Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Disember 13, 2022

Celoteh tentang aktiviti 9 hari kebelakangan dan signifikan nombor 13

Salam. Sekadar melepaskan beberapa perkara sempena hari ini tarikhnya 13 iaitu bagi bulan Disember tahun 2022.



Petang Ahad 4 Disember 2022 saya membawa isteri dan anak ke majlis hari jadi anak sepasang suami isteri kawan kami yang diikuti sambutan Maulidur Rasul di Bukit Beruntung.




Di majlis ini timbul rasa saya untuk bergendang. 




Selepas itu, seperti biasa, apabila hadir ke majlis Maulid, layan sikit 'naik sheikh'. Lihat dalam videonya di sini.




Hampir jam 5 baru bergerak ke majlis seterusnya di Gombak, majlis melibatkan dunia kecantikan yang dianjurkan oleh kawan isteri, seorang pengasas produk-produk kecantikan yang ada nama.




Kami sampai lambat ketika ramai orang sudah beredar. Tetapi sempat le layan sat. Dapatlah berkaraoke lagu "Sejati". 



Kiranya daripada layan Maulud jadi layan "Rock kapak". Lihat video di sini.




Ini pula pintu kayu rumah lama yang dibeli apabila keluar bersama isteri petang Rabu 7 November.




Turut dibeli adalah tingkap-tingkap kayu rumah lama.




Cadangnya mahu digunakan untuk membuat satu bilik kayu khas di perkarangan hadapan rumah.




Esoknya pagi Khamis 8 Disember saya ke tempat menyambung pengajian pasca-siswazah di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.



Ada majlis melibatkan satu nombor kesukaan saya iaitu 13.




Guru saya, Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar menerima anugerah antarabangsa ke-13 Al-Farabi dari duta Iran. Kerana mengiktiraf banyak sumbangan beliau terhadap perkembangan pemikiran dalam dunia Islam dan telah banyak menulis tentang Al-Farabi, seorang tokoh besar ilmuwan silam abad ke-9 Masih. Lihat tulisan-tulisan  lama saya yang berkenaan :-




Di majlis di ISTAC baru dapat tahu anugerah sepatutnya diterima di Tehran, Iran pada bulan Julai tahun lalu. Namun disebabkan kekangan pergerakan akibat Covid-19 selain faktor umur Osman tidak dapat ke sana. Setelah beberapa lama baru diputuskan biarkan duta besar Iran menyampaikannya di sini.




Menariknya hal tersebut membuatkan anugerah ke-13 itu diterima pada 8 Disember 2022 yang tarikh Islamnya adalah bersamaan 13 Jamadialawal 1444 Hijriah. Saya sedari ini berdasarkan kalendar di rumah kerana telah memulakan puasa putih iaitu bagi tanggal 13, 14 dan 15 bulan Islam. Teringat pula bagaimana sejak beberapa bulan kebelakangan sibuk dengan hal-hal melibatkan harta pusaka moyang atau lebih tepat, moyang kepada datuk saya Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di Mekah. Paling signifikan adalah kerana keterlibatan itu adalah melalui datuk kepada datuk saya, anak Muhammad Amin yang dikenali dalam catatan-catatan lama British sebagai Orang Kaya Arshad, orang yang entah  kenapa sejarahnya banyak hilang tetapi kemudian didapati pernah menjadi Laksamana ke-13 Perak.




Hal ini menyebabkan saya berazam akan menulis tentang majlis anugerah ke-13 Al Farabi itu pada tarikh 13 Disember iaitu hari ini. Sebelum itu iaitu lewat petang Ahad sempat bergerak ke Shah Alam untuk satu hal lain.




Hari itu 11 Disember adalah hari terakhir Pesta Buku Selangor. Kebetulan juga tarikh tersebut adalah hari ulangtahun perkahwinan saya dan isteri yang ke-14.




Oleh kerana sampai ke Shah Alam waktu senja kami ke masjid negeri terlebih dahulu untuk menunaikan solat Maghrib.







Kemudian baru dapat tahu Pesta Buku Selangor tidak lagi diadakan di Shah Alam di tengah bandar raya sebaliknya di pusat konvesyen majlis bandar raya yang kalau tak salah baru beberapa bulan dibuka.




Lokasinya di pinggir timur bandar raya sebenarnya lebih dekat dari rumah kami. Kalau tahu tentu kami tidak akan masuk ke pusat bandar raya lalu tidak akan ke masjid negeri. Mungkin Allah SWT mahu kami bersolat Maghrib pada hari ulang tahun perkahwinan kami di situ. Sekarang biar diluahkan sesuatu



Kalau ikut rancangan asal sepatutnya saya berkongsi ilmu dalam satu majlis di selatan Lembah Klang pada petang Sabtu 10 Disember. Saya diminta oleh seorang kenalan lama untuk membuat pengisian bagi majlis yang mula dirancangnya sekitar 2-3 minggu sebelum itu. Tetapi apabila majlis mendapat kelulusan berserta bajet nama saya pula digugurkan, atas alasan tidak cukup masa. Walhal difahamkan nama saya ada dalam kertas kerja asal untuk menunjukkan pengisian ketika memohon kelulusan dan bajet.

Hal ini membuatkan saya terasa amat kecewa. Menggugurkan nama tu satu hal, tidak diberitahunya langsung sampailah saya tergerak untuk bertanya pertengahan minggu lalu iaitu selepas menyediakan slaid bagi pembentangan. Kelihatan pihak berkenaan segan untuk memberitahu tanpa memikirkan apa perasan saya kalau sampai ke majlis tiba-tiba sampai masanya baru diberitahu slot saya telah dibatalkan. Terasa seperti amat dikhianati dan ditikam belakang.

Sebetulnya dalam sebulan dua kebelakangan ini rasa sedemikian kuat mencengkam. Sebagai seorang aktivis kedaulatan Melayu dan Islam yang sayangkan ilmu dan suka pada dunia pemikiran saya sudah lama menjalankan aktiviti-aktiviti berkenaan secara percuma tanpa memikirkan apa-apa kepentingan diri kecuali untuk merasa lega apabila timbul gerak  untuk melaksana suatu tugasan. Saya tidak pernah cuba mencari duit melalui jalan itu, dan saya tidak mencari pengikut. Sedangkan sebagai seorang yang juga dikenali sebagai penulis buku sejak tahun 2006 sebelum dikenali sebagai aktivis yang menganjur acara-acara keilmuan percuma sejak tahun 2012 dah lama boleh buat. 

Tetapi tidak sesekali kerana bukan itu tujuan. Jadi apakah tujuan saya? Rasa dah letih hendak berkongsi apabila melihat ramai sebenarnya lebih mengejar nama, mengumpul pengikut dan membuat duit. Dalam keadaan ramai sebenarnya begini tetapi menggunakan agama dan warisan untuk mencapai hajat bagaimana hendak mengharapkan orang faham? Bagaimana mahu faham hakikat sebenar suatu perjuangan yang perlu disertai banyak pengorbanan disebabkan darah daging yang dimiliki menuntut ia untuk dilakukan? Kalau tidak saya tidak boleh duduk senang? 

Berdasarkan keadaan realiti sebenar zaman yang boleh dilihat terzahir begitu hebat dengan segala macam penipuan dan 'penyakauan' dapat dihalalkan oleh para pemimpin negara selepas Pilihan Raya Umum atau PRU ke-15 baru ini besar kemungkinan saya pun dituduh begitu oleh orang lain walau tidak pernah mengambil untung atau mengumpul pengikut daripada semua usaha. Apapun kalau pergi ke majlis pada 10 Disember itu besar kemungkinan pada 11 Disember pun saya masih berada di selatan Lembah Klang. Besar kemungkinan tidak akan ke Pesta Buku Selangor di Shah Alam apa lagi mahu bersolat Maghrib di masjid negeri pada hari ulang tahun yang ke-14.  

Sekadar menambah. Sejak sebulan kebelakangan saya sebenarnya kurang sihat dan kepala berat, selalu dilanda batuk-batuk tekak gatal. Apabila mendapat sedikit kelegaan dapatlah digagahkan diri ke  majlis-majlis. Tentang nombor 14 pula saya sebenarnya sedang menulis buku ke-14. Kali ini tentang Laksamana Muhammad Amin dan anaknya Orang Kaya Arshad.

Alhamdulillah buku yang secara rasminya dimulakan penulisannya pada hari Khamis 1 September 2022 malam Jumaat  5 Safar 1444 Hijiraih, setelah 2-3 bulan mengumpul bahan, telah melangkaui 400 muka surat. Ia dijangka mencapai atau melebihi 500 muka surat apabila siap. Walaupun ia adalah buku ke-14 saya bercadang untuk mengisytiharkannya sebagai buku ke-13 + 1. Ada faktor 13 yang sangat relevan dengan isi buku juga penulisan artikel ini, ada faktor nombor 131 yang membawa makna home sweet home atau "syurgaku rumahku" saya dan isteri. 

Oh. Baru teringat. Kalau ikutkan rancangan juga, hari ini Selasa 13 Disember harus mengorak lagi langkah ke Ipoh supaya dapat mengikut mesyuarat keluarga Laksamana pada malamnya dan perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah pada pagi Rabu 14 Disember. Tapi kali ini, setelah berbincang bersama isteri, elok tak payah pergi. Kena jimat belanja dan tenaga untuk satu perjalanan jauh akan datang selain kurangkan pening memikirkan hal-hal berkenaan. Lalu lebih elok hari ini dan seterusnya digunakan untuk menguruskan beberapa persediaan bagi perjalanan. Sekian.


Jumaat, Disember 09, 2022

Misi keluarga Laksamana part VII

Salam pagi Jumaat. Melengkapkan perkongsian cerita-cerita perjalanan Perak minggu lalu iaitu dari 29 November hingga 1 Disember dengan artikel kompilasi.


Sekali lagi saya perlu ke Ipoh untuk menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah melibatkan harta pusaka Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin iaitu pada pagi Rabu 30 November 2022. Maka bertolaklah ke sana lebih awal iaitu pada petang Selasa 29 November. Sampai di Ipoh berlaku sesuatu yang tidak disangka memberikan lapangan ruang waktu. Lalu ia pun digunakan untuk menyelesaikan beberapa hajat tertunda sebelum kembali ke rumah Khamis malam Jumaat 1 Disember.


1. Lawatan baru ke Masjid Chenderiang (New visit to the Chenderiang mosque)

2. The waterfall at Sungai Salu

3. The caves of Gua Kandu

4. Misi keluarga Laksamana part VII - Antara Sungai Salu dan Gua Kandu

5. Lawatan baru ke Masjid Bota Kanan (New visit to the mosque of Bota Kanan)














Sekadar memberitahu. Ini adalah artikel ke-2,345 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.


Rabu, Disember 07, 2022

Misi keluarga Laksamana part VII - Menyelesaikan hajat ke Pos Tenau

Salam hari Rabu malam Khamis 11 Jamadilawal 1444 Hijriah. Setelah tidak begitu lama pergi kita pada hari ke-3 dan terakhir perjalanan baru Perak. Kali ini harus menyediakan terlebih dahulu cuma 2 buah artikel sokongan dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) tetapi 14 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Dengan itu bersambung cerita daripada artikel Misi keluarga Laksamana part VII - Melengkapkan misi Kota Lumut dan jejak nenek moyang di Bandar.



Awal pagi Khamis 1 November 2022. Setelah menumpang bermalam di surau ini saya bangun untuk menunaikan solat Subuh berjemaah. Lihat Surau (Praying hall of) Ulu Slim.



Jam 7 pagi. Setelah berzikir dan membaca beberapa muka surat Al-Quran baru bersedia untuk menyambung perjalanan.




Singgah dahulu ke kolam air panas berdekatan. Lebih 4 bulan dahulu, saya pertama kali sampai ke kawasan ini pada waktu malam. Lihat artikel lama Misi Keluarga Laksamana part II - Dari Lubuk Merbau ke Kuala Kangsar membawa ke Ulu Slim.




Kali ini baru dapat melihat kolam dan sekelilingnya dalam keadaan terang. Lihat The hot springs of Ulu Slim.



Sejak pertama kali sampai itu iaitu pada 26 Julai 2022 saya menyimpan hajat untuk meneroka lebih dalam ke kawasan-kawasan di sekitar.



Bersarapan di warung terdekat dengan surau. Dahulu saya sampai ke kawasan ini lewat petang Selasa.



Ketika itu tidak sedar di manakah kedudukan sebenar kolam air panas. Setakat ada ternampak papan tanda sebelum masuk ke Ulu Slim. Lalu saya memilih untuk meneroka dahulu ke dalam. Sampailah ke tempat yang kelihatan ini dalam kegelapan malam.



Ketika itu, di tempat ini yang terletak lebih 8 km dari kolam air panas saya mandi sungai seorang diri dalam kegelapan malam kemudian menjamakkan solat Maghrib dan Isyak di kawasan lapang yang kelihatan. Selepas itu baru berpatah balik untuk melihat kolam air panas. Sekarang baru dapat melihat persekitaran dalam keadaan terang. Lihat The road to Pulau Tibang diikuti The waters and island of Pulau Tibang.




Saya mengambil kesempatan untuk berehat di persekitaran sungai. Sekitar 3 jam kemudian baru menyambung perjalanan. 




Menariknya jalan bertar masuk begitu jauh ke pendalaman kawasan pergunungan. Ternyata nasib saya baik kerana sampai pada waktu yang cukup bersesuaian. Rupa-rupanya banyak bahagian jalan dilanda tanah runtuh. Saya lalu ketika tinggal satu sahaja bahagian perlu dibersihkan. Sambil itu dapat melihat kampung-kampung Orang Asli juga sebuah air terjun. Lihat artikel-artikel berikut :-








Sejurus selepas jam 12 tengah hari sampailah ke destinasi utama yang mahu dituju iaitu kampung Orang Asli bernama Pos Tenau. Inilah tempat yang sudah lama ingin dijejaki, selepas mendapat tahu tentang kewujudan juga jalan bertar sehingga ke atas, ketika pertama kali sampai ke Ulu Slim 26 Julai.




Letaknya sekitar 770 meter atau lebih 2,500 kaki dari paras laut. Tengok-tengok ada lagi kampung-kampung lebih tinggi selepas itu. Siap ada sungai berjeram lagi. Lihat :-






 


Dari Pos Tenau ada jalan balak boleh merentas Banjaran Titiwangsa untuk keluar ke Sungai Koyan di negeri Pahang. Dalam perjalanan turun kembali ke Ulu Slim tengok-tengok ada lagi kerja pembersihan jalan.



Semasa naik tadi jalan ini tidak tersekat walaupun ada tanah runtuh. Nampaknya kerja-kerja pembersihan dibuat untuk memastikan tanah runtuh itu tidak melarat. Sementara ada jentera biar dibuat apa yang patut untuk memastikan jalan tidak akan tersekat sekurang-kurangnya buat waktu terdekat.



Kali ada lebih setengah jam menunggu. Sempatlah habis mengaji setengah juzuk Al-Quran lalu selesai juz ke-6.



Selesai kerja-kerja pembersihan sambunglah perjalanan kembali ke Ulu Slim. Sempatlah singgah lagi dua kampung Orang Asli. Lihat :-






Selepas jam 3 petang baru sampai ke Ulu Slim. Selepas itu singgah di sebuah masjid lalu bergerak menghala ke Hulu Behrang. Ternampak jalan-jalan membawa ke kawasan pergunungan yang ada sungai dan air terjun. Pergi le masuk sat singgah. Lihat :-








Dekat jam 5.30 baru menyambung lagi perjalanan.




Tergerak untuk singgah di pekan Tanjung Malim.




Pergi ke Sarang Art Hub lalu makan sambil berbual panjang dengan ahli keluarga arwah sutradara terkenal Mamat Khalid.




Selepas jam 8.30 malam Jumaat baru sampai ke rumah. Didapati perjalanan kali ini memakan jarak pemanduan 585 km.


Isnin, Disember 05, 2022

Misi keluarga Laksamana part VII - Melengkapkan misi Kota Lumut dan jejak nenek moyang di Bandar

Salam petang Isnin 10 Jamadilawal 1444 Hijriah. Pergi pada hari ke-2 perjalanan baru Perak. Kali ini harus menyediakan terlebih dahulu 11 buah artikel sokongan dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan 8 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Bersambung daripada artikel Misi keluarga Laksamana part VII - Antara Sungai Salu dan Gua Kandu.



Pagi Rabu 30 November 2022. Setelah menginap bersama beberapa orang saudara mara daripada keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak di Manjoi, Ipoh kami keluar untuk bersarapan pagi.




Pekena mee rebus di Medan Kidd. Selepas itu ikut rancangannya harus ke Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh untuk urusan melibatkan harta Laksamana Muhammad Amin di Mekah.




Tetapi lewat petang Selasa baru mendapat berita bahawa perbicaraan pada pagi Rabu ditunda disebabkan peguam kena virus COVID. Sedangkan sejumlah antara kami sudah bergerak ke Ipoh. Malah ada yang datang dari Pontian, Johor iaitu sekitar 520 km perjalanan dari selatan.




Saya datang tidaklah begitu jauh, cuma 160 km lebih sahaja dari Bandar Sungai Buaya di Rawang, Selangor. Namun tetap mengambil masa, tenaga dan belanja. Kalau tahu awal tentu tak ke Ipoh. Tak mengapa. Alang-alang dah berada di sana bergeraklah le ke Bota untuk menziarahi beberapa makam Sultan Perak.




Cukuplah ke makam Sultan ke-13 iaitu Sultan Muzaffar Syah III (bertakhta 1728-1752) diikuti Sultan ke-10 iaitu Sultan Muzaffar Syah II (1636-1653) dan Sultan pertama iaitu Sultan Muzaffar Syah I (1528-1549).







Ini boleh dianggap mewakili ziarah ke semua makam-makam Sultan Perak yang berada di bermacam tempat sepanjang aliran Sungai Perak.







Di celah-celah itu pergi ke tempat-tempat seperti berikut :-








Sampai ke Lambor Kanan tergerak untuk mengambil jambatan baru menyeberangi Sungai Perak ke Lambor Kiri sebelum menyambung lagi perjalanan ke selatan lalu singgah ke tempat-tempat berikut :-







Ambil jalan kecil menyusuri Sungai Perak ke Pasir Salak kemudian bergerak lebih jauh ke selatan lalu singgah di tempat-tempat ini :-







Adapun tujuan utama saya bergerak jauh ke selatan Pasir Salak itu adalah untuk melengkapkan apa yang didapati tidak cukup daripada perjalanan sebulan sebelum itu. Dalam perjalanan tersebut saya cuba mencari lokasi Kota Lumut iaitu sebuah kota lama di mana Sultan pertama Selangor, Sultan Salehuddin @ Raja Lumu ibni Daeng Chelak pernah ditabalkan menggunakan nobat kerajaan Perak pada tahun 1766. Rujuk kembali artikel Misi keluarga Laksamana part VI - Harta pusaka di Mekah dan hal kebenaran salasilah yang dipersembahkan pada 9 Nov.




Berdasarkan kedudukan kota yang ditandakan dalam sebuah peta lama berbanding peta sekarang melalui Google Map saya menyangkakan telah berjaya sampai ke tempat tersebut. Kemudian baru dapat maklum balas menyatakan harus pergi lebih jauh ke selatan lalu mencari setakat dapat dicapai melalui jalan darat. Lihat artikel-artikel berikut :-





Lihat juga rakaman-rakaman video berkenaan di sini dan sini.




Di satu bahagian lain tepian Sungai Perak sempat membaca beberapa muka surat Al Quran kemudian mencari jejak nenek moyang berdasarkan ada cerita keluarga mengatakan bahawa moyang atau lebih tepat datuk kepada moyang saya Laksamana Muhammad Amin berasal dari Teluk Penadah. Sedangkan anaknya Orang Kaya Arshad yang merupakan datuk kepada datuk saya pernah menetap dan memiliki rumah di Bandar. Lihat artikel-artikel berikut :-













Dengan itu keluarlah saya lewat petang itu dari kawasan berkenaan dengan rasa lega. Kiranya misi untuk mencari tapak Kota Lumut dan jejak nenek moyang di Bandar boleh dikatakan lengkap.




Pergi pula di kawasan lain bersebelahan untuk mencari tempat bernama Sungai Buaya. Seperti ada kesinambungan dengan perjalanan hujung minggu yang dilakukan cuma 4 hari sebelum itu. Lihat Dari Sungai Buaya Rawang ke Sungai Buaya Banting : Asbab balik kampung isteri pada hari lahir ke-52




Sebagai pelengkap jejak singgahlah di masjid atas nama tersebut. Lihat Masjid (Mosque of) Sungai Buaya, Perak.