Selepas meninggalkan Bachok dan Pantai Irama, ini yang berlaku hari Khamis 3 April 2008:-
1. Pergi ke Kedai Lalat @ Kota Jembal untuk menziarahi makam Raja-raja Jembal di sana iaitu Raja Loyor, Raja Sakti dan Raja Bahar.
2. Pergi lagi ke Bukit Marak, tempat Puteri Saadong
4. Pergi ke Masjid Brunei di tepian Danau Tok Uban, dalam mukim Rong Chenok daerah Pasir Mas.
5. Pergi ke Tumpat untuk sampai ke makam Tok Selehor.
6. Pergi ke Kok Majid untuk melihat sekitar kuala Sungai Kelantan (sebenarnya bahagian delta yang berpulau-pulau) di sebelah utara.
7. Pergi ke Kuala Besar (kalau tak salah ingatan begitulah namanya) iaitu kuala Sungai Kelantan di sebelah selatan... Sayang gambar tak kelihatan kerana sudah malam
8. Pergi ke Pantai Cahaya Bulan (dahulunya bernama Pantai Cinta Berahi)
9. Pergi ke Masjid Tok Kenali untuk bermalam di sana.
Jumaat, 4 April 2008 pula begini:-
10. Lawatan terbaru ke makam Tok Kenali.
11. Solat Jumaat di Masjid Muhammadiyah iaitu Masjid Jamek Kota Bahru.
12. Bersiar-siar di sekitar Kota Bahru.
13. Menginap di sebuah hotel budget yang baru dibuka sebulan gitu.
Sabtu, 5 April 2008
14. Bersiar-siar lagi di Kota Bahru.
15. Pergi lagi ke Masjid Kampung Laut di Nilam Puri
16. Pergi menziarahi keluarga ulamak almarhum Sheikh Wan Ali Kutan
17. Pergi ke stesyen keretapi Wakaf Baru untuk ke Dabong, Kelantan.
4 ulasan:
Gambar yang terakhir itu ialah sekolah tempat ibu saya Wan Khatijah Wan Adam mengajar. 10 tahn lamanya. Selepas lebih kurang 10 tahun selepas itu, SMK Kutan pula terbina ke dalam sedikit dan saya ditakdirkan ditukarkan ke situ 3 hari sebelum bersalin!
Datuk sebelah ayah Anuar Bin Yusuf Bin Arifin Bin Hamzah lahir di Selangor; orang Kampung Asam Jawa tetapi ditakdirkan berkubur di Kutan setelah 7 tahun akhir hidupnya dihabiskan di Kelantan.
Nenek sebelah ibu Wan Aminah Binti Wan Jusoh/Yusuf ... lahir di Kelantan; orang Kampung Laut tetapi ditakdirkan berkubur di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Beliau ke Kuala Lumpur ketika usia ibu saya 4 tahun dan menghembuskan nafas terakhir sebelum kebakaran Kampung Datuk Keramat berlaku. Ketika itu saya berusia 5 tahun dan masih di Darjah 1 SRI alAmin, Kuala Lumpur.
Latifah
Waris Cik Siti Wan Kembang. Syeikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zainal adalah nenek moyang saya.
Waris Cik Siti Wan Kembang
Waris Cik Siti Wan Kembang...
Catat Ulasan