Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...
Daripada artikel Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah
Daripada artikel Makam Syiah Kuala... dan makam Maharajalela Abdul Rahim...
Daripada artikel Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch
-------------------------
-------------------------
Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...
Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.
Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh
-------------------------
Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.
Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...
Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-
Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.
Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...
Isnin, Julai 15, 2019
Majlis rumah terbuka dan 'sambutan' buku Merah Silu
Jumaat, Julai 05, 2019
Apabila buku Kenangan Kembara Eropah 1995 mula ditatap pembaca
6. Memulakan kembara buku sempena keluarnya buku ke-13
7. Kembara buku Kenangan Eropah 1995 - Melaksanakan gerak untuk mengembara dan berhari raya sempena siap buku baru
8. Kembara buku Kenangan Eropah 1995 - Ke Bangi, Putrajaya, Cyberjaya, Shah Alam dan sekitar sambil orang jauh mendapat buku pos....
9. Kembara buku Kenangan Eropah 1995 - Memenuhi hajat orang sehingga 'terlajak' 170 km
Walaupun bayaran yang diterima tidak memadai cukuplah untuk membantu menzahirkan buku dengan ditambah wang simpanan sendiri. Dengan ini biar diabadikan nama-nama para pembeli pra-bayar. Ribuan terima kasih diucapkan kepada penama-penama berikut. Sesungguhnya tanpa bantuan anda buku ini tidak akan terzahir ... :]
Catatan beliau memberikan saya inspirasi untuk meneruskan cita-cita menjelajahi Kepulauan Riau dan Kalimantan. Ia adalah sambungan siri penjelajahan saya ke Jawa Barat, Jawa Tengah, Jawa Timur dan terbaru di Sumatera Barat. Kecekalan, keazaman dan tawakal menjadi bekalan buat diri.
- Cikgu Hasni, Jeram, Selangor
2. Maksud ayat 15 dari Surah Al-Mulk “Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah daripada rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula.”
- Nazila Jaadar, Cyberjaya
4. Pengalaman melawati secara solo ke tempat yang asing lagi mencabar hanya dapat dilakukan oleh insan yang berjiwa KENTAL.
- Pak Lang Abdul Hamid Idris, Kampung Sungai Tangkas, Kajang, Selangor
- Saiful Zaman Haris, Raub, Pahang
- Hishamudin Mohamad Twontawi, Shah Alam Selangor
- Mohd Zaini Mohd Zin, Kajang, Selangor (merujuk pada persinggahan untuk menyerahkan buku ketika kembara 25-27 Jun)
Apa yang lebih menarik adalah rakaman kisah suka duka pengalaman yang dialami oleh penulis sepanjang pengembaraan 33 hari di bumi orang. Pembaca turut akan merasakan debaran dalam setiap helaian buku. Akhir sekali, pengembaraan mencari jati diri bukan mencari keseronokan ini akan menyuntik keinsafan dalam jiwa pembaca akan hakikat kalimah La haula wala quwwata illa billah. Ini merujuk kepada makna kalimah tersebut iaitu tiada daya dan upaya kecuali daripada Allah SWT.
9. Saya belum lagi menghabiskan bacaan KENANGAN KEMBARA SOLO HITCHHIKE EROPAH TAHUN 1995... baru setengah buku. Namun boleh dirumuskan bahawa Merah Silu mempunyai semangat yang kental untuk menjelajah negara-negara Eropah tersebut walaupun menghadapi kekangan kewangan. Tetapi apabila segala perlakuan kita adalah 'La haula wa la quwwata illah billah'... in Sha Allah akan dipermudahkan olehNya. Hanya itu yang dapat dicoretkan oleh saya buat masa ini...
- Mohd Hazri Mohd Hambali, Seri Manjung, Perak
10. Saya tidak sempat membaca dengan teliti sehingga tamat. Hanya sempat membaca.lompat-lompat. Sama ada lompatan itu seperti seekor katak mahupun seekor belalang, saya sendiri kurang pasti. Saya akan ulas seringkas mungkin.
A. Rupa Bentuk dan Material Fizikal Buku
i. Design kulit dengan warna menarik.
ii. Paling penting kertasnya putih. Otak saya jadi lembab membaca jika materialnya kertas 'recycled paper'.
iii. Gambar berwarna yang terang.
B. Tujuan Utama Membeli Buku - Adakah Memenuhi Cita Rasa Saya?
i. Saya sudah membaca banyak tulisan Merah Silu. Sudah boleh dianggap begini - letak apa sahaja tajuk atau judul buku yang ditulis oleh beliau, ia menjadi asbab kedua untuk saya membeli.
ii. Asbab utama adalah gaya penulisan dan cara susunan penceritaan yang kemas.
iii. Sebab itu saya katakan, judul dah jadi nombor 2. Apa saja yang ditulis atau dikarang Merah Silu pasti menarik.
C. Pengisian Penceritaan dan Iktibar
i. Saya tertarik dengan salah satu cerita dalam buku apabila Merah Silu bercerita tentang gitarnya dicuri di Amsterdam. Penulis menceritakan dari awal di mana sudah diperingatkan oleh seorang bartender supaya berhati-hati kerana banyak kes curi atau ugut di sana. Dengan pemerhatian terperinci, penulis sempat memberitahu bartender itu sedang menggulung sebatang rokok atau lebih tepat ganja. Walaupun tidak diceritakan lebih lanjut sama ada gulungan itu adalah balut Bob Marley atau sekadar bal biasa-biasa, sesiapapun pasti dapat membayangkan suasana yang dialami oleh penulis.
ii. Selepas itu penulis ke satu tempat untuk.melelapkan mata kerana mengantuk. Walaupun segala persediaan tahap keselamatan yang dirasakan perlu sudah diambil dan telah ditingkatkan ke tahap 1, yakni penulis dalam sleeping bag, bag sandang jadi bantal, tali pengikat gitar diikat pada bag yang dijadikan bantal, ia tetap juga dapat dicuri oleh orang yang pada awalnya ada bersembang dengan penulis sebelum tidurnya.
iii. Pengajarannya, buatlah bagaimana sekali pun. Jika bukan rezeki kita, memang tetap bukan rezeki kita. Tetapi jangan buruk sangka pada Allah SWT. Pasti ada hikmahnya.
D. Bonus
i. Adalah bonus bagi saya kerana serba sedikit dapat belajar cara seseorang itu berfikir, cara membuat pena'akulan, cara membuat andaian dan seterusnya cara membuat keputusan. Ini memberi impak besar kepada seseorang seperti saya dalam membentuk dan memanipulasi karektor saya supaya boleh menyesuaikan diri dengan keadaan dan orang sekeliling dalam pergaulan seharian mahupun ketika bekerja.
E. Belajar Simpan Nota dan Catatan Serta Kepentingannya
i. Penulis menyimpan nota ketika kembara lebih 20 tahun lalu. Ia dijadikan rujukan semasa menulis buku.
ii. Ini sangat luar biasa. Lengkap dengan dokumen-dokumen sebagai bukti kembara beliau.
Sekian. Terima kasih
- Mohammad Yusrizal, Sibu, Sarawak (membaca buku sambil mendengar playlist Britpop seperti Oasis, Radiohead, Travis, Suede, Beautiful Ones, Fastball dan.sedikit Cranberries ternyata menambah aura rasa Eropah sepanjang membaca...)
Akhir sekali. Merujuk pada artikel Open house impromptu Syawal 1440 Hijriah yang dipersembahkan hampir 3 minggu lalu. Sebetulnya isteri ada meminta agar mengajak kawan-kawan saya datang pada majlis rumah terbuka yang diadakan secara tiba-tiba untuk kawan-kawan sepejabatnya pada hari Sabtu 15 Jun 2019 bersamaan 11 Syawal 1440 Hijriah. Saya jawab tunggu buku siap dahulu.
Sekarang buku sudah siap. Tunggu tarikh sesuai sahaja. Dengan itu biar diumumkan satu majlis terbuka raya (walaupun lewat dah masuk bulan Zulkaedah) akan diadakan seperti tertera dalam poster atas ini. Ia mahu diadakan sekali dengan majlis sambutan buku ke-13 saya. Saya sebut sambutan kerana terasa lebih sesuai berbanding pelancaran buku kerana ini juga adalah sambutan 13 tahun saya bergelar penulis buku.
Jika tiada aral melintang insyaallah tokoh pejuang bahasa terkenal Profesor Datuk Dr Awang Sariyan akan datang memberikan sepatah dua kata. Beliau pernah menjadi pensyarah saya di ISTAC, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Dunia Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur lalu ada membeli buku. Biar diberitahu beliau baru memulakan tugas baru sebagai pemegang Kursi Za'aba di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak tak sampai seminggu. Silakan datang beraya sambil berbincang tentang buku.
Sementara itu sesiapa yang hendak mendapatkan buku boleh ikut panduan berikut. Untuk makluman ini adalah artikel ke-1811 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.
CARA MEMBUAT PEMBAYARAN
Pilih salah satu harga berikut :-
1. RM55 senaskah sahaja bagi yang hendak mengambil buku terus daripada saya. Boleh berjumpa di rumah saya di Bandar Sungai Buaya, Rawang atau di Kuala Lumpur (selalunya saya berada di tempat belajar di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Tamadun dan Pemikiran Islam di Bukit Tunku sepanjang hari Isnin)
2. RM62.90 (senaskah buku RM55 + RM7.90 pakej Poslaju) untuk pembaca di Semenanjung
3. RM67.50 (senaskah buku RM55 + RM12.50 pakej Poslaju) untuk pembaca di Sabah dan Sarawak.
Sila masukkan jumlah berkenaan ke dalam akaun saya :-
AFFIN ISLAMIC BANK : 20-530-011171-1
Atas nama: Mohd Fahrulradzi bin Mohamad Sapiee
Atau akaun isteri :-
MAYBANK - 112110854698
Atas nama: Nor Afidah binti Yusof
Selepas itu pm bukti pembayaran ke Facebook atau Whatsapp nombor saya 013-3082131. Sertakan sekali alamat pos dan nombor telefon untuk memudahkan urusan Poslaju.





















