Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Julai 29, 2025

Menelusuri sejarah pemerintahan beraja di Alam Melayu

Adapun setelah mempersembahkan artikel Membaca diri dalam "Berpetualang ke Aceh" - Satu penilaian akademik terhadap penulisan Radzi Sapiee tengah malam tadi cadangnya hendak memaparkan satu lagi penulisan mengandungi artikel jurnal kajian akademik terhadap  penulisan saya. Namun pagi tadi ada satu majlis berlangsung secara atas talian yang isinya terasa elok dikongsikan terlebih dahulu. Ini ceritanya.



Poster hebahan majlis diterima dalam grup WhatsApp "Obor Melayu Mahawangsa" baru jam 8 pagi. Sedangkan majlis dijadualkan bermula jam 10. Grup yang mengandungi ramai orang ternama dalam dunia akademik ini diasaskan oleh Profesor Datuk Dr Awang Sariyan (kini bergelar Profesor Emeritus juga Senator) beberapa tahun lalu. Saya dimasukkan kerana mengenali sejak menjadi anak murid ketika beliau menerajui bahagian ketamadunan Melayu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) tahun 2018. 




Pada tahun 2019 beliau pernah merasmikan buku ke-13 saya di rumah. Lihat Majlis rumah terbuka dan 'sambutan' buku Merah Silu. Setahun dua kemudian beliau  yang pernah menjadi Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) meninggalkan ISTAC. Tidak lama kemudian menjadi pemegang Kursi Za'aba di UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris). Seterusnya pernah menjadi pengerusi jawatankuasa pengelola DBP, dan entah beberapa lagi jawatan.





Awang yang rajin memperjuangkan bahasa Melayu kemudian diangkat menjadi Senator di Dewan Negara, Parlimen Malaysia. Baru beberapa bulan lalu pula diangkat menjadi pemegang Kursi Institusi Raja-raja Melayu di UiTM (Universiti Teknologi MARA) lalu dalam kapasiti itulah bercakap dalam majlis atas talian. Oh. Sudah beberapa tahun tak bertemu hujung minggu baru ini terjumpa dalam satu majlis bersifat keagamaan. Lihat artikel Refleksi Konsert Gema Sufi 2025 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).




Berbalik pada majlis atas talian. Slaid-slaid yang dikongsikan harus cukup jelas untuk menunjukkan perkongsian dan hala tuju.











Tak perlulah mengulas panjang ya.
































Cukuplah dikatakan sejarah pemerintahan beraja di Alam Melayu ditelusuri sejak awal untuk menunjukkan bagaimana raja-raja Melayu masih berperanan sehingga ke hari ini.














Kemudian masuk sesi soal jawab awal.



Dalam konteks menjawab soalan inilah baru dipaparkan slaid-slaid seterusnya dan dipanjangkan penerangan. Sila ikuti sendiri majlis melalui video bawah...




Isnin, Julai 28, 2025

Membaca diri dalam "Berpetualang ke Aceh" - Satu penilaian akademik terhadap penulisan Radzi Sapiee

Salam. Tukar arah perkongsian. Sejak seminggu lalu saya sebenarnya mahu berkongsi satu penilaian akademik terhadap penulisan saya yang dibuat hampir 2 tahun lalu iaitu pada September 2023 tetapi baru beberapa hari itu ditemui. Namun didapati harus berkongsi terlebih dahulu satu penilaian akademik yang dibuat lebih awal iaitu pada November 2020.



Merujuk pada artikel Apabila perjuangan dihargai. yang dipersembahkan April 2023. Ia ditulis selepas menyedari bahawa penulisan saya dalam siri novel "Berpetualang ke Aceh" pernah diulas seorang pensyarah sastera Melayu  berbangsa India dari Universiti Sains Malaysia, dalam sebuah buku  yang diterbitkan tahun 2019. Buku itu bertajuk  Aceh-Malaysia dalam Rangkuman Sastera, Budaya & Media. Nampaknya ulasan adalah susulan daripada pembentangan beliau tentang buku saya dalam seminar berkenaan di Aceh.



Video pembentangan ada disertakan dalam Apabila perjuangan dihargai. Turut dinyatakan pensyarah tersebut, Dr Saravanan P. Veeramuthu dari Universiti Sains Malaysia (USM) ada membuat artikel akademik tentang penulisan saya dan ia keluar dalam sebuah jurnal tahun 2020.




Namun saya sekadar menyertakan pautan untuk mencapai artikel akademik dalam jurnal, melalui laman sesawang ResearchGate. Lihat Reading Into  One's Self In the Berpetualang ke Aceh Trilogy. Baru sekarang timbul rasa elok diletakkan dalam bentuk gambar di CATATAN SI MERAH SILU.






Secara rata kelihatan Saravanan memandang tinggi penulisan saya dalam siri "Berpetualang ke Aceh".












Mengupas daripada sudut teori sastera beliau dapat melihat buku ini memaparkan perjalanan hidup yang merangkumi pencarian makna, peranan, memahami diri lalu terzahirlah satu perjuangan untuk memartabatkan Melayu dan Islam berlandaskan kehebatan ketamadunan kerajaan lama di Aceh.































Dari gema Sufi ke gelak tawa anak-anak

Meneruskan lagi gerak cerita berkenaan. Kiranya bersambung daripada Dari Cyberjaya ke Putrajaya ke Shah Alam - Apakah yang tersurat dan tersirat kali ini?



Petang Sabtu 26 Julai 2025 saya dan isteri keluar lagi untuk satu sesi kecil permusafiran.




Singgah makan gulai tempoyak ikan patin di medan selera Selayang.




Kemudian singgah di masjid ini untuk bersolat. Lihat artikel Lawatan baru (New visit) to Masjid (Mosque of) Kampung Sungai Tua Baharu di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN.




Di masjid itu juga ditinggalkan isteri supaya boleh diambil kawannya bergerak ke satu majlis di Bandar Saujana Putra. Saya pula harus terlebih dahulu hadir di satu majlis zikir tertutup di Petaling Jaya, majlis yang bersifat keSufian.



Sebelum ke majlis zikir yang bermula dengan solat Maghrib berjemaah singgah di tasik Taman Aman. Dapat menamatkan bacaan Juz 1 bagi proses pengkhataman Al Quran bulan Safar. Oh, menurut kalendar JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam) Sabtu itu sudah masuk Safar.



Ini adalah salah satu poster bagi majlis di Bandar Saudara Putra. Jelas tajuknya melibatkan keSufian. Saya dan isteri diundang sebagai tetamu istimewa.




Saya masuk ke dewan berkenaan jam 9.20 malam, setelah meninggalkan majlis zikir jam 8.42.




Sungguh menarik persembahan. Namun lebih menarik lagi bagi kami dapat bertemu ramai rakan seperjuangan yang sudah agak lama tidak ditemui. Lihat artikel Refleksi Konsert Gema Sufi 2025 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).




Kami meninggalkan Bandar Saujana Putra hampir jam 1 pagi. Dekat jam 2 baru sampai ke rumah adik isteri di Semenyih di mana kami bermalam. Dekat jam 9 pagi Ahad 27 Julai keluar menuju ke bandar raya Kuala Lumpur.




Ambil anak-anak yang belajar di tahfiz lalu duduk asrama di selatan Cheras keluar outing. Sudah lebih sebulan tak bertemu.




Adik ipar isteri telah membekalkan sedikit makanan. Tergerak untuk membawa ke Taman Burung di Taman Tasik (Lake Garden).




Bersarapan di satu sudut sambil saya menyambung bacaan Al Quran yang sudah masuk Juz ke-2.




Ini pula di sekitar Masjid India. Isteri membawa anak-anak pergi potong rambut. Saya pekena teh halia di warung berdekatan.




Selepas itu baru ke restoran dalam tempat membeli belah di mana seorang anak bekerja. Seorang anak lagi datang dengan motosikal dari Rawang. Lalu kami makan minum dan bergelak ketawa enam beranak.