Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, Mei 18, 2008

Gunung Stong, air terjun tinggi, sakit perut yang amat sangat dan Chik Siti Wan Kembang...

Beberapa hari lepas, saya ada meletakkan 3 buah gambar yang menunjukkan kedudukan sebuah air terjun tinggi di Gunung Stong, Dabong, Kelantan... Sebagai mukadimah untuk sebuah cerita yang akan datang. Untuk makluman, air terjun ini yang mempunyai satu tingkat besar pada ketinggian 1,000 kaki daripada paras laut dinyatakan sebagai air terjun tertinggi di Asia Tenggara!

Sekarang sudah sampai masanya untuk mengeluarkan cerita ini... Tetapi masih dalam mood bercerita dengan gambar sahaja ya, satu mood yang cuma akan tamat setelah selesai mengeluarkan segala gambar yang perlu tentang perjalanan terbaru saya ke Pantai Timur yang telah tamat lebih sebulan lalu.

Adapun cerita ini dimulakan dengan gambar masjid di Dabong dalam keheningan pagi selepas solat Subuh. Di masjid itulah saya bermalam selepas sampai di situ setelah tengah malam, dengan menaiki keretapi daripada Kota Bahru.

Di masjid itu, saya telah diserang sakit perut berserta penyakit kejang otot, demam-demam dan ceret-beret yang sangat teruk. Bukan sahaja saya tidak dapat betul-betul tidur malah hampir sepanjang malam itu saya mengerang kesakitan selain terpaksa berulang-alik masuk ke tandas masjid... Mungkin sebab malam itu saya tidak makan apa-apa kecuali kerepek ubi kentang pringles?

Mungkin keadaan ini menjadi teruk juga akibat kepenatan mengembara tidak berhenti di Pantai Timur sejak 3 minggu sebelum itu? Dan lagi, sejak saya berhenti merokok secara mendadak hampir 2 tahun lalu, memang saya selalu diserang sakit-sakit sendi dan urat yang amat sangat... Ini belum dikira kesan segala beban hidup yang dialami lebih-lebih lagi setelah lama tidak bekerja dan tidak berumahtangga, sentiasa sahaja mengembara ke sana ke mari untuk memahami keadaan yang menimpa seorang diri dalam keadaan terpinga-pinga dan orang yang tidak memahami sering menghina...

Apapun, pagi itu selepas solat Subuh, dalam kesakitan yang belum surut itu lagi, saya gagahkan diri juga untuk memanjat Gunung Stong demi melihat air terjun tinggi yang saya pertama kali sampai 8 tahun lalu... Ketika mengembara seorang diri menaiki motosikal ke Perak seterusnya masuk ke Jeli, Kelantan kemudian mahu ke Gua Musang melalui Dabong, melalui sebuah jalan tepian Banjaran Titiwangsa yang rupa-rupanya telah rosak teruk.

Gambar-gambar yang ada ini sedikit pun tidak dapat membayangkan kesakitan yang saya alami ketika itu selain penat-lelah teruk dan kejang-kejang otot sehingga terasa seperti mahu "tercabut pinggang" ketika memanjat sebahagian gunung... Sepertimana cerita-cerita yang saya buat di mana-mana blogspot saya yang ada tidak dapat membayangkan segala susah-payah sebenar dan air-mata darah yang mengalir dalam pengembaraan untuk mengorek cerita-cerita yang tersembunyi... Kecuali apabila saya tergerak untuk meluahkan rasa secara jujur demi untuk melicinkan gerak bercerita yang boleh jadi tersekat apabila dilanda masalah.

Cukuplah dikatakan Gunung Stong yang bersambung dengan Gunung Ayam dan sebuah lagi gunung, kalau tak salah ingatan namanya Gunung Cintawangsa menyimpan rahsianya yang tersendiri. Di sini dikatakan tempat persemayaman terakhir raja perempuan Kelantan dahulukala yang terkenal iaitu Chik Siti Wan Kembang.

Selain itu saya terasa sesuatu yang menarik tentang batu-batan dan galian yang terdapat di sini. Air gunungnya yang berwarna sedikit kekuningan melambangkan satu kandungan mineral yang tertentu... Setakat ini air berciri serupa cuma pernah saya lihat di kawasan air terjun Kota Tinggi, Johor dan air terjun Lata Kekabu di Perak.

Lihat pula 2 gambar terakhir yang menunjukkan batu-batan yang kelihatan ada warna-warna metallic... Agak-agaklah, apa yang terkandung di dalam batu batan ini? Sekian! :]





















Sabtu, Mei 17, 2008

Sekitar majlis hol almarhum Ustaz Wan Saghir yang pertama...

Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan bahawa majlis hol almarhum atau ulangtahun kewafatan yang pertama bagi memperingati jasa-jasa pengkaji sejarah ulamak Melayu Nusantara yang terkenal, Ustaz Wan Saghir telah selamat diadakan di Dewan Sheikh Daud Al-Fathani dan Dewan Sheikh Ahmad al-Fathani siang tadi. Turut memeriahkan majlis ini adalah beberapa orang pembaca setia blogspot ini... Terimakasih kerana sudi datang!

Majlis berjalan lancar menurut program yang tertera. Cuma saya sampai lambat setengah jam lalu tidak sempat mengikuti majlis tahlil... Apapun alhamdulillah, saya dapat mengikuti sehingga habis 2 kertas kerja yang dibentangkan berserta syarahan oleh Ustaz Hj Ahmad Shukri Ghazali(Penyelidik Manuskrip & Khazanah Klasik) dan Ustaz Muhatir bin Hj Joll (Pensyarah di Pusat Asasi, UIA). Mereka memutar kembali usaha-usaha almarhum Ustaz dalam memartabatkan kembali para ulamak Melayu dahulukala serta kitab-kitab mereka, usaha yang dimulakannya sejak berumur 12 tahun kemudian menjangkau tempoh penyelidikan seraya merantau ke seluruh pelusuk Nusantara dalam tempoh 48 tahun!

Di sini sukacita dimaklumkan... Para peminat sejarah para ulamak lama juga kitab-kitab mereka termasuk transliterasi juga kertas-kertas kerja kajian almarhum Ustaz tentang perkembangan Islam di Nusantara dialu-alukan untuk datang ke Dewan Sheikh Daud Al-Fathani dan Dewan Sheikh Ahmad al-Fathani pada bila-bila masa waktu pejabat. Saya difahamkan tempat ini sentiasa terbuka untuk mereka yang ingin mengkaji juga sekadar yang mahu melihat.

Sesiapa yang berminat boleh hubungi Ustaz Abdul Halim (013-356 4496), Ustaz Azrul (016-352 0094), juga Ustaz Kamarulzaman (013-385 0361). Atau terus sahaja pergi ke Dewan Sheikh Daud al-Fathani dan Dewan Sheikh Ahmad al-Fathani di alamat nombor 36 & 38, Jalan Batu Geliga Satu, Taman Melewar, 68100 Batu Caves, Selangor . Sekian! :]
















Khamis, Mei 15, 2008

Jangan lupa... Majlis hol almarhum Ustaz Wan Saghir Sabtu ini!

Kalau ikutkan saya tak mahu buat apa-apa posting lagi sehingga mungkin hujung minggu nanti sebab syok dengan nombor 313 iaitu jumlah posting di sini setelah siap posting Gunung Stong semalam. Tetapi mengingat amanah serta harapan orang agar saya dapat mengajak lebih ramai menghadari majlis yang tersebut ini maka biarlah diwar-warkan sekali lagi.

Di bawah ini saya copy and paste sekali lagi isi program dan surat jemputan terbuka ke majlis ini ya. Harap kawan-kawan dapat datang memeriahkan suasa... Pahala dapat, makan minum free pun ada menunggu. Insyaallah... Sekian! :]




PENGKAJI

MAJLIS TAHLIL UNTUK ULAMA SILAM ALAM MELAYU
&
PEMBENTANGAN MAKALAH

SEMPENA MEMPERINGATI
TAHUN PERTAMA KEWAFATAN
SYEIKH WAN MOHD SHAGHIR ABDULLAH AR-RIAWI AL-FATHANI
(25 RABI’UL AWWAL 1428 H-25 RABI’UL AWWAL 1429 H)

Dengan segala hormatnya menjemput,
YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan

……………………………………………………………………………… suami/isteri

ke Majlis Memperingati Kewafatan
Syeikh Wan Mohd Shaghir ar-Riawi al-Fathani & Syeikh Wan Ahmad al-Fathani
di
Dewan Syeikh Daud al-Fathani & Dewan Syeikh Ahmad al-Fathani
bertempat di
No 36 & 38, Jalan Batu Geliga Satu, Taman Melewar, 68100 Batu Caves, Selangor D.E
pada hari Sabtu, 17 Mei 2008 M/12 Jumadil Awwal 1429 H

Pengesahan & Pertanyaan, Hubungi:
Abd Halim bin Muhamed : 013-356 4496
Azrul bin Basarudin : 016-352 0094
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ATURCARA MAJLIS

0 8.00 – 09.00 pagi : Kehadiran Tetamu

09.00 – 09.25 pagi : Tahlil Arwah & Doa Untuk Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah Serta Seluruh Para
Ulama Dunia Melayu, Pimpinan YBhg. Ustaz Zakaria bin Awang

09.25 – 09.40 pagi : Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis

0 9.40 – 09.55 pagi : Kata alu-aluan oleh Tuan Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Pengerusi Jawatankuasa Haul Merangkap Pengerusi PENGKAJI

09.55 – 10.10 pagi : Ucaptama oleh Anaknda al-Marhum, Wan Muhammad Autad bin Syeikh Wan Mohd Shaghir

10.10 – 10.25 pagi : Tayangan Video Klip berkaitan Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah ar-Riawi al-Fathani

10.25 – 10.45 pagi : Jamuan Ringan

10.45 – 11.45 pagi : Pembentangan Sesi I & Soal Jawab:
YBhg. Ustaz Hj Ahmad Shukri Hj Ghazali
Penyelidik Manuskrip dan Khazanah Klasik & Imam Masjid Sungai Udang Klang, Selangor
Tajuk: Kesinambungan Perjuangan Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah Rantaian Dari
Kegemilangan Ulama Silam Khususnya Syeikh Ahmad al- Fathani dan Syeikh Daud al-Fathani

11.45 – 12.45 tghari : Pembentangan Sesi II & Soal Jawab:
YBhg. Ustaz Muhatir bin Hj Joll
Pensyarah di Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa
Tajuk: Sumbangan Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah Dalam Usaha Memertabatkan Kitab-
Kitab Melayu/Jawi di Nusantara

12.45 – 12.55 tghari : Penyampaian Cenderahati Kepada Pembentang dan Tetamu Jemputan

12.55 – 01.15 ptg : Kunjungan Ke Tempat Jualan dan Pameran Koleksi Karya Ulama Dunia Melayu oleh
Khazanah Fathaniyah dan PENGKAJI

01.15 – 01.45 ptg : Jamuan Makan & Bersurai


----------------------------------


Majlis Tahlil
Untuk Ulama Silam Alam Melayu &
Pembentangan Makalah
Sempena MEMPERINGATI
TAHUN PERTAMA KEWAFATAN
SYEIKH WAN MOHD SHAGHIR AR-RIAWI AL-FATHANI
(25 RABI’UL AWWAL 1428-25 RABI’UL AWWAL 1429)

17 Mei 2008 M/
12 Jumadil Awwal 1429 H

Bertempat di
Dewan Syeikh Daud al-Fathani &
Dewan Syeikh Ahmad al-Fathani
No 36 & 38, Jalan Batu Geliga Satu,
Taman Melewar, 68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan

Pemakalah:
YBhg. Ustaz Hj Ahmad Shukri bin Hj Ghazali
(Penyelidik Manuskrip & Khazanah Klasik)
YBhg. Ustaz Muhatir bin Hj Joll
(Pensyarah di Pusat Asasi, UIA)




Anjuran Bersama
Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia(PENGKAJI)
&
Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur

Kehadiran Terbuka Kepada Umum, Sesiapa Berminat Sila Hubungi:
Urusetia 03-6189 7231, Abd Halim 013-356 4496, Azrul 016-352 0094, Kamarulzaman 013-385 0361


-------------------------


Majlis Tahlil
Untuk Ulama Silam Alam Melayu &
Pembentangan Makalah
Sempena MEMPERINGATI
TAHUN PERTAMA KEWAFATAN
SYEIKH WAN MOHD SHAGHIR AR-RIAWI AL-FATHANI
(25 RABI’UL AWWAL 1428-25 RABI’UL AWWAL 1429)

17 Mei 2008 M/
12 Jumadil Awwal 1429 H

Bertempat di
Dewan Syeikh Daud al-Fathani &
Dewan Syeikh Ahmad al-Fathani
No 36 & 38, Jalan Batu Geliga Satu,
Taman Melewar, 68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan

Pemakalah:
YBhg. Ustaz Hj Ahmad Shukri bin Hj Ghazali
(Penyelidik Manuskrip & Khazanah Klasik)
YBhg. Ustaz Muhatir bin Hj Joll
(Pensyarah di Pusat Asasi, UIA)




Anjuran Bersama
Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia(PENGKAJI)
&
Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur

Kehadiran Terbuka Kepada Umum, Sesiapa Berminat Sila Hubungi:
Urusetia 03-6189 7231, Abd Halim 013-356 4496, Azrul 016-352 0094, Kamarulzaman 013-385 0361


-------------------------


TAHUN PERTAMA KEWAFATAN
SYEIKH WAN MOHD SHAGHIR ABDULLAH AR-RIAWI AL-FATHANI
(25 RABI’UL AWWAL 1428 H-25 RABI’UL AWWAL 1429 H)

Anjuran Bersama
Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia(PENGKAJI)
PENGKAJI & KHAZANAH
Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur FATHANIYAH


Tarikh : 17 Mei 2008 M/12 Jumadil Awwal 1429(Sabtu)

Tempat : Dewan Syeikh Daud al-Fathani & Dewan Syeikh Ahmad al-Fathani
No 36 & 38, Jalan Batu Geliga Satu, Taman Melewar, 68100 Batu Caves, Selangor

Masa : 8.00 pagi – 1.30 petang

Program : Majlis Tahlil arwah untuk Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah ar-Riawi al-Fathani dan
seluruh ulama dunia Melayu khususnya Syeikh Ahmad al-Fathani dan Syeikh Daud al-
Fathani

: Memperingati Tahun Pertama Kewafatan Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah
ar-Riawi al-Fathani.
Ucaptama : Anaknda al-Marhum, Wan Muhammad Autad bin Syeikh
Wan Mohd Shaghir

Pembentang 1 : Ybhg. Ustaz Haji Ahmad Shukri bin Haji Ghazali
Penyelidik Manuskrip dan Khazanah Klasik
Pembentang 2 : YBhg. Ustaz Muhatir bin Joll
Pensyarah di Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa

: Tayangan Klip Video Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah ar-Riawi al-Fathani

: Pameran Koleksi Karya-Karya Ulama Dunia Melayu Siri Ke 100
oleh Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia(PENGKAJI)

: Jualan Pelbagai Koleksi Terbitan Khazanah Fathaniyah
Kitab/Buku/Kertas Kerja/Foto Ulama & Tokoh/Poster/Kad Hari Raya/Stiker dan lain-
lain

Penyertaan seramai 300 orang tertakluk kepada pendaftaran awal.
Penyertaan dan kehadiran terbuka kepada umum.

Sesiapa Yang Berminat Sila Hubungi:
Urusetia Memperingati Tahun Pertama Kewafatan
Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah ar-Riawi al-Fathani
Pejabat PENGKAJI
No 40, Jalan Batu Geliga Satu, Taman Melewar, 68100 Batu Caves, Selangor D.E
Tel/Fax: 03-6189 7231 Email: pengkaji_khazanah@yahoo.com
Abd Halim: 013-356 4496, Azrul: 016-352 0094, Kamarulzaman: 013-385 0361

Apa ada di Gunung Stong?

Ya... Apa ada di Gunung Stong yang terletak berhampiran pekan Dabong, Kelantan? Nanti bila datang angin, Insyaallah saya cerita ya... Oooppsss... Cerita dengan gambar sahaja le tapi cerita jugak kan? Bukankah pepatah Mat Saleh ada menyebut "a picture can tell a thousand words", sebuah gambar boleh menceritakan seribu perkataan ?

Maka cubalah dapatkan seribu perkataan daripada setiap gambar yang dipaparkan ya... Kalau saya nak tulis seribu perkataan untuk setiap gambar sudah tentu memenatkan... Sudahlah penat, ada pula orang yang suka mengutuk kerana tidak tahu menghargai usaha serta penat-lelah saya berkongsi cerita di sini... Penat le .

Apapun, ini adalah posting saya yang ke 313 di sini... Dulu saya ada menyebut tentang nombor 313 ini dalam satu posting lalu ada orang ingat sudah ada 313 posting di sini ketika itu... Tidak, semasa itu saya cuma mahu memberitahu bahawa sudah terdapat 313 mukasurat di thread bertajuk "Berpetualang ke Aceh" di sebuah forum. Sekarang ini, barulah siap posting ke 313 di sini. Selamat malam! :]















Menuruti jejak para wali juga raja-raja di Kota Bahru dan sekitarnya...

Kiranya ini adalah wrap-up untuk perjalanan sekitar Kota Bahru ya...

Selepas meninggalkan Bachok dan Pantai Irama, ini yang berlaku hari Khamis 3 April 2008:-

1. Pergi ke Kedai Lalat @ Kota Jembal untuk menziarahi makam Raja-raja Jembal di sana iaitu Raja Loyor, Raja Sakti dan Raja Bahar.
2. Pergi lagi ke Bukit Marak, tempat Puteri Saadong
3. Pergi ke makam diraja Kelantan di Langgar, Kota Bahru
4. Pergi ke Masjid Brunei di tepian Danau Tok Uban, dalam mukim Rong Chenok daerah Pasir Mas.
5. Pergi ke Tumpat untuk sampai ke makam Tok Selehor.
6. Pergi ke Kok Majid untuk melihat sekitar kuala Sungai Kelantan (sebenarnya bahagian delta yang berpulau-pulau) di sebelah utara.
7. Pergi ke Kuala Besar (kalau tak salah ingatan begitulah namanya) iaitu kuala Sungai Kelantan di sebelah selatan... Sayang gambar tak kelihatan kerana sudah malam
8. Pergi ke Pantai Cahaya Bulan (dahulunya bernama Pantai Cinta Berahi)
9. Pergi ke Masjid Tok Kenali untuk bermalam di sana.

Jumaat, 4 April 2008 pula begini:-

10. Lawatan terbaru ke makam Tok Kenali.
11. Solat Jumaat di Masjid Muhammadiyah iaitu Masjid Jamek Kota Bahru.
12. Bersiar-siar di sekitar Kota Bahru.
13. Menginap di sebuah hotel budget yang baru dibuka sebulan gitu.

Sabtu, 5 April 2008

14. Bersiar-siar lagi di Kota Bahru.
15. Pergi lagi ke Masjid Kampung Laut di Nilam Puri
16. Pergi menziarahi keluarga ulamak almarhum Sheikh Wan Ali Kutan
17. Pergi ke stesyen keretapi Wakaf Baru untuk ke Dabong, Kelantan.

Adapun gambar-gambar berkaitan telah saya agih-agihkan secara saksama di ketiga-tiga blogspot saya. Antara gambar-gambar yang menarik adalah gambar sekitar Bukit Marak, Masjid Brunei dan Danau Tok Uban juga sesi menaiki bot di Sungai Kelantan sekitar Kok Majid. Sekian...