Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Mac 18, 2025

Pantai Timur Ramadan 2025 - Jejak legasi wali-wali Kelantan

Salam petang Selasa 17 Ramadan hari Nuzul Quran. Menurut rancangan asal kami suami isteri sepatutnya berada di masjid warisan keluarga di Batak Rabit, Teluk Intan hingga tengah hari kemudian kembali ke rumah. Sebaliknya kami sedang berada di kampung isteri di Tanjung Sepat, asbab apa yang diselitkan cerita dalam artikel sebelum ini iaitu Pantai Timur Ramadan 2025 - Mencari jejak Puteri Saadong hingga ke puncak Bukit Marak. Pada ketika ini sudah memandu hampir 1,550 km. Asbab perubahan rancangan insyaallah Rabu malam Khamis baru kembali ke rumah, setelah memandu lebih 160 km lagi tambahan. Sekarang biarlah disambung cerita. Pergi pada hari keempat perjalanan.



Pagi Ahad 16 Mac 2025 bersamaan 15 Ramadan 1446 Hijriah kami keluar awal setelah menginap di rumah saudara di Perol, Kota Bahru, Kelantan.



Menuju ke Kubang Kerian lalu di masjid besar ini. Teringat pernah memberikan ceramah sejarah dalam dewan utama solat . Lihat artikel-artikel lama berikut (tahun 2012) :-







Kami ke Kubang Kerian untuk menziarahi makam wali terkenal Kelantan awal abad ke-20, Tok Kenali.




Sudah menjadi kebiasaan kalau ke Kota Bahru mesti singgah ke makam dan masjid almarhum.




Selepas beriktikaf pergi ke Pasar Khadijah untuk mencari juadah istimewa tempatan.




Selepas itu beriktikaf di Masjid Muhammadi.




Perjalanan diteruskan ke masjid Kampung Laut yang baru 2-3 tahun dikembalikan berdekatan lokasi asal. Lihat artikel Masjid Kampung Laut berdekatan lokasi asal (Kampung Laut mosque near original location) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Lokasi asal telah terhakis tenggelam ke dalam Sungai Kelantan. Lihat artikel Kelantan river from the relocated again mosque of Kampung Laut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Seterusnya ke makam Tok Selehor yang hidup sezaman dengan Tok Kenali. Almarhum juga dikatakan bertaraf wali, ada tempat suluk dalam lubang kubur yang menurut ceritanya boleh memberikan pengalaman alam kubur termasuk disoal malaikat Munkar dan Nakir.



Perjalanan diteruskan ke arah Pasir Mas. Terlihat masjid ini terasa hendak singgah. Lihat Masjid (Mosque of) Kampung Gelang Mas, Pasir Mas.



Selepas itu baru ke masjid putih yang memiliki tarikan dan makna tersendiri. Lihat Lawatan baru ke Masjid Brunei (New visit to Brunei mosque), Rong Chenok diikuti New visit to Brunei mosque and Danau Tok Uban.



Puas menjejak tempat-tempat yang ada kena mengena dengan legasi wali-wali di Kelantan sejak zaman berzaman bergerak menuju ke Perak melalui jalan Jeli ke Grik.




Sempat menunaikan solat Tarawikh berjemaah di masjid Grik.




Menziarahi makam Tun Saban di Lawin...




Dekat tengah malam mengambil jambatan klasik ini menyeberangi Sungai Perak ke tempat bermalam dan iktikaf.


Isnin, Mac 17, 2025

Pantai Timur Ramadan 2025 - Mencari jejak Puteri Saadong hingga ke puncak Bukit Marak

OK. Pergi pada hari ketiga perjalanan baru Pantai Timur yang masih berlangsung sekarang. Adapun ketika ini saya dan isteri sedang dan masih berada di Masjid Raja, Kampung Chepor, Lenggor, sejak sampai dari Kelantan tengah malam tadi. Jarak pemanduan sudah mencapai hampir 1,150 km. Agar penceritaan kali ini cukup perisa saya telah terlebih dahulu menyiapkan 11 buah artikel di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan 4 di BERPETUALANG KE ACEH. Bersambung daripada Pantai Timur Ramadan 2025 - Menyusuri legasi keluarga Sharif Muhammad al-Baghdadi.




Pagi Sabtu 15 Mac 2025 bersamaan 14 Ramadan 1446 Hijrah. Melihat ke luar daripada tempat kami menginap malam sebelumnya.



Kali ini tidak di masjid. Sahabat yang kami panggil sebagai Kak Wati telah mengajak menginap di rumahnya, dalam Akademi Nik Rashidin di Kandis, Bachok.




Selepas jam 11 bergeraklah untuk menyambung perjalanan.




Pergi ke Bukit Marak.



Dikatakan bukit tersebut pernah menjadi tempat bersemayam watak legenda yang dikenali sebagai Puteri Saadong. Kami mahu mendaki ke puncak.




Singgah dahulu di masjid baru sana. Lihat Masjid baru (New mosque of) Bukit Marak.




Masuk ke jalan di belakang bukit.



Kami mendapat tahu di sebelah tanah perkuburan di kaki bukit terletak denai untuk mendaki ke atas. Lihat Tanah perkuburan (Burial ground of) Bukit Marak.




Ketika hendak memulakan pendakian terserempak dengan tiga orang lelaki dari Machang. Kata mereka sudah naik dan baru turun. Tetapi tidak sampai ke puncak. Sebab tak larat sedang berpuasa.



Isteri terasa was-was mendengarkan itu. Lagipun terlupa hendak membawa kasut yang sesuai untuk mendaki, setakat sandal yang selalu dipakai ke tempat kerja. Saya jawab teruskan je. Kita buat perlahan-lahan asal tidak mengalah.



Di sini saya tidak ingin memanjangkan cerita. Ini kerana isteri mendapat tahu abangnya di Tanjung Sepat sedang nazak lalu kami harus bergerak ke sana.




Dari Kampung Chepor ke Tanjung Sepat ada jarak lebih 350 km sedangkan saya sebenarnya belum cukup rehat. Saya memulakan penulisan artikel-artikel sokongan jam 10 pagi tadi. Jam 2 petang baru sampai pada ayat ini.




Kalau ikut rancangan asal banyak tempat lagi mahu disinggahi termasuk makam Tok Temong, makam Raja-raja Beruas dan Beting Beras Basah. Malam ini mahu beriktikaf malam Nuzul Quran di masjid warisan keluarga di Batak Rabit, Teluk Intan.



Tapi itu semua harus dilupakan disebabkan hal abang. Cuma akan singgah ke makam Laksamana Muhammad Amin di Bukit Chandan, kemudian terus ke Tanjung Sepat melalui jalan Pantai Barat.



Cukuplah dinyatakan kami berjaya sampai ke puncak Bukit Marak juga singgah ke beberapa lokasi menarik atas dan lereng bukit. Lihat artikel-artikel berikut (menurut turutan laluan pendakian dan penurunan) :-














Boleh disimpulkan - Melihat pada keadaan tempat-tempat yang terkait dengan Puteri Saadong baginda adalah seorang yang zuhud, sangat merendahkan diri. Bukit menjadi tempat beruzlah bagi merapatkan diri kepada Allah SWT, bukan bermewah-mewah sebagai raja.




Turun dari Bukit Marak. Kami ke masjid ini. Lihat Masjid (Mosque of) Imanul Fa'izin, Melor.



.

Selepas itu ke makam suami kepada Puteri Saadong. Lihat Lawatan baru (New visit to) makam (tomb of) Raja Abdullah, Melor.


Ahad, Mac 16, 2025

Pantai Timur Ramadan 2025 - Menyusuri legasi keluarga Sharif Muhammad al-Baghdadi

Salam semua. Pada ketika ini pagi Ahad 16 Mac 2025 bersamaan 15 Ramadan 1446 Hijrah saya dan isteri sedang beriktikaf di masjid Tok Kenali, Kubang Kerian, Kota Bahru, Kelantan. Jarak pemanduan pula sudah melepasi 800 km. Alhamdulillah ada sedikit kelapangan untuk menyambung cerita daripada artikel Pantai Timur Ramadan 2025 - Sasaran yang sedikit lari.


Pagi Jumaat 14 Mac bersamaan 13 Ramadan. Setelah beriktikaf dan bermalam di Masjid Kampung Buluh, Kuala Berang kami bersedia untuk menyambung perjalanan.


Tumpuan diberikan kepada tempat-tempat bersejarah di sekitar. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) :-


1. Lawatan baru (New visit to) Memorial Batu Bersurat, Kuala Berang

2. Rupa baru makam (New look of the tomb of) Tok Raja Ri

3. Rupa baru makam (New look of the tomb of) Tok Gajah.


Dan buat pertama kali setelah banyak kali sampai ke makam berdekatan kami masuk melihat tuntung di pusat pemeliharaan Kuala Berang. Lihat artikel A visit to the terrapin preservation centre of Kuala Berang  di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Paling utama bagi kami adalah makam tertentu di atas bukit. Lihat Rupa baru makam-makam di (New look of the tombs at) Bukit Paloh.




Selain hal sejarah, kami juga suka melihat pemandangan. Kalau di Kuala Berang dan sekitar pemandangan Sungai Terengganu hingga ke hulu sentiasa mencuri perhatian. Lihat artikel-artikel berikut :-









Satu lagi makam di Kuala Berang yang sangat terkait dengan penceritaan. Lihat Rupa baru makam (New look of the tomb of) Tok Pauh.




Didapati ada tempat-tempat menarik yang baru dibuka di atas tapak pusat sebuah kerajaan lama yang pernah wujud lebih 700 tahun lalu. Lihat artikel-artikel berikut :-







Seterusnya menghala ke Kuala Terengganu. Sekitar 15 km sebelum bandar raya ziarah makam Tok Pulau Manis lalu didapati ada bangunan baru dalam kawasan tanah perkuburan yang mengandungi makam. Lihat Binaan baru berdekatan makam (New building near tomb of) Tok Pulau Manis.




Bersolat Jumaat di masjis berdekatan makam.



Secara rata tempat-tempat yang dijejaki dari Kuala Berang hingga ke Pulau Manis adalah legasi keluarga Sharif Muhammad al-Baghdadi, orang yang dikatakan menulis Batu Bersurat Terengganu yang terkenal itu. Legasi ini bersambung ke keturunannya Tok Pulau Manis. Rujuk artikel lama Wasilah kekeluargaan Tok Pulau Manis, wali agung Terengganu abad ke 17....




Namun bermula penghujung abad ke-19 Terengganu lebih dikaitkan dengan legasi Tokku Paloh yang makamnya terletak di Kuala  Terengganu. Rujuk artikel lama Keluarga besar Tokku Paloh, wali agung Terengganu abad ke 19 Masihi...



Memang menjadi kebiasaan kami kalau ke bandar raya itu mesti menziarahi makam Tokku Paloh.




Perjalanan diteruskan ke Kuala Besut melalui jalan pantai.




Singgah di satu tempat menarik dalam perjalanan, kali pertama sampai. Lihat The waters at Pengkalan Gong Batu.




Selepas singgah sejenak di Kuala Besut perjalanan diteruskan melepasi Tok Bali untuk ke Kuala Kandis.




Berbuka di masjid sana.




Lepak di pantai sat selepas menunaikan solat Maghrib di masjid juga menjamakkan Isyak.




Kemudian bertarawikh di masjid lain berdekatan. Lihat Masjid (Mosque of) Kampung Nelayan, Kandis.