinchang sebelum melawat tempat-tempat di Perak
21. Perak river from Kuala Kenas
22. Perjalanan jauh bermotosikal besar setelah 9 tahun - Makam-makam lama dari Kuala Kangsar hingga ke Bota dan Lambor
23. Beruas river from Kampung Kota
24. Beruas river at Pengkalan Baru
25. Finally. The Beruas river estuary
26. River Dinding from Changkat Keruing
27. Views from Baitul Hilal observation tower in Segari
28. The Sepit river from a place inland
29. Dinding river and its surroundings from across the Lumut naval base
30. Sepit river near its estuary
31. Perjalanan jauh bermotosikal besar setelah 9 tahun - Cabaran pusing Beruas-Gangganegara?
32. Going to the tomb of Sultan Iskandar Zulkarnain through a palm estate
33. Looking again at the abandoned old mosque in Teluk Memali
34. The cleared tomb of Sultan Abdul Malik Mansur
35. Perak river upstream from Teluk Memali
36. Another visit to the tomb of Sultan Mahmud ibni Sultan Muhammad Amanullah
37. Perjalanan jauh bermotosikal besar setelah 9 tahun - Jejak Laksamana Aceh...
Ahad, Oktober 07, 2012
Antara persilatan dengan penulisan - betul ke mata pena lebih tajam daripada mata pedang?
Rabu, Oktober 03, 2012
Perjalanan terbaru - Explorasi bermotosikal besar Pantai Timur bersama rakan
Tulat kami ke beberapa tempat sekitar KB sebelum menghala ke Masjid Brunei seterusnya Bukit Panau. Hari berikutnya iaitu Isnin baru ke Pasir Raja dan air terjun Chemerong sebelum kembali ke Lembah Klang di mana kami berpisah lalu saya sampai ke rumah selepas 1 pagi. Cukuplah dimaklumkan perjalanan yang memakan masa 5 hari 5 malam ini (rancangnya hari terakhir tak sampai ke malam) memakan jarak 1,860 km. Bagi Zaidi terlalu banyak pengalaman baru yang menggembirakan dialaminya, antaranya bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz betul-betul di hadapan rumahnya di Pulau Melaka di mana beliau terlebih dahulu menegur kami yang baru sahaja merehatkan motosikal... :]













































