Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Januari 12, 2008

Mencari Muzium Bugis di Pontian...

Aduusss.... Memang kebelakangan ini saya terasa agak malas dan berat mahu menulis. Rasanya saya setakat membuat update di blogspots seminggu sekali sahaja dalam tempoh hampir 2 bulan kebelakangan... Rasanya le... Tak pasti kenapa, apakah kerana fikiran terasa sarat bercampur tubuh badan yang penat... Penat mengembara zahir dan bathin menjelajah ke merata tempat?
Sebagai contoh, sejak hari Rabu lepas saya mula berehat seorang diri di sebuah rumah keluarga di Kajang. Kiranya saya berehatlah, sekurang-kurangnya secara fizikal kerana tak da lagi berjalan jauh semenjak kembali daripada Johor dan singgah di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan hari Selasa. Kalau berjalan pun setakat menapak atau jalan kaki ke bandar Kajang. Selain daripada itu saya banyak tidur, kononnya untuk menghilangkan kepenatan terutama akibat segala pengembaraan dan perjalanan yang dilakukan dalam tempoh hampir 3 minggu kebelakangan di Johor.
Rupa-rupanya nak kata berehat, masih tak dapat sebenarnya. Walaupun di kala saya tertidur, fikiran saya terlalu jauh menerawang tanpa dapat dikawal lalu pergi menjelajah jauh ke pelbagai tempat malah dimensi dengan caranya yang tersendiri. Antara persoalan yang bermain di fikiran tanpa disuruh lalu termasuk dan terbawa oleh jiwa bawah sedar adalah kaitan keluarga Daeng di Bugis dengan Ahlul Bait awal yang datang ke Aceh, kaitan Malim Dewa dan Malim Deman dengan keluarga Raja Temenggung Muar juga dengan keluarga Al-Kamil daripada nasab Abdullah bin Hassan Muthanna bin Saidina Hassan ibni Ali Abi Talib.
Allah... Penat! Tadi pun saya bangun tidur dengan nama Ahmad @ Daeng Ahmad @ Raja Ahmad yang di Muar (yang di Perak lain yek... Belum sebut lagi yang di Aceh) berdengung-dengung di telinga. Hmm... Biarkanlah. Biar saya melepaskan apa-apa rasa ini dengan menyambung cerita tentang pengembaraan di Johor ya... Kali ini kita ke Pontian pula. Anggaplah ini sambungan daripada Cerita Batu Pahat... yang dibuat minggu lepas. Sila...

Pagi buta ketika sedang bermalam di rumah Habib Ali di Batu Pahat, 2 orang pemuda daripada Singapura memunculkan diri di rumah itu. Katanya, mereka tadi dari Kota Tinggi kerana ada seorang kenalan baru meninggal dunia. Oleh kerana pengkebumian cuma akan dilakukan siang hari, timbul rasa hendak bertandang ke rumah Habib Ali. Lagipun seperti ramai orang Melayu Singapura yang ada mengikuti pengajian Tasawuf, mereka juga selalu bertandang ke rumah orang tua berumur hampir 90 tahun ini, orang tua yang dianggap oleh kebanyakan yang mengenali sebagai memiliki taraf tinggi kerohanian seperti Wali Allah terkenal Habib Nuh yang dimakamkan di Singapura.

Bila masuk siang pula, 2 orang pemuda ini, seorang cicit Habib Ali yang bertugas menjaganya serta saya keluar pergi minum dan makan-makan di bandar Batu Pahat. 2 orang ini tak jadi pergi ke Kota Tinggi. Kalau tidak, ada kemungkinan saya mahu ikut mereka ke sana. Lalu saya membuat keputusan untuk pergi ke Pontian pula.

Seperti biasa, apabila ingin berjalan-jalan melihat sesuatu tempat, saya lebih suka naik bas lompat-lompat. Daripada Batu Pahat, saya menaiki bas ke pekan Benut. Itulah bas yang kelihatan di gambar atas...


Oh... Lupa hendak beritahu, ketika itu 25 Disember 2007. Kali terakhir saya berjalan-jalan di Pontian rasanya adalah pada tahun 1997 ketika sedang mengembara secara solo menaiki motosikal besar keliling Semenanjung. Semasa itu saya setakat berjalan menurut gerak hati yang saya tak pasti apa... Kali ini saya lebih peka akan kaitan tempat-tempat yang dilalui dengan salasilah keluarga dan perjalanan tok nenek moyang dahulukala...

Adapun, kampung saya di Muar adalah kampung sebelah ibu. Walaupun adik-beradik ibu selalu menekankan yang mereka berketurunan Jawa kerana ibu kepada ibu (saya panggil mak kerana dia yang banyak membesarkan saya, ibu pula saya panggil mummy), bapa kepada ibu adalah berketurunan Bugis.

Ayah saya yang berasal daripada Teluk Intan, Perak pula berketurunan Aceh campur Melayu Perak campur Bugis. Oleh kerana saya baru dapat tahu bahawa di Pontian terdapat sebuah Muzium Bugis, maka eloklah saya ke sana... Tapi di mana ya?

Nasib baik sebaik sahaja sampai ke Benut, ternampak bas kuning (yang kelihatan di gambar atas) untuk ke bandar Pontian malah sehingga ke Kukup yang terletak lebih jauh penghujung ke selatan. Saya bertanya kepada pemandu bas arah ke Muzium Bugis. Katanya jangan risau, bas kuning itu akan lalu berhampiran dan dia akan menurunkan saya di sana...


Sementara menunggu bas kuning itu berlepas, saya berjalan sebentar di pekan Benut yang kelihat seperti pekan cowboy ini. Semasa itu sekitar jam 3 petang. Pekan kelihatan begitu sunyi, sedikit sahaja kelibat manusia yang kelihatan...


Kemudian saya ternampak sebuah bot nelayan...


Apalagi, rasa tak sah kalau tak melihat lebih dekat dan mengambil gambar. Kemudian baru saya minum kopi di gerai berdekatan sebelum bas berlepas...


Lebih setengah jam kemudian bas kuning itu berhenti di bandar Pontian untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Saya setakat duduk di dalam bas menunggu ia menyambung perjalanan menghala ke Kukup... Gambar ini diambil daripada dalam bas...


Tidak lama kemudian, baru saya sampai ke Muzium Bugis. Rupa-rupanya ia terletak betul-betul di tepi jalan utama Pontian ke Kukup. Malah kalau tak salah ingat, sepanjang jalan tadi terdapat 3 buah papan-tanda besar menanda arah untuk ke muzium itu...

Di sini biar saya letak satu artikel lama tentang Muzium Bugis yang baru saya jumpa di Internet tadi ya. Ini dia... Daripada Berita Harian Isnin, 7 September 1998...


Muzium Bugis tumpuan pelancong di musim cuti

Oleh MIR AZRI SHAHARUDIN

PONTIAN: Muzium selain sebagai salah satu daya tarikan pelancongan yang unik di negeri ini, ia juga boleh memberikan pengetahuan mengenai warisan sejarah bangsa dan budaya tempatan. Warisan sejarah yang dijaga dan disimpan dengan baik akan membolehkan generasi seterusnya menyedari bahawa khazanah bangsa Malaysia sebenarnya kaya dan bernilai tinggi disamping dapat mengenal tamadun yang tertua di kawasan Nusantara ini.
Sehubungan itulah Abdullah Ahmad, 53, pemilik Muzium Bugis yang pertama di Johor sanggup mengumpulkan warisan budaya bangsanya untuk dipertontonkan kepada generasi muda di negara ini.
Muzium yang terletak lebih kurang 7 kilometer dari Bandar Pontian Kecil dan 12 kilometer dari Kukup Laut itu menghimpunkan kira-kira 1,715 pelbagai jenis barang antik yang berharga.
Menurut Abdullah, muzium yang tel ah me mp amerkan barangan antik itu sejak 1982 diusahakan atas daya inisiatifnya sendiri dengan membangunkan sebahagian rumahnya sebagai bilik pameran muzium.
Katanya, muzium tersebut dibesarkan sedikit demi sedikit mengikut kemampuan kewangan yang ada yang diperoleh hasil sumbangan orang ramai dan pihak Muzium Negara.
Sehingga sekarang, dewan pameran muzium itu telah mengalami banyak perubahan kerana pertambahan artifak yang dijua1 oleh orang perseorangan kepada Abdullah untuk dipamerkan sebagai bahan warisan sejarah.
Baru-baru ini, katanya beliau memperoleh empat buah meriam yang digunakan oleh tentera Bugis pada abad ke-16 di negeri Johor yang melambangkan penguasaan bangsa itu ke atas Empayar Johor-Riau satu masa dahulu.
Segala peralatan, tambah beliau, seperti pinggan mangkuk, baju Bugis, alat peperangan tentera Bugis, seperti lembing, tombak, badik kelewang, bakul-bakul lama, alat perhiasan, katil, peti besi dan sebagainya dipamerkan untuk tatapan masyarakat Malaysia.
Katanya, muzium tersebut sentiasa menarik perhatian pelancong dan rakyat Malaysia terutamanya ketika pada cuti sekolah untuk tujuan penyelidikan dan pengetahuan warisan budaya bangsa Bugis.
Abdullah berkata, beliau tidak pernah menghiraukan faktor kewangan untuk membina dan menyelenggarakan muzium itu kerana baginya warisan sejarah adalah penting kepada negara.
Jelasnya, muzium yang dibuka secara rasmi pada 26 Julai 1994 oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Sabbaruddin Chik itu bukannya berorientasikan keuntungan.
Sebaliknya, prinsip yang dipegangnya sehingga kini ialah: "Sejarah boleh berulang, tetapi budaya akan terus kekal,".
Sehubungan itu, orang ramai tidak dikenakan sebarang bayaran untuk memasuki muzium tersebut, sebaliknya mereka boleh menderma secara ikhlas bagi membantu membangunkan lagi muzium itu.
Menurutnya, idea untuk menubuhkan muzium itu telah bermula pada tahun 1960-an lagi dan beliau bermula secara kecil-kecilan mengumpul artifak Bugis yang terdapat di seluruh negara.
Tambahnya, bermula dengan mengumpul tiket-tiket dan batang-batang aiskrim semenjak zaman remaja lagi sehingga}ah kini, beliau masih meneruskan mengumpul bahan-bahan antik yang berkaitan dengan sejarah warisan Bugis.
Malah, katanya, beliau pernah menjelajah Thailand dan Indonesia untuk mencari artifak yang menarik yang diidamkannya sebagai bahan pameran di muziumnya.
Beliau berharap, Muzium Bugis itu akan terus kekal menjadi lambang warisan dan budaya peninggalan Bugis yang terkenal di negeri Johor.

--------------------

Saya sempat berkenal-kenalan malah berbual panjang tentang beberapa perkara peribadi yang melibatkan susur-galur darah keturunan diraja Bugis bersama pemilik muzium yang kini berumur sekitar 63 tahun. Walaupun banyak juga barangan di muzium yang agak menarik, saya tidak tergerak untuk mengambil gambar. Cukuplah kalau diberitahu, orang ini telah membenarkan gerak hati saya yang baru muncul 2-3 hari itu tentang identiti sebenar seorang pahlawan Bugis yang dikenali sebagai Silawatang di Muar, seorang yang bernama Raja Ahmad...

Siapakah Raja Ahmad di Muar ini? Nama ini mula terngiang-ngiang apabila saya menziarahi Kota Buruk sejurus selepas Hari Raya Haji. Ceritanya ada dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dengan tajuk The legendary Kota Buruk (ruined fort) of Muar...



Selesai urusan di Muzium Bugis, perjalanan pun harus diteruskan. Soalnya ke mana pula? Oh... Sebenarnya Muzium Bugis ni ada satu lagi cawangan tidak jauh daripada lokasi atas di Teluk Kerang, sekitar 8km ke selatan pekan Pontian...

Ketika itu ada juga terfikir untuk berjalan ke Kukup, mungkin ke Tanjung Piai, tempat paling hujung di Semenanjung, juga disebut sebagai tanah paling hujung ke selatan di Asia! (kemudian baru terletak Singapura yang sudah terputus daripada tanah besar)... Dalam pada itu terfikir juga... Umur saya sudah semakin meningkat dan saya sebenarnya telah berazam tidak mahu lagi mengembara tidur bersepah-sepah seperti dahulu... Kalau perlu mengembara jauh pun kali ini saya mahu menjimatkan tenaga selagi dapat dan pergi ke tempat yang betul-betul perlu...

Rasanya, jika saya pergi ke Kukup dan Tanjung Piai, perjalanan akan menjadi semakin panjang kerana terasa seolah-olah setiap tempat memanggil untuk dilawati... Ingat. Pada asalnya, perjalanan ke Johor ini dijangka cuma akan merangkumi Batu Pahat dan Kluang sahaja sebelum kembali menaiki keretapi ke Kuala Lumpur.

Saya bertafakur sebentar... Dalam beberapa saat saya mendapat jawaban tidak perlu ke Kukup dan Tanjung Piai. Mungkin saya boleh terus melangkah ke Johor Bahru kerana ada gerak baru menyuruh untuk melawat tempat-tempat utama di Johor. Lagipun selama ini saya lebih cenderung pergi ke sebelah Perak selain Pantai Timur sedangkan Johor adalah negeri tempat saya dilahirkan.

Apapun, saya harus ke bandar Pontian dahulu kerana di situ baru terdapat perkhidmatan bas ke Johor Bahru. Di atas ialah gambar bot-bot nelayan di bandar Pontian...


Daripada tepian bandar Pontian, kelihatan pula Pulau Pisang... Teringat cerita pemilik Muzium Bugis tadi tentang nenek-moyangnya yang dikatakan memiliki pulau itu dan pernah menolong Daeng Lima Bersaudara, Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Kemasi, Daeng Menambun dan Daeng Chelak menangani ancaman Raja Kecil abad ke 18.

Sedikit cerita tentang Pontian akan disambung di dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Sekian...

Rabu, Januari 09, 2008

Sedikit kata-kata aluan yang baru keluar secara spontan tadi?

Ini adalah gambar sebahagian peralatan diraja Perak. Adapun sejak kebelakangan ini saya rasa tidak lengkap pula kalau membuat apa posting-posting tanpa menyertakan gambar. Sedangkan gambar-gambar yang saya ambil sendiri pula tersangkut kerana laptop rosak... Maka jangan hairan jika semenjak dua menjak ini saya banyak mencedok gambar entah apa-apa entah daripada Internet.
Adapun melihatkan kata-kata yang menyebabkan timbulnya posting ini, saya terasa mahu memaparkan satu gambar yang ada kaitan dengan wali. Gambar siapa, apa dan bagaimana, saya pun tidak tahu dan seperti biasa saya cuma ikut gerak sahaja. Lalu saya menaipkan keyword "raja wali" di dalam google dan memulakan image search. Yang peliknya gambar di atas adalah gambar yang pertama sekali keluar. Itulah ceritanya...

Hmm... Baiklah. Sebenarnya saya cuma mahu menjenguk apa yang baru diperbincangkan di c-box baru-baru ini. Setelah melihat isi kandungan terbaru setakat yang boleh dapat, terkeluarlah kata-kata spontan yang baru diletakkan lalu saya sedar, kata-kata itu agak panjang dan tidak lama lagi akan hilang apabila masuk kata-kata tambahan daripada para pembaca lain.
Maka itu saya rasa elok dikumpulkan ke dalam posting ini supaya ia tidak terus hilang. Harapnya dapatlah ia dijadikan renungan. Yang elok dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Sekian...



8 Jan 08, 23:48
MerahSilu: Assalamualaikum semua. Alhamdulillah nampak kawan-kawan di sini dapat berbahasa dengan lebih elok. Baguslah tu... Pinta saya, dapat diteruskan perbincangan dan perbualan dengan suasana aman damai. Tak

8 Jan 08, 23:49
MerahSilu: tak perlulah sesiapa pun merajuk dan mengundurkan diri. Teguran saya dalam apa-apa perkara adalah supaya kita tidak berpecah-belah dan menyinggung mana-mana pihak. Ingat kata Saidina Ali, lihat apa ya

8 Jan 08, 23:50
MerahSilu: apa yang dikata, bukan siapa yang berkata. Jika kita bercerita tentang masalah kerajaan yang suka makan cukai waima cukai arak, saya setuju sangat. Ini bukan soal politik tetapi soal akhlak sejagat. T

8 Jan 08, 23:51
MerahSilu: Tapi kalau kita kata sesuatu parti itu semuanya salah dan satu lagi parti pula semua betul, maka kita akan menyerkap jarang lalu hilang keadilan dalam pertimbangan. Adapun tentang teguran saya bab per

8 Jan 08, 23:51
MerahSilu: perjumpaan dengan wali-wali, adapun dalam pengajian saya diajar supaya sentiasa merasa rendah diri... Mungkin benar saya telah diberi peluang berjumpa seseorang wali besar yang secara syariatnya telah

8 Jan 08, 23:52
MerahSilu: telah pun meninggal dunia tetapi saya tidak akan sekali-kali menyatakannya kepada khalayak ramai... Kerana satu, timbul fitnah mereka yang tidak memahami, kedua mungkin timbul ujub dan riak dalam diri

8 Jan 08, 23:53
MerahSilu: dalam diri saya. Pendekatan sebaiknya jika tak tahan sangat nak bercerita, cakap sahaja saya telah berjumpa seseorang yang begitu dan begini sifatnya... Rupanya macam Tok Kenali (contoh aje)...

8 Jan 08, 23:54
MerahSilu: Tapi saya pun tak berani confirm orang yang dijumpai tu adalah Tok Kenali. Seeloknya saya ambil sikap yang saya ini kerdil, belum layak berjumpa dengan para wali. Begitu juga sepatutnya sikap kita jik

8 Jan 08, 23:55
MerahSilu: jika betulpun kita bermimpi Rasulullah SAW. Nampak dalam mimpi ada orang sebut Rasulullah SAW tapi saya tak berani ngaku jumpa Rasulullah... Apakah saya telah betul-betul layak berjumpa Nabi atau saya

8 Jan 08, 23:55
MerahSilu: terasa pencapaian kerohanian saya begitu tinggi sehingga dan sampai makam boleh berjumpa para Nabi lalu harus menceritakan kepada semua orang?

8 Jan 08, 23:56
MerahSilu: Ingatlah... Jiwa kita selalu diuji dengan pelbagai cara. Seringkali ego diri sendiri ini inginkan pengakuan dan pengiktirafan lalu kita terus membuat dakwaan... Jumpa orang bersrban ghaib dengan cahay

8 Jan 08, 23:57
MerahSilu: cahaya terang benderang terus kita anggap kita dah jumpa Nabi. Memang syaitan tidak boleh menyerupai Nabi tapi siapa kata dia tak boleh menyamar? Sebabnya adalah kita pun tak tahu camana rupa sebenarn

8 Jan 08, 23:58
MerahSilu: sebenar Nabi... Kalau ada syaitan pakai serban muka lebih hensem daripada Tom Cruise mengaku Nabi lepas tu ajar ayat Quran macam-macam, betul ke kita boleh betul-betul kenal?

8 Jan 08, 23:59
MerahSilu: Sebab tu seeloknya kita merendah diri. Seperti saya sebut awal tadi, cukuplah kalau kita kata jumpa orang begitu-begini, misai dan janggutnya begini, nampak gaya macam orang alim... Biar orang lain ya

9 Jan 08, 00:00
MerahSilu: yang confirm kan, betul... Kita telah diberi peluang berjumpa dengan seorang wali ternama yang ciri-ciri rupa-paras dan sifat-sifatnya dikenali oleh ahli-ahlinya. Tak perlu kita bagitahu satu dunia si

9 Jan 08, 00:00
MerahSilu: siapa yang kita jumpa... Allah lebih tahu di manakah kedudukan kita yang sebenarnya. Sekian...

9 Jan 08, 00:01
MerahSilu: Oh... Lupa nak cakap. Tadi saya sempat singgah ke Pengkalan Kempas di Negeri Sembilan, menziarahi makam yang dikatakan milik seorang Sheikh bernama Ahmad Majnun yang dikatakan hidup zaman kegemilangan

9 Jan 08, 00:02
MerahSilu: kegemilangan Melaka. Kat situ ada beberapa batu hidup. Kemudian saya sempat berkenalan dengan beberapa orang yang membawa saya pergi menziarahi Masjid Linggi di mana terdapat makam kaum keluarga juga

9 Jan 08, 00:03
MerahSilu: juga ayahanda dan nenda kepada Sheikh Said Linggi. Selamat malam!

Isnin, Januari 07, 2008

Salam daripada Tangkak/Ledang

Ini gambar Gunung Ledang aku curik daripada Internet. Gambo yang aku ambik sendiri nanti le aku tunjuk yek... Ikut turn cerita yang bakal keluo nanti...

Assalamualaikum... Terlebih dahulu izinkan aku lepaskan dulu rasa geram... Geram sebab menapak berbatu tadi nak cari Internet Cafe kat Tangkak untuk melepaskan sedikit gerak bercerita... Penat-penat menapak tak jumpa gak Internet.
Nasib baik tadi ada akak ngan family dia tolong hantar aku naik kereta sampai ke Kampung Padang Lerek kat jalan pergi Jasin... Rupa-rupanya ada Internet Cafe kecik dalam kawasan surau kampung dan boleh pakai pula sebab orang yang jaga rumahnya ada kat sebelah je. Tapi karang jenuh le aku kena menapak malam-malam sorang-sorang balik hotel kat tengah bandar sebab tempat ni letaknya jauh gak... Dan penulisan aku terasa sedikit tergencat sebab keyboard komputer ni ada problem sikit.
Tak apa. yang penting aku luahkan ikut gerak yang patut, biar settle...

--------------------

OK... Setelah melepaskan perasaan geram tadi, baru rasanya boleh saya bercerita dengan nada yang lebih teratur... Sukacita dimaklumkan petang tadi saya sempat berehat, mandi-manda dan makan angin di Gunung Ledang seorang diri tanpa gangguan (sebab petang hari minggu) setelah lama tidak ke sana. Rasanya kali terakhir saya ke gunung penuh legenda ini adalah pada tahun 2005. Lega sungguh rasanya kerana setelah membuat perjalanan meliputi 8 daerah utama di Johor, saya rasa perlu melawat Gunung Ledang sebelum dapat kembali semula ke Kuala Lumpur dan kini ia telah selesai.
Allah! Masalah keyboard betul-betul mengganggu gerak penulisan. Kalau tidak, mungkin saya boleh bercerita lebih panjang lebar akan apa yang berlaku hari ini terutama di Gunung Ledang... Mungkin juga disertai pengalaman di sana dalam lawatan-lawatan yang sudah lepas.
Oleh itu cukuplah saya ingin berpesan. Adapun blogspot ini didirikan supaya dapat berkongsi pemikiran saya dengan orang-ramai. Dalam pada itu, saya meletakkan c-box supaya proses bertukar fikiran dan berkongsi pengalaman dapat berjalan dengan lebih rancak, bukannya statik.
Oleh itu saya meminta para pembaca dan semua yang terlibat, tolong JANGAN MEMBUAT ONAR di sini... Tolong jangan gunakan bahasa kesat dan kasar. Jangan suka menghukum, merendahkan atau mengkafirkan orang dan tolong JANGAN BAHAWA FAHAMAN POLITIK di sini. Di sini, kita mahu berfikiran lebih tinggi dan adil supaya tidak terbawa-bawa arus demokrasi ciptaan Yahudi Zionis walaupun yang ingin diperjuangkan itu adalah agama Islam yang syumul. Kerana sistem demokrasi itu sendiri dicipta untuk melaga-lagakan setiap pihak dan mengajar kita jadi berpuak-puak... Sehingga kita tetap mencari salah orang yang bukan berpihak pada kita dan pada masa yang sama cuma menutup kelemahan mereka yang kita anggap sealiran. Lalu jadilah kita seperti peribahasa Melayu, kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak kelihatan pula...
Terus-terang saya cakap, pihak saya lebih suka bersifat non-partisan iaitu tidak memihak pada mana-mana parti... Ibarat raja-raja yang harus bertindak sebagai pengadil atau sekurang-kurangnya pemerhati berkecuali. Walaupun kami tidak terlibat dengan politik secara langsung, tetap ada sumbangan yang dibuat untuk memperkasakan makna beragama dan menjadi Islam tanpa perlu diwar-warkan kepada khalayak ramai.
Kepada pihak yang lain pula, jangan senang-senang bercerita bab-bab sulit tentang para wali secara terang. Terus-terang saya cakap, saya telah berjumpa dan bersua serta berurusan secara peribadi dengan ramai ketua-ketua tertinggi pelbagai pengajian bersifat kebatinan dan tariqat termasuk mereka yang suka mengaku boleh bertemu itu dan ini... Dan saya sendiri selalu melalui pengalaman yang berbentuk ghaib dan susah untuk diterangkan, apalagi diterima ramai.
Walaupun saya tidak sepengajian dan tidak setuju dengan orang yang senang-senang mengaku jumpa wali, selama ini saya membiarkan sahaja hal ini atas dasar ilmu Allah itu luas... Saya beranggapan saya berada di pihak yang lemah, mungkin sahaja saya yang tersilap tafsir dan perkiraan walaupun pengalaman saya boleh tahan lah juga... Lalu saya memberi laluan untuk orang menceritakan pengalaman mereka sendiri walaupun ia berbalah dengan pengajian saya, walaupun melalui pengamatan mata batin saya sendiri, apa yang dilihat oleh orang itu bukanlah apa yang disangka mereka tetapi sebenarnya makhluk lain yang suka membuat pengakuan. Malangnya perkara sebegini yang sememangnya boleh menimbulkan fitnah telah disebut sewenang-wenangnya oleh sesetengah orang sehingga mula menimbulkan perbalahan dan buruk sangka orang.
Sekali lagi saya mengingatkan, JANGAN BUAT ONAR di sini. Saya bukannya orang yang suka bersumpah-sumpah atau membuat dakwaan apa-apa dan saya tidak suka membuat ancaman walaupun atas nama Allah, walaupun saya yakin ketika berada di pihak yang benar. Tetapi saya harus memberi peringatan demi kesejahteraan dan keharmonian semua. Rasanya bahasanya cukup terang... JANGAN BUAT ONAR di sini...
Tidak perlu saya memberi apa-apa peringatan tambahan, apalagi amaran dan tindakbalas. Cuma elok diberitahu, setelah saya memberi peringatan ini, akan ada pihak lain yang akan memantau dan bertindak jika ada sesiapa melanggar batasan. Bertindak yang bagaimana, saya biarkan para pembaca menggunakan imaginasi sendiri... Jangan nanti ada yang tak pasal-pasal terkehel... Angin takda, ribut takda, tiba-tiba tumbang je...
Cukup... Orang-orang Islam itu bersaudara. Selagi tidak ada bukti terang seseorang itu menyesatkan maka eloklah kita bersangka baik dan meraikan saudara kita. Kalau betul pun orang itu salah dan sudah 'terseliuh' akidah, gunakanlah hikmah untuk menegur dengan baik dan berhemah... Bukan kata-kata kesat dan maki-hamun.
Jika kita di pihak yang benar dan lebih matang dalam beragama, seharusnya kita melihat mereka yang kita rasa jahil sebagai budak-budak yang perlu diberi tunjuk-ajar dengan hikmah... Tak perlu budak itu ditempeleng sehingga terduduk walaupun kita ada qudrat yang mampu mencincang 1,000 musuh.
Sesungguhnya orang Islam lagi Mukmin itu sangat penyayang. Maka berilah peringatan dengan kasih sayang yang mampu mencairkan musuh, bukan kata-kata kebudakan yang menunjukkan seseorang itu sebenarnya masih penuh dengan sifat-sifat Mazmumah. Sekian...

Sabtu, Januari 05, 2008

Cerita Batu Pahat...


Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, sukacita diberitahu bahawa perjalanan saya mengelingi Johor melalui 8 daerah utama iaitu Muar, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing, Kluang dan Segamat telah pun selesai selamat dengan kembalinya saya daripada Segamat ke rumah keluarga di Muar semalam. Kini saya ingin berehat 2-3 hari dan Insyaallah akan singgah di Gunung Ledang, Tangkak sebelum kembali ke Kuala Lumpur.
Adapun asalnya dalam posting ini saya ingin bercerita panjang sebagai pembuka siri kisah pengembaraan kali ini... Apa yang ingin diperihalkan adalah berkenaan perjalanan Muar ke Batu Pahat dan apa yang berlaku. Tetapi kesuntukan masa akibat banyak termangu sebelum dapat membuat beberapa posting untuk update blogspot-blogspot menyebabkan saya harus memendekkan cerita.
Cukuplah dikatakan perjalanan Johor ini asalnya tidak dirancang seperti yang telah diterangkan dalam posting bertajuk Salam daripada Mersing pula! yang dibuat seminggu lalu... Biar saya copy and paste bahagian yang berkenaan...

Adapun, sejak kebelakangan ini, timbul kembali rasa ingin mengembara jauh tapi tidak pasti ke mana lebih-lebih lagi setelah buku ketiga saya "Sirih Pulang ke Gagang?" atau BKA III yang melengkapkan siri buku "Berpetualang ke Aceh" selamat menemui khalayak ramai. Antara tempat-tempat yang bermain di fikiran adalah Kota Bahru di Kelantan dan Kampung Pulau Manis di Terengganu. Apapun, saya rasa perlu kembali ke kampung ibu di Muar, Johor untuk menyambut perayaan Aidil Adha. Lagipun, beberapa hari sebelum itu saya ada mendapat satu mimpi tertentu melibatkan satu tempat di daerah kelahiran saya!
Sebelum kembali ke Muar juga, seorang kawan yang duduk di Kuala Lumpur telah menalifon mengajak untuk berjumpa. Ketika itu saya sedang dalam perjalanan ke Pahang dan jadual perjalanan beberapa hari seterusnya agak penuh. Oleh kerana kawan ini selalu ke Kluang, Johor kerana ada membuat kerja di sana, saya pun mencadangkan agar kita berjumpa di bandar itu selepas Aidil Adha nanti. Lagipun saya pernah duduk lama di sana, 1983-1986 semasa menuntut di Sekolah Menengah Sains Johor... Dan kali terakhir saya di bandar itu adalah sekitar 2001, semasa melaporkan acara jelajah basikal anjuran pihak polis seperti yang disebut di atas...
Setelah selesai Aidil Adha serta melawat beberapa tempat tertentu di Muar, sampailah masa yang sesuai untuk ke Kluang. Cadang saya, selepas itu saya akan mengambil keretapi, samada untuk kembali terus ke Kuala Lumpur atau menghala ke Pantai Timur... Tengoklah, apa isyarat perjalanan yang saya dapat nanti.
Adapun hari saya hendak bergerak itu adalah hari Isnin. Memandangkan Batu Pahat terletak di antara perjalanan Muar ke Kluang (kalau mengikut jalan biasa ya, bukannya highway...), saya pun bercadang hendak ke sana. Lagipun ada orang berpesan supaya saya menziarahi Habib Ali, seorang tua berumur 90 tahun yang dikatakan bertaraf wali di sana dan saya pun telah beberapa kali menziarahinya... Orang-orang daripada Singapura pun selalu menziarahinya malah orang-orang daripada Yaman di Semenanjung Tanah Arab juga ramai orang-orang dari seluruh dunia yang menghormati dan menyanjung tinggi para Ahlul Bait anak cucu Nabi turut menziarahi orang tua ini!

Cukuplah kalau dikatakan, saya sampai ke Batu Pahat lalu sempat memanjat Gunung Banang kemudian pergi ke Pantai Minyak Beku di mana saya akhirnya dapat tahu dan melihat sendiri akan asal-usul nama Batu Pahat. Cerita-ceritanya ada dinukilkan di dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH dengan tajuk Gunung (mount) Banang in Batu Pahat, Johor... dan The origin of Batu Pahat... . Kemudian sempat bersolat di sebuah masjid lama yang agak cantik... Ceritanya ada di dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dengan tajuk Masjid (mosque of) Datuk Bentara Luar, Batu Pahat... .
Cukup juga dikatakan, buat pertama kali saya telah bermalam di rumah Habib Ali sebelum menyambung perjalanan seterusnya menaiki bas ke Pontian. Selamat malam ya... Wassalam! :]

Sedikit tentang Hizib Al-Bahr dan Imam Al-Shadzili




Assalamualaikum semua... Dengan ucapan Subhanallah...

Pada malam Jumaat baru-baru ini, ketika berada di sebuah Internet Cafe di Segamat, saya telah meletakkan satu kumpulan bacaan doa dan zikir munajat yang dikenali sebagai Hizib Al-Bahr, susunan seorang wali besar yang dikenali sebagai Imam Abul Hassan As-Syadzili. Adapun imam yang diiktiraf sebagai pengasas Tarikat Syadziliah ini adalah seorang keturunan Ahlul Bait anak cucu Rasulullah SAW daripada jurai cucu sulung baginda iaitu Saidina Hassan. Sebenarnya gerak hati untuk meletakkan Hizib ini di blogspot telah muncul beberapa hari sebelum itu di Kluang. Tetapi saya belum terjumpa lagi bacaan keseluruhannya yang boleh diambil daripada Internet lalu dipaparkan.

Setahu saya, dalam banyak-banyak Tariqat, cuma Syadziliah sahaja yang memiliki rantaian wasilah keilmuan yang bersambung sehingga ke Saidina Hassan. Kebanyakan Tariqat disampaikan Rasulullah SAW melalui Saidina Ali lalu sampai kepada orang lain seperti Imam Jaa'far al-Sadiq, seorang keturunan Nabi melalui jurai Saidina Hussein sebelum turun ke bawah sedangkan Tariqat Naqshabandiah pula disampaikan melalui Saidina Abu Bakar, seterusnya Saidina Salman al-Farisi sebelum sampai kepada orang lain.

Di Bumi Melayu ini rasanya ramai pernah mendengar tentang sebuah kitab besar bernama Al-Hikam karangan Ibnu Athoilah As-Sekandari... Untuk pengetahuan, Ibnu Athoilah ialah anak murid kepada anak murid Imam Abul Hassan As-Syadzili. Makanya, dia adalah pengamal malah kalau tak salah ingatan, seorang khalifah Tariqat Syadziliah!

Oleh kerana Imam Al-Syadzili sendiri tidak mencatatkan amalan-amalan, zikir dan ajarannya dalam bentuk kitab, maka kitab Hikam dikira sebagai sebuah kitab yang paling menyeluruh dalam menyampaikan intipati ajarannya. Lalu kitab ini diterjemah dan dibahas dalam bahasa Melayu oleh seorang wali Allah yang terkenal dahulukala di Terengganu... Beliau ialah Tok Pulau Manis atau Sheikh Sharif Abdul Malik, guru dan bapa mertua kepada Sultan Zainal Abidin I yang memerintah penghujung Abad ke 17.

Adapun, Tok Pulau Manis diketahui sebagai seorang anak murid kepada wali besar Aceh, Sheikh Abdul Rauf as-Singkel, juga dikenali sebagai Syiah (Syeikh?) Kuala yang dimakamkan di Banda Aceh. Lalu dalam sanadnya, Tok Pulau Manis lebih dikenali sebagai pembawa Tariqat Shattariyah yang diterima daripada Sheikh Abdul Rauf.

Selepas berguru di Aceh, Tok Pulau Manis telah melanjutkan pelajaran agama di Mekah. Di sanalah beliau menerima ijazah dan amalan Tariqat Shadziliah dan inilah yang ditekankan pada papan-tanda yang terdapat di makam beliau di Kampung Pulau Manis... Sesuai sangatlah itu, kerana mengikut kata waris-warisnya yang saya ditemui, beliau adalah berketurunan Saidina Hassan, melalui satu watak misteri bernama Sharif Muhammad al-Baghdadi yang dikatakan penulis Batu Bersurat Terengganu 700 tahun lalu...

Lagi satu... Sheikh Ahmad al-Idris yang mengasaskan Tariqat Ahmadiyah adalah pengikut Tariqat Shadziliyah... Sebelum beliau mendapat alamat untuk membawa amalannya yang tersendiri. Di bawah, biar saya copy and paste sedikit maklumat tentang Hizib Al-Bahr, juga tentang Imam Abul Hassan As-Shadzili ya... Saya juga sempat mencari satu rakaman bacaan Hizib ini. Untuk mendengarnya sila klik sini...


p/s: Sesiapa yang nak mengamalkan hizib ini, seeloknya carilah guru Tariqat yang boleh mengijazahkannya. Tetapi kalau tak jumpa juga atau ragu-ragu, maklumlah, zaman sekarang ni banyak guru yang mendakwa membawa Tariqat tetapi sebenarnya tunggang-terbalik, suka membuat macam-macam dakwaan lalu mempergunakan pengikut untuk kepentingan sendiri, maka saya atas nama dan sanad wasilah keluarga mempersilakan sesiapa sahaja yang mampu mengamalkannya dengan niat dan hati yang bersih.

Sila hadiahkan Al-Fatihah kepada yang berikut... Sheikh Abdul Malik (Tok Pulau Manis), Sharif Muhammad Al-Baghdadi, Imam Abul Hassan As-Syadzili, Saidina Hassan, Rasulullah SAW dan seluruh Ahlul Bait diikuti para sahabat dan seluruh umat Islam. Sekian...

----------------------------


Hizib Bahar: Dikarang di Tengah Laut Merah

Orang pesantren mana yang tidak tahu Hizib Bahar. Hizib yang satu ini sangat masyhur. Ia sejajar dengan Hizib Nashr, Hizib Nawawi, Hizib Maghrabi, Suryani dan sederet nama-nama hizib `beken’ lainnya.

Konon, orang yang mengamalkan Hizib Bahar dengan kontinu, akan mendapat perlindungan dari segala bala. Bahkan, bila ada orang yang bermaksud jahat mau menyatroni rumahnya, ia akan melihat lautan air yang sangat luas. Si penyatron akan melakukan gerak renang layaknya orang yang akan menyelamatkan diri dari daya telan samudera. Bila di waktu malam, ia akan terus melakukan gerak renang sampai pagi tiba dan pemilik rumah menegurnya.

Orang-orang yang tidak percaya dengan hal-hal supranatural, mungkin tidak akan percaya dengan hal itu.Tapi, cerita mengenai keampuhan hizib yang dikarang oleh Syaikh Abu al-Hasan al-Syadzili ini betul-betul masyhur, termasuk cerita tentang lautan yang membentang di tengah-tengah orang yang bermaksud jahat.

Syaikh al-Syadzili, pemilik hizib ini, terkenal sebagai pelopor tarekat al-Syadziliyah. Ia seorang sufi terkenal. Ia juga kesohor sebagai pemilik bacaan-bacaan hizib ampuh, seperti Hizib Nashr dan Hizib Bahar.

Ada background kisah yang amat menarik tentang asal muasal Bahar Syaikh al-Syadzili. Kisah itu ditulis oleh Haji Khalifah, pustakawan terkenal asal Konstantinopel (Istanbul Turki).

Konon, Hizib Bahar ditulis Syaikh Abu al-Hasan al-Syadzili di Laut Merah (Laut Qulzum). Di laut yang membelah Asia dan Afrika itu Syaikh al-Syadzili pernah berlayar menumpang perahu. Di tengah laut tidak angin bertiup, sehingga perahu tidak bisa berlayar selama beberapa hari. Dan, beberapa saat kemudian Syaikh al-Syadzili melihat Rasulullah. Beliau datang membawa kabar gembira (?). Lalu, menuntun Abu al-Hasan al-Syadzili melafadzkan doa-doa. Usai al-Syadzili membaca doa, angin bertiup dan kapal kembali berlayar.

Doa-doa itu kemudian diabadikan oleh al-Syadzili dan diajarkan kepada murid-murid tarekatnya. Dan, kemudian diberi nama Hizb al-Bahr (doa/senjata laut). Disebut Hizb al-Bahr karena doa-doa ini tersebut mempunyai ikatan historis yang sangat erat dengan laut. Juga, al-Syadizili membacanya dalam rangka berdoa agar selamat dalam perjalanan di Laut Merah. Jadi, Hizib Bahar betul-betul wirid yang punya kedekatan tersendiri dengan air, termasuk dalam berbagai cerita mengenai khasiat ampuhnya membuat penjahat terengah-engah di tengah samudera mahaluas.

Dalam kitab Kasyf al-Zhunun `an Asami al-Kutub wa al-Funun, Haji Khalifah juga memuat berbagai jaminan yang diberikan al-Syadzili dengan Hizib Baharnya ini. Di antaranya, menurut Haji Khalifah, al-Syadzili perbah berkata: “Seandainya hizibku (Hizib Bahar, Red.) ini dibaca di Baghdad, niscaya daerah itu tidak akan jatuh.” Mungkin yang dimaksud al-Syadzili dengan kejatuhan di situ adalah kejatuhan Baghdad ke tangan Tartar.

“Bila Hizib Bahar dibaca di sebuah tempat, maka termpat itu akan terhindar dari malapetaka,” ujar Syaikh Abu al-Hasan, seperti ditulis Haji Khalifah dalam Kasyf al-Zhunun.

Haji Khalifah juga mengutip komentar ulama-ulama lain tentang Hizib Bahar ini. Ada yang mengatakan, bahwa orang yang istiqamah membaca Hizib Bahar, ia tidak mati terbakar atau tenggelam. Bila Hizib Bahar ditulis di pintu gerbang atau tembok rumah, maka akan terjaga dari maksud jelek orang dan seterusnya.

Banyak komentar-komentar, baik dari Syaikh al-Syadzili maupun ulama lain tentang keampuhan Hizib Bahar yang ditulis Haji Khalifah dalam Kasyf al-Zhunun jilid 1 (pada entri kata Hizb). Selain itu, Haji Khalifah juga menyatakan bahwa Hizib Bahar telah disyarahi oleh banyak ulama, diantaranya Syaikh Abu Sulayman al-Syadzili, Syaikh Zarruq, dan Ibnu Sulthan al-Harawi.

---------------------------------

Perjalanan Sufi Syekh Abul Hasan Asy-Syadzili r.a.

Suatu ketika saat berkelana beliau berkata dalam hati, “Ya Allah, kapankah aku bisa menjadi hamba-Mu yang bersyukur?” Kemudian terdengarlah suara, “Kalau kamu sudah mengerti dan merasa bahwa yang diberi nikmat hanya kamu saja” Beliau berkata lagi, “Bagaimana saya bisa begitu, padahal Engkau sudah memberi nikmat kepada para Nabi, Ulama dan Raja?” Kemudian terdengar suara lagi, “Jika tidak ada Nabi, kamu tidak akan mendapat petunjuk, jika tidak ada Ulama kamu tidak akan bisa ikut bagaimana caranya beribadah, jika tidak ada Raja kamu tidak akan merasa aman. Itu semua adalah nikmat dari-Ku yang kuberikan hanya untukmu”.ِِ

Syadziliyah adalah nama suatu desa di benua Afrika yang merupakan nisbat nama Syekh Abul Hasan Asy-Syadzili r.a. Beliau pernah bermukim di Iskandar sekitar tahun 656 H. Beliau wafat dalam perjalanan haji dan dimakamkan di padang Idzaab Mesir. Sebuah padang pasir yang tadinya airnya asin menjadi tawar sebab keramat Syekh Abul Hasan Asy-Syadzili r.a. Beliau belajar ilmu thariqah dan hakikat setelah matang dalam ilmu fiqihnya. Bahkan beliau tak pernah terkalahkan setiap berdebat dengan ulama-ulama ahli fiqih pada masa itu.

Dalam mempelajari ilmu hakikat, beliau berguru kepada wali quthub yang agung dan masyhur yaitu Syekh Abdus Salam Ibnu Masyisy, dan akhirnya beliau yang meneruskan quthbiyahnya dan menjadi Imam Al-Auliya’. Peninggalan ampuh sampai sekarang yang sering diamalkan oleh umat Islam adalah Hizb Nashr dan Hizb Bahr, di samping Thariqah Syadziliyah yang banyak sekali pengikutnya. Hizb Bahr merupakan Hizb yang diterima langsung dari Rasulullah saw. yang dibacakan langsung satu persatu hurufnya oleh beliau saw. Syekh Abul Hasan Asy-Syadzili r.a. pernah ber-riadhah selama 80 hari tidak makan, dengan disertai dzikir dan membaca shalawat yang tidak pernah berhenti. Pada saat itu beliau merasa tujuannya untuk wushul (sampai) kepada Allah swt. telah tercapai.  Kemudian datanglah seorang perempuan yang keluar dari gua dengan wajah yang sangat menawan dan bercahaya. Dia menghampiri beliau dan berkata, ”Sungguh sangat sial, lapar selama 80 hari saja sudah merasa berhasil, sedangkan aku sudah enam bulan lamanya belum pernah merasakan makanan sedikitpun”.

Suatu ketika saat berkelana, beliau berkata dalam hati, “Ya Allah, kapankah aku bisa menjadi hamba-Mu yang bersyukur?”. Kemudian terdengarlah suara, “Kalau kamu sudah mengerti dan merasa bahwa yang diberi nikmat hanya kamu saja”. Beliau berkata lagi, “Bagaimana saya bisa begitu, padahal Engkau sudah memberi nikmat kepada para Nabi, Ulama dan Raja?”. Kemudian terdengarlah suara lagi, “Jika tidak ada Nabi, kamu tidak akan mendapat petunjuk, jika tidak ada Ulama kamu tidak akan bisa ikut bagaimana caranya beribadah, jika tidak ada Raja kamu tidak akan merasa aman. Itu semua adalah nikmat dari-Ku yang kuberikan hanya untukmu”.

Beliau pernah khalwat (menyendiri) dalam sebuah gua agar bisa wushul (sampai) kepada Allah swt. Lalu beliau berkata dalam hatinya, bahwa besok hatinya akan terbuka. Kemudian seorang waliyullah mendatangi beliau dan berkata, “Bagaimana mungkin orang yang berkata besok hatinya akan terbuka bisa menjadi wali. Aduh hai badan, kenapa kamu beribadah bukan karena Allah (hanya ingin menuruti nafsu menjadi wali)”. Setelah itu beliau sadar dan faham dari mana datangnya orang tadi. Segera saja beliau bertaubat dan minta ampun kepada Allah swt. Tidak lama kemudian hati Syekh Abul Hasan Asy-Syadzili r.a. sudah di buka oleh Allah swt. Demikian di antara bidayah (permulaaan) Syekh Abul Hasan As-Syadzili.

Beliau pernah dimintai penjelasan tentang siapa saja yang menjadi gurunya? Sabdanya, “Guruku adalah Syekh Abdus Salam Ibnu Masyisy, akan tetapi sekarang aku sudah menyelami dan minum sepuluh lautan ilmu. Lima dari bumi yaitu dari Rasululah saw, Abu Bakar r.a, Umar bin Khattab r.a, Ustman bin ‘Affan r.a dan Ali bin Abi Thalib r.a, dan lima dari langit yaitu dari malaikat Jibril, Mika’il, Isrofil, Izro’il dan ruh yang agung. Beliau pernah berkata, “Aku diberi tahu catatan muridku dan muridnya muridku, semua sampai hari kiamat, yang lebarnya sejauh mata memandang, semua itu mereka bebas dari neraka. Jikalau lisanku tak terkendalikan oleh syariat, aku pasti bisa memberi tahu tentang kejadian apa saja yang akan terjadi besok sampai hari kiamat”.

Syekh Abu Abdillah Asy-Syathibi berkata, “Aku setiap malam banyak membaca Radiya Allahu ‘An Asy-Syekh Abil Hasan dan dengan ini aku berwasilah meminta kepada Allah swt apa yang menjadi hajatku, maka terkabulkanlah apa saja permintaanku”. Lalu aku bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad saw. dan aku bertanya, “Ya Rasulallah, kalau seusai shalat lalu berwasilah membaca Radiya Allahu ‘An Asy-Syekh Abil Hasan dan aku meminta apa saja kepada Allah swty. apa yang menjadi kebutuhanku lalu dikabulkan, seperti hal tersebut apakah diperbolehkan atau tidak?”. Lalu Nabi saw. Menjawab, “Abul Hasan itu anakku lahir batin, anak itu bagian yang tak terpisahkan dari orang tuanya, maka barang siapa bertawashul kepada Abul Hasan, maka berarti dia sama saja bertawashul kepadaku”.

Pada suatu hari dalam sebuah pengajian Syekh Abul Hasan Asy-Syadzili r.a. menerangkan tentang zuhud, dan di dalam majelis terdapat seorang faqir yang berpakaian seadanya, sedang waktu itu Syekh Abul Hasan Asy-Syadzili berpakaian serba bagus. Lalu dalam hati orang faqir tadi berkata, “Bagaimana mungkin Syekh Abul Hasan Asy-Syadzili r.a. berbicara tentang zuhud sedang beliau sendiri pakaiannya bagus-bagus. Yang bisa dikatakan lebih zuhud adalah aku karena pakaianku jelek-jelek”. Kemudian Syekh Abul Hasan menoleh kepada orang itu dan berkata, “Pakaianmu yang seperti itu adalah pakaian yang mengundang senang dunia karena dengan pakaian itu kamu merasa dipandang orang sebagai orang zuhud. Kalau pakaianku ini mengundang orang menamakanku orang kaya dan orang tidak menganggap aku sebagai orang zuhud, karena zuhud itu adalah makam dan kedudukan yang tinggi”. Orang fakir tadi lalu berdiri dan berkata, “Demi Allah, memang hatiku berkata aku adalah orang yang zuhud. Aku sekarang minta ampun kepada Allah dan bertaubat”.

Di antara Ungkapan Mutiara Syekh Abul Hasan Asy-Syadili:

1. Tidak ada dosa yang lebih besar dari dua perkara ini : pertama, senang dunia dan memilih dunia mengalahkan akherat. Kedua, ridha menetapi kebodohan tidak mau meningkatkan ilmunya.

2. Sebab-sebab sempit dan susah fikiran itu ada tiga : pertama, karena berbuat dosa dan untuk mengatasinya dengan bertaubat dan beristiqhfar. Kedua, karena kehilangan dunia, maka kembalikanlah kepada Allah swt. sadarlah bahwa itu bukan kepunyaanmu dan hanya titipan dan akan ditarik kembali oleh Allah swt. Ketiga, disakiti orang lain, kalau karena dianiaya oleh orang lain maka bersabarlah dan sadarlah bahwa semua itu yang membikin Allah swt. untuk mengujimu.Kalau Allah swt. belum memberi tahu apa sebabnya sempit atau susah, maka tenanglah mengikuti jalannya taqdir ilahi.

Memang masih berada di bawah awan yang sedang melintas berjalan (awan itu berguna dan lama-lama akan hilang dengan sendirinya). Ada satu perkara yang barang siapa bisa menjalankan akan bisa menjadi pemimpin yaitu berpaling dari dunia dan bertahan diri dari perbuatan dhalimnya ahli dunia. Setiap keramat (kemuliaan) yang tidak bersamaan dengan ridha Allah swt. dan tidak bersamaan dengan senang kepada Allah dan senangnya Allah, maka orang tersebut terbujuk syetan dan menjadi orang yang rusak. Keramat itu tidak diberikan kepada orang yang mencarinya dan menuruti keinginan nafsunya dan tidak pula diberikan kepada orang yang badannya digunakan untuk mencari keramat. Yang diberi keramat hanya orang yang tidak merasa diri dan amalnya, akan tetapi dia selalu tersibukkan dengan pekerjaan-pekerjaan yang disenangi Allah dan merasa mendapat anugerah (fadhal) dari Allah semata, tidak menaruh harapan dari kebiasaan diri dan amalnya.

Di antara keramatnya para Shidiqin ialah :

1. Selalu taat dan ingat pada Allah swt. secara istiqamah (kontineu).

2. Zuhud (meninggalkan hal-hal yang bersifat duniawi).

3. Bisa menjalankan perkara yang luar bisa, seperti melipat bumi, berjalan di atas air dan sebagainya.

Di antara keramatnya Wali Qutub ialah :

1. Mampu memberi bantuan berupa rahmat dan pemeliharaan yang khusus dari Allah swt.

2. Mampu menggantikan Wali Qutub yang lain.

3. Mampu membantu malaikat memikul Arsy.

4. Hatinya terbuka dari haqiqat dzatnya Allah swt. dengan disertai sifat-sifat-Nya.

Kamu jangan menunda ta’at di satu waktu, pada waktu yang lain, agar kamu tidak tersiksa dengan habisnya waktu untuk berta’at (tidak bisa menjalankan) sebagai balasan yang kamu sia-siakan. Karena setiap waktu itu ada jatah ta’at pengabdian tersendiri. Kamu jangan menyebarkan ilmu yang bertujuan agar manusia membetulkanmu dan menganggap baik kepadamu, akan tetapi sebarkanlah ilmu dengan tujuan agar Allah swt. membenarkanmu. Radiya allahu ‘anhu wa ‘aada ‘alaina min barakatihi wa anwarihi wa asrorihi wa ‘uluumihi wa ahlakihi, Allahumma Amiin. (Al-Mihrab).


Nota: Sepatutnya ada lagi tambahan tetapi catatan yang saya temui menurut gerak hati ini nampaknya cuma masih wujud dalam bentuk cache memory... Mungkin website sebenarnya telah hilang. Harap maklum!



Sabtu, Disember 29, 2007

Tempat jatuh lagi dikenang...

Ya! Tempat jatuh lagi dikenang. Inikan lagi tempat lahir dan membesar, mengenal erti kehidupan, mengenali erti ada girlfriend dan macam-macam lagi dah... Alhamdulillah masalah virus yang menganggu komputer dan pen-drive lalu merencatkan usaha untuk bercerita semalam (sila baca Laptop aku kena attack dengan virus Indon daa...! ) telah berjaya diselesaikan... Hasilnya, dapatlah saya membuat beberapa postings hari ini... Silalah jengok :-

Ah... Sungguh banyak nostalgia tentang bandar kelahiran saya Muar yang ingin dilepaskan sebelum dapat meneruskan cerita terutama tentang pengembaraan saya di Johor kini yang setakat ini telah meliputi Muar, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru, Kota Tinggi dan Mersing... Di bawah ini adalah gambar-gambar yang mencetuskan rasa pada satu petang di Muar minggu lepas. Sila...


Ini adalah bulatan Jalan Khalidi bertemu Jalan Abdul Rahman. Ke kiri atau pusingan jam 9, seseorang itu boleh sampai ke Parit Jawa seterusnya Batu Pahat. Pada satu petang saya tergerak berjalan di sebelah kanan atau pusingan jam 3 menghala ke Tanjung Emas... Inilah bahagian jalan di Muar yang paling banyak menggamit kenangan daripada zaman kanak-kanak hingga ke remaja...


Lihat jalan ini, Jalan Abdul Rahman... Saya terasa ingin berjalan sampai ke hujung sana...


Tidak lama kemudian sampai ke bahagian luar Taman Tanjung... Teringat seorang buah hati lama, kiranya gadis pertama yang saya betul-betul "kamcing" dan sayang sampai keluarganya dah kenal dan anggap sebagai bakal menantu... Girlfriend saya semasa saya berada di Tingkatan 5 Sekolah Tinggi Muar, dia di Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar... Dan saya selalu bertandang tidur di rumahnya di belakang sana...

Orangnya agak terkenal di kalangan rakan-rakan seusia... Lawa, memang lawa... Ramai peminatnya. Kalau sebut nama pada orang yang umur hampir sama di bandar Muar ni, Insyaallah semua kenal... Tak sangka pula sejak menegurnya semasa bermain roller-skating di sebuah Roller Disco di bandar terus kami sangkut... Asalnya saya kata saya boleh ajar dia matematik. Dia pun ajak datang rumah...

Memang saya nak mengajar dia matematik kerana saya dah janji dan memang saya lurus bendul. Tengok-tengok dia takda pula minat nak mengaji... Asyik main mata aje ada le... Boleh leka wooo tengok cara dia curi pandang dengan senyum... Memang betul-betul sangkut...

Sampailah saya menyambung pelajaran ke A Levels lalu mula berjinak dengan ramai wanita lain. Puncanya saya bengang sebab girlfriend dulu ni ramai sangat peminat bagi kad dan hadiah, dia pulak boleh simpan dalam bilik dia. Saya pulak selalu tidur dalam bilik tu bila dia keluar pergi sekolah... Masa tu saya dah habis sekolah, dia di Tingkatan Lima. Boleh kata tiap-tiap hari saya nampak kad dengan hadiah ramai laki-laki yang minat dia...

Bila saya complain, mak dia pulak backing dia... Kata mak dia, biarlah dia ramai peminat... Masih budak-budak, seronok ramai peminat... Aduh... Saya pulak sebenarnya jenis jealous gak... Masa tu le, hehe! Last-last saya geram, saya mula layan ramai perempuan dan hubungan kami mula renggang sampai le saya pergi melanjutkan pelajaran ke England...

Sejurus sebelum kembali ke tanahair 1995, semasa saya sedang problem dengan steady girlfriend time tu, saya pernah berhubung balik dengan girlfriend lama di Taman Tanjung ini. Sayangnya, dia dah nak kahwin sedangkan saya pulak dah tak tahu nak bawak hidup ni ke mana... Nama je girlfriend ramai tapi sebenarnya aku lonely... Tak dapat betul-betul share jiwa dan perasaan dengan orang yang memahami... Hidup dan jiwa aku kelam-kabut woo...


Saya terus berjalan menyusuri Jalan Abdul Rahman menghala ke Tanjung Emas atau lebih dikenali sebagai Tanjung sahaja. Terserempak rumah bungalow mewah yang sangat terkenal milik seseorang yang dikenali di Muar sebagai Datuk Leman... Atau nama rasminya Tan Sri Sulaiman Ninam Shah, pengerusi tetap UMNO yang sudah kembali ke rahmatullah beberapa tahun lepas.
Pada penghujung bulan Ramadhan setiap tahun, rumah ini sentiasa terang benderang... Ada malam tertentu menghampiri raya, orang akan datang dan setiap yang datang akan diberi sejumlah duit... Kata kawan-kawan, paling kurang budak-budak boleh dapat RM 5 seorang!
Pada seorang anak yang membesar dalam tahun 1970an dan 1980an, pemberian RM5 sangat banyak. Masa tu masih ada lagi orang bagi duit raya setakat 10 Sen atau 20 Sen bila kita datang beraya ke rumah!
Tapi saya tak pernah ambik duit di rumah Datuk Leman. Lama kemudian baru saya tahu, yang diberi itu adalah duit zakat dan lama kemudian baru saya juga tahu, atas sebab tertentu, darah keturunan saya haram makan duit zakat!

Ini adalah Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai SAB... Dulu saya ada ramai girlfriend daripada sekolah ni... Sampailah saya 'tersangkut' dengan budak Taman Tanjung yang disebut tadi lalu mula belajar jadi one-woman-man... Konon... Hehe! :]


Ini pula adalah Jalan Khatib yang bertemu dengan Jalan Abdul Rahman di hadapan sekolah tadi. Jalan terus ke hadapan boleh sampai ke Masjid Jamek Muar...

Dulu, pemuda-pemuda di sekitar kawasan ini terkenal sebagai gangster-gangster Muar yang nakal, banyak girlfriend, bergaya dan ada pengaruh... Maklumlah, termasuk di dalam lingkungan ini adalah anak-anak orang berada... Tetapi sekembalinya saya daripada England tahun 1995, saya tengok ramai kawan-kawan di sini sudah menghilangkan diri... Ada yang dah berhijrah memulakan kehidupan baru di negeri lain, ramai pula yang jadi 'graduan' Pusat Serenti!


Perjalanan diteruskan menghala ke Tanjung... Dulu bila malam bulan Ramadhan, sepanjang kawasan ini tak putus ada lampu pelita dengan budak-budak main mercun dan bunga api... Pada time-time lain pula sentiasa ada kanak-kanak main berlari-lari, juga kejar-mengejar naik basikal. Dulu Muar cukup top sebagai bandar pencen yang ramai penduduknya pergi sana-sini naik basikal... Sampai budak sekolah nak naik basikal pun kena ada lesen woo... Seriusss!!!


Bertembung pula dengan simpang masuk ke Lorong Sekolah... Dulu ada Sekolah Agama Dumpar Rendah di sini. Adventure saya zaman kanak-kanak di kawasan ini memang tidak terkira woo...

Ah... Inilah rumah tempat saya membesar dahulu... Rumah milik atuk sebelah ibu, sekarang sudah diwarisi seorang bapa saudara yang duduk di negeri lain...
Allah... Faham-faham aje le perasan.. Rumah tempat saya duduk sejak lahir tahun 1970 sampai le tahun 1983 saya pergi ke sekolah asrama di Kluang lalu balik bila time cuti...


Rumah ini terletak berdekatan persimpangan Jalan Abdul Rahman dengan Jalan Mariam (kelihatan di atas). Kalau jalan terus, boleh sampai pusat bandar melalui Sekolah Tinggi Muar...


Tapi kita mahu terus menghala ke Tanjung...


Lalu berjumpalah persimpangan Jalan Abdul Rahman dengan Jalan Junid. Di Jalan Junid ada Sekolah Agama Dumpar Tinggi, sebuah lagi sekolah agama tempat saya pernah belajar dan buat macam-macam hal...

Di kiri gambar adalah Surau Tadah Utara. Di situlah saya mula mengenal Maulid Nabi dan Barzanji...


Hampir sampai ke Tanjung, kelihatan padang ragbi dan bola Sekolah Tinggi Muar... Ternampak pokok-pokok besar di kanan, Terus teringat satu kenangan lama, kenangan yang telah diabadikan melalui cerita dalam buku kedua saya, "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal".

Nak tahu apa cerita, sila masuk ke sini...

MSD (Military, Spy, Detective)... Satu episod nakal seorang budak hyper-active

MSD (Military, Spy, Detective)... Tempat jatuh lagikan dikenang...

MSD (Military, Spy, Detective)... Akhirnya jadi kongsi gelap pula?


Ah... Sudah menghampiri simpang ke Tanjung...


Rumah Pengawai Daerah atau DO (District Officer) Muar. Teringat masa darjah Enam, anak DO masa itu adalah orang kanan saya... Manalah perginya engkau Irwan? Sampai sekarang aku tak tahu cerita... Katanya lu pegi Switzerland buat Hotel Catering ya... Hmm...


Jalan ke Tanjung... Tempat berehat petang-petang juga tempat ramai orang 'merosakkan kereta'... Atau kereta OK, tiba-tiba rosak lepas tu goyang-goyang malam-malam... Ada faham?

Tapi bagi saya dan kawan-kawan, inilah salah satu tempat paling nostalgik di Muar...


Di sini kami selalu duduk beramai-ramai bergurau senda buat lawak budak-budak...


Dan di kuala Sungai Muar inilah kami selalu duduk berjam-jam menghirup udara segar yang nyaman dan memandang ke laut lepas yang merupakan Selat Melaka. Allah! Dan Alhamdulillah dapat juga saya melepaskan sedikit rasa nostalgia ini. Syukur...

Cukuplah ya... Rasanya sebentar lagi saya perlu meninggalkan Mersing tempat saya sedang menulis posting ini dan berlepas ke destinasi lain pula ya. Sekian... Wassalam! :]

Jumaat, Disember 28, 2007

Salam daripada Mersing pula!

Gambar di dalam Masjid Jamek Kuala Lumpur yang diambil selepas solat Zuhur berjemaah pada hari Rabu minggu lepas sejurus sebelum mengambil bas untuk kembali ke Muar demi menyambut Aidil Adha bersama keluarga. Adapun pada masa itu, saya bercadang untuk mengambil beberapa gambar lagi agar dapat dimuatkan ke dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) yang ada menyentuh sedikit-sebanyak tentang senibina bangunan, rumah dan masjid yang menarik perhatian saya ketika mengembara...
Walaupun saya selalu singgah di masjid itu untuk bersolat, saya sudah lama tidak masuk ke ruang dalaman kerana lebih selesa bersolat di serambi. Baru saya sedar rupa-rupanya ada terpahat maklumat yang menyatakan masjid ini dibina sekitar 100 tahun lalu (lupa pula tahun sebenarnya)...
Selama ini saya sudah menceritakan dan mengenengahkan banyak gambar masjid-masjid di seluruh tanah-air. Ternyata saya terlupa untuk bercerita tentang Masjid Jamek Kuala Lumpur, masjid utama di daerah saya bermastautin kini!
Sayangnya, kamera digital saya ketika itu kehabisan bateri. Maka tak dapatlah saya membuat posting tentang masjid ini buat seketika....


Assalamualaikum... Setelah meluahkan apa yang patut termasuk kata-kata di posting tadi bertajuk Laptop aku kena attack dengan virus Indon daa...! baru saya boleh meneruskan cerita.
Adapun seperti disebut dalam posting itu, saya sebenarnya bercadang untuk membuat beberapa posting baru di blogspot-blogspot saya... Gambar-gambar yang mahu digunakan adalah gambar-gambar yang diambil di Muar minggu lepas termasuk gambar-gambar di tapak Kota Buruk yang pernah didirikan Parameswara sebelum membuka Melaka 600 tahun lalu. Tetapi proses ini terbantut kerana gangguan disebabkan virus tadi...
Hmm... Memandangkan beberapa keping gambar dapat dimasukkan ke pen-drive tanpa gangguan virus (baca Laptop aku kena attack dengan virus Indon daa...! untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku) mungkin juga saya akan membuat posting berkenaan Kota Buruk ini sebentar lagi jika sempat... Tapi di dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH ya.. Insyaallah.
OK... Berbalik pada tajuk posting ini sendiri. "Salam daripada Mersing pula!"...
Ya, saya kini berada di Mersing, Johor... Bandar utama negeri Johor di Pantai Timur dan tempat untuk berlepas ke pulau-pulau menarik dalam negeri ini di perairan Laut Cina Selatan terutamanya Pulau Tioman.
Adapun tidak terfikir langsung saya akan menjejakkan kaki ke bandar ini dalam masa terdekat. Kali terakhir saya sampai di sini (kalau tak salah ingatan) adalah pada tahun 1997... Ketika mengembara secara solo menaiki motosikal besar mengelilingi seluruh Semenanjung selama sebulan!
Semasa itu, saya baru setahun bekerja sebagai wartawan di The New Straits Times dan baru itulah saya dibenarkan mengambil cuti. Dan ketika itu, saya baru 6 bulan memiliki motosikal baru Yamaha Virago 535cc... Lalu peluang itu digunakan untuk mengembara jauh, sempat naik ke Cameron Highlands, pusing di Perak, pergi ke Pulau Pinang, masuk Kedah pergi pula ke Perlis lalu menaiki feri ke Langkawi dengan meninggalkan motosikal di jeti Kuala Perlis. Kemudian baru saya kembali menunggang motosikal pergi ke sampai ke sempadan Perlis/ Thailand yang bertemu dengan Selat Melaka sebelum bergerak hingga ke Tasik Pedu.
Seterusnya saya masuk ke Kelantan di mana saya bermalam di Rantau Panjang pada hari pertama bulan Ramadhan tahun itu. Seterusnya sempat pergi ke Pengkalan Kubur sehingga berjumpa sempadan negeri Kelantan/ Thailand yag bertemu di Laut Cina Selatan...
Eh... Melalut pula bercerita tentang perjalanan lalu. Pendek-kata, semasa itu saya sempat pergi ke keempat-empat penjuru Semenanjung termasuk penjuru Tenggara di Teluk Ramunia (ingat masa sekolah dahulu ada belajar, Teluk Ramunia tempat galian bauksit) dalam daerah Kota Tinggi, Johor dan Tanjung Piai di Pontian, tempat yang dikatakan hujung paling ke selatan bagi tanah besar Asia!
OK... Berbalik pada cerita sekarang. Ah! Baru teringat... Selepas perjalanan motosikal dahulu, saya pernah sekali sampai ke Mersing iaitu sekitar tahun 2001... Sebagai seorang wartawan sukan yang meliputi acara jelajah berbasikal seluruh Semenanjung Malaysian anjuran Polis Diraja Malaysia.
Adapun, sejak kebelakangan ini, timbul kembali rasa ingin mengembara jauh tapi tidak pasti ke mana lebih-lebih lagi setelah buku ketiga saya "Sirih Pulang ke Gagang?" atau BKA III yang melengkapkan siri buku "Berpetualang ke Aceh" selamat menemui khalayak ramai. Antara tempat-tempat yang bermain di fikiran adalah Kota Bahru di Kelantan dan Kampung Pulau Manis di Terengganu. Apapun, saya rasa perlu kembali ke kampung ibu di Muar, Johor untuk menyambut perayaan Aidil Adha. Lagipun, beberapa hari sebelum itu saya ada mendapat satu mimpi tertentu melibatkan satu tempat di daerah kelahiran saya!
Sebelum kembali ke Muar juga, seorang kawan yang duduk di Kuala Lumpur telah menalifon mengajak untuk berjumpa. Ketika itu saya sedang dalam perjalanan ke Pahang dan jadual perjalanan beberapa hari seterusnya agak penuh. Oleh kerana kawan ini selalu ke Kluang, Johor kerana ada membuat kerja di sana, saya pun mencadangkan agar kita berjumpa di bandar itu selepas Aidil Adha nanti. Lagipun saya pernah duduk lama di sana, 1983-1986 semasa menuntut di Sekolah Menengah Sains Johor... Dan kali terakhir saya di bandar itu adalah sekitar 2001, semasa melaporkan acara jelajah basikal anjuran pihak polis seperti yang disebut di atas...
Setelah selesai Aidil Adha serta melawat beberapa tempat tertentu di Muar, sampailah masa yang sesuai untuk ke Kluang. Cadang saya, selepas itu saya akan mengambil keretapi, samada untuk kembali terus ke Kuala Lumpur atau menghala ke Pantai Timur... Tengoklah, apa isyarat perjalanan yang saya dapat nanti.
Adapun hari saya hendak bergerak itu adalah hari Isnin. Memandangkan Batu Pahat terletak di antara perjalanan Muar ke Kluang (kalau mengikut jalan biasa ya, bukannya highway...), saya pun bercadang hendak ke sana. Lagipun ada orang berpesan supaya saya menziarahi Habib Ali, seorang tua berumur 90 tahun yang dikatakan bertaraf wali di sana dan saya pun telah beberapa kali menziarahinya... Orang-orang daripada Singapura pun selalu menziarahinya malah orang-orang daripada Yaman di Semenanjung Tanah Arab juga ramai orang-orang dari seluruh dunia yang menghormati dan menyanjung tinggi para Ahlul Bait anak cucu Nabi turut menziarahi orang tua ini!
Allah! Dah jadi panjang pula saya bercerita. Baiklah... Dipendekkan cerita hari itu saya sempat menaiki Gunung Banang di Batu Pahat, juga ke Pantai Minyak Beku untuk melihat Perigi Batu Pahat yang dipahat oleh tentera Siam ketika berperang dengan Melaka 600 tahun lalu sebelum bermalam di rumah Habib Ali. Keesokannya baru saya menghubungi kawan dari Kuala Lumpur yang kadang-kadang bekerja di Kluang.
Ketika itu kawan tersebut sedang berada di Danga Bay, Johor Bahru dan perlu kembali ke Kuala Lumpur malam itu juga, Khamis nanti baru ada di Kluang. Maka itu saya membuat keputusan untuk ke berjalan ke Pontian, sempat singgah di Muzium Bugis dan bercerita beberapa perkara peribadi dengan pemilik muzium itu. Seterusnya saya bercadang untuk ke Johor Bahru tetapi perubahan keadaan membuat saya bermalam dahulu di bandar Pontian sebelum pergi ke ibunegeri Johor itu.
Di Johor Bahru, saya telah menyewa bilik di hotel murah lalu mendapat bilik nombor 44. Saya merasakan nombor itu cuba memberitahu sesuatu... Dan memang beberapa ketika kemudian saya asyik ternampak nombor 4 di merata tempat.... Salah satunya, saya ada terjumpa motor (atau kereta? lupa pula) yang ada plet nombor 4444.
Saya singgah di MPH City Square untuk melihat peta Johor. Ternyata kedai itu adalah menjual BKA III, alhamdulillah!
Sebenarnya saya kurang pasti ke mana saya harus mengembara lagi selepas itu. Yang saya tahu, apapun saya perlu ke Kluang kerana satu... Saya telah menyatakan mahu berjumpa kawan tertentu di sana jika tidak ada halangan... Kedua, kerana saya sudah lama tidak ke sana sedangkan di situlah saya membesar memasuki alam remaja lebih 20 tahun lalu!
Saya pun membelek-membelek peta Johor yang terdapat di kedai buku MPH... Sambil mengkaji perjalanan yang telah dibuat beberapa hari kebelakangan, saya cuba meneliti jalan-jalan lain dengan harapan gerak hati ini akan memberi petunjuk seterusnya.
Oh... Sebenarnya saya ada terfikir untuk pergi ke Kota Tinggi untuk menziarahi makam-makam kerabat diraja lama terutama yang berkaitan dengan kerajaan Melaka lama di sana. Selama ini saya lebih berat kepada jurai keSultanan Melaka di Perak. Mungkin sudah sampai masanya saya menyambung wasilah kepada pecahan di Johor pula...
Kemudian saya membalikkan peta yang dipegang... Terserlahlah peta 8 bandar-bandar utama yang mewakili 8 daerah utama di Johor... Dengan peta bandar Muar di sudut atas kiri.
Apabila dilihat melawan arah jam, ternyata terdapat satu aturan dengan Muar di ikuti Batu Pahat, Pontian seterusnya Johor Bahru... Masyaallah! Ini sama gilirannya dengan bandar-bandar yang telah saya singgah dan tidur di Johor dalam perjalanan jauh kali ini! Dan Johor Bahru adalah bandar ke 4 dalam perjalanan ini... Ada lagi 4 bandar kalau mengikut peta ini... 4 dan 4? Apakah ini makna 44 yang tersirat di sebalik nombor bilik hotel saya di Johor Bahru?
Lebih menarik lagi, mengikut aturan lawan arah jam ini, bandar seterusnya adalah Kota Tinggi! Maka memang patutlah saya ke Kota Tinggi. Cuma saya ada terfikir apakah harus ke Mersing selepas Kota Tinggi. Atau perlu terus ke Kluang?
Dipendekkan cerita, saya pun ke Kota Tinggi, sempat menziarahi Makam Laksamana Bentan, Makam Sultan Mahmud mangkat dijulang dan Makam Bendahara Tun Habib Padang Saujana, moyang kepada Sultan-sultan Johor, Pahang dan Terengganu sekarang sebelum bermalam di rumah seorang kenalan baru. Esoknya saya pun ke Mersing, sempat bersolat Jumaat buat pertama kalinya di masjid jameknya yang terletak di atas bukit.
Oh... Sahaja nak mengadu agaknya... Bibir depan atas saya sedang bengkak dengan sedikit darah juga di gusi dan bahagian hidung yang tercalar. Inilah bahana tadi saya memanjat pagar batu masjid untuk mengambil gambar-gambar yang dirasakan menarik terutama gambar-gambar pulau-pulau di perairan Mersing. Dalam seronok berjalan, saya terlupa yang badan saya yang sedikit demam-demam sebenarnya agak kepenatan sehingga langkah saya mula sumbang.
Selesai mengambil gambar, saya melompat ke bawah. Ketika itu, beg sandang kecil yang mengandungi komputer laptop (beg besar dan sebuah beg lain telah ditinggalkan di hotel awal sebelumnya) pun bergoncang lalu saya menggunakan kedua-dua tangan yang ditarik ke belakang untuk mengstabilkan beg itu kembali...
Sambil itu kaki saya melangkah untuk melompat naik ke satu aras bahagian jalan dan tempat letak kereta bertar di hadapan masjid. Ketika itulah saya tergelincir dan buat pertama kali seumur hidup, berdebuk saya jatuh dengan muka di bahagian hidung dan mulut menyentuh tar terlebih dahulu sebelum bahagian lain jatuh! Allah! Sakit sungguh... Langsung tak sempat bertongkatkan tangan mahupun siku. Selalunya kalau terjatuh, saya sempat mengalih tubuh badan supaya mana-mana bahagian yang sensitif terlindung dan selamat. Kali ini langsung tidak!
Tetapi dalam kesakitan sehingga saya terduduk lama di tepi jalan berhadapan serambi masjid memikirkan apa yang berlaku, saya cuma berzikir subhanallah dan alhamdulillah sahaja! Alhamdulillah, ini bermakna sudah ada peningkatan dalam perjalanan musyahadah saya di mana saya bersyukur dengan kesakitan ini... Bersyukur kerana mungkin ia adalah satu kesakitan kecil berbanding dengan bala-bala yang lebih besar yang mungkin sahaja boleh berlaku bila-bila masa sahaja pada saya tetapi telah dijauhi Allah. Maklumlah, saya dah jauh berjalan dan dilindungi Allah. Tentu kurang sopan kalau timbul walau sedikit pun rasa kesal oleh kerana diberi sedikit kesakitan sedangkan selama ini Allah telah menjaga saya dalam banyak keadaan yang lebih mencabar. Dan syukur juga kerana saya dapat mengingati Allah, bukan keluar maki hamun atau marah-marah.
Mungkin juga saya kena menerima kesakitan ini akibat tidak mempedulikan keadaan.... Terus sahaja berjalan-jalan mengambil gambar di atas tembok masjid ketika imam sedang membaca khutbah kemudian melompat ke bawah dan terus bergerak melangkah tanpa berhenti untuk memerhatikan keadaan sekeliling sehingga timbul sedikit riak akibat langkah saya yang dirasakan selalunya mantap... Siapa tahu, bila-bila masa sahaja Allah boleh membuat langkah kita jadi sumbang sehingga jatuh berdebab tanpa sebab?
OK lah... Saya rasa cukuplah bercerita kali ini... Internet Cafe pun akan tutup sebentar lagi. Selamat ya...

p/s:
Lupa hendak beritahu. Adapun sesi temuramah bersama saudara Syed Munawar untuk program Resensi di Selamat Pagi Malaysia, RTM 1 yang dibuat sebelum Hari Raya Aidilfiri dahulu telah pun ditayangkan pada pagi 28 November.
Pihak RTM tidak memaklumkan bila ia akan terbit walaupun saya sudah berkali bertanya. Tak mengapa. Saya faham, mereka sibuk... Tidak ada masa mahu menjaga semua ini. Sama juga semasa saya menjadi wartawan dahulu... Orang selalu bertanya bilakah akan keluar sesuatu artikel melibatkan pihak mereka sedangkan ini bergantung pada sidang pengarang dan lain-lain, bukannya di tangan saya...
Lalu saya melupakan langsung sesi temuramah ini dengan niat jika Allah mahu saya melihatnya, saya tetap akan dapat menontonnya tanpa perlu dirancang atau menunggu-nunggu. Lalu Alhamdulillah, 2 hari selepas harijadi ke 37 saya pada 26 November 2007 saya telah terbangun tidur dalam keadaan lebih segar. Selalunya, saya bangun Subuh kemudian tidur balik sehingga selepas jam 8 pagi tapi kali ini saya bangun dan kebetulan makan sarapan di hadapan TV.
OK... Cukuplah. Internet Cafe mahu tutup ni. Selamat ya... :]

Laptop aku kena attack dengan virus Indon daa...!

Gambar virus kanser ke hapa aku cedok kat Internet sebagai hiasan...

OK... Pertama sekali, izinkan aku bercakap dalam bahasa kutu, mungkin untuk melepaskan geram. Apa tak nya, aku dah set nak pakai beberapa gambor yang aku ambik kebelakangan ni buat update ketiga-tiga blogspot aku hari ni... Bila masuk kan kat komputer kat Internet Cafe ni (aku kat Mersing sekarang), komputer tak mahu accept sebab ada virus jenis trojan ke hapa...
Sebenarnya mende ni aku dah expect sebab last sekali aku buat posting menggunakan koleksi-koleksi gambar aku adalah di Muar pada Jumaat lepas 21 Disember, dah nampak dah bunga-bunga problem nih... Cuma aku tak sedar tahap keseriusan ia...
Masa tu aku perasan, bila aku browse gambar (daripada laptop masuk dalam pen-drive untuk pakai kat Internet Cafe) gunakan option create (untuk buat posting) dalam blogspot, dia tak mahu baca sebab folder tu dah di classify jadi scr file plak... Apa hal? Masa tu aku pun tak tahu apa kebendanya scr file ni...
Nasib baik kepala hotak aku cukup creative gak... Mana-mana gambar dalam folder yang aku nak pakai masuk dalam blogspot, aku bawak keluar masuk kan dalam main directory. Jadi tu yang aku dapat masuk, jadi le posting-posting bertajuk On top of Ampang! dan Fooling around the Semenyih Dam... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH , Masjid Jamek (main mosque of) Putrajaya... di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan Dunia sebagai tempat "senda gurauan"... di blogspot ini.
Tapi siang tadi, baru aku dapat confirm komputer aku kena virus... Bila aku tengok folder-folder yang aku dah copy masuk pen-drive dah tukar file type daripada folder jadi .scr atau screen-saver. Baru aku tau scr tu rupanya screen saver... Minggu lepas tak nampak lagi... Perkataan scr tu cuma keluar bila aku nak upload gambar masuk blogspot...
Aku pun cuba le tune sendiri... Terlebih dahulu, cuba delete file-file tersebut tapi tak boleh... Setiap kali delete dia muncul balik! Untuk makluman subscription Norton Antivirus aku dah lama expire. Apapun, aku save dulu file-file gambar yang aku nak pakai hari ini pas tu pegi Internet Cafe... Tengok-tengok kena block sebab memang confirm ada virus. Dan ia adalah virus yang program anti-virus kat komputer situ pun tak boleh settle, cuma boleh deny access, quarantine atau delete je...
Takpa aku fikir... Sekurang-kurangnya aku boleh delete semua file kat pen-drive aku gunakan program anti-virus tersebut lepas tu format balik. Masa kat laptop tadi tak boleh sebab program anti-virus aku dah ketinggalan zaman...
Aku pun switch on laptop untuk copy balik file yang nak dipakai masuk kat pen-drive. Bila aku turn on, engkorang teka apa jadik? Boleh keluar message kat bawah ni pulak dalam satu box... Ni aku salin bulat-bulat pakai notepad...

B1u3f4nt45y - 24.01.2007 - Surabaya

Surabaya in my birthday. Don't kill me, i'm just send message from your computer. Terima kasih telah menemaniku walaupun hanya sesaat, tapi bagiku sangat berarti. Maafkan jika kebahagiaan yang kuminta adalah teman sepanjang hidupku. Seharusnya aku mengerti bahwa keberadaanku bukanlah disisimu, hanyalah lamunan dalam sesalUntuk kekasih yang tak kan pernah kumiliki 3r1k1m0

Yang mahal tu, message ni keluar sebaik sahaja selepas keluar message Windows dah start! Sebelum komputer aku betul-betul ready untuk digunakan. Kira canggih gak le virus nih sebab dah masuk dalam system aku le.... Kira masuk time booting le tu...
Apapun, aku cuba copy balik file yang aku nak pakai dalam pen-drive lepas tu masukkan kat komputer di Internet cafe... Kali ni terus block, langsung tak boleh access! Sebelum ni boleh jugak jenguk isi file folder tapi kali ni langsung takda. Nyilek!!! Malah nak delete pun tak boleh! Peehhh....
Aku cuba tutup laptop lepas tu switch on balik... Keluar lagi message ni... Apa hal?
Adapun aku notice satu mende tentang cara virus ni bergerak. Kat pen-drive aku, bila aku select all file, otomatik keluar message beritahu ada beberapa hidden file... Kalau pen-drive aku ada 3 folder, maka dia sebut ada 6 hidden file. Perkara ni tak berlaku plak pada file-file dalam laptop aku. Kesimpulannya, virus entah apa-apa ini (kalau ikut message yang tertera, confirm le virus Indon) dah masuk dalam system aku tapi kerja dia kacau file-file yang cuba dimasukkan ke dalam pen-drive.
Hmm... Tiba-tiba aku dapat satu idea. Sat, kena switch on balik laptop...

-----------------------

OK... Aku dah test. Kalau tadi, aku copy folder daripada laptop direct masuk dalam pen-drive, kali ini aku masuk dulu dalam folder lepas tu select all gambar (maksudnya takda folder le, semuanya jpg file) copy masuk pen-drive. Pas tu aku pun insert pen-drive kat komputer di Internet Cafe ni. Alhamdulillah... Tak da satu pun virus yang melekat.
Maknanya, virus ni dah confirm lodge in dalam laptop aku tapi dia cuma kacau pen-drive aje... Itupun cuma file folder sahaja.
Ini bermakna aku masih boleh masukkan gambar-gambar yang aku nak letak kat blogspot. Tapi lain kali lah ya sebab dah malam dah ni... Mood aku dah terkacau sikit. Tunggu le bila-bila aku senang. Insyaallah! Apapun sat lagi aku akan buat satu posting bagi sikit le latest report aku punya current travelling session...
p/s: Tambahan fakta Sabtu 29 Disember... Masa aku tulis kata-kata di atas nih, aku ingat virus dalam pen-drive tu dah berjaya dikeluarkan. Rupanya tak walaupun aku dah beberapa kali format pen-drive!
Malam semalam sebelum tidur aku dapat idea camana nak settle problem kat laptop lepas tu test beberapa kali termasuk tengok apa yang jadi bila pakai pen-drive... Rupanya-rupanya ada 3 program virus dok menyorok dalam pen-drive sampai formatting pun tak boleh buang dia. Apapun aku dah berjaya membasmikan musuh-mush dalam selimut yang menyorok sebagai hidden files ni... Alhamdulillah!