Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Januari 08, 2018

Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Panggilan tersirat kerajaan Reman-Patani

Salam semua. Merujuk kepada artikel Tentang backlog penulisan dan usaha buku baru... yang dipersembahkan Selasa 2 Januari lalu. Ada disebut tentang dua buah buku melibatkan penyelerasan masa peristiwa-peristiwa menurut kitab berbanding menurut sains sedang sibuk diusahakan. Sukacita dimaklumkan malam semalam saya telah berjaya menyiapkan suntingan terakhir kedua-dua buku. Yang tinggal kini adalah untuk mendapatkan nombor ISBN, reka bentuk kulit buku dan apabila cukup modal (saya telah membuka pre-order secara rasmi sejak Jumaat baru ini) boleh masuk kilang cetak. Oleh itu bolehlah kita meneruskan perkongsian cerita tentang perjalanan ke Thailand 12-23 Disember lalu. Bersambung daripada artikel Sejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Mukadimah Hulu Perak dan kerajaan Melayu Reman.


Pagi Rabu 13 Disember 2017, hari kedua perjalanan. Kami telah meninggalkan Masjid Jamek Gerik lalu mengisi minyak  kereta penuh di bandar Gerik.


Kami meninggalkan masjiid ketika azan Subuh berkumandang. Ini kerana tidak mahu menunggu lagi setengah jam sebelum solat berjemaah bermula. Sebaliknya terus bergerak dan bergerak lagi ke hadapan. Niat kami nampak masjid di sebelah kiri iaitu tidak perlu menyeberang jalan ke kanan di situlah akan berjemaah. Alhamdulillah sempat masuk saf sebaik sahaja iqamat di Masjid Kampung Plang.


Apa yang tidak kami sedari ketika itu adalah sudah tersalah jalan. Rancangan kami adalah masuk ke selatan Thailand melalui pintu sempadan di Rantau Panjang/Golok Tapi tau-tau je dah 7 km nak sampai ke Pengkalan Hulu...


Nak patah balik ada gak dekat 40 km sebelum menemui simpang ke Jeli dan Rantau Panjang. Nampaknya kami terlepas pandang kerana sibuk hendak mencari masjid di sebelah kiri. Tak sedar bahawa jalan ke Rantau Panjang itu berpecah di sebelah kanan sejurus selepas meninggalkan Gerik. Alang-alang dah begitu jauh berjalan elok diteruskan aje le ke Pengkalan Hulu. Lagipun saya tidak pernah masuk Thailand ikut belah situ.  Isteri dan anak-anak pun tak pernah...


Sampai di Kampung Ayer Panas sekitar 4 km sebelum pintu sempadan rehat sebentar di masjid ini. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Kampung Ayer Panas, Pengkalan Hulu di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Sebetulnya masuk melalui Pengkalan Hulu ada dalam rancangan. Tapi itu kalau masih berlaku banjir di Kelantan dan Narathiwat yang turut melanda Rantau Panjang seperti diberitakan pada awal bulan Disember. 



Kalau ikut perkembangan semasa kami bertolak pertengahan bulan tu dah surut banjir. Cuma takut akan muncul gelombang kedua nanti. Apa pun kami anggap dah Allah SWT atur begini. Terasa seperti ada panggilan daripada kerajaan Reman supaya kami mengambil laluan Pengkalan Hulu. Rujuk cerita berkenaan pada bahagian akhir artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Mukadimah Hulu Perak dan kerajaan Melayu Reman.


Mungkin juga satu hikmah kami masuk melalui Pengkalan Hulu adalah tak perlu berebut dengan kenderaan lain. Relaks tenang sambil kami mendapatkan pelepasan imigresyen dan kastam juga dokumen yang perlu untuk membawa kereta sendiri masuk ke negara orang. Kami juga dapat masuk ke Thailand lebih awal. Kalau ikut Rantau Panjang mungkin sejam lebih lagi baru sampai disebabkan perjalanannya 175 km dari Gerik. Sedangkan pintu sempadan di Pengkalan Hulu cuma 50 km daripada tempat sama. 


Selesai urusan di sempadan kami menuju ke bandar Betong. Nampak satu kedai jual insurans sudah dibuka (ketika itu jam 8.50 waktu tempatan, lewat sejam berbanding Malaysia) terus singgah untuk mendapatkan insurans. Setiap kereta luar wajib membeli insurans kereta tempatan untuk berjalan-jalan di Thailand. Kami ambil untuk sebulan. Pernah kami terlupa membeli insurans ketika pertama kali masuk ke Thailad dengan kereta sendiri menuju ke Hatyai melalui Bukit Kayu Hitam hampir penghujung tahun 2010. Dah tak pasal-pasal kena saman bayar denda dalam RM51. Lihat artikel lama Mencari jejak Merong - Melihat 'masyid' ke Hatyai.

Seterusnya kami masuk ke bandar terdekat iaitu Betong. Lihat artikel Quick look at the town of Betong, Thailand di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Selain mahu melihat bagaimana rupa bandar kami mahu mencari SIM card Thailand untuk kegunaan sepanjang berada di sana,. Alhamdulillah jumpa yang cukup murah. Boleh pakai unlimited data atau tanpa had selama 7 hari. Ini penting untuk memastikan kami dapat menggunakan program Google Map bagi membantu mendapatkan panduan laluan perjalanan juga membuat rujukan tentang tempat-tempat melalui Internet.


Keluar dari Betong menghala utara ke Yala terlihat masjid ini. Ia adalah masjid pertama di Thailand yang kami nampak sejak masuk melalui Pengkalan Hulu. Saya pun singgah untuk mengambil gambar. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Al-Khoyree, Jarakpatai, Betong.



Pada papan kenyataan masjid terpampang gambar seorang pendakwah muda Malaysia. Kebetulan beliau ada dalam friendlist Facebook saya dan kami pun pernah berjumpa. Nampaknya dia biasa masuk ke selatan Thailand...


Sementara saya ke masjid isteri dan anak-anak layan makan bersama dua orang kawan yang ikut sama. Lepas puas ambik gambar baru saya join...


Perjalanan ke Yala diteruskan jam 10.43. Dari Betong ke situ memakan jarak 130 km dan jalannya berliku-liku. Lihat artikel  The road to Yala.



Laluan berliku-liku kerana melalui banjaran gunung yang bersambung dengan Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia. Kami kemudian mengambil satu bahagian jalan yang lebih berliku-liku supaya dapat menyusuri tepian tasik buatan yang agak besar sejauh mungkin. Setelah beberapa lama baru kelihatan sebuah pondok dengan kedudukan memberikan pemandangan cantik tasik lalu kami pun berehat lama.  Lihat The lake at Ban Lang national park.

Pagi tadi ketika menyediakan artikel sokongan berkenaan baru saya tahu ia terbentuk daripada aliran Sungai Patani. Keadaan ini sama sepertimana Tasik Banding yang terletak dalam perjalanan Gerik ke Jeli/Rantau Panjang itu terbentuk akibat Sungai Perak diempang. Kalau asalnya saya memang berniat mahu singgah waktu pagi di Tasik Banding ia sudah bertukar menjadi persinggahan di tasik selatan Thailand yang namanya saya lihat dalam Google Map adalah Ban Lang.


Bila dah tahu ia adalah Sungai Patani lalu bila disemak lagi ternyata kawasan Betong itu sendiri adalah hulu Sungai Patani merangkap Hulu Patani terasa perjalanan melalui Pengkalan Hulu itu berkali-kali ganda bermakna dan berkat. Bayangkan masuk lalu Hulu Perak ke Hulu Patani. Memang tujuan asal perjalanan dibuat pun adalah memenuhi hajat isteri agar saya membawa beliau dan anak-anak ke Patani. Sesungguhnya wilayah yang pernah dikenali sebagai Reman ini memang milik kerajaan Patani. Dan apabila disemak semua laluan ke Patani daripada rumah saya di Rawang, Selangor ternyata laluan Yala paling dekat. Kalau ikut pintu sempadan Bukit Kayu Hitam jaraknya adalah 595km, kalau lalu Rantau Panjang 630 km Lalu Pengkalan Hulu pula 517  km. Cuma kena ambil jalan berliku-liku 130 km hingga ke Yala.


Dari pintu sempadan bandar Patani terletak 175 km. Dari Yala cuma 47 km gitu lagi ke utara. Tapi kami harus bergerak lebih jauh apabila menuju ke Narathiwat di timur. Ini disebabkan tempat utama yang mahu kami ziarahi hari itu terletak ke arah sana. Dalam perjalanan itu naik satu bukit lalu rehat sebentar di tepian air terjun kecil. Lihat .Hilltop stop besides Yala-Narathiwat road.



Tempat utama tersebut adalah Masjid Wadi Hussein di Telok Manok. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Wadi Hussein. Telok Manok, Walaupun dari arah Yala ia terletak menjauhi kembali Patani ternyata masih lebih dekat mengambil lalun Pengkalan Hulu-Betong-Yala berbanding laluan Rantau Panjang/Golok ke Narathiwat. Dari Gerik laluan Yala sampai ke masjid jaraknya 227 km, laluan Rantau Panjang jaraknya 276 km! Dekat 50 km beza tu. Bila dah balik rumah dan betul-betul semak baru nampak...



Baru tersedar betapa berkatnya kami boleh tersilap laluan waktu Subuh pagi itu sehingga terlepas simpang/jalan ke Rantau Panjang. Sekali lagi ini berlaku kerana niat akan berhenti di masjid sebelah kiri untuk menunaikan solat Subuh kerana tidak perlu menyeberang jalan kalau masjid di belah kanan. Apa pun masjid ini memiliki kedudukan yang sangat penting. Biar diletakkan tulisan berkenaan oleh almarhum Ustaz Wan Muhammad Saghir. Ia pernah keluar dalam akbar Utusan Malaysia lebih 11 tahun lalu...



ARKIB : 25/12/2006

Wan Husein As-Sanawi Al-Fathani Hafiz pendiri Masjid Teluk Manok

MASJID Teluk Manok di Patani, Thailand.


AKHIR-akhir ini berlaku perubahan besar dalam pelbagai jurusan pendidikan Islam di dunia Melayu, termasuk mula bercambah di tempat-tempat pendidikan menghafaz al-Quran. Banyak suara-suara sumbang yang hanya mengetahui dunia kini atau pergelutan di persekitarannya saja, lalu menuduh bahawa pendidikan Islam zaman dulu tidak menekankan penghafalan al-Quran dan hadis.
Saya berani memastikan pandangan yang sedemikian adalah satu pandangan yang sangat keliru. Sebagai contoh bahawa ilmu menghafaz al-Quran dan hadis berjalan sejak lama di dunia Melayu. Wan Husein al-Fathani adalah salah seorang daripada ulama silam yang hafaz al-Quran 30 puluh juzuk dan beribu-ribu hadis Nabi s.a.w. Beliau adalah moyang saudara kepada Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Ini bererti Wan Husein as-Sanawi al-Fathani lebih jauh mendahului Syeikh Wan Daud bin Abdullah al-Fathani.
Wan Husein as-Sanawi adalah adik- beradik dengan Syeikh Wan Senik al-Karisiqi (Kerisik), Syeikh Wan Muhammad Shalih al-Fathani (datuk nenek Syeikh Ahmad al-Fathani) dan lain-lain. Walaupun pada mulanya ada orang meragukannya, termasuk saya sendiri, kerana terdapat pertikaian pendapat dengan salasilah keluarga besar ini dengan yang ditulis oleh Haji Nik Ishak Tikat, Kelantan, yang berasal dari Datuk Nik Mahmud, Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan. Namun, setelah saya menemui tiga salasilah yang lebih tua daripada salasilah yang tersebut, insya-Allah telah saya tahqiqkan dan hanya segelintir daripadanya disebutkan dalam artikel ini.
Pertikaian salasilah antara satu dengan yang lainnya tidak saya bicarakan di sini, kerana telah saya tulis dalam kertas kerja berjudul ‘Majlis Tazkirah Tokoh dan Ulama Islam Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani’ dan lain-lain terdahulu daripada ini.
*Asal-usul
Wan Husein as-Sanawi juga digelar Tok Masjid adalah termasuk salah seorang keturunan penyebar Islam yang awal datang ke dunia Melayu. Nama lengkapnya ialah Al-Allamah Al-Hafiz Wan Husein as-Sanawi al-Fathani bin Ali. Ali disebut juga Sultan Qanbul/Qunbul bin Manshur al-Laqihi. Manshur al-Laqihi nama yang sebenarnya ialah Saiyid Ahmad Samman al-Aidrus bin Saiyid Hakim.
Saiyid Hakim digelar orang Saiyid Kuning bin Saiyid Husein. Saiyid Husein digelar Sultan Pak Tani (maksudnya Sultan Patani). Ali@Sultan Qanbul/Qunbul dan terdapat beberapa nama selain ini, diriwayatkan bahawa wafat di Campa tahun 1467 M dan jenazahnya dikebumikan di Kampung Garak Ruwain (Binjai Lima).
Dalam sebuah salasilah disebutkan bahawa daripada Wan Husein as-Sanawi dan adik- beradiknya adalah datuk nenek golongan ‘Wan’ dan ‘Nik’ di Patani, Kelantan, Terengganu dan tempat-tempat lainnya. Yang dimaksudkan dengan ‘as-Sanawi’ yang terdapat pada hujung nama Wan Husein ialah beliau berasal dari kampung dinamakan Kampung Sena.
Kampung Sena itu sangat besar dan luas, sekarang di dalamnya terdiri dari beberapa buah kampung, di antaranya; Sena Janjar, Bendang Daya, Tok Diwa, dan lain-lain.
Kampung Sena dibuka oleh datuk nenek keluarga ini ketika mereka mula-mula sampai dalam kerajaan Langkasuka yang ketika itu nama Patani belum dikenal sama sekali. Dari kampung tersebutlah asal-usul perkembangan Islam di Patani dan selanjutnya keluarga tersebut turut aktif menyebarkan Islam ke seluruh dunia Melayu bersama-sama dengan keturunan-keturunan penyebar Islam yang datang dari Tanah Arab lainnya.
Adik-beradik Wan Husein as-Sanawi al-Fathani yang saya catat dari pelbagai sumber, sama ada yang disepakati mahu pun yang masih pertikaian pendapat adalah sebagai berikut:
1. Wan Abdullah atau Sultan Umdatuddin atau Wan Abu atau Wan Bo Teri Teri atau Wan Bo saja. Beliau adalah Sultan Cam/Champa, tahun 1471 M - 1478 M.
2. Wan Husein as-Sanawi, yang diriwayatkan dalam artikel ini.
3. Wan Demali @ Wan Mali @ Wan Alimuddin. Terdapat sebuah salasilah yang menyebut bahawa beliaulah Laksamana Bentan.
4. Wan Hasan, beliau menyebarkan Islam di Bangkok.
5. Wan Jamal.
6. Wan Biru, adik-beradik yang perempuan.
7. Wan Senik adik-beradik dengan Wan Husein, sudah sahih kerana disebut oleh Syeikh Muhammad Nur bin Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani dalam sebuah salasilah, dikukuhkan dengan salasilah keluarga Teluk Manok dan catatan-catatan lain yang ada pada saya.
Dari nombor 1 sampai nombor 7 disebut oleh Pak De Duku. Pak De Duku, nama lengkapnya ialah Haji Abdul Hamid bin Abdul Qadir bin Yunus bin Abdur Rahman bin Wan Husein as-Sanawi al-Fathani, adalah keturunan yang kelima ulama yang diriwayatkan ini.
Saya memperoleh banyak maklumat daripada beliau. Sejak tahun 1978 hingga 1991 saya berulang-ulang kali ke rumah Pak De Duku (Haji Abdul Hamid) di Teluk Manok kerana mencatat banyak perkara tentang keluarga yang diriwayatkan ini.
8. Syeikh Wan Muhammad Shalih al-Laqihi, saya adalah keturunan yang kelapan ulama ini, iaitu melalui jalur Syeikh Ahmad al-Fathani.
9. Maulana Abu Ishaq.
*Riwayat
Wan Husein as-Sanawi selain hafaz al-Quran 30 juzuk, sangat banyak hadis dan pelbagai jenis matan ilmu-ilmu Islam beliau juga berpengalaman dalam banyak bidang. Ilmu yang ada dalam sekujur tubuhnya bukanlah bersifat beku dan mati, tetapi adalah ilmu yang bersifat hidup sesuai dengan pergerakan fizikal tubuhnya.
Ilmu-ilmu yang dikuasai oleh Wan Husein as-Sanawi adalah seimbang dengan pengalamannya yang luas. Beliau berpengalaman dalam hidup cara berkhalwat, bersunyi diri tekun beribadat, juga berpengalaman dalam pengembaraan ke pelbagai penjuru bumi sejagat.
Wan Husein as-Sanawi pernah mengembara di pulau Jawa, pernah mengajar beberapa tahun di pulau Madura. Diriwayatkan juga bahawa beliau dan adik beradiknya bergaul mesra dengan masyarakat di pulau Sumbawa, sehingga ada pendapat yang menyebut Wan Husein as-Sanawi adalah berasal dari keturunan Arab yang telah lama datang ke pulau Sumbawa.
Dari pulau Sumbawa, pengembaraan keluarga tersebut termasuk Wan Husein as-Sanawi sendiri, meneruskan pengembaraan mereka ke negeri Cam atau Campa. Kerajaan Islam Cam itu adalah diasaskan oleh datuk nenek mereka yang berasal dari negeri Arab.
Setelah melalui proses yang lama melalui pantai-pantai dalam negeri India, persinggahan dan tempat tinggal terakhir mereka ialah dalam kerajaan Langkasuka. Proses yang lama pula setelah mereka membaur dengan masyarakat Melayu Langkasuka, maka terbentuklah Daulah Islam Fathani Darus Salam atau bagi umum mengenal sebutan Patani saja.
Dari Patani itulah mereka mengembara ke utara dengan maksud menyebarkan Islam di negeri China tetapi sebelum sampai ke negeri China mereka telah berhasil pula membentuk satu kerajaan Islam-Melayu yang dikenali dengan Kerajaan Cam.
Cita-cita mulai dari datuk nenek Wan Husein as-Sanawi untuk menyebarkan Islam ke negeri China berjalan terus sampailah ke zaman beliau. Bukan hanya itu saja, dari keturunan mereka juga telah menyebarkan Islam di Filipina, Brunei Darussalam dan akhirnya di Jawa. Beberapa orang di antara Wali Songo (Wali Sembilan) yang terkenal di Jawa adalah dari keluarga besar yang diriwayatkan ini.
*Masjid Teluk Manok
Semua riwayat adalah penting dicatat, namun hampir-hampir tidak ada orang yang tahu tentang peranan Wan Husein as-Sanawi dalam peranannya di dunia Melayu sejagat. Tidaklah berkelebihan kalau saya sebutkan di sini bahawa Wan Husein as-Sanawi ada peranan yang tersendiri dalam penyebaran Islam di dunia Melayu dan beliau juga ada peranan dalam pemerintahan Patani dan kerajaan Cam.
Setelah pengembaraan yang begitu jauh pada mulanya beliau menetap di Kampung Sena, tempat asal datuk neneknya, namun setelah adik- beradiknya bermuafakat maka mereka membahagi tugasan. Syeikh Wan Senik ditugaskan di Kerisik. Sebab itulah pada hujung nama beliau dalam salasilah ditulis al-Karisiqi.
Wan Husein as-Sanawi diberi tugas di Teluk Manok. Kampung yang beliau buka itu masih dikekalkan namanya sampai sekarang. Di Wadi Husein, Teluk Manok tersebutlah terdapat sebuah masjid yang digolongkan di antara salah sebuah masjid tua di Patani yang mempunyai kesan-kesan sejarah yang dikaitkan dengan Wan Husein al-Hafiz as-Sanawi, tokoh besar dunia Melayu serta yang masih terselubung dalam sekian banyak lembaran tulisan sejarah yang diseleweng dan dipalsukan oleh pihak-pihak tertentu.
Tentang tahun didirikan Masjid Teluk Manok itu, berbagai-bagai pendapat yang diberikan orang. Riwayat yang popular menjadi percakapan masyarakat ialah didirikan sejak 300 atau 400 tahun yang lalu. Saya datang menyelidik masjid itu berkali-kali sejak 1978 dan yang terakhir sekali pada Sabtu, 25 Mei 1991 M, pada waktu itulah saya terbaca di atas pintu masjid terdapat tahun 1266 H, bererti bersamaan dengan 1850 M.
Tidak terdapat sesuatu keterangan yang dimaksudkan dengan catatan 1266 H itu. Kemungkinan yang dimaksudkan adalah ketika memperbaiki masjid itu ataupun ketika menulis khat-khat indah yang terdapat di persekitaran tarikh di atas pintu itu. Jika kita hitung menurut tahun hijrah 1266 H itu hingga sekarang 1427 H bererti hanya 161 tahun saja. Ini adalah tidak sesuai dengan sejarah hidup Wan Husein as-Sanawi yang diperkirakan memang sudah lebih dari 300 tahun yang lalu.
Tarikh tersebut juga sangat jauh jaraknya dengan beberapa pendapat yang menyebut bahawa masjid tersebut didirikan pada 1619 M, pendapat lain 1621 M dan yang lain pula pada 1635 M. Tahun-tahun yang disebutkan ini, walaupun terjadi pertikaian pendapat, namun lebih menepati untuk dipegangi sebagai tahun berdirinya masjid itu jika dibandingkan pada 1266 H/1850 M yang tidak jelas maksudnya itu.
*Keturunan
Pertama sekali saya dengar cerita bahawa salasilah yang sangat penting tentang susur galur ulama Patani yang ada hubungannya dengan Teluk Manok diserahkan oleh Haji Ibrahim bin Daud bin Muhammad Shalih bin Abdullah bin Tengku Mahmud kepada Raja Perak. Yang menceritakan ialah Haji Abdul Hamid (Pak De Duku). Sungguhpun salasilah yang asli tidak saya peroleh tetapi saya sempat mencatat melalui Pak De Duku sejak 1978 M. Saya mencatatnya secara sedikit-sedikit, iaitu setiap kali pergi ke Teluk Manok hinggalah 1991 M.
Selain Pak De Duku, saya sempat pula menyalin salasilah tersebut tetapi bukan dari yang asli melainkan daripada salinan yang telah dijalankan oleh keluarga ini.
Pada beberapa tempat saya bandingkan pula dengan kitab-kitab yang dikarang oleh keturunan Wan Husein as-Sanawi, sebahagiannya menggunakan nama lengkap hingga sampai ke peringkat datuk.
Dalam catatan saya Wan Husein memperoleh enam orang anak iaitu; 1. Muhammad Shalih @ Tok Ci Gedung, makamnya di Jeringa. 2. Abdullah @ Tok Ci Teluk Manok. 3. Abdus Shamad. 4. Abdul Karim @ Tok Ci Bukit Bunga, beliau ini seorang hafiz, makamnya di Bukit Bunga, Jeringa. 5. Abdur Rahman, makamnya di Teluk Manok. 6. Fathimah.
Sehingga artikel ini ditulis, masih ramai keturunan mereka yang menjadi ulama ataupun tokoh penting dan bertebaran di pelbagai tempat.

Kami mengambil masa hampir satu setengah jam untuk mengecap aura istimewa masjid. Saya dan anak-anak siap mandi lagi di tali air sebelah.  Ini adalah gambar saya mencecahkan kaki ke dalam air di teluk berhadapan bandar Patani. Di situ ada tanah sempit menjulur keluar sejauh 20 km dan kami pergi sampai ke hujung untuk melihat pemandangan matahari terbenam. Lihat artikel Rushing to Tanjung Budi diikuti .Sunset over the bay of Patani.


Malam itu kami singgah bersolat di Masjid Kampung Dato' Panjang. Letaknya di bahagian tengah tanah terjulur 20 km. Saya pertama kali sampai hampir setahun lalu dengan menaiki bot dari pengkalan timur bandar Patani. Lihat artikel lama Misi jejak Aceh-Langkasuka : Lawatan lapangan ke makam-makam dan petunjuk Dato' Panjang.


Dalam kegelapan malam itu kami juga menziarahi makam Dato'Panjang tidak jauh dari masjid dan makam raja-raja Patani yang baru saya tahu terletak sangat dekat dengan makam Dato' Panjang.


Selepas itu baru menuju ke bandar Patani lalu singgah di Masjid Krisek yang sangat terkenal itu. Rujuk artikel lama  Misi jejak Aceh-Langkasuka : Masjid Kerisek, makam Sheikh Abdul Samad dan kota atas bukit Singgora untuk cerita tentangnya...


Masuk ke bandar Patani kami terus mencari masjid utama yang dikenali sebagai Patani Central Mosque.


Dalam perjalanan pertama saya ke Patani awal tahun lalu kami tidak masuk langsung ke kawasan bandar, kali ini baru melihat masjid yang terletak dalam bandar dan sekitarnya...


Cuma sayang ketika itu sudah lewat malam dan masjid sudah tutup. Cukuplah dapat melihat daripada luar sebelum melihat bahagian lain bandar Patani...


Ahad, Januari 07, 2018

"Ekspresi Seni Kontemporari Berasaskan Manuskrip Melayu" di Galeri Petronas, KLCC

Satu cerita selingan sebelum saya menyambung cerita perjalanan di Thailand 12-23 Disember insyaallah esok lusa.


Petang semalam Sabtu 6 Januari 2018 saya dan isteri membawa anak-anak ke KLCC.


Selepas anak-anak puas mandi dan bermain di taman rekreasi berdekatan baru kami masuk ke dalam bangunan. Terus ke Galeri Petronas di tingkat atas kompleks membeli-belah, tengok-tengok ada pameran bertajuk "Ekspresi Seni Kontemporari Berasaskan Manuskrip Melayu".


Nampak macam menarik ni...


Sedikit penerangan tentang pameran...


Mula-mula ada semacam kelambu kain perca yang saya tak tahu apa...


Cuma rasa selesa macam main pondok-pondok kat rumah.


Saya bukanlah kaki seni sangat. Tapi tahu juga menghargai ukiran kayu yang kelihatan.


Yang ini nampak macam hantu pun ya, macam Jedi Star Wars pun ada.


Yang ini jelas kelihatan macam Candi Borobudur.


Ia terdiri daripada bekas-bekas kaca berisi apa yang kelihatan seperti watak-watak wayang kulit kenit..


Lagi penerangan tentang pameran...


Kelihatan pula kapal-kapal berkepak mengingatkan saya pada filem Hollywood Avatar...





Apa pun itu semua adalah seni kontemporari iaitu seni zaman sekarang. Masuk bahagian belakang galeri baru ada barangan lama yang bersifat lebih keMelayuan tradisional.


Terdapat sejumlah manuskrip yang nampaknya dipinjam daripada beberapa institusi berkenaan...











Ada juga barangan lain yang menggambarkan nila-nilai tradisional Melayu lama...





Kembali pada ruang seni kontemporari, seni yang dikatakan berasaskan manuskrip Melayu itu...








Saya pun tak tahu nak tafsir apa. Saya main layan 'feel' aje... :]




Selasa, Januari 02, 2018

Tentang backlog penulisan dan usaha buku baru...

Saya harus melepaskan satu gerak rasa. Merujuk pada artikel Nabi Adam AS dan orang Melayu 60,000 tahun lalu - Bagaimanakah hubungan sebenarnya? dan Benua Tua Melayu - Betulkah ia sumber peradaban dunia? yang dipersembahkan siang hari Selasa 12 Disember 2017 beberapa jam sebelum mengorak langkah memulakan perjalanan jauh ke Thailand bersama keluarga. Ada diberitahu dalam artikel bahawa isi setiap buku harus ditambah daripada 304 menjadi 320 muka surat. Kembali dari perjalanan itu 23 Disember atau lebih tepat jam 1 pagi Ahad 24 Disember saya berehat buat beberapa hari sebelum memulakan kerja. Susulan tulisan penambahan yang hampir siap  petang Sabtu lalu 30 Disember saya telah membuat update berikut di Facebook . Biar disunting sedikit untuk perkongsian di blogspot...



BUKU-BUKU TENTANG MASA MENGHAMPIRI SAAT-SAAT AKHIR SEBELUM PERCETAKAN INSYAALLAH...

Salam semua. Merujuk pada beberapa update saya dahulu tentang 2 tajuk baru buku melibatkan pengiraan masa yang insyaallah boleh menjawab kenapa sains meletakkan manusia pertama serupa kita yang dipanggil Homo Sapiens sebagai mula wujud 209,000 tahun lalu sedangkan kira-kira berdasarkan kitab meletakkan Nabi Adam AS diturunkan ke muka bumi pada tahun 5872 Sebelum Masihi. Walaupun syarikat penerbitan Hijjaz Record Publishing (HRP) baru sahaja mengeluarkan buku ke-3 saya bersama mereka 2 minggu lalu merangkap buku ke-10 keseluruhan saya 2 tajuk berkenaan masa itu tetap mahu diterbitkan sendiri atas nama syarikat Wasilah Merah Silu Enterprise. Pagi tadi saya baru menerima quotation atau sebut harga untuk printing buku lalu sudah mendapat gambaran apa yang patut dilakukan seterusnya bagi menjayakan usaha. Di sini saya juga ingin memberitahu harga jualan senaskah buku akan diletakkan pada RM55 atas cadangan isteri.

Saiz agak besar, 6 inci lebar x 9 inci tinggi dengan 320 muka surat mengandungi pelbagai perkara dan perkongsian ilmu selain kiraan masa. Isinya boleh dibayangkan melalui artikel dengan pautan berikut :-



Buku 1  :  Nabi Adam AS dan orang Melayu 60,000 tahun lalu - Bagaimanakah hubungan sebenarnya? 


Buku 2 :  Benua Tua Melayu - Betulkah ia sumber peradaban dunia?




Dengan ini saya rasa bolehlah mula dibuka usaha untuk membuat pre-order atau tempahan awal. Saya belum ada masa dan gerak untuk membuat page khas untuk itu. Buat masa ini sila nyatakan minat untuk membeli pada RM55 senaskah, seeloknya buku 1 dan buku 2 sekali gus kerana isinya saling berkait dan membantu. Sila berikan maklum balas...


-------------


Susulan daripada update atas saya mula menerima beberapa pre-order atau tempahan awal.  Atas cadangan isteri saya pun membuka satu senarai atau list. Apabila mendapati maklum balas semakin memberangsangkan dengan ramai meminta agar diberikan nombor akaun bank untuk memasukkan duit sedangkan saya belum bersedia untuk menerimanya saya pun membuat update berikut lewat malam semalam...




TUNGGU SEDIKIT MASA LAGI UNTUK BUKA PAGE PRE-ORDER


Salam semua. Sudah ramai juga orang meminta saya untuk memberikan nombor akaun agar dapat dimasukkan duit untuk tempahan awal kedua-dua buku baru berkembar yang mahu dicetak sendiri insyaallah awal tahun ini. Biar diberitahu saya telah membuat keputusan untuk meringkaskan sedikit tajuk buku pertama menjadi "ADAM DAN MELAYU 60,000 TAHUN LALU - Menyelaraskan Pengetahuan Kitab" dengan Sains' sambil mengekalkan tajuk buku kedua "BENUA TUA MELAYU SUMBER PERADABAN DUNIA -- Menyelaraskan Sejarah Pergerakan Manusia Sejagat Berdasarkan Kitab Berbanding Sains". Kedua-dua buku kini dalam proses suntingan akhir setelah ditambah jumlah muka surat daripada 304 menjadi 320. Sambil itu saya telah meminta seorang kawan yang biasa dengan dunia buku membuat reka bentuk kulit kedua-dua buku.

Dalam keadaan ini susah saya hendak keep track nama pembeli dan duit siapa yang masuk jika diberikan nombor akaun sekarang. Adalah baik itu dilakukan setelah didirikan satu page khas untuk pre-order. Insyaallah ini akan dibuat sebaik sahaja mendapat reka bentuk kulit atau draf yang sesuai. Di sini biarkan diberikan teaser untuk kedua-dua buku :-



Buku 1 - Kajian DNA menunjukkan orang Melayu sudah menduduki Asia Tenggara seawal 60,000 tahun lalu. Maklumat daripada Al-Quran dan kitab pula menyatakan Nabi Adam turun ke muka bumi tak sampai 10,000 tahun lalu. Kalau begitu bagaimanakah orang Melayu boleh menjadi keturunan Nabi Adam? Atau apakah Melayu merupakan keturunan manusia lebih awal yang dikenali sebagai Adam sebelum Adam?


Buku 2 - Banyak kajian dari luar negara telah menegaskan bahawa di Alam Melayu ini pernah wujud satu benua besar yang menjadi punca ketamadunan dunia sejagat. Adakah ini bermakna Nabi Adam AS diturunkan dari syurga ke Alam Melayu? Buku ini cuba menyusun kembali duduk letak sejarah pergerakan manusia menurut zaman kehidupan 25 orang Nabi yang patut diketahui orang Islam. Apabila diselaraskan waktu antara turunnya baginda ke muka bumi menurut kitab berbanding munculnya manusia pertama Homo Sapiens seperti kita menurut sains hasil dan implikasinya amat memeranjatkan.



Sementara itu terus nyatakan minat melalui ruangan komen ya. Saya ambil daripada status sebelum ini. Sila copy paste dan tambah nama...


SENARAI MEREKA YANG BERMINAT UNTUK PRE-ORDER (2 TAJUK BUKU SEKALIGUS)


1. Buck Rahman = Mohd Bakeri Ab. Rahman - 013-9279566
2. Poksu May
3. Hasanuddin Yusof
4. Hasanuddin Md Isa 
5. Hasbullah Abdullah
6. R.A. Huzaifah
7.mohd Hazri 
8. Jeffri Shah Sahrin 0138535556
9.Muhammad Fiqri 0172788536
10. Muhamad Firdaus Razak 0126657941
11. Nazila Jaafar 
12.Ayob Tan h/p0102253250
13.rza Bobbydigital - Mohammad Yusrizal bin Mohd Uri 013-8367397
14. hailmy alghazali
15. Apis Hafiz 019-3393290
16. Noor Hayati Muhammad 0106590865
17. Zulkifli Yusof (FB: Zul Yusof)
18.rafidah ahmad
19.Mohd Rosli Ikhwan 
20.Tok Likong 0136248651
21. Hishamudin bin Mohamad Twontawi - 134961425
22. HAIRUL NIZAM BIN DAUD 0196261578
23. Muhd Huzaimi Razhi 
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.
33.
36. 
35.
36.
37.
38.
39.
40.
41.
42.
43.
44.
45.
46.
47.
48.
49.
50.
51.
52.
53.
54.
55.
56.
57.
58.
59.
60.
61.
62.
63.
64.
65.
66. 
67.
68.
69.
70.


-------------


Tadi beberapa minit selepas masuk waktu Zohor saya menerima pre-order atau tempahan ke-40. Kebetulan ini berlaku selepas proses suntingan akhir sampai pada Bab 4 buku 1. Saya pun membuat update berikut di FB...




PETANDA BAIK BAGI BUKU BARU - DAH MASUK 40 PRE-ORDER

Alhamdulillah. Sukacita dimaklumkan jumlah pre-order untuk buku baru saya yang mahu diterbitkan sendiri secara berkembar dua buah buku pada harga RM55 setiap satu telah menerima pre-order atau tempahan ke-40 sejurus selepas masuk waktu Zohor tadi. Senarai pre-order yang baru dimulakan 2 hari lalu menarik banyak minat walaupun belum dibuka page rasmi pre-order kerana menunggu satu dua perkara lagi selesai tentang buku. Kebetulan ketika itu proses editting lapis akhir sudah masuk muka surat pertama Bab 4 buku satu. Dengan itu biar penambahan untuk senarai seterusnya disambung di ruangan komen status update ini ya. Sila copy, tambah nama dan paste pada komen sini...



SENARAI MEREKA YANG BERMINAT UNTUK PRE-ORDER (2 TAJUK BUKU SEKALIGUS)

1. Buck Rahman = Mohd Bakeri Ab. Rahman - 013-9279566
2. Poksu May
3. Hasanuddin Yusof
4. Hasanuddin Md Isa
5. Hasbullah Abdullah
6. R.A. Huzaifah
7.mohd Hazri
8. Jeffri Shah Sahrin 0138535556
9.Muhammad Fiqri 0172788536
10. Muhamad Firdaus Razak 0126657941
11. Nazila Jaafar
12.Ayob Tan h/p0102253250
13.rza Bobbydigital - Mohammad Yusrizal bin Mohd Uri 013-8367397
14. hailmy alghazali
15. Apis Hafiz 019-3393290
16. Noor Hayati Muhammad 0106590865
17. Zulkifli Yusof (FB: Zul Yusof)
18.rafidah ahmad
19.Mohd Rosli Ikhwan
20.Tok Likong 0136248651
21. Hishamudin bin Mohamad Twontawi - 134961425
22. HAIRUL NIZAM BIN DAUD 0196261578
23. Muhd Huzaimi Razhi
24. Awang Zuhud
25. Ahmad Ab Wahid
26. Azhar
27. Nur Salwani Zainuddin-01110834971
28. Azlan Shah Mustafa - 0192322842
29. Mohd Aswade Ali +965-94920317
30. MOHAMAD IKHWAN SHAFIQ BIN RUSHDAN ( FB : Ikhwan Shafiq ) 0189100680
31. Aidawati Dahari (0123996026)
32. Rosdan Abdul Manan (019 2861794)
33. SirNoordin Khalid
34. Jimio Zuraiman - 0166010484
35. Azhari Saari
36. Muhd Habil Mat Nor 0195150148
37. Siti Aminah
38. Shaharul Ezlan 0195505484
39. Nizam 0122513408
40. Mohammad Afkar 0192862499
41.
42.
43.
44.
45.
46.
47.
48.
49.
50.
51.
52.
53.
54.
55.
56.
57.
58.
59.
60.
61.
62.
63.
64.
65.
66.
67.
68.
69.
70.



-------------


Saya pun menyambung proses penyuntingan. Sesekali keluar notis di bahagian kiri bawah skrin komputer riba apabila muncul komen atau maklum balas baru melibatkan saya di FB. Tiba-tiba didapati ada orang mengucapkan tahniah pada satu update tentang buku baru saya lain yang baru masuk ke pasaran bulan lepas. Buku adalah seperti dinyatakan dalam artikel Buku baru "Membela Syiar" sudah berada di pasaran. Update berkenaan dibuat apabila dapat menatapnya di kedai buku Rabu lalu.

Sebenarnya isteri yang buat kemudian tag saya. Teksnya mudah : "Empunya diri baru berkesempatan tengok buku sendiri.". Ini gambar yang isteri ambil lalu letak di FB beliau...


Melihat gambar berserta komen timbul rasa gembira bercampur sayu. Gembira kerana satu lagi buku saya telah keluar setelah lama menunggu lalu saya dapat menatapnya. Sedih kerana saya sendiri belum memiliki walau senaskah. Sebabnya membuat saya mula menaip untuk meluahkan rasa dalam satu status baru di FB.

Masuk perenggan ke-5 saya rasa lebih baik ia dikongsikan di blogspot kemudian baru attach atau pautkan ke FB. Ini yang membawa untuk menulis artikel ini.. Berikut adalah luahan rasa tersebut...


TENTANG BACKLOG PENULISAN YANG MENGGANGGU KETENTERAMAN JIWA 

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya sibuk hendak mengeluarkan 2 lagi buku baru malah mahu menerbitkannya sendiri. Walhal baru bulan lepas buku saya yang ke-10 masuk ke pasaran merangkap buku ke-3 bersama Hijjaz Publishing Records (HRP). Ceritanya begini. Sebenarnya saya 'hutang' banyak penulisan sejak tahun 2012.  

Saya ada satu projek buku tentang Melaka yang dimulakan awal tahun itu tetapi terbengkalai sejak akhir tahun tersebut. Demi untuk mendapatkan kembali rentak penulisan saya anjurkan acara pertama HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman). Asalnya untuk hilangkan mental block. Tengok-tengok dah 'melarat' jadi 20 event di merata Semenanjung Malaysia termasuk 2 kali ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).

Di celah-celah itu iaitu pada awal tahun 2015 saya telah dihubungi HRP untuk kerjasama penulisan buku baru. Saya telah menjanjikan 2 tajuk baru, satu tentang Perak satu tentang Melaka (tak sama dengan projek buku Melaka tahun 2012) dahulu. Sebelum itu iaitu pada penghujung tahun 2014 pula saya diajak oleh pakar akademik terkemuka, Dato Dr (Prof) Othman Yatim untuk menulis satu buku baru tentang Beruas. Ini berikutan saya merancang untuk mengadakan acara ke-15 HIKMAH di Beruas. Beliau mahu saya bersama memanjangkan kajian yang pernah beliau buat bersama seorang pakar akademik senior iaitu Profesor Emeritus Dato' Dr Nik Hassan Shuhaimi dalam buku "Beruas Kerajaan Kuno di Perak".

Itu cerita dahulu. Kemudian saya diminta agar bergerak sendiri, mungkin kerana kesalahan tmendedahkan beberapa bahan yang beliau serahkan kepada saya menjadi tatapan umum. Apa pun saya rasa cuma akan menangani subjek Beruas selepas selesai menyajikan manuskrip lengkap buku tentang Perak diikuti Melaka untuk HRP. Tengok-tengok asyik sangkut aje penulisan.

Nasib baik HRP  telah bersetuju untuk menerbitkan kembali siri trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”. Itu yang nampak macam produktif sehingga sudah keluar 3 buku bersama mereka, pertama pada September 2015,  kedua pada Mei 2016, ketiga pada Disember 2017 baru ini. Tapi itu adalah pengembangan daripada siri trilogi asal novel travelog sejarah "Berpetualang ke Aceh" yang saya terbitkan sendiri 2006-2007. Ia adalah pemecahan setiap buku asal menjadi 2 buku baru. Ditambah banyak maklumat sokongan, peta dan gambar-gambar berwarna-warni ini membentuk 6 buku dalam siri baru "Pengembaraan Merah Silu" terbitan HRP.

Daripada segi itu ia adalah persembahan baru yang segar boleh menarik ramai pembaca baru berbanding buku asal hitam putih yang sangat padat teks. Namun ia masih cerita yang sama sedangkan saya harus menghasilkan buku atau tajuk-tajuk yang betul-betul baru untuk HRP.. Itu yang disebut pada perenggan atas saya 'berhutang' 2 tajuk baru, satu tentang Perak, satu tentang Melaka. Tetapi penulisannya asyik tersangkut pula. Sebaliknya saya mendapat kelancaran menulis tajuk lain tentang masa lalu timbullah penulisan seperti ditunjukkan dalam artikel Nabi Adam AS dan orang Melayu 60,000 tahun lalu - Bagaimanakah hubungan sebenarnya? dan Benua Tua Melayu - Betulkah ia sumber peradaban dunia? .

Sebetulnya buku tentang Nabi Adam dan orang Melayu itu pernah saya suakan manuskrip pertama siapnya awal tahun 2016 kepada HRP. Tetapi setelah menunggu lama terasa mereka seperti tidak berminat lalu saya menajamkan lagi isi malah memanjangkannya menjadi satu lagi buku dengan niat untuk menerbitkan sendiri... agar apa yang ditonjolkan mendapat perhatian golongan akademik dan agamawan untuk membincangkannya bersama. Oleh kerana dalam tempoh masa sejak itu sehingga sekarang saya belum dapat menyiapkan buku tentang Perak seperti dijanjikan kepada HRP saya pun jadi malu untuk berhubung dengan mereka. Hinggakan keluar buku ketiga saya pun tak tahu seperti dinyatakan dalam artikel Buku baru "Membela Syiar" sudah berada di pasaran. Sampai nak minta beberapa naskah percuma yang merupakan hak saya sebagai penulis pun tak sanggup. Itu yang belum memiliki naskah sampailah kini.

Adapun buku tentang Perak itu bukan tak gerak langsung. Cuma lambat sangat alirannya seolah-olah ada halangan batin mengganggu takut saya mendedahkan perkara-perkara yang boleh mengancam kepentingan pihak tertentu. Buat masa ini saya merasakan cuma dapat menyambung kembali penulisan tentang Perak setelah dua buku baru melibatkan masa itu sekurang-kurangnya selamat masuk ke kilang cetak. Apa pun terasa begitu banyak backlog perlu diselesaikan sebelum betul-betul dapat merasa lega, Selesai hal dua buku tentang masa, harus siap satu buku tentang Perak diikuti tentang Melaka untuk HRP. Kemudian baru buku tentang Beruas diikuti projek awal tahun 2012. Di celah-celah itu saya juga harus meneruskan penulisan di blogspots termasuk perkongsian tentang perjalanan ke Thailand 12-23 Disember.

Sebetulnya sejak tahun lepas saya merasakan seperti tidak dapat melihat masa hadapan langsung selagi tidak siap kerja-kerja penulisan yang tertunda . Dicampur pelbagai gelagat manusia tak tahu  diuntung ini yang membawa saya untuk membuat keputusan menghentikan apa-apa penganjuran acara HIKMAH setelah berlangsung acara ke-20 di Aceh 19 Mac 2017. Saya harus menyelesaikan penulisan yang tertunda sebelum dapat berfikir dengan jelas hal-hal lain yang perlu dilakukan selain buku. Berbanding semua ini 3 buku lagi bawah siri baru "Pengembaraan Merah Silu" untuk melengkapkan 6 buku hasil pengembangan siri trilogi asal "Berpetualang ke Aceh" terasa agak mudah, boleh dilakukan bila-bila masa yang dikehendaki, Cukup luahan rasa...



Isnin, Januari 01, 2018

Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Mukadimah Hulu Perak dan kerajaan Melayu Reman

Salam tahun baru 2018. Tanpa melupakan hari ini Isnin sudah 13 Rabiulakhir 1439 Hijriah menurut perkiraan kalendar Islam ingin saya mempersembahkan artikel pertama bagi tahun baru Gregorian iaitu mengikut kalendar Masihi Barat. Merujuk kepada artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Bayangan untuk cerita akan datang yang ditulis 26 Disember lalu. Ada pun sudah diberikan sedikit gambaran tentang penceritaan untuk perjalanan ke Thailand yang selamat dilaksanakan 12-23 Disember. Rancangan sebelum melakukan perjalanan pula telah dikongsikan melalui artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Satu perjalanan jauh penuh harapan hujung tahun 2017 tepat 3 minggu lalu. Sekarang biar mula dikongsikan cerita perjalanan itu sendiri daripada hari ke hari...



Asalnya perjalanan mahu dimulakan selepas Asar petang Selasa  12 Disember 2017. Namun seorang kawan yang katanya mengikut petua kitab lama menasihatkan agar dimulakan hari Rabu. Oleh kerana malam itu akan masuk Rabu menurut kalendar Islam kami pun menunggu sampai waktunya. Setelah seorang lagi kawan yang mahu bersama sampai selepas masuk waktu Isyak kami pun mengatur barangan yang ingin dibawa ke dalam kereta. Kereta-kereta kawan pula diletakkan dalam garaj seberang jalan hadapan rumah, satu lagi kereta milik keluarga kami tinggalkan dalam kawasan pagar rumah.

Kereta yang digunakan adalah Kia Carens generasi pertama tahun 2001 yang sudah jarang boleh ditemui di mana-mana. Saya beli 2nd hand lebih 3 tahun lalu dan ia telah berumur lebih 16 tahun. Dengan 3 baris kerusi termasuk kerusi pemandu ia cukup selesa untuk memuatkan saya, isteri,dua anak kecil dan dua orang kawan dewasa. Sebab musabab perjalanan dan kenapa ia diberi nama "Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya" telah diterangkan dalam artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Satu perjalanan jauh penuh harapan hujung tahun 2017. Apa yang belum diberitahu adalah kenapa terdapat dua orang kawan dewasa turut sama sedangkan dalam artikel itu disebut kami mahu membawa dua orang anak besar.


Memang itulah rancangan asal. Kami mahu membawa seorang anak yang baru lepas menduduki SPM dengan adiknya yang tahun ini masuk Tingkatan 4. Mereka adalah anak isteri dengan bekas suami. Tetapi ayah mereka tidak berapa yakin mahu melepaskan anak-anak apabila mendapat tahu kami mahu memasuki kawasan selatan Thailand terutama Patani yang cukup terkenal dengan pergolakan bersenjata tembak-menembak dan bunuh orang. 

Dia yang lahir dan membesar di Kota Bahru, Kelantan, masih berulang alik bercuti berjumpa sanak saudara di sana pun tidak berani menyeberangi sempadan yang cukup dekat lantaran pelbagai berita buruk yang biasa didengar. Apabila anak-anak besar tidak mahu ikut disebabkan ayah mereka bimbang itu yang dibuka ruang untuk dua orang kawan dewasa ikut bersama. Kami pun bersetuju dengan cara pembahagian kos makan minum, penginapan dan duit minyak supaya dapat bersama menjimatkan belanja. Jam 8.57 malam kami meninggalkan rumah. Masuk ke Tanjung Malim, Perak untuk menyelesaikan satu perkara...



Kami singgah di pusat seni dan hiburan merangkap kedai makan Sarang Art Hub milik pengarah filem terkenal Mamat Khalid. Isteri mahu menghantar sehelai baju hias iaitu semacam jaket busana tradisional Melayu atas jenama miliknya Bona Fida yang ditempah seorang anak Mamat. Rujuk blogspot Bona Fida (klik pada nama). Dah alang-alang sampai kami makan malam sekali. Sambil makan kami mendengar hiburan live yang menjadi kebiasaan setiap petang dan malam di sana.


Sebelum makan tiba-tiba terdengar kugiran di hadapan memulakan irama muzik awal lagu klasik Kamelia dendangan  kumpulan hard rock terkenal tahun 70an hingga 80an Sweet Charity. Saya tidak dapat menahan diri daripada menuju ke pesta lalu mengambil mike untuk menyanyi. Sebetulnya saya sudah beberapa kali 'melayan' menyanyikan lagu-lagu klasik rock apabila berada di Sarang. Tapi kali ini saya cuma nyanyi satu lagu sahaja kerana harus beringat sedang memulakan perjalanan jauh yang dijangka mencapai jarak lebih 5,000 km dalam tempoh kurang dua minggu. 

Dan lagi kami mahu membuat rakaman video sepanjang perjalanan di mana saya perlu bercakap menerangkan perjalanan dan tempat-tempat. Sebetulnya tekak saya kurang sedap hari itu. Tetapi terdengar sahaja irama lagu Kamelia berkumandang terus rasa tak tahan hendak berdendang. Cukuplah satu itu kemudian kena simpan suara untuk rakaman.


Pun begitu kami melepak agak lama di Sarang. Jam 11 malam baru menyambung kembali perjalanan. Laluan pilihan untuk masuk ke sempadan Thailand melalui Rantau Panjang di Kelantan telah ditunjukkan dalam artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Satu perjalanan jauh penuh harapan hujung tahun 2017, Menurut Goggle Map lebih dekat ikut laluan timur Raub-Kuala Lipis-Gua Musang-Jeli. dari rumah di Sungai Buaya, Rawang kerana jaraknya 435 km. Namun lebih cepat mengikut laluan ke Ipoh-Kuala Kangsar-Gerik-Tasik-Banding-Jeli walau lebih jauh iaitu 464 km. Ini kerana sebahagian daripadanya mengikut Lebuh Raya PLUS. Tol masuk ke lebuh raya pun cuma 4 km dari rumah...


Itu yang kami turuti lalu mengambil kesempatan singgah di Sarang Art Hub. Keluar di tol Tanjung Malim dah boleh masuk ke bandar kemudian masuk kembali lebuh raya ke utara melalui tol Behrang. Kami keluar lebuh raya di tol Kuala Kangsar lalu mengambil jalan biasa ke Gerik. Sampai di Lawin 24 km sebelum Grik singgah ke makam seorang pembesar Melayu Perak terkenal abad ke-16 Masihi iaitu Tun Saban. 

Cerita tentang beliau boleh diikuti melalui artikel lama Makam (Tomb of) Tun Saban di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Ketika sampai di makam sudah jam 1.43 pagi.


Kami sampai ke Gerik jam 2.09 lalu terus menuju ke masjid jamiknya. Kami mahu berehat seraya beriktikaf di masjid sebelum meneruskan perjalanan masuk ke Thailand. Untuk pengetahuan Gerik adalah ibu daerah Hulu Perak. Daerah ini meliputi seluruh kawasan hulu negeri Perak yang bersempadan dengan negeri Kedah ke barat, Kelantan ke timur dan negara Thailand ke utara. 



Sebetulnya 24 km selepas meninggalkan tol Kuala Kangsar kami sudah masuk ke daerah Hulu Perak. Menariknya Gerik pernah termasuk di dalam kawasan kerajaan Melayu Reman yang dikatakan berdiri daripada tahun 1810 hingga 1902. Sebelum itu ia adalah salah satu jajahan takluk kerajaan Melayu besar Patani.  Menurut satu cerita Patani dan Perak pada zaman Sultan kedua Perak, Sultan Mansur Syah (memerintah 1549-1577) telah menetapkan sempadan di Tapong, utara atau atas sedikit dari Tasik Banding dalam hutan Belum. Perlu diingatkan bahawa Tasik Banding adalah tasik buatan besar yang terbentuk akibat Sungai Perak diempang iaitu dibuat empangan sekitar setengah abad lalu. 



Reman muncul sebagai kerajaan sendiri setelah beberapa lama Patani kalah lalu jatuh ke bawah  kekuasaan kerajaan Siam yang berpusat di Bangkok tahun 1785. Kerajaan Patani kemudian dipecah-belahkan menjadi beberapa wilayah pentadbiran lalu seorang kerabat diraja Patani mengisytiharkan Reman bebas berdiri sebagai kerajaan sendiri tahun 1810. Kini nama wilayah dan kerajaan Reman sudah hilang daripada peta moden. Separuh wilayahnya jatuh ke dalam sempadan negeri Perak separuh lagi menjadi wilayah Yala di selatan negara Thailand. Sesungguhnya daerah Hulu Perak atau sebahagian daripadanya adalah tinggalan kerajaan Reman pada suatu zaman. Maka bermalam di Masjid Gerik boleh dikatakan bermalam di Reman sebagai mukadimah di Hulu Perak untuk perjalanan kami ke Thailand 12-23 Disember.