Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Julai 25, 2025

Dari Cyberjaya ke Putrajaya ke Shah Alam - Apakah yang tersurat dan tersirat kali ini?

Salam malam Jumaat 29 Muharram. Menurut kalendar ini adalah tarikh terakhir sebelum masuk bulan Safar. Ada suatu macam kesinambungan daripada artikel-artikel sebelum ini iaitu Perkhemahan keluarga di Port Dickson - Menyahut panggilan Lukut diikuti Festival Buku Islami 2025 di Masjid Negeri, Shah Alam mahu dikongsikan. Untuk membantu penceritaan harus menyediakan terlebih dahulu 10 artikel sokongan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN.



Penceritaan kali ini terjadi disebabkan harus ke Cyberjaya petang Rabu 23 Julai 2025 bersamaan 27 Muhararam 1447 Hijriah kerana isteri perlu menghadiri kurus.



Sepanjang perjalanan kelihatan langit berjerubu. Difahamkan akibat kebakaran di Riau, Sumatera. Hujung minggu lalu ada kelihatan dari Sepang ke Lukut. Nasib baik tidak di Port Dickson. Lihat Perkhemahan keluarga di Port Dickson - Menyahut panggilan Lukut.



Hampir sampai ke lokasi kawan isteri menelefon mengajak makan dahulu di suatu tempat. Tengok-tengok dalam kampus Multimedia University (MMU), kali pertama masuk dalam kawasan universiti yang ditubuhkan seiring dengan berdirinya bandar Cyberjaya sekitar 30 tahun lalu.



Saya sudah banyak kali ke Cyberjaya tetapi baru pertama kali ke sebelah situ. Pelik melihat tempat isteri berkursus iaitu pusat latihan TM (Telekom Malaysia) tidak terpisah dengan kampus.



Kemudian baru tahu letaknya cuma 1.5 km sahaja dari masjid ini. Memang cadangnya hendak pergi beriktikaf dan menunaikan solat. Lihat Lawatan baru (New visit to) Masjid (Mosque of) Raja Haji.




Tak sampai 2 jam kemudian isteri menelefon memberitahu sudah selesai kursus. Saya pun pergi mengambil. Dalam perjalanan hendak keluar kampus terlepas simpang lalu kelihatan surau. Kami pun singgah untuk bersolat. Lihat Surau (Praying hall of) Multimedia University, Cyberjaya.



Ketika keluar baru tersedar kenapa pusat latihan tidak terpisah dari kampus MMU. Rupa-rupanya TM adalah pemilik MMU.



Perjalanan diteruskan ke Presint 4, Putrajaya...



Kami mahu ke bukit yang tidak dapat dibangunkan ini. Menurut cerita sebab ada pusat kerajaan ghaib.



Kami suami isteri sudah banyak kali datang. Cuma kali ini dapat merapat betul-betul hingga ke pangkal bukit lebih kecil kerana hutan belukar sekeliling sudah dibersihkan. Buatlah video Tiktok. Dalam masa 24 jam dimuatnaik ia telah mencapai 200,000 tontotan. Lihat Bukit Presint 4 - Pusat kerajaan ghaib di Putrajaya? 




Selepas membuat video timbul rasa hendak memanjat ke puncak bukit kecil. Tapi cuma dapat sampai separuh. Nak  naik lebih tinggi  curam mencanak. Insyaallah lain kali, apabila lebih cergas.



Persinggahan seterusnya adalah ke masjid terkenal ini. Saya masuk beriktikaf sementara isteri menunggu dalam kereta. Lihat Lawatan baru ke Masjid (Mosque of) Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya



Isteri cuma keluar apabila dibawa dengan kereta naik ke dataran yang menghubungkan masjid dengan bangunan besar mahkamah. Di situ kami membuat lagi video untuk Tiktok.



Lihat  Istana Kehakiman (Palace of Justice). Ada cerita menarik melibatkan bangunan. Biar diletakkan di bahagian akhir artikel.




Selepas itu baru ke masjid seterusnya. Lihat Masjid Putra (Putra Mosque).



Lewat petang hampir masuk Maghrib pergi ke bangunan terawal didirikan di Putrajaya iaitu semasa mula ditubuhkan tahun 1995. Lihat Plaza Mercu Tanda, Putrajaya.



Ini pula di sebuah medan selera di Shah Alam. Selepas bermalam di rumah ibu saudara di Petaling Jaya saya mahu menghantar isteri ke pejabat. Sambil menunggu makanan saya sampai buka Al Quran untuk meneruskan proses pengkhataman bagi bulan Muharram. Kebetulan masuk juz ke-29 yang mana surah pertamanya adalah Surah Al-Mulk - Kerajaan.



Selepas menghantar isteri pergi beriktikaf di masjid negeri yang terletak kurang 1 km dari pejabat.




Memang masjid menjadi antara tempat biasa disinggahi kalau ke Shah Alam. Kali ini tergerak untuk mengambil banyak gambar untuk dijadikan artikel di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN. Lihat Lawatan baru ke (New visit to) Masjid (Mosque of) Sultan Salahuddin, Shah Alam.



Selepas tengah hari tergerak untuk ke kampus utama UiTM (Universiti Teknologi MARA). Ini pun antara tempat suka disinggahi di Shah Alam.  






Cuma kali ini berlaku sesuatu yang menaikkan semangat juang demi memartabatkan orang Melayu dan Islam. Saya  telah mengambil satu laluan masuk ke bangunan utama yang mungkin pernah diambil sekali sahaja sebelum ini. Kali ini lebih peka dengan pameran yang terdapat. Antaranya kata-kata para peneraju awal. 



Sesungguhnya UiTM bermula hampir 70 tahun lalu sebagai pusat latihan  bagi anak-anak Melayu luar bandar yang keciciran pelajaran meningkat naik dalam kehidupan. Setelah beberapa lama baru menawarkan diploma, kemudian jadi universiti menawarkan ijazah. Ia telah berjaya menghasilkan lebih 100,000 graduan. Antaranya adalah nama-nama besar dalam dunia politik, korporat dan seni.




Dahulu saya kurang menghargai kerana termasuk dalam kalangan pelajar cemerlang sejak sekolah rendah. Membesar dalam kalangan keluarga dan saudara mara yang ramai mendapat ijazah dari luar negara. Entah kenapa kali in tersentuh lalu dapat menghayati misi. Lihat artikel-artikel berikut :-






Sekarang kembali pada hal di hadapan bangunan Istana Kehakiman. Semasa merakam video saya telah berkongsi cerita satu mimpi dan perkara berkenaan yang berlaku lebih 20 tahun. Setakat yang dapat ingat dan keluar secara spontan.



Saya dan isteri kemudian menghadapi masalah menerbitkan video di Tiktok. Entah kenapa dituduh melanggar tatacara komuniti. Apakah tajuk "Mimpi bangunan seperti Istana Kehakiman - Apa yang hendak diberitahu?" berserta deskripsi dan hashtag berikut bermasalah?


Lebih 20 tahun lalu saya pernah melihat bangunan serupa dalam mimpi, ketika Istana Kehakiman di Putrajaya belum didirikan lagi. Seiring dengan itu, dalam keadaan jaga selepas mimpi, saya melihat ruh sendiri keluar separuh dari atas pinggang. Kenapa ini berlaku?

#putrajaya
#merahsilu
#kembaramerahsilu
#fypシ゚viral
#blogmerahsilu
#istana kehakiman
#takwilmimpi
#rohkeluarbadan


Cuba pula kali kedua. Tajuk sama. Deskripsi dan hastag ubah sedikit. Pun kena...


Lebih 20 tahun dahulu saya pernah bermimpi melihat bangunan serupa walhal ia belum wujud ketika itu. Kemudian terjaga, berlaku sesuatu melibatkan roh.

#blogmerahsilu
#kembaramerahsilu
#fypシ゚viral
#merahsilu
#putrajaya
#selangkah ke alam ghaib



Cuba kali ketiga. Tajuk ubah jadi "Dengarlah cerita ini". Deskripsi dah hashtag seperti berikut. Masih tak diterima...


Takut nak describe. Entah kenapa dituduh langgar community standard.

#kembara merahsilu
#fypシ゚viral
#merahsilu


Last try. Kalau tak jadi jugak masuk dalam Youtube. Paut ke blogspot. Tajuk sama. Deskripsi takda. Cuma letak hashtag.


#merahsilu
#fypシ゚viral
#blogmerahsilu
#kembara merahsilu


Baru dapat. Lihat Dengarlah cerita ini.



Hal tersebut sebenarnya pernah diceritakan agak ringkas dalam Artikel ke 535 di sini, jalan di Putrajaya dan kaitan kerajaan lama dengan kerajaan akhir zaman? yang dibuat pada 13 Julai 2009. Ada dinyatakan..


Dari Presint 4 kami mengambil jalan besar menghala ke Putrajaya. Kelihatan tersergam gagah dalam perjalanan bangunan mahkamah di atas ini. Terfikir pula saya bahawa bentuk bangunan ini dibuat berdasarkan bentuk bangunan lama yang memang pernah wujud entah di mana dalam dunia Islam. Yang pasti, saya teringat sebuah mimpi lama di mana saya terbang naik ke langit lalu terbentang di hadapan saya sebuah kota tamadun gemilang Islam. Dan bangunan utama dalam mimpi itu yang kelihatan betul-betul di hadapan dan bawah saya hampir serupa dengan bangunan mahkamah ini!




Pada artikel Petunjuk baru tentang kerajaan lama di Putrajaya? (31 Julai 2010) pula disebut :


Bangunan Istana Kehakiman yang ada 3 buah kubah terserlah mengingatkan pada satu mimpi lebih 10 tahun lalu. Dalam mimpi itu saya berdiri seorang diri dalam kegelapan lalu timbul rasa untuk bertakbir. Entah kenapa saya terasa nikmat yang amat sangat semasa bertakbir lalu jasad saya mula terapung naik ke udara. Kelihatanlah sebuah bandar terbentang di bawah dengan bangunannya banyak berkubah. Bangunan paling dekat betul-betul bawah saya rupanya saling tak tumpah seperti Istana Kehakiman!


Pada artikel Al-Rasyid berhari raya : Asbab yang membawa ke makam Raja Melewar dan menjejak makna mimpi lama di Putrajaya (7 Oktober 2010) baru diberi perincian :


Apa yang berlaku adalah pada satu malam, ketika tidur berseorangan di sebuah rumah milik bapa di Kajang saya telah mendapat mimpi 'meluangkan masa' dengan 3 wanita berlainan... pada 3 babak ya, bukan serentak! :] Kemudian saya mendapati diri saya berada pada satu ruang yang kosong, gelap tiba-tiba timbul rasa untuk bertakbir... Allahuakbar... Allahuakbar... sambil bertakbir terasa nikmat seluruh jiwa dan raga yang amat sangat...

Seketika itu juga badan saya mula terapung. Sambil bertakbir sambil merasa nikmat sambil naik ke atas meninggi sehingga terbentang di bawah sebuah bandar yang terasa seperti sebuah kota lama dengan banyak kubah. Yang paling nyata adalah sebuah bangunan dengan 3 buah kubah betul-betul di hadapan bawah saya. Ketika itu saya terfikir mungkin ia sebuah bangunan di Andalusia, tidak terfikir pun akan terjumpa bangunan serupa secara nyata di Putrajaya nanti.

Saya terapung semakin meninggi di atas kota. Tiba-tiba bahagian sulit terasa disentuh 3 kali. Seketika itu juga saya terbangun dari tidur. Peliknya kelihatan satu makhluk berbentuk bayang hitam dengan tubuh langsing seorang perempuan duduk di hadapan atas katil.

Ya. Ini bukan mimpi lagi tetapi kenyataan di hadapan mata. Satu lembaga dengan tubuh langsing perempuan sedang berada memghadap saya. Saya pula terpinga-pinga, nak menyebut: "Siapa kamu?" pun suara asyik tersangkut di kerongkong.

Kemudian terasa tangannya memegang tangan saya. Saya tidak ingat apakah dia telah memegang tangan saya sejak mula. Yang pasti setelah beberapa minit cuba bertanya "Siapa kamu?" dan "Apa yang kamu mahu?" tetapi tidak terkeluar baru saya terasa tangan dipegang. Itupun setelah makhluk ini menyebut: "Marilah!" seraya mengajak untuk ke satu tempat...

Sekali lagi suara tersangkut di kerongkong apabila saya cuba bertanya: "Hendak ke mana?". Namun dalam hati ketika itu memang tersimpan hasrat mahu meninggalkan dunia ini untuk masuk ke dunia lain. Terus saya mendapati roh saya keluar dari badan. Tubuh halus dari pinggang ke kepala sudah bangun menegak meninggalkan tubuh nyata yang masih terbaring di katil, cuma bahagian pinggang ke bawah sahaja yang masih bersatu zahir dan batin.

Dalam pada ada keinginan untuk keluar meninggalkan jasad timbul pula tanda tanya jika saya keluar bolehkah kembali ke dalam jasad. Seketika itu juga roh saya kembali bersatu terbaring dengan jasad... tangan lembaga itu pula masih terasa menggenggam tangan saya.

Lembaga itu berseru lagi "Marilah!" rasanya ada 2-3 kali. Namun saya terus mendiamkan diri. Setelah seminit dua ini berlaku ia pun hilang seperti asap ditiup angin...


Itu adalah tentang mimpi. Tidak lama selepas menceritakan panjang lebar mendapat alamat dan ilham baru tentang keberadaan Putraya. Sehingga berani menyatakan bahawa binaan-binaan modennya yang dilihat sekarang pernah wujud sebegitu rupa 3,000 tahun lampau. Ia pernah menjadi salah satu kota besar pada zaman Nabi Sulaiman. Malah sebelum banjir Nabi Nuh  lagi ia sudah maju tetapi hancur, kemudian didirikan kembali. Lihat artikel Menyelesaikan bab Perak : Mencari pedang warisan di satu ceruk negeri Selangor? yang ditulis 4 November 2010. Sekian perkongsian.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum tuan. Sy seorg peminat sejarah. Suka baca cerita2 tuan. Ada beberapa buah buku tuan yg saya baca. Membelek tulisan tuan di blogspot ni jantung Sy b'degup laju. Entah kenapa. Byk yg b'main di minda. Di sebalik pembinaan bandar putrajaya ini, arkiteknya adalah TunM. Siapa TunM sbnrnya. Sy prnh m'dgr kuliah seorg tuan guru dr utara tanah air, idea penubuhan putrajaya dtgnya dr seorg arifbillah yg sdh meninggal 3 thn sdh klu x salah sy. Wallahuaklam.